You are on page 1of 25

2

TAJUK KAJIAN:
MENGKAJI TAHAP PENGUASAAN MENJAWAB SOALAN BERBENTUK
KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 SK BATU
MUDA

ABSTRAK
Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk membuat analisis item bagi
bahagian B untuk peperiksaan akhir tahun. Seramai 35 orang murid tahun 4 Cemerlang
terlibat dalam kajian ini. kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah
pemerhatian, pengumpulan data berdasarkan peperiksaan akhir tahun. Saya telah
mengambil data yang menunjukkan bilangan murid yang menjawab soalan dengan betul
dan bilangan murid yang menjawab soalan dengan salah. Berdasarkan data tersebut
saya akan membuat rumusan berkaitan dengan tahap penguasaan murid dalam
menjawab soalan berbentuk KPS. Soalan berbentuk KPS yang diberikan kepada murid
merangkumi soalan membuat inferens, mentafsir data, mengawal pembolehubah,
membuat pemerhatian dan membuat kesimpulan. Berdasarkan soalan-soalan yang
diberi dan data yang diperoleh, analisis item bagi mengetahui bilangan murid yang
menguasai setiap satu kemahiran akan dapat menunjukkan tahap sebenar penguasaan
murid-murid 4 cemerlang serta kelemahan yang ketara dalam kalangan mereka.
Berdasarkan data yang diperoleh, beberapa langkah penambahbaikan akan dijalankan
untuk memastikan tahap penguasaan teknik menjawab soalan berbentuk KPS bagi
murid-murid tahun 4 Cemerlang akan meningkat.







3

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Abstrak
Isi Kandungan
1. Analisis Data Peperiksaan Pertengahan Tahun 4
2. Fokus Kajian 5
3. Objektif Kajian 5
4. Kumpulan Sasaran 6
5. Pelaksanaan Kajian 6
5.1 Penyediaan kertas soalan 6
5.2 Pelaksanaan Ujian 6
5.3 Penandaan kertas 7
5.4 Pengumpulan data 11
5.5 Analisa data 14
6. Rumusan 16
7. Cadangan Penambahbaikan 18
8. Refleksi 19
9. Rujukan 20
10. Lampiran 21






4



1.0 ANALISIS DATA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Berdasarkan analisa keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang dijalankan
pada bulan Mei, saya mendapati seramai 31 orang murid telah lulus iaitu 89 % dan 4
orang murid telah gagal iaitu 11 %. Walaubagaimanapun, berdasarkan data yang
diperoleh, murid masih tidak menguasai sepenuhnya Bahagian B di mana markah yang
diperoleh hanyalah 12/20 dan ke bawah. Semua murid tidak mencapai tahap yang
dikehendaki iaitu mendapat sekurang-kurangnya 16/20 bagi Bahagian B. Seramai 12
orang murid mendapat markah antara 12/20 hingga 10/20 markah dan selebihnya
mendapat markah kurang daripada 10/20.
Bentuk soalan bahagian B dalam peperiksaan pertengahan tahun lebih tertumpu
kepada membuat pemerhatian, mengawal pembolehubah dan membuat inferans. Hanya
10 orang murid dapat menjawab soalan berbentuk pemerhatian dengan baik manakala
hanya 5 orang murid sahaja yang dapat menjawab soalan membuat inferens dengan
betul. Seramai 30 orang murid gagal untuk menjawab soalan membuat inferans. Bagi
soalan berbentuk mengawal pembolehubah, 27% murid dapat memberikan jawapan
yang tepat manakala 73% lagi kurang memahami kehendak soalan dan tidak dapat
mentafsir data dengan baik bagi mendapatkan pembolehubah.
Peratus lulus yang tinggi telah disumbangkan oleh markah bahagian A di mana
murid mampu menjawab soalan berfakta dengan baik. Berdasarkan analisa keputusan
peperiksaan Pertengahan Tahun 2013, dapatlah disimpulkan bahawa penguasaan
murid terhadap teknik menjawab soalan Bahagian B masih lemah dan perlu diperbaiki
bagi menyumbang kepada jumlah markah yang lebih tinggi supaya murid mampu
mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Sains.
Kegagalan murid untuk mendapat markah yang tinggi dalam Bahagaian B
sebenarnya mempengaruhi gred dalam mata pelajaran sains. bahagian B menyumbang
sebanyak 40% daripada keseluruhan markah dan murid perlu mendapat sekurang-
kurangnya 36% bagi mencapai tahap menguasai dalam menjawab soalan berbentuk
Kemahiran Proses Sains.
5


2.0 FOKUS KAJIAN
Bagi melihat tahap penguasaan murid dalam Bahagian B atau penguasaan
dalam teknik menjawab soalan Kemahiran Proses Sains, saya telah mengambil
tindakan untuk melihat data markah bagi Peperiksaan Akhir Tahun. Berdasarkan
kepada analisa peperiksaan Pertengahan Tahun, saya akan membuat perbandingan
pencapaian murid dengan Peperiksaan Akhir Tahun. Perbandingan ini akan memberi
jawapan sama ada murid dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam teknik
menjawab soalan KPS atau tiada sebarang perubahan yang berlaku.
Melalui data yang dikumpul, saya dapat menilai tahap penguasaan murid bagi
menjawab setiap jenis kemahiran proses sains. Penambahan dan pengurangan dalam
data yang dibandingkan akan menunjukkan sama ada berlakunya peningkatan prestasi
murid atau berlakunya penurunan dalam tahap penguasaan murid.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tahap penguasaan murid tahun 4
dalam teknik menjawab soalan Kemahiran Proses Sains
Objektif Khusus
1. Untuk mengkaji cara menjawab soalan berbentuk KPS oleh murid-murid tahun 4.
2. Untuk mendapatkan bilangan murid yang telah menguasai dan yang belum
menguasai teknik menjawab soalan berbentuk KPS.
3. Untuk mengenalpasti bentuk soalan KPS yang masih belum dapat dikuasai
sepenuhnya oleh murid tahun 4 Cemerlang.
4. Untuk mngenalpasti kelemahan murid dalam menjawab soalan berbentuk KPS.
5. Untuk merancang aktiviti pengayaan, pengukuhan atau pemulihan bagi
meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan berbentuk KPS.
6


4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 35 orang murid tahun 4 cemerlang di SK batu Muda,Kuala Lumpur
yang terdiri daripada orang murid lelaki dan orang murid perempuan.
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Penyediaan kertas soalan
Merujuk kepada kertas peperiksaan Bahagian B, Jadual spesifikasi soalan bagi
bahagian B adalah seperti berikut:
Bil Kemahiran Proses Sains Bil soalan Bilangan markah
1 Membuat Pemerhatian 1 2
2 Mengawal pembolehubah 8 16
3 Mentafsir data
(tujuan penyiasatan)
(Corak perubahan)
5 10
4 Membuat inferens 2 4
5 Meramalkan 1 2
6 Membuat kesimpulan / hubungan 3 6
Jumlah 20 40

Contoh soalan: rujuk lampiran 1

5.2 Pelaksanaan Ujian
Ujian ini dilaksanakan semasa peperiksaan akhir tahun. Murid diberi masa 1 jam
15 minit untuk menyiapkan ujian bagi bahagian A dan bahagian B. Bahagian A
merupakan soalan berbentuk aneka pilihan. Murid dikehendaki menghitamkan kertas
7
jawapan yang diberi. Bahagian B merupakan soalan ujian bertulis bagi menguji
kemahiran proses sains. Murid perlu menulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

5.3 Penandaan kertas
Penandaan kertas telah dijalankan sebaik sahaja habis peperiksaan Akhir Tahun
2013. Penandaan dijalankan berdasarkan skema pemarkahan yang telah disediakan
seperti di bawah:
Skema Pemarkahan Soalan Sains Tahun 4
Soalan 1.
(a) Tumbuhan di dalam pasu A layu dan mati manakala tumbuhan dalam pasu B terus
hidup subur.
(b) Tumbuhan dalam pasu A tidak mendapat air manakala tumbuhan dalam pasu B
mendapat air yang cukup.
(c) Tumbuhan memerlukan air untuk terus hidup.
Soalan 2
(a) Untuk menyiasat hubungan antara panjang tali dengan masa yang diambil untuk 20
ayunan.
(b) menaik
(c) i. Panjang tali
ii. Berat ladung / saiz ladung/ tempoh masa
(d) 38 s
Soalan 3
(a) Untuk menyiasat hubungan antara kehadiran udara dengan keadaan paku selepas
tiga minggu.
(b) i. Kehadiran udara
8
ii. Keadaan paku selepas tiga minggu
(c) Paku P tidak berkarat kerana paku tidak terdedah kepada udara.
Soalan 4
(a) Menaik
(b) i. Jarak planet dari matahari
iii. Masa yang diambil untuk satu pusingan lengkap mengelilingi matahari
(c) Semakin bertambah jarak planet dari matahari, semakin bertambah masa untuk satu
pusingan lengkap mengelilingi matahari.
Soalan 5
(a) Untuk menyiasat hubungan antara tahun dengan bilangan telefon mudah alih yang
dijual.
(b) i. Tahun
ii. Bilangan telefon mudah alih yang dijual.
(c) Semakin bertambah tahun, semakin bertambah bilangan telefon mudah alih yang
dijual.










9
Berdasarkan skema pemarkahan di atas, penandaan kertas jawapan murid dilakukan
untuk kesemua 35 set kertas jawapan murid tahun 4 Cemerlang. Contoh jawapan murid
yang telah ditanda adalah seperti dalam gambar di bawah.



















Gambar 1.0: Contoh Penandaan jawapan murid bagi soalan nombor 1




10












Gambar 2.0: Contoh penandaan jawapan murid bagi soalan nombor 4












Gambar 3.0: Contoh penandaan jawapan murid bagi soalan nombor 5
11
5.4 Pengumpulan data
Markah yang diperoleh bagi setiap orang murid direkodkan dalam jadual.
Bil Nama murid Markah (Bahagian B)
1 Muhammad Akmal Haziq 12
2 Luqman Hakim 12
3 Ahmad Akmal 12
4 Mohamad Zulfadhli 14
5 Azzrai Hakimi 13
6 Muhamad Faris Danial 11
7 Hanzallah 11
8 Haziq Adham 13
9 Usama El-Fikri 6
10 Wan Nur Amira 9
11 Nor Aisyah Dini 11
12 Nur Insyirah Sufia 7
13 Nur Syarafana 10
14 Nur Fitri Anieda 8
15 Putri Al Nissa 7
16 Wan Siti Sarah 8
17 Muhammad Aiman 6
18 Wan Nurul Ayuni 11
19 Muhammad Idham 4
20 Mohamad Hakimin 6
21 Siti Mazlin 11
22 Nazifa Batrisyia 9
23 Muhammad Fauzan 4
24 Muhammad Zulkarnain 5
25 Nur Syahirah 7
26 Muhammad Danish Haikal 3
27 Nur Ilyana 4
28 Nur Syafiqah 5
29 Ahmad Farhan 4
30 Shasha Raisyikin 1
31 Muhammad Firdaus 4
32 Mohamad Alif Haikal 3
33 Nik Izyan Anisah 1
34 Shakilla Aina 1
35 Muhammad Zuhud 0
Jadual 1.0: Senarai markah murid
12
Data bagi pencapaian murid mengikut kategori markah adalah seperti jadual di bawah.
Kategori markah Bil murid Peratus murid
%
16 - 20 0 0.0
11 - 15 11 31.4
6-10 11 31.4
1-5 12 34.3
0 1 2.9
Jadual 2.0: Peratus murid mengikut kategori markah

Analisis item telah dijalankan dan data bagi bilangan murid yang menjawab dengan
betul untuk setiap soalan direkodkan dalam jadual di bawah.
Nombor
soalan
Kemahiran Proses Sains Bilangan murid
yang menjawab
dengan betul
Peratus
%
1(a) Memerhati 18 51.4
(b) Membuat inferens 5 14.3
(c) Menggunakan perhubungan
ruang dan masa
19 54.3
2(a) Mentafsir data 17 48.6
(b) Mentafsir data 15 42.9
(c .i) Mengawal pembolehubah 17 48.6
(c.ii) Mengawal pembolehubah 4 11.4
(d) Meramal 8 22.9
3(a) Mentafsir data 2 5.7
(b.i) Mengawal pembolehubah 4 11.4
(b.ii) Mengawal pembolehubah 21 60.0
(c) Membuat inferans 2 5.7
4 (a) Mentafsir data 15 42.9
(b.i) Mengawal pembolehubah 17 48.6
13
(b.ii) Mengawal pembolehubah 18 51.4
(c) Menggunakan perhubungan
ruang dan masa
0 0
5 (a) Mentafsir data 18 51.4
(b.i) Mengawal pembolehubah 16 45.7
(b.ii) Mengawal pembolehubah 15 42.9
(c) Menggunakan perhubungan
ruang dan masa
9 25.7
Jadual 3.0: Analisis item
Berdasarkan jadual analisis item di atas, satu pecahan peratusan murid yang
dapat menjawab setiap satu jenis kemahiran proses sains diperoleh. Jadual di bawah
menunjukkan pecahan peratusan murid yang dapat menjawab bagi setiap jenis
kemahiran proses sains
Bil Kemahiran Proses
Sains
Bil soalan Peratus betul
%
Peratus salah
%
1 Memerhati 1 51.4 48.6
2 Mengawal
pembolehubah
8 40.0 60.0
3 Mentafsir data
(tujuan penyiasatan)
(Corak perubahan)
5 38.3 61.7
4 Membuat inferens 2 1.0 99.0
5 Meramal 1 22.9 77.1
6 Menggunakan
perhubungan ruang dan
masa
3 26.7 73.3
Jadual 4.0: Peratusan murid yang menjawab dengan betul bagi setiap kemahiran
proses sains


