KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
RESPON EMPATI
OBJEKTIF
Mengenal pasti aras-aras komunikasi

Memberi definisi mendengar secara aktif

Mengetahui halangan-halangan
kemahiran mendengar

Memahami komunikasi dalam
perhubungan menolong (memberi
respond empati)
PENGENALAN
Mendengar merupakan
aktiviti paling penting dan
mempengaruhi fasa
memahami dan mentafsir
mesej dalam komunikasi.
Wujud unsur-unsur yang
mempengaruhi aspek
semantik.
Mendengar dalam proses
komunikasi ialah
mendengar dengan aktif.
KEMAHIRAN MENDENGAR


ARAS-ARAS KOMUNIKASI :




ARAS FUNGSI CONTOH
I Mengiktiraf kehadiran „Assalamualaikum‟   „Waalaikumsalam‟
„Apa khabar‟   „Baik‟
„Nak kemana?   „turun bandar sekejap‟
II Menukar maklumat “Saya Syariff”   “Nama saya Ghazali”
“Tinggal di mana?”   “Damansara Jaya”
III Memberi pendapat “Awak nampak kurang sihat”   “Ya
kah?”
“Tindakan begitu tak baik”  “Mengapa
pula?”
IV Mengemukakan perasaan “Saya kecil hati bila Ramli buat begitu”
“Saya pernah berasa kecil hati dengan
awak dulu”
“Saya kecil hati dengan awak”
Aras III ( memberi pendapat) dan aras
IV (mengemukakan perasaan)
merupakan aras yang paling banyak
ruang untuk salah faham.

Kemahiran menyampai diperlukan
untuk memberi maklumat dengan tepat

Kemahiran mendengar diperlukan agar
maklumat yang didengari ditafsirkan
seperti yang dimaksudkan
HALANGAN-HALANGAN
MENDENGAR
Ketandusan Idea
Lara
Mendengar
dengan minat
yang khusus
Kaki bangkang
Mendengar
secara cetek
Kaki tembak
Gagal banteras
gangguan
Pendengar Palsu
Buruk sangka / prasangka
Mendengar dengan
telinga sahaja
Keinginan menilai dan menghukum
Sukar berkomunikasi
MENDENGAR SECARA AKTIF
bermaksud seseorang berkeupayaan
mendengar sambil menterjemah maksud
dan mesej yang diterima dengan
menimbangkan aspek-aspek lain seperti
situasi, emosi penyampai mesej, bahasa
badan dan berkeupayaan pula memahami
mesej-mesej yang tersirat.

Oleh itu, kita bukan hanya mendengar dan
menunjukkan yang kita sedang mendengar
(bahasa badan/anggota) tetapi juga kata-
kata lisan yang mengemukakan apa yang
telah kita fahami. Ini dinamakan „parafrasa‟


MEMBERI SAMBUTAN
Dia tu kacaulah.
Saya tak dapat
buat kerja sebab
ia asyik kacau
saya
Apa yang ingin
disampaikan – apa
perasaannya?
1. Beri pandangan yang
sesuai
2. Keadaan anggota yang
menunjukkan minat
Awak marah
sebab ia selalu
mengganggu
awak?
Katakan kembali apa
yang anda telah
faham
Sambutan tanpa lisan
Sambutan lisan
TEKNIK MENDENGAR
SECARA BERKESAN
Bersedia untuk mendengar
Dengar dengan penuh tumpuan
Kawal emosi dan tingkah laku ketika
mendengar
Berfikiran positif terhadap maklumat yang
disampaikan
Dengar dengan mata dan hati
Menangguh penilaian
Dengar dengan sabar
Dengar dengan penuh perhatian dan kritikal
Bersedia untuk mendengar
Pendengar harus
bersedia mendengar
dengan rasa ikhlas,
jujur dan dengan
penuh minat.
Perlu berusaha
memahami apa yang
disampaikan oleh
komunikator.
Perlu bersedia secara
mental, fizikal dan
emosi.
Mendengar dengan tumpuan
Tabiat menyampuk
merupakan tabiat yang
buruk
Budaya mengelamun
menghilangkan daya
tumpuan
Biasakan diri
mendengar sehingga
komunikator selesai
bercakap.
Kawal emosi dan tingkah laku
Emosi boleh
menghalang
seseorang
mendengar secara
aktif
Berfikiran positif tentang
maklumat yang disampaikan
Menganggap
sesuatu maklumat
itu penting dan
perlu diketahui
untuk kehidupan.

Sikap ini boleh
meningkatkan
minat mendengar
dengan teliti.
Dengar dengan mata dan hati
Bermaksud mendengar untuk
mendapatkan fakta tetapi
mendengar melalui perasaan
pengucap, mendengar dan
memahami bahasa lisan serta
bukan lisan
Memerlukan pendengaran
melalui mesej lisan terhadap
komunikator.
Melatih diri memerhati dan
membaca komunikasi bukan
lisan komunikator.
Menangguh penilaian
Ia disebabkan emosi negatif
pendengar yang timbul
daripada penilaian dan
pertimbangan awal
Penilaian awal berlaku setelah
pendengar mendapat maklumat
sekunder daripada komunikator
berunsurkan negatif.
Bagi mengelakkan penilaian
awal negatif, kita seharusnya
jangan tergesa-gesa membuat
penghakiman terhadap
komunikator.
Dengar dengan sabar
Mendengar dengan
penuh budi bahasa,
sabar dan tenang.

Hal ini penting bagi
mewujudkan
komunikasi dua
hala dan penting.
Mendengar dengan penuh
perhatian
Mendengar dengan sepenuh tumpuan dan
berminat terhadap penerangan
komunikator.
Ini dapat mengelakkan komunikator
berasa kecewa
Terdapat beberapa cara mewujudkan
komunikasi berkesan :
– Menganggukkan kepala, memandang
komunikator, hubungan mata,
mengeluarkan kata-kata seperti „oh!‟
dan membalas pertanyaan.
HALANGAN KOMUNIKASI

Kesilapan yang kerap berlaku dalam
komunikasi interpersonal ialah
kegagalan untuk mendengar. Apabila
seseorang tidak mendengar, dia akan
memberi respon dengan hujah-hujah
yang menghalang komunikasi. Untuk
mendengar dengan baik, kita perlu
memahami keadaan orang yang
sedang mengalami kesusahan itu.
JENIS-JENIS RESPON YANG
MENGHALANG KOMUNIKASI

Menghukum (menyetujui atau membakang)
- mengkritik, melebel, mengkelas, menginterpretasi, menasihati,
memberi syarahan

Memberi penyelesaian
- Mengarah, mengancam, memberi syarahan, menyoal keterlaluan
menasihati

Mengetepikan
- Mengalih topik, memujuk, menyokong, menurut logik
CONTOH RESPON YANG
MENGHALANG KOMUNIKASI
Saya rasa macam nak gila.
Tengoklah result saya
semester ni, terok. Saya
tungkus lumus belajar. Saya
rasa setiap masa saya celik
mata, tak ada masa nak relaks
tapi tak berhasil juga.
Saya rasa awak ni
terlalu serious sangat
dengan pembelajaran
awaklah. Awak patut
relak dan bersuka-
suka juga
Ini masalah time
management –
sebenarnya, you tak
pandai atur masa. Cuba
cerita bagaimana you
uruskan masa you
Alah – apa nak susah-
susah. Marilah kita
pergi shopping – cuba
hiburkan hati
Mengkritik dan
memberi syarahan
Mengkritik dan
menyoal keterlaluan
Mengalih topik
RESPON EMPATI
Apabila berkomunikasi dalam perhubungan
menolong, kita perlu memahami orang
berkenaan, agar sambutan yang kita
kemukakan menunjukkan yang kita memahami
apa yang dikata dan apa yang sedang dia alami.
Pendengaran empati berlaku apabila kita
memahami orang itu dengan sepenuhnya dan
secara mendalam, secara emosi dan intelek.
Dalam memberi respon empati, kita mendengar
dengan telinga, mata dan hati kita
4 PERINGKAT RESPON
EMPATI
Meniru Kandungan
Menyebut semula
kandungan
Menggunakan otak
kanan dan
mencerminkan
perasaan
Menyebut semula
kandungan dan
membalikkan perasaan
Contoh Empat Peringkat Pendengaran Empati
Dialog seorang anak dengan ayahnya:
“Ayah, saya dah bosan! Sekolah memang tak bergunalah!”
Meniru Kandungan
“Kau dah bosan? Sekolah memang tak
berguna?”
Menyebut Semula
Kandungan
“Kau tak mahu pergi ke sekolah lagi.”
Menggunakan Otak
kanan dan
mencerminkan
perasaan
“Kau rasa amat kecewa tentang sekolah.”
Menyebut semula
kandungan dan
membalikkan
perasaan
“Kau betul-betul dah kecewa tentang
sekolah?”
CONTOH RESPON EMPATI
Saya rasa macam nak
gila. Tengoklah result
saya semester ni,
teruk. Saya tungkus-
lumus belajar. Saya
rasa setiap masa saya
celik mata, tak ada
masa nak relaks tapi
tak berhasil juga.
Awak hampa
kerana walau
macam mana
awak berusaha
pun, keputusan
ujian awak
masih tidak
memuaskan.
KESIMPULAN
Mendengar dengan baik/aktif akan mewujudkan
komunikasi yang benar-benar berkesan
Respon empati cara menang-menang bermaksud
pendengar benar-benar mendengar dengan tujuan
untuk memahami dan seterusnya betul-betul
memahami masalah yang dikemukakan oleh
seseorang itu.
Untuk mencapai penyelesaian masalah secara
menang-menang, kita memerlukan tahap timbang rasa
dan keberanian yang amat tinggi serta keinginan
secara jujur untuk cuba memahami dan difahami.