You are on page 1of 13

Sesi Kemasukan Jun/September 2014

PANDUAN PENDAFTARAN
PELAJAR BARU
SILA MUAT TURUN DOKUMEN INI UNTUK RUJUKAN PENDAFTARAN
DOKUMEN INI PERLU DI BACA DENGAN TELITI SEBAGAI PANDUAN SEBELUM HADIR
MENDAFTAR

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PERSEDIAAN PENDAFTARAN 1
2.0 HARI PENDAFTARAN 1
3.0 BAYARAN 2
3.1 Yuran Penerimaan Tawaran 2
3.2 Yuran Pendaftaran 2
3.2.1 Untuk Kemasukan Jun 2014 (Program Diploma) 2
3.2.2 Untuk Kemasukan September 2014 (Program Bachelor) 3
3.3 Kaedah Bayaran 3
3.4 Yuran Pengajian 4
3.5 Yuran Pendaftaran Semula untuk Semester Kedua dan Seterusnya 4
4.0 ASRAMA 5
5.0 PENGECUALIAN KREDIT (BAGI PELAJAR YANG DITAWARKAN KE PROGRAM
BACHELOR SAHAJA) 6
5.1 Permohonan 6
5.2 Bilangan Kredit Yang Dibenarkan 6
6.0 UJIAN PENEMPATAN MATEMATIK (UMPT) – PELAJAR DIPLOMA SAHAJA 6
7.0 PETA LOKASI 6
8.0 SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN 7
9.0 BANTUAN KEWANGAN
9.1 Bantuan Pinjaman Pendahuluan Pelajaran MARA 8
9.2 Pinjaman Pelajaran MARA 8
9.3 Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 10
9.4 Dokumen Untuk Urusan Pinjaman 11
10.0 PANDUAN PENDAFTARAN SECARA ONLINE 12

Tahniah di atas kejayaan anda kerana terpilih untuk mengikuti
program pengajian di Universiti Kuala Lumpur

UniKL MICET
UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

1
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
1.0 PERSEDIAAN PENDAFTARAN

i. Membuat bayaran Yuran Pendaftaran di mana-mana cawangan CIMB Bank dengan menggunakan Borang
Khidmat Pungutan yang terdapat di CIMB (Sila rujuk perkara 3.2) selepas anda mengesahkan penerimaan
(dengan menghantar Borang Penerimaan Tawaran)

ii. Menyediakan dokumen yang perlu dibawa (sila rujuk Senarai Dokumen yang Perlu Dibawa Semasa Hari
Pendaftaran di muka surat 7)

iii. Semua pelajar wajib mempunyai akaun CIMB (kategori akaun dewasa) untuk keperluan permohonan
pembiayaan oleh pihak penaja.

iv. Menyempurnakan pemeriksaan kesihatan berdasarkan Borang Pemeriksaan Kesihatan termasuk X-ray. Pihak
Universiti hanya memerlukan laporan perubatan sahaja, filem X-ray tidak perlu diserahkan kepada pihak
Universiti.

v. Sekiranya anda tidak dapat hadir pada hari pendaftaran yang telah ditetapkan dan ingin mendaftar pada tarikh
lain, anda wajib mendapatkan kelulusan secara bertulis sebelum hari pendaftaran.

vi. Bagi yang telah membuat bayaran penerimaan dan ingin menangguh pendaftaran ke semester akan datang,
permohonan secara bertulis perlu dibuat dalam tempoh 4 minggu selepas tarikh pendaftaran. Selepas tempoh ini,
bayaran penerimaan tawaran tidak boleh di bawa ke semester akan datang dan anda perlu membuat
permohonan kemasukan semula sekiranya masih berminat.

vii. Pelajar yang telah berjaya membuat pendaftaran atas talian (online) dan ingin menarik diri dari pengajian,
permohonan berhenti secara rasmi perlu dikemukakan dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh hari pendaftaran.

2.0 HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri berdasarkan maklumat seperti yang tercatat di surat tawaran. Sila bawa
bersama Borang-borang Pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen yang perlu (sila rujuk
Senarai Dokumen yang Perlu Dibawa Semasa Hari Pendaftaran di muka surat 7) semasa hadir mendaftar.

Anda perlu berpakaian kemas semasa hadir mendaftar.

Pelajar lelaki dikehendaki berbaju kemeja, bertali leher, seluar panjang (slacks) dan berkasut. Rambut mestilah kemas,
tidak diwarnakan serta tidak melebihi paras kolar baju.

Pelajar perempuan dikehendaki berpakaian kemas, seperti berpakaian baju kurung. Rambut mestilah kemas dan tidak
berwarna. Bagi pelajar yang bertudung, anda dikehendaki memakai tudung berwarna gelap.

Nota: Seluar jeans, seluar pendek dan selipar adalah DILARANG.

Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti Program Induksi anjuran Universiti selepas daripada Hari Pendaftaran.
Program ini penting bagi menyesuaikan diri para pelajar dengan persekitaran kampus universiti.
UniKL telah menyediakan kemudahan pendaftaran atas talian (pendaftaran online) kepada pelajar untuk mempercepatkan
proses dihari pendaftaran. Sila rujuk PANDUAN PENDAFTARAN SECARA ONLINE di muka surat 12.


UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

2
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
3.0 BAYARAN
Jenis- jenis bayaran untuk pelajar baru adalah seperti berikut:

No Jenis Bayaran Amaun Bayaran Kaedah Bayaran Tempoh bayaran
1 Yuran Penerimaan Tawaran RM 250 – sila rujuk item
3.1
Borang Khidmat
Pungutan, CIMB
sebelum Tarikh Akhir
Penerimaan Tawaran
seperti yang telah
ditetapkan di dalam Surat
Tawaran.
2 Yuran Pendaftaran sila rujuk item 3.2 Borang Khidmat
Pungutan, CIMB
Sebelum hadir mendaftar
3 Lain-lain Bayaran Semasa Hari
Pendaftaran
sila rujuk item 3.4 Tunai Bayaran dibuat pada hari
pendaftaran
4. Yuran Pengajian Bergantung kepada
program pengajian –
sila rujuk item 3.5
hanya akan dituntut selepas pihak Universiti
mendapat pengesahan status pembiayaan
(pinjaman atau biaya sendiri).

3.1 Yuran Penerimaan Tawaran

Jenis Yuran RM
Yuran Penerimaan Tawaran 250

Yuran ini perlu dijelaskan sebelum Tarikh Akhir Penerimaan Tawaran seperti yang telah ditetapkan di dalam Surat
Tawaran.

Anda di anggap tidak menerima tawaran yang telah diberikan sekiranya bayaran yuran ini tidak dibuat sebelum
atau pada tarikh yang telah ditetapkan.

3.2 Yuran Pendaftaran

3.2.1 Untuk Kemasukan Jun 2014 (Program Diploma)

Bagi pelajar kemasukan Jun 2014, terdapat 2 jenis pilihan bayaran yuran pendaftaran iaitu Bayaran A atau Bayaran B.
Manakala Bayaran C adalah bayaran untuk semester berikutnya – September 2014

Item bayaran Bayaran A (RM) Bayaran B (RM) Bayaran C (RM) –
untuk semester
September 2014
Insurans 255 255
Kad Pelajar – sekali sepanjang pengajian 40 40
Deposit 250 250
Asrama : Jun- Ogos (Wajib) 275 275
Asrama : Sept – Januari 2015 (Pilihan) 550
Pusat Sumber 100
Jacket 60
Alumni 50
Perkakasan Keselamatan 150
Tabung Kebajikan Siswa – sekali sepanjang
pengajian
20 20
Total 840 1,390 360
*Akan dikembalikan setelah pelajar tamat pengajian
UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

3
Sesi Kemasukan Jun/September 2014

a) Bayaran A adalah bayaran yuran pendaftaran termasuk dengan Asrama yang diwajibkan kepada pelajar
baru untuk bulan Jun sehingga Ogos. Ini bermakna asrama tidak disediakan kepada pelajar bagi bulan
September hingga Januari 2015

b) Bayaran B adalah bayaran yuran pendaftaran termasuk dengan asrama kepada pelajar untuk bulan Jun
sehingga Januari 2015. Ini bermakna asrama disediakan untuk pelajar bermula bulan Jun sehingga
Januari 2015
c) Bayaran C adalah sebahagian daripada yuran pendaftaran pelajar baru. Namun ia perlu dijelaskan sebelum
01 September 2014. Makluman bayaran akan di maklumkan oleh institut masing-masing.

d) Bayaran A atau bayaran B perlu dijelaskan selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Pendaftaran atau
sebelum pendaftaran secara online boleh dibuat. (sila rujuk Panduan Pendaftaran Online mukasurat 12)


Pelajar dikehendaki membuat pilihan samada membuat pembayaran Bayaran A ataupun Bayaran B. Jumlah
yuran adalah bergantung kepada pilihan yang dibuat. Sila maklumkan pilihan anda di Borang Penerimaan
Tawaran

3.2.2 Untuk Kemasukan September 2014 (Program Bachelor)

Jenis Yuran
RM
Yuran Pusat Sumber/Perpustakaan 100
Yuran Kad Pelajar 40
Yuran Pakaian Seragam Pelajar 60
Insuran Pelajar – sekali sepanjang pengajian 340
Yuran Alumni 50
Deposit * 250
Yuran Asrama 550
Perkakasan Keselamatan 150
Tabung Kebajikan Siswa – sekali sepanjang pengajian 20
JUMLAH BAYARAN 1,560
* Akan dikembalikan setelah pelajar tamat pengajian

Yuran ini perlu dijelaskan selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Pendaftaran atau sebelum pendaftaran
secara online boleh dibuat. (sila rujuk Panduan Pendaftaran Online di mukasurat 11)

3.3 Kaedah Bayaran
Bayaran bagi Yuran Penerimaan Tawaran dan Yuran Pendaftaran mestilah dibuat dengan menggunakan SLIP
KHIDMAT PUNGUTAN (COLLECT SERVICES) yang boleh di dapati di mana-mana cawangan CIMB.

Sila rujuk Panduan Mengisi Slip Bank CIMB (Payment Instruction) yang perlu dimuat turun daripada
www.admission.unikl.edu.my - CHECK APPLICATION STATUS - PAYMENT INSTRUCTION

BAYARAN TUNAI TIDAK DITERIMA BAGI MENGELAKKAN SEBARANG KESULITAN

UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

4
Sesi Kemasukan Jun/September 2014

3.4 Yuran Pengajian





*Yuran semasa Latihan Industri adalah sama dengan yuran satu semester
a) Struktur yuran tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia
b) Sekiranya pelajar menyempurnakan pengajian (complete study) sebelum tempoh tetap (dapat memendekkan
jangka masa pengajian) yuran keseluruhan adalah sama
c) Yuran mengulang (repeat) dan "withdraw" subjek akan dikenakan kepada pelajar dengan mengikut jumlah jam
kredit.
d) Yuran pengajian hanya akan dituntut selepas pihak Universiti mendapat pengesahan status pembiayaan
(pinjaman atau biaya sendiri).
e) Pihak Universiti berhak meminda atau mengubah kadar yuran pengajian tanpa notis.

3.5 Yuran Pendaftaran Semula untuk Semester Kedua dan Seterusnya


Bil Jenis Bayaran RM
1 Pendaftaran 50
2 Pusat Sumber 100
3 Aktiviti Pelajar 50
JUMLAH 200
# tertakluk kepada perubahan

Peringkat Program Jumlah Satu
Semester* (RM)
Jumlah Yuran
Setahun (RM)
Jumlah Yuran
Pengajian
Diploma 5,700 11,400 34,200
Bachelor
Biosystem / Process /
Environment / Polymer /
Bioprocess / Food
7,500 15,000 60,000
Bachelor Engineering in Chemical 8,000 16,000 64,000
UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

5
Sesi Kemasukan Jun/September 2014

4.0 ASRAMA
Semua pelajar baru bagi Program Diploma (Kemasukan Jun 2014) WAJIB menginap di asrama yang disediakan oleh
pihak UniKL (tertakluk kepada kekosongan asrama) pada bulan Jun sehingga Ogos dan TIDAK DIWAJIBKAN tinggal di
asrama untuk bulan September sehingga Januari 2015. Sila maklumkan pilihan anda di Borang Penerimaan Tawaran.
Semua pelajar baru bagi program Bachelor (Kemasukan September 2014) WAJIB menginap di asrama yang disediakan
oleh pihak UniKL (tertakluk kepada kekosongan asrama)

Pelajar dinasihatkan untuk menyediakan kelengkapan asrama sendiri dan kelengkapan minggu orientasi seperti senarai di
bawah:





BIL PERKARA JUMLAH BIL PERKARA JUMLAH
1. Kasut Sukan & Kasut Hitam Bebas 9. Kain Selimut 1
2. Pakaian Harian (selepas Latihan) Bebas 10. Selipar 1
3.


i) Lelaki – Seluar Panjang (Slacks) dan baju
kemeja/T-shirt.
ii) Perempuan – Pakaian yang menutup aurat
iii) Baju Melayu – Lelaki
Bebas

11. Baldi/gayung 1
4. Pakaian Sukan ( WAJIB Seluar Panjang ) Bebas 12. Penyangkut Baju Bebas
5. Baju Sukan Lengan Panjang (Pelajar Perempuan
sahaja)
Bebas 13. Tuala Bebas
6. Tudung (Pelajar Perempuan sahaja) Bebas 14. Kunci dan Mangga untuk almari 2
7. Telekong Solat (Pelajar Perempuan Islam sahaja) 1 15. Buku / Alatulis Bebas
8. Sarung Tilam & Bantal 2 16. Lain-lain keperluan asas/ harian Bebas
UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

6
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
5.0 PINDAH KREDIT (BAGI PELAJAR YANG DITAWARKAN KE PROGRAM
BACHELOR SAHAJA)

5.1 Permohonan
Bagi memastikan kelulusan pindah kredit dapat diberikan dalam tempoh yang ditetapkan, sila pastikan bahawa
dokumen-dokumen berikut adalah lengkap.
Senarai dokumen:
a. Borang Permohonan Pindah Kredit
b. Salinan keputusan peperiksaan peringkat SPM
c. Salinan keputusan peperiksaan peringkat STPM/Sijil/ Diploma) dan
d. Salinan rangka kandungan mata pelajaran (syllabus/subject outlines) bagi subjek yang ingin dipohon

5.2 Bilangan Kredit Yang Dibenarkan

Bilangan kredit yang dibenarkan adalah 30% daripada bilangan keseluruhan kredit bagi program yang akan
diambil. Sekiranya permohonan diluluskan, jangkamasa pengajian akan berkurangan daripada yang tertulis di
surat tawaran.

PERINGATAN:
1. Permohonan pindah kredit ini hanya boleh dibuat sekali sepanjang tempoh pengajian dan boleh
dilakukan pada semester pertama sahaja.
2. Kelulusan pindah kredit adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti.
3. Untuk mengelakkan masalah pendaftaran subjek, kelulusan pindah kredit perlu diperolehi dalam
tempoh 2 minggu selepas pendaftaran.

6.0 UJIAN PENEMPATAN MATEMATIK (UMPT) – PELAJAR DIPLOMA SAHAJA

Semua pelajar baru program Diploma UniKL DIWAJIB kan menduduki Ujian Penempatan bagi subjek Matematik yang
akan dijalankan pada Minggu Induksi. Oleh hal yang demikian, pelajar dikehendaki membawa alat tulis yang diperlukan dan
juga Kalkulator Scientific semasa menjalani ujian. Pelajar yang lulus Ujian Penempatan di atas dikecualikan dri mengambil
subjek Foundation Mathematic.


7.0 PETA LOKASI
Peta lokasi untuk ke kampus-kampus UniKL boleh d dapati di laman web www.unikl.edu.my






UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

7
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
8.0 SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN:
Semua dokumen perlu di sahkan benar dan disusun mengikut senarai di bawah:
Senarai Semak Sila tandakan 
atau 
1 1 keping Gambar Warna Berukuran Paspot
2 Salinan Surat Tawaran*
3 Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
4 Salinan Sijil Kelahiran Ibu
5 Salinan Sijil Kelahiran Bapa
6 Salinan Kad Pengenalan Pelajar (depan & belakang , saiz A4)*
7 Salinan Kad Pengenalan Ibu (depan & belakang, saiz A4)
8 Salinan Kad Pengenalan Bapa (depan & belakang saiz A4)
9 Salinan Sijil Kematian/Perceraian Ibu/Bapa (jika berkaitan)
10 Salinan Sijil SPM / ‘O’ Level*
11 Salinan Sijil STPM / ‘A’ Level* (jika berkaitan)
12 Sijil/IB/Matrikulasi/Diploma/HND * (jika berkaitan)
13 Salinan Transkrip/Slip Keputusan Peperiksaan Bagi Setiap Semester* (jika berkaitan)
14 Slip keputusan MUET – untuk tawaran program Bachelor of Engineering Technology sahaja**
15 Borang-Borang Pendaftaran Pelajar Baru yang mengandungi Lampiran A - E:
15.1 A - Borang Biodata Pelajar
15.2 B - Surat Akuan Ibubapa/Penjaga
15.3 C - Surat Akuan Pembiayaan Pelajar
15.4 D - Borang Pemeriksaan Kesihatan
14.5 E - Akuan Kebenaran Menghantar Salinan Keputusan Peperiksaan Kepada Pihak Ketiga
Note * - Dokumen Asal diperlukan

Pengesahan: Tandatangan

1

Saya telah lengkapkan dan susun dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak di atas.



2

Saya faham dan setuju yang pihak UniKL berhak untuk membatalkan atau menarik semula surat
tawaran saya sekiranya maklumat yang saya berikan salah dan tidak tepat atau kelayakan saya tidak
memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UniKL





UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

8
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
9.0 BANTUAN KEWANGAN
9.1 BANTUAN PINJAMAN PENDAHULUAN PELAJARAN MARA
Tujuan utama Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar
bumiputeradari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan atau mengikut garis panduan
kelayakan pendapatan yang ditetapkan oleh MARA bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri
memasuki Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTT).
Jumlah maksimum pendahuluan adalah sebanyak RM1,500.00 sahaja bagi seorang pelajar. Tertakluk
kepada peruntukan dan dasar semasa MARA
Pembayaran Pendahuluan ini diberi selewat-lewatnya 2 minggu selepas borang perjanjian yang
lengkap dihantar.
Pendahuluan ini tidak dikenakan sebarang faedah.
Pendahuluan ini perlu dibayar balik sepenuhnya
Permohonan boleh di buat secara online melalui laman web www.mara.gov.my - e-pendahuluan
9.2 PINJAMAN PELAJARAN MARA
Syarat Kelayakan Permohonan MARA
i) Syarat Am
a) Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu/Bumiputera Sabah/Sarawak dan
Warganegara Malaysia
b) Had umur pemohon tidak melebihi seperti berikut:
Diploma/HND 35 tahun
Ijazah Sarjana Muda 40 tahun
Sarjana, Ph.D dan Profesional 45 tahun
c) Mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa bagi kursus yang diiktiraf dan bidang pengajian
yang tersenarai dalam Senarai Kolej/Institusi Tajaan MARA
d) Pemohon tidak mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan permohonan. Contohnya,
pemohon yang telah mempunyai Ijazah sarjana tidak layak memohon tajaan untuk peringkat Ijazah
sarjana yang lain
e) Belum pernah menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat
yang sama
f) Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan
penaja lain (kecuali MARA) untuk pengajian sebelum ini. Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran
atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya di taja oleh MARA
UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

