You are on page 1of 19

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS


KRB3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN








DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
ZAMRI BIN MD. ISA D043253 017-3228765


NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ABDULLAH B. YUSOF

TARIKH SERAH: 17 NOVEMBER 2013


ESEI
ILMIAH


1
ISI KANDUNGAN


MUKA SURAT



1. Pengenalan 2
1.1 Pengajaran Menulis 2

2. Peringkat-peringkat pengajaran menulis 4
2.1 Peringkat pramenulis 4

2.2 Peringkat menulis mekanis 8

2.3 Peringkat menulis mentalis / penglahiran 12

3. Kesimpulan / rumusan 16

4. Rujukan 17









2
1.0 PENGENALAN

Asas bagi kemahiran berbahasa boleh dibahagikan kepada kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang
paling tinggi dalam asas kemahiran berbahasa. Menulis merupakan satu kemahiran penting untuk
dipelajari memandangkan dengan menulis seseorang dapat mengemukakan idea serta memberitahu
pendapat dan pandangannya untuk dibaca oleh orang lain. Menulis merupakan satu alat perhubungan
yang penting walaupun teknologi kini semakin berkembang pesat dengan penggunaan telefon pintar
serta internet. Melalui penulisan, sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat
disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan jika dibandingkan dengan penyampaian secara lisan.
(Arfah et.al, 1992). Menulis dapat ditakrifkan dengan pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa.
Menurut Don Bryne (1979), simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan
huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi
beberapa aspek iaitu menggunakan pelbagai jenis ayat, mencatat dan menyusun maklumat,
menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan tentang bahan yang didengar,
ditonton dan dibaca. Kemahiran menulis juga merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Kemahiran ini berkait rapat dengan kebolehan murid
menghasilkan tulisan yang terang, jelas dan lengkap serta menggunakan ayat dan tanda baca yang betul
bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang baik.

1.1 Pengajaran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang ditekankan dalam kurikulum lama
KBSR dan kurikulum baru KSSR yang telah bermula pada tahun 2011. Kurikulum baru KSSR telah
menggariskan kemahiran menulis sebagai satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid sekolah
selain daripada kemahiran membaca, mengira dan menaakul. Murid- murid perlu menguasai kemahiran
menulis kerana hampir semua mata pelajaran memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran
menulis dalam pembelajaran mereka. Murid yang tidak dapat mengusai kemahiran menulis tidak hanya
menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tetapi turut mengundang masalah ketika
belajar mata pelajaran lain seperti Sains, Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
3
Pendidikan Islam dan sebagainya. Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan penulisan merupakan
suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya
secara sistematis.

Pengajaran menulis di sekolah bertujuan untuk:
 melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk
tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu,
 melatih murid-murid melahirkan idea, melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan
idea,
 melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul
 melatih murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan
tertentu,
 melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul,
 menggunakan pengalaman menulis karngan ke dalam situasi sebenar sehari-hari,
 menyiapkan murid menghadapi peperiksaan,
 menyuburkan minat,
 meluaskan kosa kata, dan
 memberikan kepuasan jiwa
Dalam pengajaran menulis, terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh
digunakan. Antara pendekatan yang dicadangkan bagi pengajaran kemahiran menulis ialah:
 pendekatan berpusatkan guru
 pendekatan berpusatkan murid
 pendekatan berpusatkan bahan
 pendekatan berpusatkan masalah
Guru boleh menggunakan mana-mana pendekatan yang sesuai bagi mengajar kemahiran menulis yang
terdiri daripada kemahiran menulis mekanis serta mentalis.
Guru perlu merancang pengajaran mereka supaya pendekatan, kaedah serta teknik yang
digunakan dapat mencapai objektif pengajaran untuk memastikan murid dapat mengusai kemahiran
menulis dengan baik. Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam
sesuatu proses pengajaran. Sesuatu kaedah pengajaran itu dirancang untuk mencapai objektif pengajaran
4
yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran bahasa. Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan ialah
kaedah pengucapan terkawal, kaedah pengucapan bebas dan kaedah retorika. Menurut Abd. Aziz Abd
Talib , teknik ialah cara yang khusus atau speifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau
aspek bahasa. Menurut Arfah Abd Aziz at el. (1992) Semasa merancang pengajaran dan pembelajaran
kemahiran menulis, guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa pertimbangan iaitu:
 Murid menghasilkan penulisan lebih yang lebih baik dalam persekitaran yang tidak formal.
 Murid sekolah rendah lebih selesa menulis pengalaman sendiri, hal-hal keluarga dan kawan-
kawan.
 Proses menulis terbahagi kepada tiga peringkat –pramenulis, menulis dan menyemak.
 Menulis dilakukan untuk beberapa tujuan.
 Murid perlu memastikan pembaca mereka apabila menulis,
 Kualiti penulisan murid meningkat melalui latihan yang kerap dan banyak.

