You are on page 1of 3

AKU DAN "IT" (2)

AKU DAN "IT"

Hari-hari terdengar lagu,


dari TV maupun Radio,
untuk menghilangkan rasa ragu,
suruh rakyat menambah ilmu.

sayang IT, guna IT,


dikumandangkan setiap hari,
didalam hati terasa geli,
suruh bercinta sama si IT.

macam orang pula ku rasa,


bila disuruh cintai dia,
macamlah dia cantik jelita,
ini semua nak goda saja.

sudah nak jadi cerita,


satu hari berlaku peristiwa,
berlaku sengketa dalam negara,
PM pecat orang nombor dua.

nampaknya dia memang bersalah(?),

begitulah berita menghukum sudah,


semua media berat sebelah,
jadikan rakyat serba salah.

Di dalam TV dapat dilihat,


berita dibaca untuk dipahat,
di dalam hati semua rakyat,
DSAI memangnya jahat(?)

Surat khabar begitu juga,


Berita Harian bahkan semua,
apatah lagi si TV tiga,
cerita lain macam dah tiada.
DSAI "Liwat" PM yang kata,
minta bukti dia kata ada,
semua jawatan dilucutkannya,
termasuk keahlian UMNO pun juga.

Apa yang pelik aku rasa,


mahkamah belum mulakan bicara,
keputusan sudah dibuatnya,
DSAI disingkir secara hina.

Bila dunia dengar berita,


Pejuang Islam dah jadi mangsa,
angkara murka PM kita,
semua media tak lain cerita.

Di sana sini, inilah cerita,


di kedai kopi, bahkan merata,
budak kecik pun dah tau juga,
sebut liwat, macam biasa.

Ibu bapa yang jadi mangsa,


guru-guru begitu juga,
bila sikecil cuba bertanya,
menggelabah kita jadinya.

Walaupun PM yang kata gitu,


ramai orang tidak setuju,
kenapa buat tindakan melulu,
tak bolehkah kita tangguh dulu.

Namun PM dah jadi penentu,


semua MT kena setuju,
segala tindakan pasti berlaku,
tiada siapa boleh mengganggu.

Bila sangsi timbul dihati,


tentang berita yang diteliti,
mulalah hati terkenang IT,
untuk mengetahui berita sensasi.
Oleh kerana salah sendiri,
sampai kini tak kenal IT,
sekarang baru mencari-cari,
nasib, maklumat kawan yang beri.

Begitulah diri setiap hari,


bila endakkan, berita terkini,
dari Internet diperolehi,
mengharap kawan datang memberi.

Bila terbaca berita sensasi,


dari Internet konon dicari,
harapkan kawan setiap hari,
baik ku beli komputer sendiri.

Sekian!

Bahagian : 3(?) menyusul.


Oleh : AZHARI(S)