9
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
g) Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi
undang-undang negara
h) Tidak pernah diberhentikan pengajian dari mana-mana institusi pengajina bagi peringkat sama atas
masalah akademik dan disiplin (sekiranya pernah, pemohon akan dikenakan penalti selama satu
semester/setahun dan pertimbangan akan diberikan pada semester kedua sekiranya memenuhi syarat
tajaan pada ketika itu)
i) Mendapat kelulusna cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan/perletakan
jawatan daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan. Tenaga pengajar di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah mengemukankan surat kelulusan perletakan jawatan.
j) Pelajar/Ibu/Bapa/Penjaga bebas daripada senarai hitam atau tindakan undang-undang MARA
k) Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan oleh MARA

ii) Syarat Akademik
Calon yang mendapat tawaran kemasukan ke program Diploma atau Ijazah dari Universiti Kuala Lumpur telah
memenuhi syarat kelayakan pinjaman KECUALI:
a) Mereka yang diberikan tawaran secara bersyarat.
b) Calon yang tidak mendapat sekurang-kurangnya 2 C dan 2 D di peringkat STPM.
c) Calon STPM yang tidak mendapat minimum C kertas Pengajian Am.
d) Calon lepasan Ijazah/Diploma/Sijil/Matrikulasi/HND bukan dibawah Institusi Pendidikan MARA (IPMA)
CGPA bawah 2.50.
e) Calon lepasan Ijazah/Diploma/Sijil/Matrikulasi/HND dibawah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) CGPA
bawah 2.00.
Pakej Pinjaman MARA
Pakej pinjaman pendidikan MARA yang akan diberi meliputi:
i. Pinjaman Penuh

a) Keseluruhan yuran pengajian

b) Elaun sara hidup bagi program Diploma sebanyak RM535.50 – RM630.00 setiap bulan
(selama tempoh pengajian).

c) Elaun sara hidup bagi program Ijazah sebanyak RM595.00 – RM700.00 setiap bulan
(program MBBS sebanyak RM654.50).

ii. Pinjaman Sebahagian
a) Keseluruhan yuran pengajian sahaja selama tempoh pengajian.



UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

10
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
9.3 PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Syarat Kelayakan Permohonan PTPTN
a. Warganegara Malaysia.
b. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian.
c. Pemohon telah mendaftar untuk mengikuti kursus di mana-mana Institusi Pengajian
Tinggi Awam/Swasta/Politeknik atau institusi pengajian lain yang ditentukan oleh PTPTN.
d. Pemohon mestilah tidak mempunyai penaja atau penganjur lain.
e. Baki tempoh pengajian semasa permohonan pinjaman dibuat adalah tidak kurang
dari satu tahun.
f. Bagi pemohon yang mempunyai data di PTPTN sama ada telah mengemukakan
permohonan dalam semester yang sama, tempoh perjanjian masih aktif, gagal atau
berhenti pada pengajian terdahulu, pastikan hutang/status pinjaman tersebut telah
diselesai/dikemaskini sebelum permohonan ini dikemukakan.
Pakej Pinjaman PTPTN
Pakej pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:
Program Ijazah Sarjana Muda
i) Pinjaman Penuh
Program Jumlah Pinjaman Setahun (RM)
Ijazah* 16,000.00
MBBS 30,000.00
Nota: *Tambahan RM500.00 setahun kepada pelajar aliran sains.
Bayaran dibuat dua kali setahun
ii) Pinjaman Sebahagian
RM 8,000.00 setahun.
Program Diploma
Program Jumlah Pinjaman Setahun (RM)
Diploma 8,000.00
Diploma (UniKL RCMP) 15,000.00
Nota: Bayaran dibuat dua kali setahun




UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

11
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
9.4 DOKUMEN UNTUK URUSAN PINJAMAN
Pelajar yang ingin memohon pinjaman MARA/PTPTN dikehendaki membawa salinan dokumen-dokumen berikut semasa
Minggu Induksi. (untuk kampus UniKL RCMP sila sediakan 2 set lengkap)
BIL PERKARA
1. Gambar (1 keping)
2. Salinan Surat Tawaran
3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
4. Salinan Sijil Kelahiran Ibu
5. Salinan Sijil Kelahiran Bapa
6. Salinan Kad Pengenalan Pelajar (depan & belakang , saiz A4)
7. Salinan Kad Pengenalan Ibu (depan & belakang, saiz A4)
8. Salinan Kad Pengenalan Bapa (depan & belakang saiz A4)
9. Salinan Sijil Kematian/Perceraian Ibu/Bapa/Anak Angkat (jika berkaitan)
10. Salinan Sijil SPM / ‘O’ Level
11. Salinan Sijil STPM / ‘A’ Level
12. Salinan Sijil/IB/Matrikulasi/Diploma/HND DAN
13. Salinan Transkrip/Slip keputusan peperiksaan Bagi Setiap Semester
14. Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kokurikulum (kokurikulum maksimum 3 sahaja)
15. Salinan surat penangguhan pembayaran balik pinjaman terdahulu (jika pelajar pernah membuat pinjaman dengan
penaja lain)
16. Salinan Slip Gaji Bapa(disahkan oleh majikan)/Pencen bapa (disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu/Wakil Rakyat)
17. Salinan Slip Gaji Ibu (disahkan oleh majikan) /Pencen ibu (disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu/Wakil Rakyat)
18. Salinan Borang J/BE/e-Filing LHDN Bapa (disahkan oleh majikan)
19. Salinan Borang J/BE/e-Filing LHDN Ibu (disahkan oleh majikan)
20. Surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa dari ketua kampong/Jaksa Pendamai (JP)/ Penghulu/ Ahli Parlimen/
Pengerusi JKKK yang menpunyai cop rasmi jawatan sahaja (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja / pesara swasta)
Nota: Sila nyatakan jenis pekerjaan atau perniagaan yang dijalankan dan jumlah pendapatan sebulan jika bekerja
sendiri. Bagi Bapa yang tidak bekerja juga harus mendapatkan surat pengesahan seperti diatas.
21. Surat pelepasan kontrak/berhenti kerja/cuti tanpa gaji/kebenaran mengikuti program pengajian dari majikan (jika
berkaitan)
22. Karangan mengenai perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya. (300 patah perkataan)
Nota:
1. Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat, Jaksa Pendamai, Pegawai Kerajaan (Kumpulan A),
Pengetua/Gurubesar Sekolah (Sekolah Kerajaan sahaja) dan Ketua Kampung/Penghulu dan salinan penyata gaji perlu disahkan
oleh majikan sendiri.
2. Sekiranya ibu/bapa pemohon tidak mempunyai sijil kelahiran, sila dapatkan cabutan daftar kelahiran dari Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN).
3. Maklumat ini adalah benar sehingga tarikh ianya ditulis dan segala perubahan mengenai syarat pinjaman pendidikan ini
adalah tertakluk kepada pihak MARA /PTPTN.

UniKL MICET PANDUAN PENDAFTARAN – JUN/SEPTEMBER 2014

12
Sesi Kemasukan Jun/September 2014
10.0 PANDUAN PENDAFTARAN SECARA ONLINE
UniKL telah menyediakan kemudahan pendaftaran atas talian (pendaftaran online) kepada pelajar untuk mempercepatkan
proses di hari pendaftaran.
Kemudahan pendaftaran atas talian boleh dilaksanakan untuk semua kampus UniKL kecuali UniKL RCMP dan
UniKL IPROM




PENDAFTARAN SECARA ONLINE HANYA BOLEH DIBUAT SELEPAS 3 HARI BEKERJA DARIPADA
TARIKH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN DIBUAT
Sekiranya anda tidak berjaya membuat pendaftaran secara online walaupun bayaran yang penuh telah dibuat, anda boleh
juga membuat pendaftaran secara manual semasa Hari Pendaftaran.
Sekiranya anda telah berjaya membuat pendaftaran secara online, anda dikehendaki membawa SLIP PENGESAHAN
PENDAFTARAN semasa hadir mendaftar di kampus anda.
Anda digalakkan membuat pendaftaran secara online untuk melancarkan dan mempercepatkan
proses di hari pendaftaran.








Pendaftaran Online dibuka bermula
05 Mei 2014 (12:00 pm) sehingga 20 Jun 2014 (12:00 pm) – DIPLOMA
01 Ogos 2014 (12:00 pm) sehingga 29 Ogos 2014 (12:00 pm) – BACHELOR
melalui laman web www.admission.unikl.edu.my  REGISTER ONLINE (NEW STUDENT)