You are on page 1of 16

KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.

1-5/53/09) 2009

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Terangkan Anugerah Inovasi


Perkhidmatan Awam mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA
Bil. 3/93).

1. Definisi Inovasi

Perkataan inovasi berasal daripada bahasa Latin dan pada asalnya


membawa maksud ‘pembaharuan’. Kebanyakan orang mendefinisikan inovasi
sebagai pembangunan teknologi baru, atau aplikasi sesuatu teknologi dalam
kegunaan tertentu. Dalam kertas kerja ini inovasi didefinisikan sebagai
kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu
masalah dan peluang untuk meningkatkan atau memperkayakan taraf hidup
masyarakat. Harvard’s Theodore Levitt mengatakan “innovation is doing new
things”. Seorang usahawan yang berjaya itu perlu berfikir dan melakukan
sesuatu yang baru atau memperbaharui yang lama dengan cara/jalan yang
baru.

Drucker, Peter Ferdinand merupakan tokoh yang bertanggungjawab di dalam


mengetengahkan inovasi dan ini diakui oleh beberapa pihak seperti Wall
Street Journal dan Fortune.

“The dean of this country’s business and management philosophers.” - Wall


Street Journal.

“Any book by Drucker is rewarding, and it is impossible to read the man


without learning a lot...... Drucker’s ideas continue to display a force and
resonance that leave him pretty much in a class by himself.” - Fortune.

Tujuan inovasi ialah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan


baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. Namun
demikian sesetengah orang berpendapat bahawa inovasi tidak semestinya
melibatkan teknologi. Inovasi juga didefinisikan sebagai penciptaan cara-cara
baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna. Prof. Hirotaka Takeuchi
iaitu profesor bidang pemasaran dan perdagangan antarabangsa di Universiti
1
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

Hitotsubashi mengatakan untuk menghasilkan inovasi, tidak semestinya ada


individu-individu genius di dalam sesebuah organisasi korporat seperti yang
dilakukan di Barat.

Di Jepun, inovasi dihasilkan oleh pasukan-pasukan projek kreatif yang


dianggotai oleh para pengurus pertengahan. Mereka terdiri daripada para
jurutera, para pengurus pengeluaran, para jurujual dan pengurus kualiti yang
bekerja bersama-sama sejak mula hingga akhir dalam proses penciptaan
inovasi. Di Barat, mereka lebih kepada penggunaan pasukan-pasukan
fungsional yang berbeza-beza. Di Amerika, para pakar telah mencipta
pelbagai cara penyelidikan dengan tujuan syarikat-syarikat dapat mencipta
dan menjual produk baru yang berjaya dalam pasaran. Antara kaedah yang
digunakan ialah survei, kumpulan fokus dan soal-selidik.

Di dalam syarikat-syarikat jepun, pasukan-pasukan projek kreatif


berfungsi dengan berkesan kerana beberapa faktor. Pertama, pasukan-
pasukan itu diberi matlamat yang jelas dan tepat berkenaan apa yang mesti
mereka cipta atau hasilkan. Kedua, mereka diberi autonomi untuk mencapai
matlamat bagi tugas yang dijalankan. Ketiga, anggota pasukan-pasukan itu
dipilih sendiri oleh pucuk pimpinan syarikat.

Kita melihat di dalam syarikat Sharp, mereka menubuhkan pasukan-pasukan


khas yang ditubuhkan untuk projek-projek mendesak atas arahan pemimpin.
Apabila sesuatu projek itu disebut sebagai projek strategik yang penting,
setiap anggota pasukan projek berkenaan di beri lencana emas untuk dipakai.
Apabila ada mana-mana kakitangan syarikat itu diminta oleh pemakai lencana
emas supaya membuat sesuatu tugas yang susah, orang itu akan cepat-
cepat dan bermati-matian melakukan kerja.

Untuk menerangkan perkara ini, satu contoh dapat digunakan. Syarikat


Matsushita Electric dulu lebih dikenal dengan gelaran maneshita, yang
bermaksud “tukang tiru”. Walaupun ia sebuah syarikat yang besar dan
berjaya ia bukan sebuah syarikat inovasi. Tetapi, sejak ia berjaya mencipta
sebuah mesin pembuat roti automatik yang pertama di dunia dan diberi
2
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

jenama Home Bakery, budaya syarikat itu bertukar sama sekali. Semenjak itu
budaya korporat Matsushita Electric berubah daripada budaya meniru kepada
budaya inovasi.