14
5.5 Analisa data
Berdasarkan pengumpulan data di atas, murid tahun 4 Cemerlang masih tidak
mampu untuk mencapai tahap cemerlang dengan pencapaian sekurang-kurangnya
16/20 bagi bahagian B. Sebanyak 31.4% berjaya memperoleh markah sekurang-
kurangnya 11/20 dan seramai 11 orang murid berjaya mendapat markah antara 6
hingga 10 markah. Seramai 12 orang murid yang menyumbang kepada 34.3% hanya
berjaya menjawab antara 1 hingga 5 soalan dengan betul. Terdapat seorang murid tidak
dapat menjawab semua soalan bahagian B dengan betul.
Mengikut pecahan kemahiran proses sains pula, 51.4% berjaya menjawab
soalan memerhati dan hanya 1.0% sahaja yang boleh menjawab soalan inferens
dengan betul. Bagi kemahiran proses sains mentafsir data, sebanyak 38.3% dapat
menjawab dengan betul dan 40.0% berjaya menjawab soalan berbentuk mengawal
pembolehubah. Sebanyak 22.9% murid boleh menjawab soalan meramal dan 26.7%
murid pula boleh menjawab soalan menggunakan hubungan antara ruang dan masa.
Jika dilihat kepada peratusan murid yang berjaya menjawab soalan dengan
betul, tidak sampai separuh daripada murid 4 Cemerlang dapat menguasai kemahiran
menjawab soalan. Peratusan yang terlalu rendah ini menunjukkan bahawa murid masih
belum menguasai teknik mejawab soalan bahagian B dengan baik. Seramai 24 orang
murid hanya mampu mendapat markah di bawah 10 daripada 20 soalan yang dijawab.
Hanya 11 orang sahaja yang mampu mencapai markah sekurang-kurangnya 11/20.
Walaubagaimanapun, pencapaian tertinggi yang dicapai oleh murid 4 Cemerlang ialah
14/20.
Bilangan soalan mengawal pembolehubah paling banyak disoal iaitu
merangkumi 8 soalan daripada 20 soalan yang dikemukakan. Peratusan murid yang
berjaya menjawab soalan ini hanyalah 40 % sahaja manakala 60% murid gagal untuk
memahami soalan ini. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesalahan
murid. Semasa penandaan kertas jawapan murid, beberapa faktor yang telah
menyebabkan kesalahan pada jawapan yang diberikan oleh murid. Antara faktor-faktor
tersebut ialah:
15
a) Murid masih keliru antara pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah
bergerakbalas sehingga ada di antara mereka tertukar jawapan antara kedua-
dua pembolehubah ini.
b) Murid tidak menulis parameter bagi jawapan pembolehubah yang ditetapkan
atau dimalarkan.
c) Murid tidak mampu untuk mencari pembolehubah berdasarkan kepada
gambarajah atau pernyataan yang diberi.
d) Murid memilih label pada kolum yang pertama sebagai pembolehubah
dimanipulasikan apabila diberi jadual yang mempunyai tiga kolum.
e) Murid langsung tidak tahu tentang pembolehubah
Peratusan paling rendah bagi jenis soalan yang dapat dijawab oleh murid ialah
