You are on page 1of 1

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul - Bayi baru lahir adalah khalifa

h Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim.
Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut ca
ra yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan b
ayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah m
andian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tu
lang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiolog
i kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang
suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, ke
mudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi.
Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan de
ngan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan
secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa
menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan u
ntuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati
berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan ba
yi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jang
kitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tid
ak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bi
mbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambat
kan proses gugur tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Ca
ra mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala bole
h menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru le
mah.

You might also like