1

PANDUAN
PENJAMINAN KUALITI
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)















LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2014


PEMENTORAN PENGESANAN
PENYELARASAN PEMANTAUAN
2


PRAKATA


Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menerbitkan
Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Justeru, saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dokumen ini.

Penghasilan Panduan Penjaminan Kualiti PT3 ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan
untuk memastikan penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 yang menggunakan
instrumen pentaksiran berbentuk Ujian Bertulis, Ujian Lisan dan Pelbagai Instrumen
seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67,
Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan
Peperiksaan) 1997 adalah mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi
keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor
pentaksiran.


Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan PT3 iaitu
pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai
di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penjaminan kualiti
dalam pentadbiran dan pemeriksaan.

Kejayaan PT3 amat bergantung kepada kerjasama, komitmen dan integriti yang
berterusan daripada semua pihak bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan PT3
demi menjaga imej negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini dipelihara
demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.


Terima kasih.



DR NA’IMAH BINTI ISHAK

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia












3


KANDUNGAN
HALAMAN
PRAKATA

1.0 PERNYATAAN DASAR PT3

1.1 Definisi Pentaksiran Pusat

1.2 Syarat Calon PT3

1.3 Mata Pelajaran PT3



2.0 PENJAMINAN KUALITI PT3

2.1 Komponen Penjaminan Kualiti

2.2 Peranan Personel Pentaksiran



3.0 PERSONEL PENTAKSIRAN


3.1 Carta Organisasi Personel Pentaksiran

3.2 Pelantikan Personel Pentaksiran

3.3 Syarat Pelantikan Personel Pentaksiran

3.4 Kriteria Personel Pentaksiran

3.5 Surat Pelantikan Personel Pentaksiran

3.6 Senarai Semak Personel Pentaksiran









4





























1.0
PERNYATAAN DASAR PT3
5


1.1 DEFINISI PENTAKSIRAN PUSAT

Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
yang merupakan pelengkap (compliment) kepada Pentaksiran Sekolah di mana
pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara sumatif untuk melihat
penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu program pembelajaran. LP
menyediakan PP menggunakan instrumen pentaksiran yang standard (standardised
instrument) bagi mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara
menyeluruh.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat
menengah rendah.


1.2 SYARAT CALON PT3


Murid Sekolah
1 Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah
Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR),
SM Pendidikan Khas, dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM atau
Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar dengan KPM tetapi mengikuti kurikulum
kebangsaan hendaklah melaksanakan PP di peringkat menengah rendah,
dan
2 Murid berada di Tingkatan Tiga


Calon Persendirian
1 Calon tidak berada dalam sistem persekolahan.
dan
2 Calon telah berumur 14 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran.
PMAT

6

1.3 MATA PELAJARAN PT3
ELAJARAN PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH
Murid Sekolah - Menganut agama Islam

Pilihan Pertama Pilihan Kedua

1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam
6 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
7 Sejarah Sejarah
8 Geografi Geografi
9 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban


Murid Sekolah - Tidak menganut agama Islam

Pilihan Pertama Pilihan Kedua

1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
6 Sejarah Sejarah
7 Geografi Geografi
8 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban




7

Calon Persendirian - Menganut agama Islam

Pilihan Pertama Pilihan Kedua

1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam
6 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
7 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban



Calon Pensendirian - Tidak menganut agama Islam

Pilihan Pertama Pilihan Kedua

1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Hidup Bersepadu
6 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban



Nota : Calon Persendirian hanya dibenarkan menduduki Ujian Bertulis sahaja.




8































2.0
PENJAMINAN KUALITI PT3


9

2.1 KOMPONEN PENJAMINAN KUALITI

Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PT3
mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk menjaga kesahan dan
kebolehpercayaan skor demi keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti PT3
dilaksanakan oleh Personel Pentaksiran yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pengetua Sekolah.

Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PT3 dilakukan melalui aktiviti Pementoran,
Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan.


PEMENTORAN Pementoran dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat mengenai
pelaksanaan PT3. Ini dilakukan dengan memberi latihan peningkatan
profesionalisme kepada Personel Pentaksiran dalam aspek
Pemasangan Instrumen Pentaksiran dan Pemeriksaan Skrip
Jawapan. Pentaksir diberi pendedahan dan latihan mengenai ilmu
pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan bagi memastikan tugas
pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah demi
menjaga kesahan dan kebolehpercayaan skor calon.
PEMANTAUAN Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PT3. Ini
dilakukan bagi memastikan instrumen PT3 disediakan dan ditadbir
mengikut Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3,
Takwim, Jadual Kerja, Peraturan Pentadbiran dan Arahan Tugasan
yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
PENGESANAN Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran. Ini
dilakukan dengan membuat Verifikasi Pemasangan Instrumen
Pentaksiran iaitu mengesahkan instrumen telah disediakan mengikut
Panduan Pemasangan Instrumen dan dicetak mengikut spesifikasi
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
PENYELARASAN Penyelarasan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman
penskoran. Ini dilakukan dengan membuat moderasi pemeriksaan dan
verifikasi skor. Moderasi Pemeriksaan bertujuan untuk memastikan
keseragaman dan ketekalan pemeriksaan skrip jawapan calon
berpandukan Panduan Penskoran yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan. Verifikasi Penskoran bertujuan memastikan skor yang
diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan
menepati keupayaan sebenar calon serta pengiraan markah calon
dibuat dengan tepat.




10


2.2 PERANAN PERSONEL PENTAKSIRAN

2.2.1 PEMENTORAN


Pementoran dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan
PT3. Ini dilakukan dengan memberi latihan peningkatan profesionalisme kepada
Personel Pentaksiran dalam aspek Pemasangan Instrumen Pentaksiran dan
Pemeriksaan Skrip Jawapan. Pentaksir diberi pendedahan dan latihan mengenai
ilmu pentaksiran dan pemeriksaan skrip jawapan bagi memastikan tugas pentaksiran
dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah demi menjaga kesahan dan
kebolehpercayaan skor calon.


PEMENTORAN
i. Mengadakan latihan pemasangan instrumen bagi meningkatkan kompetensi
guru dan memastikan guru faham kaedah pemasangan instrumen
pentaksiran PT3.
ii. Mengadakan latihan pemeriksaan skrip jawapan bagi meningkatkan
kompetensi guru dan memastikan guru dapat memeriksa skrip jawapan PT3
dengan adil, sahih dan amanah demi menjaga kesahan dan
kebolehpercayaan skor calon.
iii. Menilai kefahaman guru dan kesediaan guru untuk menjalankan pentaksiran.




11

PT3/P

PEMENTORAN


Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..

ARAHAN
Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL PERNYATAAN
YA TIDAK
A. Kefahaman mengenai Pemasangan Instrumen Pentaksiran.
1. Pemilihan item berdasarkan blok item pentaksiran.
2. Percetakan instrumen mengikut blok item.
3. Penyusunan instrumen mengikut nombor soalan dan halaman.
4. Keperluan semakan teknikal dari aspek cetakan.
5. Kepentingan penyimpanan mengikut prosedur keselamatan.

B. Kefahaman mengenai Pemeriksaan Skrip Jawapan.
1.
Kepentingan memahami kehendak soalan.

2.
Kepentingan mematuhi panduan penskoran.

3.
Perbezaan teknik pemeriksaan secara holistik dan analitik.

4.
Kepentingan Moderasi bagi tujuan penyelarasan pemeriksaan.

5.
Keperluan Verifikasi skor bagi tujuan semakan teknikal dan
kesahan skor.






Tandatangan : Tarikh:




12


CARTA ALIR PEMENTORAN







































MULA
Guru dapat membuat pemasangan
instrumen pentaksiran berdasarkan
Panduan Pemasangan Instrumen.
Pegawai LP/ Pentaksir/Pentadbir Sekolah
menyampaikan taklimat pemeriksaan skrip
jawapan berdasarkan Panduan Penskoran
dan membuat latihan pemeriksaan skrip
jawapan.
Guru dapat membuat pemeriksaan skrip
jawapan berdasarkan Panduan Penskoran.
Pegawai LP /Pentaksir/Pentadbir Sekolah
mengesahkan guru boleh dilantik sebagai
Personel Pentaksiran.
TAMAT
Tidak
Pentadbir Sekolah
menyampaikan semula
taklimat.
Pegawai LP /Pentaksir/Pentadbir Sekolah
menyampaikan taklimat Pemasangan
Instrumen Pentaksiran.
Ya
Ya
Tidak
Pentadbir Sekolah
menyampaikan semula
taklimat.

13


2.2.2 PENGESANAN


Pengesanan dilaksanakan bagi menilai instrumen pentaksiran. Ini dilakukan dengan
membuat Verifikasi Pemasangan Instrumen Pentaksiran iaitu mengesahkan
instrumen telah disediakan mengikut Panduan Pemasangan Instrumen dan dicetak
mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PENGESANAN- VERIFIKASI PEMASANGAN INSTRUMEN
i. Menyemak instrumen yang telah dipasang oleh guru yang dilantik oleh
Pengetua.
ii. Memastikan instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
iii. Memastikan instrumen menepati aspek cetakan teknikal.


14


PT3/VI

VERIFIKASI INSTRUMEN PENTAKSIRAN


Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..

ARAHAN
Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL PERNYATAAN
YA TIDAK
1.

Instrumen dipasang berpandukan Panduan Pemasangan
Intrumen.

2. Instrumen dipasang dari item yang dimuat turun dari Aplikasi PT3.
3. Bilangan soalan cukup.
4. Susunan soalan mengikut turutan.
5. Jumlah halaman cukup.
6. Cetakan gambar rajah jelas.
7. Cetakan soalan jelas.
8. Halaman hadapan memaparkan mata pelajaran yang betul.
9. Halaman hadapan memaparkan tempohn masa yang betul.
10. Instrumen menepati Panduan Pemasangan Instrumen dan boleh
disahkan oleh Pengetua.



Tandatangan : Tarikh:








15

CARTA ALIR PEMASANGAN DAN VERIFIKASI INSTRUMEN
OLEH PERSONEL PENTAKSIR SEKOLAH





































MULA
Guru yang dilantik oleh Pengetua membuat
pemasangan instrumen berdasarkan
Panduan Pemasangan Instrumen.
Guru menyerahkan instrumen kepada
Ketua Panitia untuk diverifikasi.
Ketua Panitia membuat verifikasi instrumen
bagi memastikan instrumen menepati
Panduan Pemasangan Instrumen.
Instrumen menepati Panduan Pemasangan
Instrumen.
Ketua Panitia menyerahkan instrumen
pentaksiran kepada Personel Pentaksiran
untuk verifikasi instrumen.
A
Ya
Tidak
Guru memasang
dan mencetak
semula instrumen
Sekolah memuat turun Item dan Panduan
Pemasangan Instrumen dari Aplikasi PT3.
16

CARTA ALIR VERIFIKASI INSTRUMEN
OLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw





































A
Ketua Panitia menyerahkan instrumen
pentaksiran kepada Personel Pentaksiran
untuk diverifikasi.
Personel Pentaksiran membuat verifikasi
instrumen bagi memastikan instrumen
menepati Panduan Pemasangan Instrumen.
Instrumen menepati Panduan Pemasangan
Instrumen.
Personel Pentaksiran membuat verifikasi
instrumen.
Instrumen diserahkan kepada Pengetua
untuk Pengesahan.

Guru memperbanyakkan instrumen
pentaksiran dan menyimpan mengikut
prosedur keselamatan.
TAMAT
Ya
Tidak
Guru memasang
semula instrumen
17


2.2.3 PEMANTAUAN

Pemantauan dilaksanakan bagi mengawal selia pelaksanaan PT3. Ini dilakukan
bagi memastikan instrumen PT3 disediakan dan ditadbir mengikut Garis Panduan
Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3, Takwim, Jadual Kerja, Peraturan
Pentadbiran dan Arahan Tugasan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

PEMANTAUAN PENTADBIRAN
i. Memastikan penyediaan dan pentadbiran Instrumen PT3 mematuhi dokumen
Lembaga Peperiksaan.
ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PT3.
iii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PT3.
iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran dalam
pelaksanaan PT3.

18

PT3/PP

PEMANTAUAN PENTADBIRAN

Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Instrumen : Ujian Bertulis/ Ujian Lisan/ Pelbagai Instrumen
ARAHAN
Sila tandakan (√) pada Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL PERNYATAAN
YA TIDAK
A. Pematuhan kepada dokumen Lembaga Peperiksaan.
1. Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Pentadbiran PT3.
2. Takwim PT3.
3. Jadual Kerja PT3.
4. Peraturan Pentadbiran PT3.
5. Arahan Penyediaan Instrumen dan Arahan Pelaksanaan Tugasan.

B. Pematuhan kepada dokumen Sekolah.
1. Jadual Waktu Ujian Bertulis.
2. Jadual Kerja / Senarai Semak Pelbagai Instrumen.
3. Jadual Sidang Ujian Lisan-Mendengar / Jadual Ujian Lisan-Bertutur.
4. Peraturan Penyediaan dan Penyimpanan Instrumen Pentaksiran.
5. Peraturan Pemeriksaan dan Penyimpanan Skrip Jawapan Calon.


CATATAN PENTAKSIR:

a. PT3 ditadbir dengan MEMATUHI / TIDAK MEMATUHI peraturan dalam dokumen PT3 Lembaga
Peperiksaan.

b. Dokumen PT3 peringkat sekolah disediakan dengan MEMATUHI / TIDAK MEMATUHI
peraturan dalam dokumen PT3 Lembaga Peperiksaan.



Tandatangan : Tarikh:
19



CARTA ALIR PEMANTAUAN PENTADBIRAN PT3








































MULA
Dokumen pentadbiran PT3 sekolah akur
dengan dokumen Lembaga Peperiksaan.
Pegawai LP/JPN/PPD memantau
pentadbiran PT3 menepati arahan dan
pentadbiran Lembaga Peperiksaan.
Pentadbiran PT3 menepati arahan dan
pentadbiran Lembaga Peperiksaan.
Pegawai LP/JPN/PPD mengesahkan
pentadbiran PT3 menepati arahan dan
pentadbiran Lembaga Peperiksaan.
TAMAT
Tidak
Pentadbir sekolah
menyediakan semula
dokumen.
Pegawai LP/JPN/PPD menyemak dokumen
pentadbiran PT3 yang disediakan oleh
Sekolah.
Ya
Ya
Tidak
Pentadbir sekolah
membuat teguran dan
membetulkan cara
pentadbiran PT3.
20

2.2.4 PENYELARASAN

Penyelarasan dilaksanakan bagi memastikan keseragaman penskoran. Ini dilakukan
dengan membuat moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor. Moderasi Pemeriksaan
bertujuan untuk memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan skrip
jawapan calon berpandukan Panduan Penskoran yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan. Verifikasi Penskoran bertujuan memastikan skor yang diberikan
kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati keupayaan
sebenar calon serta pengiraan markah calon dibuat dengan tepat.


PENYELARASAN – MODERASI PEMERIKSAAN
i. Mengadakan latihan pemeriksaan bagi memastikan guru faham dengan panduan
penskoran.
ii. Menjalankan pemeriksaan rawak / semak balas sepuluh peratus (10%) atau
sekurang-kurangnya sepuluh (10) sampel hasil kerja murid yang telah diperiksa
oleh guru mata pelajaran bagi memastikan pemeriksaan menepati panduan
penskoran, ketekalan dalam pemeriksaan dan konsistensi dalam pemberian skor.
Pemilihan skrip jawapan adalah berdasarkan tiga aras pencapaian murid iaitu
rendah, sederhana dan tinggi.
iii. Memastikan guru menjalankan pemeriksaan semula sekiranya pemeriksaan guru
tidak menepati panduan penskoran.
21













Guru perlu menyemak semula cara pemeriksaan dan keakuran pada panduan
penskoran sekiranya beza skor antara pemeriksaan guru dan pentaksir
adalah/melebihi 5 % markah.
Contohnya:
Markah penuh 100 markah
ANGKA
GILIRAN
CALON
SKOR
GURU
SKOR
PENTAKSIR
BEZA (+-) CATATAN
V100 A001 80 85 5% Guru perlu
menyemak semula
cara pemeriksaan
skrip jawapan dan
memastikan
pemeriksaan
mematuhi panduan
penskoran
V100 A100 70 65 5%
V100 A150 59 64 5%
V100 A185 60 61 1% Guru telah
memeriksa skrip
jawapan dengan
mematuhi panduan
penskoran
V100 A190 70 68 2%
V100 A200 68 69 1%

Guru perlu memeriksa semula kesemua skrip jawapan sekiranya 25 % atau
lebih skrip jawapan yang dimoderasi menunjukkan perbezaan skor adalah/melebihi
5 %.
Contohnya:
BILANGAN
CALON
PERATUS/BILANGAN
SKRIP JAWAPAN
YANG
DIMODERASI
PERATUS/BILANGAN SKRIP
JAWAPAN YANG BEZA SKOR
ANTARA MARKAH GURU DAN
SKOR PENTAKSIR
ADALAH/MELEBIHI 5 %
CATATAN
200
10 %
(20 skrip jawapan)
30%
(6 skrip jawapan)
Guru memeriksa semula
semua skrip jawapan
di bawah
tanggungjawabnya.
120
10 %
(12 skrip jawapan)
25%
(3 skrip jawapan)
200
10 %
(20 skrip jawapan)
20%
(4 skrip jawapan)
Guru tidak perlu
memeriksa semula
semua skrip jawapan
di bawah
tanggungjawabnya. 120
10 %
(12 skrip jawapan)
17%
(2 skrip jawapan)



