You are on page 1of 29

COKLAT KEK PEANUT BUTTER

BAHAN (A) CWN SERBUK KOKO. 1 CWN AIR. 200 GM BUTTER.


HINGGA CAIR ATAS API PERLAHAN, SEJUKKAN DAN KETEPIKAN.
BAHAN (B) 3 CWN TEPUNG GANDUM. 1 CWN GULA. 1 SK BAKING. CWN
SERBUK KOKO. SEBATI DGN SECUBIT GARAM.
BAHAN (C) 1 CWN YOGURT PLAIN. 1 SK ESEN VANILA. 3 BIJI TELUR.
SEBATI DENGAN WHISK SAHAJA.
CARA2 : BAHAN (C) CURAH KE DALAM BAHAN (B) DAN TAMBAHKAN BAHAN
(A). GAUL SEBATI. TUANG DALAM LOYANG YANG SUDAH DIGRIS.
KETEBALAN ADUNAN DALAM 2INCI (KALAU ADA ADUNAN LEBIH TUANG KE
LOYANG YANG LAIN). BAKAR API ATAS BAWAH DENGAN SUHU 170c DALAM
MASA 30-45 MINIT (IKUT OVEN MASING2). MASAK-SEJUKKAN.
BAHAN (D) 50 GM BUTTER (DICAIRKAN) 1/3 CWN SUSU CAIR@FRESH MILK. 1
SK ESEN VANILA. 1 CWN GULA AISING. CWN MENTEGA KACANG (PEANUT
BUTTER).
CARA2 : CAIRKAN BUTTER ATAS API PERLAHAN. MASUKKAN MENTEGA
KACANG DAN MASAK HINGGA CAIR. GAUL GULA AISING DENGAN SUSU
HINGGA SEBATI DAN PEKAT. TUANG BUTTER + MENTEGA YG SUDAH
DICAIRKAN TADI KE DALAM ADUNAN GULA + SUSU. TAMBAH ESEN VANILA
DAN GAUL RATA.
SAPU ADUNAN KE ATAS KEK COKLAT YANG SUDAH MASAK DAN SEJUK TADI.
TABUR HIRISAN BADAM@WALNUT ATAU LAIN2 SEBAGAI HIASAN. SEDIA
DIHIDANGKAN.


BAHAN BAHAN KEK
bahan A
5 biji telur kuning
150 ml susu segar
100 gm gula castor
75 ml minyak jagung
bahan B
165 gm tepung naik sendiri
35 gm serbuk koko
1 tsp nescaffe
1/2 tsp b.powder
1/2 tsp soda bokabonate
* ayak kesemua bahan ini
bahan C
5 biji putih telur
80 gm gula castor
1 tsp esen vanilla
Putar bahan A selama 8 minit.
Masukkan bahan B dan esen vanilla. Ketepikan,
Putar bahan C hingge kental. ( meringue )
Satukan kedua dua bahan dengan kaedah kaup balik.
Bakar kek pada suhu 170 C selama 50 minit hingga 1 jam dengan menggunakan loyang 9
inci.
Sejukkan kek dan potong kepada 4 bahagian.
** Jike mahu mendapatkan kek yang lebih padat putarkan bahan A dan B sekali gus.(
campurkan sekali )
**Ade pelbagai versi kek spouge boleh di gunakan ye, ikut citarasa yang mana lebih sesuai
ye termasuk lah menggunakan spoung cake mix.
BAHAN MOUSSE PUTIH
100 gm coklat masakan putih
250 gm non dairy whipping cream
100 gm gula icing
150 gm butter ANCHOR ( salted )
2 biji kuning telur
Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan putih
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan di dalam kek.
BAHAN MOUSSE HITAM
150 gm coklat masakan hitam
380 gm non dairy whipping cream
150 gm gula icing
220 gm butter ANCHOR ( salted )
3 biji kuning telur
Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan hitam
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Ketepikan 1/3 untuk lapisan didalam kek.
CARA MELAPIS KEK
kek
lapisan mousse puith
kek
lapisan mousse hitam
kek
lapisan mousse putih
kek
Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan mousse hitam.
Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam.
Tuang ganache ke seluruh kek.
GANACHE
300 gm coklat masakan
250 gm uht whipping cream
Masak atas double boiler. Bile telah jadi ganache , biarkan ianye sejuk dan pekat sedikit baru
tuang ke seluruhan kek.Simpan kek di dalam petisejuk sebelom MAKAN.
