PULAU SEBANGKAT DAN LEGENDA GUPURANI

Oleh : Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh ( Dip.Public Admin and Law. Ys-ITM )

Apabila kita menyentuh tentang Pulau SEBANGKAT, Mengikut laporan yang dibuat oleh Elizabeth Wood ( MCS ),Mahmud Hj. Mansur ( Taman Sabah ), Muhammah Saini bin Suriansa ( WWF ) dan beberapa pegawai SIP, Kajian tentang “Taman Merine Tun Sakaran Semporna” SEMPORNA, beberapa fakta penempatan yang di dakwa adalah tidak berapa tepat mengenai , sejarah Pulau SEBANGKAT. LEGENDA Pulau SEBANGKAT mungkin tidak dapat di kesan disebabkan, Elizabeth Wood ( MCS ) tidak dapat mengesan Pemilik dan pemegang Hak waris Pulau tersebut. ( KETURUNAN HJ.ABDUL SALLEH B KHATIB GUPURANI DAN ANAK ANAK GUPURANI YANG MASIH HIDUP HARI INI di SEMPORNA ). Walaubagaimanapun seorang pewaris Pulau SEBANGKAT saudara SALLEH HJ. ABDUL SALLEH yang telah menganggotai Jawatankuasa Mesyarakat Tempatan mengenai Taman adalah salah seorang Pewaris Pulau yang dihantar mewakili Pewaris bagi kepentingan Pulau SEBANGKAT. KELUARGA BERLAGENDA. Pulau SEBANGKAT mempunyai Legenda tersendiri dan mungkin sama hebat dengan Pulau Pulau yang lain di kawasan “Taman Marin Tun Sakaran Semporna”.

Apabila memperkatakan LEGENDA Pulau SEBANGKAT, ianya amat sinonim dengan nama KH.GUPURANI ( Pemilik Pulau yang Sah pada tahun 1947- setelah di Gerankan ) dan Legendanya adalah KHATIB GUPURANI itu sendiri. . KHATIB GUPURANI ( 1916 – 1973 ) Menusia Berlegenda Di Pulau Sebangkat. Di abad ke 18, Salah Seorang Pemerintah Suku Bajau di perairan Pulau Pulau Semporna yang di kenali dengan nama Khatib Sarahari bin Salamat ( @ Sabuari @ Sarahari yang berasal dari Pulau Omadal Semporna Penempatan awal mesyarakat Semporna atau Tong Talun ( Nama Asal Samporna ).

-2Beliau telah berkahwin dengan seorang Puteri keturunan Diraja SULU iaitu DG. APSAH anak kepada Dato’ Joalkanain @ Asnain. Beliau telah di kurniakan beberapa putera dan puteri daripada isteri beliau ini yang juga berasal dari Parang,PULAU JOLO di kawasan SULU archipelago tanah jajahan Bangsa Moro. Mereka ialah (1 Imam Misuari (Tangal), 2)Panglima Ripah(Sisipan-Selokah Empat ) (3) Baginda Ali (Bun-Bum) (4) Napsahala , (5) Alawiyah, (6) Fatimah Adjalah dan (7) Khatib GUPURANI ( Pulau SEBANGKAT ). Tanah kekuasaannya meliputi beberapa kawasan Pulau Bum-Bum dan Pulau Pulau perairan Semporna, sehingga ke Pulau Timbun Mata, Dalam Bab ini saya hanya akan membincangkan tentang anak Bungsunya iaitu KHATIB GUPURANI yang mempunyai LEGENDA tersendiri di Pulau SEBANGKAT.

SI AGGAH @ Hj. Abdul Salleh ( Penama Geran Tunggal Pulau Sebangkat hingga Hari ini Nov.1989 ). Sebelum penjajahan Jepun ( 1941 – 1945 ) di Semporna memang terdapat penempatan orang orang Bajau Suluk di Pulau SEBANGKAT yang di ketuai oleh Khatib Gupurani @ ‘Mattoa Gupu’ @ ‘Buaya Kabang’ @ ‘Aa Kobolan’ @ ‘Hj. Mohd. Ali’ dan Isterinya yang bernama Akbaraini @ Omboh Tamemek yang berasal dari Pualu Denawan si Amil , mereka mempunyai 3 orang anak iaitu 2 orang putra dan 1 puteri iaitu Abdul Salleh @’Si AGGAH’ ( Salah seorang Wakil Mesyarakat tempatan Semporna yang menandatangani memorendun Kemerdekaan Sabah, Melalui Malaysia 1963Suruhanjaya Cobbold) , Jumurah (Si Illung)dan Ammad anak bungsunya daripada Akbaraini. Pada satu ketika Sedang mereka berdua dengan 3 orang anak berada di Pulau SEBANGAKAT , kehidupan harian dan perniagaan mereka di Sebangkat pada masa itu menjadi Tukang Besi ( Mag’ Babal ) bertanam kelapa dan Ubi kayu ( Mag’ huma ) sebagai ‘routine’ kehidupan. Sememangnya Gupurani adalah seorang pelayar yang cekap dan selalu pergi untuk mengadakan perniagaan dan pelayaran di ke Pulau Pulau Nusantara khasnya Selatan Philippines ( Sitangkai, Simunul, Bannaran ,Bongao, Jolo, Siasi dan lain lain kePulau an Bangsa Moro ) dan Sulawesi Indonesia ( Darawan, Kekaban ,Melatoa,Semamah, Samatahah dan lain-lain kePulau wan di gugusan Bulungan ). Selepas era Pelayarannya beliau ( GUPURANI ) menetap di Pulau SEBANGKAT dan menjadi seorang Tukang Besi yang hebat sehingga mengikut catatan orang orang tua terdahulu GUPURANI mempunyai kuasa ilmu ghaib yang boleh meleburkan Besi dengan menggunakan tangan sendiri untuk membuat parang dan ia di kenali Aa” KOBBOLAN ( Orang Kebal ) oleh orang orang tempatan, hari ini Gelaran tersebut turun kepada anak bungsu beliau iaitu SI KOBOL ( Kanti Gupurani ). Sulu Achipelago

Created by : Azeehad Family - 2002

-2-

-3Berbalik kepada LEGENDA tadi, pada satu ketika di Pulau SEBANGKAT satu rombongan pedagang dari Philipines Selatan ( RPP ) singgah di Pulau SEBANGKAT untuk membuat perniagaan Tukar Barangan ( Barter Trade ) dengan orang tempatan. Maka rombongan ini bertemulah dengan si GUPURANI yang pada ketika itu juga lebih dikenali di kePulau an JOLO Philipinnes si BUAYA KABANG (Buaya Belang ). Maka bermulalah kisah LAGENDA si Gupurani seperti dibawah ini :-

LAGENDA PULAU SEBANGKAT ( The Legendary Of Sebangkat Island ) Ketua rombongan tersebut menawarkan barang barang tukaran mereka iaitu ‘GARUL’ ( Tembaga ) kepada si GUPURANI dengan Ubi kayu. “ Hai Buaya kabang !!!.” kami hendak berdagang dengan tuan, kalau boleh kami tukarkan barang barang tembaga ini ( Garul ) sebagai tukaran kepada Ubikayu “Panggih Kayu” tuan. kata ketua rombongan ini. Gupurani ( Buaya Kabang ) – “ Ubih kayu ku,masih mudah,belum boleh di ambil untuk di perdagangkan “ “Tidak jadi masalah Buaya Kabang! walaupun masih muda kami boleh mengambilnya, kalau Buaya Kabang mahu, kami amat perlu Ubi kayu ini !,untuk meneruskan pelayaran kami ke Teluk Darvel ” Darvel Bay Gupurani ( Buaya Kabang ) – Saya setujulah, kalau kamu hendak juga, “ saya nak beritahu isteri saya dahulu, si Akbaraini dan anak saya Si Abdul Salleh ‘Si AGGAH’ supaya mereka boleh menolong tuan tuan untuk mengambil ubi kayu tersebut. Ada berapa Garul kamu ?. si Buaya Kabang bertanya Rombongan Pedagang Philipines ( RPP - Lanun ), Kami nak tukarkan 10 Garul..... Gupurani ( Buaya Kabang ) – Setuju !!!,.... ....... syaratnya, oleh kerana Ubi kayu ku masih muda, kamulah sendiri yang memilih mencabutya biar ia ditunjuk oleh isteri ku si Akbaraini dan anak sulungku si Abdul Salleh dan kita akan tukarkan 1 Garul untuk 15 pokok ubi kayu, tidak kira tua atau muda ubi kayu tersebut, yang penting pertukaran berdasarkan pokok yang kamu telah cabut, kerana dari awal saya katakanan “ ubi kayu ku masih mudah !!! “.

Created by : Azeehad Family - 2002

-3-

-4Rombongan Pedagang Philipines ( RPP - Lanun ) – Ok Buaya Kabang !!!, orang orang saya akan ke HUMA ( Kebun ), orang saya pilih dulu Ubi kayu itu, selepas itu barulah kita kira berapa Garul yang kami hendak tukar sebagai Pertukaran. Rombongan Pedagang Philipines pun pergilah ke HUMA si buaya kabang di temani oleh isteri dan anak si buaya kabang. Sedang si buaya kabang dan ketua Lanun Si Soa’karaan* berbual-bual di rumah sambil di berikan minuman kopi oleh keluarga si buaya kabang. Hari sudah semangkin senja. RPP pun mengangkutlah semua ubi kayu yang mereka cabut sendiri dan angkat sendiri ke dalam “ Pelang dan Adjung mereka ( Perahu )” Maka sampailah masa untuk mengira ubi kayu tersebut. Gupurani ( Buaya Kabang ) – Ada berapa pokok yang kamu ambil Soa’karaan ?!!! Rombongan Pedagang Philipines ( RPP - Lanun ) –Kami cabut 300 pokok, pasal ubi kayu tuan masih mudah !!, jadi kami nak bercadang menukar ubi kayu ini 1 garul untuk 20 pokok ubi kayu, sedang semua ubi kayu tersebut telah berada dalam adjung ( perahu ) . Buaya kabang berkata, “ kan kita ada perjanjian ??... 1 Garul untuk 15 pokok !!, jadi sekarang kamu telah ambil 300 pokok, ertinya kamu kena tukar 20 Garullah……. ( RPP - Lanun ) – Cissss….. !!!, Mana boleh buaya kabang, ubi kayu kamu masih muda!!!, dan kami ada 10 Garul sehaja “ , kalau begini kami kembalikanlah ubi kayu kamu, kita tak usah berurusniagalah, bagus kami ambil dan kau diam saja faham…!!!!. Rupanya RPP ini bukan pedagang tulin tetapi adalah lanun atau “ Mundu ” yang sengaja untuk mencari hal dengan si Buaya Kabang dan hendak merampas semua Ubi kayu tersebut. Gupurani ( Buaya Kabang ) – “ ok… saya terimah, tapi kamu mesti hantar balik ke HUMA ubi kayu itu, dan BERDIRIKAN!!! ia …. Balik ke tempat asalnya. (Si Gupurani tahu Peperangan akan bermula di Sebangkat mengikut firasatnya, dia mengarahkan isteri dan anak anaknya beredar supaya keluar dari Pulau SEBANGKAT, Anak sulungnya Si Abdul Salleh ( ‘Si AGGAH’ ) bersama adik adiknya Si Ammad dan Si Jumurah di hantar ke Perahu oleh Ibu mereka si Akbaraini kehujung Pulau sebelah timur yang mengadap Pulau Selakan untuk dilarikan ke Pulau Selakan yang bersebelahan dengan Pulau SEBANGKAT, sementera si Akbaraini isteri si Buaya kabang tidak berganjak dari Pulau Sebangkat dan bernekad untuk mempertahankan Pulau ini bersama suami hidup atau mati sehingga ke titisan darah terakhir , Adalah di pahamkan Akbaraini juga seorang yang mempunyai ilmu peperangan yang hebat , mereka mesti Melawan sebelum ditawan musuh, sementera anak anak yang diselamatkan tadi membuat keputusan untuk bertahan di hujung Pulau (Tong Pu’ )* di dalam sebuah perahu kecil yang dikayuh oleh abang mereka ‘Si AGGAH’ yang berumur lebih kurang 7 tahun, mereka 3 bersaudara mengintip dari hujung Pulau tersebut untuk melihat peperangan ibu bapa mereka dengan kumpulan lanun tersebut ). * Tong Pu, telah dinamakan Tong Si Aggah sempena nama anak si Buaya Kabang yang bertahan disana.

Created by : Azeehad Family - 2002

-4-

-5-

BERMULANYA PEPERANGAN si BAU BASIH
‘Si AGGAH’ anak sulung Gupurani bersama adiknya yang bertahan di hujung sebelah timur P. Sebangkat yang mana pada hari ini kami telah menamakan hujung sebelah timur tersebut TONG ‘SI AGGAH’ sempena mengenang Legenda peperangan di Pulau SEBANGKAT. Beliau sepatutnya berkayuh bersama adik adiknya ke Pulau Selakan Semporna tetapi telah memutuskan bertahan di hujung Pulau tersebut bersama adik adiknya si Illung dan si Ammad dengan niat jika ibu bapa mereka tumbang atau terkorban mereka akan membalas dendam dan berjuang habis habisan mempertahankan Pulau ini dari serangan Lanun. Peperangan pun bermula dari waktu senja hingga malam dengan Gupurani (Buaya Kabang ) menggunakan ke Pahlawanannya setelah beliau menumbangkan beberapa orang Lanun di Pulau tersebut, mayat-mayat bergelimpangan dan berlumuran darah sehingga mengeluarkan Bau darah yang amat sangat. Hari menjadi malam, ketua ( RPP - Lanun ) tersebut berundur ke SI BAU BASIH yang berdekatan dengan Tong si Abdullah sani dan berehat di sana bersama orang orangnya, sebenarnya Ketua ( RPP - Lanun ) ini juga mempunyai ilmu kebal yang hebat , pada keesokan hari peperangan di teruskan dengan hanya si Gupurani ( Buaya Kabang ) sehaja bertahan bersama isteri nya di Pulau SEBANGKAT sementera lain lain penduduk kampong melarikan diri dari Pulau tersebut. Sementara Saudara saudara si Gupurani hanya mampu untuk mendegar kabar sehaja di Pulau SEBANGKAT berlaku peperangan dimana pada masa itu saudara saudaranya berada di Pulau BUM BUM. Setelah 2 hari 1 malam berperang di Pulau ini maka sampailah masa orang terakhir iaitu si “ Soa’karaan ” berhadapan dengan si Buaya Kabang mereka terus bertikam menggunakan ‘Barong’ ,’Keris’ serta ‘Sesuat’, sekian lamanya mereka berdua tidak lut parang. Akhirnya Buaya Kabang meminta bantuan isterinya si Akbaraini untuk menamatkan hayat si Soa’karaan dengan cara kepakaran si Akbaraini untuk menghilangkan kebal si Soa’karaan , dengan cara “SUGGANG !!!” (satu cara menghilangkan kebal ), dan akhirnya Soa’karaan tumbang di Tabbah si Bau Basih, dengan tetakan Barong yang membelah bahunya hingga ke bahagian perut, selepas itu dengan pentas si Akbaraini menetak kakinya dengan ” sesuat “ ( Parang yang digunakan untuk kerja am oleh orang Bajau ) dan terputus dua, maka berakhirlah riwayat Soa’karaan jatuh tersungkur di Tabbah si Bau Basih, sebelum tumbangnya Soa’karaan beliau sempat berkata .

“ KA’ anah … lallah…….. !!!! Dalam bahasa Melayu “ kau lah lelaki atau….
Bahasa English ketika itu “ YOU ARE THE HERRO !!....” Peperangan berlansung selama 2 hari 1 malam dan dengan tumbangnya kesemua lanun lanun tersebut si Buaya Kabang dan si Akbariaini berkerjasama untuk menanam kesemua mayat mereka dalam satu lubang di Pulau tersebut secara bertindih-tindih atau dalam bahasa Bajau “ Mag Bangkat-Bangkat “ maka semenjak hari itu PULAU INI di namakan SEBANGKKAT ( Pulau Semua Bertindih ), sempena mengambil nama peristewa Peperangan tersebut dimana semua mayat mayat tersebut telah di kuburkan dalam satu lubang di kawasan pantai Pulau ini yang berdekatan dengan pokok pandan secara bertindih tindih.

Created by : Azeehad Family - 2002

-5-

-6Begitulah kisah Lagenda Nama Pulau Sebangkat mengambil nama sempena peperangan Kh. Gupurani Bin Kh. Sarahari( Si Buaya Kabang ) di Pulau tersebut bersama Isteri Akbaraini bte Azain ( Si Tamemek ) dan Anaknya Hj. Abdul Salleh Kh. Gupurani ( Si Aggah ) Mempertahankan Pulau ini hingga ke titisan darah terakhir…….. Semenjak peristiwa itu maka bermulalah Era GUPURANI menjadi seorang Pahlawan laut suku Bajau Suluk ( The Sea Warrior atau King Of Sea ) , di mana lanun- lanun di kawasan pantai PULAU PULAU MERIN SEMPORNA yang hendak merompak orang kampong yang melalui kawasan tersebut harus berhadapan dengannya. Beliau seorang PAHLAWAN yang bertanggungjawab mengejar lanun- lanun di kawasan perairan kePulauan tersebut jika beliau mendapat maklumat mengenai kegiatan lanun di kawasan Pulau Pulau ini. Sehingga ke satu ketika tidak ada terdapat lanun di kawasan Pulau Pulau Semporna , khasnya di perairan Pulau SEBANGKAT. Mesyarakat hidup aman dan damai di semua Pulau Pulau Marin Semporna , saudara saudara beliau seperti Imam Misuari ( Hj. Abdul Rahman ) dari Kg. Tangal Pulau Bum-Bum , Pg. Ripahani ( Panglima Ripah ) dari Kg.Sisipan-Selokah-empat, Pulau Bum Bum, Baginda Ali dari Kg. Bun-Bum dan saudara-saudara beliau Si Pahi-Pahi dari Kg. Look Labuan Hajji, Si Lahu dari Tong Tahun , Si Abdu Mair dan Si Buaya dari Kg. Balimbang dan Si Balling dari Dangan Tungku datanglah berkunjung ke Pulau SEBANGKAT untuk melawat saudara bungsu mereka di Pulau tersebut iaitu Si GUPURANI sebelum beliau wafat selepas balik dari Mekkah.

Makam Kh.Gupurani Di Pulau Sebangkat. Pada tahun 1973 beliau sempat di jemput ke Kg. Tangal untuk memimpin mesyarakat di sana ,menggantikan abang Sulung beliau Im.Misuari ** (Hj.Abdul Rahman ) dengan menggunakan nama Haji MOHD. ALI BIN KHATIB SARAHARI dan seterusnya menghembus nafas dan telah di semadikan di perkuburan PULAU SEBANGKAT pada hari ini. ** Ayah Kepada Ahli Dewan Rakyat Silam Lahad Datu. Semenjak tarikh wafatnya1973 , penempatan di Pulau SEBANGKAT telah beralih ke kampong Tanggal di Pulau Bum Bum,Semporna dan sebahagiannya ke Tanah besar daratan Semporna , sehinggalah kedatangan orang orang laut dan Tausug dari Philipines Selatan yang menjadi pelarian perang di Negara mereka tinggal di Pulau tersebut atas persetujuan Pewaris yang di wakili oleh ‘Si AGGAH’ ( HJ. Abdul Salleh Gupurani ) dan pihak kerajaan yang bermula pada 1977. LAGENDA SEAWEEDS ( Rumpair Laut ) PULAU SEBANGKAT LEGENDA Pulau SEBANGKAT tidak berhenti oleh Kewafatan Gupurani , ia berterusan kepada anak cucuknya, ‘Si AGGAH’ ( Hj. Abdul Salleh ) memperkenalkan perusahaan Agar-agar ( Seaweeds ) di Pulau ini, beliau membuka ladang seaweeds secara Komisel

Created by : Azeehad Family - 2002

-6-

-7-

Abdullah sani Pewaris Gennarasi Ke 3. SEBANGKAT ‘commercial’ pada tahun 1984 bersama anak lelakinya Abdullah Sani dan Al Konso bertempat di kawasan “Tong Si Abdullah Sani” ( Nama ini tempat ini di ambil sempena mengingati pembukaan Ladang Seaweeds di Pulau SEBANGKAT di mana kedudukan Ladang Pertama itu letaknya di Kawasan tersebut ) hasil daripada pembukaan ladang ini pihak Jabatan Perikanan Semporna telah mendapatkan bibit seaweeds dari Ladang Seaweeds Pulau SEBANGKAT ( Ecoxex Sdn. Bhd ) ini untuk dibahagian kepada penanam penanam rumpair laut di kawasan Pulau Pulau Marin Semporna yang kita nampak pada hari ini, dimana Pulau SEBANGKAT adalah Pelupor penanaman SEAWEED di Daerah Semporna secara Komesial.

Selepas kematian ‘Si AGGAH’ 1989 Perusahaan ini telah di teruskan oleh salah seorang anak ‘SI AGGAH’( Hj. Abdul Salleh ) iaitu En. Salleh Hj. Abdul Salleh yang menjadi Pengerusi Salleh Hj. Salleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semporna dan sepupunya si RAMBO (Abdul Karim Bin Ammad ) dengan Kerjasama L.K.I.M (Lembaga Kajuan Ikan Malaysia ) telah membuka sebuah ladang Seaweeds di Utara Pulau SEBANGKAT berdekatan dengan BATU si SALLEH Batu ke 2 di utara Sebangkat ) secara besaran-besaran yang bertujuan untuk

Batu 2 Si Salleh. Si Rambo membantu mesyarakat tempatan meningkatkan Ekonominya di kawasan perairan Pulau Pulau Marin Semporna . Beliau juga telah membuka satu penempatan atau Challey dengan kerjasama L.K.I.M untuk meneruskan dan mempelupori industri Pembangunan Pelancongan DI PULAU SEBANGKAT. Kesimpulan
Created by : Azeehad Family - 2002

-7-

-8-

Pulau SEBANGKAT adalah Pulau yang berlagenda dan Pulau Pelupor ( Memperkenalkan ) kepada kisah kehidupan Pulau Pulau Marin Semporna ( Taman ) semenjak beratus tahun dahulu sehinggalah ia di Isthiharkan sebagai Taman Tun Sakaran pada hari ini ( 22hb. julai .2002 ), LEGENDA PerjuanganBerterusan. LEGENDA KePAHLAWANan Waris Sebangkat. LEGENDA Seaweeds Negara. LEGENDA Pembangunan Pelancungan LEGENDA Pelarian Perang Bangsa MORO Adalah Identiti PULAU SEBANGKAT. PULAU SEBANGKAT SEJARAH Pemilikan GERAN DIPULAU SEBANGKAT Pulau SEBANGKAT sebenarnya hanya mempunyai SATU GERAN Sehaja ianya berpunca dari Tuntutan yang dibuat oleh Seorang Ketua Anak Negeri ( Native Chief Pada masa itu ) terhadap Pulau tersebut yang mendakwa bahawa Pulau tersebut adalah milik keturunan nenek moyangnya. Setelah berlaku penghakiman oleh PEMERINTAH BRITISH terhadap kesahihan yang berhak terhadap Pulau tersebut, Kerajaan BRITISH telah memutuskan bahawa KH. GUPURANI BIN KH.SARAHARI adalah pemilik Sah Pulau tersebut. OLEH itu Pemilikan Sah serta penempatan di Pulau SEBANGKAT bermula dari Era Gupurani itu sendiri sebagai penaung kepada semua keluarga. Untuk menjaga tali persaudaraan di antara keturunan GENERASI KH.GUPURANI BIN KH. SARAHARI dan GENERASI Ketua Anak Negeri tersebut. Keluarga ini telah memutuskan Memberikan sebuah Pulau secara Percuma kepada KETURUNAN nya iaitu PULAU LARAPAN walaupun pada ketika itu HAK Pegangan di bawah KH.GUPURANI BIN KH.SARAHARI. Memandangkan semua tanaman pokok kelapa sehaja yang DI GERAN kan di Pulau tersebut maka keluasan Geran adalah terhad , tetapi Pemilik geran beranggapan bahawa kesemua kawasan Pulau SEBANGKAT hingga ke gugusan Pulau kecil di sebelah Utara iaitu BATU SI SALLEH ( batu ke 2 ) dan perairannya adalah milik generasi GUPURANI, dimana tidak siapa pun dibenarkan memohonnya melainkan keturunan GUPURANI sehaja atas keputusan keluarga GENARASI GUPURANI Dan PPHT Pegawai Daerah Semporna. Setelah WAFATNYA GUPURANI hak Generasi telah turun kepada HJ. ABDUL SALLEH bin GUPURANI @ AGGAH berdasarkan beliau adalah anak sulung lelaki yang masih hidup pada masa itu dalam keluarga dan juga factor LAGENDA Diatas tadi. Dimana dengan rasminya Nama “ Geran Pulau SEBANGKAT “ di tukarkan kepada nama si Aggah atau Hj. Abdul Salleh pada tahun 1979.

Created by : Azeehad Family - 2002

-8-

-9Perlu di maklumkan 1973 hingga 1979 Nama Geran masih berada di bawah Gupurani tetapi geran di pegang oleh HJ. ABDUL SALLEH B. HJ. GUPURANI @ ‘Si AGGAH’ selaku anak yang Sulung dan abang yang menjaga adik adiknya Pada 1979 Nama Geran Pulau SEBANGKAT bertukar kepada Hj. Abdul Salleh B. Gupurani sehingga tahun 1989 ( Tarikh wafatnya ) , di Era Hj. Abdul Salleh bin Gupurani. perlu di maklumkan juga tiada seorang pun penuntut yang tampil untuk menuntut Pulau ini, baik dari segi kesahian pertukaran Geran atau Hak NCR oleh mana mana pihak dan GERAN TANAH tersebut masih kekal atas nama beliau sehingga tulisan ini dibuat ( TAHUN 2005 ) sebagai pewaris GUPURANI dimana Geran pada hari ini dipegang oleh anak Sulung Hj. Abdul Salleh iaitu Puan HAYATUM NUPUS. Memandangkan Pulau SEBANGKAT tidak di Gerankan sepenuhnya maka anak Hj. ABDUL SALLEH iaitu cucu lelaki GUPURANI saudara ABDULLAH SANI BIN HJ. ABDUL SALLEH BIN GUPURANI telah mengambil keputusan untuk memohon di kawasan BARAT PULAU tersebut untuk di Gerankan pada tahun 1992. Hari ini Taman Taman Sabah telah mengambil-alih pentadbiran Pulau Pulau tersebut dan berlaku tuntutan hak NCR oleh semua keluarga GUPURANI baik pertalian darah , ‘pertalian atas perkahwinan‘atau pertalian atas meminjamkan tanah dan kawasan untuk ekonomi menyebabkan kerajaan sukar menentukan hak NCR.

NIAT PENGISTIHARAN TAMAN – TAMAN SABAH
Pada 23hb. Sept. 2002, Pihak kerajaan telah menjemput pewaris-pewaris 8 Pulau iaitu Pulau Sebangkat,Pulau Sibuan,Pulau Selakan,Bohey Dulang,Pulau Tetagan,Pulau Gaya,Pulau Maiga dan Silangau. Dalam pendegaran awam yang diadakan di Pejabat Daerah Semporna, Kerajaan diwakili oleh Pegawai Daerah ( En. Suhaili Riman ), Peg. Taman Taman Sabah dan Peg. Kerajaan yang mewakili Jabatan masing-masing yang mempunyai kepentingan terhadap pengistiharan tersebut. En. ABDULLAH SANI HJ. ABDUL SALLEH yang mewakili Pulau Sebangkat telah mengemukakan Memorendum kepada pihak kerajaan mengenai kepentingan hak pulau pulau ini.

Memorendum Abdullah Sani :
1. MEMOHON KEPADA KERAJAAN SUPAYA KEPENTINGAN HAK ADAT DI KAWASAN TERSEBUT MESTILAH TERJAMIN BERMULA DARI TARIKH KUAT KUASANYA PENGISTIHARAN TERSEBUT DI ATAS. ( Di terima dlm Gazette -2004 ) 2. SEBARANG AKTIVITI PERNIAGAAN DIKAWASAN PULAU SEBANGKAT BERKENAAN PENGAMBILAN KONTRAKTOR, PEKERJA HARUS MENGAMBIL KEUTAMAAN KEPADA PEWARIS PEWARIS PULAU OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA. ( Di terima dlm Gazette -2004 )
Created by : Azeehad Family - 2002

-9-

- 10 -

3. TANAH TANAH YANG TELAH MENJADI “ PERKUBURAN “ NENEK MOYANG KAMI HARUS KEKAL DAN TIDAK BOLEH DISENTUH OLEH PIHAK KERAJAAN UNTUK PERANCANGAN KERAJAAN DAN HARUS DI “GAZETTE” KAN. ( Di terima dlm Gazette -2004 ) 4. SEORANG WAKIL DARI WARIS PULAU INI HARUS DIBERIKAN TEMPAT MENGANGOTAI SEBARANG JAWATAN KUASA YANG DITUBUHKAN OLEH BERKENAAN DENGAN PENGWARTAAN PULAU ( Di terima dlm Gazette -2004 ). 5. PAMPASAN HARUSLAH DIBAYAR KEPADA SEMUA PEWARIS PEWARIS YANG TERJEJAS PENDAPATANNYA DISEBABKAN PENGWARTAAN TERSEBUT DI SEMUA PULAU PULAU YANG TERLIBAT. ( Tiada dalam Gazeete -2004 ). 6. KETUANAN PEWARIS PEWARIS TERHADAP PULAU SEBANGKAT HARUS TERJAMIN UNTUK SELAMANYA. ( Tiada dalam Gazeete -2004 ). 7. SATU SURAT JAMINAN PENGISTIHARAN OLEH KERAAJAN TERHADAP KEPENTINGAN PEWARIS PEWARIS BERKENAAN HAK ADAT HARUS DI KELUARKAN OLEH KERAJAAN DAN SATU ENEKMEN ATAU ORDINAN BAGI KEPENTINGAN INI HARUS DIMASUKAN DALAM PENGISTIHARAN TERSEBUT. ( Tiada dalam Gazeete -2004 ). 8. SETIAP PULAU PULAU YANG TERLIBAT DALAM PENGWARTAAN INI HARUSLAH MEMPERUNTUKAN SATU BAJET UNTUK MEMAGAR KUBURAN DI SEMUA PULAU PULAU TERSEBUT.( Diterima dalam Gezzete – 2004 ). 9. NAMA BAGI TAMAN TAMAN YANG DIWARTAKAN HARUS DIKEKALKAN SEPERTI CADANGAN AWAL“ TAMAN TAMAN MERINE LAUTAN SEMPORNA “ ATAU ATAS NAMA SEORANG WARIS PULAU YANG TERLIBAT SERTA BERJASA KEPADA BANGSA , AGAMA DAN NEGARA TANPA MENYENTUH KEPENTINGAN POLITIK PADA HARI INI.( Tidak diterima dalam Gezette – 2004 ). 10. PEWARIS PEWARIS YANG TELAH MEMILIKI “ Geran TANAH “ DAN YANG SEDANG DALAM PROSES PENGUKURAN UNTUK PENYEDIAAN “ GRANT “ TANAH SEBELUM TARIKH KUAT KUASANYA PENGWARTAAN TERSEBUT HARUS DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMILIKI “ Geran “ MASING MASING KHASNYA KEPADA YANG TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARI PIHAK KERAJAAN SEBELUM INI. ( Diterima dalam Gazeete -2004 ). Setelah semua memorandum di kemukakan semua pewaris 100 % menyokong saranan yang di kemukakan oleh En. ABDULLAH SANI HJ. ABDUL SALLEH supaya pengwartaan Pulau pulau ini ditangguhkan sementara waktu untuk menyelesaikan masalah-masalah hak N.C.R. Walaubagaimana pun pihak kerajaan telah memutuskan untuk mengambil-alih pulau-pulau tersebut melalui Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang bersidang pada 25hb. Julai 2002. ( Sila rujuk Daily Express 25.10.2002 ). Pada 5hb. Nov. 2002, Pengistiharan sepatutnya dibuat oleh TYT Negeri Sabah (Tun Sakaran Bin Dandai ) tetapi telah ditangguhkan ke satu masa yang belum di tetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah.

Created by : Azeehad Family - 2002

- 10 -

- 11 -

Surat Khabar “ Daily Express “ 26hb. Okt. 2002 mengistiharkan Bahawa DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH telah meluluskan Pengitiharan PULAU.

MEMPUNYAI GUPURANI ORANG ISTERI
LIRUH ( isteri Pertama ) – 2 orang anak

4

ABIRIN ( Tidak mempunyai anak dan keturunan ) L HAJJA BASARIA – P AKBARAINI ( isteri Ke Dua ) – 3 orang anak HJ. ABDUL SALLEH @ ‘Si AGGAH’ - L JUMURAH @ si ILLUNG - P AMMAD - L DEEK @ Hjjh. AISAH ( isteri Ke Tiga ) ISMAIL - L ABDUL RAZAK - L KANTI - L ( Terdapat beberapa anak Perampuan ) JUAIMAH @ Hjjh. FAUZIAH ( isteri ke Empat ) ABDUL MAID - L ABDUL LATIP - L ( Terdapat beberapa anak Perampuan ) Diharap dengan tertulisnya LEGENDA kisah Pulau Sebangkat, Sejarah Pemilikan Geran , maka tidak timbul lagi kesukaran dan masalah terhadap Tuntutan NCR terhadap Pulau ini. Semoga semua sekuarga GUPURANI betul betul paham dan sedar erti sebenar Perjuangan Generasi GUPURANI.

Peta Pulau Sebangkat.
Created by : Azeehad Family - 2002

- 11 -

- 12 Catitan dan rujukan penggunaan bahasa dalam buku keci ini sebagai rujukan pembaca :BUAYA KABANG : – ( Buaya Belang ) GELARAN yang diberikan kepada Gupurani di KePulauan Gugusan SULU ACHIPHELAGO Semasa beliau berdagang dengan orang orang JOLO, Philipines juga semasa beliau melawat saudara mara di JOLO dari sebelah Ibu iaitu Tausug PARANG. MATOAH GUPU : - ( Orang Tua Gupurani ) GELARAN yang diberikan Kepada Gupurani oleh orang Tempatan Gugusan Pulau Pulau Marin Semporna. Aa’ KOBOLAN :- ( Orang Kebal yang tak lut Parang ) GELARAN yang dietrimah oleh Gupurani semasa beliau berjaya menumpaskan Mundoh-mundoh di persekitaran Pulau Pulau Semporna juga semasa beliau menjadi tukang besi. KA’ anah LALLAH : - ( You are the Herro !!! ) Pengakuan Ketua Mondoh ( Ketua Lanun ) sebelum ditumbangkan oleh Gupurani dengan bantuan Isterinya Akbaraini terhadap KEPAHLAWANANnya di Sebangkat.

TONG ‘SI AGGAH’ ( Hj. Abdul Salleh Gupurani ) Sebuah tempat persembunyian dan bertahan oleh anak anak Gupurani Semasa Peperangan melawan Lanun, yang mengadap Pulau Selakan IAITU di sebelah Timur . BATU SI SALLEH :Batu ke 2, di sebelah Utara Pulau SEBANGKAT oleh Generasi Gupurani. TONG SI ABDULLAH SANI :Kawasan sebelah Barat Pulau SEBANGKAT yang Menjadi pusat bagi penenaman seaweeds Rumpair Laut pertama di Daerah Semporna. SI BAU BASIH :Terletak di sebelah Barat Utara Pulau SEBANGKAT di mana tempat berehat Lanun lanun yang di tumbangkan oleh Gupurani semasa Peperangan di P. Sebangkat yang bermaksud bau Besi atau Bau Darah. GARUL : - ( Tembaga ) Satu alat yang di tawarkan oleh ketua Lanun untuk pertukaran dalam system perniagaan yang di perlukan oleh GUPURANI membuat Parang.
Created by : Azeehad Family - 2002

SEBANGKAT, yang di anggap menjadi sempadan Pulau

- 12 -

- 13 KHATIB :Satu Gelaran dalam system Kepimpinan Bajau Suluk yang biasanya di pegang oleh golongan berAgama yang di anggap Berpengaruh pada zaman tersebut dan biasanya turun kepada anak, seperti gelaran Dato yang diperturunkan oleh raja raja Sulu,biasanya golongan ini tidak menyertai kepimpinan, tetapi mempunyai pengaruh yang kuat menentuhkan system kepimpinan suku Bajau Suluk pada zaman tersebut. Oleh sebab itu di Zaman Kolonial ( Penjajahan British ) Golongan ini tidak kisah sangat tentang jawatan yang di Berikan oleh Enggeris kepada mereka, tetapi golongan ini amat berpengaruh dalam mesyarakat Bajau Suluk di persekitaran kepulauan Bajau di Daerah Semporna dimana mereka akan menentuhkan perlantikan Panglima atau Pemimpin satu satu kawasan. Golongan yang memegang Agama ini ialah seperti IMAM,KHATIB,BILAL mereka boleh melucutkan jawatan seseorang pemimpin atau Panglima sementara Panglima tidak boleh melucutkan jawatan IMAM, KHATIB dan BILAL pada masa tersebut. GENERASI GUPURANI :Kesemua anak anak dan cucu cicit Gupurani, termasuk adik beradik beliau yang mempunyai kepentingan sahi. NCR :- ( Native customyright ) Hak adat, Baik tanah di pinjamkan, tanah diusahakan,tanah diberikan walaubagaimanapun dalam kes Pulau SEBANGKAT, beban membuktikan itu terletak di bahu penuntut sendiri untuk membuktikanya. NAMA TEMPAT :Semua nama nama tempat di Pulau SEBANGKAT pada hari ini seperti dalam cerita LAGENDA di atas digunakan untuk menyenangkan pihak tertentu merujuk kesan sejarah Perjuangan Gupurani dan GENARASINYA di Pulau tersebut. Walaupun nama nama ini belum di Gazette tetapi penamaan nama tempat tersebut mempunyai LAGENDA Kepentingan masing masing di Pulau Tersebut. Adalah diharapkan nama nama BERLAGENDA tersebut di kekalkan oleh TAMAN TAMAN MARIN TUN SAKARAN sebagai rujukan untuk sejarah PULAU SEBANGKAT pada masa akan datang.

Created by : Azeehad Family - 2002

- 13 -

- 14 Lawatan Bapa Kemerdekaan Sabah Ke Semporna Tahun 60an dan
Tun Mustapha Tun Sakaran Si Aggah Dt. Abdullah

Si AGGAH ( Hj. Abdul Salleh B. Gupurani ) mengiringi Bapa kemerdekaan Sabah Abdullah B. Pg. Uddang Tun Sakaran bin Dandai ( Dibelakang si Aggah ) di awal mencapai Kemerdekaan.

Lawatan Tun Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah Di Kastam Semporna 1960ties.

salinan Geran Pulau Sebangkat Geran Tunggal Pulau Sebangkat – 1947 ( Bukti Hak Generasi Gupurani )

Created by : Azeehad Family - 2002

- 14 -

- 15 -

Kedudukan Peperangan Yang Berlaku di Pulau Sebangkat ( Perang Bahu Basih ) Tapak permulaan di rumah Si Gupurani , Lanun lari ke sebelah Barat Pulau iaitu hingga ke Tong Si Abdullah sani dan seterusnya Ke si Bau Basih di kawasan Lakit Si Rambo. ( sila lihat anak panah menujuh kea rah Barat ) Anak anak si Gupurani dilarikan ke Sebelah Timur oleh Ibu mereka si Akbaraini ( Omboh Tamemek ) tetapi anak anak tersebut bertahan di sebelah hujung pulau iaitu Tong Si Aggah dan bertahan disana (sila lihat anak panah menuju ke Timur )

Rujukan : Lagenda di Ceritakan oleh orang-orang tempatan Semporna baik dari Genarasi Gupurani atau keluarga Gupurani dan mereka yang mengenali Gupurani. Catitan ini betujuan untuk di serahkan kepada PEMELIHARAAN Taman – Taman Sabah sebagai Rujukan Jabatan tersebut mengenai Pulau Sebangkat, yang tidak mempunyai rekod dalam laporan Elizibet Wood mengenai Legendanya. Satu salinan untuk PPHT Semporna untuk membantu menyelesaikan tuntukan hak NCR kepada pewaris pewaris pulau Sebangkat. Sebagai rujukan bagi pengkaji-pengkaji sejarah Daerah Semporna mengenai pulau pulau di Daerah Semporna khasnya Pulau Sebangkat.

-

-

-

“ AL QAEDAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA “ Abdullah sani Hj. Abdul Salleh Peti surat 235, 91308- Semporna, Sabah Malaysia Tel Fax Email
Created by : Azeehad Family - 2002

:+6 019 – 808 8282 ,+6 019 – 8727442 : +6 089 782921 : sanihjsalleh@yahoo.com - 15 -

- 16 sanihjsalleh@hotmail.com

Fakta Penting Mengenai Pulau Sebangkat :1. Sebangkat hanya mempunyai satu Geran Tunggal yang dimiliki oleh Generasi( Hj.Abdul Salleh B. Gupurani ) . 2. Sebangkat menjadi Pusat Pelarian Philipines 1977, sebelum mereka dipindahkan oleh kerajaan Malaysia ke Penempatan baru di Kg.Selamat Semporna. 3. Sebangkat Pulau yang terhampir ke Pekan Semporna boleh dilihat dari Pekan Semporna ( 10 km ) hanya memakan masa 10 minit boat laju untuk sampai ke distinasinya . 4. Sebangkat Mempunyai Batu Karang yang sangat cantik Dan mempunyai Reef yang sangat luas. 5. Sebangkat Menjadi Pelupor Seaweeds secara Komisel di Daerah Semporna. 6. Sebangkat mempunyai Legenda Peperangan tersendiri yang telah menjadikan nama Pulau ini terjadi hasil dari peristiwa “ MAG’ BANGKAT “. 7. Sebangkat akan menjadi pusat pelawat pelancong dan awam ( Visitor Point ) mengikut plan cadangan Taman Sabah pada tahun 2005. 8. Waris Sebangkat telah dipilh mengetuai Forum Komuniti Tempatan Taman Marin Tun Sakaran Selepas pengwartaan 8 buah Pulau Pulau Semporna.

TAMAT

Created by : Azeehad Family - 2002

- 16 -

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful