Nama : Khairul amin bin mohamad sham No.

Pengenalan: 920604-03-5207
Unit :PISMP Sains
Semester: 2

Analisis Jurnal
Menerusi bacaan jurnal “Effect of Physical Education Program on Children’s
Manipulative Skills”, didapati bahawa program pendidikan jasmani mempengaruhi
kemahiran manipulatif murid. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan
terhadap murid darjah 4 dan 5 dimana murid-murid tersebut diuji dengan tiga kemahiran
manipulatif iaitu, membaling bola, menangkap bola dan menendang bola. Hasil kajian
tersebut, didapati bahawa peratusan pelajar lelaki lulus ujian lebih tinggi berbanding
dengan pelajar perempuan manakala peratusan murid tahun 5 lulus ujian lebih tinggi
berbanding murid tahun 4.
Menurut Graham, 1987 dan Siedentop, 1990, perkembangan kemahiran
manipulatif, lokomotor, dan non lokomotor merupakan matlamat utama bagi pendidikan
jasmani. Oleh itu, pembelajaran pendidikan jasmani penting bagi membantu serta
membimbing murid dalam perkembangan manipulatif, lokomotor dan non lokomotor.
Kemahiran-kemahiran ini amat penting bagi pergerakan asas murid.
Berdasarkan Vogel, 1986, penilaian terhadap keberkesanan program ini
terhadap hasil pembelajaran murid terhadap pendidikan jasmani. Oleh itu, penilaian
perlu dilakukan bagi mengetahui keberkesanan program ini terhadap murid.
Selain itu, guru kelas bertanggungjawab terhadap pembelajaran pendidikan
jasmani. Namun sebanyak 18 % guru merupakan guru terlatih dalam bidang pendidikan
jasmani. Oleh itu, kebanyakan guru yang mengajar pendidikan jasmani merupakan guru
yang bukan pakar dalam bidang ini yang mana menghasilkan pemerolehan kemahiran
yang sedikit kepada murid. Berdasarkan Faucette, McKenzi dan Patterson, 1990,
kebiasaanya guru yang pakar dalam bidang pendidikan jasmani menyediakan
pendidikan yang baik dalam bidang ini terutamanya dalam kecerdasan fizikal murid.
Oleh itu guru yang berkualiti dapat memberi pengajaran yang berkualiti dan berkesan.
Penguasaan kemahiran asas manipulatif dapat membenarkan murid untuk
melakukan pergerakan khusus atau pergerakan kompleks yang mana merupakan salah
satu pergerakan asas dalam permainan sukan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful