You are on page 1of 11

KOMPONEN-KOMPONEN PENTING DALAM PENGHASILAN TENAGA

ELEKTRIK

DANDANG = Menghasilkan ruang bertekanan dan pemindahan haba dari proses pembakaran
sekaligus menjana stim panas lampau bertekanan tinggi dan stim panas semula bertekanan
sederhana untuk tarbin.
TARBIN =Sebagai penggerak utama dalam proses penjanaan.Merupakan komponen-komponen
yang terdiri daripada susunan bilah-bilah yang dipasangkan pada syaf penjana dan bertindak
sebagai pengubah tenaga haba kepada tenaga elektrik dalam bentuk putaran.Tarbin terdiri
daripada tarbin tekanan rendah(LP TURBINE),tarbin tekanan perantaraan(IP TURBINE),dan
tarbin tekan tinggi(HP TURBINE).
KONDENSER =Berfungsi sebagai menjalankan proses pemeluwap (stim kepada air) yang
bertujuan mewujudkan satu kitaran air didalam proses penghasilan tenega elektrik.Cara yang
digunakan dimana stim yang telah digunakan untuk memusingkan tarbin akan bertukar menjadi
air apabila memasukinya dan akan dihantar semula ke dandang.
DEARATOR =Digunakan untuk membuang udara dan gas-gas lain yang tidak boleh
dipeluwapkan daripada kondenser semasa operasi normal.
PENJANA =Berfungsi untuk menukarkan putaran tenaga mekanikal yang dihasilkan oleh tarbin
kepada tenaga elektrik untuk diagihkan ke grid kuasa dan system kuasa bantuan SJTJ sendiri.
LOJI PEMBERSIHAN AIR =Bertujuan memanjangkan jangka hayat komponen-komponen
tertentu distas.Caranya ialah dengan menyuling air dari JBA supaya terhindar dari bahan kimia
atau bendasing yang boleh merosakkan komponen.





CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGELUARAN



PENGURUS PENGELUARAN

EKSEKUTIF PENGELUARAN

SENIOR UNIT OPERATOR

UNIT OPERATOR

PERONDA 1

PERONDA 2







SISTEM-SISTEM YANG TERLIBAT DALAM
PENGHASILAN TENAGA ELEKTRIK DI SJTJ


(a) SISTEM BAHAN API PEMBAKARAN = Bahan api yang digunakan bagi prosen
diatas ini mempunyai dua alternative iaitu gas asli dan minyak.
(b) SISTEM ANGIN / FLUE GAS = Berfungsi membantu mengawal proses pembakaran
dengan baik.Ianya terdiri daripada beberapa komponen penting iaitu Force Draft Fans
,Induced Draff Fans,Gas Recirculation Fans dan juga Rotary Air Heater.


FD Fans Berfungsi menarik menyedut udara
atmosfera dan dihantar ke Rotary Air
Heater.
ID Fans Berfungsi untuk menarik keluar udara
panas dan disalurkan ke cerobong.
GR Fans Berfungsi untuk mengawal suhu di
dalam dandangdimana suhu udara
sebelum masuk ke Air Heater akan
ditarik dan dihantar semula ke dandang.
Rotary Air Heater. Berfungsi meningkatkan kecekapan
suhu udara melalui pemindahan haba.









SISTEM STIM

 SISTEM STIM UTAMA
Asasnya terdiri daripada paip-paip atau saluran yang dikenali sebagai sistem paip
utama.Ianya membawa stim dari dandang ke injap penghenti utama tarbin.
 SISTEM STIM PANAS SEMULA
Sistem ini juga sama dengan sistem stim utama iaitu menggunakan paip-paip
sebagai saluran penghantaran tetapi dikenali sebagai Sistem Paip Panas Semula
dimana membawa stim keluar daripada Tarbin Tekanan Tinggi (HP Turbine)
kembali semula ke komponen panas semula di dandang dan juga sistem yang
telah dipanaskan semula (Hot Reheater) yang membawa stim yang telah
dipanaskan di pemanas semula ke dalam tarbin.
 SISTEM STIM JUJUHAN
Stim jujuhan adalah stim yang diekstraks atau jujuhan daripada pelbagai bahagian
pada tarbin.Tujuan sistem stim jujuhan ini digunakan adalah untuk pelbagai
tujuan.Kebanyakkan stim jujuhan bagaimanapun digunakan memanaskan air yang
telah dipeluwapkan daripada keluaran tarbin sebelum ianya memasuki
dandang.Susunan ini dikenali sebagai pemanasan air suapan janaan semula.
 SISTEM STIM BANTUAN
Didalam loji ini ,kebanyakkan sistem dan juga komponen memerlukan stim bagi
tujuan tertentu diantaranya :
SEAL STIM SISTEM
PAM SUAPAN DANDANG PACUAN TARBIN
PEMANAS UDARA GEGELUNG STIM
STIM PEMANASAN TANGKI PENYAHGAS (daerator)
STIM SEMBURAN DANDANG






