You are on page 1of 36

Abstrak

Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan
inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai
inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah
penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan
kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal
insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi
muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing,
sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020. Pendidikan
memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.
Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-
peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Isu mengenai prestasi pelajar
telah lama menarik perhatian banyak pihak. Kajian dan seminar diadakan bagi
mencari sebab mengapa prestasi para pelajar tidak mencapai tahap kecemerlangan
seperti yang diharapkan. Terlalu banyak faktor yang dikemukakan dan dianalisis
mengapa perkara ini berlaku. Ada yang mengaitkannya dengan faktor genetik,
persekitaran, budaya, sikap kebergantungan, orientasi hidup, pola psikik, tekanan
(stress) dan berbagai lagi. Dan, bagi saya sendiri merasakan terdapat korelasi yang
rapat di antara sikap, perwatakan dan sahsiah mengenai kecemerlangan pelajar itu
sendiri adalah masalah-akar yang perlu ditangani. Justeru itu kajian penyelidikan
yang dijalankan ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pendekatan
pembangunan pelajar secara holistik mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar
menerusi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Hasil dapatan kajian ini diharapkan
dapat membantu para guru menerapkan ciri-ciri pembangunan pelajar holistik dan
seterusnya meningkatkan lagi prestasi akademik para pelajar.

BAB I



1.0 Pengenalan



Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, proses pembelajaran dan pengajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah menjadi penentu utama kejayaan masa depan negara.
Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada
pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi rakyatnya. Maka tidak menghairankan
sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu
menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Pendidikan juga
merupakan asas pembentukan negara dan perpaduan rakyat.




Melalui pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup, menjadi
ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang kepada pembangunan negara.
Pendidikan juga menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi
apabila individu dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama, dan etnik
berinteraksi serta belajar memahami dan menerima perbezaan. Nilai dan pengalaman
yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan dan membentuk satu identiti
nasional. Oleh yang demikian, sistem pendidikan negara mesti berupaya melahirkan
generasi yang mempunyai matlamat dan impian yang dikongsi bersama-sama ke arah
pembangunan negara Malaysia yang lebih maju pada masa depan.



Beberapa tahun kebelakangan ini, sistem pendidikan negara sering menjadi
perhatian dan bahan perdebatan pelbagai pihak. Hal ini disebabkan harapan ibu bapa
yang semakin tinggi, manakala majikan pula menyuarakan kebimbangan tentang
keupayaan sistem pendidikan negara menyediakan generasi muda Malaysia yang
berilmu, berkemahiran, dan berakhlak mulia untuk menyumbang kepada
pembangunan ekonomi abad ke-21.




Sistem pendidikan sesebuah negara adalah kompleks dan pelbagai, justeru,
usaha mentransformasi sistem pendidikan negara memerlukan pendekatan yang
menyeluruh dan masa yang panjang untuk mendapat hasilnya. Oleh yang demikian,
Kerajaan dan Kementerian perlu segera memulakan tindakan berani, bersungguh-
sungguh, dan drastik dalam melaksanakan transformasi yang amat penting ini.




Sebelum 1957, Malaysia tidak mempunyai satu sistem pendidikan kebangsaan
dan Kerajaan pada ketika itu banyak bergantung kepada sumbangan dermawan,
institusi keagamaan dan komuniti mengikut kumpulan etnik, melalui sekolah
mubaligh (seperti Sekolah Menengah St Xavier, Pulau Pinang, Sekolah Menengah St
John, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur), sekolah
agama Islam (seperti Maahad Al-Ehya Asshariff, Perak dan SMK Al-Mashoor, Pulau
Pinang), sekolah Cina (seperti Penang Chinese Girls High School, SMJK Chong
Hwa dan SMJK Chung Cheng), dan sekolah Tamil (seperti SJKT Tun Sambanthan,
Perak dan SJKT Simpang Lima, Perak). Namun begitu, lebih separuh populasi tidak
pernah mengikuti sebarang pendidikan formal. Situasi ini membawa kepada kadar
literasi yang rendah, iaitu hampir 52%, dalam kalangan orang dewasa. Sebagai
sebuah negara berdaulat yang baharu, cabaran utama Kerajaan adalah memastikan
semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan serta menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum ke arah membina sebuah negara maju.
Bagi memenuhi tujuan tersebut, Penyata Razak 1956 telah disediakan, dan
dalam jangka masa yang singkat, disusuli dengan Penyata Rahman Talib 1960.
Penyata ini menetapkan satu visi bagi mencorakkan sistem pendidikan yang baharu.
Cadangan kukuh yang dikemukakan kemudiannya dijadikan asas penggubalan akta
pendidikan yang pertama, iaitu Akta Pelajaran 1961. Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 merupakan satu lagi
langkah besar yang memberi penekanan terhadap usaha membangunkan masyarakat
Malaysia yang bersedia menghadapi masa depan. Laporan ini memberi gambaran
secara menyeluruh tentang pendidikan yang bermatlamat melahirkan murid yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.




Ekoran Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (kini dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah digubal dan
dilaksanakan. Seterusnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988 dibentuk dan Akta
Pelajaran 1961 disemak semula dan dinamakan Akta Pendidikan 1996. Walaupun
pelbagai perubahan dasar dilakukan, namun pencapaian akses, kualiti, dan ekuiti
berdasarkan keberhasilan murid, perpaduan dalam kalangan murid, disokong oleh
sistem penyampaian yang cekap dan berkesan masih menjadi tonggak sistem
pendidikan.




Berdasarkan beberapa pengukuran, Malaysia jelas berjaya mencapai pelbagai
kejayaan dalam tempoh 50 tahun yang lepas. Kadar literasi dalam kalangan populasi
dewasa yang berumur 15 tahun dan ke atas pada tahun 2010 ialah 92%. Enrolmen
pada peringkat rendah dan menengah rendah hampir mencapai tahap 100%, dan bagi
menengah atas kadar enrolmen ialah 80%. Lebih kurang dua pertiga daripada jumlah
murid meneruskan pengajian pada peringkat lepas menengah atau mengikuti
pelbagai latihan yang disediakan pada peringkat matrikulasi, prauniversiti, asasi dan
vokasional.




Sistem pendidikan negara juga tekal dalam melahirkan murid dan sekolah
setanding dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa. Hal ini terbukti bukan
sahaja dalam bilangan murid yang berjaya memasuki universiti terkemuka di luar
negara, tetapi juga jumlah anugerah yang diterima oleh sekolah dan murid di
peringkat antarabangsa. Ekshibit 1-1 menunjukkan beberapa kejayaan terkini yang
diperoleh dalam pertandingan antarabangsa berbentuk akademik atau bukan
akademik.




Terkini, melalui jalinan kerjasama antara Kementerian dengan pelbagai agensi
di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), peningkatan yang signifikan dapat
dilihat dalam enrolmen prasekolah, iaitu daripada 67% pada 2009 kepada 77% dalam
tempoh hanya dua tahun. Peratus kadar literasi murid Tahun 1 meningkat daripada
87% pada 2010 kepada 95% setelah tamat Tahun 2 pada 2011. Dalam masa yang
sama, peratus pencapaian numerasi murid Tahun 1 juga telah meningkat daripada
87% pada 2010 kepada 97% setelah tamat Tahun 2 pada 2011. Peningkatan dalam
pencapaian literasi dan numerasi menunjukkan bahawa kejayaan besar dan pantas
dalam pendidikan mampu dicapai.




Bagi mencapai keberhasilan yang dihasratkan dari segi akses, kualiti, dan
ekuiti, Kerajaan secara tekal menyalurkan sumber yang besar ke arah
membangunkan sistem pendidikan. Seawal 1980, perbelanjaan Malaysia untuk
pendidikan rendah dan menengah dalam peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) adalah yang tertinggi di Asia Timur. Pada 2011, peratusan KDNK bagi
perbelanjaan pendidikan Malaysia lebih tinggi daripada purata Organisation for
Economic Cooperation and Development (OECD), iaitu 3.8% berbanding 3.4%.
Komitmen untuk melabur dalam kecemerlangan pendidikan inilah yang menjadi asas
kejayaan sistem pendidikan dan juga negara.




Walaupun negara kita telah mencapai pelbagai kejayaan yang penting dan
Kerajaan memberikan komitmen yang tinggi dalam pendidikan, namun landskap
negara dan antarabangsa yang pantas berubah dan semakin kompetitif menuntut agar
kedudukan sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dan hala tuju negara pada
masa depan dikaji semula. Tambahan lagi, terdapat petunjuk bahawa sistem
pendidikan negara perlu lebih kompetitif dalam dunia yang sentiasa berubah pada
hari ini. Contohnya, daripada 74 negara yang mengambil bahagian dalam PISA 2009
, prestasi Malaysia berada di kelompok sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik
dan Sains. Ini merupakan kali pertama Malaysia mengambil bahagian dalam
pentaksiran PISA, dan purata prestasi murid Malaysia dalam ketiga-tiga bidang ini
sangat rendah berbanding purata peringkat antarabangsa dan OECD. Statistik ini
membimbangkan kerana PISA mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi dan
kebolehan murid menyelesaikan masalah dalam persekitaran sebenar, iaitu
kemahiran yang sangat penting pada abad ke-21.




Justeru itu Kementerian Pendidikan telah merangka suatu Pelan Jangka
Panjang bagi merealisasikan hasrat menjadikan sistem pendidikan negara ini dapat
melahirkan generasi masa akan datang yang amat signifikan kepada kehidupan abad
ke -21. Maka itu , Pelan Tranformasi Pendidikan telah digubal bagi merangka suatu
pendekatan yang terbaik bagi menyempurnakan hasrat tersebut. Seterusnya lahirlah
makalah Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025 yang telah dilancarkan dengan
rasminya oleh Menteri Pendidikan YAB Tan Seri Muhyiddin Bin Mohd Yasin pada
Bulan Disember 2012.




Pelan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke- 21 berasaskan
dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini memberi
tumpuan kepada cara membangun dan meneruskan perkembangan, serta menambah
baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan ini dirangka
berasaskan tiga objektif yang khusus seperti berikut:


1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan
penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan
murid, serta memaksimumkan keberkesanan system.


2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi
13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.


3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian, yang membolehkan sistem ini
memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong
transformasi perkhidmatan awam.




Kementerian Pendidikan menyedari hakikat betapa pentingnya pendidikan
dalam menyediakan asas pembentukan negara bangsa dan pertumbuhan ekonomi
mapan selari dengan matlamat transformasi Malaysia ke arah negara berpendapatan
tinggi. Kementerian juga menyedari bahawa sistem pendidikan negara perlu melalui
transformasi yang menyeluruh dan sistematik sekiranya Malaysia berhasrat
melahirkan individu yang mampu berkembang maju dan bersaing pada peringkat
global. Oleh itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 bukan
sekadar menyediakan penilaian terhadap sistem pendidikan masa kini dan kejayaan
serta kegagalan sistem, tetapi juga mengemukakan Pelan yang komprehensif untuk
maju ke arah pendidikan bertaraf dunia.




1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan merupakan tonggak kemajuan, sama ada kemajuan individu,
masyarakat mahupun negara. Pendidikan juga menentukan corak manusia dan
masyarakat. Manusia yang berpendidikan lebih berdisiplin berbanding manusia yang
tidak mendapat pendidikan sempurna. Pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat
diperoleh apabila wujud satu sistem yang teratur. Dalam sistem itu digarisi visi dan
misi, matlamat, peraturan dan undang-undang. Antara aspek pendidikan sempurna
dan bersistem ialah apabila digubal satu falsafah pendidikan yang seragam untuk
semua bangsa dalam sebuah negara berdaulat. Pada awalnya, falsafah pendidikan
dalam sistem pendidikan Malaysia dinamakan Falsafah Pendidikan Negara,
sebagaimana di bawah.




Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.




Kemajuan sesuatu tamadun, peradaban, budaya ilmu sesuatu negara
bergantung kepada sesuatu sistem pendidikan negara tersebut. Perkara ini disokong
kuat oleh Mohd Razali Kamarudin(1998), yang menyatakan kemajuan sesuatu sistem
pendidikan sesebuah negara sering dikaitkan dengan ketepatan falsafah pendididkan.
Oleh yang demikian, Malaysia juga menyokong satu falsafah yang dinamakan
sebagai Falsafah Pendidikan Negara atau dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dilaksanakan pada tahun 1989. Antara intipati falsafah tersebut,
pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. (sumber : Penjana Minda Insan, ms
67).




1.2 Konsep Pendidikan Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Di lihat daripada konsepnya, pendidikan sebagai yang dihasratkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah suatu usaha yang berterusan yang berterusan
dan berlangsung sepanjang hayat (life long education). Antara lain rasionalnya ialah
kerana manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan. Proses pertumbuhan
dan perkembangan akan menyebabkan akan menyebabkan perubahan berlaku pada
individu. Usaha adaptasi kepada perubahan perlu kepada latihan kemahiran mahupun
pendidikan. Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa juga
menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep
pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung
dengan lancar.




Proses pendidikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah dengan
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang melibatkan
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini adalah bertujuan membentuk individu yang
seimbang dan harmonis dalam keempat-empat potensi tersebut. Pembangunan diri
insan dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembentukan individu manusia yang
berlaku secara sengaja dan sistematik yang mencakupi pengembelengan seluruh aspek
potensi diri insan samada secara fizikal, rohani, emosi dan intelek. Pengembelengan
ini adalah secara bersepadu ke arah pemantapan diri bagi melahirkan manusia yang
sempurna dan seimbang di dunia dan akhirat.




Pengembangan unsur rohani, unsur emosi, unsur jasmani dan unsur intelek
adalah tidak secara terasing (compartmentalized). Sebaliknya adalah perlu dilakukan
secara bersepadu (integrated). Penekanan hanya kepada mana-mana satu unsur
sebagai yang terdapat dalam sistem pendidikan sebelum ini hanya akan menjadi
individu yang tidak seimbang. Insan yang sempurna dan seimbang ini dilahirkan bagi
mengenali diri dan memahami erti kehidupan sebenar serta mampu kembali kepada
hakikat kejadian asal insan iaitu mengabdi kepada tuhan dan sekaligus memiliki
kualiti kepimpinan cemerlang. Kecemerlangan insan amat dititikberatkan oleh
masyarakat sekarang kerana mampu menjamin masa depan yang cemerlang dan
seterusnya mampu menjadi pelapis-pelapis pemimpin negara kelak.



Transformasi kurikulum amat perlu kerana melaluinya kemajuan negara dapat
dipacu. Transformasi kurikulum mampu mengupayakan tahap kesediaan tinggi dalam
diri rakyat Malaysia dengan keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial yang
lengkap dan sempurna ke arah menghadapi cabaran abad ke-21. Melalui transformasi
kurikulum ini, mata pelajaran yang kurang sesuai akan dikaji semula. Ruang bagi
pemikiran kreatif dan kritis akan diperluas. Perkembangan individu akan ditaksir dari
pelbagai dimensi . Melalui transformasi kurikulum pelbagai perubahan akan
dilaksanakan. Sistem pentaksiran akan menjadi lebih holistik serta fleksibel dan
memberi penilaian yang lebih menyeluruh untuk pembangunan individu secara
menyeluruh




2.0 Pernyataan Masalah Kajian


Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif harus diterapkan dalam diri
seseorang sejak kecil lagi sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia di era
globalisasi. Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif haruslah bermula di
sekolah di mana guru-guru menjadi peneraju kepada kemahiran pencetusan idea
yang akan menjadi aset negara (Munir & Azman Azwan, 2001). Guru-guru perlu
memberi kebebasan kepada para pelajar untuk memberi pandangan dalam penjanaan
idea-idea, namun begitu ia perlu dilaksanakan berdasarkan nilai-nilai moral dan
keagamaan yang berpaksikan ketuhanan (Munir & Azman Azwan, 2001). Ini kerana
untuk mengelakkan pelajar daripada terpesong daripada kebenaran yang akhirnya
berpegang kepada sentuhan empirikal dan imaginasi semata-mata.




Menurut Ainon & Abdullah (2005), kaedah P&P yang diamalkan di Malaysia
memberi penekanan kepada tahap penguasaan matapelajaran dan teknik menjawab
soalan. Kemahiran berfikir secara kreatif kurang diterapkan oleh guru dan ibu bapa,
menyebabkan tahap berfikir pelajar tertumpu kepada isi pembelajaran di dalam buku
teks dengan konsep hafalan (Siti Hajar, 2008). Penjelajahan mencari idea yang
kreatif hendaklah melangkaui dari buku teks dan melatih anak-anak berfikir secara
bebas dan merdeka (Ainon & Abdullah 1999; Rohana, 2010). Ini kerana manusia
dianugerahkan oleh Allah S.W.T kebebasan memilih untuk mengubah diri dan
kehidupan ke arah yang baik atau sebaliknya. Manusia yang berjiwa merdeka ialah
manusia yang bebas daripada kecenderungan nafsu yang membawa pemikiran dan
pilihan tingkah laku ke arah kejahatan (Rohana, 2010).




Pendidikan berorientasikan peperiksaan harus diubah dengan sistem
pendidikan yang mempunyai nilai holistik untuk melahirkan insan yang serba boleh,
berakhlak mulia tanpa mengabaikan kepentingan ilmu. Pendekatan holistik
merupakan proses membentuk kecemerlangan dan potensi pelajar yang melibatkan
pembangunan akal dan minda, kemahiran dan pembentukan peribadi mulia (Mohd
Jailani, 2009). Menurut Rohana (2009), pendidik haruslah membangunkan diri
untuk menjadi seorang pendidik yang holistik, kerana hanya pendidik yang holistik
dapat membimbing pelajar untuk menjadi individu yang holistik.




Oleh itu pembangunan daya kreativiti dan inovatif bermula dari pembangunan
spiritual di dalam jiwa pelajar. Ini bermakna guru haruslah membentuk peribadi diri
secara holistik dan ciri-ciri pelajar yang kreatif dan inovatif bermula dari
pembangunan spiritual di dalam jiwa pelajar. Integrasi nilai agama akan
meningkatkan keyakinan pelajar kepada Tuhan yang Maha Pencipta, seterusnya
merangsang minat, keupayaan dan kemahiran pemerhatian terhadap ciptaan Tuhan.
Daripada pemerhatian tersebut akhirnya menyumbang kepada pembangunan
daya pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Menurut Munir & Azman Azwan (2001),
sistem pemikiran yang menerapkan nilai-nilai keagamaan amat penting untuk
melahirkan masyarakat kreatif yang taat dan akur kepada hukum ketuhanan dengan
tidak mencipta sesuatu untuk merosakan apa yang telah Tuhan cipta.




Pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif ialah pelajar yang boleh
menghasilkan idea yang novel atau asli (Ainon & Abdullah, 2005). Dalam kajian
lepas Lee Kyung Hwa (2005), menyatakan pelajar yang berfikiran kreatif
dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor kognitif dan faktor afektif. Faktor kognitif
mempunyai beberapa domain iaitu kelancaran, fleksibiliti, keaslian dan huraian,
manakala faktor afektif pula mempunyai domain berani mengambil risiko, perasaan
ingin tahu, keterbukaan dan keyakinan diri.





Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif secara holistik boleh
dipraktikkan di dalam matapelajaran Kemahiran Hidup yang merupakan
matapelajaran teras program dan pengkhususan bagi kursus pendidikan di Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK). Ini kerana P&P bagi matapelajaran
Kemahiran Hidup memerlukan penghayatan dan kefahaman yang mendalam untuk
menjana sesebuah idea yang asli melalui pemerhatian kepada keindahan dan
kesempurnaan ciptaan Tuhan yang Maha Pencipta.




Pendidikan di Malaysia kini semakin rancak dengan penggunaan teknologi
yang sentiasa berkembang maju bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi
nilai intelek dengan ketinggian nilai moral. Ini kerana kelahiran bakal-bakal guru
yang mempunyai daya pemikiran kreatif dan inovatif dapat melatih pelajar sentiasa
bersedia untuk menghadapi transformasi pendidikan, yang menjurus kepada
penyelidikan dan reka cipta dengan penyepaduan pendekatan pembangunan ilmu
secara holistik.




Pendekatan pendidikan holistik merupakan pembangunan ilmu secara
transformasi pendidikan, yang menjurus kepada pembangunan ilmu intelektual
berteraskan ilmu pengisian jiwa yang memberi makna kepada kehidupan seseorang.
Secara tidak langsung, pendekatan ini akan melahirkan manusia yang seimbang dari
segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan..




Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang tahap penggunaan pendekatan
pembangunan pelajar secara holistik dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dalam
kalangan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah di Daerah
Batang Padang Perak. Selain itu , kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri
pelajar holistik yang dikehendaki sebagai suatu usaha menyediakan prospek
masyarakat masa hadapan yang berpaksikan Negara maju menjelang tahun 2020.






3.0 Objektif Kajian


Tujuan Kajian adalah untuk:


a. Mengenalpasti ciri-ciri pelajar holistik yang dikehendaki.


b. Mengenalpasti aspek yang telah diterapkan di peringkat sekolah rendah mnerusi
mata pelajaran Kemahiran Hidup.




4.0 Persoalan Kajian


1. Adakah guru menekankan aspek pembangunan pelajar secara holistik (HSD)
dalam pembelajaran dan pengajaran ?


2. Apakah persepsi guru terhadap ciri pembangunan pelajar secara holistik ?


3. Apakah aspek pendekatan pembangunan pelajar secara menyeluruh yang
diterapkan menerusi mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah ?






5.0 Kepentingan Kajian


Melalui kajian ini , diharapkan agar dapatan yang diperolehi boleh membantu
para guru dalam memahami konsep dan ciri-ciri pembangunan pelajar secara
holistik bagi memudahkan mereka merangka kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
yang bersesuaian dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Di samping itu , hasil
kajian boleh digunakan sebagai rujukan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri ,
Pejabat Pendidikan Daerah , dan sekolah bagi menerapkan ciri-ciri pelajar holistik
yang kemudiannya akan memberi impak kepada peningkatan prestasi akademik para
pelajar.



7.0 Skop Kajian


Kajian ini dilakukan terhadap 70 orang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup
di sekolah sekolah rendah Daerah Batang Padang , Perak yang telah dipilih melalui
persampelan rawak mudah sebagai responden. Kajian yang dijalankan lebih
menjurus kepada mengenalpasti sejauh mana responden menerapkan kaedah
pembangunan pelajar secara holistik semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Skop kajian turut memberikan tumpuan
terhadap persepsi para guru mata pelajaran Kemahiran Hidup terhadap konsep
pembangunan pelajar secara holistik.








8.0 Batasan Kajian


Kajian ini terbatas kepada 70 orang responden yang terdiri daripada guru-guru
mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah yang berjumlah 97 orang
semuanya. Selain itu , berkemungkinan terdapatnya sebilangan guru yang merupakan
guru yang bukan opsyen tetapi mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup kerana
ketidakcukupan guru mengikut opsyen di sekolah yang berkenaan. Keadaan ini
mungkin disebabkan ketiadaan guru opsyen Kemahiran Hidup di sekolah berkenaan
yang memaksa guru tersebut akur kepada kehendak Ketua Jabatannya.




9.0 Definisi Kajian




9.1 Holistik


Perkataan holistik berasal daripada perkataan Greek iaitu holos yang
membawa maksud menyeluruh atau keseluruhannya. Dalam erti kata pendidikan
iainya lebih kepada kaedah menyeluruh yang digunakan sewaktu proses penmgajaran
dan pembelajaran. Ianya merangkumi cara berfikir , memberi tindak balas , sahsiah
dan sikap serta bertanggung jawab. Tujuan utama pendidikan holistik adalah bagi
membentuk pelajar yang memiliki ketrampilan dan potensi yang seimbang dari segi
intelek , rohani , emosi dan jasmani.




9.2 Intelek


Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis.Istilah
intelek berasal dari bahasa Inggeris intellect yang menurut Chaplin (1981) diertikan
sebagai Proses kognitif , berfikir , menghubungkan , kemampuan menilai dan kemampuan
mempertimbangkan. Menurut Mahfudin Shalahudin (1989) menyatakan bahawa intelek
adalah akal budi atau inteligensi yang berupa kemampuan untuk meletakkan hubungan
daripada proses berfikir. Selanjutnya, dikatakan bahwa orang yang intelligent adalah
orang yang dapat menyelesaikan persoalan dalam waktu yang lebih singkat, memahami
masalahnya lebih cepat dan cermat, serta mampu bertindak cepat.




Istilah inteligensi, semula berasal dari bahasa Latin intelligere yang berarti
menghubungan atau menyatukan sama lain (Bimo Waalgito, 1981). Menurut William Stern,
salah seorang pelopor dalam penelitian inteligensi, menyatakan inteligensi adalah
kemampuan untuk menggunakan secara tepat alat-alat bantu dan pikiran gunadan pikiran
guna menyesuaikan diri terhadap tuntutan-tuntutan baru (Kartini Kartono, 1984). Sedangkan
Leis Hedison Terman berpendapat bahwa inteligensi adalah kesanggupan untuk belajar
secara abstrak (Patty F, 1981). Inteligensi menurut JeanPiaget diertikan sama dengan
kecerdasan aitu seluruh kemampuan berpikir dan bertindak secara adaptif, termasuk
kemampuan mental yang kompleks seperti berfikir, mempertimbangkan, menganalisis,
mensintesis, mengevaluasi dan menyelesaikan persoalan-persoalan. Jean Piaget mengatakan
bahwa inteligensi adalah seluruh kemungkinan koordinasi yang memberi struktur kepada
tingkah laku suatu organisme sebagai adaptasi mental terhadap situasi baru.








9.3 Emosi


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, emosi membawa maksud perasaan
jiwa yang kuat. Emosi adalah adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan
organisma untuk mengalami dan mengevaluasi lingkungannya dan kemudian
menambah kemungkinan hidup dan bereproduksi, dengan mempersiapkan rencana
sederhana untuk berbagai tingkah yang diperlukan, seperti mendekati atau menjauhi
objek yang (tidak) boleh dicerna, bersaing bersama organisma lain atau lari jika
organisme itu terlalu kuat (kemarahan vs ketakutan), dan membentuk atau
kehilangan ikatan kooperatif berdasarkan pada altruisme berbalasan (kebanggaan vs.
kesedihan) dengan organisme lain.




Emosi pada prinsipnya menggambarkan perasaan manusia menghadapi berbagai situasi
yangberbeda. Oleh kerana emosi merupakan reaksi manusia terhadap berbagai situasi nyata oleh itu
tidak ada emosi baik atau emosi buruk. Pelbagai buku psikologi yang membincangkan tentang
emosi seperti yang dinyatakan oleh Atkinson (1983) yang membahagikan emosi kepada dua iaitu
emosi menyenangkan dan emosi tidak menyenangkan. Dengan demikian emosi di tempat kerja
dapat dikatakan baik atau buruk hanya bergantung pada akibat yang ditimbulkan baik terhadap
individu ataupun orang lain yang berhubungan (Martin, 2003).




9.4 Jasmani


Maksud perkataan jasmani adalah tubuh , fizikal atau material. Unsur Jasmani
boleh dibahagikan kepada dua , iaitu ;

9.4.1 Psikomotor

Psikomotor merujuk kepada potensi atau kematangan seseorang dan kesediaan
untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru.
Seseorang individu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh
badannya telah sampai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
Kematangan psikomotor ini meliputi perkembangan otot, tulang, anggota , pengawalan
dan penyelarasan pergerakan di seluruh tubuh badan.




Peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang sebaya adalah berbeza-
beza, memandangkan fizikal setiap orang adalah unik dan tersendiri. Bagaimanapun,
kesediaan psikomotor yang tinggi adalah membolehkan seseorang menjalankan aktiviti
harian dalam program pembelajaran yang cekap dan berkesan. Kesediaan psikomotor ini
adalah penting untuk pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni, Pendidikan
Jasmani, Muzik dan Kemahiran Hidup.




9.4.2 Kognitif


Kognitif merujuk kepada kesediaan mental seseorang untuk belajar sesuatu. Ia
berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, mengsintesis dan menilai. Biasanya, perkembangan intelek seseorang
adalah berkadar secara terus dengan pertambahan umurnya iaitu murid-murid
sekolah rendah hanya perlu bersedia untuk belajar operasi konkrit, dan apabila telah
masuk sekolah menengah, mereka mula sanggup bersedia untuk belajar operasi yang
kompleks.

Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newmah (1937),
dan Sheildo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza-beza dengan rakan sebayanya.
Perbezaan kecerdasan antar individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar
dalam kelas.

Dengan kata lain, kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu ialah
kesanggupan seseorang yang dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
menerima faedahnya. Seseorang itu dikatakan mempunyai kesediaan kognitif apabila
pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukan.




9.5 Rohani


Menurut kamus dewan (2005) , kerohanian berasal daripada perkataan rohani atauroh iaitu
bahagian dalam manusia yang mempunyai daya berfikir (berperasaan dan berkemahuan) atau jiwa
(nyawa yang ada dalam tubuh manusia) kerohanian bermakna perihal rohani,sifat-sifat rohani dan
nilai-nilai hidup.Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara
yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas,membawa maksud semangat
intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia.




Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang
melibatkan emosi kendiri .Contohnya dalam pendidikan jasmani,kita perlu kawal dirikita atau
dalaman kita supaya kita tidak mudah untuk beremosi jika kita mendapatsesuatu tekanan.Kesucian
rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang
logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagatdan baharulah kebaikan individu itu sendiri.
Rohani setiap individu merupakanpenentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-
undang.Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur
di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara
optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti.Rohani yang kacau dikaitkan
juga dengan emosi negatif dari segi psikologi.Manakala rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan
dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh
individu itu.




9.6 Tranformasi


Transformasi menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud perubahan bentuk
(sifat,rupa atau keadaan). Dalam erti kata yang lain ia merupakan satu proses
peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain, lain daripada keadaan senario
sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik
atau lebih sempurna.




Menurut perspektif Islam proses transformasi atau perubahan ini tidak terhasil
melainkan perubahan terbitnya dalam diri setiap individu. Atas dasar inilah Allah
berfirman di dalam surah al-Nahl ayat 11 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.






BAB II




Literatur Kajian




Pendidikan ialah proses pembangunan insan sepanjang hayat. Pendidikan
adalah salah satu bentuk perwujudan kebudayaan manusia yang dinamis dan sarat
dengan perkembangan. Perubahan atau perkembangan pendidikan adalah perkara
yang seharusnya dilakukan seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia
yang sentiasa berubah-ubah. Perubahan pendidikan yang menuju kearah pendidikan
yang jitu, padu dan sempurna pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan
sebagai intipati kepentingan masa depan negara. Maka ia tidak boleh diserahkan
kepada satu ajensi sahaja. Pendidikan tidak formal dalam masyarakat melalui
berbagai saluran dan pendidikan formal disekolah semuanya mempunyai saham
tertentu dalam pembangunan modal insan( Kamal Hassan, 1988).




Pendidikan yang mampu mendukung pembangunan di masa hadapan adalah
pendidikan yang mampu mengembangkan potensi individu seseorang pelajar dan
bukannya menilai individu berasaskan keputusan gred semata-mata, sehinggalah
individu tersebut mampu menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah
kehidupan yang bakal dihadapinya. Pendidikan harus menyentuh potensi rohani
mahupun potensi kompetensi seseorang pelajar. Mengikut teori Dr. Howard Gardner,
beliau menyatakan setiap individu mempunyai kecerdasan dan potensi yang berbeza-
beza yang berkaitan dengan berbagai fungsi. Semua kecerdasan tersebut
dipergunakan tetapi pada kadar-kadar yang berlainan dan mestilah berada dalam
keadaan yang aktif untuk membolehkan proses penjanaan idea-idea baru. Maka teori
kecerdasan Gardner ini telah merevolusikan pengajaran dan pembelajaran pada masa
kini serta boleh dijadikan panduan untuk perubahan ke arah perkembangan
pendidikan negara.