soalan berbentuk inferens. Hanya 5 orang berjaya menjawab soalan 1(b) dan 2 orang
berjaya menjawab soalan 3(c) dengan betul. Peratus pencapaian yang rendah iaitu
1.0% sahaja disebabkan oleh soalan inferens merupakan soalan kemahiran berfikir aras
tinggi yang masih belum mampu dicapai oleh murid kelas 4 Cemerlang. Murid tidak
dapat mengaitkan pemerhatian dengan sebab-sebab berlakunya kejadian yang
diperhatikan. Kekurangan pengetahuan dalam konsep sains mempengaruhi penulisan
jawapan murid bagi soalan inferens. Jawapan murid yang tidak lengkap apabila terdapat
item tertentu yang tidak ditulis telah menyebabkan jawapan murid tidak dapat diterima
walaupun maksud ayat itu menghampiri skema pemarkahan.
Bentuk soalan yang mempunyai cara penulisan jawapan yang lebih mudah
seperti tujuan penyiasatan dan corak perubahan juga tidak mampu mencapai peratusan
yang tinggi. hanya 38.3% sahaja yang dapat menjawab dengan betul. Berdasarkan
penandaan kertas soalan, murid tidak memahami teknik menjawab soalan yang telah
diajar dan murid juga masih belum menguasai sepenuhnya teknik menjawab soalan
yang diberikan. Faktor utama kesalahan dalam menulis jawapan bagi tujuan
penyiasatan berpunca daripada kesilapan menentukan pembolehubah. Murid yang tidak
dapat menjawab soalan mengawal pembolehubah, tidak dapat memberikan jawapan
yang betul untuk soalan tujuan penyiasatan. Penentuan pembolehubah yang
dimanipulasi dan pembolehubah yang bergerakbalas merupakan penentu kepada
penulisan jawapan bagi tujuan penyiasatan. Murid perlu menentukan pembolehubah
sebelum menjawab soalan tujuan penyiasatan. Kesilapan dalam menentukan
16
pembolehubah telah menyebabkan murid tidak mendapat markah untuk jawapan tujuan
penyiasatan.
Soalan berbentuk menulis perhubungan riang dan masa juga tidak mampu
djawab oleh 73.3 % murid tahun 4 Cemerlang. Teknik mejawab soalan hubungan dan
kesimpulan masih belum dikuasai oleh murid. Kesilapan dalam menentukan corak
perubahan juga menjadi satu faktor utama yang menyebabkan murid tidak mendapat
markah dalam soalan bentuk ini. Penegasan kepada menentukan corak perubahan
yang betul perlu diberi perhatian supaya murid dapat menulis jawapan untuk soalan
hubungan dan kesimpulan dengan betul.
Secara keseluruhannya, peratus pencapaian murid dalam menjawab soalan
Bahagian B masih rendah dan kurang memberansangkan. Markah bahagian B telah
mempengaruhi peratus lulus murid-murid dalam peperiksaan sains. Secara
keseluruhannya, seramai 9 orang murid telah gagal dalam peperiksaan akhir tahun bagi
kelas 4 Cemerlang. Sembilan orang murid ini hanya mendapat markah 0-5 untuk
bahagian B. Jelas di sini, markah bahagian B amat mempengaruhi pencapaian murid
dalam mata pelajaran Sains secara keseluruhannya.

