You are on page 1of 8

Tokoh Seni Renaissance

Leonardo Da Vinci
Michealangelo Buonarroti
Giotto Frescoes
Donatello
Francesco Traini
Bahan artifak yang ditinggal pada zaman neolitik
Tembikar
Lukisan Dinding
Alat perhiasan diri seperti gelang batu
Tulang mawas
Pemukul kulit kayu
Proses Penghasilan Pua Kumbu - Cara Ikat Kek Iban
1. Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu
dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut.
2. Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki. Kadang-kadang proses ini
dibuat beberapa kali mengikut corak dan warna yang diingini.
3. Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru kehitaman
dan merah bata.
4. Apabila proses mewarna sudah selesai, benang-benang kapas itu dikeringkan.
5. Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka.
6. Kemudian benang itu ditenun.
7. Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelang-nyelikan benang bagi
menghasilkan corak.
8. Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.
Memproses Benang
Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian
dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam
tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus.
Menggulung Benang

Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam
'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola.
Menggirit

Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan
dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan
dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk
memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.
Mengarap

'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-
kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu
kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'.
Menegi

Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang
telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap
ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan
diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.
Mengikat Motif (Pertama)

Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat berpandukan corak yang dikehendaki dengan tali
'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak diserap oleh warna apabila melakukan
proses pencelupan kelak.
Mencelup Warna (Pertama)

Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan
air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki.
Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.
Mengikat Motif (Kedua)

Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan
yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk
tujuan mencelup warna kedua.
Menenun Pua

Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas
benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu
panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang.
Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun).
Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang
kapas untuk dijadikan kain pua pula.
Pendekatan Ikonografi oleh Erwin Panofsky
Peringkat 1: Objek Yang Natural (factual)
Fakta dan ekspresi
Makna diperoleh daripada bentuk
Bentuk dihasil daripada konfigurasi garisan, warna, diperbuat dari gangsa atau
batu.
Objek natural adalah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, rumah dan alatan
Makna yang berhubung dengan objek diperolehi dari peristiwa
Makna juga diperoleh dari perasaan seperti sedih dan suasana, misalnya
suasana rumah mewah atau rumah yang biasa.
Alam berbentuk demikian dipanggil objek primary dan motif seni yang asas.
Motif-motif tersebut dihuraikan sebagai pra-ikonografi dalam karya seni.

Peringkat 2: Objek Yang Biasa atau Sekunder (sesuatu objek yang mewakili
symbol tertentu)
Contoh: menggambarkan sebuah arca objek lelaki yang memegang pisau
mewakili St Bartholomew dan objek perempuan memegang buah peach adalah
sebagai personali Kejujuran
Menggambarkan objek karya lukisan The Last Supper dalam gambaran dua
watak jahat dan baik
Menunjukkan peristiwa dan makna.
Pengolahan karya merangkumi persoalan objek yang digambarkan dengan
peristiwa.
Peringkat 3: Makna Intrinsik atau Isi (Tertiary)
Mendefinisikan makna melalui prinsip yang menentukan sikap sesuatu negara,
zaman, kelas atau pendirian agama dan falsafah.
Dinyatakan melalui personality seseorang melalui karya seni.
Menyatakan kepentingan kaedah komposisi dan ikonografi dalam sesebuah
karya.
Contoh: Karya Virgin Mary di mana Mary terbaring di atas sofa melutut
memujuk Baby Jesus. Gambaran objek karya menunjukkan skema tiga segi,
Dari segi ikonografi mempunyai makna yang intrinsik.

Pendekatan Edmund Burke Feldmen
Peringkat 1: Deskripsi
Memberi gambaran nyata tentang sesuatu apa yang dilihat pada karya.
Penekanan diberikan pada asas seni reka seperti warna, garisan, bentuk dan
ruang.
Pengkritik perlu mengenali ciri fizikal seperti imej, bentuk pada karya.
Menghuraikan elemen asas, imej benda, subjek kajian penggunaan unsur asas
dinilai dengan mendalam.
Boleh jadi panduan dan rujuk serta membantu pengkarya melihat gaya dan stail
karya contohnya realistic, surealistik dan sebagainya.
Peringkat 2: Analisis
Penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui
pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam.
Menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya.
Mengetahui bagaimana prinsip seni digunakan dan dikaitkan dengan proses,
teknik, imej/bentuk, isi/makna, bentuk dan ruang.
Persoalan tentang idea dan perasaan dalam karya.
Penegasan/ fokus imej dan imbangannya dengan ruang dan warna, kesesuaian
objek dengan objek dengan objek serta kontra dan imej.
Peringkat 3: Interpretasi
Tafsiran, penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan, implikasi bagi
sesuatu perkara.
Mengkaji kualiti ekspresif seniman Mengkaji makna yang disampaikan melalui
karya .
Merujuk kepada penyataan perasaan
Melibatkan mood dan idea dalaman
Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna
karya seni
Peringkat 4: Penilaian
Berbentuk memberi pandangan, pendapat dan membuat keputusan terhadap
sesuatu karya.
Renungan tentang kebaikan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar
bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.
Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-
bukti kajian yang lengkap dan terperinci.
Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme.
Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan
Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.
Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya
sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi, masyarakat dan negara.

