You are on page 1of 3

19 Feb 1994 Keputusan pilihanraya diumumkan di mana PBS memenangi 25 kerusi, sementara

BN menang 23 kerusi. Kerusi-kerusi BN dimenangi oleh UMNO 18 kerusi, SAPP 3,


LDP 1 dan AKAR 1.
21 Feb 1994 Datuk Pairin mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 10.05
pagi di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri selepas menunggu
selama 36 jam di luar Istana. Sebanyak lapan ahli kabinet Kerajaan PBS turut
mengangkat sumpah
1 Mac 1994

YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menyatakan bahawa beliau dan beberapa orang
pemimpin PBS telah mengadakan perundingan secara tidak rasmi mengenai
kemungkinan penubuhan Kerajaan Campuran PBS-BN di Sabah.
3 Mac 1994 YB Datuk Joseph Kurup, Setiausaha Agung PBS, atas inisiatifnya sendiri
telah mengadakan pertemuan dengan para pemimpin atasan UMNO di Kuala
Lumpur untuk membincangkan kemungkinan mewujudkan semula hubungan kerja
yang baik antara pemimpin negeri dan persekutuan.
YB Datuk Lajim Haji Okin, Naib Presiden PBS menyatakan bahawa parti
mengizinkan Datuk Dr. Jeffrey untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-
pemimpin BN untuk menamatkan perhubungan tegang Negeri-Persekutuan.
5 Mac 1994

Datuk Pairin menyatakan bahawa beberapa cubaan telah dilakukan oleh pihak
pembangkang untuk menarik ADUN PBS. Kenyataan ini dibuat sempena sambutan
ulangtahun parti PBS yang kesembilan di Hongkod Koisaan, Penampang.
7 Mac 1994

Seramai 12 Pembantu Menteri yang dilantik ke dalam kabinet baru Datuk
Pairin mengangkat sumpah di hadapan Tuan Yan Terutama Yang Dipertua Negeri
11 Mac 1994

Enam pemimpin PBS bertindak keluar parti iaitu Datuk Clarence Bongkos Malakun,
YB Senator Laimun Laikim, James Andrew Vitales, Datuk Conrad Mojuntin,
Frederick Labunda dan Mohd. Ainal Fatah. Mereka mengumumkan pendaftaran
sebuah parti baru yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Datuk
Bongkos menjadi Presiden penaja parti tersebut.
12 Mac 1994

Tiga ADUN PBS bertindak keluar parti dan menyertai UMNO. Mereka ialah YB
Datuk Lajim Haji Okin, YB Rubin Balang dan YB Datuk Haji Zaini Mohd. Isa.
12 Mac 1994

Datuk Dr. Herman Luping membuat kenyataan akhbar bahawa Datuk Joseph Kurup
tidak akan meninggalkan PBS.
13 Mac 1994

Datuk Pairin mengumumkan pembubaran DUN yang bertahan hanya selama tiga
minggu sahaja pada jam 12.20 tengahari di kediaman rasmi beliau di Seri Gaya
untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan. Menurut Datuk Pairin, Tuan Yang
Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Mohd. Said Keruak telah bersetuju
dengan pembubaran tersebut pada pertemuan beliau pada jam 9.15 pagi. Walau
bagaimanapun, Tun Mohd. Said menafikan memberikan persetujuan dan kemudian
membuat laporan polis pada 4.15 petang di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu
mengenai dakwaan bahawa beliau menandatangani dokumen pembubaran DUN.

14 Mac 1994

YB Datuk Michael Lim Yun Sang menyertai SAPP.
Datuk Dr. Jeffrey menyatakan bahawa Datuk Pairin bersetuju untuk mengundurkan
diri sebagai Ketua Menteri bagi menyelesaikan krisis politik negeri. Kenyataan
ini dibuat di kediaman YAB Perdana Menteri di Sri Perdana sempena rumah
terbuka Hari Raya. Datuk Dr. Jeffrey kemudiannya mengadakan perbincangan
dengan YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dan kenyataan beliau disiarkan
secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada sebelah
petangnya, beberapa ADUN PBS bertindak meninggalkan parti iaitu YB Datuk
Baharom Abu Bakar Titingan dan YB Datuk Hassan Alban Sandukung. Datuk Dr.
Jeffrey membuat pengumuman pada sebelah petang mengenai hasratnya mahu
memasuki parti dalam komponen BN.
14 Mac 1994

