You are on page 1of 52

REBAN TERTUTUP AYAM DAGING

1. LATARBELAKANG

1.1 Apa Itu Reban Tertutup

Reban yang keseluruhan bahagiannya bertutup rapat
kecuali di bahagian untuk udara keluar masuk.
Pengudaraan dalam reban dikawal.

1.2 Mengapa Menggunakan Reban Tertutup

Menyediakan persekitaran dalam reban yang selesa kepada
ayam dengan cara mengawal pengudaraannya.
Dalam persekitaran yang selesa produktiviti ayam
dioptimumkan.

2. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN REBAN TERTUTUP

2.1 Kebaikan

a. Pengudaraan dalam reban boleh dikawal.
b. Suhu dalam reban lebih rendah dari suhu di luar.
c. Persekitaran dalam reban selesa kepada ayam.
d. Perubahan suhu minimum dan maksimum dalam reban lebih
kurang 4C ( 24-28C) berbanding sehingga 10C ( 25-
>35C) bagi reban terbuka.
e. Ayam kurang mengalami tekanan gangguan dari faktor luar
minimum.
f. Burung liar dan tikus yang boleh menjadi pembawa penyakit
dapat dikawal dari memasuki reban dengan lebih baik.
g. Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas
ruang lantai bagi setiap ekor ayam boleh dikurangkan
sepertiga berbanding menggunakan reban terbuka.
h. Najis kering, mengurangkan gangguan bau tidak enak,
busuk dan lalat kepada persekitaran.
i. Kos pengeluaran lebih cekap kerana :
Pengambilan makanan dan penukaran kepada
daging yang optimum.
Lebih banyak ayam boleh dipelihara pada saiz reban
yang sama.
Kos ubat dapat dikurangkan kerana kawalan penyakit
yang lebih baik.
Kos penggunaan antistress kurang kerana
persekitaran yang selesa
1
Kadar kematian dan kecederaan ke atas ayam
kurang.
j. Peluang pasaran dan eksport lebih baik kerana kawalan
penyakit dan kualiti yang lebih terjamin.

2.2 Kelemahan

a. Kos-kos menyediakan prasarana, bayaran balik pinjaman
per ekor ayam, letrik, air, operasi dan penyelanggaraan
lebih tinggi.
b. Pengusaha mesti mempunyai pengetahuan mendalam dan
komitmen yang lebih tinggi terutama dalam menguruskan
dan menyelenggara pengudaraan reban dan peralatan yang
digunakan.

3. JENIS REBAN TERTUTUP

3.1. Pengudaraan Terowong Dengan Sistem Penyejuk Sejat Udara
(Tunnel Ventilation With Evaporative Cooling System).








2
3.2. Pengudaraan Terowong Tanpa Sistem Penyejuk Sejat Udara.




4. KOMPONEN REBAN TERTUTUP

4.1 Komponen Utama

4.1.1 Bangunan Reban

Bangunan bertutup rapat dengan lubang bagi udara
masuk dan keluar

4.1.2. Sistem Pengudaraan

i) Kipas Ekzos

Mengawal pengudaraan dalam reban. Kipas
membantu penukaran udara dengan menyedut
udara keluar dan masuk reban.
3
Kelajuan angin melalui reban yang digerakkan
oleh kipas memberi kesan dingin (windchill
effect) kepada ayam.

ii) Penyejuk Udara

Sistem penyejuk udara menambah-dinginkan
suhu dalam reban dengan menyejukkan udara
yang melaluinya masuk ke dalam reban.

4.1.3. Bekalan letrik

Bekalan letrik jenis three phase

4.1.4. Standby Generator

Membekalkan tenaga letrik jika bekalan letrik utama
terputus.

4.2 Komponen Sokongan

4.2.1. Pengesan Suhu dan Lembapan ( Temperature and Humidity
Sensor )

Mengesan suhu dan lembapan dalam reban.



Gambar 1 : Sensor Haba Untuk Mengesan Suhu dalam Reban



4.2.2. Kelengkapan Sistem Amaran (Alarm System)

Alat system amaran kecemasan seperti siren atau
loceng.
4
Alat ini akan serta merta berbunyi apabila ada
peralatan reban yang mengalami gangguan atau tidak
berfungsi.

4.2.3. Peralatan Makanan

Bekas makanan jenis automatik (pan feeder, auger
feeder, chain feeder) atau jenis manual (hanging
hoper) boleh digunakan.



Gambar 2 : Bekas Makanan Automatik




Gambar 3 : Bekas Makanan Manual J enis Hanging Hoper





5
4.2.4. Peralatan Minuman

Peralatan minuman jenis automatik (nipple drinker)
atau jenis manual (plasson bell drinker) boleh
digunakan.




Gambar 4 : Bekas Minuman Automatik J enis Putting ( Nipple Drinker)


4.2.5. Lampu

Kemudahan cahaya dalam reban penting bagi reban
tertutup.
Cahaya warna biru dan hijau sering digunakan.




Gambar 5: Lampu Reban Warna Biru






6
4.2.6. Set Drug/ Vaccine Dispencer

Peralatan ini memudahkan pemberian vaksin dan
ubat kepada ayam tanpa menggunakan tenaga kerja
yang ramai, menjimatkan masa dan boleh dikawal.

4.2.7. Panel Sistem Kawalan Automatik

Panel kawalan automatik diperlukan jika reban
hendak dikendalikan secara automatik.
Panel dihubungkan kepada sensor yang dipasang
pada peralatan reban. Menggunakan panel ini fungsi
peralatan-peralatan reban seperti kipas, peralatan
makanan, motor pad penyejuk udara, lampu dan
standby generator diselaraskan dan digerakan secara
automatik apabila diperlukan.



Gambar 6: Panel Kawalan Automatik Dipasang Pada Dinding Reban di Lokasi Yang Sesuai


5. CIRI REBAN TERTUTUP YANG BERKESAN

5.1 Mempunyai Tahap Kedap Udara Yang Tinggi.

Tidak ada rekahan atau lubang-lubang pada bahagian
dinding, tabir, tempat di mana bahagian reban bersambung
seperti antara tabir dengan dinding, pad penyejuk udara
dengan dinding dan di bahagian pintu.
Dinding dan tabir diperbuat dari bahan kedap udara yang
baik.
J ika reban jenis bertingkat, semua tingkat mempunyai tahap
kedap udara yang baik



7
5.2 Kos Binaan Ekonomik

5.3 Kos Operasi Cekap

Mudah diselenggarakan dan dibersihkan.
Kos penyelangaraan ekonomik.
Ukuran reban yang sesuai supaya fungsi dan keberkesanan
kos segala peralatan terutama kipas digunakan secara
optima.