Echa Izara berbagai resepi masakan izara
ayam golek
resepi 100% zizah cipta
1ekor ayam saiz sederhana (rebus separuh masak) angkat toskan
2bawang merah*
3bawang putih*
3cm halia*
1buah keras*
(bahan2 bertanda*tumbuk halus)
4sudu besar cili giling
1sudu besar cuka
2sudu besar kicap manis
3sudu besar sos cili
Cara: tumbuk bahan2 yg bertanda *
Gaulkan skli dgn cili giling cmpur dgn cuka kicap manis dan sos cili.. Kacau hingga sabat
Tambahkn garam aji dan gula.. Sapu ke seluruh badan ayam.. Msukan ke dalam badan ayam
dr bgian punggung.. masukan dlm oven bakar pada suhu200 selama20-25minit atau ikut oven
masing2
Resepi Kuih Siput Yang Sedap Dan Rangup
Bahan-bahan
100g mentega
2 cawan tepung gandum
Bahan untuk dikisar
1 sudu besar cili kisar Puteri
2 tangkai daun kari
1/2 biji telur
1 sudu teh jintan manis
10g udang kering (lagi banyak lagi sedap)
2 biji bawang kecil
1 cawan air
garam, gula secukup rasa
Cara membuatnya
1. Gaul mentega dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti
2. Masukkan bahan kisar ke dalam adunan tepung
3. Tambahkan garam dan gula ikut rasa masing-masing
4. Uli hingga sebati - kalau masih melekat tambah tepung lagi hingga adunan tidak melekit
(adunan memang lembik sedikit sebab itu menjadikannya rangup)
5. Lenyek atas acuan kuih siput kecil-kecil
6. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan, goreng dengan 2-3 tangkai daun kari.
KUIH LOMPANG
http://inspirasinorzie.blogspot.com/2012/02/kuih-lompang.html
Bahan-bahannya.
3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
4 cawan air
1 st esen pandan
sedikit air kapur
Pewarna(ikut suka)
Kelapa parut + garam
Caranya:-
1-Masak gula bersama 4 cawan air dan sejukan.
2-Masukan air gula yang telah sejukan ke dalam tepung beras.
3-Masukkan juga air kapur dan esen pandan.
4-Kacau adunan sehingga tidak bergentel.
5-Bahagikan adunan beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan masing2.
6-Masukan adunan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus lebih kurang 15-20 minit.
7-Apabila telah masak sejukan dan bolehlah dimakan bersama kelapa yang di campur sedikit
garam.
Kek marble tuk mak mertua....resepinya...
2 cwn tpg gandum*
1 sdt b.powder*
1 sdt soda bikarbonat*
Ayak bhn2 brtanda *
3 bj telur
3/4 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
3/4 cwn myk
1/2 cwn serbuk koko
3/4 cwn air panas
1 sdt esen vanila
-pukul telur n gula hgga kmbg...masukn esen vanila,susu pekat,myk n pukul lg...msukkn bhn
ayak sikit2....pukul sebati n masukn air panas...pukul sekejap n bhgkn adunan pd 2bhgn...1
bhgn biar asli n 1bhgn lg bubuh serbuk koko...tuang dlm loyang yg dgris dgn marjerin(byk
ckit) n bakar pd suhu 170c selama 55mnt atau ikut oven msg2...tebalikn kek slps kuar dr
oven... Kek jagung epoh - kukus
2 cwn tepung gandum
1 cwn minyak masak cap jagung /minyak masak
1 cwn gula
3 sudu susu pekat manis
1/2 jagung dlm tin
3 sudu perisa jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalett
2 biji telo size A
Blend semua bahan2 kecuali tepung
Bahan yg di blend tadi campur dlm tepung kacau bagi sebati
Kukus 45 minit insha allah
SELAMAT MENCUBA
Resepi Bingka Durian...Cubalah
Bahan2 A ;
300g isi durian
8 biji telur
400ml santan pekat
400ml air
300g tpg gandum
270g gula pasir ( boleh kurangkan manis)
1tsp garam
Bahan2 B;
150g butter cairkan
1tsp esen durian
1/4tsp pewarna kuning
Cara2;
Gunakan loyang berukur 20x20x7inci ,sapukan butter.Kemudian alas kertas kek dan sapu
butter sekali lagi,Panaskan oven .
Satukan semua bahan2 A dan adun hingga rata,kisar hingga halus ,bru masukkan bahan2 B
kisar lagi hingga sebati.
Masak adunan hingga naik wapnya baru tuang kedlm loyang .Bakar selama 40-50minit dlm
oven suhu 160c ,Gunakan api atas bawah sehingga masak..
Sejukkan dahulu bru dipotong..
SELAMAT MENCUBA
Resepi Acar Telur Puyuh
Bahan2;
20-30 biji nak lebih pun boleh Telur puyuh
Bahan2 kisar ;
3-4 btg cili merah
2-3 btg cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sdmkn jintan manis
Semua bahan2 dikisar hingga halus .
1/2 tsp cuka
1-2 tbsp kicap
Garam n gula secukup rasa
Bunga lawang,bunga cengkih & kayu manis .
Cara;
Rebus telur puyuh ,kupas ,cuci dan goreng hingga kuning keemasan ,angkat dan toskan
,ketepikan .
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar serta kayu manis,bunga cengkih dan binga lawang
hingga naik bau .
Masukkan kicap ,cuka ,gula dan garam sediikit gaul rata, biiar mendidih ,masukkan telur dan
gaul lagi ...perasakan dan tambah lagi jika kurang ...Siap dihidangkan ..
SELAMAT MENCUBa
Begedil Daging - Bon Appetit
Bahan2nya
1/2 kg Ubi Kentang - dihiris dan digoreng hingga masak
150gm daging cencang - digoreng dengan sedikit serbuk ketumbar dan garam
Segenggam daun sup - dicencang halus
4 sudu besar bawang goreng
2 biji telur
Garam & serbuk lada hitam
Minyak untuk mengoreng (Canola/Sayuran)
Cara2nya
Lenyitkan kentang yang digoreng. Kemudian, gaulkan dengan daging goreng, bawang
goreng, daun sup, garam & lada hitam dalam mangkuk yang besar. Pecahkan sebiji telur dan
gaulkan sampai sebati. Ambil sedikit ubi kentang yang digaulkan dan membuat bebola
mengikut citarasa siz nya. Pecah dan pukul sebiji telur lagi untuk dibuat sebagai coating pada
kentang yang dibuat bebola. Buatlah sampai habis. Panaskan minyak di kuali untuk
mengoreng begedilnya. Disajikan dengan masakan sampingan lain.
LikeLike
DAGING MASAK HITAM MADU
Bahan-bahannya:
500 gm daging hiris nipis n gaul dgn 1 sb madu, 1sb gula melaka n 2-3 sb kicap pekat
karamel. ketepikan.
blend bawang merah 7 biji, bawang putih 1-2 ulas, halia 1 inci, 1/2 sk jintan kasar n 1/2 sk
jintan halus dgn lada kering dlm 15 tangkai. ketepikan.
1 sb lada hitam - tumbuk agak halus
kicap masin secukupnya
titik 2 btg serai
1 sk pati asam jawa
Cara-caranya:
panaskan minyak n tumis bahan2 blend, lada hitam, serai yg dititik hingga pecah minyak.
masukkan pati asam jawa n kacau sebati
masukkan daging yang diperap n kacau lagi
tambahkan kicap masin secukupnya dan gaul sebati
tutup kuali n perlahankan api
kacau sekejap2
renehkan hingga daging empuk
kalau tak cukup manis tambahkan gula melaka/manisan/madu lg - ikut suka
Resepi Biskut Sampan
Share : Resepi Ummi
Bahan-bahan
125 gram mentega
75 gram gula halus
2 biji kuning telur
200 gram tepung gandum ( saya guna tepung rose)1 sudu teh esen vanilla
Inti:
1/2 cawan kismis hitam @ campuran buah kering
1 cawan kelapa kering
10 biji ceri merah-potong kecil
10 biji ceri hijau-potong kecil1/2 cawan susu pekat
Cara
Satukan mentega dan gula,pukul hingga kembang. kemudian masukkan kuning telur dan esen
vanilla. Gaul tepung sedikit demi sedikit.
Untuk inti, gaul semua bahan-bahan kecuali ceri.
Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan sampan. Tekan dengan jari.Kemudian masukkan
inti.Letakkan ceri merah dan ceri hijau ke atasnya dan bakar hingga masak.
Selamat mencuba !!
Resepi Puding Roti Istimewa
BAHAN-BAHAN
4 keping roti
2 biji telur ayam
1 sudu besar butter - cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50gram)
235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)
CARA-CARA
1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde
toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah
dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang
berisi roti tadi.
4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit
dengan suhu 180 C.
6. Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh
makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause.. Yang vanilla sauce ni lain
entri..muahaha.. Selamat mencuba..
RESEPI PUDING KASTARD
Bahan-bahan:
1 Paket agar agam (rendam sebelum di rebus)
Air ikut sukatan di plastik agar agar dan di kurang kan 200 ml
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 1 sudu besar air suam
Cara-caranya:
1.Rebus agar-agar hingga hancur.
2.Masukkan gula dan susu cair dan masak sehingga gula hancur.
3.Masukkan secawan tepung kastard dan kacau.
4.Asingkan semangkuk agar-agar dan di gaul dengan serbuk koko.
5.Tuang agar agar kastard tadi ke dalam loyang. Guna penapis.
6.Tuang agar agar koko tadi ke dalam loyang. Coret kan dengan lidi.
Sejukkan & boleh di hidangkan
RESEPI KEK BUAH SULTANA:
Bahan-Bahan:
400 gm mentega
400 gm gula halus
440 gm telur
400 gm tepung roti (berprotein tinggi)
200 gm tepung gandum
6 gm rempah kuih
500 gm campuran kulit limau (mixed peel)
1 kg buah campuran sultana 160 gm ceri
60 gm gliserin
cawan air - bahan fondan
9 camca teh serbuk gelatin - bahan fondan
3 camca sedang gliserin - bahan fondan
1 camca sedang glukos pekat (liquid glucose) - bahan fondan
Gula aising secukupnya - bahan fondan
Sedikit pewarna - bahan fondan
Cara:
Menggunakan pengadun elektrik pada kelajuan 1, putar mentega bersama gula hingga sebati
dan kembang, 2 minit.
Menggunakan spatula, kaup adunan supaya rata dan putar semula 2 minit lagi. Masukkan
telur sebiji demi sebiji sambil diputar 2 minit pada kelajuan 2.
Masukkan tepung roti, tepung gandum dan rempah kuih. Putar lagi pada kelajuan 1 hingga
rata. Masukkan campuran kulit limau, sultana, ceri dan gliserin. Putar hingga rata.
Masukkan adunan ke dalam dua acuan berukuran 22.86 cm x 22.86 cm dan satu lagi
berukuran 17.78 cm x 17.78 cm dan bakar 1 1/2 jam pada suhu 175'C.
Apabila kedua-dua kek masak biarkan semalaman baru dihias. Untuk menyediakan fondan,
panaskan air menggunakan double-boiler.
Masukkan semua bahan kecuali gula aising dan pewarna. Kacau hingga rata. Apabila gelatin
larut baru diangkat. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit. Kacau dan uli hingga ia
menjadi doh halus. Titikkan pewarna mengikut suka dan uli lagi hingga pewarna sebati dan
rata.
Kongsi resepi ni dengan kawan-kawan ya..!
Suka makan agar agar ni.Masuk peti ais sejuk !sedap.ini resepinya.
1 kampit agar2 3.75gm
Air 6-7gelas.Masak dgn
daun pandan di ikat dlm 2
atau 3 helai.
2gelas gula. Masukkan
pewarna hjau epal.Angkat
dn tapis .Letak smula ats
api yg prlahan dn semntara
itu blend santan pekat 1gelas brsama daun pandan
dlm 6 - 7 helai sampai hncur dn tapis.Blend lg skali
dgn 3 bji telur pula.Bubuh
garam secubit dn tuang ke
dlm adunan agar2 tdi.
Kacau prlahan sehingga
nampk bji2 halus bru tuang
le dlm loyang dn sejukkan.
RESEPI KERABU KERANG
BAHAN A (KISAR GUNA KISAR KERING)
2 BIJI BAWANG BESAR
2-3 BIJI LADA BESAR MERAH
5 BIJI LADA SIAM @LADA AKAR@ LADA API(IKUT KEPADASAN MASING)
1 batang serai(dihiris halus)
1 sudu udang kering(direndamkan sekejap)
sedikit belacan dibakar dahulu
~kesemua bahan2 ini dikisar halus (irni menggunakan pengisar kering)
BAHAN B
1 MANGKUK KECIL KERANG YG SUDAH DIREBUS
1 MANGKUK KERISIK.GORENG KELAPA SEHINGGA KEKUNINGAN DAN KISAR
SEPARA HALUS
1 BIJI LADA MERAH DIHIRIS
SETENGAH BIJI BAWANG DIHIRIS HALUS
1 MANGKUK KECIL TAUGEH (IKUT SUKA)CELUR SEKEJAP
SAHAJA!!ANGKAT TERUS RENDAM KEDALAM AIR SEJUK
BARU DITOSKAN.
4-5 BATANG KACANG PANJANG DIHIRIS
SEDIKIT BUNGA KANTAN DIHIRIS
1 SENDUK SANTAN (SAYA GUNA SANTAN KOTAK)
1 SUDU LADA HITAM DITUMBUK ATAU DIKISAR
GARAM SECUKUP RASA
GULA SECUKUP RASA AGAK2 YER.JGN MANIS
2 BIJI LIMAU KASTURI AMBIL JUSNYA SAHAJA.
CARA2NYA
MASUKAN BAHAN B KESEMUANYA KEMUDIAN MASUKAN BAHAN A.BARU
DIGAUL2KAN KESEMUNYA LAST MASUKAN JUS LIMAUDAN GAUL KAN
SEBATI PASTIKAN RASA SEMUA SUDAH LENGKAP!SIAP BOLEH DIMAKAN..
**IRNI MENGUNAKAN KERISIK YG DIGUNAKAN DALAM
MASAKAN NASI KERABU!IRNI AKAN BUAT BANYAK UNTUK DISIMPAN..BILA
NAK WAT KERABU IRNI AKAN MENGGUNAKAN KERISIK ITU..LAGI
SEDAP!SEBAB BAHAN2
KERISIK KERABU TU DAH SIAP SEMUANYA..
*boleh jugak DIGANTI DENGAN KACANG BOTOL,PUCUK PAKU
DAN APA2 LAH
Resepi Nasi
Nasi goreng nampla.
Bahan-Bahan
2 ulas bawang putih (dititik)
10 biji cili padi hijau (kisar/tumbuk)
5 senduk nasi putih
2 ekor sotong -Yatie gantikan dngn 1 keping dada ayam dan potong kecil
Sedikit kicap cair, sos nampla (sos ikan), garam dan sedikit gula
Sedikit minyak masakutk menumis
Optional: boleh masukkan sayur-sayuran jika suka-Yatie guna kcng panjang dan carrot je
Cara-cara
Gaulkan nasi putih dengan cili padi yang telah dikisar. Ketepikan.