22

PENYELARASAN - VERIFIKASI SKOR
i. Memastikan skor diberikan adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati
keupayaan sebenar calon.
ii. Memastikan guru konsisten dalam pemberian skor bagi menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan skor.
iii. Menyemak secara rawak sepuluh peratus (10%) atau sekurang-kurangnya sepuluh
(10) sampel hasil kerja murid bagi memastikan tiada kesilapan dalam pemberian
dan pengiraan skor.
iv. Memaklumkan bahawa guru perlu memeriksa semula kesemua skrip jawapan
sekiranya 25 % atau lebih skrip jawapan yang dimoderasi menunjukkan perbezaan
skor adalah/melebihi 5 %.
Contohnya:
BIL ANGKA
GILIRAN
CALON
SKOR
GURU
SKOR
PENTAKSIR
PERATUS
BEZA
SKOR
AKUR
PANDUAN
PENSKORAN
TIDAK AKUR
PANDUAN
PENSKORAN
KESILAPAN
MENJUMLAH
1 V 100 A001 80 84 4 √
2 V 100 A 005 90 90 0 √
3 V 100 A010 95 92 3 √
4 V 100 A015 93 87 6 √
5 V 100 A018 90 89 1 √
6 V 100 A021 80 86 6 √
7 V 100 A025 80 83 3 √
8 V 100 A027 90 94 4 √
9 V 100 A031 80 77 3 √
10 V 100 A034 80 81 1 √
11 V 100 A100 70 75 5 √
12 V 100 A111 80 83 3 √
JUMLAH 9 3
PERATUS 75% 25%

CATATAN PENTAKSIR:
a. Guru PERLU / TIDAK PERLU memeriksa semula SEMUA skrip jawapan di bawah tanggungjawabnya.
b. Ketua Panitia PERLU / TIDAK PERLU menjalankan semula moderasi pemeriksaan skrip jawapan bagi skrip
yang diperiksa semula.
c. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

23

PT3/MP


MODERASI PEMERIKSAAN

Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Tingkatan : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
Bilangan skrip yang diselaras : ……………………………………………………………………..

ARAHAN
Senarai semak ini berkaitan moderasi pemeriksaan skrip jawapan. Sila tandakan (√) pada
Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL PERNYATAAN
YA TIDAK
1.

Guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang
kandungan mata pelajaran yang diperiksa.

2. Guru mengajar mata pelajaran yang diperiksa.
3. Guru memahami tugasan.
4. Guru menguasai panduan penskoran.
5. Guru mempunyai kefahaman yang selaras dengan guru lain
tentang panduan penskoran.

6. Guru kompeten dalam menjalankan pemeriksaan skrip jawapan
berdasarkan panduan penskoran dan akur panduan penskoran.

7. Guru memberi skor yang menepati jawapan murid.
8. Guru konsisten dalam pemberian skor.
9. Guru menjumlahkan markah dengan tepat.
10. Guru tidak perlu membuat pemeriksaan semula kerana telah
menepati panduan penskoran.



Tandatangan : Tarikh:




24

PT3/VS

VERIFIKASI SKOR


Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Nama Guru : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..

BIL ANGKA GILIRAN CALON
SKOR
GURU
SKOR
PENTAKSIR
PERATUS
BEZA SKOR
AKUR
PANDUAN
PENSKORAN
TIDAK AKUR
PANDUAN
PENSKORAN
KESILAPAN
MENJUMLAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
JUMLAH

PERATUS


CATATAN PENTAKSIR:

a. Guru PERLU / TIDAK PERLU memeriksa semula SEMUA skrip jawapan di bawah
tanggungjawabnya.

b. Ketua Panitia PERLU / TIDAK PERLU menjalankan semula moderasi pemeriksaan skrip
jawapan bagi skrip yang diperiksa semula.

c. Skor BOLEH / TIDAK BOLEH dihantar ke Lembaga Peperiksaan.



Tandatangan : Tarikh:

25

PT3/LMV

LAPORAN MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR

Nama Pentaksir : ……………………………………………………………………..
Sekolah : ……………………………………………………………………..
Mata Pelajaran : ……………………………………………………………………..
Bilangan guru yang diselaras : ……………………………………………………………………..

ARAHAN
Senarai semak berikut berkaitan dengan aktiviti moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor .
Sila tuliskan peratus Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BIL PERNYATAAN PERATUS

YA TIDAK
1.

Guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang
kandungan mata pelajaran yang diperiksa.

2. Guru mengajar mata pelajaran yang diperiksa.
3. Guru memahami tugasan.
4. Guru menguasai panduan penskoran
5. Guru mempunyai kefahaman yang selaras dengan guru lain
tentang panduan penskoran

6. Guru kompeten dalam menjalankan pemeriksaan skrip jawapan
berdasarkan panduan penskoran

7. Guru memberi skor yang menepati jawapan murid
8. Guru konsisten dalam pemberian skor
9. Guru menjumlahkan markah dengan tepat.
10. Guru tidak perlu membuat pemeriksaan semula kerana
pemeriksaan telah menepati panduan penskoran


CATATAN:
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................

Tandatangan : Tarikh:

26


CARTA ALIR MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR
OLEH PENTADBIR SEKOLAH





































MULA
Guru mata pelajaran Tingkatan 3 yang
dilantik oleh Pengetua memeriksa skrip
jawapan calon berpandukan Panduan
Penskoran.
Guru mata pelajaran Tingkatan 3
menyerahkan skrip jawapan calon kepada
Ketua Panitia untuk dimoderasi
pemeriksaan dan diverifikasi skor.
Ketua Panitia membuat moderasi
pemeriksaan dan verifikasi skor
bagi memastikan pemeriksaan menepati
Panduan Penskoran.
Pemeriksaan menepati Panduan
Penskoran.
Guru mata pelajaran meneruskan
pemeriksaan skrip jawapan calon.
A
Ya
Tidak
Guru mata
pelajaran
memeriksa semula
skrip jawapan
calon.
Sekolah memuat turun Aplikasi PT3 yang
mengandungi item dan Panduan Penskoran.
27

CARTA ALIR MODERASI PEMERIKSAAN DAN VERIFIKASI SKOR
OLEH KPK, KPN, KPKw DAN PKw
































A

Ketua Panitia membuat moderasi
pemeriksaan dan verifikasi skor
bagi memastikan pemeriksaan menepati
Panduan Penskoran.
Ketua Panitia menyerahkan skrip jawapan
calon kepada Personel Pentaksiran untuk
dimoderasi pemeriksaan dan diverifikasi
skor.
Personel Pentaksiran membuat moderasi
pemeriksaan dan verifikasi skor
bagi memastikan pemeriksaan menepati
Panduan Penskoran.
Pemeriksaan menepati Panduan
Penskoran.
Personel Pentaksiran membuat verifikasi
skor.
TAMAT
Ya
Tidak
Guru mata
pelajaran
memeriksa semula
skrip jawapan
calon.
28
































3.0
PERSONEL PENTAKSIRAN PT3

29


3.1 CARTA ORGANISASI PERSONEL PENTAKSIRAN








































KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)
(1 KPK untuk setiap mata pelajaran)

KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)
(1 KPN untuk setiap mata pelajaran di setiap negeri)

KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw)
(1 KPKw untuk setiap mata pelajaran di setiap daerah)

PENTAKSIR KAWASAN (PKw)
(1 PKw untuk setiap mata pelajaran bagi setiap lima sekolah)

KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)
(1 KPS untuk setiap sekolah terdiri daripada Pengetua sekolah)

KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMp)
(1 KPMp untuk setiap mata pelajaran terdiri daripada Ketua Panitia)

PENTAKSIR MATA PELAJARAN (PMp)
(1 PMp untuk setiap mata pelajaran terdiri daripada guru tingkatan 3)

30

3.2 PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN

JAWATAN PELANTIKAN
Ketua Pentaksir Kebangsaan (KPK)
Lembaga Peperiksaan Ketua Pentaksir Negeri (KPN)
Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw)
Pentaksir Kawasan (PKw) Jabatan Pendidikan Negeri
Ketua Pentaksir Sekolah (PS)
Sekolah Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp)
Pentaksir Mata Pelajaran (PMp)


31

3.3 SYARAT PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN


KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN (KPK)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 7 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

KETUA PENTAKSIR NEGERI (KPN)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 7 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

KETUA PENTAKSIR KAWASAN (KPKw)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 5 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.


32

PENTAKSIR KAWASAN (PKw)
i. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga di sekolah kerajaan.
ii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iii. Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan selama 3 tahun atau lebih.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
v. Menerima latihan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.

KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (KPS)
i. Pengetua Sekolah.
ii. Memahami komponen Penjaminan Kualiti PT3 dan cara pelaksanaan.
iii. Memahami prinsip pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
iv. Memahami prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.


33


KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMp)
i. Ketua Panitia bagi setiap mata pelajaran tingkatan tiga.
ii. Mempunyai pengetahuan mengenai kandungan mata pelajaran.
iii. Memahami prinsip pemasangan instrumen dan verifikasi instrumen.
iv. Memahami prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.


PENTAKSIR MATA PELAJARAN (PMp)
i. Pelantikan oleh Pengetua sekolah
ii. Mengajar mata pelajaran tingkatan tiga.
iii. Mengajar mata pelajaran berkenaan pada tahun semasa.
iv. Menerima latihan pemasangan instrumen.
v. Menerima latihan pemeriksaan skrip jawapan.

34



3.4 KRITERIA PERSONEL PENTAKSIRAN

Personel Pentaksiran yang berkualiti perlu mempunyai pengetahuan khusus dalam
mata pelajaran yang ditaksir, ilmu pentaksiran dan pemeriksaan serta mempraktiskan
integriti dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sebagai personel
pentaksiran.

Personel Pentaksiran hendaklah

PENGETAHUAN AKADEMIK
i.
Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan
ii.
Menguasai sukatan dan huraian sukatan mata pelajaran berkenaan.
iii. Mengajar mata pelajaran di peringkat Tingkatan 1 hingga 3.



PENGETAHUAN PENTAKSIRAN
i.
Mengetahui konsep dan definisi pentaksiran.
ii.
Memahami maksud konstruk dan konteks pada item.
iii.
Memahami kata tugas, aras kesukaran item dan pembahagian markah bagi setiap
item.
iv.
Memahami cara pemasangan instrumen.
v.
Memahami peraturan pemarkahan dan perbezaan cara penskoran analitik dan
holistik.
vi.
Mengetahui prinsip moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.











35


3.5 SURAT PELANTIKAN PERSONEL PENTAKSIRAN


SURAT PELANTIKAN
i. Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan sebagai
Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir
Kawasan.
ii. Jabatan Pendidikan Negeri bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan
sebagai Pentaksir Kawasan.
iii. Surat Pelantikan ini adalah sebagai punca kuasa kepada personel pentaksiran
untuk menjalankan pemeriksaan serta melaksanakan aktiviti penjaminan kualiti
verifikasi instrumen, moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor.
iv. Pelantikan sebagai personel pentaksiran ini adalah sah untuk tahun semasa dan
Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan pelantikan tersebut sekiranya guru yang
dilantik didapati tidak mematuhi perkara yang dinyatakan sebagai syarat seperti
di dalam surat pelantikan.
v. Surat makluman kepada Pengetua sekolah dikeluarkan untuk memaklumkan
pelantikan guru-guru mata pelajaran di sekolah sebagai Personel Pentaksiran.































36



SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN

Nombor Rujukan dan Tarikh


Nama dan Alamat Personel Pentaksiran

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014
PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN
KOD PENTAKSIR :
NAMA KERTAS : KOD KERTAS :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan
sebagai Ketua Pentaksir Kebangsaan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja;

3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;

3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari
persekolahan;

3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi
perkara berikut:

i. skrip jawapan yang diperiksa;

ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewa
hotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;

3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas
pemeriksaan;

3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan
tugas ini;


4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan
pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua
urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan.

6. Senarai nama Ketua Pentaksir Negeri dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Lembaga
Peperiksaan.

7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan, Nama dan Alamat
37



SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR NEGERI

Nombor Rujukan dan Tarikh


Nama dan Alamat Personel Pentaksiran

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) 2014
PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR NEGERI
KOD PENTAKSIR :
NAMA KERTAS : KOD KERTAS :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan
sebagai Ketua Pentaksir Negeri.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja;

3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;

3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari sekolah;

3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi
perkara berikut:

i. skrip jawapan yang diperiksa;

ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewa
hotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;

3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas
pemeriksaan;

3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan
tugas ini;


4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan
pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua
urusan berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dengan Lembaga Peperiksaan.

6. Senarai nama Ketua Pentaksir Kawasan dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh
Lembaga Peperiksaan.

7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan, Nama dan Alamat
38

SURAT PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN

Nombor Rujukan dan Tarikh


Nama dan Alamat Personel Pentaksiran

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014
PELANTIKAN KETUA PENTAKSIR KAWASAN

KOD PENTAKSIR :
NAMA KERTAS : KOD KERTAS :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan
sebagai Ketua Pentaksir Kawasan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja;

3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;

3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari
persekolahan;

3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi
perkara berikut:

i. skrip jawapan yang diperiksa;

ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewa
hotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;

3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas
pemeriksaan;

3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan
tugas ini;


4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan
pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua
urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan.

