You are on page 1of 7

Kepada anak didik Cikgu,

sila siapkan latihan ini dan serah kembali kepada Ketua / Pen.Kelas.Tk

Koleksi Soalan Peribahasa : -------
Nama: ______________________
Tingkatan : _______________

Arahan : Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan berikut.


1. Mak Limah berasa sedih apabila mendengar kata-kata anaknya yang mengguris perasaan
itu.
Perasaan Mak Limah ketika itu ibarat ..
A kaca terhempas ke batu -----------------------------------------------------------------------------------------
B ikan kena tuba -----------------------------------------------------------------------------------------
C embun di hujung rumput ----------------------------------------------------------------------------------------
D gunting makan di hujung _____________________________________________________

2. Hubungan yang amat akrab antara Tee Ann dengan Zahara menyebabkan
sering kelihatan bersama walau di mana sahaja.
Pernyataan di atas tepat dengan peribahasa.
A bagai dakwat dengan kertas ____________________________________________________
B bagai aur dengan tebing _____________________________________________________
C seperti cincin dengan permata _____________________________________________________
D seperti mentimun dengan durian _____________________________________________________

3. Pemberian kamu ini amat berharga bagi saya kerana inilah yang saya harap-harapkan selama
ini, kata Rajan kepada Iqbal.
Situasi di atas tepat dengan peribahasa
A untung sabut timbul,untung batu tenggelam ________________________________________________
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ________________________________________________
C ada ubi ada batas, ada masa dapat balas ________________________________________________
D kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan ________________________________________________


4 Arif menyiapkan kelengkapan untuk ke asrama walaupun dia belum mendapat
tawaran ke asrama yang dipohonnya.
Sikap Arif di atas tepat dengan peribahasa
A yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. ____________________________________________
B burung terbang dipipiskan lada. ____________________________________________
C harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. __________________________________________
D baik berjagung-jagung sementara padi belum masak. ___________________________________________

5. Para pekerja di syarikat itu amat gembira pada bulan ini kerana diberi bonus yang
tinggi oleh majikan mereka.
Para pekerja tersebut dikatakan.
A ada gula ada semut _____________________________________________________
B alah bisa tegal biasa ______________________________________________________
C cepat kaki, ringan tangan ___________________________________________________
D mendapat durian runtuh ____________________________________________________

7. Adik yang baru kali pertama berpuasa pada hari ini nampak lemah dan tidak
Kepada anak didik Cikgu,
sila siapkan latihan ini dan serah kembali kepada Ketua / Pen.Kelas.Tk

bermaya sekali. Keadaan adik tepat dengan peribahasa
A seperti ikan kena tuba
B seperti ayam berak kapur
C seperti cicak makan kapur
D seperti cacing kepanasan

8. Sundram terpinga-pinga apabila dituduh mencuri dompet Shalin,sedangkan dia
tidak bersalah dalam hal tersebut.Pernyataan di atas tepat dengan
peribahasa.
A lembu punya susu, sapi dapat nama.
B orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.
C seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit.
D siapa yang makan lada, dialah yang berasa pedas.

9. Peribahasa carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga mempunyai maksud yang hampir
sama dengan peribahasa
A bagaimana acuan, begitulah kuihnya
B setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
C air dicincang tidak akan putus.
D gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga.

10. Pemuda itu telah menceritakan bahawa kunci kejayaannya adalah berkat usaha
dan kerja kerasnya yang berterusan sejak dahulu. Perbuatan ini ibarat
A berjagung-jagung dahulu sementar menanti padi masak.
B kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
C ke bukit sama didaki, ke lurah sama
D lain dulang lain kaki, lain orang lain orang banyak ragam


11. Peribahasa-peribahasa yang berikut mempunyai maksud yang hampir sama kecuali
A banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
B rambut sama hitam, hati lain-lain.
C di luar bagai hempedu, di dalam bagai madu.
D lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

12. Berita tentang kepulangan Ahmad dengan gadis Inggeris itu ke kampung telah menjadi perbualan
hangat dalam kalangan masyarakat kampung.Keadaan ini dikatakan sebagai
A buah tangan.
B isi hati.
C buah mulut.
D buah hati.

13. Zaitun dinasihati oleh Tuk Penghulu supaya jangan membuat tuduhan tanpa periksa terhadap diri
Maimunah. Situasi ini dianggap sebagai
A mulut tempayan. B serkap jarang. C ringan mulut. D iri hati.
14. Jais seorang pemuda yang baik hati dan suka menolong orang. Perbuatan-
nya dikatakan sebagai
A senapang bambu. B ringan tulang. C paku belanda. D buta hati.

Kepada anak didik Cikgu,
sila siapkan latihan ini dan serah kembali kepada Ketua / Pen.Kelas.Tk

15. Razali sentiasa berhati-hati ketika bercakap agar tidak menyinggung perasaan
orang lain. Perbuatan ini ibarat
A biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati.
B gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga.
C biar tersalah kain, jangan tersalah cakap.
D biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

16. Encik Yusuf sangat rajin bekerja sehingga perniagaannya bertambah maju. Prinsip perniagaan Encik
Yusuf ialah orang yang bekerja senang mendapat rezeki.
Situasi ini dianggap sebagai
A hempas tulang, berisi perut.
B genggam bara api biar sampai jadi arang.
C sediakan payung sebelum hujan.
D nak kayu berdikit-dikit, nak tuah
bertabur urai.

17. Ramasamy akan menyiapkan semua kerjanya kerana baginya setiap kerja yang dibuat hendaklah
diselesaikan.
Hal ini diibaratkan sebagai
A kerja yang baik disegerakan,
jangan ditimpa kerja buruk.
B kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit.
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
D biar lambat, asalkan selamat.

18. Dalam membuat sesuatu pekerjaan, kita hendaklah melakukan mengikut peraturan. Hasil yang
diperoleh pasti amat memuaskan.
Perbuatan ini ibarat
A mencurah air ke daun keladi.
B sedikit-sedikit lama-lama jadibukit
C ringan tulang berat perut.
D mamah dahulu sebelum telan.

19. Penduduk kampung amat bersimpati dengan keperitan hidup Kak Peah. Dia terpaksa menyara hidup
keluarganya selepas kematian suaminya. Hal ini ibarat
A berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
B alah bisa tegal biasa.
C kusut di hujung, lari ke pangkal.
D sediakan payung sebelum hujan.

20. Pinangan Razi ditolak oleh bapa Anita yang kaya itu. Bagi ayah Anita, anaknya itu hanya sesuai
berkawan dengan orang yang setaraf sahaja. Hal ini ibarat
A jangan bercermin di air yang keruh
B biar titik, jangan tumpah.
C pipit sama enggang, mana boleh terbang bersama.
D biar putih tulang,jangan putih mata

Kepada anak didik Cikgu,
sila siapkan latihan ini dan serah kembali kepada Ketua / Pen.Kelas.Tk

21. Sungguhpun Amran begitu pendiam, namun dia sebenarnya bijak, tidak seperti Harun yang
banyak bercakap tetapi bodoh. Situasi ini ibarat
A berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
B kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
C ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.
D diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

22. Sungguhpun zaman telah berubah, namun adat Melayu masih tetap diamalkan.Keadaan
ini ibarat
A nasi sudah menjadi bubur.
B menanti kucing betanduk.
C tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
D tidur tak lena mandi tak basah.

23. Sudah berkali-kali Mak Biah menasihati anaknya supaya jangan terlibat dengan lumba
haram. Namun segala nasihatnya itu tidak dipedulikan oleh anaknya. Keadaan ini dikatakan
A seperti mencurah air ke daun keladi
B seperti pahat dengan penukul.
C bagai kacang lupakan kulit.
D bagai si buta kehilangan tongkat.

24. Ketua kampung mengambil sikap berhati-hati dalam menyelesaikan masalah yang
melanda kampungnya. Dia tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak. Perbuatan ini
ibarat
A sarang tebuan jangan dijolok.
B menarik rambut di dalam tepung.
C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
D di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

25. Kehidupan masyarakat kampung sangat rapat. Mereka sentiasa bekerjasama dalam setiap
perkara. Perbuatan ini dikatakan
A bagai pinang dibelah dua.
B seperti ikan pulang ke lubuk.
C bagai bumi dengan langit.
D seperti aur dengan tebing.

26. Encik Badri tiba-tiba menjadi tidak tentu arah dan kebingungan sebaik sahaja mendengar
khabar anaknya meninggal dunia. Keadaan ini dikatakan
A gegak seperti hendak roboh.
B bagai kucing kehilangan anak.
C seperti cacing kepanasan.
D seperti anak ayam kehilangan ibu.

