MODEL ASSURE Salah satu model yang boleh digunakan untuk merangka instruksi yang efektif untuk diaplikasikan

di dalam kelas adalah Model Assure. Model ini merupakan akronim kepada: A : Analyse learner (Analisis pelajar) S : State objektif (Nyatakan objektif) S : Select method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U : Utilize media and materials (Guna media dan bahan) R : Require learner participation (Libatkan pelajar) E : Evaluate and revise (Nilai dan kaji semula) Daripada model ini, guru akan membuat persediaan dari awal sehinggalah proses pengajaran dan pembelajaran selesai. Ini bertujuan membolehkan guru menyampaikan isi pengajaran dengan baik semasa berada dalam kelas. Model ini sangat bermakna kepada guru yang merancang untuk menggunakan media dan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

A : Analyse Learner (Analisis Pelajar) Komponen menganalisis murid merupakan salah satu komponen yang perlu dititik berat sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum memulakan pengajaran, kami perlu mengetahui ciri-ciri yang ada pada murid seperti perbezaan dari segi keupayaan, kecerdasan, bakat, minat, kecenderungan, sikap, emosi dan sebagainya. Daripada penganalisaan inilah, maka kami dapat menentukan kaedah, media dan bahan yang sesuai untuk digunakan semasa mengajar. Analisis murid boleh

1

dikelaskan kepada tiga kategori iaitu karekteristik secara umum iaitu guru perlu mengetahui jumlah murid keseluruhannya terlebih dahulu sebelum mengajar. Contohnya analisis murid yang telah kami lakukan kepada murid-murid Tingkatan 1 Mawar Sekolah Menengah Kebangsaaan Kanowit yang mempunyai jumlah seramai 25 orang yang terdiri 10 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Justeru, sebagai guru, kami perlu mendidik, mengajar dan memberi kefahaman kepada murid-murid. Segala perbuatan dan perkataan hendaklah sentiasa dijaga supaya tidak menyentuh perasaan yang menimbulkan masalah. Kategori kedua pula ialah pengetahuan sedia ada murid. Murid-murid Tingakatan 1 Mawar ini telah mengenal lambang-lambang dan identiti negara sama ada melalui pembacaan, penulisan dan melalui pengalaman mereka melihat sendiri lambang-lambang tersebut. Manakala kategori ketiga pula adalah melalui pengajaran yang dijalankan iaitu mereka diterapkan dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Hal ini dapat dilihat dalam proses soal jawab antara guru dengan murid-murid terutamanya. Manakala kategori yang terakhir ialah, kaedah pengajaran yang digunakan. Memandangkan sikap murid yang lebih berminat kepada gaya pembelajaran yang melibatkan media, maka kami menggunakan media seperti bahan grafik, animasi, visual dan audio. Selain itu mereka juga lebih suka gaya pembelajaran yang melibatkan komunikasi dua hala iaitu di antara guru dan murid dan suka belajar berdasarkan apa yang menarik untuk dilihat. Justeru itu, untuk memastikan proses pengajaran menjadi lebih berkesan, kami telah memilih untuk menyediakan bahan-bahan, kaedah dan pendekatan yang sesuai selain menyediakan alat bantu mengajar yang menarik. boleh

2

3.2

State Objektif (Menyatakan Objektif)

Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, objektif amat penting dan harus dinyatakan dengan jelas. Objektif ialah sesuatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari oleh murid selepas mengikuti pelajaran tersebut. Ia juga melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai yang meliputi pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap dan sebagainya. Objektif adalah penting dalam menentukan jenis media pengajaran yang akan digunakan dan juga corak penilaian yang akan dijalankan. Objektif yang kami pilih mempunyai kekuatan tersendiri dan dapat menerangkan apa yang boleh dicapai oleh murid pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua objektif dalam pengajaran ini iaitu: 1. Pelajar dapat menjelaskan maksud warna dan lambang yang terdapat pada bendera negera. 2. Pelajar dapat menerangkan keistimewaan lambang-lambang pada jata negara. Melalui perisian power point, murid-murid dapat mengenal lambang-lambang dan identiti negara seperti Jata Negara, Bendera, Lagu dan lain-lain (Lambang negara melambangkan kedaulatan negara).

3.3

S : Select Method, Media and Material (Pilih kaedah, media dan bahan) Setelah menganalisis murid-murid dan menentukan objektif yang ingin dicapai,

langkah seterusnya adalah pemilihan kaedah, media dan bahan. Pada peringkat ini, kami menggunakan pelbagai bahan dan penggunaannya dibuat berdasarkan kepada objektif pembelajaran agar murid dapat mengenali dan mengetahui dengan lebih jelas tentang

3

lambing-lambang dan identity negara Malaysia. Pemilihan ini mempunyai tiga peringkat iaitu: • Menentukan kaedah yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. • Memilih media yang sesuai dan boleh diselaraskan atau diselarikan dengan kaedah yang dipilih. • Pilih, ubahsuai atau reka bentuk bahan yang spesifik untuk dimasukkan atau digunakan dalam media. Hasil daripada penganalisaan murid-murid, maka kami memilih menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar serta menggunakan kaedah pembelajaran secara Konstruktivisme iaitu kami sebagai guru mencungkil idea murid-murid dalam sesi soal jawab dan ini membolehkan murid terlibat secara aktif sama ada dari segi fizikal dan kognitif. Manakala media yang dipilih adalah media komputer yang mana menggunakan aplikasi power point sebagai media pengajaran disamping penggunaan skrin putih untuk paparan perisian power point. Dari segi pemilihan bahan pula, kami memilih perisian power point sebagai medium pengajaran. Semasa membina dan menyediakan media pengajaran ini, kami telah meneliti beberapa perkara yang boleh menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Contohnya untuk memastikan interaksi dua hala antara guru dan murid, beberapa soalan berkaitan dan menguji minda mereka diajukan selepas topik ini selesai diajar melalui paparan skrin. Ini untuk memastikan bahawa murid-murid betul memahami pengajaran yang disampaikan selain objektif dapat dicapai. Semasa sesi menjawab soalan ini, beberapa orang murid akan dipilih secara rawak untuk menjawab soalan ringkas di skrin komputer.

4

Selain itu, kami juga memasukkan gambar-gambar dan animasi yang berkaitan supaya pelajar lebih tertarik untuk mengetahuinya sesuatu topik yang diajar. Selain itu, kami juga menitikberatkan latar belakang, saiz, jenis tulisan dan audio power point. Kami memilih latar belakang berwarna hitam agar tulisan yang berwarna cerah dapat dipaparkan dengan lebih jelas, tulisan yang bersaiz 20 ke atas selain menggunakan bunyi audio iaitu lagu Negaru dan lagu-lagu negeri yang bersesuaian dengan tajuk pengajaran kami iaitu ” Lagu, Bendera, Jata dan Lambang Negeri ” untuk lebih menarik perhatian murid-murid dan bahan pengajaran dapat disampaikan dengan lebih jelas.

3.4

U : Utilize media and materials (Guna media dan bahan)

Model Assure mencadangkan komponen menggunakan media dan bahan terbahagi kepada lima langkah atau peringkat. Lima langkah yang harus kami ambil berat adalah mengadakan pratonton bahan, persiapan bahan, persiapan persekitaran, persiapan pelajar dan menyediakan pengalaman pembelajaran terlebih dahulu. Kesemua langkah tadi merupakan aspek penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Pada peringkat pertama iaitu pratonton bahan, kami telah menonton perisian pengajaran power point yang telah dihasilkan terlebih dahulu. Ini adalah bertujuan untuk melihat dan meneliti isi kandungan power point terlebih dahulu sebelum

mempersembahkannya dihadapan murid untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kami sedar, pratonton media sebelum proses pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara penting sebagai persediaan bagi memastikan guru benar-benar memahami isi kandungan bahan pengajaran yang akan

