You are on page 1of 28

ALAT-ALAT

PERLINDUNGAN
SELAMAT DATANG DAN SALAM SEJAHTERA
Secara Am
Perlindungan merupakan satu aspek
yang penting di dalam pemasangan
elektrik bagi mengelak sebarang
bentuk BAHAYA!!!
1. Melindungi nyawa manusia
2. Melindungi bangunan dan harta
benda dari kebakaran
3. Melindungi peralatan elektrik dari
kerosakan dan kebakaran
Tujuan
Ciri-Ciri Asas
1. Bertindak pantas ( faster ) -
boleh bertindak dengan cepat sekiranya ada
berlaku sesuatu kerosakkan

2. Pemilihan ( selectivity) -
boleh memilih kerosakkan pada satu talian sahaja
tanpa mengganggu pada talian yang lain

3. Kepekaan ( sensitivity)
boleh kesan sebarang kerosakkan

4. Keboleharapan (reliability)
yakin bahawa setiap komponen yang terdapat
dalam sistem kuasa boleh berfungsi dengan baik

5. Kestabilan ( stability)
setiap komponen yang terdapat dalam sistem
perlindungan mestilah dalam keadaan stabil
Over Current ( Arus Lebih )

Arus lebih di sini bermaksud nilai arus dalam
kiloampiar ( KA fault level current ) dan sebabnya
ialah terdapat kerosakan litar pintas antara
Fasa ke Fasa
Fasa ke Neutral
Fasa ke Bumi

Jenis-jenis Perlindungan
1. Beban lebih akan menghasilkan kesan yang sama iaitu
arus lebih
2. Disebabkan apa-apa kerosakan pada litar
3. Nilai arusnya kecil berbanding arus lebih
4. Punca beban lebih adalah beban elektrik ( Kilowatt dan
KVA) yang berlebihan yang sepatutnya ditanggung
pemasangan
Over Load ( Beban Lebih )
Earth Fault ( Rosak Bumi)
Berlaku sentuhan terus diantara pengalir hidup
dengan pengalir bumi atau bahagian-bahagian
logam yang dibumikan

Kerosakan begini hasilkan
arus yang tinggi!!!
Disebabkan sentuhan tidak terus ( indirect contact )
antara pengalir fasa dan bumi disebabkan nilai
rintangan penebatan pengalir telah lemah dan rendah

Arus yang terhasil adalah kecil sama ada miliamp
atau beberapa amp sahaja disebabkan rintangan
kerosakan masih tinggi.
Earth Leakage ( Bocor Bumi)
Lampau Panas
Kepanasan yang lampau akan rosakkan komponen
dan pemasangan
Prinsip Bimetal strip digunakan pada Geganti Lampau
Panas dimana ia akan membengkok apabila melebihi
suhunya.
Digunakan pada arus yang rendah contohnya pada
motor kawalan iaitu Thermal Overload Relay.
Prinsip lain ialah perubahan rintangan terhadap haba.
Apabila rintangan berubah arus yang mengalir juga
Single Phasing ( Fasa Tunggal )
Bekalan 3 fasa kehilangan 1 atau 2 fasa

Contohnya :-
motor 3 fasa kehilangan bekalan 2 fasa,
motor mungkin tidak berpusing atau bergerak perlahan

Alat perlindungan yang digunakan ialah
Single Phasing Relay
Pelindungan Kilat
Penahan kilat/petir boleh merosakkan pemasangan
elektrik kerana voltan yang tinggi dan
percikan api yang kuat!!!
Perlindungan Mekanikal
Perlindungan mekanikal adalah seperti sesalur logam,
pembuluh dan penghadang bertujuan mengelak hentakan,
gegaran atau himpitan supaya pengalir tidak rosak
Perlindungan Kebakaran
Perlindungan dibilik suis dan bilik janakuasa
perlukan perlindungan dari kebakaran menggunakan
bahan yang sesuai seperti CO2, halon dan inert gas.
Kejutan Elektrik
Kejutan elektrik terjadi apabila dawai hidup
dipegang atau disentuh
Bagi nilai 1 3 mA
Kesan kejutan dapat dirasai tetapi tidak memberi
apa-apa kesan pada tubuh ( kena gigit semut)
Bagi nilai 10 15 mA
Kesan kejutan menyebabkan otot-otot menguncup
mengakibatkan anggota badan tidak dapat
mengawal pergerakan ( tegang ckit )
Bagi nilai 25 30 mA
Kesan kejutan menyebabkan otot menguncup lebih kuat,
akibatnya kita tidak dapat mengawal kejadian yang berlaku
(tegang banyak )
Bagi nilai 50 mA ke atas
Kesan kejutan boleh membunuh!!!!!!!!!!!!!!!
Rujuk buku Akta Bekalan elektrik

Peraturan2 Elektrik 1994
Bahagian II

Perlindungan
16. Suis, fius suis, suis fius,
pemutus litar, penyentuh, fius, dsb.

Perkakas suis voltan rendah
Miniature Circuit Breaker (MCB)

Moulded Case Circuit Breaker (MCCB)

Air Circuit Breaker (ACB)

Vacum Circuit Breaker (VCB)-HT

Oil Circuit Breaker (OCB)-VT
Suis Fius (low current)
adalah sesuatu unit tunggal terdiri
daripada pengasing bersiri dengan fius HRC
SPN dan TPN
Ukuran piawai 15 A, 20 A, 30 A, 45 A dan 60 A
tidak terasing dari litar apabila suis diOFFkan
Fius Suis (high current)
Merupakan pengasing di mana fius HRC ditumpangkan
di dalam pengasing sebagai jalan pengalir pengasing
Apabila di OFFkan, fius terpisah dari busbar
TPN
ukuran piawai 60 A, 100 A, 160 A, 200 A, 300A,
400 A, 500 A, 600 A, 800 A dan 1200 A
Fius
Alat perlindungan yang
paling mudah, murah dan baik
ialah fius
Terdapat 3 jenis fius yang biasa digunakan iaitu :-
Fius HRC
Fius Catridge
Fius Dawai ( rewireable)
Elemen fius - adalah pengalir dengan pelbagai saiz
yang akan cair apabila arus yang berlebihan
mengalir melaluinya.
Arus nominal - ialah arus maksimum yang boleh melalui
kabel atau fius pada jangka masa yang tidak
terhad dengan tidak memanaskan pengalir
kabel atau mencairkan elemen fius.
Arus fiusan - ialah arus minimum yang boleh mencairkan
elemen fius.
Faktor fiusan - ialah nisbah arus fiusan dengan kadaran
arus.
Istilah-istilah fius :-
Fius HRC

Paling baik dan banyak digunakan dengan kadaran 5 amp dan ke atas.
Bahagian elemen fiusnya terdapat serbuk pasir yang akan menyerap arka dan
percikan api yang terhasil.
Bahagian badannya diperbuat daripada porcelain.
Kedua-dua hujungnya diperbuat dari logam sebagai pengalir dan disediakan
tag untuk memudahkan penyambungan menggunakan nut skru
Fius Catridge

Mempunyai elemen fius tetapi tidak berada di dalam
serbuk fius dan sarungnya diperbuat daripada glass dimana
elemen fius boleh dilihat dari luar
Kadaran yang kecil kurang dari 5A untuk domestik
Bagi pasang DC 12V digunakan seperti di dalam kereta,

KEBAIKAN KEBURUKAN
1.Berbalut lebih
selamat
2. Kadaran arusnya
dapat dibaca
3. Mudah diganti
1.Mahal
2.Kurang sesuai untuk
arus tinggi
3.Tidak dapat dilihat
sama ada ia lebur
atau tidak
Fius Dawai ( rewireable )

Fius dawai adalah gelungan dawai yang telah dibuat
untuk lebur apabila nilai arus tertentu mengalir melaluinya
Ia tidak mempunyainya melting point, oleh itu ia lebur
dimana-mana bahagian.
Kesan percikan api akan merosakkan tapak dan
pembawa fius apabila berlaku arus lebih.
KEBAIKAN KEBURUKAN
1.Senang diganti oleh
sesiapa sahaja
2.Murah
3. Mudah didapati
1. Boleh bertukar dengan
kadar yang salah
2. Sukar menentukan kadar
arusnya
3. Tidak tertutup bahaya
kerana arka
4. Operasinya agak lemah
5. Faktor fiusnya tinggi :
2.5 3
6. Mudah terpengaruh
kepada suhu sekitaran

You might also like