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

Kemahiran menulis juga merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang dilalui. Kemahiran ini berkait rapat dengan kebolehan murid menghasilkan
tulisan yang terang, jelas dan lengkap serta menggunakan ayat dan tanda baca yang betul bagi
menghasilkan sesebuah penulisan yang baik. Bagi menguasai kemahiran menulis, murid perlu
didedahkan kepada tiga peringkat pengajaran menulis iaitu peringkat pra menulis, peringkat
menulis mekanis serta peringkat menulis mentalis atau pelahiran.

2.1 Peringkat Pramenulis
Pra menulis merupakan peringkat yang perlu dibimbing pada usia kanak-kanak bagi
mendedahkan mereka kepada lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh masyarakat. Peringkat
pra menulis ini melibatkan latihan pergerakan tangan, pergerakan mata dan koordinasi tangan dan mata.
Pra menulis merupakan satu kemahiran di mana murid-murid akan mempunyai keupayaan membentuk
huruf. Setelah menguasai peringkat pra menulis, murid-murid akan bersedia dari segi fizikal dan mental
untuk memulakan penulisan secara mekanis. Pengajaran kemahiran ini boleh dimulakan dengan aktiviti
5
contengan yang dilakukan pada permukaan benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan seperti pasir. Peringkat contengan ini berkembang
daripada membuat contengan bebas sehingga kepada peringkat contengan terkawal.
Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan
tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan melalui lakaran-lakaran terkawal dan
lakaran-lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz dan Hoffmann
(1991), kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar
menulis:
 Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang.
 Menekap atau meyuruh bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.
 Menyambungkan titik-titik di atas kertas.
 Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke
atas.
 Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.
 Melukis garis condong.
 Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan
 Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf
tersebut.
(Dr. Mohd Anuar, 2012)
Aktiviti pra menulis amat penting kepada kanak-kanak sebagai persediaan untuk mereka mempelajari
kemahiran menulis pada peringkat seterusnya. Terdapat beberapa objektif utama pengajaran pra menulis
kepada kanak-kanak iaitu untuk:
 Melatih pergerakan tangan dan jari.
 Melatih pergerakan mata.
 Melatih koordinasi mata dan tangan.
 Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan untuk belajar.
 Membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang selesa.
 Menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan.
 Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan.
 Menimbulkan motivasi yang tinggi dalam kalangan murid.
6
 Mengenal bentuk huruf dalam perkataan.
 Meniru bentuk huruf dalam perkataan.
 Menulis huruf dan perkataan.
Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam sesuatu proses
pengajaran. Sesuatu kaedah pengajaran itu dirancang untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan
dengan sesuatu kemahiran bahasa. Tedapat lima kaedah yang boleh digunakan oleh guru bagi
meningkatkan kemahiran pra menulis dalam kalangan murid iaitu:
 Menggunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras dengan kemampuan
dan perkembangan emosi serta mental murid-murid.
 Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata
murid-murid untuk mengasah kemahiran menulis.
 Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas
menulis dengan mudah.
 Melaksanakan aktiviti pengayaan supaya perkembangan daya intelek murid mantap serta
membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik
 memperkenalkan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar.Mulakan dengan huruf seakan sama
seperti a, c, g, d dan sebagainya. Rasional memperkenalkan huruf kecil dahulu kerana huruf kecil
banyak digunakan dalam aktiviti penulisan seharian di samping bentuknya yang lebih kurang
sama.
Bagi membina kemahiran pra menulis pada kanak-kanak, guru perlu melakukan pelbagai latihan
pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk ukuran dan warna, melukis
serta mewarna. Latihan ini dapat membantu murid menguasai koordinasi antara tangan dan mata serta
dapat menyediakan murid-murid untuk mempelajari kemahiran menulis.

a. Latihan bagi pergerakan tangan dan jari
 Murid perlu menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.
 Murid perlu menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas.
 Murid mengenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.
 Murid mengenggam dan merasa bola.
7
 Murid memegang benda-benda seperti pensil atau pembaris. Guru perlu menunjukkan cara
memegang yang betul.
 Murid melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.
 Murid melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.
 Murid memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.
 Murid membuka tali kasut dan mengikat semula.
a. Latihan bagi mata
 Murid menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata , melihat dan menyebut benda
yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
 Murid menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh
guru. lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.
 Murid melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari
kanan ke kiri.
 Murid menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemdam,
pengasah pensil, mancis dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda besar.
 Murid menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
 Murid menyebutkan bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik
sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagainya.
a. Latihan bagi koordinasi mata dan tangan
 Murid menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran.
 Murid menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.
 Murid mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle.
 Murid melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan
bergerak ke padang bersama pasangan.
 Murid mewarna gambar yang diberikan oleh guru.
 Murid mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.
 Murid mencantum arah jalan atau aliran sungai.
 Murid memdankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
 Murid memilih gambar yang berlainan dalam satu set.
8
 Murid mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar
asal.
 Murid mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.
 Murid membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya dan dari kiri ke kanan atau
sebaliknya.
 Murid membentuk lengkungan dan bulatan.
 Murid membentuk lukisan zig-zag, tanda campur dan tanda pangkah, dan
 Murid membentuk asas huruf dan nombor.
(Arfah et al. , 1992 hlm: 127-130)

2.2 Peringkat Menulis Mekanis

Tulisan mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan pada murid-murid setelah
mereka melalui aktiviti dan latihan kemahiran pramenulis. Konsep tulisan mekanis bertujuan supaya
murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf-huruf kecil dan besar dengan betul seterusnya
menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. peringkat ini melibatkan latihan
peregrakan tangan, otot jari dan sebagainya dengan memberi tumpuan kepada aspek mekanikal.
Kemahiran ini penting supaya murid dapat menguasai kemahiran menulis perkataan menggunakan ejaan
yang betul serta membina ayat-ayat yang bentuk dari segi strukturnya. Pada peringkat ini murid-murid
perlu dilatih bagi menghasilkan tulisan yang terang, kemas dan mudah dibaca. Menurut Teori Kognitif –
Jean Piaget, kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk mempelajari perlbagai perkara serta mampu
menyerap dan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. kanak-kanak juga mempunyai kebolehan untuk
mempelajari pelbagai perkara. Berdasarkan teori kognitif ini, pelbagai kaedah dan teknik boleh dilakukan
bagi membina kemahiran menulis mekanis pada peringkat awal kanak-kanak.
Pada peringkat kemahiran menulis mekanis ini, guru-guru perlu merancang kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai supaya murid mendapat asas yang kukuh dalam subkemahiran menulis mekanis.
Subkemahiran tersebut ialah:
 Kemahiran tulisan tangan, iaitu kebolehan murid membentuk huruf, mengetahui konsep jarak
perantaraan huruf dalam perkataan dan jarak perantaraan perkataan dalam ayat.
 Kemahiran huruf besar.
9
 Kemahiran tanda baca.
 Kemahiran mengeja.
Menurut Arfah Abdul Aziz et al. (1992) di dalam bukunya Asas Kemahiran Berbahasa KBSR,
kemahiran tulisan tangan berkait rapat dengan keselarasan pergerakan otot-otot murid. Kemahiran huruf
besar pada dasarnya dikuasai melalui hafalan dan latih tubi dalam latihan yang diberi. kemahiran mengeja
pula memerlukan kemampuan murid menggunakan daya intelek yang tinggi. Murid perlu mempunyai
kesedaran tentang bunyi bahasa (fonologi) dan hubungannya dengan huruf-huruf berkenaan kerana
tulisan tangan dan ejaan memerlukan tumpuan masa yang lebih dari segi perancangan dan pengajaran
guru. Objektif pengajaran kemahiran menulis peringkat mekanis ini ialah:
 Murid dapat mengusai kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan supaya mudah dibaca.
 Murid dapat memperkembangkan pergerakan latihan tangan, otot jari dan sebagainya bagi
perkembangan diri kanak-kanak yang sempurna dari segi fizikal.
 Murid dapat menulis bentuk abjad mengikut arah tertentu untuk penulisan teratur.
 Murid dapat melatih pergerakan tangan, otot jari dan jari.
 Murid dapat dilatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.
 Guru dapat mengawasi tulisan murid dari segi bentuk, saiz tegak atau condong.
 Murid dapat dilatih untuk menulis dengan cepat, senang dan kemas.
Kaedah atau teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pada peringkat kemahiran
menulis mekanis ini ialah dengan mengajar tulisan tangan, mengajar ejaan dan rencana.