27. Amin sentiasa berhati-hati dan senangmelakukan sesuatu pekerjaan mengikut
kemampuannya sendiri. Perbuatan ini umpama
A ukur baju di badan sendiri.
B untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
C tak mungkin pisang berbuah dua kali.
Kepada anak didik Cikgu,
sila siapkan latihan ini dan serah kembali kepada Ketua / Pen.Kelas.Tk

D ulat di dalam batu pun boleh hidup

28. Segala usaha yang dijalankan oleh seseorang dengan rajin tanpa mengharapkan bantuan
orang lain akan membuahkan hasil yang membanggakan. Situasi ini umpama
A ayam bertelur di atas pagar.
B asal ditugal, adalah benih.
C batu direbus, masakan empuk.
D belah dada, lihatlah hati.

29. Tidak hairanlah Azmie mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang peguam.
Keadaan ini dikatakan
A bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
B alah sabung, menang sorak.
C ada gula, adalah semut.
D alang-alang mandi biar basah.

30. Amin dan adiknya sentiasa berselisih faham, namun keadaan ini tidak pernah berlarutan.
Mereka akan berbaik semula. Situasi ini ibarat
A air digenggam tiada tiris.
B air pun ada pasang surutnya.
C air dicincang tidak akan putus.
D air besar, sampan tak hanyut.

31. Penduduk Kampung Damai sentiasa bantu-membantu ketika mengadakan sebarang majlis
keramaian di kampung itu. Perbuatan ini ibarat
A berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
B hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah.
C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
D berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

32. Setelah mengecapi kehidupan serba mewah, Shamsul tidak mahu lagi berkawan dengan
kawan-kawan lama nya kerana dia takut mereka hendakmenumpang kesenangannya. Situasi ini
ibarat
A makin murah, makin menawar.
B jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.
C murah di mulut, mahal di timbangan.
D langit yang tinggi hendakditampar, bumi yang dipijak tidak dapat dicapai.

33. Belindra yang membuat kerja tangan itu, tetapi Anita pula yang dipuji.Situasi ini ibarat
A bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
B masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
C lain lubuk, lain kainnya.
D lembu punya susu, sapi dapat nama.

34. Kami tidak tahan mendengar cerita Mak Cik Yam yang _____________kerananya
sememangnya suka banyak bercakap.
A seperti murai tercabut ekor.
B bagai isi dengan kuku.
Kepada anak didik Cikgu,
sila siapkan latihan ini dan serah kembali kepada Ketua / Pen.Kelas.Tk

C seperti lipas kudung.
D seperti anjing dengan kucing.

35. Kerosakan mesin itu hanya dapat dibaiki oleh Zainuddin kerana dia lebih tahu komponen-
komponen di dalam mesin tersebut. Inilah yangdikatakan
A indah khbar dari rupa
B makin murah makin menawar
C biar titik jangan tumpah
D jauhari juga yang mengenal manikam

36. Zainal bernasib baik setelah bertukar kerana majikan barunya langsung
tidak membayar gajinya, sama seperti majikan lamanya.
Kehidupan Zainal diibaratkan sebagai
A sudah jatuh ditimpa tangga
B berkerat rotan berpatah arang
C layang-layang putus tali
D lempar batu sembunyi tangan

37. Setelah menjadi kaya-raya, dia tidak lagi menghiraukan kawan-kawannya yang banyak
menolongnya ketika dia susah. Sikap itu umpama
A kera mendapat bunga
B sudah terhantuk baru tergadah
C burung terbang dipipiskan lada
D kacang lupakan kulit

38. Gadis itu sentiasa menjadi perhatian anak-anak muda di kampung ini keran
kecantikannya yang tiada tolok bandingannya.
Kecantikan gadis itu ibarat
A Belanda minta tanah
B hujan jatuh ke pasir
C bulan di pagar bintang
D pungguk rindukan bulan

39. Encik Wong telah berjanji untuk memberi anak buahnya ganjaran setelah mendapat projek itu
tetapi dia sendiri tidak berusaha untuk melaksanakan janji itu.
Perbuatan itu ibarat
A biar putih tulang jangan putih mata
B menanam tebu di bibir
C nasi sudah menjadi bubur
D ular kena palu

40. Dia sentiasa kelihatan gelisah tadi. Dia seperti ____________.
A rusa masuk kampung
B api dalam sekam
C buang yang keruh, ambil yang jernih
D cacing kepanasan



Kepada anak didik Cikgu,
sila siapkan latihan ini dan serah kembali kepada Ketua / Pen.Kelas.Tk

Disediakan oleh,
Pn. See G.C.
Guru Bahasa Melayu