Panaskan kuali. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik wangi.
Masukkan sotong yang telah dipotong bersama dengan kicap cair dan sos nampla. Goreng
sekejap (pastikan sotong masak).
Masukkan nasi yang telah digaul dengan cili padi serta garam dan sedikit gula. Goreng
sehingga sebati. Tutup api & sedia dihidang.
Sarapan pagi~ Roti gulung berinti - Jun Din
Roti bijirin/putih secukupnya
Inti sardin
Timun potong pnjang buang biji
Minyak
3 biji telur
Garam
Lada hitam
1 sudu bsr tpg jagung
Inti sardin:
1 tin sardin
Cili kering- rebus n blend
Bwg bsr- blend
Bwg putih- blend
Halia- blend
garam, asam jawa
Perasa jika suka
Bwg bsr potong
Cili api- potong
Cara:
Tumis bhn blend- garing..msukan sardin..msukan garam, air asam jawa..kcau.madukan bwg potong
cili api n sesuaikn rasanya.hancurkn utk dijdkn inti..
Cara:
Kukus roti utk melembutknnya.. buh inti, timun n gulung..buat sampai habis.. Telur, garam, lada
hitam & tpg jgung satukn, pukul ngn garfu n sebatikn..Pnskn minyak..dh pns celupkn roti dlm telur td
n goreng sampai kekuningan. Angkat & toskn.
KUIH TEPUNG PELITA
Bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara
Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan
ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan
SELAMAT MENCUBA
NASI AMBANG
Seperti yang mummy janjikan disini mummy cuba kongsikan resepi nasi ambang,
Lauk yang biasa dihidangkan bersama nasi ambang adalah ayam masak
kichap/merah/ungkep, sambal goreng jawa, mee/meehoon goreng, serunding dan ikan masin
bulu ayam yg digoreng bersama tepung...sekarang nie ada jugak yang tambah lauk ikan dan
sambal belacan...mengikut tradisinya nasi ambang dihidang didalam dulang yang dilapik
dengan daun pisang dan setiap dulang adalah hidangan untuk 4 orang...
Ayam Masak Kichap
Bahan
1 ekor ayam dipotong 12 dan goreng
3 biji bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
3 sdb lada kisar
1 sdb serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
2 inci halia dikisar
2 batang serai diketuk
Kayu manis dan bunga lawang
Kichap lemak/manis
Sedikit air asam
Cara penyediaan
Panaskan minyak untuk menumis, masukan kayu manis,bunga lawang dan serai biar smpi
naik bau, masukan bawang, lada dan halia tumis sampai garing, masukan serbuk ketumbar
dan kintan gaul rata..masukan ayam dan kichap serta air asam, masak ayam hingga kuah
pekat..siap.
Sambal Goreng Jawa
Bahan
4kpg tempe dipotong kecil dan goreng
4kpg taufu dipotong kecil dan goreng
4biji kentang dipotong kecil dan goreng
4kpg hati ayam digoreng dan potong kecil
4kpg pedal ayam digoreng dan potong kecil
2 papan petai
RM1.00 suhoon direndam dan potong pendek
3kpg taufu kering direndam dan potong kecil
2 biji cili merah dipotong
2 biji cili hijau dipotong
1 labu bawang besar dipotong bulat
5 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 sdb cili kisar
1 batang serai diketuk
3 sdb kichap
Sedikit gula
Sedikit air asam
Cara penyediaan
Panaskan minyak untuk menumis, masukkan serai goreng sampai naik bau..masukan bahan2
yg dikisar tumis sampai garing..masuk air asam dan kichap..kacau rata..perasakan
gula..masuk hati, pedal dan petai diikuti cili dan bawang potong gaul rata..masukan bahan2
yg digoreng..gaul rata..biar sambal agak kering dan masukan suhoon dan taufu kering...kacau
sambal hingga kering...siap.
Mee/Meehoon Goreng
Bahan
1kg mee @ 1 pack meehoon direndam
7 biji bawang merah dikisar
4 biji bawang putih kisar
3 sdb lada kisar
segenggam udang kering direndam dan kisar
1 ikat daun kucai
Sedikit kichap manis
Garam
Cara penyediaan
Tumiskan bahan kisar hingga garing, masukan kichap dan sedikit air, diikuti mee..gaul rata
biarkan hingga mee agak kering..perasakan garam dan akhir sekali masukan kucai...siap
Serunding Kelapa
Bahan
1 biji kelapa parut digoreng tanpa minyak hingga kering( jgn smpi kuning)
5 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
2 batang serai kisar
1 inci lengkuas kisar
2 sdb lada kisar
2 sdb ketumbar goreng tanpa minyak dan kisar
1 sdb jintan kasar goreng tanpa minyak dan kisar
1 sdt jintan halus goreng tanpa minyak dan kisar
3 sdb udang kering rendam dan kisar
Sedikit air asam
Gula
Garam
Daun limau purut
Cara penyediaan
Tumis bawang, lada , serai dan lengkuas hingga garing..masukan udang kering dan bair assm
jawa diikutan ketumbar jintan..kacau rata..perasakan gula dan garam..masukan daun limau
purut dan kelapa..kecilkan api.kacau hingga serunding kering..siap.
feeling blessed at My Sweet Home, Batu Pahat.
RESEPI KUEH TIAU HONG ( 5 0RANG MAKAN)
BAHANNYA
MEE/KUEH TIAU MANA2 IKUT SUKA YER
>1 BIJI TELUR DIPUKUL2 SEPERTI NAK BUAT TELUR DADAR TUUU..AMBIL
SEDIKIT KUEH TIAW TU AGAK2 UNTUK MAKAN SEORANG.1 KEPING UTK 1
PINGGAN,LETAKAN SEDIKIT LADA SULAH,LETAK SEDIKIT GARAM.GAUL2KAN
CARA MEMBUAT
MASUKAN MINYAK SEDANG2 PANASKAN MINYAK AGAK2 PANAS MASUKAN
BAHAN YG DIBANCUH TADI..JGN KACAU..BIARKANDAH AGAK KEKUNINGAN
SEDIKIT PALIGKAN SEBALAH PULA..JGN LAH LAMA SANGAT PANDAILAH
AGAK2TGK CONTOH YG SAYA BAGI TU..OK SIAP DAH KETEPIKAN
BAHAN MEMBUAT KUAHNYA
3 BIJI BAWANG PUTIH DI CINCANG2#
SEDIKIT BAWANG BESAR DICINCANG2#
2SUDU BESAR SOS TIRAM
1SUDU LADA SULAH
1 KIUB AYAM
SEMANGKOK KECIL DADA AYAM
SEDIKIT SOTONG/UDANG IKUT SUKA
GARAM SECUKUPNYA
1BIJI LADA MERAH DIHIRIS
1 BIJI LADA HIJAU HIRIS
SEDIKIT CARROT.(IKUT SUKA
SEDIKIT KOBIS.(IKUT SUKA
SEDIKIT BUNGA KOBIS( IKUT SUKA)
DAUN BAWANG N SOP DIHIRIS2
1BIJI TOMATO DIBELAH
SEMANGKUK TEPUNG JAGUNG UNTUK MEMEKAT
TAMBAH KAN AIR KACAUKAN
1LITER AIR ATAU LEBIH
CARA2 MEMBUAT NYA
TUMISKAN BAHAN YG DICINCANG2 TU SEHINGGA WANGI.MASUKAN 1 LITER
AIR
MASUKAN DADA AYAM,SOTONG,UDANG,LADA SULAH,SOS TIRAM,KIUB
AYAM,GARAM SECUKU
RASA,DAN MASUKAN LADA HIRIS,AGAK2 DAH MASAK,MASUKAN TEPUNG
PEMEKAT KUAH (TEPUNG JAGUNG YG DAH DIBANCUH AIR) AGAK2 PEKAT
YER..LAST MASUKAN SAYUR2 TU SEMUA.. CAMPAKKAN SEDIKIT DAUN SOP N
BAWANG TU KEDALAM KUAH ..KACAU2 DAH SEBATI RASA DAH MELETUP
SEDAP..PADAM KAN API..
CARA HIDANG TGK GAMBAR NI YER..SIAP SUDAH SEDAP MAKAN PANAS2
TERANGKAT
SAYA MASAK LETAK AYAM AJE
X LETAK YG LAIN PUN..DAH CUKUP..SEDAP.
Resepi kali ni irni memang suka masak ..mudah n sedap
RESEPI NASI GORENG PERANAKAN
BAHAN UTAMA NASI YG DIMASAK HARUSLAH DISEJUKAN
1 MANGKUK NASI UNTUK 5 ORANG
BAHAN A
1 BIJI BAWANG BESAR
4-5 ULAS BAWANG PUTIH
8 -10 BIJI LADA SIAM@ LADA AKAR @LAD A API IKUT KEPEDASAN MASING2
SEDIKIT HALIA
BAHAN DI ATAS HATUSLAH DIKISAR
BAHAN B
1 MANGKUK KECIL SAYUR CAMPUR
1 MANGKUK KECIL NENAS
10 EKOR UDANG IKUT LAH BANYAK MANA NAK LETAK (GORENG KAN
DAHULU)
1 SUDU KECIL LADA HITAM KISAR
SEDIKIT LADA BANGGALA DIPOTONG DADU (TAK ADA TAK APA)
3 SUDU KICAP MANIS
2 SUDU MINYAK BIJAN
1 SUDU SOS TIRAM MEGGI
SEDIKIT HIRISAN DAUN BAWANG
Garam secukupnya
1BIJI TELUR
CARA2 MEMBUATNYA
Tumis BAHAN A SEHINGGA AGAK GARING MASUKAN 1 BIJI TELUR, BESARKAN
APA, KACAU KAN ITU TELUR.MASUKAN NASI,GAUL2 KAN RATA, MASUKAN
GARAM SECUKUP
RASA, MASUKAN NENAS, SAYUR CAMPUR, LADA, LADA HITAM, KICAP MANIS,
MINYAK BIJAN,SOS TIRAM, HIRISAN DAUN BAWANG DAN UDANG, GAUL2
KAN RATA2 SIAP .WALAH SANGAT2 SEDAP!!DAH MACAM DEKAT KEDAI!!