YB Datuk Bernard Giluk Dompok bersama-sama dengan beberapa ADUN PBS,
dengan restu Datuk Pairin, pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan YAB Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan hasrat PBS untuk kembali ke pangkuan
BN. Beliau kembali ke Sabah pada jam 11.35 malam dan terus menuju ke Seri Gaya
untuk bermesyuarat dan memberi laporan kepada Datuk Pairin, ADUN-ADUN dan
ADR-ADR PBS yang lain. Dalam mesyuarat tersebut adalah ketara bahawa
pemimpin-pemimpin Cina dan Bumiputera Islam akan meninggalkan PBS. Datuk
Bernard melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau dan
rombongan bahawa BN tidak akan melayan apa juga permintaan atas nama PBS.
Semua yang hadir bersetuju menubuhkan parti baru melalui satu resolusi yang
ditandatangani oleh kesemua ADUN dan ADR PBS yang tinggal. Mereka ialah Datuk
Pairin, Datuk Bernard Dompok, Datuk Wilfred Bumburing, Dr. Maximus Ongkili,
Datuk Steven Kutai, Datuk Ewon Ebin, Datuk Monggoh Orou, Datuk Baggai Basirun,
Datuk Wences Angang, Datuk Tan Yong Gee, Datuk Kadoh Agundong, Datuk
Lawrence Gimbang, Datuk Michael Asang, Dr. Othman Minudin, Datuk Adib Sigoh,
Siringan Gubat, George Sangkin, Gisin Lombut, Jahis Jahim, Joseph Sitin Saang,
Markus Majihi, Radin Maleh dan Saibul Supu. Resolusi ini dikenali sebagai Resolusi
Seri Gaya 14 Mac 1994 dan ada dalam simpanan bekas Setiausaha Agung Penaja
PDS, YB Dr. Maximus Ongkili.
Datuk Pairin bersetuju bahawa nama yang paling sesuai bagi partu baru tersebut
ialah Parti Demokratik Sabah (PDS) yang menurut beliau mempunyai fengshui
yang bagus.
15 Mac 1994

Tiga ADUN PBS mengumumkan perletakan jawatan mereka iaitu YB Datuk Chau
Tet On, YB Datuk Joseph Kurup dan YB Datuk Chau Chin Tang. Dua Ahli Parlimen
dan seorang Senator PBS iaitu YB Lai Lun Tze, YB Joseph Vun Shin Choi dan YB
Senator Frankie Chong turut meletak jawatan dan kemudiannya menyertai SAPP.
Setakat ini, sejumlah sembilan ADUN PBS telah mengumumkan perletakan jawatan
dan keahlian mereka dalam perti. Tujuh daripadanya menyertai BN. Ini menjadikan
bilangan kerusi BN menjadi 30 dan PBS hanya mempunyai baki 22 kerusi, termasuk
ADUN yang dilantik.
YB Datuk Josep Kurup, Datuk Clarence Bongkos, Dr. Jeffrey Kitingan dan YB
Datuk Maidom Pansai melancarkan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang
telah didaftarkan lebih awal. Datuk Clarence mengumumkan Datuk Kurup
sebagai Presiden Penaja PBRS dan Dr. Jeffrey sebagai Timbalan Presiden.
Dr. Maximus Ongkili dan pemimpin-pemimpin PBS yang lain menyediakan dokumen
untuk mendaftarkan PDS d Seri Gaya selaras dengan keputusan penubuhan Parti
PDS pada malam 14 Mac 1994. Selepas selesai, satu lagi mesyuarat diadakan
di rumah kediaman Datuk Pairin. Beliau kemudiannya menarik balik
restunya terhadap penubuhan PDS. Keputusan beliau tersebut dipengaruhi oleh
para pemimpin PBS yang kebanyakannya tewas dalam pilihanraya. Beliau
tidak mendengar nasihat dan pendapat mengenai kepentingan perwakilan
masyarakat Kadazandusun dalam kerajaan.
Dengan keadaan demikian, Datuk Bernard Dompok dan ADUN-ADUN PBS yang
lain, khususnya dari kalangan Bumiputera Bukan Islam meneruskan cadangan
menubuhkan PDS seperti yang telah dipersetujui bersama atas dasar mahu
memastikan supaya ada perwakilan yang efektif dari semua kaum dan perkongsian
kuasa dalam Kerajaan BN.
Dr. Jeffrey meninggalkan PBRS dan mengumumkan hasrat beliau untuk
menubuhkan satu lagi parti baru.
16 Mac 1994

Dr. Jeffrey mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baru yang
dinamakan Parti Demokratik Sabah Bersatu (PDSB). Peristiwa ini berlaku sehari
selepas beliau diumumkan menjadi Timbalan Presiden PBRS. Dalam kenyataannya,
beliau mempelawa Datuk Pairin dan pemimpin-pemimpin PBS yang lain untuk
menyertainya.
BN telah mengumumkan secara rasmi kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua
Negeri Sabah bahawa ia telah mengukuhkan kedudukan majoriti dalam DUN dan
harus diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri dengan YB Tan Sri Sakaran
Dandai, Ketua Perhubungan UMNO Sabah sebagai Ketua Menteri Sabah.
17 Mac 1994

Datuk Pairin meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 1.50
petang dengan alasan PBS kini hanya mempunyai 22 ADUN sahaja. Seterusnya,
beliau mengadakan sidang akhbar perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah
di Seri Gaya pada jam 2.00 petang.
Pada jam 2.30 petang, Datuk Bernard mengumumkan penyerahan permohonan
penubuhan PDS bersama-sama dengan 21 pemimpin PBS iaitu YB Datuk Wilfred
Bumburing, YB Datuk Steven Kutai, YB Datuk Monggoh Orou, YB George Sangkin,
YB Gisin Lombut, YB Markus Majihi, YB Datuk Baggai Basirun, YB Ewon Ebin, YB
Siringan Gubat, YB Datuk Wences Angang, YB Datuk Kadoh Agundong, YB Jahid
Jahim, YB Datuk Lawrence Gimbang, YB Joseph Sitin Saang, YB Dr. Othman
Minudin, YB Radin Maleh, YB Saibul Supu, James Ligunjang, Claudius Sundang
Alex, Alex Martin dan Daniel John.
Pada jam 3.00 petang, Tan Sri Sakaran Dandai mengangkat sumpah sebagai
Ketua Menteri Sabah di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri
Sabah.
18 Mac 1994

Datuk Pairin menyerahkan tugas Ketua Menteri kepada Tan Sri Sakaran Dandai di
pejabat Ketua Menteri. Persidangan Dewan Undangan Negeri diadakan. Para ADUN
dan ahli kabinet BN mengangkat sumpah.

21 Mac 1994 Datuk Bernard menerima Sijil Pendaftaran PDS daripada Pendaftar Pertubuhan.
27 Mac 1994

PDS dilancarkan secara rasmi di Hongkod Koisaan. Terdapat 18 bekas wakil rakyat
PBS yang menyertai pelancaran tersebut.
10 April
1994

Datuk Kadoh Agundong, Naib Presiden PDS Penaja PDS dan YB Jahid Jahim, Ahli
Majlis Tertinggi PDS bertindak meninggalkan PDS dan kemudiannya menyertai
AKAR
12 April
1994

Datuk Markus Majihi meninggalkan PBRS dan menyertai PDS. Beliau sebelum ini
merupakan Ahli Majlis Tertinggi PDS.
15 April
1994
YB George Sangkin meninggalkan PDS dan menyertai AKAR.
23 April
1994

YB Datuk Monggoh Orow, Bendahari Agung Penaja PDS meninggalkan PDS dan
menyertai AKAR. Pada ketika ini, PDS masih mempunyai 12 ADUN dan 2 ADR,
sekaligus menjadi parti yang kedua terbesar selepas UMNO.
11 Jun 1994 PDS diterima sebagai salah satu daripada parti komponen BN.

You might also like