6.0 RUMUSAN
Hasil daripada kajian tindakan ini, dapatlah dirumuskan bahawa tahap
pencapaian murid tahun 4 Cemerlang dalam mata pelajaran Sains masih rendah
terutam bagi pencapaian untuk Bahagian B. Soalan Bahagian B merangkumi soalan
berbentuk kemahiran proses Sains. Berdasarkan soalan yang digubal untuk
peperiksaan akhir tahun, terdapat enam kemahiran proses sains yang diuji dalam ujian
tersebut. Kemahiran proses sains tersebut ialah:
a. Memerhati
b. Membuat inferens
c. Meramal
d. Mengawal pembolehubah
e. Mentafsir data
f. menggunakan hubungan ruang dan masa
17

Hasil kajian telah menunjukkan peratusan yang rendah bagi bilangan murid yang
berjaya menjawab soalan-soalan kemahiran proses sains. murid didapati masih belum
menguasai dan memahami bentuk soalan ini serta teknik menjawab soalan tersebut.
Peratusan yang rendah juga diperoleh berdasarkan kepada bilangan soalan yang
dijawab dengan betul.
Pencapaian murid yang terlalu rendah bagi bahagian B telah mempengaruhi
pencapaian keseluruhan mata pelajaran ini sehingga menyebabkan 9 orang murid gagal
dan tiada murid yang mendapat gred A dalam mata pelajaran ini. Murid yang gagal
dalam mata pelajaran sains hanya berjaya mendapat markah kurang daripada 5 markah
sahaja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa markah bahagian B akan mempengaruhi gred
bagi matapelajaran Sains. bagi mencapai keputusan A, murid perlu mendapat sekurang-
kurangnya 16/20 untuk bahagian B.
Menurut Suriazarah bt Haji Saad (2011), murid perlu mengusai cara menjawab soalan
bagi konstruk kemahiran proses sains seperti di bawah bagi meningkatkan pencapaian
murid dalam mata pelajaran Sains terutama bagi bahagian B:
1. TUJUAN- Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB.
2. PEMERHATIAN - Apa yang dapat kita lihat daripada gambarajah atau keputusan
eksperimen
3. PEMBOLEHUBAH
a. Pembolehubah dimanipulasi - kata kunci: cari perkataan berbeza dalam
ayat soalan, biasanya manusia yang
menentukannya.
b. Pembolehubah bergerakbalas - kata kunci : cari perkataan dicatatkan atau
direkodkan.
c. Pembolehubah dimalarkan : kata kunci : cari perkataan sama dalam soalan
atau cari bahan atau radas yang digunakan
adalah sama banyak, sama saiz atau sama
jenis.
4. INFERENS- Memberikan sebab dan alasan disertai dengan
perkataan "kerana".Jawapan biasanya tiada dalam soalan
sebaliknya murid perlu fikir sendiri.
18
5. HIPOTESIS - Jika semakin bertambah/ berkurang PM maka semakin bertambah/
berkurang PB. Ayat ini biasanya digunakan untuk soalan yang ada
"nilai".
6. HUBUNGAN - Boleh guna ayat hipotesis jika ayat tersebut betul.
7. KESIMPULAN - Boleh guna ayat hipotesis atau pun buat kesimpulan umum
contohnya pengaratan berlaku dengan adanya air dan udara.
8. CORAK - Guna perkataan "bertambah. berkurang atau mendatar".
9. MAKLUMAT - Beri PM atau PB
(Suriazarah bt Haji Saad (2011),Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B)
Murid-murid boleh disuruh menghafal teknik menjawab soalan di atas bagi
memastikan mereka dapat menulis jawapan mengikut skema pemarkahan. Kaedah
menghafal boleh digunakan terutama bagi murid-murid yang langsung tidak tahu
bagaimana untuk menjawab soalan Bahagian B atau murid yang mendapat markah di
bawah 5/10 semasa menjawab soalan. Apabila murid menghafal teknik menjawab
soalan ini, sekurang-kurangnya mereka mempunyai idea untuk menulis jawapan pada
ruangan jawapan.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat banyak langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dijalankan bagi
meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains terutama untuk mencapai target 16/20
soalan dijawab dengan betul oleh murid-murid kelas 4 Cemerlang. Antara langkah-
langkah yang boleh dilakukan ialah:
a. Memastikan murid memahami bentuk soalan yang merujuk kepada kemahiran
proses sains yang tertentu.
b. Murid diberi pendedahan cara menulis jawapan dengan betul.
c. Murid diberi latih tubi yang dapat mengasah kemahiran memahami soalan serta
menulis jawapan dengan betul.
d. Murid perlu didedahkan dengan soalan berbentuk konstruks Kemahiran Proses
Sains setiap kali selesai pengajaran dan pembelajaran untuk satu-satu topik.
e. Murid kelas Cemerlang yang mempunyai kecerdasan yang sederhana perlu
dibantu untuk berfikir terutama bagi menyelesaikan soalan inferens. Guru boleh
19
menggunakan peta pemikiran di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid kelas 4 Cemerlang
f. Murid perlu membuat latihan setiap minggu untuk menyelesaikan soalan
berbentuk kemahiran proses sains supaya mereka menjadi biasa dengan bentuk
soalan bahagian B ini.
Langkah-langkah ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran atau
program-program peningkatan Prestasi Sains supaya peratusan murid yang mendapat
markah 16/20 akan bertambah dan murid yang mendapat markah di bawah 5/20 akan
berkurangan. Walau apapun hasil yang diperoleh daripada keputusan peperiksaan ini,
murid-murid 4 Cemerlang mempunyai harapan untuk mencapai kejayaan yang lebih
baik. Pembelajaran adalah perubahan pada individu hasil daripada pengalaman (Slavin,
1991).
8.0 REFLEKSI
Sepanjang menjalankan kajian berkaitan dengan analisis item bagi peperiksan
akhir tahun untuk mata pelajaran Sains tahun 4 Cemerlang ini, banyak perkara yang
saya pelajari. Perkara pertama yang saya peroleh daripada kajian ini ialah saya
mendapati bahawa prestasi murid 4 Cemerlang dalam mata pelajaran Sains masih
rendah. Prestasi 4 cemerlang ini mungkin juga mewakili prestasi kelas 5 Cemerlang
dan 6 Cemerlang. Kelas Cemerlang merupakan kelas yang ketiga daripada lima kelas di
sekolah ini. Perkara ini menunjukkan lebih daripada separuh murid tahun 4, 5 atau 6
yang masih tidak mengusai kemahiran proses sains serta teknik menjawab soalan
Bahagian B. Berdasarkan kepada analisis item ini juga, saya telah mendapat gambaran
yang jelas bahawa pencapaian murid dalam mata pelajaran sains masih rendah.
Kajian ini telah mendedahkan maklumat yang terperinci bagi merancang
pelbagai program serta perancangan bagi meningkatkan prestasi murid dalam mata
pelajaran Sains. Pelbagai kaedah dan pendekatan harus digunakan supaya murid dapat
menguasai kemahiran proses sains dan mempertingkatkan kemahiran mereka dalam
menjawab soalan sains bahagian B. Hasil kajian ini dapat digunakan bagi membantu
guru-guru Sains di sekolah saya untuk mencari punca dan faktor kegagalan murid dalam
mata pelajaran ini.
20
Sepanjang menjalankan kajian ini, saya amat berterima kasih kepada guru-guru
Sains di sekolah saya yang banyak membantu saya untuk mendapatkan maklumat serta
menyediakan bahan kajian. Saya juga amat berbesar hati dengan kerjasama yang telah
diberikan oleh murid-murid tahun 4 Cemerlang ketika saya membuat analisis item
bersama-sama guru Sains mereka. Walaupun terdapat masalah dari segi memahami isi
kandungan mata pelajaran Sains serta kemahiran proses sains tetapi dengan bantuan
guru Sains, saya telah dapat memahami sedikit sebanyak berkaitan dengan mata
pelajaran ini. Saya juga telah mempelajari cara-cara penandaan jawapan bagi soalan
Sains serta cara pemberian markah untuk jawapan murid. Walaupun terdapat kesilapan
semasa menanda kertas murid, dengan bantuan guru Sains , saya telah dapat
mengatasi kesilapan tersebut. Bantuan daripada guru Sains untuk menyemak semula
penandaan saya juga telah banyak membantu saya untuk memastikan markah yang
diberi adalah mengikut skema jawapan yang telah disediakan.
Saya berasa amat berpuas hati dengan hasil kajian ini dan banyak perkara
berkaitan dengan mata pelajaran Sains yang telah saya pelajari sepanjang menjalankan
kajian ini. Saya berharap agar pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang
menjalankan kajian ini akan dapat membantu saya untuk menguasai kaedah pengajaran
sains di sekolah.