2.2.1 Mengajar tulisan tangan
Pengajaran tulisan tangan boleh membina kemahiran murid untuk menulis dengan terang,
kemas dan mudah dibaca. Pada peringkat awal, murid boleh dilatih untuk membentuk huruf di kertas
kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati tulisan murid memuaskan, barulah
dilatih membentuk huruf pada halaman bergaris. Apabila murid membentuk huruf-huruf pada kertas
bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga
kepada lembaran satu garis. Antara aktiviti yang boleh dijalankan bagi memastikan murid-murid
dapat menguasai kemahiran ini ialah:
 Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal. Berbentuk bentuk
kecil dan bentuk besar.
10
 Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.
 Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf
tertentu.
 Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.
 Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
 Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
 Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
 Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman
cara menulis bagi menghasilkan tulisan seragam dan mudah dibaca.
Pengajaran tulisan tangan ini memerlukan guru untuk memberi pendedahan kepada tulisan
berbentuk cap atau tulisan cerai dan tulisan bersambung. Tulisan cap perlu diajar pada peringkat awal
sehingga murid benar-benar menguasai jenis tulisan ini. Perubahan tulisan cap kepada tulisan sambung
boleh dilakukan pada tahun 3 tetapi guru harus memastikan murid sudah benar-benar menguasai
kemahiran menulis jenis tulisan cap atau tulisan cerai ini. Tulisan cap peru diberi perhatian kerana jenis
tulisan ini lebih muah dibaca, mudah dipelajari, mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan dan
lebih mudah ditulis. Selain itu, jenis tulisan ini memudahkan kanak-kanak untuk membaca bahan-bahan
bercetak. jenis-jenis kemahiran yang diperlukan dan dititikberatkan dalam tulisan ialah:
 Keseragaman tulisan
 Persambungan antara huruf
 Irama yang sama
 pergerakan yang tetap
Guru perlu memastikan murid-murid untuk mengekalkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.
Kekerapan membuat latihan, semakan serta galakan yang berterusan daripada guru akan dapat
membantu murid untuk menghasilkan tulisan yang cantik, kemas dan mudah dibaca. Guru-guru perlu
memeastikan murid-murid menulis setiap hari supaya latihan yang berterusan akan dapat menghasilkan
murid yang dapat menguasai kemahiran menulis dengan tulisan yang kemas dan cantik.

2.2.2 Mengajar ejaan
Mengeja adalah kemahiran yang melibatkan perkembangan mental dan pembinaan konsep
(Arfah et. al, 1992). Kemahiran mengeja ini dipelajari oleh murid untuk:
11
 melatih murid mendengar perkataan dengan baik dan menuliskannya dengan tepat.
 melatih dan mempertingkatkan pengamatan murid melalui deria telinga.
 melatih murd menulis melalui pendengaran dan bukan melalui peniruan.
 melatih murid mengenali dan mempertingkatkan kepekaan mereka terhadap perkataan-
perkataan tertentu.
 mempertingkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau maksud perkataan dan boleh
menggunakannya dalam konteks dan situasi yang betul.
 mempertingkatkan perbendaharaan kata murid-murid.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran mengeja.
 Latihan menulis huruf dalam suku kata.
 Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
 Menulis atau mengeja perkataan-perkataan melalui gambar-gambar, objek, rajah dan
sebagainya yang diperlihatkan.
 Latihan menulis perkataan-perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat yang disebut oleh guru.
 Menulis perkataan-perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat yang diperdengarkan melalui pita
rakaman.
 membetulkan kesalahan ejaan yang terdapat pada perkataan-perkataan yang disediakan.
 Mengenalpasti ejaan-ejaan yang salah daripada sebuah petikan, ayat atau cerita.
 Mengeja perkataan daripada bahan-bahan bacaan, cerita, lakonan, dialog dan sebagainya.
2.2.3 Mengajar rencana
Kaedah pengajaran rencana ini merupakan satu cara memperkukuh kemahiran membaca dan
menulis. Kaedah ini bertujuan supaya murid dapat mendengar, mengeja dan menulis. Bahan-bahan
rencana yang digunakan hendaklah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak diajar
kepada murid. Guru boleh mengajar murid untuk memberi perhatian kepada tanda baca dalam
penulisan rencana.
Aktiviti rencana yang boleh dijalankan ialah:
 Guru mengedar bahan daripada buku teks, majalah, petikan dan sebagainya.
 Murid membaca, mengecam dan menulis semula.
12
 Murid menulis sama ada daripada lisan atau rakaman.
Pada peringkat kemahiran menulis mekanis ini, murid seharusnya sudah mampu untuk menulis dengan
menggunakan tulisan yang cantik, kemas serta persembahan penulisan yang mudah dibaca dan difahami.
Murid juga seharusnya sudah menguasai kemahiran mengeja dengan betul, membina ayat mudah serta
penggunaan tanda baca yang betul semasa menulis. Pembinaan asas ini amat penting supaya apabila
murid didedahkan dengan kemahiran menulis mentalis, murid sudah mampu untuk menggunakan
kemahiran menulis mekanis ini sepenuhnya pada peringkat yang lebih tinggi kelak.

2.3 Peringkat Menulis Mentalis / Penglahiran
Penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-
bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami
maksudnya (Raminah Hj. Sabran, 1985). pada peringkat menulis mentalis atau penglahiran ini, murid
akan menjalankan pelbagai aktiviti bagi menulis untuk melahirkan idea serta fikiran mereka berdasarkan
kepada pengetahuan atau pengalaman mereka dalam bentuk persembahan yang baik dan mudah
difahami oleh pembaca. Pada peringkat ini murid akan menggunakan semua kemahiran yang dikuasai
oleh mereka di samping pengetahuan mereka dalam ejaan, tatabahasa serta tanda baca yang telah
dipelajari oleh mereka.
Terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan berdasarkan
kepada lima jenis pendekatan iaitu:
a. Pendekatan terkawal – berpandu – bebas
b. Pendekatan penulisan bebas
c. Pendekatan pemerengganan
d. Pendekatan komunikatif
e. Pendekatan berproses.
f. Pendekatan pengalaman bahasa

2.3.1 Pendekatan terkawal – berpandu – bebas
Pendekatan terkawal – berpandu- bebas ini menegaskan pembelajaran menulis mengikut
peringkat-peringkat asas kemahiran menulis. Terdapat lima peringkat dalam pendekatan ini iaitu:
 Peringkat meniru dan menyalin
13
 Peringkat mengingat kembali
 Peringkat menggabungkan
 Peringkat penulisan berpandu
 Peringkat penulisan bebas.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan semasa peringkat meniru dan menyalin ialah dengan
meminta murid untuk meniru dan menyalin tulisan daripada bahan rangsangan sepeti cerita, puisi, kata-
kata hikmat, lagu dan kata-kata falsafah. Bahan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan peringkat
umur, minat dan kematangan murid. Guru perlu memastikan murid mengaplikasikan kemahiran menulis
mekanis semasa menyalin supaya proses menyalin berjaya menghasilkan satu hasil yanh kemas, cantik
dan mudah dibaca. Murid juga perlu menyalin dengan cermat di samping mengukuhkan kemahiran
ejaan serta membina struktur ayat yang betul.
Peringkat mengingat kembali pula memerlukan murid untuk menggunakan daya ingatannya
bagi menulis kembali apa yang telah ditulis oleh guru di papan tulis kerana bahan yang ditulis oleh guru
akan dipadam. Murid akan menulis semula di dalam buku latihan mereka. Pada peringkat
menggabungkan, murid akan menggunakan daya ingatan serta pengetahuan sedia ada meeka bagi
menggabungkan perkataan-perkataan untuk membina ayat lengkap serta membuat gabungan ayat-ayat
yang dibina bagi menghasilkan satu urutan cerita yang betul. Murid akan menyalin hasil gabungan
tersebut sebagai satu cerita lengkap. Bagi peringkat penulisan berpandu, murid diberi kebebasan untuk
memilih perkataan dan membina ayat yang sesuai. Guru boleh menggunakan langkah-langkah di bawah
untuk membantu murid mengarang.
i. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sesuatu cerita atau peristiwa.
ii. Guru berbincang dengan murid tentang gambar bersiri atau gambar tunggal.
iii. Murid diminta meyambung cerita.
iv. Murid memindahkan bentuk karangan daripada dialog kepada karangan penceritaan.
v. Murid memindahkan puisi kepada karangan prosa.
vi. Murid menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang diberikan oleh guru.
vii. Murid mengarang cerita berdasarkan rentetan bunyi yang diperdengarkan.
Peringkat penulisan bebas merupakan peringkat tertinggi bagi pendekatan ini. Pada peringkat ini,
murid diberi kebebasan untuk memilih perkataan dan struktur ayat berdasarkan kreativiti dan daya
14
imiginasi mereka. Pada peringkat ini murid perlu menguasai kemahiran menulis yang lain seperti
penggunaan tanda baca, pemerengganan, wacana, organisasi idea dan gaya penulisan.

2.3.2 Pendekatan Penulisan Bebas
Pendekatan ini memerlukan guru memberi kebebasan sepenuhnya kepada murid untuk menulis
menggunakan kreativiti mereka bagi melahirkan idea dan imiginasi mereka tanpa mementingkan bentuk
penulisan tersebut. Proses penulisan yang perlu diberi penekanan kepada murid ialah:
i. Pramenulis – murid memilih tajuk dan mengumpul maklumat berkaitan dengan tajuk.
ii. Membuat rangka dan draf – murid membuat rangka karangan berdasarkan maklumat yang
diperoleh. Murid juga akan menulis draf karangan dan seterusnya membuat penambahbaikan
dengan menambah isi atau mengurangkan isi karangan.
iii. Menyemak dan memeriksa kembali – murid perlu mengemaskan karangan mereka dengan
membaca semula dan menyemak karangan dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca serta struktur
ayat. Setelah berpuas hati barulah murid menyalin semula karangan mereka sebagai hasilan
akhir.

2.3.3 Pendekatan Pemerengganan
Pendekatan ini memerlukan murid untuk menghasilkan penulisan yang kemas dan isi yang
berpadu secara baik. Langkah pengajaran menggunakan kaedah ini ialah murid diberi perenggan pendek
untuk disalin, dianalisis dan dicontohi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan pendekatan
pemerengganan ini ialah:
 Murid menyusun ayat yang dicampuradukkan sehingga susunan itu membentuk satu perenggan
yang kemas dan sepadu.
 Murid mengenalpasti ayat yang khusus atau utama dalam perenggan, dan ayat umum yang
menjelaskan lagi ayat khusus.
 Murid menggunakan karangan yang dipilih oleh guru dan berbincang tentang perenggan dalam
karangan tersebut.



15
2.3.4 Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif memberi penegasan kepada tujuan sesuatu penulisan itu dihasilkan.
Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan. Penekanan diberi kepada
penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek
penstrukturan karangan. Murid-murid diberi latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu
idea. Murid-murid juga diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan autentik. Bentuk
penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana
kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multimedia juga dapat membantu murid-
murid dalam mengemukakan penceritaan.

2.3.5 Pendekatan Berproses
Pendekatan berproses memerlukan guru untuk mengajar murid menulis melalui beberapa
peringkat iaitu:
i. Peringkat penentuan tajuk dan pengumpulan maklumat
ii. Peringkat penulisan draf
iii. Peringkat penyemakan pertama
iv. Peringkat penyemakan kedua
v. Peringkat penulisan draf akhir
vi. Peringkat persembahan

2.3.6 Pendekatan Pengalaman Bahasa
Langkah-langkah yang perlu dijalankan apabila guru menggunakan pendekatan pengalaman
bahasa sebagai satu pendekatan dalam pengajaran menulis peringkat mentalis ialah:
i. Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih.
ii. Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita.
iii. Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan
oleh guru.
iv. Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan.
v. Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita
vi. Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis.
vii. Setelah cerita selesai, guru membaca secara nyaring, murid mendengar.
16
viii. Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru
ix. Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu.
x. Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi.
Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi membina kemahiran menulis
pada peringkat penglahiran atau mentalis ini. Menulis dan berfikir merupakan dua kemahiran yang
bersepadu yang dapat diasah pada murid setiap masa tanpa penghujung. Guru perlu membantu murid
untuk meransang pemikiran mereka bagi menyampaikan idea mereka dengan teratur dan jelas.


