You are on page 1of 13

FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL

JANUARY 2014


BBPP1103

PRINCIPLES OF MANAGEMENT



NO MATRIKULASI : 790215085857001
NO. KAD PENGENALAN : 790215085857
NO. TELEFON : 016-4145721
E-MAIL : premk15@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Negeri Sembilan




1. PENGENALAN
Dalam kebanyakan aspek pengurusan, pengurus memainkan watak yang penting untuk
kepentingan organisasi yang diwujudkan dalam suatu persekitaran. Pengurus
merupakan individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk memastikan kerja
dilaksanakan melalui orang atau pekerja. Antara fungsi atau peranan pengurus adalah
mentadbir,menyelaras sumber-sumber dengan cekap dan berkesan. Jesteru itu, salah
satu tugas penting dalam melaksanakan fungsi pengurusan ialah pembuatan keputusan.
Pembuatan keputusan boleh ditakrifkan sebagai proses mengenal pasti masalah yang
wujud, menjana alternatif penyelesaian, memilih penyelesaian yang terbaik dan
melaksanakan keputusan yang dibuat atau proses memilih satu penyelesaian daripada
beberapa alternatif yang ada.
Laporan ini akan membincangkan tentang Teknik Delphi sebagai salah satu alternatif
dalam pembuatan keputusan. Laporan RAND Corporation kemudiannya menyatakan
bahawa teknik ini mula berkembang luas dalam kepelbagaian disiplin ilmu menerusi
penulisan artikel dan jurnal. Untuk itu, penulis membincangkan tentang pelaksanaan
teknik tersebut dan kegunaannya dalam pembuatan keputusan. Namun, tidak semua
pembuat keputusan boleh membuat keputusan yang rasional. Ini disebabkan limitasi-
limitasi atau had yang wujud sama ada dalam persekitaran ataupun dalam diri pembuat
keputusan itu sendiri.
Oleh itu, pembuat keputusan dalam sesebuah organisasi adalah pengurus. Dalam erti
kata lain, pengurus atau pembuat keputusan dalam sesebuah organisasi merupakan
individu atau pihak yang sama. Dalam proses perkembangan teknologi pada masa
kini, persekitaran dalam sesebuah organisasi akan sentiasa berubah. Maka, pembuat
keputusan haruslah membuat keputusan dengan bijak.





2. DEFINISI TEKNIK DELPHI
Teknik Delphi digunakan untuk laporan saya kerana teknik Delphi adalah merupakan
kaedah yang terbaik untuk memperoleh persetujuan pakar dalam menentukan elemen-
elemen yang boleh dimasukkan dalam reka bentuk modul tersebut.
Pendapat pakar digunakan untuk kajian-kajian yang melibatkan pembangunan sesuatu
model atau produk telah bermula di RAND Corporation oleh Olaf Helmer dan
Norman Dalkey dalam tahun 1953 yang mengkaji masalah-masalah tertentu dalam
tentera .Kaedah Delphi mempunyai tiga sifat yang istimewa iaitu ketelusan, maklum
balas terkawal dan analisis statistik kumpulan.
Linstone dan Turoff (1975) membentuk lima asas utama Teknik Delphi adalah:
Sampel dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui jawapan
sampel lain dalam panel pakar;
Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain pada pusingan kedua apabila
penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut kepada
setiap ahli panel;
Sampel tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun
sampel lain dalam menentukan jawapan soal-selidik mereka;
Data dianalisis secara statistik;
Data yang diberi oleh sampel adalah tiada pilih kasih (tidak bias) dan dengan
demikian panel memainkan peranan untuk mencari penyelesaian atau
mencapai konsensus.
Dewasa ini, kaedah Delphi telah meluas penggunaannya dalam bidang perniagaan,
pendidikan, sains sosial, pengurusan pentadbiran, penilaian polisi, perancangan
program dan isu-isu yang memerlukan perhatian .Pelbagai konsep yang diberikan
berkaitan kaedah Delphi, antaranya cara sistematik yang menggabungkan keputusan
individu bagi memperoleh satu kesimpulan bersama (Helmer,1968), satu kaedah untuk
mendapatkan dan menyaring pendapat panel yang terdiri daripada pakar sesuatu
bidang (Dalkey,1972), dan tatacara pengundian panel responden (Hill dan
Fowles,1975).

3. SEJARAH TEKNIK DELPHI
Istilah Delphi merupakan satu istilah yang disandarkan kepada satu tempat meramal
nasib di Greek dan kebanyakan orang berkunjung untuk meramal masa depannya.
Ianya diperkenalkan sebagai salah satu teknik penyelidikan oleh Olaf Holmer dan
Norman Dalkey dari RAND Corporation pada tahun 1953 (Lang 2000). Namun,
sebelum itu, Henson (1980) telah menyatakan bahawa teknik ini telah dinamakan oleh
seorang ahli falsafah bernama Abrahem Kaplan. Pada peringkat awalnya, teknik ini
digunakan oleh pengkaji dalam kajian berkaitan dengan penentuan ramalan cuaca
untuk jangka masa panjang, menilai peruntukan kewangan, perancangan korporat dan
pembinaan model struktur (Snyder et al. 2000 & Lang 2000). Laporan RAND
Corporation kemudiannya menyatakan bahawa teknik ini mula berkembang luas
dalam kepelbagaian disiplin ilmu menerusi penulisan artikel dan jurnal (Dalkey &
Halmer 1962; Dalkey 1967; Helmer 1967; Brown 1968 & Rescher 1969).Pada
dasarnya teknik Delphi dinamakan kerana fungsinya yang merujuk kepada satu set
prosedur untuk mendapatkan dan memurnikan pandangan dan pendapat sesuatu
kumpulan biasanya ialah panel pakar terhadap sesuatu isu tertentu untuk tujuan
kesahan kandungan (Dalkey 1967; Brown 1968 & Anderson 1975). Menurut
Woudenberg (1991) dan Dijk (1990), teknik ini mempunyai tiga kategori iaitu:
The Conventional Delphi Teknik ini mempunyai dua fungsi utama iaitu
untuk meramal dan menganggar sesuatu parameter yang tidak diketahui dan
biasanya menjadi amalan dalam bidang sains dan teknologi.
The Policy Delphi Teknik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan atau
persetujuan yang paling kuat terhadap sesuatu isu sama ada berbentuk positif
atau negatif dan boleh digunakan dalam bentuk umum.
The Decision Delphi Tujuan teknik ini adalah untuk menghasilkan satu
resolusi yang jitu berasaskan kepada pandangan pakar seperti dalam proses
mencapai kata sepakat dalam masalah belanjawan, pengguguran dan
seumpamanya.
Dari segi pelaksanaan pula, teknik Delphi mempunyai dua strategi pelaksanaan iaitu
secara semulajadi (pure Delphi Technique) dengan dimulai dengan soalan temubual
terbuka dan secara ubahsuaian (modified Delphi Technique) yang disertai item
berstruktur. Penulisan ini seterusnya adalah berfokus kepada teknik Delphi
Ubahsuaian sahaja kerana penulis telah berpengalaman melaksanakan teknik ini dalam
beberapa kajian tertentu.

4. PROSEDUR TEKNIK DELPHI DAN PENENTUAN PAKAR
Bagi melaksanakan teknik Delphi dalam sesuatu pembuatan keputusanoleh kumpulan
yang berfokus kepada sesuatu tema, pertama sekali pengkaji perlu menentukan item-
item dalam bentuk yang kemas dan boleh dikuasai oleh panel pakar. Dalam
menentukan sesuatu item, kajian literatur yang mendalam terhadap keputusan sebelum
ini perlu dilaksanakan. Kumpulan juga boleh melaksanakan beberapa teknik untuk
mendapatkan maklumat berkaitan sama ada melalui temubual, analisis dokumen atau
kandungan terhadap bahan sumber seperti kitab atau penulisan tertentu yang berkaitan.
Setelah itu, pengkaji perlu menentukan sekumpulan pakar yang bersetuju untuk
memberi sumbangan kepakaran mereka dalam menyatakan idea, mengkritik dan
menambah baik kandungan item yang telah disusun oleh pengkaji. Stover dan
Theodore (1978) dan The university of Sukhothai Thammatirat, Thailand (1994 dlm
Ibrahem 2003) menyatakan ciri-ciri prosedur penggunaan teknik Delphi iaitu:
Anonimiti: Panel pakar yang dipilih menyertai kajian menggunakan teknik
Delphi bukanlah berbentuk kolektif, malahan mereka tidak berpeluang
mengenali antara satu sama lain. Ini bertujuan membolehkan para pakar
mengeluarkan pandangan secara sukarela tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.
Ciri ini dapat mengurangkan wujudnya pengaruh kesan biasoleh individu yang
dominan, tekanan dalam kumpulan dan komunikasi yang tidak relevan
(Ibrahem 2003).

Interaksi: Walaupun para pakar yang dipilih tidak berpeluang bertemu atau
mengenali sesama sendiri, tetapi menerusi teknik ini mereka berpeluang
berinteraksi menerusi pandangan dan jawapan yang dinyatakan dalam
instrumen. Ini kerana teknik ini membenarkan kesemua komen, pandangan
serta rumusan statistik dimasukkan pada pusingan yang seterusnya. Semua
pakar diminta menyatakan respon atau persetujuan terhadap pandangan pihak
lain dan mengesahkan pandangan mereka. Proses ini berulang-ulang sehingga
persetujuan pakar dapat diperoleh (Stove & Gordon 1978; Ibrahem 2003)

Ulasan Terkawal (controlled feedback): Ciri ini menekankan kepada sifat
Ulasan pakar yang neutral. Setiap ulasan berulang perlu dikawal supaya tiada
pengaruh daripada individu atau pakar yang lebih dominan (Ibrahem 2003).

Ulasan Statistik: Setiap respon pakar dianalisis menggunakan analisis statistik
yang lebih menekankan kepada ciri umum berbanding skor min. Justeru,
statistik yang digunakan ialah dalam bentuk median, interkuatil dan frekuensi
(Ibrahem 2003).

Kesemua ciri tersebut perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan tujuan untuk
memperoleh persetujuan pakar. Usaha tersebut dilaksanakan bagi menggabungkan
pelbagai idea, pendapat dan pandangan pakar ke arah persetujuan mereka. Uniknya
persetujuan ini tercapai tanpa ada bias dan tekanan dari pihak yang lebih berdominasi
tinggi (Stover & Theodore 1978 dlm Ibrahem 2003, Ibrahem 2003). Para pakar akan
terlebih dahulu dihubungi dan persetujuan mereka perlu disahkan. Ini untuk menjamin
pengekalan komitmen mereka sehingga tamat pusingan Delphi yang terakhir.
5. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEKNIK DELPHI
Setiap teknik pembuat keputusan terdapat juga kelebihan dan kelemahan tertentu.
Teknik Delphi juga menpunyai kelebihan dan kekurangan di dalam menghasilkan
keputusan dalam kumpulan. Antara kelebihan dan kelemahan teknik Delphi adalah :
Kelebihan
Ahli kumpulan lebih komited dan bermotivasi untuk menjayakan
keputusan tersebut.
Dapat menjana idea dengan lebih banyak dengan mendengar pandangan
dari ahli-ahli kumpulan yang terlibat.
Meningkatkan kualiti keputusan yang telah dibuat kerana segala
ketidakpastian telah dibincangkan bersama ahli kumpulan dan telah
mendapat rujukan dari pakar yang berkaitan.
Kelemahan
Perbelanjaan dan kos yang tinggi untuk segala urusan yang berkaitan
dengan rujukan dari pakar kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan
kurier, pos, kenderaan dan lain-lain untuk urusan penghantaran sampel.
Hasil keputusan dari ramalan dan jangkaan pakar.
Tidak semua keputusan bersesuaiaan dengan keadaan.
Mengambil masa yang lama kerana bukan hanya terlibat dalam ahli
kumpulan sahaja. Tetapi terlibat dengan ahli pakar yang tidak menentu
masa nya.


6. PENGGUNAAN TEKNIK DELPHI DALAM SEBUAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan penglibatan penulis terhadap satu pembuatan keputusan
untuk kerja dalam pasukan jualan dan perancangan di syarikat Lengkuas Grafik Sdn.
Bhd. Penggunaan teknik Delphi dua pusingan (two round Delphi technique). Fasa ini
yang menggunakan teknik Delphi adalah berpandukan kerangka kajian yang pernah
dijalankan menerusi penyelidikan Stewart, OHalloran, Harrigan & Singleton (1999),
Zargari et al. (2000) dan Feridah (2003). Instrumen dalam pembuatan keputusan fasa
ini ialah hasilan tema jualan dan perancangan syarikat yang dianalisis menerusi
dapatan kajian.
7. PROSEDUR REKABENTUK ITEM INSTRUMEN DELPHI
Rekabentuk item instrumen teknik Delphi ini iaitu jualan dan perancangan adalah
melibatkan beberapa fasa dalam proses pembuatan keputusan. Fasa pertama dalam
pembuatan keputusan ini adalah melibatkan satu analisis keperluan terhadap hasil
jualan dan juga kaedah perancangan yang perlu digunakan oleh syarikat Lengkuas
Grafik Sdn. Bhd. Bagi mendapatkan data berkenaan, temubual separuh struktur telah
dijalankan oleh pengkaji.

Kepakaran


Jawatan

Jabatan

Kelulusan Tertinggi
Pengiklanan Pengarah Kreatif Seni Kreatif dan
Pengiklanan
Sarjana Komunikasi
Massa
Pereka Bentuk Grafik Pengarah Grafik dan
Rekabentuk
Rekabentuk dan
Grafik
Sarjana Seni dan
Rekabentuk

Peserta yang dilibatkan adalah 2 orang dari konsultan pengiklan yang dilantik dan juga
pereka grafik yang berpengalaman luas dalam bidang pengiklanan. Data juga
diperoleh menerusi temubual terhadap lapan orang pelangan yang baru menggunakan
perkhidmatan syarikat Lengkuas Grafik Sdn. Bhd dalam penghasilan label produk
keluaran mereka dari pelbagai jenis material. Dapatan menunjukkan bahawa kesemua
peserta kajian menyatakan reaksi yang menggalakkan terhadap rekabentuk label
produk yang dihasilkan oleh syarikat untuk kegunaan produk keluaran mereka.
Analisis kandungan terhadap beberapa buah buku perancangan dan teknik pemasaran
terpilih dilakukan oleh penyelidik bagi mendapatkan data-data berkaitan kandungan
teknik jualan dan perancangan. Data yang diperoleh daripada buku tersebut serta
hasilan temubual separuh struktur disisipkan ke dalam instrumen yang diedarkan
kepada para pakar. Jadual 1 menampilkan responden yang bersetuju untuk menjadi
pakar Delphi dalam kajian penulis.
8. PROSEDUR PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA TEKNIK
DELPHI
Bagi pelaksanaan Delphi ini , penulis telah menemui kesemua pakar secara berasingan
pada salah satu pusingan dan selebihnya insrumen tersebut dipos secara ekspres atau
menggunakan kiriman elektronik (e-mail) berdasarkan kesesuaiannya dengan pakar
berkenaan. Setiap item dalam instrumen dipaparkan disisinya dengan skala Likert
(Likert Scales) berserta ruangan kosong untuk huraian atau komen dan cadangan pakar
(Rujuk lampiran). Setelah pusingan pertama diterima, data dianalisis menggunakan
program SPSS untuk window dan juga Microsoft Excel untuk penjadualan yang lebih
kemas. Analisis tersebut bertujuan untuk mendapatkan kadar median dan julat antara
kuatil (inter-quatile range). Median digunakan untuk menentukan majoriti persetujuan
pakar sementara julat antara kuatil adalah untuk menunjukkan perkaitan persetujuan
antara pakar bagi setiap item. Setelah itu, pusingan kedua yang mengandungi set
instrumen yang telah diubahsuai berdasarkan pandangan dan komentar semua pakar
dilaksana. Tujuan pusingan ini adalah untuk mendapat dan mengesahkan kadar
persetujuan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan jitu daripada sekumpulan
pakar terhadap keputusan yang dicapai oleh pasukan jualan dan pemasaran syarikat
Lengkuas Grafik Sdn. Bhd. Instrumen ini (set kedua) turut mengandungi rumusan
statistik dan nilai konsensus para pakar dalam pusingan terdahulu. Pada kali ini, para
pakar boleh menentukan sama ada:
Mengesahkan penentuan, komentar dan cadangannya yang asal jika respon pada
pusingan satu lalu berada dalam julat antara kuatil.
Membuat perubahan terhadap penentuan, komentar dan cadangannya yang asal jika
respon pada pusingan satu lalu berada luar daripada julat antara kuartil.
Tetap dengan pandangannya yang jatuh di luar daripada julat antara kuatil, tetapi
beliau perlu menyatakan alasan dan rasional bagi situasi berkenaan.
9. PELAKSANAAN PROSES DELPHI DUA PUSINGAN
Para pakar dihubungi melalui telefon dan bersemuka untuk mengesahkan perlantikan
mereka sebagai pakar. Surat perlantikan rasmi disusuli kemudiannya dan mereka
diminta memberikan jawapan bertulis secara rasmi sama ada bersetuju atau tidak
bersetuju untuk menawarkan diri sebagai pakar dalam proses Delphi ini. Ini penting
untuk menjamin komitmen pakar dan kesabaran mereka yang berterusan sehingga
tamat kedua-dua proses tersebut. Setelah reaksi persetujuan diterima , pakar dihubungi
secara telefon, sistem pesanan ringkas (sms) atau e-mail(mengikut keselesaan pakar)
untuk tujuan pertemuan dan pengiriman instrumen berkenaan. Pakar diminta meneliti,
memberi nilai berdasarkan skala yang diberikan, membuat komen dan cadangan
terhadap kandungan tersebut. Tempoh masa yang diperuntukan adalah berdasarkan
tempoh yang ditetapkan dalam perancangan. Bagaimanapun tempoh ini telah berubah
tertakluk kepada komitmen semua pakar yang terlibat dalam proses ini. Kecepatan dan
kelambatan seseorang pakar adalah mempengaruhi tempoh jangkaan pelaksanaan
keseluruhan proses ini.












9.1 Pusingan Pertama












Rajah : Pelaksanaan Teknik Delphi: Kutipan, analisis data dan pemurnian item
Senarai instrumen telah dihantar kepada setiap orang pakar. Penggunaan e-mail atau
pos ekspres dilakukan ke atas pakar yang menetap di luar lembah Kelang. Masa yang
diperuntukkan ialah selama dua minggu. Penulis telah mula mengutip instrumen yang
telah disemak setelah dua minggu berlalu, bagaimanapun terdapat pakar yang perlu
mengambil masa sebulan untuk diserahkan kerana kesibukan tugas. Setelah itu data
diproses menggunakan SPSSVersion 11.5 for Window dan turut memasukkannya ke
dalam Microsoft Excel.Analisis median dan julat antara kuartil dikeluarkan. Penulis
telah mengambilkira semua komen dan cadangan pakar dan seterusnya memurnikan
kandungan berkenaan untuk tujuan semakan seterusnya. Terdapat beberapa masalah
kecil yang dihadapi pada pusingan pertama ini terutamanya berkaitan komitmen
beberapa orang pakar yang agak sibuk. Bagaimanapun, akhirnya masalah tersebut
dapat diatasi meskipun ada sedikit kelewatan beberapa orang pakar dalam komitmen
mereka.


Pusingan I: Senarai Perancangan jualan dan
pemasaran dihantar tangan/ pos ekspres/e-
mail (tempoh sebulan) dihantar tangan/ pos
ekspres e-mail (tempoh sebulan)
Tatacara Kutipan dan Analisis Data
Teknik Delphi: Konsensus pakar
Pusingan 2: Senarai Perancangan II
jualan dan pemasaran dihantar tangan/
pos ekspres/e-mail
(tempoh 2 minggu: jangkaan)
Keputusan Perancangan Jualan Dan
Pemasaran
Analisis
kandungan
II:
Saturation
berasaskan
pandangan
pakar
Pemurnian
Berasaskan
konsensus
pakar kali
kedua
9.2 Pusingan Kedua
Proses pusingan pertama diteruskan pada pusingan kedua ini.
Walaubagaimanapun, setiap item dalam senarai kandungan akhlak turut
disertakan di sisinya nilai median dan nilai julat antara kuartil hasilan analisis
terhadap respon pakar pada pusingan pertama dahulu. Untuk itu, pakar boleh
membandingkan pandangannya berbanding pandangan pakar lain. Tempoh
masa yang diperuntukkan pada pusingan kedua ini ialah selama dua minggu.
Penulis mula mengutip instrumen yang telah disemak pada dua minggu
berikutnya. Sekali lagi diproses untuk kali keduanya menggunakan SPSS11.5
for Window dan juga Microsoft Excel. Analisis median, julat antara kuartil dan
data ujian Wilcoxon matched-pairs signed-ranks test dikeluarkan. Pengkaji
mengambilkira semua komen dan cadangan pakar dan seterusnya memurnikan
kandungan berkenaan untuk tujuan semakan terakhir.













RUMUSAN
Penggunaan Teknik Delphi dalam penyelidikan telah lama diperkenalkan dan telah mula
digunakan oleh para penyelidik di Malaysia terutamanya kepada penyelidik peringkat ijazah
tinggi di institusi awam tertentu beberapa tahun yang lalu. Sebagai alternatif kepada bidang
penyelidikan yang dilaksanakan oleh para wanita, teknik Delphi adalah salah satunya yang
dicadangkan menerusi penulisan ini. Ini diharapkan dapat memberi manfaat yang berguna
kepada kumpulan dan semua pihak yang terlibat dalam pembuat keputusan.
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kaedah Delphi, dapatlah dirumuskan bahawa melalui
kaedah ini responden bebas memberi pendapat dan disoal beberapa pusingan melalui surat
atau e-mel. Kaedah ini dapat menggantikan perbahasan secara langsung dengan reka bentuk
program penyelidikan yang biasanya dijalankan melalui soal selidik.
Teknik Delphi juga merupakan teknik yang efisien dalam membuat telahan suatu kajian pada
masa hadapan. Melalui teknik ini pendapat atau pandangan sekumpulan pakar dapat diperoleh
tanpa perlu bersemuka di antara satu sama lain. Teknik ini digunakan untuk membuat
keputusan dalam sesuatu bidang kajian atau program yang baru dan perlu diterokai pada masa
hadapan serta belum dibangunkan lagi. Ia mengambil kira pandangan sekumpulan pakar dan
tidak mempunyai teori yang bersifat formal. Penggunaannya yang sangat meluas dan
menyeluruh dalam pelbagai bidang.










RUJUKAN
Ibrahem Narongraksakhet. (2003). Developing local-based curriculum guidelines for Islamic
private schools in Southern Thailand. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.
Helmer, O. (1994). Adversary Delphi dlm. Futures, vol.26.no.1, hal. 79-88
Lang, T. (2000). an overview of four future methodologies. (atastalian) http://www.
Soc.hawaii.edu/future/j7/LANG.html (24 Disember 2000)
Dalkey,N. & Helmer,O. (1962). An experimental application of the Delphi method to the use
of experts. Santa Monica: The RAND Corporation.
Henson, L.L. (1980). The use of the Delphi Technique: university community involvement in
the creation of a library building program at Florida Institute of Technology. Disertasi ijazah
Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Florida State University, USA.
Dijk, J.V. (1990). Delphi questionaires versus individual and group interviews dlm.
Technological forecasting and social change, vol. 37, hal. 293-304.

You might also like