You are on page 1of 8

TUGASAN HARIAN 1

Rasuah merupakan musuh utama negara dan harus dibendung dengan segera.
Terdapatsegelintir pegawai yang sanggup terbabit dalam rasuah semasa menjalankan
tugas merekamasing-masing. Oleh itu, beberapa nilai haruslah perlu ada pada segelintir
pegawai tersebut. Nilai pertama yang perlu diamalkan oleh para pegawai ialah
nilai amanah.Pegawai haruslah bersikap bertanggungjawab semasa menjalankan
tugasnya supaya dipercayai orang lain.Sebagai contoh, pegawai telah melaksanakan
tugas yang diberikan tanpa melengahkan tugas tersebut dan juga melakukan tugas
tersebut dengan penuh teliti. Selain itu, nilai amanah yang diamalkan oleh pegawai
boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain dengan melaksanakan tugas
dengan cekap, bersih dan berkesan. Sebagai contoh, pegawai tersebut yangtelah
melaksanakan tugas yang diberi akan dipandang tinggi oleh orang ramai sekeliling
danakan diberi kepercayaan terhadap pegawai tersebut serta dapat membanteras
rasuah.

Nilai kedua yang perlu ditanam dalam hati pegawai adalah nilai rasional.Para pegawai
haruslah boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata supaya dapat
membezakan baik buruk sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sebagai contoh,
seseorang pegawai akan berfikir dengan teliti sebelum bertindak agar
tidak mencemarkan masa depannya. Selain itu, pegawai yang mengamalkan nilai
rasional dapat mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan yang wajar
supaya pegawai tersebut dapat berfikir tentang kesan sesuatu tindakan yang akan
diambil. Sebagai contoh, pegawai akan memikirkan kesan-kesan tindakannya terhadap
kepentingan diri dan orang lain pada sekelilingnya.

Nilai yang ketiga yang perlu dilahirkan dalam semua minda pegawai adalah nilai
bertanggungjawab.Pegawai-pegawai haruslah sanggup memikul tugas sebagai pegawai
yang sebenar dengan mengikuti arahan serta peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai
contoh, pegawaiakan melaksanakan tugasnya dengan mengikuti arahan yang telah
diberi oleh pegawai atasannyadan tidak mengingkarinya. Di samping itu, para pegawai
haruslah mempunyai kesanggupan untuk melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna supaya dapat menjamin masa depan yang cerah dan berpeluang. Sebagai
contoh, seseorang pegawai perlulah bijak melanksanakan tugas-tugas atau jawatan
yang diberi dengan penuh semangat supaya dia dapat menentangi musuh
negaranya iaitu rasuah.








TUGASAN HARIAN 2
Remaja lari dari rumah dapat diatasi sekiranya serta ibu bapa memainkan peranan
masing-masing demi kesejahteraan hidup bersama. Dengan merujuk kepada beberapa
nilai murni di bawah, kedua-dua pihak ini dapat memainkan peranan bagi bagi
menangani masalah ini.

Peranan yang perlu diamalkan oleh remaja serta ibu bapa demi kesejahteraan hidup
bersama adalah mengamalkan nilai rasional , iaitu remaja dan ibu bapa juga boleh
berfikir tentang kesan buruknya keluarga yang tidak aman damai serta kebaikannya
tinggal sebagai satu keluarga. Sebagai contoh, keluarga tersebut akan sentiasa hidup
dalam keadaan harmoni kerana setelah berfikir masak-masak, mereka sedar bahawa
jika berlakunya perpecahan ketenteramankeluarga, pasti susah untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Selain itu, ibu bapa serta remajaharus mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar supaya mereka dapat berfikir tentang kesan buruk dan baik
tindakan mereka. Sebagai contoh, ibu bapa dan jugaremaja akan sentiasa memikirkan
kepentingan semua individu sebelum mengambil tindakankerana mereka sedar
bahawa jika tersalah mengambil tindakan, susah untuk memperbaikinyamasalah
tersebut.

Di samping itu, kedua-dua pihak ini haruslah menanamkan nilai tanggungjawab
Terhadap keluarga, iaitu kewajipan untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Sebagai
contoh, pihak- pihak ini bersatu padu dan hidup aman damai untuk mengeratkan
hubungan antara satu sama lain. Tambahan pula, nilai tanggungjawab terhadap
keluarga dapat melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan juga menjaga maruah
keluarga. Seperti contoh,tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap individu
keluarga lama kemudian akanmewujudkan sebuah keluarga yang amat mementingkan
tali hubungan antara satu sama lain serta mewujudkan sebuah keluarga yang
bermaruah.

Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga juga merupakan nilai yang harusdilahirkan
sejak muda lagi. Ibu bapa serta remaja juga harus memuliakan setiap anggotakeluarga
supaya dapat mencipta asas pembentukan keluarga yang harmoni untuk
anggotakeluarga mereka bersatu dan mengelakkan konflik antara satu sama lain.
Sebagai contoh,anggota keluarga remaja dan ibu bapa sentiasa menyokong antara satu
sama lain walaupun dalam keadaan yang amat cemas dan kritikal. Selain itu, remaja dan
juga ibu bapa haruslah berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan terhadap
anggota keluarganya. Seperti contoh, remaja dan ibu bapa duduk bersama-sama
bersama anggota keluarganya sekiranya ada isu-isu yang serius dan perlu dibincangkan
supaya dapat membawa idea yang sesuai untuk menyelesaikan isu tersebut.







TUGASAN HARIAN 3
Dunia ini semakin terancam akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab
,sehingga menyebabkan pencemaran terhadap alam. Oleh sebab itu, orang ramai dapat
melindungi alam kita supaya tidak tercemar dengan merujuk kepada nilai-nilai murni di
bawah.

Masyarakat perlu ada nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar, Iaitu sikap
memelihara alam sekeliling supaya dapat mengelakkan ancaman kepupusan flora dan
fauna.Sebagai contoh, masyarakat tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran
terbuka dan penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu memelihara flora dan
fauna di sekelilingnya. Selain itu, nilai ini membolehkan masyarakat untuk mendidik
diri masing-masing bagaimana caranya untuk memulihara alam sekeliling. Sebagai
contoh, masyarakat telah mengalakkan kerajaan untuk menanam semula pokok-pokok
yang telah ditebang dan juga mewujudkan lading hutan supaya dapat mengekalkan
kewujudan species flora tersebut.

Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar juga adalah satu nilai yang perlu ditanam
dalamkalangan masyarakat, iaitu sikap yang prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
agar dapat menghargai dan menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih. Sebagai
contoh,masyarakat sentiasa memastikan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin
kesihatan sertakesejahteraan mereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam
sekitar membolehkanmasyarakat untuk berusaha menyelesaikan sebarang konflik flora
dan fauna yang sedang dihadapinya supaya dapat mengekalkan keunikan alam sekitar.
Seperti contohnya, masyarakatsering bekerjasama mencari penyelesaian
untuk menangani masalah seperti pembakaran terbukadi kawasan mereka agar
keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat dijamin pada masa yangakan datang.

Masyarakat juga haruslah mempunyai nilai keharmonian antara manusia dengan alam
sekitar, iaitu sikap saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan
alamsekeliling agar dapat menjamin alam sekitar yang sentiasa terjaga dan terpelihara.
Sebagaicontoh, masyarakat sering mengguna semula atau mengitar semula supaya
dapat mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses dan akhirnya,
menjimatkan masa serta tenaga. Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan kualiti kehidupan
terpelihara agar insan-insan pada masadepan boleh menikmati keindahan serta
keunikan yang telah dijaga dengan teliti. Contohnya,masyarakat memelihara kualiti
kehidupan dengan menanam pokok serta tidak membuangsampah merata-rata dan juga
tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan udara.










TUGASAN HARIAN 4
Kemajuan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan dan pergorbanan
anak watan menentang penaklukan penjajah suatu masa dahulu. Oleh itu, beberapa nilai
harus disematoleh rakyat bagi memastikan kemajuan yang dinikmati ini terus dikecapi.

Rakyat perlu ada nilai sanggup berkorban untuk negara, iaitu sikap kerelaan melakukan
atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa agar dapat mengekalkan sesuatu yang kita
miliki. Sebagai contoh, walaupun kemerdekaan sudah dicapai , pasukan keselamatan
negara sanggupmenggadai nyawa bagi mempertahankan negara daripada ditawan
musuh yang pada ketika ituialah pengganas komunis. Selain itu, nilai sanggup
berkorban untuk negara juga membawa tanda kebaktian untuk negara
agar rakyat dapat menjamin kemerdekaan negara yang amatdihargai dan dicantai.
Sebagai contoh, rakyat Malaysia amat bersyukur untuk mendiami sebuahnegara yang
merdeka yang telah membawa simbol kemakmuran serta kemaruahan sejak 1957.

Nilai cinta akan negara adalah salah satu nilai yang juga boleh menjamin kemajuan
negara.Rakyat haruslah mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara
kerana rakyat bersyukur untuk mendiami sebuah negara yang tidak berada dalam
peperangan seperti negara Afghanistan pada masa kini. Sebagai contoh, rakyat telah
bersyukur kerana merekamengamalkan perpaduan kaum serta sikap tidak menilai
bangsa untuk mewujudkan negara yang berbangsa, satu misi yang hampir tidak dapat
diekori oleh negara-negara lain. Di samping itu,rakyat juga dapat meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Contohnya,rakyat telah mengutamakan
aspek pembangunan negara lebih daripada perkembangan dirisendiri.

Rakyat juga haruslah mempunyai nilai taat setia kepada raja dan negara, iaitu Kepatuhan
yang berkekalan kepada raja dan negara kerana rajalah yang telah bertungkus lumus
untuk memelihara kemajuan negara yang masih dijaminkan. Sebagai contoh, rakyat
memberikandorongan serta sokongan penuh terhadap raja dan juga negaranya. Nilai
taat setia kepada raja dannegara juga mendidik rakyat agar sentiasa mengamalkan
kesetiaan yang berkekalan kepadaraja dan negara. Seperti contoh, rakyat sentiasa
mengingati jasa-jasa yang telah dikorbankan oleh raja serta negara yang mereka cintai.










TUGASAN HARIAN 5
Tanah yang diurus dengan baik banyak membawa maanfaat kepada alam sekitar
dan penghuninya. Oleh itu, manusia haruslah mengamalkan nilai-nilai murni di bawah
untuk menguruskan tanah dengan bertanggungjawab demi kesejahteraan hidup
bersama.

Manusia haruslah mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar, iaitu
memelihara alam sekeliling supaya dapat mengelakkan ancaman pencemaran tanah.
Sebagaicontoh, manusia tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti penebangan hutan dan
sebaliknya, berganding bahu memelihara tanah yang dicintai. Selain itu, nilai ini boleh
membolehkanmanusia untuk mendidik diri masing-masing bagaimana caranya untuk
memulihara alamsekeliling . Sebagai contoh, manusia telah menggalakkan kerajaan
untuk menebus tanah yangtelah terbiar di kawasan lombong untuk dijadikan lading
hutan supaya dapat mengekalkankewujudan flora dan fauna di situ.

Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalam
kalangan manusia, iaitu sikap yang prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
agar dapatmenghargai dan menyedari kepentingan menjaga tanah yang emas ini.
Sebagai contoh, manusia sentiasa memastikan kualiti tanah dikekalkan bagi menjamin
kesihatan serta kesejahteraanmereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam
sekitar membolehkan manusia untuk berusaha menyelesaikan sebarang konflik tanah
yang sedang dihadapinya supaya dapatmengekalkan keunikan alam sekitar. Seperti
contohnya, manusia sering bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani
masalah seperti penebangan hutan di kawasan mereka agar keselamatan dan juga
keselesaan hidup dapat dijamin pada masa yang akan datang.

Manusia juga haruslah mempunyai nilai keharmonian antara manusia dengan alamsekitar,
iaitu sikap saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alamsekililing
agar dapat menjamin tanah yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai contoh,
manusia sering mengguna semula dan mengitar semula supaya dapat mengurangkan
permintaan bahan mentah untuk diproses serta mengurangkan kadar pembuangan
sisa-sisa bahan yangdigunakan di rumah. Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan
kualiti kehidupan terpelihara agar manusia pada masa depan boleh menikmati keindahan
tanah yang telah dijaga dan dirus denganteliti. Contohnya, manusia memelihara kualiti
kehidupan dengan menanam pokok serta tidak membuang sampah merata-rata dan
tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan tanah.













TUGASAN HARIAN 6
Arus pembangunan yang pesat menyebabkan nasib kaum wanita turut berubah. Kini,
kaumwanita telah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.
Mereka telahmencapai tahap kemajuan yang amat membanggakan. Ini adalah hasil
daripada pelbagai dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, kerajaan harus
meneruskan peranannya dalam mengangkat martabat kaum wanita dengan
mengamalkan beberapa nilai di bawah.

Kerajaan harus menerapkan nilai menghormati hak wanita dalam dasarnya, iaitu amalan
melindungi wanita supaya kaum wanita mendapatkan hak yang sama rata dengan kaum
lelaki. Sebagai contoh, pihak kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan kaum wanita
dalam pembangunan negara kerana pihak kerajaan percaya bahawa potensi kaum
wanita adalah setanding dengan kaum lelaki. Tambahan pula, amalan nilai ini mendidik
pihak kerajaan agar mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh member
sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan juga negara. Sebagai
contoh, pihak kerajaan memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengemukakan
pendapat dalam penggubalan dasar negara khususnya dariaspek pendrafan undang-
undang, seperti yang diperkatakan dalam Dasar Wanita Negara.

Di samping itu, pihak kerajaan harus menanamkan nilai keadilan dalam pelaksanaan
dasarnya, iaitu mengambil tindakan dan keputusan yang saksama terhadap kaum wanita
seperti yang diberikan kepada kaum lelaki bagi menjamin keseimbangan hak wanita
dan lelaki.Sebagai contoh, pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang wajar
sekiranya ia mendapatisebarang hal-hal yang membawa kepada ketidakseimbangan
kuasa antara kaum wanita danlelaki. Pihak kerajaan juga patut melaksanakan
Tindakan dan keputusan yang tidak beratsebelah supaya kaum wanita dan kaum lelaki
mendapat hak dan layanan yang sama rata.Sebagai contoh, pihak kerajaan telah
meletakkan banyak usaha dalam sistem kehakiman supaya dapat menegakkan keadilan
dan memastikan golongan wanita dan golongan lelaki mendapat pembelaan yang
sewajarnya.

Kerajaan perlu mempunyai nilai bertanggungjawab bukan sahaja terhadap kaum
lelaki,malah terutamanya kaum wanita. Pihak kerajaan haruslah sanggup memikul tugas
sebagai pihak yang sebenar dengan mengikuti peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan, terutamanya peraturan dalam Dasar Wanita Negara. Sebagai contoh,
kerajaan Malaysia akan melaksanakantugasnya dengan mengikuti arahan yang telah
ditetapkan dan tidak mengingkarinya. Di sampingitu, pihak kerajaan haruslah
mempunyai kesanggupan untuk melaksanakan tugas sertakewajipan dengan sempurna
supaya dapat menjamin masa depan kaum wanita yang cerah.Sebagai contoh, pihak
kerajaan perlulah bijak mengekalkan hak wanita dalam masyarakat.









TUGASAN HARIAN 7
Di Malaysia, rakyat boleh menganuti agama lain walaupun agama rasmi negara ialah
agamaIslam. Kerajaan bertindak demikian mengikut Perlembagaan Malaysia. Oleh itu,
kerajaanMalaysia harus mengamalkan nilai-nilai di bawah.

Kerajaan Malaysia harus menanamkan nilai kebebasan beragama dalam pentadbirannya
supaya rakyat jelatanya yang pelbagai kaum bebas menganut dan mengamalkan ajaran
agama masing-masing. Pihak kerajaan haruslah membolehkan rakyat untuk bebas
menganuti agamamasing-masing supaya rakyat jelata dapat menyambut pelbagai jenis
perayaan pada setiap tahun. Sebagai contoh, masyarakat India juga menyabut pesta
menuai yang biasanya disambut olehsuku kaum Kadazan di Sabah. Selain itu, kerajaan
Malaysia juga membenarkan rakyatnya untuk bebas mengamalkan tuntutan agama
masing-masing. Contohnya, setiap kumpulan agama yangterdapat di Malaysia berhak
menguruskan hal-hal ehwal agama mereka sendiri dan jugadibenarkan menubuhkan
serta menyelenggarakan yayasan bagi maksud agama atau khairat.

Nilai sikap keterbukaan juga merupakan nilai yang harus diterapkan oleh kerajaan
Malaysia. Pihak kerajaan harus bersedia memberi pandangan, pembahuruan dan kritikan
dalam hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Sebagai contoh, pihak kerajaan
sentiasamemberi idea dan cadangan yang pelbagai dalam dasar keagamaan agar rakyat
jelatanya dapat bebas menganuti agama yang disukainya. Tambahan pula, nilai ini
membolehkan pihak kerajaanMalaysia mendidik diri agar menerima pandangan,
pembaharuan dan kritikan daripada pihak-pihak luar, terutamanya rakyatnya. Sebagai
contoh, kerajaan sentiasa bersikap terbukaketika mengendalikan hal-hal yang
berasaskan keagamaan dan bertungkus lumus membaik pulihkan dasar pentadbirannya
dari segi keagamaan selepas menerima kritikan daripada rakyat jelata.

Di samping itu,nilai toleransi harus diamalkan oleh kerajaan Malaysia dengan
mengamalkan sikap bertolak ansur dalam pelaksanaan dasar keagamaan untuk
kesejahteraan rakyatnya.Sebagai contoh, kerajaan Malaysia sentiasa mementingkan
kebahagiaan dan keselesaan hiduprakyatnya dengan menjamin kemakmuran agama-
agama yang terdapat di dalam kalanganmasyarakat Malaysia supaya rakyat jelata dapat
menganuti agama masing-masing dengan penuhkegembiraan. Selain itu, pihak
kerajaan Malaysia juga harus bersikap Sabar dalam menangani sebarang konflik yang
berkaitan dengan hal keagamaan dengan mencari penyelesaian yangsesuai. Sebagai
contoh, kerajaan Malaysia mengambil masa yang ada untuk fikir masak-masak tentang
cara untuk menangani pertelingkahan yang melibatkan dua agama yang berlainan.












TUGASAN HARIAN 8
Kemakmuran serantau Asia memerlukan usaha yang saling bergantungan antara
negara-negara Asia dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, perubatan, dan
pendidikan. Selainitu, kemajuan dan kemakmuran serantau juga amat bergantung
kepada suasana aman di rantauini. Oleh itu, negara-negara Asia harus mengamalkan
beberapa nilai murni di bawah.

Negara-negara Asia haruslah mengamalkan nilai hidup bersama secara aman, iaitu
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain agar dapat mencapai pada suatu tahap
persefahaman yang teguh. Sebagai contoh, negara-negara Asia menolak segala bentuk
diskriminasi bangsa dan bertoleransi demi menjamin pembangunan yang sihat dalam
negara masing-masing. Selain itu,negara-negara Asia juga patut mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup dengan menegakkan keamanan dan meningkatkan
persefahaman antara negara-negara Asia supaya tidak berlaku perselisihan faham
antara satu sama lain. Sebagai contohnya, negara-negara Asiamenghormati hak setiap
negara tidak kira kecil atau besar serta melingduni hak asasi manusiaagar dapat
menjamin keharmonian untuk mengelakkan pertikaian dan peperangan.

Nilai yang patut diamalkan oleh negara-negara Asia adalah nilai saling membantu dan
bekerjasama. Negara-negara Asia patut menerapkan usaha yang baik dan membina
bagimengeratkan hubungan antara satu sama lain demi menjaga ked amaian serantau.
Contohnya,negara-negara Asia sentiasa memberi bantuan antara satu sama lain dan
berkongsi idea agar dapat bersama-sama membangun negara yang maju. Tambahan
pula, usaha ini dapat dilakukan bersama oleh negara-negara Asia pada peringkat
individu, komuniti atau negara untuk mencapaisesuatu matlamat. Contohnya, Malaysia
dan negara Mesir menjalin usaha sama untuk menigkatkan pertukaran program
televisyen dan berita bagi memperkukuhkan kerjasama Selatan-Selatan dalam bidang
maklumat.

Nilai saling menghormati antara negara adalah antara salah satu nilai yang patut
diamalkan oleh negara-negara Asia. Negara-negara Asia harus menghargai hubungan
antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. Sebagai contoh, disebabkan
hubungan yang baik antarakedua-dua negara dan juga atas dasar nilai kemanusiaan
serta rasa hormat-menghormati, negaraMalaysia menghantar bantuan kepada negara
Pakistan untuk membantu menyelamatkan beribu-ribu mangsa yang tercedera akibat
peperangan. Selain itu, negara-negara Asia patut Memuliakan hubungan antara negara
supaya dapat membina kedamaian dan keamanan yang teguh antarasatu sama lain.
Contohnya, negara Malaysia sering bertukar-tukar rombongan kebudayaandengan
beberapa negara Asia serantau untuk mewujudkan hubungan yang mulia antara satu
sama lain. http://www.gooddrama.net/korean-drama/coffee-prince-episode-6/2-2

You might also like