Teori Henry Samuel Broudy
Realisme Klasik
Melihat falsafah sebagai satu disiplin klasik berkenaan dengan kebenaran,
kebaikan, dan keindahan .
Beliau juga dipengaruhi oleh falsafah moden terutamanya eksistensialisme dan
instrumentalism.
Mengemukakan dua idea utama pusat kepada pandangan falsafah beliau.
Pertama, kebenaran adalah bebas yang mengetahui individu, dan kedua,
terdapat struktur universal yang terdapat pada manusia berjuang untuk
pendidikan dan kehidupan yang baik.
Mengakui kepentingan falsafah John Dewey iaitu " Dakwaan diperlukan sebagai
hasil pemikiran reflektif,
Broudy percaya "Komitmen wajar, " satu proses rasional di mana individu yang
membuat keputusan apabila prinsip-prinsip dan cita-cita yang mereka boleh
membuat komitmen moral.
Broudy tidak menyokong "seni demi seni
Bertujuan bahawa imaginasi ditanam melalui seni pendidikan yang diberikan
sokongan penting untuk fungsi-fungsi lain minda berpendidikan .
pendidikan estetik adalah " latihan imaginatif persepsi bagi membolehkan murid
untuk memahami deria kandungan, dibentuk menjadi imej kepada menyatakan
beberapa kualiti perasaan "
Broudy mentakrifkan pengalaman estetik oleh mencirikan ciri-ciri karya seni yang
membangkitkan pengalaman sthetic : karya seni yang memberi kuasa kepada
kita untuk merasa pengalaman estetik
Bagi Broudy , bentuk adalah susunan deria objektif dan deria luahan yang dicipta
oleh artis.










SENI MALAYSIA - Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman

Tajuk : Kapal Kertas
Tahun : 1966
Pengkarya: Dzulkifli Buyong
Media : Pastel






Karya Kapal Kertas merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh Dzulkifli Buyong
pada tahun 1966. Karya ini mempunyai gaya daripada aliran Impresionisme. Beliau
telah menggunakan pastel untuk menghasilkan karya ini. Melalui karya ini, apresiasi
boleh dilakukan denan menggunakan teori yang diperkenalkan oleh Edmund Burke
Feldman iaitu Teori Pengalaman Pelbagai. Menurut teori ini, terdapat empat peringkat
yang perlu diikuti semasa membuat apresiasi yakni deskripsi, analisis, intepretasi dan
seterusnya ialah penilaian.
Peringkat pertama ialah deskipsi yang membincangkan tentang apa yang dapat dilihat
dalam sesebuah karya tersebut. Dalam karya yang dipilih itu, dapat dilihat bahawa
terdapat tiga orang kanak-kanak perempuan yang dalam berpakaian sekolah sedang
bermain kapal kertas di longkang. Kapal kertas itu dicipta daripada buku latihan sekolah.
Terdapat salah seorang budak perempuan sedang memakai topi yang diperbuat
daripada kertas juga.
Peringkat yang kedua pula ialah peringkat analisis. Peringkat ini ia memberi fokus
kepada aspek fomalistik yang melibatkan asas seni reka dan juga prinsip rekaan yang
digunakan dalam penghasilan sesebuah karya. Dalam karya tersebut, kita dapat lihat
terdapatnya unsur garisan iaitu garisan nipis dan tebal seperti yang terdapat pada latar
belakang kanak-kanak perempuan itu. Unsur garisan juga banyak didapati pada kertas-
kertas iaitu garisan halus. Selain itu, terdapat juga unsur bentuk, misalnya kita dapat
lihat bentuk ilusi pada kasut dalam karya tersebut. Bukan itu sahaja, terdapat juga unsur
jalinan yang dapat dilihat pada karya itu yakni jalinan tampak yang dapat dilihat pada
baju perempuan itu yang memberi kesan penglipatan baju.
Berkaitan dengan prinsip rekaan pula, yang dominan dapat dilihat adalah prinsip
keseimbangan. Kita dapat lihat bahawa komposisi karya ini sangat seimbang misalnya
dibahagian bawah kiri terdapatnya kasut dan diimbangkan dengan sebuah buku latihan
pada sebelah kanannya. Selain itu, terdapat juga prinsip harmoni iaitu dapat dilihat pada
penggunaan bentuk yang sama yakni kanak-kanak perempuan itu. Kanak-kanak
perempuan itu dilukis dengan keadaan yang sama saiz dan dibuat secara berulang
lantas dapat menimbulkan prinsip keharmonian disitu. Tambahan pula, terdapat juga
prinsip kepelbagaian dalam karya tersebut. Kepelbagaian dapat dilihat pada bentuk
kapal kertas itu serta bentuk tubuh kanak-kanak perempuan itu.
Peringkat yang ketiga ialah peringkat intepretasi.Peringkat ini ia membincangkan
tentang makna yang terdapat dalam sesebuah karya itu. Dalam karya ini, kita dapat lihat
terdapatnya kanak-kanak perempuan sedang bermain kapal kertas dan perkara ini
dapat menggambarkan suasana budaya tempatan di desa terutamanya anak-anak
kampung yang meluangkan masa mereka bermain dengan benda yang sedia ada
seperti mencipta kapal kertas daripada kertas. Dalam konteks ini, ia memberi makna
kepada kita bahawa, kanak-kanak dahulu mungkin tidak mempunyai apa-apa permainan
yang canggih. Kebanyakkan mereka hanya mencipta sesuatu permainan daripada
bahan-bahan semulajadi dan bahan yang mereka mudah dapati. Misalnya, mereka
dapat mencipta sebuah kapal kertas daripada kertas yang dikoyakkan dari buku latihan
sekolah mereka daripada membeli permainan kapal yang sedia ada. Ini menunjukkan
pada waktu itu, belum wujudnya permainan canggih seperti permainan video dan
permainan yang lain. Kanak-kanak desa yang menggunakan buku latihan sekolah
mereka untuk mencipta kapal kertas dapat memberi makna pada waktu itu di mana
masyarakat pada ketika itu tidak begitu mementingkan pendidikan anak-anak mereka.
Pendidikan mereka hanya tertumpu kepada kemahiran dan latihan untuk kelangsungan
hidup misalnya, bertani, bertukang dan sebagainya. Justeru itu, tidak hairanlah
sekiranya kanak-kanak perempuan itu menggunakan buku latihan mereka sebagai salah
satu bahan untuk dijadikan alat permainan mereka pada waktu itu.
Peringkat yang terakhir pula ialah peringkat penilaian yang membincangkan penilaian
secara keseluruhan tentang kekuatan serta keberjayaan sesebuah karya itu. Di dalam
karya yang dipilih ini, kita dapat menilai bahawa karya ini berjaya menggambarkan satu
keadaan masyarakat desa melalui aktiviti kanak-kanak. Bagi saya, pada waktu itu,
kanak-kanak terutamanya di desa masih lagi ketinggalan dengan teknologi canggih ini.
Mereka belum tahu bermain permainan video, anak patung dan sebagainya, sebaliknya
mereka hanya menggunakan bahan-bahan asli yang mereka dapat di persekitaran
mereka untuk dijadikan permainan mereka. Sebagai contoh, mereka menggunakan
kertas untuk dijadikan permainan kapal kertas. Hal ini cukup menggambarkan bahawa
suasana kanak-kanak di kampung pada ketika itu.
Di samping itu, melalui karya ini, pengkarya juga mungkin cuba mempamerkan tentang
kepentingan pendidikan pada waktu itu. Bagi saya, dengan melihat karya ini, kita dapat
tahu bahawa masyarakat pada waktu dulu terutamanya kaum melayu tidak
menitikberatkan pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Kebanyakkan anak-anak
mereka hanya dihantar ke pondok untuk mengaji. Jadi tidak hairanlah jika kanak-kanak
itu sanggup mengoyakkan buku latihan sekolah mereka untuk dijadikan sebagai bahan
permainan mereka. Dalam hal ini juga, pendidikan pada waktu dulu juga tertumpu
kepada pendidikan tidak formal di mana anak-anak mereka diajar untuk melakukan
aktiviti seperti bertani, memancing, menebang pokok dan sebagainya sebagai satu
dasar untuk kelangsungan hidup seharian mereka pada waktu itu.

You might also like