9.0 RUJUKAN
Gaya Pemetikan Penulisan (APA). (2003). Universiti Sains Malaysia daripada
http://www.lib.usm.my/equip-
usm/custom/PTK%20FILE/Gaya%20Pemetikan%20Penulisan%20(APA).pd
Geetha a/p Subramaniam, Meningkatkan Kemahiran Murid Dalam Menjawab Soalan
Sains Bahagian B. Universiti Pendidikan Sultan Idris daripada
http://cikgugeetha08.blogspot.com/p/kajian-tindakan.html
Mok Soon Sang (2003), Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme
Keguruan) Sekolah Rendah, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya.
Suriazarah bt Haji Saad (2011),Teknik Menjawab Soalan Sains Bahagian B daripada
http://rzaflia.blogspot.com/2011/11/teknik-menjawab-soalan-sains-bahagian-
b.html
21
10.0 LAMPIRAN

CONTOH KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013
SAINS TAHUN 4
BAHAGIAN B (40 MARKAH)
NAMA: _________________________________ KELAS:___________
Jawab semua soalan. Tuliskan jawapan dalam ruangan yang disediakan.

1. Rajah 1 menunjukkan satu penyiasatan berkaitan dengan keperluan asas
tumbuhan.





Rajah 1
a) Apakah pemerhatian yang dapat dilihat selepas satu minggu?
_________________________________________________________
___________________________________________________________
[1 Markah]
b) Apakah inferens (sebab) berdasarkan jawapan kamu di (a)
_________________________________________________________
___________________________________________________________
[1 Markah]
c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?
_________________________________________________________
___________________________________________________________
[1 Markah]


Tumbuhan
Tanah
kering
Tanah
lembab
22
2. Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan menggunakan lima bandul H, I, J, K
dan L seperti dalam rajah 2 di bawah. Semua bandul mempunyai berat ladung yang
sama tetapi panjang tali yang berbeza. Bandul diayun dengan cara yang sama
untuk menyukat masa yang diambil untuk 20 ayunan. Keputusan penyiasatan dicatat
dalam jadual 1 di bawah.


Rajah 2
Bandul Panjang tali (cm) Masa yang diambil untuk 20 ayunan (s)
H 20 18
I 30 23
J 40 28
K 50 33
L 60
Jadual 1
a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
____________________________________________________
____________________________________________________
[1 Markah]
b) Apakah corak perubahan masa yang diambil untuk 20 ayunan?
____________________________________________[1 Markah]
c) Daripada penyiasatan di atas, nyatakan
i) apakah yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan)?
______________________________________________
ii ) apakah yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan)?
______________________________________________ (2
markah)
d) Ramalkan masa yang diambil untuk 20 ayunan apabila panjang tali ialah
60 cm.
____________________________________________________ (1
Markah)






23
3. Rajah 3 menunjukkan satu penyiasatan untuk mengkaji pengaratan paku besi






a) Apakah tujuan penyiasatan ini?


Rajah 3

Keputusan penyiasatan direkodkan dalam jadual 2 di bawah

Tabung Uji Keadaan paku selepas tiga minggu
P Tidak berkarat
Q Berkarat
R Berkarat
Jadual 2
(a) Apakah tujuan penyiasatan?
_________________________________________________________________
___________________________________________________ (1 markah)
b ) Nyatakan:
(i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan)

___________________________________________________
(1 markah)
(ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerakbalas)

___________________________________________________
(1 markah)

d) Berikan satu sebab (inferens), mengapakah paku P tidak berkarat?

______________________________________________________

______________________________________________________
(1 markah )












Q R S
T







24


4. Rajah 4 menunjukkan kedudukan lima planet daripada Matahari dalam Sistem
Suria







Rajah 4
Jadual 3 di bawah menunjukkan jarak planet daripada Matahari dan masa yang
diambil untuk satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari.


Jadual 3
a) Apakah corak perubahan masa yang diambil untuk satu pusingan lengkap
mengelilingi Matahari?
______________________________________________________
(1 markah )
b) Nyatakan
(i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini,
___________________________________________________
(1 markah )
(ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas) dalam
penyiasatan ini,
___________________________________________________
(1 markah )
c) Nyatakan hubungan antara jarak Planet dari Matahari dengan masa
yang diambil untuk satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari.
______________________________________________________

______________________________________________________
(1 markah )







Planet
Jarak planet dari
Matahari (juta km)
Masa yang diambil untuk satu
pusingan lengkap mengelilingi
Matahari (hari)
M 58 88
N 108 225
O 150 365
P 228 687
Q 778 4380
25


5. Sekumpulan murid perempuan kelas 4 Arif telah mengumpulkan maklumat
tentang bilangan telefon mudah alih yang dijual di sebuah kedai di Kampung Batu Muda.
Carta bar di bawah menunjukkan maklumat yang diperoleh.


















a) Apakah tujuan
penyiasatan ini?

____________________________________________________
_________________________________________________________
[1 Markah]
b) Daripada penyiasatan di atas, nyatakan
i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan)?
______________________________________________

ii ) apa yang diperhati(pembolehubah bergerakbalas)?
______________________________________________
(2 markah )
c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan di atas?
____________________________________________________

____________________________________________________
(1 Markah)







Tahun
Bilangan telefon mudah alih yang dijual
2007 2008 2009 2010 2011
1200

1000

800

600

You might also like