 SISTEM AIR TERKONDENSASI
Stim yang digunakan untuk menggerakkan bilah tarbin tekanan rendah (LP
TURBINE) akan dipeluwapkan lalu menghasilkan air terkondensasi.Sistem air
terkondensasi ini akan berterusan sehingga ke dearator setelah melalui beberapa
peringkat pemanasan.
 SISTEM AIR SUAPAN
Sistem air suapan bermula dari dearator sehingga dandang.Sistem ini mengambil
alih air dari sistem terkondensasi.




















LOJI PEMBERSIHAN AIR (WTP)

Dalam sesebuah loji khasnya didalam menghasilkan tenaga elektrik yang menggunakan
stim seperti di Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar air adalah satu elemen yang amat
penting.Penghasilan air yang baik iaitu air yang telah disuling (bebas dari bendasing) merupakan
faktor penting bagi memanjangkan jangka hayat sebuah loji.
Loji Pembersihan Air yang dibina di stesen ini berfungsi menjalankan proses merawat
air yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air.Loji ini akan merawat air yang dibekalkan dalam
beberapa peringkat sebelum air ini disalurkan didalam tiub-tiub dandang.
Proses yang dijalankan di Loji Pembersihan Air:
- Air yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air akan disalurkan ke dalam kolam
air tawar (reservoir)
- Air mentah ini akan disimpan didalam “TOWN WATER TANK”
- Proses bermula dengan air melalui penapis (Sand Filter)
- Air yang telah ditapis akan disalurkan ke Cation Exchanger untuk menyerap
bahan-bahan seperti sodium,kalsium dan magnesium yang terdapat didalam air.
- Air ini kemudiannya akan melalui DEGASSER SUMP yang mana ianya akan
membuang udara dan lain-lain gas didalam air.
- Setelah proses menyingkirkan udara dan gas dilakukan,air ini akan melalui Anion
Exchanger dimana proses untuk menyerap silica yang terdapat didalam air
dilakukan.
- Proses seterusnya ialah melalui MIXED BED iaitu gabungan kedua-dua proses
CATION dan ANION didalam satu EXCHANGER.
- Air yang telah melalui proses-proses diatas akan mempunyai CONDUCTIVITY
(0.03uS/cm).
- Air ini kemudiannya akan dihantar ke RESERVED FEED WATER
TANK,Bearing Cooling Water Tank dan DEMIN WATER TANK sebelum
digunakan didalam keseluruhan proses di stesen ini.







BAHAGIAN SENGGARAAN ALAT DAN KAWALAN

Stesen Janelektrik Tuanku Jaafar mempunyai satu bahagian yang dipertanggungjawabkan
bagi menyelenggara sistem pengukuran dan kawalan yang terlibat dalam keseluruhan
loji.Bahagian yang dimaksudkan ialah Bahagian Senggaraan Alat Dan Kawalan.
Peralatan atau nama saintifiknya INSTRUMENT merupakan perkara penting bagi
sesebuah loji,kerana ia sentiasa melibatkan empat elemen penting iaitu :
 Suhu
 Tekanan
 Kealiran
 Paras
Bagi mengetahui samaada sistem kawalan itu berfungsi atau tidak,bahagian ini perlu
memastikan komponen-komponen tersebut berada dalam keadaan yang baik.Bukan
sahaja dari segi fizikal,malahan dari segi ketepatan dan kejituan yang dikehendaki (tiada
ralat).

Penyelenggaraan alat ini adalah perlu untuk sistem kawalan kerana ia juga berfungsi
untuk :
i. Mengawasi nilai-nilai bacaan untuk memberikan isyarat amaran kepada
bahagian Pengeluaran dan Operasi sekiranya berlaku sebarang masalah
yang mungkin berlaku dan akan mengakibatkan letupan atau
sebagainya.Ia akan memudahkan tindakan pencegahan dan pengawalan
dapat di ambil dengan segera.
ii. Mengawal kapasiti didalam sesuatu peranti supaya tidak melebihi had-had
yang telah ditetapkan.
iii. Memanipulasi dengan hanya membenarkan nilai-nilai yang lain yang
berkaitan untuk menukar dari segi “magnitude” melalui elemen kawalan
yang terakhir.









