PERSONALITI MELALUI CARA TIDUR

1. Tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang
kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk
belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang
mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda
utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi
kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.
2. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki
bersilang
Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan
perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu
lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada
dalam diri kamu memang dipuji.
3. Selubung seluruh badan dengan
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya
jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah.
Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan
sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya
secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah
mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.
4. Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui
diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta
kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam
hidupmu.

5. Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan
yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling
mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti dirimu kerana kamu
dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.
6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si
gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah
bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang
kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar
sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.
7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk
tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan
penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di
dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di
dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada
dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan
akan menjadi milik mu yang abadi.
8. Tidur meringkuk di satu arah
Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri
sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu
lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin.
Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan
kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu
cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah
tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana
pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan
gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu
maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?
10.Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah
individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan
sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu
juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful