SAMBUTAN BULAN RAMADHAN

SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SRI AMAN 2014


1. PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah
amalan demi meraih ganjaran dan ketakwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat
terawih, tadarus Al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat
digalakkan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama
seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini sebagai penjana untuk memantapkan dan
mengukuhkan lagi sahsiah pelajar dan warga SK Agama Sri Aman.

2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar penghayatan
Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga SK Agama Sri
Aman supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga SK Agama Sri Aman yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam bulan Ramadhan.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan
Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam
mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan
warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang
kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati
keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah Antara warga sekolah dengan
masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.

4. SASARAN
4.1 Murid Tahun 1 – Tahun 6
4.2 Guru dan staf sokongan
4.3 Ibu bapa pelajar
4.4 Masyarakat setempat

5. TEMPAT
Premis sekolah dan kawasan sekitar.

6. TARIKH
Sepanjang Bulan Ramadhan

7. PROGRAM SAMBUTAN BULAN RAMADHAN
Majlis tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran

8. PERBELANJAAN








9. JAWATANKUASA KERJA
Rujuk Lampiran 3
10. PENUTUP
Diharap program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar sempena mengimarahkan bulan yang
penuh dengan rahmat dan keberkatan ini. Semoga usaha ini mendapat ganjaran yang berlipat kali
ganda dari Allah S.W.T.
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1. Jamuan

100 orangx RM 3 RM 300.00
2. Majlis Khatam Al-Quran

100 orang x RM 1.50 RM 150.00
3. Cenderahati

5 orang x RM 25.00 RM 125.00
4. Alat tulis

4 x RM7.95 RM 31.80
JUMLAH KESELURUHAN = RM606.80
Disediakan oleh,
……………………........
(Encik Mohd Azhar bin Mohd Nor)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Agama Sri Aman

Disahkan oleh,

…………………………..
(En. Dahlan Bin Ham)
Guru Besar
SK Agama Sri Aman










Sign up to vote on this title
UsefulNot useful