5.4 Kalis Burung dan Haiwan Perosak

Dinding reban bahagian bawah cukup tinggi, diperbuat
daripada bahan yang licin untuk mengelak haiwan seperti
tikus memanjat.
J ika mengunakan reban jenis berlantai tingkat atas atau
bertingkat, pastikan tangga, tiang dan dinding tidak menjadi
laluan tikus memanjat.
Pintu reban bertutup rapat.
Setiap sudut bahagian reban tidak ada ruang untuk burung
liar masuk dan bersarang.
Mempastikan lubang untuk membuang air cucian reban
yang dibina pada bahagian lantai bertutup rapat.

5.5 Pengudaraan Dalam Reban Yang Sempurna

Suhu yang hampir serata di seluruh bahagian reban.
Suhu udara antara kawasan pad penyejuk dan kipas ekzos
hampir sama (berbeza tidak melebihi 2C).
Tahap lembapan yang serata diseluruh bahagian reban.
Pergerakan dan corak udara yang serata di seluruh
bahagian reban.
Tekanan statik dalam reban antara 0.05 0.1 inci.

6. MEMBINA REBAN TERTUTUP YANG BERKESAN

Rekabentuk reban tertutup, binaan serta kelengkapan sokongan yang
digunakan penting dalam menentukan keberkesanan kecekapan kos dan
kualiti ayam daging.

6.1. Orientasi Binaan Reban

Sebaiknya reban dibina dengan paksi memanjang mengarah timur-
barat.
8

6.2. Bahan Binaan

Mengguna rangka besi atau konkrit lebih mahal tetapi tahan lama
dan menjimatkan kos penyelanggaraan.


6.3. Tiang

J umlah tiang dalam reban dikurangkan supaya;
pergerakan udara sempurna.
pengudaraan cekap.
mudah kerja membuang tahi ayam.
memaksimumkan penggunaan ruang lantai.

6.4. Bumbung Reban

i. Menggunakan bahan membalik haba yang baik.
dapat mengurangkan kesan pancaran matahari.
dapat mengurangkan kesan bahang haba ke atas
bahagian dalam reban.

ii. Menggunakan bahan yang tidak mudah rosak terutama tidak
mudah koyak apabila terkena tiupan angin kuat.

iii. Kedua bahagian permukaan rabung dan antara cucur atap
dan dinding dipasang jaring berlubang halus atau ditutup
rapat untuk mengelakkan burung-burung bertelur di atas
siling.


iv. Bahagian tepi atau cucur atap cukup lebar (sekurang-
kurangnya 3 kaki) dapat mengurangkan sinaran cahaya
matahari atau tempias hujan ke atas dinding dan pad
penyejuk.

v. Tinggi bahagian tengah bumbung dari lantai antara 12-14
kaki dan bahagian tepi (tinggi dinding) 7-8 kaki.

6.5. Siling (Lelangit)

i. Bumbung Bersiling
a) Siling dipasang sedikit meninggi di bahagian tengah
dan ada kecuraman untuk air mengalir kebawah jika
terdapat kebocoran di bahagian bumbung.

9


Gambar 7: Siling Dibina Meninggi Di Bahagian Tengah



b) Guna bahan yang kurang menyerap haba seperti zink
aluminium, aluminium foil, papan lapis dan plastik
tebal. Pemilihan bahan-bahan bergantung kepada
harga.




Gambar 8: Siling Menggunakan Zink Aluminium







10


Gambar 9: Siling Menggunakan Plastik


c) Permukaan bahan siling licin supaya tidak
menjejaskan pergerakan udara melalui sepanjang
reban.

d) Ketinggian antara lantai siling bersesuaian, (lebih
kurang 7-8 kaki) supaya tidak menggangu kerja-kerja
pengurusan ayam, menangkap ayam dan
pembersihan reban.

e) J arak siling dengan bahagian rabung bumbung lebih
kurang 4-5 kaki untuk mengurangkan kesan bahang
panas dari bumbung.

f) Bagi reban bertingkat, pengudaraan dan suhu di
tingkat atas kurang memuaskan dan tinggi sedikit
berbanding tingkat bawah menyebabkan prestasi
ayam di tingkat atas tidak sebaik ayam di tingkat
bawah. Langkah berikut boleh memperbaiki prestasi
ayam tingkat atas;
jauhkan sedikit jarak antara siling dengan
bumbung.
kadar pertukaran udara sekurang-kurang
sekali dalam seminit.
kelajuan udara bergerak di dalam reban pada
kadar minimum 400 kaki seminit.
memberikan ruang lantai yang lebih besar bagi
setiap ekor ayam (kurangkan bilangan ayam
jika tiada pilihan).


11
ii. Bumbung Tidak Bersiling
a) Bahan seperti polyurethane foam disembur pada
lapisan bahagian dalam atap sebagai penebat haba
boleh digunakan sebagai pengganti siling. Bahan ini
mungkin cepat mengalami kerosakan seperti dimakan
serangga jika tidak diselanggarakan baik,
menyebabkan kurang berkesan sebagai penebat
haba.

b) Meninggikan sedikit jarak antara lantai dan bumbung
juga dapat mengurangkan kesan haba dari bumbung.




6.6. Dinding dan Tabir

i. Ciri-ciri Bahan Dinding
Bahan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;
Tidak menyerap haba.
Mengurangkan radiasi dari luar.
Kedap udara.
Tidak mudah rosak atau koyak.
Mudah dibersih.
Boleh dicuci hama dengan berkesan.
Warna yang sesuai seperti warna putih dan
tidak bersinar kuat.

ii. J enis Dinding
Dinding reban boleh dibina kekal atau boleh dibuka apabila
perlu.
a) Dinding kekal

Berisiko tinggi apabila berlaku kerosakan
kipas, bekalan letrik putus atau standby
generator tidak berfungsi.
Dinding kekal adalah seperti dinding konkrit,
kepingan aluminium tebal atau galvanized
lacquered sheet metal.


12


Gambar 10: Reban Setingkat Menggunakan
Galvanised Lacquered Sheet Metal Sebagai Bahan Dinding



b) Dinding Tadbir (curtain)
Ia lebih digalakkan kerana dinding jenis ini
boleh dibuka, ditanggal, naik atau terjatuh
dengan sendiri apabila berlaku kenaikan suhu
dalam reban ke paras yang menjejaskan
kesejahteraan ayam.
Tabir dinding boleh dibuat daripada plastik
atau kanvas.



Gambar 11 : Bahan Dinding Menggunakan Kanvas


13

Memasang Dinding Tabir

Bahagian tepi reban dipasang dawai BRC atau dawai
mata punai atau setidaknya jaring menangkap ikan.
Tabir dikepit rapat ke dinding untuk mempastikan
seluruh bahagian reban tertutup rapat dan mencapai
tahap kedap udara yang tinggi.


c) Gabungan dinding sebahagian kekal dan sebahagian
tabir juga boleh digunakan.






Gambar 12 : Dinding jenis tabir yang boleh dibuka secara automatik di tingkat atas dan dinding konkrit di
tingkat bawah (ayam dipelihara di tingkat atas sahaja)




6.7. Lantai Reban

a) Reban setingkat sebaiknya menggunakan lantai simen.
b) Reban berlantai atas jenis slat yang diperbuat daripada kayu
bruti 1.5 inci x 1 inci atau slat plastik.



14


Gambar 13 : Lantai Reban J enis Slat Kayu

c) Bagi reban bertingkat, lantai tingkat atas boleh
menggunakan simen atau papan lapis. J ika menggunakan
papan lapis pastikan ruang kedua-dua tingkat kedap udara
supaya pengudaraan tingkat atas dan bawah tidak
bercampur.


d) Slat kayu atau plastik boleh juga dipasang di atas lantai
simen reban setingkat atau bertingkat. Slat dipasang 2-3
kaki tinggi dari lantai.
Slat daripada kayu lebih murah, boleh dibuat sendiri
tetapi jarak antara kayu mungkin tidak seragam. J arak
antara kayu slat adalah 0.5 inci. J arak yang lebih besar
menyebabkan anak ayam bolos ke bawah atau
kecederaan kepada ayam.
Slat dari plastik mempunyai saiz yang seragam tetapi
harga lebih mahal.



Gambar 14 : Lantai Reban Menggunakan Slat Plastik
15
e) J ika reban berlantai atas, lantai hendaklah cukup tinggi (6-7
kaki) supaya kerja-kerja membuang tahi ayam sama ada
secara manual atau menggunakan jentera pemungut najis
mudah dijalankan.

6.8. Sarap Lantai

i. Bahan seperti tetal (ketaman) kayu dan sekam padi boleh
digunakan
a) Tetal (ketaman) kayu.
lebih sesuai kerana keupayaan menyerap air
atau lembapan lebih baik.
mudah hancur dan sebati dengan tahi ayam.
kelemahannya ia lebih berhabuk.



Gambar 15 : Sarap Lantai Menggunakan Tetal Kayu


b) Sekam padi atau jerami padi
Kurang berhabuk.
Kelemahannya ia kurang menyerap lembapan
dan tidak hancur.

ii. Tebal sarap lantai antara 5-8 cm.

iii. Bagi reban bertingkat, sebelum diletakkan bahan sarap,
lantai atas dialas dahulu dengan plastik atau kanvas yang
kedap udara dan air.


16
6.9. Kipas

i. Reban J enis Bertingkat
Kipas dipasang di setiap tingkat.

ii. Reban Berlantai Atas
a) Tingkat Atas
Kipas yang dipasang berfungsi untuk
pengudaraan

b) Tingkat Bawah
Kipas di tingkat bawah untuk mengeringkan tahi
ayam dan pengudaraan.

iv. Lokasi Kipas

Kipas dipasang di penghujung belakang reban.
J ika ruang tidak mencukupi untuk menampung
bilangan kipas yang perlu dipasang, boleh dipasang
di hujung sisi reban.

v. J enis Kipas

Menggunakan jenis dan saiz kipas yang berikut;
Mempunyai kapasiti bekerja yang dapat menyedia
persekitaran dalam reban yang optimum.
Kecekapan guna tenaga kerja yang minimum.
Kos yang ekonomik.

vi. Tinggi Kipas Dari Lantai

Kipas dipasang pada ketinggian lebih kurang 8-12 inci
dari paras lantai.
J ika terlalu tinggi pengudaraan bahagian berhampiran
kipas kurang baik dan suhu lebih tinggi.
J ika dipasang terlalu rendah kelajuan pergerakan
udara melepasi paras ayam menyebabkan ayam
tidak selesa.

vii. Penghadang Habuk

Penghadang habuk dibina jika mendapati habuk yang
disedut keluar oleh kipas boleh mandatangkan
kemudaratan kepada bangunan atau tanaman di
hadapannya.
17
Menggunakan jaring nursery atau kepingan zink
dibina di bahagian hadapan kipas (jarak lebih kurang
30 kaki dari kipas).

6.10. Sistem Penyejuk Udara

i. Kaedah Penyejuk Udara Dalam Reban

a). Ventilasi terowong tanpa pad penyejuk udara
Suhu udara dalam reban boleh diturunkan
antara 4-7C (10-12F) lebih rendah
berbanding suhu di luar.
Lubang udara dibina di bahagian depan dan
kipas ekzos di bahagian belakang reban lebih
sesuai untuk teknik mendingin ayam
menggunakan sistem pengudaraan terowong
tanpa sistem penyejuk udara.

a) Ventilasi terowong dengan system sejuk sejatan
Suhu dalam reban boleh diturunkan 6-12C
(10-20F) lebih rendah berbanding suhu diluar.
Tiga kaedah menyejukan sejat udara boleh
digunakan iaitu;
- Menggunakan pad penyejuk yang
dibuat daripada selulos.
- Semburan halus air (mist/ fogger) terus
kepada udara dalam reban.
- Semburan halus air ke atas sistem
lipatan tabir jaring dipasang pada
dinding reban.

ii. Memasang Pad Penyejuk Udara

a. Pad penyejuk dipasangkan pada ketinggian lebih
kurang 8-12 inci dari paras lantai (sama paras dengan
kipas).
b. J ika terlalu tinggi pengudaraan bahagian berhampiran
pad kurang baik dan suhu lebih tinggi.
c. J ika dipasang terlalu rendah pad terdedah kepada
dirosakkan oleh tikus.
d. J ika menggunakan lipatan tabir plastik dan semburan
halus air, hendaklah dari saiz sesuai, J aring nursery/
green house (saiz 16) lebih sesuai kerana ia dapat
memerangkap butiran air yang disembur dengan lebih
baik.
18
e. Atap lebih kurang 2.5-3 kaki lebar dipasang di
bahagian pad penyejuk bagi mengelakkan kesan
cahaya panas dan hujan yang memudahkan pad
rosak atau berkulat.
f. J aring halus dipasang di bahagian luar pada jarak
2.5-3 kaki dari pad bagi menghalang habuk atau
kotoran disedut bersama udara memasuki pad.



6.11. Bekalan Elektrik

J enis three phase
Bekalan setabil berterusan 24 jam.

6.12. Standby Generator

i. Standby generator disambung kepada panel kawalan
automatik supaya ia dapat digerakkan secara automatik
sebaik sahaja bekalan letrik utama terputus.
ii. Menggunakan generator yang tidak berbunyi kuat supaya
tidak mengganggu ayam dan penduduk sekitar.
iii. J enama dan saiz kuasa generator.
Menggunakan generator dari jenama yang diakui
bermutu.
Menggunakan generator berkapasiti bersesuaian
dengan keperluan dan kapasiti ladang. Sebuah reban
yang berukuran 400 kaki x 40 kaki memerlukan
generator dengan kuasa antara 20 dan 25 kva.
Generator diselanggara dengan baik, dipastikan ada
minyak dan bateri dalam keadaan berfungsi
sepanjang masa.

6.13. Alat Pengesan Suhu

Pengesan suhu dipasang di beberapa bahagian dalam
reban pada paras ketinggian ayam dan disambung kepada
panel kawalan automatik.

6.14. Panel Kawalan Automatik

Panel kawalan automatik diletakkan di lokasi yang sesuai
yang memberi keselesaan dan meningkatkan kecekapan
tugas pekerja.Sebaiknya diletakkan di pintu masuk utama
reban (bahagian luar atau dalam reban).

19
6.15. Mempunyai Kelengkapan Sistem Amaran

Alat ini sebaiknya dipasang di reban, di pejabat dan di
rumah pekerja/ penternak.


6.16. Lampu

i. Tahap terang cahaya dalam reban perlu dikawal. Cahaya
yang benyak dan terang menyebabkan ;
ayam bergerak aktif, membazirkan tenaga dan
mengurangkan kecekapan makanan
menggalakkan kejadian patuk mematuk (pecking) dan
kecederaan kepada ayam.

ii. Tahap terang cahaya antara 5 dan 25 lux.

iii. Warna lampu yang digunakan perlu sesuai.

6.17. Peralatan Makanan

i. Penggunaan peralatan automatik digalakkan kerana ;
Meningkatkan kecekapan penggunaan pekerja
dengan itu meminimumkan kos pengurusan.
Menjimatkan penggunaan ruang reban dan
mempastikan setiap ekor ayam mendapat ruang
lantai yang optimum.
ii. Kos per ekor ayam peralatan makanan automatik
bagaimanapun mahal (2-3 kali lebih tinggi berbanding bekas
makanan manual).

6.18. Peralatan Minuman

i. Digalakkan menggunakan peralatan minuman automatik
kerana;
Menjimat penggunaan ruang lantai.
Peralatan tidak perlu dicuci setiap hari. Dengan itu
meningkatkan kecekapan gunatenaga pekerja dan
kecekapan kos operasi.
Mengurangkan air minuman tumpah yang boleh
membasahkan sarap dan tahi ayam.
Meminimumkan pencemaran air minuman,
meningkatkan keberkesanan pengurusan penyakit.
ii. Kos per ekor ayam peralatan minuman automatik lebih
mahal (2-3 kali lebih tinggi berbanding bekas minuman
manual)
20

6.19. Set Drug/ Vaccine Dispenser

Penggunaannya memberikan faedah yang berikut;
Memudahkan pemberian vaksin dan ubat kepada ayam.
Tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai.
Menjimatkan kos pengurusan.

7. MODEL REBAN TERTUTUP

i. Reban Setingkat Berlantai Sarap
Bahan lantai : simen
Bahan alas lantai : tetal kayu, sekam padi dan lain-lain.



Gambarajah 3


ii. Reban Bertingkat Berlantai Sarap
Bahan Lantai tingkat bawah : simen
Bahan lantai tingkat atas :simen atau papan lapis
Bahan alas lantai : tetal kayu, sekam padi dan
lain lain.


Gambarajah 4
21


iii. Reban Berlantai Atas
Bahan lantai tingkat atas : slat kayu atau plastik
Bahan lantai tingkat bawah : simen
Ayam : ditingkat atas
Tahi ayam : jatuh ke bawah reban melalui celah-celah slat



Gambarajah 5



8. MENENTUKAN SAIZ DAN MODEL REBAN TERTUTUP

8.1. Ukuran, model reban dan lokasi peralatan dipasang mempunyai
kecekapan kos, kecekapan pengurusan dan keberkesanan sesuatu
reban tertutup.


8.2. Perkara diambil kira menentukan ukuran dan model reban tertutup:
Ukuran kawasan tapak untuk membina reban.
Panjang arah timur-barat tapak.
Modal
Risiko pencemaran kepada kawasan sekitar.
Kelajuan udara melalui reban dan kadar pertukaran udara
dalam reban.
Kesedia-adaan bekalan bahan sarap lantai yang mencukupi
di kawasan berhampiran.
Kaedah melupuskan tahi ayam atau sarap lantai.




22
8.3. Implikasi ukuran reban (panjang, lebar dan tinggi) kepada
kecekapan kos pelaburan, kos peralatan (kawalan pengudaraan),
Kecekapan kos guna tenaga letrik dan kos pengurusan.
i. Kos peralatan dan letrik adalah tinggi bagi reban yang
pendek dan lebar kerana lebih banyak bilangan kipas
diperlukan.

ii. Kapasiti dan kecekapan kipas digunakan di paras
maksimum bagi reban yang panjang.

iii. Keberkesanan pengudaraan dan penggunaan kipas adalah
lebih baik jika reban kurang lebar dan kurang tinggi tetapi
panjang.

iv. Saiz reban yang optimum adalah 40 48 kaki lebar, tinggi 7
kaki dan panjang 400 500 kaki kerana;
Kadar pertukaran udara dioptimumkan
Kelajuan udara melalui reban optimum
Kecekapan guna letrik optimum.

v. jika panjang reban melebihi 500 kaki, perbezaan suhu reban
diantara satu hujung reban (berhampiran pad penyejuk
udara) dengan hujung satu lagi (berhampiran kipas ekzos)
menjadi lebih besar, menjejaskan FCR, keseragaman ayam
dan purata berat ayam.

vi. Membina reban yang pendek tetapi banyak, kurang
ekonomik berbanding membina reban yang panjang yang
boleh menampung kapasiti ayam yang sama kerana;
a. Kos membina reban tinggi
b. Lebih banyak peralatan diperlukan dengan itu kos
lebih tinggi.



8.4. Risiko mengguna sarap lantai

Mungkin sukar melupuskan sarap kerana kurang mendapat
pasaran.
Sarap digunakan perlu dipastikan bersih..Sarap yang
tercemar boleh menjejas kesihatan, prestasi ayam dan
meningkatkan kos pengurusan.
Sarap yang lembap menyebabkan risiko penyakit, ayam
kurang bermutu, kadar ayam ditakai tinggi dan harga
pasaran rendah.

23
9. PENGUDARAAN (VENTILATION) REBAN TERTUTUP

Pengudaraan adalah satu keperluan yang berterusan sepanjang tempoh
pemeliharaan ayam. Pengudaraan reban yang sempurna menyediakan
persekitaran yang selesa kepada ayam dan kunci kejayaan kepada pengeluran
ayam daging.

9.1. Apa Itu Pengudaraan
Bermaksud penukaran antara udara kotor (tidak segar) dari dalam
reban dengan udara bersih di luar reban.

9.2. Apakah Tujuan Pengudaraan Reban
Mewujudkan persekitaran dalam reban yang selesa kepad ayam.
Persekitaran dalam reban yang selesa boleh meningkatkan
produktiviti ayam sehingga 20 peratus dan memberi pulangan yang
baik kepada penternak. Persekitaran yang selesa memberi faedah
berikut;
Kadar penukaran makanan (FCR) yang effisien,
Tumbesaran yang baik,
Kadar kematian rendah
Kadar takaian rendah

9.3. Bagaimana Proses Pengudaraan Reban Tertutup Berlaku

9.3.1. Peringkat Proses
Udara kotor dalam reban disedut keluar.
Udara bersih digerak ke dalam reban.
Udara yang masuk digerak dan dicampur sepanjang melalui
reban.

9.3.2. Hasil Proses Pengudaraan
Ayam berterusan mendapat udara segar.
Membekalkan oksigen untuk pernafasan ayam didalam
reban
Lebihan haba yang terkumpul dalam reban dikeluarkan.
Mengurangkan debu dalam reban.
Menghadkan pembentukan gas gas yang menjejaskan
kesihatan ayam dan pekarja seperti ammonia di dalam
reban.

9.4. Perbezaan Pengudaraan Reban Terbuka dan Reban tertutup





24
9.4.1. Pengudaraan Reban Terbuka

Penukaran udara dalam dan luar reban tidak boleh dikawal.
Pengudaraan bergantung kepada pergerakan semula jadi
udara dan tiupan angin.
Sukar mencapai pengudaraan yang sempurna dan stabil.


9.4.2. Pengudaraan Reban Tertutup

i. Pengudaraan adalah mengikut prinsip pengudaraan terowong.

ii. Pengudaraan dikawal oleh pergerakan kipas ekzos
Kipas menarik udara dalam reban keluar mewujudkan ruang
bertekanan rendah (tekanan static rendah) di dalam reban.
Disebabkan perbezaan tekanan, udara luar disedut masuk
ke dalam reban melalui lubang udara yang disediakan,
udara digerakkan melalui sepanjang reban dan seterusnya
disedut keluar.

iii. Pergerakan kipas memudahkan kawalan dan pencorakan
pergerakan udara yang dibawa masuk dan keluar reban. Udara
masuk ke dalam reban dengan kelajuan tertentu dipengaruhi oleh
bilangan dan kapasiti kipas yang digunakan. Kelajuan udara yang
masuk menggalakkan percampurannya dengan udara panas yang
ada di dalam reban Khususnya yang berada di atas paras ayam.

9.5. Tekanan Statik

Tahap negatif tekanan statik di dalam reban mempengaruhi
kelajuan udara yang masuk ke dalam reban. Lagi rendah
tekanan, lagi laju udara memasuki reban dan lagi baik
percampuran udara terjadi.
Tekanan statik didalam reban sebaiknya antara 0.05 hingga
0.1 inci. Tekanan kurang dari 0.05 inci menyebabkan udara
kurang bercampur. Tekanan di atas meningkatkan beban
kerja kipas dan menjejaskan fungsinya.

25




10. LOKASI MEMBINA LUBANG UDARA

i. Lubang keluar masuk udara boleh dibina di hujung atau di sisi
reban.



26
ii. Keluasan lubang untuk udara masuk penting bagi reban tertutup
Lubang yang terlalu besar menghalang udara yang masuk
kedalam reban dari mencapai cukup tenaga untuk
percampuran yang sempurna dan pengudaraan yang
berkesan.
Lubang yang tidak cukup luas menghalang kipas dari
menarik cukup udara kedalam reban.

11. MENENTUKAN KEPERLUAN KIPAS

11.1. Ukuran Kipas
i. Ada 3 saiz kipas di pasaran iaitu 36 inci, 48 inci dan 50 inci.
Setiap saiz mempunyai kapasiti yang berbeza.
ii. Bergantung kepada saiz kipas, pada nilai tekanan statik 0.05
inci, kapasiti kipas biasanya adalah antara 10,000 dan
24,000 cfm.


11.2. J enis Kipas

i. Bergantung kepada kaedah menggerakkan bilahnya, Kipas
terbahagi kepada 2 jenis iaitu;
a. Kipas direct drive




Gambar 16 : Kipas J enis Kotak Tanpa Tali Kipas






27
Tidak ada tali kipas untuk ditegangkan atau
diganti.
Kekuatan untuk menggerakkan udara kurang dan
kurang kecekapan tenaga.
Biasanya menjadi pilihan untuk kipas bersaiz kecil
umpamanya kipas ukuran 36 inci atau kurang.

b. Kipas belt drive




Gambar 17 : Kipas J enis Kon Mempunyai Tali Kipas


Mempunyai tali kipas
Lebih cekap
Menjadi pilihan untuk kipas bersaiz besar melebihi
36 inci.

ii. Mengikut bentuk binaannya kipas ada dua jenis iaitu;
a. Kipas jenis kotak (boxed fan)
b. Kipas mempunyai kon (coned fan)

iii. J enis kipas mempengaruhi kecekapan dan kapasitinya
mengerakkan udara.
a. Kipas berkon boleh meningkatkan kapasiti isipadu
udara yang dikeluarkan antara 7 dan 8 peratus.
b. Kon yang baik boleh meningkatkan kecekapan kipas
sehingga 20 peratus.
c. Kipas condong boleh meningkatkan pergerakan
udara antara 2-3 peratus.




28
11.3. Memilih kipas
Memilih dan menggunakan jenis dan saiz kipas yang betul penting
bagi menentukan kejayaan pengudaraan reban. Asas
pertimbangan memilih kipas yang sesuai adalah;

Kekuatan kipas.
Tekanan statik dalam reban.
Kadar Kecekapan tenaga sesuatu model kipas.
J enis kipas.
Harga.
Kos penggunaan dan penyelenggaraan.
Tempoh jaminan.



11.4. Kekuatan Kipas

i. Adalah kapasiti aliran udara kipas yang akan hasilkan. Ia
diukur dalam kaki padu seminit [cubic feet minute (cfm)].
ii. Kipas yang sama akan berbeza kekuatannya bergantung
kepada tekanan statik ruang di mana kipas berkerja.
a. Tekanan statik zero
Kipas akan menggerakkan udara pada jumlah
yang tertinggi.
b. Tekanan statik negatif
Kipas terpaksa bekerja dengan melawan sejumlah
halangan tekanan untuk menarik udara melalui
lubang udara, menggerakkannya melalui
sepanjang reban dan mengeluarkannya.
iii. Kapasiti kipas akan menurun apabila tekanan statik
meningkat.

11.5. Kecekapan Kipas

i. Bermaksud keupayaan kipas mengalirkan udara per unit
tenaga. Diukur dalam kaki padu minit per watt (cfm per watt).
Ia menerangkan kos letrik per kilowatt jam untuk
menggerakkan kipas bagi mendapatkan aliran udara dalam
cfm.
ii. Kecekapan kipas menurun apabila tekanan statik meningkat.
Standard kecekapan kipas yang biasa dijual ditunjukkan
dalam cfm pada tekanan statik 0.05 inci.
iii. Kipas berkecekapan tinggi mahal harganya tetapi lebih baik
dan kos penggunaan jangka panjang lebih menjimatkan.