5

diajar. Manakala pada peringkat persiapan bahan pula, kami memberi penekanan kepada proses penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang terlebih dahulu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula seperti komputer dan perisian power point dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Peringkat seterusnya ialah kami membuat persiapan persekitaran yang merangkumi persiapan media dan peralatan-peralatan lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah komputer, skrin dan sumber kuasa seperti elektrik dan pencahayaan berada dalam keadaan baik. Di samping itu, kami perlu memastikan peralatan-peralatan yang hendak kami gunakan berada dalam susunan yang memudahkan guru menggunakannya dan pelajar dapat melihat pengajaran guru dengan jelas. Pemeriksaan ke atas perkara-perkara ini perlu dilakukan oleh guru sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bagi menjamin kelancaran sesi tersebut. Peringkat keempat adalah persiapan pelajar. Di awal proses pembelajaran, guru melaksanakan set induksi bagi memperkenalkan topik. Ia bertujuan untuk membolehkan murid-murid lebih bersedia dan berminat tentang topik. Dengan ini, sedikit sebanyak murid telah bersedia untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dan proses ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Peringkat terakhir dalam komponen ini ialah menyediakan pengalaman pembelajaran. Guru bertindak sebagai pemudah cara dengan merangsang pelajar mengaitkan tajuk yang dipelajari dengan pengalaman dan persekitaran mereka. Oleh itu, kami menjadi bahan rujukan pelajar selain menjadi pemudah cara atau fasilitator. Ini adalah bagi memastikan pelajar dapat mengikuti pembelajaran dan memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Selain itu,

6

penggunaan pelbagai jenis media dan bahan mendedahkan murid-murid kepada teknologi-teknologi terkini dan seterusnya memberi bentuk pengalaman pembelajaran yang berbeza iaitu cara penggunaan teknologi tersebut.

3.5 R : Require learner participation (Libatkan pelajar) Penglibatan pelajar dapat dilihat melalui aktiviti bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar, bunyi-bunyian, bendera, jata dan lambang serta latihan pengukuhan yang dipaparkan dalam slaid power point melalui komputer. Berdasarkan teori kognitif, pembelajaran berfokus kepada proses mental secara dalaman yang dapat memastikan keberkesanan pembelajaran dan murid dapat memanipulasikan maklumat yang ada. Maklum balas sangat penting kerana dalam proses pengajaran, maklum balas berlaku sekiranya terdapat tindak balas daripada murid. Contohnya tindak balas yang diperolehi melalui latihan yang diberikan kepada murid-murid (Mokhtar Affandi, 1996). Guru memainkan peranan sebagai penyampai utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penglibatan aktif murid-murid dalam sesi ini ditekankan. Ini bertujuan agar dapat mempertingkatkan kemahiran kognitif, emosi dan sosial mereka. Semua murid terlibat secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Setiap murid perlu mematuhi arahan kami sebagai guru supaya perlaksanaan pengajaran akan berlaku dengan lebih baik dan berkesan. Kami perlu memberi peluang kepada murid-murid kami untuk berinteraksi antara satu sama lain. Di samping itu juga, kami perlu mewujudkan suasana yang selesa dan menyeronokkan di samping memantau dan membimbing mereka dalam mengawal disiplin tingkah laku dan memberi tunjuk ajar yang betul supaya pembelajaran tersebut lebih berkesan.

7

3.6

E : Evaluate and revise (Nilai dan kaji semula)

Setelah sesi pengajaran tamat, kami akan menilai apa yang telah dilakukan dan dihasilkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalah aspek terpenting yang mana melibatkan guru dan murid. Kami akan menilai sama ada proses pengajarannya memberi kesan atau tidak kepada murid-murid di samping pemilihan media, kaedah dan bahan yang sesuai atau tidak dan objektif yang telah dirangka tercapai atau sebaliknya. Antara yang boleh kami dilakukan untuk menilai semua ini adalah dengan bersoal jawab tentang soalan yang dipaparkan melalui perisian power point. Sekiranya pencapaian adalah baik, ini menggambarkan objektif kami rancang telah tercapai, penggunaan media, kaedah dan bahan adalah tepat dan bersesuaian.

8

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful