GDP 4043

Tajuk Kajian Menyelesaikan Permasalahan Murid Yang Tidak Solat Zohor Secara Berjemaah Bagi Murid Tingkatan 5 Ibnu Sina, Maahad al-Sabirin Ayer Lanas, Jeli Kelantan.

Nama penyelidik
1. Muhamad Khairi B Muhammad 2. Abd Hadi B Ibrahim 3. Jazlan B Mohamad 4. Ahmad Zulkifli B Ariffin 5. Mohd Azhan B Nordin

No Metrik 195290 195224 195245 195232 195404

Laporan kajian ini telah siap ditulis pada hari Khamis 23 Julai 2009.

1

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Penghargaan Kami bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia-Nya jua laporan kajian tindakan ini dapat disempurnakan sebagaimana adanya. Dalam proses pelaksanaannya, kami sangat terhutang budi dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan yang tidak terhingga. Penghargaan ini, pertamanya kami tujukan khusus kepada En Alis B Puteh selaku Moderator kami yang telah banyak memberi panduan dan tidak jemujemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkankan laporan kajian tindakan ini. Keduanya kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua Maahad Al-Sabirin Ust Hj Mohd Razif B Hj Othman yang memberi kerjasama penuh dan membenarkan kajian ini dijalankan disekolah beliau. Seterusnya yang ketiga, untuk guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dengan kajian tindakan ini. Terakhirnya tidak lupa juga dikesempatan ini kami rakamkan ucapan ribuan terima kasih buat ahli keluarga tersayang yang banyak memberi daya inspirasi kepada kami begitu juga buat rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi sokongan moral dalam menyiapkan hasil laporan kajian tindakan ini. Allah jualah yang mampu mambalas jasa dan sumbangan kalian, semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua.

Abstrak
2 GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Kajian tindakan ini berkisarkan tentang penyelesaian permasalahan murid yang tidak solat Zohor secara berjemaah bagi murid tingkatan 5 Ibnu Sina Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas, Jeli Kelantan. Solat Zohor berjemaah telah dimasukkan kedalam kurikulum dan dilaksanakan disemua sekolah dibawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan. Walaubagaimanapun pelaksanaannya dipandang remeh dan diambil ringan oleh sebilangan murid. Beberapa pendekatan dan kaedah dalam bentuk aktiviti telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dan peratusan kehadiran murid untuk solat Zohor secara berjemaah. Sebuah kelas seramai 35 orang murid daripada tingkatan lima telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan peratusan rendah mereka menunaikan solat Zohor secara berjemaah disekolah. Disamping itu, kajian ini juga digunakan untuk menilai keberkesanan metodologi, pendekatan dan kaedah yang telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan dapat meningkatkan kesedaran dan peratusan murid untuk solat berjemah.

Senarai Isi kandungan Laporan Tajuk Penghargaan
3 GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

Muka Surat 2

GDP 4043

Abstrak Senarai Kandungan 1.Latarbelakang Kajian 2. Pernyataan Masalah 3. Objektif Kajian 4. Metodologi Kajian 4.1 Reka bentuk Kajian 4.2 Sasaran Kajian 4.3 Pemerhatian 4.4 Temubual 5. Tinjauan Awal 6. Perancangan Tindakan 7. Pelaksanaan Tindakan 8. Penilaian Dan Refleksi 9. Penutup 10. Rujukan 11. Lampiran

3 4 5-6 7-8 9 10-11 10 10 10 11 12 13 13-15 16 16 17 18

4

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Latarbelakang kajian Saranan pelaksanaan solat Zohor secara berjemaah semasa sesi persekolahan di sekolah Yayasan Islam kelantan telah diparaktikkan pada tahun 2005 sehinggalah sekarang. Amalan solat Zohor berjemaah bukan sahaja diwajibkan kepada pelajarpelajar tetapi juga kepada guru-guru serta kakitangan sekolah malah telah dimasukkan kedalam waktu akhir kurikulum persekolahan. Saranan ini bertepatan dengan saranan kerajaan negeri kelantan yang menitikberatkan penghayatan solat di kalangan pelajar sekolah agama khususnya, dan masyarakat awam umumnya. Kajian tindakan ini dijalankan di Maahad Al-sabirin Ayer Lanas yang terletak lebih kurang 13 km daripada bandar jeli dimana terdapati lebih kurang 1300 orang pelajar muslim, lelaki dan perempuan yang menuntut disekolah ini. Semua kurikulum yang dilaksanakan disekolah ini berasaskan kurikulum menengah Al-Azhar dan kurikulum daripada kementerian pelajaran malaysia. Semua pelajar ditekan untuk menguasai bidang bahasa terutama bahasa Arab disamping dalam bidang akademik, agama, dan sakhsiah keperibadian islam. Demi melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut jasmani dan rohani, maka pelaksanaan solat Zohor secara berjemaah telah dimasukkan kedalam kurikulum YIK untuk semua sekolah dibawah pentadbirannya. Solat merupakan salah satu amalan yang dilakukan dengan melakukan pergerakan-pergerakan tertentu atau dengan perkataan lainya perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Manakala berjemaah pula amalan yang dibuat secara bersama-sama lebih daripada seorang atau dengan cara mengikut seorang ketua yang dinamakan sebagai imam. Amalan solat ini telah terbukti penyebab yang memberi kekuatan dalaman kepada seseorang muslim dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan masa kini dan benteng pendinding dalam
5 GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

menolak unsur-unsur negatif. Pergerakan dalam solat juga merupakan satu senaman yang membantu dalam pengekalan kesihatan badan. Dan jika dilakukan secara berjemaah, amalan ini mewujudkan satu hubungan sosial yang positif diantara satu sama lain disamping penerapan nilai-nilai murni seperti menghormati dan mengikut arahan ketua, bersama-sama patuh kepada satu peraturan, saling tegur menegur (dalam konteks memperbaiki jika ada kesalahan yang dilakukan), menepati masa dan mewujudkan perasaan persaudaraan diantara satu sama lain.

Pernyataan Masalah
6 GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat berkenaan pelaksanaan solat Zohor secara berjemaah dikalangan pelajar, dan temubual spontan terhadap guru-guru Maahad Al-Sabirin mendapati, penyertaan pelajar dalam solat zohor berjemaah pada akhir waktu pembelajaran didapati tidak seratus peratus kehadirannya. Masalah ketidakhadiran pelajar untuk solat zohor berjemaah biasanya berlaku pada kelas yang dikategorikan sebagai tidak cemerlang dalam akademik untuk semua tingkatan bermula daripada tingkatan satu sehingga lima. Ini adalah berdasarkan catatan kehadiran pelajar yang datang untuk solat berjemah yang perlu ditanda setiap kali mereka solat berjemaah. Pelaksanaan solat Zohor Berjemaah di Maahad Al-Sabirin dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut jadual dan tingkatan. Perkara ini dilakukan kerana tempat solat yang ada tidak mampu untuk menampung keseluruhan pelajar dalam satu masa. Setiap Tingkatan wajib untuk solat zohor berjemaah sekali dalam seminggu mengikut jadual yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Penyelidik telah memilih murid daripada tingkatan 4 Ibnu Sina sebagai respondan dalam kajian tindakan ini. pemilihan kelas ini dibuat kerana hampir separuh daripada murid kelas berkenaan tidak hadir untuk solat Zohor berjemaah berdasarkan senarai kehadiran murid yang telah disediakan. Berdasarkan pemerhatian dan temubual secara spontan terhadap pelajar yang tidak solat berjemaah juga mendapati kebanyakan mereka kurang memahami rukun solat dan mengambil ringan dalam amalan ini. Bukan bermaksud mereka tidak bersolat tetapi tidak menunaikannya secara berjemaah. Ada juga dikalangan mereka memberikan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada solat berjemaah. Pemerhatian yang dijalankan juga mendapati ketidaktegasan dari sudut penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pelajar yang tidak solat berjemaah. Ini
7 GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

mendorong pelajar berani untuk mengelakkan diri kerana tidak ada apa-apa tindakan yang diambil keatas mereka.