Justeru, konsep pendidikan haruslah mengalami perubahan seiring dengan
perubahan budaya kehidupan manusia. Apa yang berlaku pada masa kini
adalah,masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang mampu mengikuti
kehendak mereka dimana pendidikan tidak lagi dipandang sebagai suatu wadah yang
mampu membina keutuhan masyarakat, kerana Semua ini berlaku akibat sentimen
kebendaan yang semakin menular akibat daripada pengaruh sekularisma dan arus
perubahan globalisasi ( Edupres Jurnal, 2011). Bertitik tolak dari inilah terasa
semakin penting apabila seseorang pelajar yang akan membesar memasuki
kehidupan bermasyarakat dan berkerjaya, kerana mereka harus mampu menerapkan
apa yang dipelajari di sekolah untuk menghadapi masalah dan cabaran yang dihadapi
dalam kehidupan sehari-hari mereka mahupun yang akan datang.




Pendidikan merupakan proses sistematik untuk meningkatkan martabat
manusia secara holistik. Justeru itu, kerajaan haruslah mengambil satu langkah baru
sebagai inisiatif untuk melakukan perubahan dalam bidang pendidikan. Ditambah
pula dengan sejarah menunjukkan sistem pendidikan negara kita sudah lama tidak
dirombak iaitu sejak 1979 lagi. Rombakan menyeluruh dasar pendidikan yang
diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini memberi seribu satu makna kepada sistem
pendidikan negara pada masa akan datang. Pada asasnya, sistem pendidikan negara
tidak boleh sesekali statik, sebaliknya perlu sentiasa dinamik mengikut keperluan
pada masa kini dan hadapan. Untuk merealisasikan dasar pendidikan yang baru ini,
satu langkah harus dibuat iaitu dengan menerapkan pendidikan secara holistik
bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia ada bagi
mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran seharian dan masa hadapan
mereka.




Kajian yang dilakukan oleh Tonia T. Lennox dalam tesis beliau yang bertajuk
Education Towards Integration: An Alternative Programme, 2009 menyatakan,
sistem pendidikan yang lama haruslah mengalami perubahan dalam menghadapi
cabaran globalisasi pada masa kini. Beliau berpendapat pendidikan secara holistik
amat membantu dimana pendidikan ini menekankan aspek matlamat seseorang
individu, pembelajaran melalui pengalaman serta, nilai sensitiviti perhubungan
sesama manusia dan alam sekitar. Manakala berbeza dengan Kaedah pendidikan
tradisional, digambarkan sebagai yang dikawal oleh kalendar dan jadual waktu, di
mana peluang kepada pelajar adalah terhad serta menggalakkan kaedah pembelajaran
hafalan buku teks atau lembaran kerja berjilid dan berpusatkan guru.




Ini amat bertepatan dengan pendapat berdasarkan daripada satu rencana yang
penulis baca dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac 2012, bertajuk Kearah sistem
pendidikan Holistik yang dikarang oleh Rohami Shafie, Pensyarah Kanan di Kolej
Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Beliau menyatakan bahawa masih terdapat
kelemahan dalam sistem pendidikan negara. Paling ketara sistem pendidikan negara
terlalu menumpukan aspek kejayaan meritokrasi melalui penilaian berasaskan
peperiksaan semata-mata dengan meminggirkan aspek akhlak mulia para pelajar.
Beliau berpendapat perkara inilah yang perlu dikaji sedalam-dalamnya dan bukan
sekadar melahirkan generasi muda yang dikatakan amat berjaya mengikut acuan
sistem meritokrasi sedia ada. Beliau mengesyorkan agar sistem meritokrasi ini dikaji
secara menyeluruh kerana tidak mustahil ia boleh membawa bahana kepada negara.
Dengan menerapkan sistem pendidikan yang lebih holistik dan menyeluruh
kelemahan sistem pendidikan negara yang ada sekarang dapat dikurangkan dan
diatasi secara tidak langsung. Ini kerana pendidikan holistik merupakan suatu konsep
yang memastikan setiap individu merasai dan menikmati kehidupan mereka serta
menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi dalaman seperti kecerdikan,
kreativiti dan nilai-nilai kerohanian.




Pendidikan holistik adalah satu bidang pendidikan yang sangat mendalam
untuk dikaji. Terdapat ramai tokoh-tokoh pendidikan yang membahaskan dan
mencetuskan pendapat dalam konsep pembelajaran secara holistik ini. Antaranya
ialah Ron Miller (2005), beliau berpendapat pendidikan holistik merupakan suatu
falsafah pendidikan yang terwujud daripada pemikiran bahawa pada dasarnya
seorang individu dapat menemukan identiti, makna dan tujuan hidup melalui
hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan nilai-nilai spiritual. Jelas
beliau juga pendidikan holistik ini berkeupayaan menanam kecintaan terhadap
pembelajaran. Secara historis, pendidikan holistik sebenarnya bukan perkara yang
baru. Pendidikan holistik berkembang sekitar tahun 1960-1970 akibat daripada
keprihatinan terhadap krisis ekologi,pencemaran nuklear, kimia dan radiasi, serta
kehancuran keluarga dimana hilang dan hancurnya nilai-nilai tradisional serta
institusinya.




Tujuan pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi
individu dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan menggairahkan,
demoktarik dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan melalui pengalaman dalam
berinteraksi dengan persekitarannya. Melalui pendidikan holistik juga, pelajar
diharapkan dapat menjadi dirinya sendiri dalam erti kata lain dapat memperolehi
kebebasan psikologi, mengambil keputusan yang baik, belajar melalui cara yang
sesuai dengan dirinya, memperoleh kecekapan sosial, serta dapat mengembangkan
karakter dan emosionalnya (Basil Bernstein, 2000). Pendidikan holistik sebenarnya
membabitkan pelbagai aspek seperti proses pembelajaran, cara berfikir, kemahiran
berkomunikasi, proses pengajaran lebih menarik seperti menerusi permainan dan
pengendalian aktiviti luar, disiplin diri, keyakinan diri, tanggungjawab, pemikiran
kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah.




Hasil pembacaan dan pengamatan penulis, boleh dirumuskan bahawa terdapat
elemen-elemen yang terkandung dalam pendidikan holistik di mana pendidikan ini
menitikberatkan kepada potensi setiap individu dari aspek kepandaian, emosi, sosial,
fizikal, kesenian, kreatif dan keupayaan rohani. Jelas menunjukkan bahawa,
pendidikan holistik ini masih sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Malaysia yang mana pendidik perlu berusaha memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.




Hujahan ini dapat disokong lagi dengan laporan yang penulis baca daripada
laporan berita pendidikan Berita Harian, bertajuk Pendidikan Holistik yang
diberitakan oleh wartawan Noor Azlina Zainudin. Rangkuman maklumat berita
tersebut beliau perolehi di Perbincangan Meja Bulat Mengenai Pendidikan Holistik
anjuran Institusi Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja, WynKids di Kota
Damansara. Panel-panel yang terlibat di dalam perbincangan ini rata-rata
berpendapat bahawa sistem pendidikan negara sekarang adalah berasaskan
peperiksaan dan perlu diperbaiki. Situasi yang berlaku mengakibatkan pelajar diarah
mendengar penerangan guru dalam kelas, bukan bertanya apabila tidak faham.
Keadaan ini menyebabkan pelajar berasakan bertanya soalan adalah satu kesalahan
dan mereka cuma perlu mendengar, mengumpul seberapa banyak pengetahuan
termasuk menunggu maklumat. Apabila berada di institusi pengajian tinggi, mereka
terpaksa bekerja keras mencari maklumat sendiri, tanpa bantuan guru. Justeru,
sebahagian besar pelajar tidak mampu berdikari dan akhirnya menemui kegagalan.




Justeru, menurut mereka, hanya pelaksanaan pendidikan holistik pada
peringkat awal mampu melahirkan generasi muda serba boleh dan membantu
perkembangan keseluruhan pelajar dalam pelbagai aspek dan bukan sekadar
kecemerlangan akademik. Pelaksanaan pendidikan secara holistik perlu
membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuk pelajar, guru, ibu bapa,
masyarakat dan kerajaan sebagai usaha memastikan generasi muda memperoleh
manfaat sepenuhnya. Ini kerana pendidikan holistik atau menyeluruh bukan
menekankan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi membabitkan
perkembangan dan peningkatan potensi lain dalam diri setiap pelajar.




Selaras dengan dasar pendidikan yang baru diumumkan kerajaan, Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti
yang dihasratkan dalam Misi Nasional. satu langkah yang boleh dibuat ialah dengan
menerapkan pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus
perdana yang tersedia ada. Penulis amat bersetuju dengan langkah awal yang
dilaksanakan oleh kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada
Program Transformasi Pendidikan. Ini kerana Sistem PBS adalah salah satu usaha
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik
dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan
sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. PBS merupakan
satu pentaksiran bersifat holistik yang dianggap berkemampuan menilai aspek
kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).
Selaian daripada itu, Untuk mengubah sistem pendidikan sedia ada kepada
pendidikan holistik, metodologi pengajaran sangat penting dan guru perlu dilatih
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran membabitkan penyertaan pelajar
secara aktif, bukan sekadar pendengar dan menghafal apa yang diajar. Justeru,
kurikulum yang dirancang juga harus diarahkan untuk mencapai tujuan pembentukan
manusia secara holistik. Pendidikan holistik dapat diaplikasikan dalam proses
pembelajaran dengan beberapa cara, diantaranya dengan menerapkan Integrated
Learning atau pembelajaran terintergrasi atau terpadu iaitu suatu pembelajaran yang
menggabungkan berbagai elemen yang berkaitan holistik dalam satu bidang
pembelajaran. Tujuan pembelajaran ini adalah agar pelajar memahami kaitan di
antara satu elemen dengan elemen lainnya, iaitu antara satu mata pelajaran dengan
mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dengan pengalaman hidup mereka.




Dalam pendidikan holistik, guru juga harus memainkan peranan utama
mereka dengan mengubah sifat yang hanya memimpin dan mengawal, tetapi harus
menunjukkan sikap sebagai kawan, mentor, fasilitator, atau seorang teman yang
berpengalaman kepada pelajar mereka (Forbes, 1996). Kesinambungannya, guru juga
harus mengajar mengikut metodologi pembelajaran yang berbeza dan berpusatkan
murid. Kerana cara pembelajaran setiap individu adalah berbeza. Dengan itu,
metodologi pengajaran juga perlulah bersesuaian dengan keupayaan setiap individu
bagi membantu mereka memperolehi pengalaman, kebijaksanaan dan keyakinan diri
dalam menghadapi cabaran di masa hadapan. Tambahan pula, sektor pekerjaan juga
memerlukan warga mahir yang bukan saja memiliki pengetahuan tetapi individu
bersifat holistik yang mampu menyelesaikan permasalahan selain boleh berinteraksi
dengan baik dan bekerjasama dalam satu kumpulan. Walaubagaimanapun, Sekolah
ataupun institusi pendidikan juga hendaklah menjadi tempat pelajar dan guru bekerja
secara kondusif agar mencapai tujuan yang saling menguntungkan. Di mana, dapat
mewujudkan suasana komunikasi yang terbuka dan jujur, serta menghargai
perbezaan individu yang wujud dan mengutamakan sifat kerjasama berbanding sifat
untuk bersaing.
Pendidikan holistik juga menganjurkan beberapa strategi yang boleh
dijadikan panduan untuk menangani persoalan bagaimana untuk mengajar seseorang
dan bagaimana seseorang itu belajar. Idea holistik itu sendiri menyokong kepada
pendidikan yang dilaksanakan secara transformasi bukannya melihat pendidikan
sebagai satu proses penghantaran ilmu dan penerimaan ilmu semata-mata.
Pembelajaran transformasi melibatkan perubahan yang dapat dijana oleh pemikiran
pelajar itu sendiri. Perubahan ini dipengaruhi oleh pandangan mata , tabiat minda,
dan persepsi mereka terhadap dunia. Dengan erti kata mudah, pelajar dapat menjana
ilmu, nilai-nilai murni dan pengalaman pembelajaran yang mereka terima dan
mengaplikasikan dengan kehidupan harian mereka. Dengan itu dapat disenaraikan
beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan dalam mengembangkan strategi
pembelajaran holistik, antaranya ialah menggunakan pendekatan pembelajaran
transformatif, prosedur kurikulum pembelajaran yang fleksibel, penyelesaian
masalah melalui lintas disiplin ilmu, pembelajaran yang bermakna dan, pembelajaran
yang melibatkan persekitaran individu itu berada.