TURBIN
PENGENALAN
a) DEFINISI – turbin merupakan sebuah peranti atau alat yang terdiri dari bilah-bilah yang
dipasang pada penaja syaf dan bertindak untuk mengubah tenaga haba kepada tenaga
elektrik pada pengubah dalam bentuk putaran.
b) FUNGSI – turbin berfungsi untuk mengembangkan stim dan kemudiannya digunakan
untuk menggerakkan bilah-bilah turbin pada penjana.Selain itu ,ia juga mengeluarkan
stim juuran untuk kegunaan pamanas untuk air terkondensasi dan juga alat penyah udara.
c) KETERANGAN LAIN – Stim panas lampau yang keluar daripada dandang akan
dihantar kepada turbin dan dikembangkan.Kemasukkan stim ke dalam dikawal oleh injap
pengawal (govener valve).Stim yang membawa tenaga haba dengantekanan yang tinggi
dan suhu yang sangat tinggi akan berupaya memutarkan bilah-bilah turbin.Apabila bilah
tersebut berputar,ia akan menyebabkan aci yang memegang penjana juga akan
berputar.Apabila penjana berputar ia akan memotong medan magnet dan ini akan
menghasilkan arus elektrik.Setelah mengalami proses perkembangan,stim yang keluar
dari turbin akan mengandungi kandungan haba yang berkurangan dan akan
dikembangkan lagi dalam komponen turbin yang berikutnya.
d) SPESIFIKASI :
KADAR KELAJUAN 120000KW
KELAJUAN 30000rpm










BIL KEADAAN STIM BEBAN PENUH
1 Tekanan pada masukan HP turbin 129 bar
2 Suhu pada masukan HP turbin 568°c
3 Tekanan pada masukan IP turbin 30.5 bar
4 Suhu pada masukan IP turbin 538°c
FREKUENSI 48.0-50.5 Hz

BAHAGIAN –BAHAGIAN TURBIN
a) Turbin bertekanan tinggi (HP Turbine)
- ia merupakan komponen utama dan terpenting berbanding dengan lain-lain jenis
turbin.Ianya menerima kemasukkan stim panas lampau utama (main steam) yang
bertekanan dan bersuhu tinggi yang keluar daripada komponen pemanas lampau
didandang lalu mengembangkan stim tersebut.Binaannya adalah paling kecil jika
berbandingkan dengan jenis lain-lain jenis turbin.

b) Turbin bertekanan perantaraan (IP Turbine)
- Turbin ini menerima stim yang keluar dari turbin bertekanan tinggi setelah stim
tersebut menjalani pemanasan semula.Binaan turbin ini lebih besar dengan HP
turbin dan lebih kecil dari LP Turbin.Terdapat satu sistem saluran yang dikenali
sebagai hot reheat pipping yang menghubungkan antara dandang dan turbin.
c) Turbin bertekanan rendah (LP Turbine)
- Turbin inimenerima kemasukkan stim secara terus daripada IP turbin tanpa
menjalani proses pemanasan terlebih dahulu.Turbin ini mempunya binaan yang
lebih besar daripada kedua-dua tarbin dan ia mempunyai dua bahagian simetri.Ia
direkabentuk stim akan dapat dikembangkan disebabkan luas permukaan sentuhan
antara stim dan juga bilah-bilah turbin yang besar.Sisa-sisa tenaga haba yang
terkandung didalam stim akan dapat diserap secara lebih cekap.




INJAP-INJAP PADA TURBIN

1. Injap henti tarbin HP dan IP
- Injap-injap ini akan tertutup dengan cepat dan menyekat aliran stim dari pemanas
lampau dan pemanas semula di dandang ke tarbin ini semasa berlaku kecemasan.
2. Injap pengawal laju tekanan tinggi
- Injap ini berfungsi untuk mengawal kemasukkan stim dari dandang ke turbin
tekanan tinggi untuk mengawal beban pada tarbin semasa operasi dan halaju
biasa.Terdapat 5 jenis yang terletak disebelah atas perumah tarbin tekanan tinggi.
3. Injap pengawal laju tekanan perantaraan
- Injap ini berfungsi untuk mengawal halaju dan juga beban pada tarbin semasa
start up dan juga mengawal halaju tarbin semasa berlakyu insiden berlebihan
halaju.
4. Injap penutus hampagas
- Injap ini berfungsi untuk membenarkan udara memasukki tarbin bertekanan
rendah dan ke kondensor untuk menurunkan tekanan atmosfera apabila penutup
tarbin.
5. Galas tarbin
- Terbahagi kepada 2 bahagian :
i. Galas jurnal – menyokong tarbin dan menetapkan kedudukan pemutar
tarbin.
ii. Galas Tujah - untuk menetapkan kedudukan dan paksi pemutar tarbin.







MEMULAKAN TARBIN