You are on page 1of 11

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.

Media massa ini termasuklah televisyen,


radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-
isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media
elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana
setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang
banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-
isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan
media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh
dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-
kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula
pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu,
masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar
ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh
dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan
semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai
rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains
seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru
sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya
setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar
dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara
alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar
akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih
mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita
dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama,
kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida
yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.



Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan
penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar
selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah
penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat
daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh
kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi
penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya. Hal ini turut memberi impak
kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan
hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga
alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah
dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini
amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina
oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi
piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai
mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan
kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air.
Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan
sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor
akibat kekurangan protein.

Bukan itu sahaja, program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu
mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan
sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang
telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran
dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan sambil menyelam minum air. Melalui cara ini,
sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas
manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan
manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara
untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan
dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Melalui kempen kesedaran
ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat
menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai
matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan
memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak
mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar. Tegasnya,
kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.



Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa mempunyai
masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalam
longkang, laut atau sungai. Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam menjaga
alam sekitar.

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Contohnya, pihak sekolah boleh menasihati pelajar supaya menjaga alam sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga
boleh menganjurkan program gotong-royong untuk mencantikkan persekitaran sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga
boleh menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar sayangkan alam sekitar dan tidak melakukan
perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan. Sesungguhnya, peranan stesen televisyen
dan surat khabar dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkai. Oleh itu, stesen telivisyen
perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang telah mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang
ramai. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasi masalah alam sekitar.

Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar. Pemimpin
masyarakat mesti mengingati ahli masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian. Selain itu,
pemimpin masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan berusaha mengatasi
pencemaran alam sekitar yang ada. Pemimpin masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk
membersihkan tempat tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi mengatasi pencemaran alam sekitar.


Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu
atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains,
Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak
yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.
Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan
secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya
tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan
terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar
kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan
denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang
melakukan pencemaran.

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah.
Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu
kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh
diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk
menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar
didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan
pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa
nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur bulu
biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk
mengatasi pencemaran alam.

Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan
lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang
pelbagai perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui
kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada umumnya setiap rumah
di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan
maklumat tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga
wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang
dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan
penukul. Adakalannya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih
berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
- See more at: http://stpm-study.blogspot.com/2013/11/langkah-langkah-untuk-mengatasi.html#_



langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap:

peringkat antarabangsa
pemerintah
organisasi
individu.
Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace
telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas pencemaran. WHO memainkan peranan penting
dalam mengawal pencemaran dan berhak menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi
maklumat kepada orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku
sesuatau pencemaran alam.

Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah mengadakan berbagai undang-
undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah
merata-rata akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas.
Industri-industri yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.

Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh menyumbang kepada
kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan
moral di sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid
mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok,
kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan untuk mengumpul
suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai
sikap tanggunjawab dalam pembuangan sampah.

Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan adalah
menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat
dari barang-barang yang diproses semula ( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak
diperlukan (reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap
kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.



Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan
Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan
pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan
nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara
persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap
yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan
penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel
kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan
dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada
enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT,
ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini
merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium,
gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran
udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga
suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan
Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar
jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang
sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga biomas seperti yang
digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru
ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan.
Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi
telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-
bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh penduduk perumahan.



Pencemaran alam sekitar menjadi ancaman kepada kehidupan manusia pada hari ini.

Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Alam sekitar semakin tercemar dan itu merupakan realiti yang harus kita semua sedari. Pihak media massa turut
sama menyiarkan pelbagai komen dan analisis mereka tentang kemelut yang melanda alam ini. Semakin lama kita
mengabaikan kenyataan ini semakin seriuslah masalah ini dalam kehidupan manusia. Lantaran itu, pelbagai tindakan
konkrit perlu dilaksanakan oleh semua pihak dalam menangani masalah ini.

Langkah paling awal ialah kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan pembuangan toksik bahan kilang dengan
efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan
aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah. Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar
bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan
perlu mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada.

Selain mengetatkan peraturan, aspek penguatkuasaan turut memainkan peranan yang penting. Maknanya, lebih
banyak pegawai penguatkuasa alam sekitar dilatih untuk mampu mengesan lalu mengambil tindakan terhadap pihak
yang melakukan pencemaran alam ini. Pegawai ini hendaklah dilatih dengan menggunakan teknologi terkini dan
praktikal untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan baik. Oleh itu, jumlah pegawai penguatkuasa yang
banyak memastikan aspek perundangan negara terhadap isu alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan.

Pada masa yang sama isu pencemaran alam ini mampu diatasi menerusi tindakan membuat kempen kesedaran yang
efektif. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutama yang masih berada di bangku
sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita. Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat
kita boleh melakukan sesuatu apabila mereka dewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan
berkekalan. Oleh itu, kempen yang difokuskan kepada sasaran yang tepat mampu membuahkan hasil yang baik kepada
pengekalan alam sekitar di negara ini.

Malahan, perubahan sikap masyarakat turut penting dalam memastikan alam sekitar kita terus wujud. Sikap tidak
apa atau menganggap tugas menjaga alam sekitar boleh dilakukan oleh orang lain perlulah dikikis segera. Sebaik sahaja
kita melihat atau mengetahui satu tindakan mencemarkan alam berlaku sepantas kilat kita memaklumkan perkara itu
kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Maka, perubahan sikap masyarakat menjadikan usaha mengatasi
masalah pencemaran alam ini sesuatu yang mudah pula.

Konklusinya, kita mempunyai banyak pilihan untuk memastikan alam sekitar kita terus bersih dan berkekalan. Cuma
kita masih enggan mengakui bahawa alam sekitar semakin hilang ditelan kerakusan sikap manusia sendiri yang
mengutamakan kebendaan itu. Mungkin naluri manusia yang menganggap mereka makhluk yang paling baik
menyebabkan kita alpa akan tugas kita untuk menjaga alam sekitar ini. Alam sekitar bukanlah anugerah Tuhan kepada
kita tetapi amanah yang harus kita serahkan kepada generasi akan datang pula.



Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu
perbuatan yang mencemarkan(mengotorkan),pengotoran alam ,perbuatan mencemarkan kebersihan
alam sekeliling dengan sampah sarap.jika kita lihat tajuk ini,ianya merupakan salah satu tajuk yang
luas dan banyak aspek boleh dibincangkan Tetapi jiki kita renung dengan sedalam-dalamnya ;kita
dapat lihat satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan memerlukan penelitian
bersama yang membawa maksud isu pencemaran alam sekitar merupakan isu global,maka perlu
dibincangkan,difikirkan dan ditangani bersama-sama agar tidak bertambah kritikal.Bagaimanakah
cara kita hendak menyelesaikan masalah diatas?Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah
bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar.Ianya mendedahkan cara hidup
kita;adakah kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya.
Langkah pertama,perlu dijalankan melalui peringkat antarabangsa.Di peringkat antarabangsa,
pertubuhan-pertubuhan seperti WHO(Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Greenpeace telah
ditubuhkan bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi sejak
kebelakangan ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Kedua-dua pertubuhan ini berfungsi sebagai
pengawas pencemaran.WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak
menetapkan peraturan mengenai alam sekitar .melalui pertubuhan Greenpeace pula,ia bertindak
memberi maklumat kepada masyarakat mengenai masalah pencemaran alam sekitar yang terjadi di
dunia dan menjalankan aktiviti menunjuk perasaan jika berlaku sesuatu pencemaran alam
sekitar.Perkara ini dapat menyedarkan orang ramai agar prihatin terhadap alam sekitar.
Seterusnya ,semua negara yang mengalami masalah pencemaran alam sekitar haruslah bekerjasama
menangani isu pencemaran ini.contohnya negara negara berpantai saling bekerjasama antara satu
sama lain untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi
perairan iaitu malaysia ,indonesia dan thailand yang mana bertujuan untuk menjaga kepentingan
bersama.Seperti mana,kejadian yang berlaku pada 6 januari 1967,memaksa negara-negara berpantai
mengambil satu tindakan yang positif dan tegas terhadap kapal tangki minyak jepun dikenali sebagai
Torry conyon yang terlibat dalam perlanggaran.akibatnya berlaku pertumpahan minyak dan
memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya.kos yana diperlukan ialah 16 juta
dollar.Justeru itu,malaysia dan indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan dan
menubuhkan Rancangan Kontigensi Kebangsaan bagi mengawal pertumpahan minyak yang telah
diadakan oleh Jabatan Alam Sekitar.Objektifnya untuk membolehkan satu tindakan serta-
merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak di perairan malaysia.
Langkah yang kedua pula oleh pihak pemerintah yang nemainkan peranan penting dalam
mencorakkan negara itu sendiri.Bagi memupuk kesedaran dan membentuk masyarakat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar dalam kalangan rakyat,cara tang terbaik ialah melalui
pendidikan.Pendidikan alam sekitar ini perlu kerana dapat membentuk sikap positif dalam diri
terhadap alam sekitar.Pendidikan alam sekitar perlu diperkenalkan secara formal pada peringkat
rendah melalui kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR).Selain itu,pada peringkat menengah
pula perlu diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),khususnya dalam
matapelajaran sains seperti Biologi.Peringkat ketiga dan terakhir ialah di pusat pengajian tinggi yang
mana mewajibkan mahasiswi dan mahasiswa menyertai kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi
Persekitaran.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu ,mereka akan sedar betapa
pentingnya kualiti alam sekitar dan masalah yang mungkin timbul akibat perbuatan yang tidak
bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.
Langkah seterusnya melalui kempen melindungi alam sekitar seperti kempen cintailah sungai
kita,kempen kitar semula,sahabat alam dan sebagainya.penyertaan sesuatu kempen perlu digalakkan
dan dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.Melalui kempen peserta akan
diajar tantang pentingnya menjaga alam sekitar,cara menguruskan sisa buangan dan menggalakan
pengguna mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula.secara tidak langsung , peserta akan
belajar untuk berjimat cermat.Sehubungan itu melalui pameran ,pertandingan kuiz mengenai alam
sekitar perlu dipergiatkan bagi memupuk minat orang ramai mencintai alam sekitar.pameran boleh
dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat awam seperti perpustakaan awam.pameran
ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar,sebab-sebab pencemaran ,kesan-kesannya dan
tindakan bijak untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti
carta,poster,pita video dan slaid-slaid boleh ditayangkan.Hal ini dapat meningkatkan kesedaran dan
mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.
Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan undang-undang bagi melindungi alam sekitar.Rondaan
oleh pegawai Jabatan Alam sekitar patut dipertingkatkan.selain itu,para pengusaha kilang diwajib
mendapatkan nasihat daripada Jabatab Alam Sekitar sebelum memulakan sesuatu
operasi perindustrian dijalankan.Bagi pengguna pula,perlu bijak memilih barangan yang kurang
mendatangkan pencemaran.contohnya,kita sepatut memilih racun serangga dalam tin aerosol yang
tidak mengandungi CFC.pihak kerajaan juga harus bekerjasama denganmedia massa kerana media
massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Pendedahan
tentang isu pencemaran boleh dibuat melalui majalah ,akhbar,televisyen,radio,dan
sebagainya.Disamping itu,pihak kerajaan harus menggalakkan penggunaan teknologi moden untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar.sebagai contohnya,tanpa teknologi moden ,sisa pepejal
seperti surat khabar lama,majalah lama,kertas,kain,bahan plastik dan kaca tidak dapat dikitar semula.

You might also like