Mengkaji proses inovasi dalam suasana organisasi mewakili satu


peralihan dari model resapan klasik dari segi beberapa perkara penting.
Misalnya, proses inovasi dalam organisasi biasanya dianggap berjaya jika
proses itu menyebabkan pelaksanaan (termasuk menginstitusikan idea baru
itu), bukan hanya kepada keputusan untuk menerima sahaja. Tambahan pula,
seperti yang disebutkan individu memainkan peranan yang aktif, kreatif dalam
proses inovasi dengan memadankan inovasi itu dengan masalah organisasi
yang dipersepsikan dan mungkin semasa mencipta semula inovasi itu.

Sebuah inovasi tidak patut dianggap sebagai satu yang tetap, tidak
varian dan unsur statik dalam proses inovasi, tetapi juga sebagai idea yang
longgar dan sebagai yang mudah disesuaikan yang seterusnya akan di
definisi dan di definisi semula apabila proses inovasi itu berkembang. Untuk
mencipta dan melaksanakan inovasi, Peter F. Drucker menyebut beberapa
perkara yang mesti dilakukan, perkara-perkara yang lebih baik jangan dibuat,
dan beberapa syarat.

Perkara-perkara yang mesti dilakukan:

Inovasi adalah bersifat konseptual dan perseptual.


Di dalam setiap inovasi terkandung konsep-konsep baru dan persepsi-
persepsi baru. Inovasi bukan hasil analisis semata-mata. Ia melibatkan
ketiga-tiganya, iaitu konsep, persepsi dan analisis fakta. Seorang inovator
hendaklah terlebih dahulu mencipta konsep dan persepsi baru.

Inovasi adalah pengenal pasti peluang-peluang baru.Para inovator


didorong oleh peluang-peluang mencari keuntungan dengan cara memenuhi
keperluan para pengguna. Untuk mengenal pasti peluang-peluang itu, mereka
melakukan pemerhatian pada trend-trend, masalah-masalah dan perubahan-
perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.
3
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

Untuk mencipta inovasi yang efektif, inovasi itu hendaklah bersifat


simple.
Sesuatu inovasi hendaklah mempunyai fokus. Buat satu perkara saja. Kalau
inovasi itu melibatkan macam-macam perkara, pengguna mudah keliru; kalau
rosak pula, ia sukar diperbaiki; harganya pun mahal.

Inovasi yang efektif bermula secara kecil-kecilan.


Cita-cita yang terlalu besar akan menggagalkan usaha inovasi. Tujuan inovasi
hendaklah spesifik. Kita perlu melaksanakan perkara yang sepatutnya
dilaksanakan terlebih dahulu. Aplikasi adalah faktor penting dalam inovasi.
Jangan hanya memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh inovasi itu. Fikirkan
juga apa yang dapat mendorong supaya orang yang sepatutnya
menggunakan inovasi itu, mahu menggunakannya. Kalau tidak, nanti akan
berlaku keadaan di mana inovasinya betul, tetapi bentuknya salah, seperti
yang berlaku kepada alat pembuka durian yang pernah dicipta pada satu
masa dahulu. Hingga sekarang orang lebih suka menggunakan pisau biasa
untuk membuka durian. Inovasi-inovasi yang cuba mencipta kegunaan-
kegunaan baru dan memasuki pasaran-pasaran baru mestilah dibuat
berpandukan tujuan teknikal yang jelas, tepat, dan reka bentuknya memenuhi
aplikasinya.

Jangan cuba membuat inovasi dalam banyak bidang. Kita boleh


mempelbagaikan perniagaan, tetapi jangan mempelbagaikan inovasi. Jangan
cuba melakukan semua perkara serentak. Inovasi memerlukan banyak
sumber yang mesti diusahakan untuk mencapai kejayaan. Para inovator yang
berjaya jarang berkarya lebih daripada satu bidang. Sebagai contoh, Thomas
Edison, inventor yang memiliki lebih daripada seribu paten, hanya berkarya
dalam bidang elektrik. Inovasi memaksa adanya kerja keras, kegigihan,
ketabahan, tekad, dan kepakaran yang tinggi. Kepelbagaian inovasi akan
mencairkan itu semua dan menempah kegagalan.

4
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

Perkara-perkara yang mesti dielakkan:


1. Jangan jadi terlampau cerdik. Semua jenis inovasi akhirnya akan
digunakan oleh orang-orang biasa. Ada kalanya inovasi itu akan
digunakan oleh orang-orang bodoh dan yang separuh bodoh. Kalau
inovasi itu terlampau cerdik, ia pasti gagal. Kalau jurutaip terpaksa
belajar sains komputer terlebih dahulu sebelum dia dapat
menggunakan komputer, komputer itu pasti gagal.

2. Jangan mencipta inovasi untuk masa depan. Inovasi hendaklah dicipta


untuk masa sekarang. “Apakah keperluan sekarang?”, itu yang mesti
dijawab oleh inovasi, bukan “Apakah yang diperlukan 10 tahun dari
sekarang?”. Memang inovasi boleh mempunyai kesan yang lama,
tetapi untuk berjaya inovasi itu mesti ada aplikasi yang serta-merta.

Sebagai contohnya, komputer mula diperkenalkan dalam tahun 1940-an.


Dalam tahun 1970-an barulah komputer digunakan secara besar-besaran
dalam bidang perniagaan, iaitu kira-kira 25 tahun kemudian. Model-model
komputer yang awal tidak dicipta untuk tujuan perniagaan. Model-model itu
dicipta untuk memenuhi keperluan-keperluan pada tahun 1940-an iaitu kerja-
kerja kira-mengira saintifik, kemudian menyediakan bayaran gaji, kemudian
untuk mencipta alat komputer bagi melatih juruterbang dan seterusnya. Dua
puluh lima tahun esok akan timbul keperluan-keperluan baru bagi komputer,
tetapi buat hari ini, mereka mencipta komputer yang diperlukan pada hari ini.

Selain itu, sikap, nilai, norma dan struktur organisasi yang sesuai merupakan
pra-syarat dalam menuju inovasi yang berjaya. Kejayaan kebanyakan syarikat
perniagaan pada hari ini adalah disebabkan oleh adanya penyelidikan dan
pembangunan yang dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi itu bagi
mewujudkan inovasi. Dalam hal ini, kita boleh lihat 2 langkah awal dalam
‘kandungan asas’ kejayaan inovasi pada masa sekarang:

a) Komitmen pihak atasan (top management). Keseluruhan program atau


projek yang dijalankan adalah di sokong sepenuhnya oleh pihak atasan.
Sebagai contohnya, persaingan di dalam industri kalkulator, pihak
5
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

pengurusan pertengahan Canon yang berjaya mencipta inovasi terhadap


kalkulator kecil yang pertama di dunia telah mengemukakan kertas cadangan
kepada pihak pengurusan atasan tetapi pihak pengurusan atasan telah
menolak cadangan supaya penemuan itu dikomersilkan akhirnya Canon telah
dikalahkan oleh pesaingnya daripada Casio dan Sharp. Hanya selepas
Canon melihat pihak Casio mengaut keuntungan yang banyak barulah
,mereka cuba memasuki pasaran tetapi itu pun dalam keadaan tergesa-gesa
dan akhirnya mereka tewas dan mengalami kerugian.

b) Projek Juara, inovator yang bersemangat untuk memenuhi keperluan


inovasi. Ianya mewujudkan tanggungjawab kepada reka bentuk program
inovasi tersebut.

Membentuk Budaya Inovasi Usaha membentuk budaya ini merupakan tugas


pemimpin dalam sebuah organisasi. Inovasi perlu dianggap sebagai satu
strategi utama organisasi. Bagi menghasilkan budaya inovasi pada pelbagai
peringkat dalam organisasi, tenaga dan idea-idea individu kreatif perlu
difokuskan kepada mencapai matlamat organisasi. Kumpulan atau pasukan
tertentu digunakan sebagai alat untuk mencapai cita-cita ini. Sebagai Contoh,
Toyota telah mencipta sistem pengeluaran yang disebut JIT (Just In Time)
atau ‘tepat-pada-masa’ (TPM). Dalam sistem ini, kilang Toyota beroperasi
tanpa mempunyai inventori barang-barang separuh siap. Setiap tahap kerja
pengeluaran mesti menerima bekalan barang-barang yang dikehendaki tepat
pada masa dan dalam jumlah yang tepat. Toyota tidak perlu berbelanja untuk
menyediakan stor atau penyeliaan stor. Sistem ini membantu Toyota
mengurangkan kos dan menambah jumlah jenis produk yang dapat
dikeluarkan.