3.0 KESIMPULAN / RUMUSAN

Asas kemahiran menulis perlulah dibina dengan kukuh sejak peringkat kanak-kanak lagi.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam pengajaran bahasa. Semasa
menulis, murid perlu berfikir, membuat perancangan, penelitian dan penyemakan idea supaya perkara
yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pembaca. Proses menulis ini amat penting untuk
didedahkan kepada murid-murid. Setiap peringkat dalam pengajaran kemahiran menulis juga perlu diberi
penekanan supaya setiap orang murid harus menguasai setiap peringkat terlebih dahulu sebelum
didedahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini bagi memastikan murid tersebut tidak ketinggalan serta
berasa bosan untuk belajar memandangkan sekiranya mereka berasa pengajaran guru itu amat sukar
untuk dikuasai, minat dan tarikan mereka untuk belajar akan mula berkurangan. Bagi memastikan
perkara ini tidak berlaku, amatlah penting untuk guru-guru memastikan murid telah menguasai dan
membuat penilaian tahap kebolehan dan pencapaian murid pada setiap peringkat pengajaran menulis.
Pelbagai aktiviti lain yang boleh dijalankan bagi membantu murid untuk mengukuhkan
kemahiran menulis mereka. Antara aktiviti yang dicadangkan oleh Arfah Abdul Aziz et al (1992) di
dalam buku Asas Kemahiran Berbahasa KBSR ialah aktiviti bercerita dan menulis tentang diri sendiri,
tajuk daripada mimpi, melukis dan menulis tentang binatang ganjil, dan tajuk “Bagaimana kalau…”.
Aktiviti-aktiviti ini diharapkan dapat meransang murid untuk berfikir serta menarik minat murid untuk
menulis tanpa tekanan dan perasaan bosan.
Hasil daripada penulisan murid, guru perlulah membuat penilaian dengan memberi rekasi dan
galakan yang dapat meningkatkan motivasi murid. Guru juga perlu membuat analisis kemajuan murid
supaya aktiviti pengukuhan dan pemulihan dapat dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid
17
dalam menulis. Selain itu, semasa membuat penilaian, guru perlu menganalisis proses menulis dengan
membuat pertimbangan bagaimana murid mendapat idea untuk menulis tentang sesuatu tajuk serta cara
murid menulis draf, menyemak draf dan menghasilkan karangan yang baik. Guru sentiasa perlu
membuat pemerhatian di samping menganalisis proses menulis, fungsi penulisan yag ditulis, gaya
penulisan dan kecekapan menulis melalui hasil penulisan murid.
Sebagai kesimpulannya, guru perlu mahir dalam setiap peringkat pengajatan penulisan iaitu
daripada peringkat pramenulis, peringkat menulis mekanis dan peringkat menulis mentalis atau
penglahiran bagi merancang dan menjalankan proses pengajaran yang bersesuaian dengan tahap umur ,
kebolehan dan kematangan murid. Perkembangan pengajaran menulis perlu disesuaikan dengan
perkembangan kognitif murid supaya isi kandungan dan pelaksanaan pengajaran adalah selari dengan
tahap keupayaan murid sehingga membolehkan objektif pengajaran kemahiran menulis ini dapat dicapai
sepenuhnya oleh guru dan murid di sekolah.

4.0 RUJUKAN

Arfah et al, 1992. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Gaya Pemetikan Penulisan (APA). (2003). Universiti Sains Malaysia daripada
Http://www.lib.usm.my/equip-
usm/custom/PTK%20FILE/Gaya%20Pemetikan%20Penulisan%20(APA).pdf

Kemahiran Menulis, Kursus Orientasi JU Kebangsaan, Bahagian Pembangunan
Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia daripada
http://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/05-kemahiran-menulis.pdf

Nota BMM 3104 Kemahiran BM (Kemahiran Menulis), (2011), Jabatan Pengajian
Melayu IPG Rajang daripada http://jpmkampusrajang.blogspot.com/



18

LAMPIRAN




























Rujuk file: 05-kemahiran menulis, IPG RAJANG dan Kemahiran -Menulis