Secara keseluruhannya, perubahan haruslah dilakukan untuk mencapai satu
sistem pendidikan yang dapat melahirkan insan yang tabah menghadapi cabaran,
bertamadun, serta mampu mendukung pembangunan di masa hadapan, berakhlak
mulia, mempunyai sifat kerohanian yang tinggi dan nilai-nilai moral masyarakat.
Justeru itu, untuk melestarikan sistem pendidikan yang sedia ada, tindakan harus
diambil dengan mewujudkan pembelajaran yang mampu mengembangkan potensi
indidivu berbanding akademik semata-mata. Pengajaran dan pembelajaran secara
menyeluruh dan holistik yang diterapkan di dalam sistem pendidikan negara secara
tidak langsung dapat membantu mengatasi kebejatan sosial masyarakat Malaysia.
Selain itu, pendidikan holistik yang dilaksanakan secara bersepadu membantu negara
melahirkan golongan yang bukan terpelajar, tetapi juga mempunyai pakej lengkap
sekali gus penyumbang ke arah pembangunan negara.



BAB III




METODOLOGI KAJIAN




3.1 Pengenalan


Metodologi Kajian adalah lanjutan daripada bab 1 yang lebih menjawab
kepada kaedah yang akan digunakan pleh penyelidik terhadap kajiannya. Kaedah
dalam sesuatu kajian amat penting bagi memastikan keputusan yang dikehendaki.
Melalui kaedah juga penyelidik dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan
dapat mempengaruhi hasil dapatan yang diperolehi nanti.Kaedah yang digunakan ini
akan memeudahkan penyelidik mencari maklumat dan mengutip data yang
dikehendaki. Seterusnya , memudahkan penyelidik menganalisis dengan betul.






3.2 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini adalah berbentuk deskriptif . Penyelidik menggunakan boring soal
selidik untuk mengumpulkan data. Reka bentuk ini bersesuaian dengan kajian kerana
pengambilan data dibuat pada masa tertentu sahaja. Jika reka bentuk yang digunakan
tidak sesuai , hasil kajian yang diperolehi mungkin tidak benar dan dengan ini akan
mendatangkan kesan negatif kepada penyelidik lain yang membuat rujukan hasil
kajian tersebut (Chua , 2006). Oleh itu penyelidik perlu memilih reka bentuk yang
bersesuaian dengan kajian yang ingin dibuat agar tidak terdapat sebarang kesilapan.
Data diperolehi berdasarkan pernyataan dan rekod daripada responden yang mengisi
maklumat mereka dalam borang soal selidik yang diedarkan.




3.3 Populasi


Kajian ini dijalankan di 72 buah sekolah rendah dalam Daerah Batang Padang
, Perak. Jumlah tersebut ialah 75 % daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah
yang terdapat di Daerah Batang Padang.




3.4 Persampelan


Responden kajian terdiri daripada 72 orang guru yang mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup di sekolah kebangsaan sahaja. Mereka terdiri daripada 64 orang
guru lelaki dan selebihnya adalah guru perempuan. Sampel dipilih secara rawak
mudah dan dikehendaki mengisi boring soal selidik yang diedarkan kepada mereka.






3.5 Instrumen Kajian


Bagi mengumpul data dan maklumat tentang kajian yang dijalankan ,
penyelidik menggunakan dua jenis instrumen iaitu ;




3.5.1 Borang Soal Selidik


Borang soal selidik disediakan dalam tiga bahagian iaitu bahagian A , B dan
C. Bahagian A berkenaan dengan latar belakang responden. Bahagian B pula
bertujuan untuk mengenalpasti tahap pendekatan pemabngunan pelajar secara holitik
yang dilakukan oleh responden. Manakala bahagian c pula bertujuan menilai persepsi
responden terdapat pendekatan pembangunan pelajar secara holitik.




3.5.2 Temu bual


Pengakaji juga akan menjalankan sesi temu bual kepada 10 % daripada jumlah
responden yang dipilih sebagai sampel. Tujuan sesi temu bual ialah untuk mendapat
maklumat awal segera tentang proses pembangunan pelajar secara menyeluruh yang
aplikasi oleh responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.





3.5.3 Kesahan / Kebolehpercayaan Instrumen


Kesahan kajian ialah satu tindakan yang perlu dilakukan sebelum kajian rintis
dilakukan dengan tujuan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan instrumen yang
akan digunakan.




Jenis kesahan yang penting ialah kesahan isi , yang dapat dinilai dengan
meminta kerjasama daripada pakar dalam bidang yang dikaji bagi memerikasa
ketepatan dan kesahan set insrumen soal selidik yang disediakan (Azizi Yahaya et al
, 2007). Oleh itu bagi memastikan kebolehpercayan soal selidik kajian ini ,
penyelidik telah meminta kesahan daripada pensyarah-pensyarah seperti di bawah :



i. Dr Yusri Bin Kamin.
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.


ii. Dr Azlan Bin Abdul Latib
Penyelaras PSM
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.





3.6 Kajian Rintis


Kajian rintis ialah kajian yang yang dijalankan sebelum boring soal selidik
digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu untuk
memastikan tahap kebolehpercayaan dan kesahan instrumen soal selidik yang akan
digunakan. Menurut Majid Konteng (1990) Kebolehpercayaan akan memberikan
kekekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunya tahap
kebolehpercayaan yang tinggi akan memberikan keputusan yang sama atau hamper
sama setiap kali digunakan dalam situasi setara.




Untuk kajian rintis ini , seramai 10 orang guru telah dipilih untuk menjawan
instrumen soal selidik . Hasil kajian rintis telah menunjukkan..







3.7 Prosedur Kajian

- Perbincangan dengan penyelia pembimbing.
- Mendapatkan data guru KH di daerah Batang Padang
- Merangka draf kajian
- Memohon kebenaran melakukan kajian (KPM / JPN /PPD)
- Membuat kajian rintis
- Menjalankan temu bual
- Membuat edaran instrumen soal selidik
- Analisis data
- Menyiapkan kajian


Carta aliran prosedur kerja kajian.




3.8 Kaedah Penganalisaan Data


- Guna perisian SPSS
- Guna analisis deskriptif
- Dapatan ditunjukkan dalam bentuk jadual




3.9 Penutup


- Kepentingan metodologi kajian

You might also like