29

11.6. Menentukan Bilangan Kipas

i. Bilangan kipas diperlukan bergantung kepada ukuran reban
(panjang, lebar dan tinggi), Saiz kipas, Kekuatan kipas dan
kadar pertukaran udara dicadangkan.
ii. Kaedah paling baik menentukan keperluan ialah berasaskan
kepada mendapatkan sekurang-kurangnya satu penukaran
udara diperlukan sekali seminit, kipas yang sesuai boleh
menggerakkan udara dengan kelajuan 400 kaki seminit.

Contah :
Reban satingkat berukuran 400 kaki panjang x 40 kaki lebar
dan 10 kaki tinggi. Reban berukuran ini akan mempunyai
sebanyak 160,000 kaki padu udara di dalamnya. Ini
bermakna jumlah udara yang perlu ditukar setiap minit
adalah sebanyak 160,000 kaki padu.

J ika menggunakan kipas dengan kekuatan setiap satu
20,000 cfm, maka bilangan kipas diperlukan adalah 8 buah.
Adalah baik jika bilangan ditambah sedikit, contohnya dua
buah lagi. Bilangan kipas dipasang ditambah kerana;
Sebagai gantian/ sokongan sekiranya ada yang gagal
berfungsi.
Meningkatkan kelajuan dan kapasiti udara yang
masuk bagi menampung kemerosotan kelajuan dan
kapasiti akibat kipas berhabuk, tali kipas longgar atau
kecekapan kipas menurun akibat telah lama
digunakan.

11.7. Menentukan Kelajuan Kipas

i. Memilih Kelajuan udara bergerak di dalam reban melebihi
400 kaki seminit dapat mengimbangi kemerosotan kelajuan
angin pada paras ayam dan menentukan ayam sentiasa
dalam keadaan persekitaran yang selesa terutama dalam
keadaan cuaca panas terik dan ketika ayam semakin
membesar.
ii. Apabila tekanan statik dalam reban meningkat, kelajuan
gerakan udara akan menurun, dengan itu kapasiti kipas juga
menurun.
iii. Kelajuan udara yang berlebihan boleh menyebabkan ayam
kurang selesa. Ia juga boleh menyebabkan udara dalam
reban terlalu kering (graught) dan mendedahkan ayam
kepada penyakit.
30
Kelajuan udara yang kurang pula menyebabkan kurang
udara segar dalam reban. J uga boleh menyebabkan
penyakit kepada ayam.

Mengira Kelajuan Pergerakan Udara Dalam Reban.

Kelajuan Udara: J umlah besar kapasiti semua kipas
Keluasan garis lintang reban
(cross-sectional area)

Contah :
Reban berukuran 400 kaki x 40 kaki x 10 kaki
Kapasiti setiap kipas 20,000 cfm dan bilangan kipas 8 buah.

Kelajuan udara: 20,000 cfm x 8 buah
40 kaki x 10 kaki
: 400 kaki seminit

Mengubahsuai Kelajuan Pergerakan Udara Dalam Reban

Kelajuan pergerakan udara dalam reban boleh diubahsuai
mengikut keperluan.
i. Meningkatkan Kelajuan Udara
Kelajuan Udara ditingkatkan bagi meningkatkan kecekapan
pertukaran udara dan menambahkan kesan sejuk dingin
(windchill effect). Ia boleh dicapai dengan cara;
Mengurangkan Tinggi Siling/ Bumbung
J ika ketinggian siling atau bumbung dikurangkan,
kelajuan pergerakan udara akan meningkat.

Contah:
J ika tinggi siling reban dikurangkan dari 10 kaki
kepada 9.5 kaki, kelajuan udara adalah 426 kaki
seminit.
Memasang baffle (tabir) Pada Bumbung atau Siling
Reban.

Kelajuan udara bergerak melalui panjang reban boleh
meningkatkan bagi menambahkan kesan sejuk angin
(windchill effect) dengan memasang tabir (baffle)
pada bumbung atau siling di setiap 30 50 kaki
panjang reban.




31
Contoh:
Reban Berukuran 300 kaki panjang, 40 kaki lebar dan
14 kaki tinggi akan mempunyai isipadu udara
sebanyak 168,000 kaki padu. Kadar pertukaran udara
sebanyak 168,000 cfm.

Kelajuan Udara : 168,000 kaki padu seminit
40 kaki x 14 kaki
: 300 kaki seminit

Tanpa memasang kipas tambahan, mengurangkan
luas permukaan lintang reban dengan memasang
tabir di siling merintangi reban setinggi 9.5 kaki dari
lantai pada setiap 30 50 kaki sepanjang reban boleh
meningkatkan kelajuan angin kepada 442 kaki
seminit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kesan
sejuk angin keatas ayam.

Kelajuan udara : Isipadu reban
Luas permukaan lintang reban
(cross sectional area)

: 168,000 kaki padu seminit
40 kaki x 9.5 kaki
: 442 kaki seminit

ii. Mengurangkan Kelajuan Udara
Kelajuan pergerakan udara boleh dikurangkan dengan cara
mengurangkan bilangan kipas yang berfungsi pada satu -
satu masa atau menambah tinggi bumbung reban.

Contoh:
Kelajuan udara : 20,000 cfm x 8 buah
40 kaki x 12 kaki
: 337 kaki seminit











32

12. KAEDAH MENYEJUK UDARA DAN AYAM

Pengudaraan reban tertutup adalah berasaskan konsep pengudaraan terowong.
Udara disejukkan menggunakan pad penyejuk atau tabir jaring yang dibasahkan
atau pengkabusan air dalam reban. Pad penyejuk atau tabir jaring boleh
dipasang di bahagian hadapan atau di sisi reban.



Gambarajah 10 : Pad Penyejuk Udara Di Sisi Reban




Gambarajah 11 : Pad Penyejuk Udara Di Bahagian hadapan Reban



12.1. Mernggunakan Pad Penyejuk Air Berkitar (Recirculating Water Pad
System)

Pad penyejuk dibuat dari selulos.
Udara disedut masuk ke dalam reban melalui pad penyejuk,
akan disejukkan oleh air yang berkitar mengalir di dalamnya.
33
Pad penyejuk jenis ini mudah diuruskan dan tidak
menimbulkan risiko membasahkan reban.




Gambar 18 : Pad Penyejuk J enis Selulos



12.2. Sistem Pengkabusan Air Dalam Reban (Mist Cooling System)

Menggunakan sistem nozzle yang dipasang di bawah
bumbung atau siling reban, air disembur halus ke atas udara
yang melalui sepanjang reban. Semburan air menyerap
haba panas dalam udara dan menyejukkannya.
J ika terlalu banyak air disembur menyebabkan titisan air
jatuh atas ayam atau sarap lantai dan membasahkannya.
Kadangkala nozzle tersumbat menyebabkan tahap suhu
sejuk diperlukan sukar dicapai.



Gambar 19 : Air Disembur Halus

Pancutan dari arah atas ke bawah. 15 ke 20 nozzle bagi setiap kipas ukuran 48 inci . Nozzle terakhir
sekurang-kurangnya 10 kaki jauh dari kipas supaya dapat mengelakkan kipas berhabuk sebab kelembapan

34
Pergerakan laju udara menambahkan lagi kedinginan yang
dirasakan oleh ayam (windchill effect). Melalui sistem ini
suhu dalam reban boleh diturunkan 6 - 12C (10 - 20F)
lebih rendah berbanding suhu di luar.

12.3. Menggunakan Sistem Sembur Halus dan Lipatan Tabir J aring
Penyejuk.

Tabir dipasang pada hujung atau sisi reban. Air disembur halus ke
atas tabir menggunakan nozzle. Melalui cara ini udara yang masuk
melalui tabir jaring yang basah disejukkan.




Gambarajah 20 : Air disembur Halus ke AtasTabir J aring Menggunakan Nozzle


12.4. Keperluan Pad Penyejuk Udara

i. Luas permukaan pad penyejuk penting menentukan
keberkesanan kecekapan penyejuk sejat udara.
ii. Memasang pad secara betul penting supaya aliran masuk
udara lancar dan tidak menyebabkan berlaku tekanan statik
yang berlebihan atau kurang.
iii. Luas permukaan pad penyejuk disesuaikan dengan kapasiti
kipas. Pad yang telah lama digunakan mungkin akan
ditumbuhi oleh lumut (algae), berdebu atau disaluti oleh
galian yang akan menjejaskan kecekapan.

Andaian :
Ukuran reban 400 kaki x 40 kaki x 8 kaki
Tebal pad pelembap udara 6 inci tebal dan 5 kaki tinggi.



35
Keluasan pad Diperlukan

: Kekuatan kipas dipasang x Bilangan kipas
Kelajuan udara melalui pad
: 20,000 cfm x 8
400 kaki seminit
:400 kaki persegi

13. PERSEKITARAN DALAMAN REBAN YANG SELESA

Ayam daging memerlukan persekitaran yang selesa untuk tumbesaran
yang optimum. Suhu, lembapan, tahap kandungan gas dan tahap debu
mempengaruhi persekitaran dalaman sesebuah reban tertutup.

13.1. Suhu

a. Matlamat utama pengudaraan reban tertutup adalah mengawal
suhu dalam reban.
b. Suhu dikawal dengan cara;
i. Mengeluarkan udara panas daripada dalam reban.
ii. Menyejukkan udara yang masuk kedalam reban melalui
pengudaraan terowong
iii. Menurunkan suhu sebenar udara yang masuk melalui
proses sejuk sejatan.
c. Zon suhu reban yang selesa bagi ayam daging adalah 20 - 27C.
d. Ayam dalam zon suhu persekitaran selesa.
menggunakan hampir semua tenaga dalam makanan yang
diambil untuk tumbesaran.
Kadar penukaran makanan dan kadar tumbesaran ditahap
optimum dan kos pengeluran efisien.
e. Dalam persekitaran suhu terlalu rendah, ayam mengambil lebih
tenaga (makanan) untuk mengekalkan suhu badan.
Dalam persekitaran suhu terlalu panas, ayam akan mengurangkan
pengambilan makanan untuk menghadkan penghasilan haba.
Dalam kedua dua keadaan ini, kadar penukaran makanan dan
kadar tumbesaran terjejas dan kos pengeluaran tidak efisien.
f. Suhu reban yang selesa bagi ayam berubah sepanjang tempoh
pembesarannya.
Anak ayam kurang upaya mengatur suhu dalam badan.
Diperingkat awal umur, adalah penting menentukan suhu.
Pemeliharaan anak ayam cukup panas. Zon suhu selesa
adalah sempit. Suhu reban perlu sekitar 90F (32C) di hari
pertama pemeliharaan.


36
Selaras dengan pembesaran yam, zon suhu selesa berubah
menjadi lebih luas. Suhu persekitaran dalam reban perlu
diturunkan sehingga pada masa umur tangkap sekitar 70F
(20C).
Ayam daging mula mengalami tekanan apabila suhu
melebihi 30C (85F) terutamanya apabila lembapan diatas
80 peratus.
g. Untuk prestasi yang terbaik suhu dalam reban mestilah dalam
lingkungan beberapa darjah dari suhu selesa dan serata diseluruh
bahagian reban.
h. Suhu dalam reban diukur pada paras ayam.
i. Suhu yang dirasa oleh ayam mungkin berbeza dengan suhu yang
diukur oleh jangkasuhu. Pergerakan laju udara merendahkan lagi
suhu yang dirasa oleh ayam. Ini penting difahami dalam
pengurusan anak ayam bagi mengelakkan anak ayam dari
mengalami kesejukan.
j. Pengudaraan diperingkat umur anak
Dalam tempoh dua minggu pertama umur anak ayam, reban
memerlukan pengudaraan yang minimum. Pengudaraan minimum
ini membawa secukup udara segar kedalam reban dan lebihan
lembapan serta gas ammonia keluar reban tanpa menyebabkan
anak ayam kesejukan.

13.2. Kelembapan

a. Tahap lembapan persekitaran udara yang selesa bagi ayam adalah
60 80 %
b. Tahap lembapan udara yang tinggi menyebabkan condensation
dalam reban, sarap lembap, menyediakan persekitaran yang baik
untuk kuman hidup membiak dan mendedahkan ayam kepada
risiko penyakit terutamanya coccidiosis dan CRD
c. Tahap lembapan udara yang rendah pula menyebabkan reban
berhabuk. J uga mendedahkan ayam kepada penyakit terutama
berkaitan pernafasan.

13.3. Tahap Maksimum Paras Gas Dalam Reban

i. Gas Ammonia (NH3)
Dihasilkan oleh kegiatan bakteria didalam tahi ayam. Tahap
gas ammonia dalam reban bergantung kepada
pengudaraan, suhu, lembapan dan kepadatan ternakan.
Tahap gas ammonia hendaklah dibawah 20 ppm.
Tahap yang tinggi menyebabkan gangguan kepada salur
pernafasan ayam.


37
ii. Gas Hydrogen Sulfida (H2S)
Terhasil oleh proses penguraian (decomposition) tahi ayam.
Berbau busuk (bau telur tembelang) dan bahaya boleh
menyebabkan kematian.
Tahap hendaklah di bawah 5 ppm.
iii. Gas karbondioksida
Terhasil dari proses pernafasan ayam. Tahap
kandungannya digunakan untuk mengukur keberkesanan
pengudaraan.
Tahap hendaklah di bawah 0.3%
iv. Gas karbon Monoksida
Tidak berbau dan sangat bahaya. Terhasil dari proses
pembakaran yang tidak lengkap disebabkan kekurangan
oksigen terutamanya apabila menggunakan pemanas gas.
Tahap dalam reban seharusnya zero.



13.4. Kadar Pertukaran Udara Reban

i. J umlah udara yang dikeluarkan dan dimasukkan oleh sistem
pengudaraan sesuatu reban bergantung kepada suhu persekitaran,
jumlah, berat dan umur ayam yang dipelihara.
ii. Kadar pertukaran udara yang sesuai diperlukan pada sebarang
masa. Lagi panas suhu di luar dan lagi besar ayam, lagi banyak
gerakan sistem pengudaraan diperlukan.

Kaedah berikut boleh dijadikan panduan.

Suhu dan
Umur Ayam
Haba
dikeluarkan
Kadar Penukaran Udara Pergerakan Udara
1. Suhu sejuk

2. Anak ayam
Sedikit Rendah
Kurang dari sekali
petukaran seminit.
Aliran udara
bergerak di atas
ayam.
1.Suhu
sederhana
2.Ayam besar
Sederhana Sederhana

Sekali pertukaran seminit.
Aliran udara
bergerak di atas
ayam
1.Suhu panas

2.Ayam besar
Maksimum Maksimum

Lebih dari sekali
pertukaran seminit.
Pergerakan udara di
paras ayam pada
kelajuan tinggi untuk
mempercepatkan
pengeluaran haba
dan meningkatkan
kesan dingin udara.


38
14. REKABENTUK DAN MODEL REBAN TERTUTUP DI MALAYSIA

14.1. Saiz Reban

Saiz yang ada ketika ini dari yang terkecil berukuran 180
kaki x 28 kaki sehingga yang terbesar 450 kaki x 48 kaki dan
tinggi 7 8 kaki.

14.2. Kapasiti Reban

Dari terkecil 5,000 ekor sehingga yang terbesar 22,000 ekor.

14.3. Kos Pembinaan

Berbeza bergantung kepada jenis dan kualiti bahan yang
digunakan serta kaedah membinanya. Kos reban sahaja dari
RM 12.00 sehingga RM 20.00 seekor ayam. Purata RM
16.50 seekor ayam.

14.4. J enis/ Model Reban

Reban setingkat dan bertingkat berlantai sarap
Reban berlantai atas.

14.5. Kaedah Pengudaraan

Pengudaraan terowong dengan atau tanpa sistem penyejuk
sejat udara (pad selulos atau tabir jaring dengan nozzle).

14.6. Penggunaan teknologi

Teknologi mekanisasi dan automasi digunakan dalam
pelbagai bentuk dan kegunaan seperti peralatan makanan
dan minumam automatik, alat pemberian vaksin dsb.

14.7. Contah rekabentuk reban tertutup yang terdapat di Malaysia pada
masa ini adalah seperti berikut;

J enis reban : Satu tingkat
Lantai : Lantai simen dipasang dislat plastik
Ukuran : 40 kaki x 400 kaki x 7 kaki
Dinding : Kekal diperbuat daripada Galvanized laquered sheet
metal
Pad penyejuk udara: selulos
39


Gambar 21

J enis reban : Satu tingkat
Lantai : lantai simen dilapis dengan bahan sarap
Ukuran : 40 kaki x 300 kaki x 7 kaki
Dinding : kekal diperbuat daripada kanvas
Pad penyejuk udara : selulos





Gambar 22: Reban Berbentuk Dome Dengan Dinding Dan Atap Menggunakan Kanvas







40
J enis reban : Satu tingkat
Lantai : Lantai simen dilapis dengan bahan sarap
Ukuran : 40 kaki x 400 kaki x 7 kaki
Dinding : Curtain drop diperbuat daripada kanvas
Pad penyejuk udara : Tabir jaring dan semburan halus air.




Gambar 23 :



J enis reban : Satu tingkat
Lantai : Lantai simen dialas dengan bahan sarap
Ukuran : 40 kaki x 220 kaki x 7 kaki
Dinding : Curtain drop diperbuat daripada kanvas
Pad penyejuk udara : Selulos


Gambar 24 :





41
J enis reban : Bertingkat
Lantai bawah : Simen
Lantai atas ; Papan lapis dialas dengan bahan sarap
Ayam : Dipelihara di kedua dua tingkat
Ukuran : 40 kaki x 220 kaki x 7 kaki
Dinding : Curtain drop diperbuat daripada kanvas
Pad penyejuk udara : Selulos



Gambar 25 :

J enis reban : Berlantai atas
Lantai atas : Lantai berslat kayu
Lantai bawah : Simen
Ayam : Dipelihara di tingkat atas sahaja
Ukuran : 40 kaki x 220 kaki x 7 kaki
Dinding : Curtain drop di tingkat atas diperbuat daripada
kanvas dan dinding bawah jenis konkrit.
Pad penyejuk udara : Kertas selulos
Tahi ayam : J atuh melalui celah celah slat kelantai
bawah.

42


Gambar 26 : Reban berlantai Atas Dengan Kipas Di Bahagian Bawah Untuk Mengeringkan Tahi
Ayam


15. MENGUBAHSUAI REBAN TERBUKA KEPADA REBAN TERTUTUP

Reban terbuka boleh diubahsuai kepada reban jenis tertutup. Ciri ciri
reban yang boleh diubahsuai adalah seperti berikut;

Mempunyai tiang kukuh
Tidak mempunyai terlalu banyak tiang.
Reban kukuh
Bekalan air yang megandungi tahap garam galian yang sesuai dan
bertapis bagi mengelakkan kerosakan pad penyejuk udara.
Bekalan letrik TNB yang setabil, tiada masalah dan boleh ditukar
kepada jenis three phase .
Ada perkhidmatan penyelenggraan standby generator yang
terdekat.
Orientasi paksi panjang reban yang sesuai dimana udara masuk
tidak tercemar dan udara keluar tidak menyebabkan pencemaran.
Hujung atau tepi reban mempunyai ruang yang cukup untuk
dipasang kipas dan pad penyejuk (dan bumbung tambahan atau
dog house).
Tapak sekeliling reban yang rata supaya tabir dapat dipasang
sempurna bagi mempastikan tahap kedap udara yang tinggi.









43

44


Gambar 27 : Reban terbuka berlantai atas




Gambar 28 : Reban telah Diubahsuai kepada J enis Tertutup



















Pelan Lakar Reban Tertutup Berlantai Bawah ( Pandangan Luar)

45
Pelan Lakar Reban Tertutup Dua Tingkat ( Pandangan Luar)



46
Pelan Lakar Reban Tertutup Berlantai Atas ( Pandangan Luar)



47
Pelan Lakar Susun Atur Peralatan Dalam Reban Tertutup



48

Plan Lakar Reban Tertutup Berlantai Atas ( 40 x 400 x 7 kaki)
(Dua reban disambungkan melalui stor dan loading bay)


49

50




51

52

You might also like