You are on page 1of 14
TUGASAN 1 AKTIVITI 1 AKTIVITI 1 : KAJIAN DOKUMEN MENGENAI PENDIDIKAN KHAS MAKSUD ‘KEPERLUAN KHAS’ Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut: ▫ Kerencatan akal ▫ Kecacatan fizikal ▫ Kekurangan penglihatan ▫ Kekurangan pendengaran ▫ Gangguan pertuturan ▫ Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu. KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN) • Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa. • Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa. Kirk dan rakan-rakan (1993): • Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi: ▫ Ciri-ciri mental ▫ Keupayaan deria ▫ Keupayaan komunikasi ▫ Perkembangan tingkah laku dan emosi atau ▫ Ciri-ciri fizikal/saraf/otot • Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum. TUGASAN 1 AKTIVITI 1 Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: • Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah untuk memenuhi keperluannya. • Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa. • Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasa berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:  perbezaan intelek  perbezaan komunikasi  perbezaan deria  perbezaan tingkah laku  perbezaan fizikal  kecacatan pelbagai dan serius Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996: • Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran. Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh dikategorikan seperti berikut: • Rencat akal • Masalah Pembelajaran • Masalah tingkah laku • Masalah komunikasi • Masalah pendengaran • Masalah penglihatan • Kecacatan fizikal dan kesihatan • Kecacatan yang serius dan pelbagai • Pintar cerdas dan pelbagai TUGASAN 1 AKTIVITI 1 Taburan Skor IQ (1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental (a) Kanak-kanak defisit kognitif i Kanak-kanak rencat akal • Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14% dpd populasi) ii Kanak-kanak ‘Down Syndrom’ • Ciri DS: kelainan dari segi fizikal, intelek, dan personaliti iii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities) • Kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah. TUGASAN 1 AKTIVITI 1 (b) Kanak-kanak pintar cerdas • Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130, 2.14% dpd populasi) (c) Kanak-kanak kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, kraftangan, muzik, seni, drama, kepimpinan, dll) (2) Kanak-kanak Autistik • Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial, akademik, aktiviti fizikal. • Masalah utama: interaksi & komunikasi (3) Kanak-kanak Cacat Deria (a) Cacat Penglihatan • buta (20/200) atau rabun (20/70) (b) Cacat Pendengaran • tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran (4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota • Contoh: cerebral palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau masalah pergerakan-motor. • Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor. • Spastik:  Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. Otot menjadikan pergerakan tidak harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat- sekat.  Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran, pertuturan dan/atau masalah-masalah motor. • Cacat anggota (Haring & McCormick, 1990): TUGASAN 1 AKTIVITI 1 (5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi • Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada pertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami perkataan. • Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi. Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran pertuturan seperti ‘gagap’ (stuttering). • Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh berkomunikasi langsung dengan orang lain. (6) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder) • Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah gangguan emosi seperti tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia. • Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu, dan ada yang agresif, tarik diri dan murung, dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. Mereka mempunyai kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran akademik yang rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang memuaskan. (7) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) • American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan perkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan, impulsiveness, dan hyperactivity. • Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalah tingkah laku. • Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undang- undang, tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan yang lain. Lagi pun, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan pelajar-pelajar ini diberi perkhidmatan pendidikan khas. TUGASAN 1 AKTIVITI 1 KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK LUAR BIASA  Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian Langkah 1 – Penapisan (Screening) • Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif. • Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang berkadar/’rating’, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi Langkah 2 – Pencalonan (Referral) • Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut. • Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian. Langkah 3 – Penilaian • Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas • Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar (perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.). TUGASAN 1 AKTIVITI 1 Langkah 4 – Kelayakan • Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk menerima Pendidikan Khas. Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan Individu /RPI (IEP) PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS • Memberi penempatan pendidikan yang sesuai kepada murid dengan keperluan khas  Prinsip Penempatan: • Penempatan dibuat berdasarkan prinsip ‘least restrictive environment’ iaitu persekitaran yang paling tidak ‘menghadkan’. • Seboleh yang mungkin, seseorang murid harus ditempatkan belajar bersama-sama murid biasa.  Amalan Penempatan: • Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap keterukan masalah murid • Biasanya ibu bapa harus member persetujuan bagi penempatan yang dicadangkan  Jenis-jenis Penempatan 1. Kelas biasa • Situasi ideal - Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri - Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas - Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid • Amalan a) Model Konsultansi i. Konsultasi pakar - Guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran murid khas ii. Konsultasi kolaborasi - guru dan pakar-pakar dalam bidang lain bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid b) Team/ Cooperative Teaching - Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid khas c) Teacher assistance teams - Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas biasa TUGASAN 1 AKTIVITI 1 2. Bilik Resos • Juga dikenali sebagi program ‘pull out’ • Perlaksanaan:  murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaran akademik (secara individu atau kumpulan)  Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan, latihan orientasi dan mobiliti atau terapi fizikal 3. Kelas khas • Juga dikenali sebagai self-contained class • Perlaksanaan:  murid ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari kategori yang sama (program integrasi)  Kadangkala mereka menghabiskan sedikit masa di kelas biasa untuk menerima pengajaran tertentu (inklusif separa) 4. Sekolah Khas • Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan (contoh: masalah penglihatan dan pendengaran) • Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan yang teruk • Perlaksanaan:  sekolah harian  murid belajar di sekolah khas  murid balik selepas waktu persekolahan  Sekolah berasrama  murid belajar di sekolah khas  selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama 5. Pengajaran berdasarkan rumah/hospital  guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajar murid  Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid sedia pulang ke sekolah 6. Pemulihan dalam Komuniti  Perkhimatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal murid. TUGASAN 1 AKTIVITI 1 PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Program PKKPM dilaksanakan melalui : i. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. ii. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh Belajar • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun • Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah Lima )5) tahun • Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan. Kurikulum Program Pendidikan Khas • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Intergrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternative. • Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid normal bagi program mas. pendengaran & mas. Penglihatan. • Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran. • Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa TUGASAN 1 AKTIVITI 1 Kurikulum kebangsaan • Kurikulum mengikut matapelajaran seperti kelas biasa spt matematik tahun 2, Bahasa melayu tahun 5, sejarah tingkatan 3 dll. • Kurikulum boleh diperolehi di PPK, Dewan Bahasa & Pustaka dan kadangkala di pasaran tempatan. • Sehubungan itu, penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pendengaran dan penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu UPSR, PMR, SPM dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan. Format dan bentuk soalan adalah sama seperti yang diduduki oleh murid biasa. Hanya berbeza dari segi tambahan masa sahaja. Kurikulum Alternatif • Hanya digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti program integrasi di kelas khas. • Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah. • Ini adalah kerana terdapat murid yang perlu mengikuti kurikulum ini bermula dari sekolah rendah dan bersambung apabila dia telah ke sekolah menengah. • Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif sahaja, sebaliknya kurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung kepada kesesuaian dan pencapaian setiap murid. • Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitu a. Bidang akademik berfungsi  Komponen Matematik  Komponen Bahasa Melayu  Komponen Bahasa Inggeris b. Bidang Pengurusan Kehidupan  Komponen Pengurusan diri  Komponen Kemahiran manipulatif  Komponen Pengurusan tingkahlaku  Komponen Kemahiran hidup (masakan, jahitan, pertukangan, perkebunan, pemeliharaan haiwan, asas mendobi) c. Bidang sosial, riadah dan kreativiti  Komponen Pendidikan Jasmani  Komponen Pendidikan Seni  Komponen Pendidikan muzik, gerakan badan dan drama  Komponen sains, sosial dan alam sekitar • Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran hanya dilakukan di peringkat sekolah sahaja. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat penilaian ke atas mereka. • Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang telah mengikuti kelas inklusif layak menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sama seperti murid biasa tanpa perbezaan dari segi format dan bentuk soalan serta masa. TUGASAN 1 AKTIVITI 1 IMPLIKASI PENDIDIKAN KHAS Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas • bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi di sekolah biasa dan bilik darjah biasa • berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa kerana mengambil kira perbezaan inter dan intra individu Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas 1. Persekitaran - melibatkan kemudahan dan kos - contoh: bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan pembelajaran 2. Kurikulum - Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar - Aspek-aspek: (a) kandungan (b) kemahiran (c) bahan/ teknologi 3. Kaedah Pengajaran - Pengajaran Individu - Analisis Tugasan - Pengurusan Kontingen - Modifikasi Tingkah Laku - Pembelajaran Kooperatif - Aplikasi Komputer 4. Penilaian - satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan pendidikan - jenis penilaian - Penilaian Sumatif - Penilaian Formatif Rancangan Pendidikan Individu (RPI) • RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan ini dapat dipenuhi. • Berdasarkan RPI yang telah dibentuk dan dipersetujui, murid berkeperluan khas berhak menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam RPI tersebut. • Matlamat dan objektif RPI dirangka berdasarkan prestasi sedia ada murid. • Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dari semasa ke semasa. TUGASAN 1 AKTIVITI 1 • RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan bagi murid itu dalam mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. • juga merupakan satu dokumen yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat membantu proses pengajaran pembelajaran mereka. • menerangkan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber yg. diperlukan utk mencapai objektif-objektif tersebut. • disediakan oleh guru khas, ahli profesional, ibu bapa & ahli badan sukarela. • Ringkasnya, RPI membekalkan satu keterangan yg. ringkas, tepat dan terperinci tentang program pendidikan terkini bagi pelajar istimewa. 5 unsur yg. penting penting dlm RPI : • keterangan tentang peringkat pencapaian pendidikan dlm kemahiran-kemahiran spt: bantuan-kendiri, membaca, mengira, perkembangan bahasa, motor kasar, motor halus, sosio-emosi, perkembangan fizikal dan kesihatan. • Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk objektif pengajaran jangka pendek. • Keterangan tentang perkhidmatan pendidikan & bahan pengajaran tertentu yg akan diperuntukkan. • Tarikh-tarikh yg. dianggarkan bagi permulaan & jangka masa bagi perkhidmatan berkenaan. • Kriteria & prosedur penilaian yg. sesuai utk sekurang-kurang sekali setahun bagi menentukan sama ada objektif pendidikan telah tercapai. • Perkara lain adalah spt: biodata dan masalah pelajar, tahap pencapaian tahunan, keterangan tentang sumber & pengubahsuaian alternatif pendidikan, senarai ahli prof. yg. terlibat serta tugasan & tanggungjawab mereka, akuan persetujuan & tanda tangan ibu bapa/penjaga. • RPI perlu dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai disiplin yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Di antaranya adalah:  Ahli fisioterapi  Ahli terapi cara kerja  Ahli terapi pertuturan  Kaunselor  Doktor perubatan  Guru  Ibu bapa TUGASAN 1 AKTIVITI 1 Aliran Pembentukan RPI PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS 1. Melaksanakan segala program dan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan JPK 2. Melaksanakan program khas bagi guru besar sekolah 3. mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa 4. Membahagikan tugas program kepada guru 5. Mewujudkan sistem-sistem berkesan mengendalikan perkara-perkara yang wajib 6. menjalankan latihan perkembangan staf bagi cikgu di sekolah 7. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan pembelajaran 8. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar dan guru biasa 9. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang dijalankan 10. memastikan peralatan dan keperluan fizikal mencukupi 11. Mengembangkan program khas. PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS 1. Melaksanakan P & P Pendidikan Khas 2. Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi murid khas 3. Mewujudkan suasana kelas yang menggalakkanpengajaran dan pembelajaran 4. Mengurus tingkah laku murid khas 5. Menjalankan pelbagai penaksiran 6. Membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas 7. Menjadi “Advocate” bagi hak murid khas. 8. Membantu murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-murid biasa dari segi sosial dan emosi 9. Mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid dan menjalankan pengajaran TUGASAN 1 AKTIVITI 1 10. Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan dan menarik 11. Berhubung dengan agensi-agensi bantuan 12. Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum 13. Merancang IEP (RPI) untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut keupayaan murid tersebut 14. Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan khas berasaskan keperluan individu dan ujian diagnostik 15. Merancang penilaian berkala tentang pencapaian murid berdasarkan keputusan untuk perubahan atau kutipan data 16. melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki atau melupuskan yang tidak diingini