6. Senarai nama Pentaksir Kawasan dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Sektor
Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan, Nama dan Alamat
39

SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR KAWASAN

Nombor Rujukan dan Tarikh


Nama dan Alamat Personel Pentaksiran

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014
PELANTIKAN PENTAKSIR KAWASAN

KOD PENTAKSIR :
NAMA KERTAS : KOD KERTAS :

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia melantik tuan/puan
sebagai Pentaksir Kawasan.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 menjalankan penjaminan kualiti untuk satu instrumen pentaksiran sahaja;

3.2 membuat verifikasi instrumen pentaksiran, melaksanakan moderasi pemeriksaan skrip
jawapan, membuat verifikasi skor dan memeriksa skrip jawapan;

3.3 meminta kebenaran Pengetua sekiranya aktiviti penjaminan kualiti diadakan pada hari
persekolahan;

3.4 melaksanakan penjaminan kualiti dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan;

3.5 membuat tuntutan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharan, Surat Pekeliling
Perbendaharaan dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia yang sedang berkuatkuasa bagi
perkara berikut:

i. skrip jawapan yang diperiksa;

ii. tuntutan elaun perjalanan kenderaan, elaun makan/elaun harian dan elaun sewa
hotel/lojing dan lain-lain tuntutan yang berkaitan;

3.6 tidak mengikuti sebarang kursus di mana-mana institusi sepanjang menjalankan tugas
pemeriksaan;

3.7 memaklumkan dengan segera secara bertulis kepada Pengarah Pendidikan Negeri tuan/puan
dan Pengarah Peperiksaan (u.p.:Unit PMR), sekiranya tuan/puan tidak dapat menjalankan
tugas ini;


4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Lembaga Peperiksaan boleh membatalkan
pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas.

5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua
urusan berkaitan PT3 dengan Lembaga Peperiksaan.

6. Senarai nama sekolah dalam kumpulan tuan/puan akan dimaklumkan oleh Sektor Penilaian dan
Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

7. Lembaga Peperiksaan berharap tuan/puan akan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan, Nama dan Alamat

40


SURAT IRINGAN KEPADA PENGETUA
MEMAKLUMKAN PELANTIKAN PENTAKSIR
OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN /JABATAN PENDIDIKAN NEGERI


Nombor Rujukan dan Tarikh


Nama dan Alamat Sekolah

Tuan/Puan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014
PELANTIKAN PENTAKSIR


Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri telah melantik guru dari sekolah tuan/puan
sebagai Pentaksir PT3. Surat pelantikan sebagai Pentaksir telah dihantar kepada guru-guru seperti di
Lampiran A.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

3.1 Memastikan guru-guru berkenaan tidak mengikuti sebarang kursus sepanjang
menjalankan tugas pentaksiran.

3.2 Mengesahkan senarai nama guru di Lampiran A dan mengembalikan dengan
SEGERA kepada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan/ Pengarah
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri.

3.3 Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan sekiranya guru-guru berkenaan
telah bertukar ke sekolah lain.


4. Bersama- sama ini disertakan Lampiran A: Senarai Pentaksir PT3 untuk makluman dan
tindakan tuan/puan.Tuan/Puan boleh menghubungi ........................... di talian .........................untuk
sebarang pertanyaan.

.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tandatangan
Nama dan Alamat

41

Lampiran A


SENARAI NAMA PENTAKSIR PT3

BIL NAMA PENTAKSIR KOD MP CATATAN















Nota:
Sila kembalikan senarai ini kepada Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri (u.p:
………………………………………………) sebelum atau pada ………….


Nama dan tandatangan Pengetua
Tarikh:……………………….







42

3.6 SENARAI SEMAK PERSONEL PENTAKSIRAN

SENARAI SEMAK
PERSONEL PENTAKSIRAN

BIL TINDAKAN TANDAKAN (√) TARIKH
1 Menerima latihan Verifikasi Instrumen, Moderasi
Pemeriksaan dan Verifikasi Skor

2 Menerima surat pelantikan sebagai Personel
Pentaksiran.

4 Menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi.

5 Menerima surat arahan menjalankan penjaminan
kualiti.

6 Menerima senarai sekolah.

7 Menjalankan Verifikasi Instrumen

Sekolah 1

Sekolah 2

Sekolah 3

Sekolah 4

Sekolah 5

8 Menjalankan Moderasi Pemeriksaan dan Verifikasi
Skor


Sekolah 1


Sekolah 2


Sekolah 3


Sekolah 4


Sekolah 5

9 Memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan
sekiranya berlaku ketidakaturan di sekolah.

10 Menghantar laporan ke Lembaga Peperiksaan.


Nama dan tandatangan Tarikh