Objektif Kajian Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk :

8

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043 1. Menyelesaikan masalah murid yang tidak solat Zohor secara berjemaah.

khususnya bagi murid Tingkatan Empat Ibnu Sina.
2. Meningkatkan peratus kehadiran murid untuk turun solat Zohor berjemaah. 3. Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan solat berjemaah. 4. Menguji keberkesanan aktiviti, kaedah dan cara yang paling sesuai digunakan

dalam kajian tindakan ini.

Metodologi kajian Reka bentuk kajian

9

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Dalam mereka bentuk kajian, kami menggunakan lima langkah asas yang umum digunakan iaitu : 1. Pengenalpastian Isu dan Masalah 2. Perancangan 3. Pelaksanaan Tindakan 4. Pemerhatian 5. Refleksi dan Penilaian

Sasaran kajian Murid tingkatan Empat Ibnu Sina, Maahad Al-sabirin Ayer Lanas Jeli Kelantan. Terdiri daripada 35 orang murid iaitu 24 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Difokuskan kepada murid yang tidak menunaikan solat zohor secara berjemaah.

Pemerhatian Pemerhatian dibuat sebelum, semasa, dan selepas kajian dilaksanakan. Ini bagi mendapatkan refleksi pelajar, berkenaan aktiviti yang telah dijalankan. Segala pemerhatian dicatat dan direkod dalam sebuah buku log.

Temubual

10

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

kaedah temubual dilakukan secara spontan bagi mendapatkan pendapat pelajar, refleksi perasaan pelajar, dan respon pelajar berkenaan aktiviti yang telah dijalankan.

Tinjauan Awal

11

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Daripada tinjauan awal dibuat, hampir separuh daripada 35 orang murid daripada Tingkatan 4 Ibnu Sina tidak menunaikan solat Zohor berjemaah pada hari pertama dalam minggu pertama kajian dijalankan. Murid yang tidak hadir untuk solat berjemaah ialah seramai 11 orang dan 5 lagi hadir ke musallla tetapi tidak menunaikan solat. Nama-nama murid yang tidak menunaikan solat berjemaah dicatat dan semuanya dipanggil pada keesokkan harinya. Temubual ringkas dibuat terhadap murid yang dicatat namanya dan beberapa alasan telah diberikan, diantaranya :
1. Tiada sebab jelas / kurang pasti / malas 2. Kain untuk menunaikan solat kotor / tertinggal 3. Kurang sihat / uzur 4. Ingin Pulang awal

8 orang murid 3 orang murid 3 orang murid 2 orang murid

Peratus kehadiran solat zohor berjemaah bagi kelas 4 Ibnu Sina

Perancangan Tindakan Dalam merancang tindakan yang sesuai bagi kajian ini, kami mengambil kira alasanalasan yang telah diberikan oleh murid-murid yang terlibat. Berberapa aktiviti telah dirancang dengan penglibatan mereka yang disasarkan. Aktiviti yang akan dilaksanakan lebih kepada peneguhan negatif dan berbentuk galakan serta motivasi.

Pelaksanaan Tindakan Aktiviti 1 – Kerahan Amal

12

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Aktiviti ini adalah bertujuan memberi pengajaran kepada murid dalam bentuk peneguhan negatif supaya tidak meninggalkan penunaian solat secara berjemaah. Langkah 1 – Nama-nama murid yang tidak menunaikan solat berjemaah dipanggil pada waktu akhir waktu pembelajaran pada hari berikutnya dan diminta supaya menunaikan solat Zohor berjemaah bersama murid yang lain pada hari tersebut. Langkah 2 – murid yang berkenaan diminta bekerjasama dengan ajk badan dakwah dan disiplin bagi memantau pelajar yang tidak menunaikan solat. Perkara ini dapat dilakukan dengan meminta murid berkenaan menyemak senarai nama pelajar yang telah disediakan. Langkah 3 – murid yang berkenaan diminta memebersihkan dan menceriakan kawasan musalla dan sekitarnya sehingga bersih. Murid berkenaan sekali lagi diberitahu supaya hadir untuk melakukan perkara yang sama pada keesokkan harinya.

Aktiviti 2 – Kumpul Mutiara Aktiviti 2 pula lebih kepada penerangan berbentuk tazkirah dalam kumpulan sebelum menunaikan solat. Masa yang diperuntukkkan ialah didalam masa 15-20 minit. Langkah 1 – Tazkirah dalam kumpulan dikendalikan oleh guru penyelidik. Lngkah 2 – murid yang berkenaan diberikan risalah dan handbill yang berkaitan dengan fadhilat solat berjemaah. Langkah 3 – murid berkenaan diberikan borang muhasabah diri untuk diisi.

13

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Aktiviti 3 – Gema Keinsafan Murid yang gagal hadir untuk aktiviti 1 dan 2 akan diminta untuk mengikuti aktiviti 3. Aktiviti 3 adalah seperti berikut. Langkah 1 – Murid berkenaan diminta untuk menunaikan solat Dhuha dipadang perhimpunan. Salah seorang daripada mereka diminta untuk menjadi imam. Mereka juga dikehendaki membaca surah yasin secara lantang. Langkah 2 – ‘Kuarantin’ iaitu murid yang berkenaan ditahan selama 40 minit selepas waktu pulang. Masa dikuarantin diisi dengan tayangan LCD mengenai seksa kubur. Langkah 3 – Aku Janji. Murid berkenaan diminta menandatangani surat aku janji tidak akan mengulangai perbuatan meninggalkan solat berjemaah.

Pemerhatian sepanjang Tindakan Sepanjang perjalanan aktiviti 1 murid-murid yang berkenaan masih lagi memberikan alasan untuk mengelak menunaikan solat berjemaah. Ada yang diantara mereka memberi alasan pakaian tidak cukup bersih ataupun kotor untuk menunaikan solat. Perkara ini diatasi dengan menyediakan kain pelikat yang bewarna merah untuk dipakai menggantikan kain yang kotor. Bagi pelajar perempuan pula disediakan kain sembahyang yang telah lusuh untuk dipakai. Bagi yang beralasan sakit, mereka diminta juga menunaikan solat berjemaah sambil diperhatikan oleh guru penyelidik, ini adalah kerana penunaian solat lima waktu wajib dilaksanakan walaupun dalam

14

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

keadaan sakit. Pelajar perempuan yang uzur pula diperiksa oleh guru perempuan yang bertugas bagi memastikan sesahihannya.

Penilaian dan Refleksi Penilaian dan refleksi murid dibuat selepas ketiga-tiga aktiviti dilaksanakan dengan melihat kehadiran murid yang hadir untuk menunaikan solat zohor berjemaah mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Hasil kedatangan murid turun bersolat adalah seperti berikut : SEBELUM KAJIAN PELAJAR YANG PELAJAR YANG TIDAK BERSOLAT BERSOLAT 19
15

SELEPAS KAJIAN PELAJAR YANG PELAJAR YANG TIDAK BERSOLAT BERSOLAT 34 1

16

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

54 %

46 %

97 %

3%

Berdasarkan jumlah keputusan senarai kedatangan diatas, aktiviti yang dilaksanakan berjaya merubah kelakuan pelajar dalam menunaikan solat zohor berjemaah.

Penutup Kesimpulannya, aktiviti yang telah dijalankan berjaya mencapai objektif yang dikehendaki dengan peningkatan peratus kedatangan pelajar untuk solat zohor berjemaah.

16

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN

GDP 4043

Rujukan
1. Alis B Puteh (2008). Kajian Tindakan di sekolah. Pure Honey Enterprise.

17

GDP 4043 KAJIAN TINDAKAN