Semua usaha ini memerlukan keseimbangan keperluan di antara


individu, pasukan dan orang yang mempunyai kuasa dalam organisasi
tersebut. Terdapat beberapa prinsip utama iaitu:

6
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

1. Keputusan berdasarkan matlamat yang jelas pada setiap masa.


2. Para pekerja sedar bahawa membantu pekerja lain menjadi inovatif
adalah sebahagian daripada tugas mereka.
3. Para pekerja sanggup berkongsi idea kerana mereka akan mendapati
pekerja lain akan membentuk dengan pelbagai cara dan akhirnya
menguatkan idea tersebut.
4. Setiap orang dalam pasukan tersebut merasakan mereka masing-masing
mempengaruhi situasi dalam kumpulan.
5. Eksperimen dihargai dan diharapkan daripada setiap pekerja dalam
organisasi.
6. Kesilapan dianggap sebagai pengajaran. Pembelajaran digalakkan.
7. Para pekerja percaya bahawa pekerja yang lain akan mendengar, belajar
daripada dan memberitahu mereka.
8. Inovasi adalah sebagai suatu yang perlu dicari bukan sebagai suatu yang
perlu diurus.

Organisasi yang mengamalkan budaya inovasi adalah sangat fleksibel.


Setiap ahli dalam organisasi menghormati dan menghargai idea-idea kreatif
yang dihasilkan oleh individu kreatif dalam organisasi tersebut. Sumbangan
individu tersebut dianggap sebagai suatu yang bererti kepada kumpulan,
pasukan dan organisasi. Struktur, sistem dan proses dalam organisasi cuba
untuk menyesuaikan diri dengan individu tersebut. Ia adalah perubahan yang
berterusan dalam organisasi dan pemimpin akan mengawal hak berinovasi,
persoalan dan eksperimen dalam usaha mencapai matlamat. Pemimpin
dalam organisasi akan cuba menghasilkan satu persekitaran kerja yang
menggalakkan budaya inovasi tersebut.

Langkah pertama ialah mewujudkan satu integrasi menegak yang


melibatkan komunikasi secara keseluruhan dalam organisasi tersebut.
Pemimpin senior perlu memastikan bahawa terdapat cukup komunikasi
menegak, pekerja-pekerja daripada tempat lain, jabatan berlainan, fungsi-
fungsi, makmal dan projek, mempunyai cukup peluang untuk berbincang,
bertemu dan berkenalan antara satu sama lain. Pemimpin yang berjaya akan
7
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

memupuk komunikasi menegak dengan sering menghadiri mesyuarat,


memerlukan cross-unit keahlian ke atas pasukan-pasukan utama dan
memastikan juga bahagian-bahagian yang lain dalam bahagian-bahagian
organisasi yang berbeza untuk berbincang antara satu dengan yang lain.

Langkah kedua, memperkukuh juara, para pemimpin perlu menghargai


pekerja-pekerja yang memberikan idea. Sebagai contohnya 3M
mengamalkan cara ini. Di mana mereka akan mengambil kira kesemua idea
itu berharga sehinggalah seseorang itu membuktikan idea tersebut adalah
salah. Begitu juga dengan Hewkett-Packard yang mempunyai rekod sebagai
pemberi anugerah kepada pekerjanya untuk “meritorious defiance” yang
menunjukkan rasa hormatnya kepada pekerja yang mempunyai
kebijaksanaan. Penghargaan ke atas satu idea yang kreatif dalam sebuah
organisasi boleh di lihat semasa mengadakan mesyuarat. Setiap orang
mendengar pendapat orang lain. Mesyuarat biasanya akan digunakan
sebagai satu tempat untuk bertukar-tukar pendapat dan idea. Perdebatan
digalakkan dan sebarang konflik antara ahli adalah sesuatu yang positif.
Persoalan sama ada berkaitan atau tidak dengan matlamat syarikat boleh
dikemukakan. Uji kaji digalakkan dan risiko akan ditanggung.

Langkah ketiga, menggalakkan timbal balas, pemimpin perlu


memastikan bahawa terdapat cukup mekanisme timbal balas agar apabila
seorang pekerja telah menghasilkan sesuatu projek mereka akan mendapat
timbal balas daripada pengguna berkenaan keberkesanan projek tersebut.
Sebagai contohnya, syarikat seperti GE dan Hewkett-Packard para jurutera
akan berjumpa para pengguna untuk mendapatkan respons sama ada idea
baru itu berguna kepada mereka.

Langkah keempat, metriks untuk pembelajaran. Pengurus senior akan


membentuk satu metrik untuk mendapatkan idea baru. Organisasi yang
membuat kaedah ini berharap para pekerja akan bertemu dan berinteraksi
dengan pelanggan, menjumpai vendors, menghadiri mesyuarat, menerbitkan
dan membaca jurnal. Pemimpin akan menyediakan pembiayaan untuk

8
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

memastikan cara ini berkesan. Peruntukan tersebut khas kepada mesin dan
peralatan.

Langkah yang kelima ialah pemimpin dan ahli dalam organisasi


tersebut seharusnya dapat menerima kesilapan dan gembira atas kesilapan
tersebut. Inovasi bukan datang dengan sendirinya ianya datang daripada
budaya yang dibentuk dan ini memerlukan pengurus senior untuk bekerja
keras dalam menjaganya. Kesilapan yang wujud hendaklah di lihat sebagai
peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Misalnya di syarikat 3M
penyelidikan yang dilakukan tidak semuanya mendatangkan kejayaan tetapi
daripada kesilapan dan eksperimen yang dilakukan mereka dapat
memperbaiki kesilapan tersebut.

Langkah yang seterusnya ialah menghormati individu-individu yang


kreatif. Setiap ahli dalam organisasi dibiarkan melakukan perkara yang
mereka suka. Mereka dibenarkan membuat jadual kerja sendiri. Mereka
dibenarkan untuk datang bekerja awal dan balik awal atau datang lewat dan
balik lewat ataupun berada dalam pejabat sepanjang hari. Mereka tidak
dipaksa bekerja untuk mengikuti peraturan syarikat atau mesyuarat. Apa yang
paling penting ialah komitmen mereka terhadap matlamat organisasi.

Langkah berikut ialah menjunjung matlamat, semua ini bermula dari


pihak atasan. Pasukan utama akan bertemu dan membincangkan matlamat
bagi menghasilkan keluaran, meningkatkan prestasi, menambah kecekapan,
dan keefisienan bagi setiap peringkat saluran penyelidikan dan pembangunan
(R&D). Di samping itu, alat mengukur yang digunakan untuk menyokong
setiap matlamat juga dibentuk sama ada secara kualitatif atau kuantitatif bagi
memastikan setiap ahli berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai
matlamat.

Selain itu, usaha juga perlu diadakan bagi memastikan setiap ahli
komited terhadap matlamat. Matlamat yang telah dibentuk tidak akan
dipaksakan ke atas para pekerja. Matlamat tersebut akan dibincangkan,
disesuaikan dan diubah berdasarkan respons dari orang lain.
9
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

Di samping itu, sebagai tambahan, sebuah organisasi yang ingin


mengamalkan budaya organisasi perlu juga mendapatkan sedikit-sebanyak
nasihat daripada pakar. Pemimpin yang baik memahami bahawa soalan yang
baik adalah lebih baik daripada satu arahan. Mereka kurang gemar untuk
memberitahu para pekerja jawapan yang benar tetapi lebih kepada
mencadangkan siapa yang menjadi pakar atau seseorang yang boleh di bawa
berbincang bagi mendapatkan maklumat yang cukup sama ada dari dalam
organisasi atau tidak.

Jelas di sini bahawa inovasi sebenarnya merupakan satu elemen yang


penting dalam sebarang strategi syarikat. Organisasi yang mengamalkan
budaya ini akan dapat bersaing dengan organisasi yang lain dalam
persaingan yang sengit. Inovasi membantu sebuah organisasi untuk terus
menghasilkan produk atau perkhidmatan. Inovasi membantu organisasi yang
berada dalam peringkat matang untuk berkembang lagi bagi meneruskan
hayat perniagaan tersebut dalam pasaran. Contoh jelas yang boleh diambil
iktibar ialah seperti Microsoft di bawah pimpinan Bill Gates, beliau sentiasa
berinovasi dalam industri perisian komputer dengan mempelbagaikan produk
perisian dan meningkatkan lagi keupayaan perisian komputernya. Sehingga
sekarang syarikat Microsoft menjadi ‘market leader’ dalam industri tersebut
dan orang Jepun belum mampu meniru beliau dalam menghasilkan produk
baru yang melibatkan perisian komputer.

2. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam mengikut Pekeliling Kemajuan


Pentadbiran Awam (PKPA Bil. 3/93).

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan satu insentif yang


telah diwujudkan oleh kerajaan kepada agensi, unit atau kakitangan dalam
perkhidmatan awam yang berinovasi dalam memperbaiki dan meningkatkan
mutu penyampaian dalam perkhidmatan awam. Inovasi dalam Perkhidmatan
Awam adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek
kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil
inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur,
10
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

kaedah dan/atau cara bekerja. Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian
perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan.

3. Objektif Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam:


I. Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh
agensi kerajaan;
II. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara
bekerja yang diamalkan;
III. Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh
dicontohi untuk faedah agensi lain; dan
IV. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan
kepada pelanggan.

4. Hadiah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam


Pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam akan
menerima pengiktirafan seperti berikut:
I. Hadiah wang tunai bernilai RM 10,000.00; dan
II. Sijil perhargaan dalam bentuk plak.

5. Syarat-syarat penyertaan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam.


I. Inovasi hendaklah dihasilkan oleh agensi kerajaan;
II. Penyertaan dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam hendaklah
melalui Ketua Agensi;
III. Inovasi yang dihasilkan hendaklah member faedah yang jelas dari segi
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi;
IV. Hasil inovasi yang diketengahkan adalah yang pertama kali
diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam; dan
V. Inovasi-inovasi berikut tidak layak untuk menyertai Anugerah Inovasi
Perkhidmatan Awam:
a) Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau
‘R&D’ yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti dan
produktiviti organisasi;
b) Inovasi untuk tujuan komersial; dan
11
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

c) Inovasi yang berusia melebihi tiga tahun dari tarikh ianya


diperkenalkan.

6. Tumpuan Dan Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam


Tumpuan penilaian dan kriteria yang digunakan dalam proses penilaian dan
pemilihan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:

6.1 Tumpuan Penilaian Pertama: Idea


Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi
kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.

6.1.1 Kriteria Penilaian 1: Kreativiti


Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang yang
dihasilkan memenuhi cirri-ciri keaslian dan adaptasi. Penerangan mengenai
kriteria ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
I. Keaslian – inovasi yang dihasilakn adalh idea yang asli.
II. Adaptasi – inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau
pengubahsuaian idea sedia ada.

6.2 Tumpuan Penilaian Kedua: Hasil Inovasi (Output)


Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan
replicability sesuatu inovasi itu.

6.2.1 Kriteria Penilaian 2: Tahap Pelaksanaan


Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi
yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke
peringkat seperti berikut :
(i) Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau
(ii) Secara percubaan (di peringkat prototaip).

12
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

6.2.2 Kriteria Penilaian 3: Replicability


Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan
memenuhi cirri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai
oleh agensi-agensi lain seperti berikut:
(i) Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan
(ii) Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan
tanpa melibatkan kos yang tinggi.

6.3 Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome)


Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan)
dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.

6.3.1 Kriteria Penilaian 4 : Efisien


Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan
memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang kepada:

a. Pengurangan kos operasi


Aspek yang akan dinilai di bawah kriteria ini ialah setakat mana
pelaksanaansesuatu perubahan atau inovasi itu telah mengurangkan
kos operasi agensi berkenaan. Sebagai contoh, dengan
mengemaskinikan banyak borang-borang yang digunakan kepada satu
atau dua borang sahaja, sesebuah agensi itu akan dapat
mengurangkan kos operasinya.

b. Penjimatan masa
Di bawah kriteria ini akan dinilai setakat mana sesuatu perubahan telah
menjimatkan masa menjalankan sesuatu urusan. Sebagai contoh,
penubuhan Pusat Pelaburan Setempat di Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia telah mengurangkan masa pemprosesan
permohonan-permohonan untuk lesen perkilangan. Pengenalan
komputer mikro di Pejabat-pejabat Pos telah mengurangkan masa
menunggu purata bagi mereka yang ingin menjelaskan bil.

13
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

c. Peningkatan hasil kerja


Di bawah kriteria ini akan dinilai setakat mana pelaksanaan sesuatu
perubahan telah meningkatkan hasil kerja. Sebagai contoh, dengan
membuat perubahan kepada prosedur-prosedur memeriksa kenderaan
komersial, Jabatan Pengangkutan Jalan telah berjaya, memeriksa
lebih banyak kenderaan komersial setiap hari.

d. Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan


Aspek yang akan dinilai di bawah kriteria ini ialah setakat mana
sesuatu perubahan itu telah meningkatkan kepuasan hati pelanggan .

6.3.2 Kriteria Penilaian 5 : Signifikan


Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan
memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat
memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian
perkhidmatan dalam :
(i) Perkhidmatan Awam;
(ii) Organisasi; dan
(iii) Bahagian/seksyen/unit.

6.4 Tumpuan Penilaian Keempat : Pengurusan


Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen
pihak pengurusan atasan.

6.4.1 Kriteria Penilaian 6 : Komitmen


Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan atasan
dalam memberi sokongan dari segi :
(i) Kewangan
(ii) Pengurusan Sumber Manusia
(iii) Insentif
(iv) Penghargaan
(v) Peralatan.

14
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

7. Cara Pelaksanaan

Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) akan bertindak sebagai


Urusetia bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam. Kementerian-
kementerian dan Jabatan-jabatan adalah diminta untuk mengemukakan
sebarang laporan tentang inovasi kepada urusetia untuk tindakan selanjutnya.
Laporan yang dikemukakan hendaklah mengandungi tiga perkara berikut:

a. Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan;


b. Inovasi yang telah dilaksanakan; dan
c. Faedah-faedah dari inovasi yang telah dilaksanakan.

Satu Pasukan Pelawat yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada


agensi-agensi pusat akan melawat agensi berkenaan dan mengesahkan
bahawa inovasi telah dilaksanakan dan faedah-faedah diperolehi. Panel
Memajukan Pentadbiran Awam akan meneliti laporan yang dikemukakan oleh
Panel Pelawat dan memutuskan kelayakan sesuatu inovasi yang
dilaksanakan oleh agensi berkenaan untuk diberi Anugerah Inovasi
Perkhidmatan Awam.

8. Proses Penilaian Dan Pemilihan Penerima Anugerah Inovasi


Perkhidmatan Awam

i. Peringkat Pertama : Tapisan oleh Pihak Urus Setia


Semua permohonan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat
urus setia untuk memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat
penyertaan dan tatacara permohonan yang telah ditetapkan.

ii. Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Laporan


Semua laporan inovasi yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai
yang dipilih dan dilantik khas. Penilaian akan dilaksanakan
berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan.

15
KURSUS INDUKSI UMUM (ABWT/PPPN:M1.1-5/53/09) 2009

iii. Peringkat Ketiga: Penilaian Inovasi yang Disenarai Pendek


Berasaskan Taklimat dan Demonstrasi
Pada peringkat ini, inovasi yang di senarai pendek oleh Panel Penilai
di peringkat kedua akan dijemput untuk memberi taklimat serta
demonstrasi mengenai projek inovasi masing-masing. Taklimat ini
bertujuan untuk membolehkan Panel Penilai mendapat maklumat
terperinci, penjelasan lanjut dan membuat pengesahan ke atas
pematuhan kriteria penilaian yang ditetapkan. Pada peringkat ini juga,
sekiranya perlu, projek-projek inovasi berkenaan akan dirujuk kepada
agensi-agensi teknikal yang berkaitan untuk mendapat ulasan dan
pengesahan berhubung dengan inovasi-inovasi yang dihasilkan.

9. Kesimpulan

Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam adalah langkah yang terbaik dalam


meningkatkan cara penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Ianya juga
sebagai kaedah meransang pekerja-pekerja perkhidmatan awam supaya
bekerja lebih baik dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang tinggi.

16

You might also like