BANDINGKAN PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN DI DUA BUAH NEGARA YANG ANDA PILIH.

1.0 Pengenalan Dalam struktur pentadbiran sesebuah negara sama ada dalam sistem komunis, sistem demokrasi dan sebagainya,kita dapat mengklasifikasikan kerajaan kepada tiga peringkat iaitu kerajaan pusat (central government),kerajaan negeri (state government) dan kerajaan tempatan (local government) . Struktur pembahagian tiga peringkat ini terdapat di kebanyakkan negara di dunia , terutama yang mengamalkan sistem “federation” atau persekutuan . Walaubagaimanapun negara yang mengamalkan sistem “ unitary” atau kesatuan juga masih mempunyai kerajaan tempatan seperti yang terdapat di Britain,Jepun dan sebagainya. Konsep pentadbiran daerah (tempatan) termasuk dibawah istilah “field administration” (pentadbiran luar ) iaitu satu cara kebanyakan negara negara di dunia mentadbir wilayah yang jauh daripada pusat bandar. “field administration” menjadi satu struktur yang disukai oleh pemerintah kerana sesetengah negara amat luas dan tidak dapat ditadbir secara berkesan dari ibu negara atau pusat pentadbiran . satu lagi sebab ialah di negara-negara yang mengamalkan demokrasi terdapat tuntutan daripada rakyat supaya mereka yang jauh dari pusat pemerintahan dapat menentukan corak pentadbiran yang mereka kehendaki sendiri ,dalam erti kata yang lain memberi sedikit autonomi dalam pemerintahan wilayah mereka sendiri (Abdullah Sanusi Ahmad, 1980:40). Dalam pengertian organisasi , kerajaan tempatan boleh dianggap sebagai satu unsur daripada konsep “decentralization” atau pemencaran kuasa.

2.0

Sistem pemerintahan Kerajaan malaysia

Malaysia mengamalkan

sistem

Demokrasi

Berparlimen di

bawah

pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Malaysia

mengamal

sistem

parlimen dwidewan: Dewan

Rakyatdan Dewan

Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ini memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-

undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem

legaliti

Malaysia berasaskan

undang-undang

British.

Walau

bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, penngangkutan, dan hal-hal lain.

3.0

Sistem Pemerintahan Indonesia

Republik

Indonesia ialah

sebuah negara

kepulauan yang pasifik.

juga

disebut

sebagai Nusantara Kepulauan Antara yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan Kerajaan mempunyai antara Lautan Hindi dan lautan Perlembagaan bersama oleh Indonesia menetapkan pembahagian kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. kuasa eksekutif. Kuasa legislatif dimiliki kerajaan dan Dewan Perwakilan Rakyat. Sistem kehakiman pula bebas dari eksekutif dan legislatif. Seperti juga di negara-negara demokrasi lainnya, sistem politik di Indonesia didasarkan pada Trias Politika yaitu kekuasaan legislatif, eksekutif dan yudikatif. Kekuasaan legislatif dipegang oleh sebuah lembaga bernama Majelis Permusyawatan Rakyat (MPR) yang terdiri dari dua badan yaitu DPR yang anggota-anggotanya terdiri dari wakil-wakil Partai Politik dan DPD yang anggota-anggotanya mewakili provinsi

yang ada di Indonesia. Setiap daerah diwakili oleh 4 orang yang dipilih langsung oleh rakyat di daerahnya masing-masing.

Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) adalah lembaga tertinggi negara. Keanggotaan MPR berubah setelah Amandeman UUD 1945 pada periode 1999-2004. Seluruh anggota MPR adalah anggota DPR ditambah anggota DPD (Dewan Perwakilan Daerah). Sebelumnya, anggota MPR adalah seluruh anggota DPR ditambah utusan golongan. Anggota MPR saat ini terdiri dari 550 anggota DPR dan 128 anggota DPD. Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pemilu dan dilantik dalam masa jabatan lima tahun. Sejak 2004, MPR adalah sebuah parlemen bikameral, setelah terciptanya DPD sebagai kamar kedua. Lembaga eksekutif berpusat pada presiden, wakil presiden, dan kabinet. Kabinet di Indonesia adalah Kabinet Presidenstil sehingga para menteri bertanggung jawab kepada presiden dan tidak mewakili partai politik yang ada di parlemen. Lembaga Yudikatif sejak masa reformasi dan adanya amandemen UUD 1945 dijalankan oleh Mahkamah Agung, termasuk pengaturan administrasi para Hakim.

Indonesia bersempadankan Malaysia di Kalimantan, Papua New Guinea di pulau Papua, dan Timor Leste di pulau Timor.Negara jiran lain termasuklahSingapura, Filipina, Australia dan wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar. Ibu negara Indonesia ialah Jakarta.Dengan 17,508 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 222 juta orang pada 2006, ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia, walaupun secara rasminya ia bukanlah sebuah negara Islam. Indonesia merupakan sebuah republik, Dalam dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung Indonesia merupakan sebuah Negara republik demokrasi dengan sistem berpresiden. sistem politik Indonesia, presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan serentak. selain itu juga, panglima besar Tentera Nasional Indonesia.

4.0

Latar belakang sejarah Kerajaan Tempatan

Kerajaan tempatan yang wujud di Malaysia mempunyai pertalian sejarah sejak kedatangan Bristish ke Negara kita. Pertempatan dan Kerajaan Tempatan yang mula diadakan ialah di Melaka, pulau Pinang dan Singapura. Dengan cara pentadbiran British ini maka berkembanglah bandar-bandar tersebut dengan dibawa bersama-sam pendatangpendatang cina dan India. Pola Bandar yang kita saksi hari ini adalah disebabkan tidak ada galakan dari penjajah supaya orang melayu tinggal di Bandar. Anggota-anggota Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Melaka misalnya terdiri dari kaum majoriti yang dilantik oleh pihak British. Pada mulanya didapati bahawa perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran adalah seperti berikut: 1. Perkhidmatan dari segi kesihatan seperti membina longkang, salura perbentungan, jalan-jalan raya, tempat membuang sampah, mendirikan klinik bersalin dan perubatan. 2. 3. Membina tempat-tempat reakrasi untuk sukan dan kanak-kanak. Perkhidmatan-perkhidmatan membaiki jalan, zon-zon kilang, pasar-pasar, tandas, lampu jalan dan mengawasi bangunan. 4. Memberi perlindungan seperti bomba, mengawal makanan dan minuman serta mengadakan pusat piawaian timbang dan sukatan. 5. Mengadakan perkhidmatan perniagaan seperti air dan elektrik. kawasan-

kawasan perdagangan dan perniagaan, perancangan bandar, menyediakan

Setelah British campur tangan ke negeri melayu, maka sistem pentadbiran tempatan British juga diperluaskan ke negeri tersebut dan sehinggalah ke hari ini, kita dapati kerajaan telah mewarisi sistem ini dan membaiki dari segi undang-undang dan sebagainya. Sebelum merdeka, kebanyakan anggota Perbandaran ini telah dilantik oleh pihak British sendiri. Tetapi menjelang kemerdekaan, anggota-anggota perbandaran telah mula dipilih melalui pilihanraya, seperti yang pernah dibuat di Kuala Lumpur pada tahun 1952 dahulu. Pilihanraya seperti ini berterusan selepas merdeka seperti di Seremban, Ipoh, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, dan beberapa buah bandar lagi. Sehinggalah tahun 1967, kerajaan telah meminda akta kerajaan tempatan yang antara lain menghapuskan sistem pilihanraya untuk memilih anggota dalam Majlis Kerajaan Tempatan. Pada pendapat kerajaan bahawa, pilihan seperti ini tidak berkesan untuk integrasi nasional, di mana di bandar-bandar, kecenderungan parti pembangkang menguasai majlis tempatan begitu luas yang mungkin mengancam atau melambatkan proses pembangunan nasional. Dengan mansuhnya akta tersebut, maka kerajaan tempatan ditadbir oleh kerajaan negeri yang mana anggotanya dilantik oleh kerajaan negeri dan kebiasaanya pengawai daerah menjadi pengerusi majlis daerah atau perbandaran dan menteri besar atau ketua menteri menjadi pengerusi majlis perbandaran di ibu-ibu negeri di seluruh negara

4.1

Definisi kerajaan tempatan di Malaysia Dalam memahami istilah kerajaan tempatan , sebenarnya tidak ada satu

pentakrifan yang tepat tentangnya , walau bagaimanapun definisi-definisi yang telah diberikan oleh kebanyakkan sarjana sudah cukup untuk mengambarkan apa sebanarnya kerajaan tempatan . Orang yang pertama sekali yang menggunanakan istilah kerajaan tempatan (local government) ialah Jeremy Bentham (di England) .Dalam memperkatakan kerajaan tempatan , selalu juga timbul kekeliruan antara penggunaan perkataan “Kerajaan Tempatan” dan “Penguasa Tempatan “. Kerajaan tempatan adalah satu cara pentadbiran sesebuah negara di peringkat bawahan iaitu melalui pentadbiran daerah

menerusi pegawai daerah , jabatan , agensi dan perbadanan kerajaan yang tertentu . Sedangkan Penguasa Tempatan pula ialah unit-unit dalam dalam sistem pentadbiran kerajaan tempatan 4.2 Konsep kerajaan tempatan di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan secara mengagihkan kuasanya mengikut peringkat-peringkat tertentu. Oleh itu terdapat tiga peringkat kerajaan yang penting di Malaysia iatu Kerajaan persekutuan, Kerajaan negeri dan Kerajaan tempatan . Kerajaan persekutuan dibentuk melalui pilihanraya parlimen , dan begitu juga kerajaan negeri dibentuk melalui pilihanraya negeri . Kerajaan tempatan tidak dibentuk melalui pilihanraya sejak tahun 1967 lagi, Perlu ditegaskan bahawa kerajaan pusat dan kerajaan negeri diketuai oleh Perdana Menteri yang membentuk kerajaan negeri setelah memenanggi pilihanraya . Pentadbiran pusat diketuai oleh ketua Setiausaha negara yang membantu kerajaan pusat dalam hal ehwal pentadbiran. Manakala setiausaha kerajaan negeri membantu kerajaan negeri dalam hal ehwal pentadbiran peringkat negeri. Kerajaan tempatan dan pentadbiran peringkat daerah dijalankan oleh pentadbirpentadbir yang dilantik oleh kerajaan . Tidak ada pilihanraya bagi memilih pentadbir diperingkat daerah tersebut. Kerajaan tempatan merupakan satu institusi yang wujud berunsur politik yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan meningkatkan penglibatan rakyat dalam pentadbiran . Dari segi fungsi ia bertanggunjawab dalam menjaga dan mentadbir hal ehwal kebajikan penduduk tempatan serta menjalankan aktiviti pembangunan sosi-ekonomi. Kerajaan tempatan timbul akibat wujudnya kesedaran bahawa semakin tinggi aktiviti kerajaan , maka semakin sukar untuk merancang dan mentadbir aktiviti itu daripada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri ataupun wilayah. Bagi mendapatkan keberkesanan , pentadbiran awam moden tidak sahaja terletak pada dasar dan cara di bahagian pusat semata-mata malah bagaimana dilaksanakan hingga ke peringkat bawahan seperti wilayah , daerah dan juga kampung . Oleh itu , perlu diadakan satu pentadbiran kerajaan yang meluas bagi memastikan kejayaan sesuatu rancangan itu. Jadi kerajaan tempatan akan mewakili kehendak seluruh

rakyat tempatan dalam mentadbir hal-ehwal tempatan bagi kepentingan rakyat tempatan . Dengan itu timbul konsep pemencaran (decentralization) kuasa yang boleh memberikan autoriti kepada pihak-pihak yang terlibat di peringkat daerah untuk mentadbir kawasankawasan dalam daerah. Perbezaan dalam desentralisasi ini bergantung pada setakat manakah rancangan pentadbiran kerajaan tempatan mendapat autoriti untuk rancangan membuat keputusan dan pengurusan yang dialihkan daripada kerajaan pusat kepada mereka . Terdapat 4 bentuk desentralisasi iaitu: • • • • 4.3 Devolution (pengagihan/penyerahan kuasa) Deconcentration (pecahan tumpuan) Delegation (penurunan) Transfer of function (pemindahan fungsi) Tugas dan Fungsi kerajaan tempatan di Malaysia Tugas dan fungsi Kerajaan tempatan di Malaysia telah diberi kuasa penuh di bawah Akta kerajaaan tempatan 1976.Peranan dan fungsinya merangkumi bidang kuasa dan tugas-tugas wajib seperti pengumpulan sampah,penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kesihatan awam.Fungsi eko-sosial pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam,taman –taman rekreasi,perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan.Selain itu, ia juga bertanggungjawab ke atas ; a) Merancang dan menyediakan kemudahan - kemudahan awam b) Kuasa mengeluarkan lesen c) Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu d) Program-program mengindahkan kawasan e) Penyenggaran dan penambahbaikan kawasan persekitaran f) Menyenggarakan air-air pancut dan pencahayaan jalan-jalan awam. g) Perkhidmatan rumah penyembelihan,perkhidmatan veterinar,pengangkutan h) Perparitan dan pembetungan yang sempurna i) Membina bangunan,perumahan dan unit-unit perdagangan

j) Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar k) Mengurus dan mengawal lalulintas l) Perkhidmatan seperti pembersihan,pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal m) Kawasan-kawasan pengebumian dan juga tempat membekar mayat. n) Menyediakan kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak,klinik-klinik

5.0

Definisi kerajaan tempatan di Indonesia

Mengenai pemerintahan Daerah di dalam fasal 18 undang-undang dasar 1945 ditentukan bahawa ”Pembahagian Daerah Indonesia atas dasar daerah besar dan kecil dengan bentuk susunan pemerintahannya di tetapkan dengan undang-undang dan mengingati dasar permeryuaratan dalam sistem pemerintahan negara, dan hak asal usul dalam daerah – daerah yang bersifat istemewa. Menurut penjelasan undang-undang dasar tersebut oleh kerana Negara Indonesia itu suatu “eenfeidstaat” maka Indonesia tidak akan mempunyai daerah dalam lingkungannya yang bersifat ”staat” .Daerah indonesia akan dibagi dalam daerah Propinsi dan daerah Propinsi akan dibahagi pula dalam daerah yang lebih kecil. Daerah-daerah yang bersifat autonomi (streek dan locale rechtgemeenschappen) atau bersifat daerah pentadbiran,semuanya menurut aturan yang akan ditetapkan Daerah oleh kerana didaerah pun, pemerintahan akan atas dasar permesyuaratan dengan undang-undang. Daerah-daerah yang bersifat autonomi akan diadakan Badan Perwakilan

5.1

Konsep kerajaan tempatan di Indonesia

Sistem pemerintahan daerah dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Daerah Autonomi, sebagai pelaksanaan asas desentralisasi dan Wilayah sebagai pelaksanaan asas dekonsentrasi. Pemakaian dua sistem pemerintahan di daerah secara menyeluruh merupakan suatu sistem pemerintahan di daerah yang baru indonesia kerana didalam masa pemerintahan Hindia Belanda pun penerapan dua asas tersebut secara bersamaan

telah dijalankan. Adapun apa yang dianggap sebagai suatu yang baru ialah pengaturan tentang pemerintahan di daerah berasaskan dua seperti yang dimaksudkan adalah di dalam satu undang-undang, kerana cara pengaturan yang demikian itu belum pernah terjadi sebelumnya. 5.2 Fungsi desa di Indonesia

Bidang kuasa desa adalah seperti berikut;a) Menyenggarakan urusan pemerintahan b) Menyelenggarakan urusan pemerintahan yang menjadi bidang kuasa kabupaten/kota yang diserahkan kepada desa.iaitu urusan langsung untuk meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat. c) Membantu pemerintah provinsi serta pemerintah kabupaten/kota dalam tugas masing-masing d) Urusan pemerintahan yang lain yang diserahkan kepada desa.

6.0

Perbandingan pentadbiran kerajaan tempatan di Malaysia dan Indonesia Perbandingan yang dapat di lihat antara sistem pemerintahan Kerajaan tempatan

di Malaysia dan Indonesia ialah kerajaan tempatan di Malaysia adalah di peringkat terendah dalam sistem pemerintahan kerajaan dimana bidang kuasa kerajaan tempatan adalah menjalankan undang-undang kecil, mengenakan cukai pintu yang terhad. Kerajaan tempatan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (by-laws) kepada penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran mereka. Pegawai yang tertinggi dalam kerajaan tempatan ialah Datuk bandar manakala di kawasan perbandaran pula ia diketuai oleh Yang Dipertua Majlis dan Majlis –majlis daerah seterusnya peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung. Kesemua ketua-ketua organisasi ini bertanggungjawab terhadap bidang kuasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu pihak kerajaan disamping memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sesuatu kawasan.

Indonesia pula mengamalkan sistem daerah oleh kerana terdapat beribu-ribu pulau dan daerah disamping mempunyai bilangan penduduk yang ramai telah menyebabkan pemerintah Indonesia mewujudkan pemerintahan daerah. Hubungan pemerintah Pusat dan Daerah dapat dibahagikan kepada dua fungsi iaitu Daerah yang bertanggunjawab mengatur dan mengurus perjalanan pentadbirannya sendiri sebagai asas pelaksanaan dari asas desentralisasi . Secara umumnya fungsi pemerintahan (daerah) di Indonesia dapat digolongkan kepada 4 kelompok iaitu : penyediaan pelayanan, pengaturan, pembangunan, dan perwakilan. Fungsi penyediaan pelayanan-pelayanan berorientasi dalam lingkungan dan kemasyarakatan. Tanggunjawab tersebut mencakupi antara lain iaitu jalan-jalan daerah, lampu jalan, pembuangan sampah, saluran longkang, pencegahan banjir, pemeliharaan taman dan tempat rekreasi dan kesihatan. Paling umum bagi pemerintah daerah adalah kekuasaannya untuk mengatur kegiatan-kegiatan khusus seperti penggunaan tanah, kelulusan bangunan dan permit hiburan. Fungsi pembangunan melibatkan secara langsung pemerintah daerah dalam bentuk-bentuk kegiatan ekonomi, seperti industri, pertanian, perhutanan dan perdagangan. Lembaga kemasyarakatan dibentuk oleh masyarakat dan merupakan perkongsian dengan pihak pemerintah desa dalam usaha meningkatkan keupayaan masyarakat.Ia ditetapkan melalui Peraturan desa dan peranannya sebagai penampungan dan penyaluran aspirasi masyarakat dalam bidang pembangunan.Ia mempunyai hubungan kerja dengan pemerintah desa yang bersifat perkongsian,perundingan dan penyelaras. Di sebahagian negara Asia Tenggara pemerintah daerah ditujukan untuk memainkan suatu peranan pembangunan dengan penekanan utama pada bidang pertanian. Sistem pemerintahan di daerah yang mula-mula dipakai ialah sistem sentralisasi yang keras, kerana sistem sentralisasi yang keras itu ternyata kurang memadai untuk membina pemerintahan di indonesia yang terdiri dari ribuan pulau-pulau di mana masing-masing antara lain mempunyai keadaan dan sifat yang berbeza-beza. Maka sebahagian daripada tanggunjawab pemerintahan pusat itu desentralisasikan atau diserah kepada pihak lain untuk ditadbir. Desentralisasi mempunyai banyak bentuk misalnya Desentralisasi territorial, Desentralisasi functioneel,(menurut jabatan,kepentingan dan sebagainya) dan Desentralisasi Adminidtratif (ambtelijk) atau dekonsentrasi. Di bawah merujuk Struktur Kerajaan Tempatan di Malaysia dan Indonesia ;

Struktur kerajaan tempatan Malaysia Sebelum Akta kerajaan tempatan 1976 *Dewan Bandaraya Kuala Lumpur *Majlis perbandaran *majlis bandaran *Lembaga Bandaran *majlis daerah luar bandar *Majlis Tempatan Selepas penerapan Akta 171 *Bandar raya-Dewan bandaraya atau majlis Bandaraya *bandar-Majlis perbandaran *luar bandar-majlis Daerah Kawasan khas-Perbadanan atau Pihak berkuasa tempatan

Struktur kerajaan tempatan Indonesia Peringkat Kawasan Pentadbiran Indonesia Peringkat Provinsi Provinsi Daerah khusus-Daerah Istimewa Peringkat kabupaten/kota Kabupaten-Kota Kabupaten Tadbir Sagoe Peringkat kecamatan Kecamatan Distrik-sagoe cut Peringkat kelurahan/desa Keluharan-desa Nagari-kampung-Gampong Lain-lain Dusun-lingkungan Rukun warga Rukun tetangga

7.0

Kesimpulan Kalau dilihat susunan sistem pemerintahan di Malaysia, pihak berkuasa tempatan

adalah sebahagian dari keseluruhan system pemerintahan, dan terletak di lapisan paling bawah sekali selepas kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ianya bertanggungjawab di peringkat wilayah atau daerah atau kawasan-kawasan yang diistilah urban atau separuh Bandar semi-urban. Kawasan-kawasan ini adalah meliputi yang sekarang ini diberi nama majlis perbandaran dan majlis daerah. Pihak berkuasa kerajaan tempatan mempunyai kuasa autonomi dalam bidangbidang yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri atau pusat. Biasanya bidang-bidang ini bersabit dengan kuasa-kuasa untuk menjalankan peranan sebagai pihak berkuasa tempatan termasuklah tugas-tugas untuk memberi perkhidmatan serta kemudahan sosial kepada penduduk –penduduk di bawah kawasan pentadbirannya. Objektifnya pembangunan negara disamping membasmi kemiskinan adalah juga ditegaskan tentang penyusunan semula masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan bandar serta daerah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk mencapai perpaduan antara masyarakat. Dengan melihat faktor-faktor di atas maka dapat dirumuskan bahawa kerajaan tempatan boleh diberi penglibatan yang besar sebagai salah sebuah badan pelaksana program pembangunan. Di indonesia pelaksanaan kerajaan tempatan masih kurang berkesan dan sering menimbulkan perasaan tidak puas hati daerah kepada pemerintah pusat kerana pembahagian kuasa legislatif dan kewangan kepada daerah adalah sepenuhnya bergantung kepada pemerintah pusa

8.0

Rujukan

Ahmad Atory Bin Hussain, Penghantar Pentadbiran Awam. (1983). Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd Ahmad Atory Hussin, Kerajaan Tempatan: Teori dan Peranan di Malaysia. (1991). Dewan Bahasa Dan Pustaka Irawan Soejito, Hubungan Pemerintah Pusat dan Pemerintah Daerah.(Ogos 1984). Penerbit Bina Aksara:Anggota IKAPI J.Wajong, Azas dan Tujuan Pemerintahan Daerah.(1975).Penerbit Djambatan Abdullah Sanusi Ahmad, Kerajaan dan Pentadbiran Malaysia.(1980).Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rujukan Asas http//ms.wikipedia.org/wiki/desa_(Indonesia) http//ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_tempatan_di_Malaysia http//shaifuklbahri.blogspot.com/2006/06/dilema-pbt-ikut-arahan-pusat-atau.html www.tulunggagung.go.id/infopublik/perda_8_08.pdf www.eprints.undi.ac.id/909/1/Artikal_Kushandayari.pdf www.jeparakab.go.id/files/perda/perda_2008-xx_sot-camatdesa.rtf