You are on page 1of 2

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

KSSR
SAINS
TAHUN 1
MATLAMAT
Untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui
pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan
nilai murni.
OBJEKTIF
Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan
minat tentang dunia di sekeliling mereka
Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran
saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Meningkatkan daya kreativiti murid
Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah
Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya
membolehkan murid mengamalkannya.
Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.