RESEPI BY
Irni Maizura
BUAH ROTAN
Bahan-bahan untuk Kuih Buah Rotan
4 cmb Gula Pasir
500g Tepung Pulut
1 bj Telur
200g Santan Pekat
cwn Air
1 cwn Bijan
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam.
Cara membuat Kuih Buah Rotan
Larutkan gula pasir dalam santan pekat. Campurkan sekali dengan telur.
Gaulkan tepung pulut bersama larutan santan sehingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau dengan tangan sehingga mendapat doh
yang lembut dan licin tetapi tak melekat di mangkuk. Boleh tambah atau kurangkan air jika
perlu.
Gentel doh menjadi bebola bersaiz 1cm dan golekkan dalam bijan. Buat sehingga habis.
Panaskan minyak masak dengan api sederhana kecil.
Gunakan penapis untuk mengasingkan buah rotan dengan lebihan bijan. Gorengkan sehingga
kekuningan.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Tip Masakan Komersial
Sentiasa ingat, untuk menggaringkan kuih bergoreng memerlukan minyak didalam dohnya
seperti karipap, kuih gunting dan sebagainya. Untuk buah rotan, kita tak mencampurkan
minyak dalam dohnya tetapi santan mempunyai minyak. Oleh itu, sentiasa gunakan santan
segar dan bukannya santan kotak atau serbuk kerana santan ini tidak cukup berminyak.
Sekarang ni kebanyakkan padar ada menjual santan segar yang pekat. Jadi saya sediakan
resepi yang menggunakan santan ini. Sekurang-kurangnya lebih mudah dari segi sukatan.
Air, sebagai tambahan untuk mendapatkan doh yang betul.
Tepung pulut, apabila digoreng, akan mengelembung. Bila bahagian luarnya mengeras
dengan cepat sedangkan dalamnya masih lagi mengembang, akan menyebabkan buah rotan
meletup. Jadi, pastikan buah rotan digoreng dengan api perlahan.
Kelebihan menggoreng dengan api yang pelahan, dapat menggaringkan bahagian dalam buah
rotan tanpa menghanguskan bahagian luarnya. Namun begitu masa menggoreng menjadi
lebih panjang. Pastikan bahagian dalam buah rotan garing sebelum diangkat.
Gentel buah rotan tak boleh terlalu besar kerana kemungkinan bahagian dalamnya tidak
garing. Saiz buah rotan juga perlu sama supaya ia boleh masak dalam masa yang serentak.
Sewaktu panas, bahagian dalam buah rotan memang akan sedikit lemau tatapi apabila telah
betul-betul sejuk, ia akan menjadi garing dan rangup.
KEK MADU KEMAYAN
By: Jamayah Bujang
Bahan Bahanya:
10 biji putih telor
1 sudu ovelette
1 sudu esen vanilla
1 gelas Gula pasir
( di pukul hingga kembang)
- sudah kembang - Masukkan tepung 1 1/2 gelas & kacau & ketepikan
Bahan B
10 biji kuning telor
1/2 gelas gula pasir
( di pukul hingga kembang)
- Masokkan butter 8oz pukul hingga kembang lg
- Masokkan 1 botol kecil Golden Syrup
- 1 gelas tepung marie ( biskut marie yg di kisar menjadi tepung)
- 1/2 gelas serbuk koko
- 1/2 gelas tepung gandum
- 1 gelas horlicks
- 1 camca kecil browning
- kacau rata2 & sebati
Sesudah menjadi 2 bahagian,selang selikan adunan . atau mengikut kesukaan masing2 nak
mencorak
Sesudah di selang selikan,Tutup loyang dengan plastik ikat ketat dengan tali rafia utk elak air
kukusan masok.
Kukus adunan di dalam loyang 8x8x3". Kukus selama 4 jam
RESPI KEREPEK KETAM
Respi Oleh : Jamayah Bujang
Bahan Bahanya:
2 Bungkus Stick Ketam
1 Sudu Kecil serbuk cukup rasa
1/2 Sudu Kecil serbuk lada puteh atau hitam
1/2 Sudu Kecil serbuk kari
3 Tangkai Daun Kari
Minyak untuk Mengoreng
Cara Cara Membuatnya:
1. Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik.
2. Tus Stick Ketam dan picit picit dan koyak koyak hingga halus.
3. Dah Siap koyak Stick ketam kita camporkan bersama serbok cukup rasa,serbuk
lada,serbuk kari dan tabur daun kari..
4. Boleh jemur kejap kalau hari panas. Tak jemor pun tak pa.
5. Kita panas kan minyak dan Goreng hingga kuning dan renggup.
6. Kering kan minyak dan simpan dlm tempat yg tak masok udara.
Resepi udang masak lemak belimbing buluh
udang saiz besar -saiz double XL
belimbing buluh
santan - sekotak
daun kunyit
bawang putih -2 ulas
bawang merah - 3 ulas
cili api - 5 biji
serai - sebatang
halia- 1 inci
Cara Membuatnya:
Bersihkan udang
tumbuk bawang -bawang, cili api, halia. ketuk serai,
masukkan benda2 di atas ke dalam periuk.
masukkan santan, bila dah mendidih masukkan belimbing buluh dan daun kunyit (hiris)
Agak-agak belimbing dah layu sket, masukkan udang.
Biar mendidih sekejap, angkat!
~ Resepi Kampung
RESEPI PUDING KASTARD
Bahan-bahan:
1 Paket agar agam (rendam sebelum di rebus)
Air ikut sukatan di plastik agar agar dan di kurang kan 200 ml
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 1 sudu besar air suam
Cara-caranya:
1.Rebus agar-agar hingga hancur.
2.Masukkan gula dan susu cair dan masak sehingga gula hancur.
3.Masukkan secawan tepung kastard dan kacau.
4.Asingkan semangkuk agar-agar dan di gaul dengan serbuk koko.
5.Tuang agar agar kastard tadi ke dalam loyang. Guna penapis.
6.Tuang agar agar koko tadi ke dalam loyang. Coret kan dengan lidi.
Sejukkan & boleh di hidangkan
Resepi Tat Coklat Mudah
bahan2 shell/crust:
170gm marjerin atau butter
50gm gula icing
1 biji telur gred c
290gm tepung gandum
1 sudu kecil essen vanilla
acuan tart..
cara-cara:
*pukul marjerin dan gula (jgn pukul lama sangat)
*masukkan telur dan essen vanilla(pukul lagi)
*masukkan tepung sedikit demi sedikit
*uli hingga menjadi doh yg lembut...
*ambil sedikit doh dan tekan2 kan dalam acuan tart(cucuk2 dgn garfu sebelum dibakar) bakar
pada suhu 170'c selama 20-25 mnt atau ehingga masak
bahan filling:
200gm coklat masakan
100ml susu cair atau 150 ml whipping cream
1 sudu teh butter
cara-cara:
*double boil susu atau whipping cream bersama coklat masakan
*bila coklat dah cair tutup api sambil kacau hingga larut..
*masukkan butter kacau sebati..
*bolehlah dimasukkan dlm shell atau crust yg da dibakar tadi..
*sejukkan dan siap utk dimakan...
Smoothie mangga
1/2 biji isi mangga masak
2 sudu besar yogurt perisa asli / mangga
1/2 cawan susu rendah lemak (low fat milk)
1 sudu besar gula
1/2 cawan air
Ais ketul secukupnya
Kisarkan kesemua bahan diata
Puteri Ayu
Bahan-bahan(55 biji)
4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara
- Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
- Putar telur + gula sehingga betul2 kembang.
- Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselang seli dengan santan sehingga habis.
- Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
- Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang
adunan. Kukus selama 5 minit.
-------- Bahan---------
2 paket Silken Tofu
sebelah peha ayam - cincang lumat2
2 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 batang daun sup - cincang halus
2 biji cili padi - cincang halus
6 sudu besar sos oyster sauce/sos tiram
serbuk perasa/garam/tumix
air
------ Cara-------
- tumiskan bahan tumbuk - naik minyak
- masukkan daging ayam cincang, masukkan 3 sudu sos tiram, garam, tumix gaul.. dah masak
ketepikan
- kukus tauhu(tambah sedikit air di loyang tauhu), tutup tudung & biarkan sekejap
- tuangkan daging ayam cincang ke atas tauhu, biarkan
- hiaskan dengan taburan bawang goreng/daun sup
SIAP
Resepi nasi ayam penyet dan sambal sedap
Bahan-bahan ( 6 orang makan )
Untuk Ayam1 ekor ayam potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air
rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
sudu besar Jintan Manis goreng tanpa minyak hingga naik bau
sudu besar Jintan Putih goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm HaliaSedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong
45 cm Belacan
2 sb Ikan Bilis
Garam dan gula merah secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putihsatu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawangsedikit buttergaram
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.Lumur
bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini
best.(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak
tauhu/tempe. Tak buat.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung
beras.Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
Panaskan minyak.
Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.Goreng belacan seketika
Angkat dan ketepikan.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu,
masukkan tomato.
Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng
pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga
separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.Masukkan gula merah dan
gaul rata.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut
citarasa.
* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk.
Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang,
pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).Panaskan sebelum
dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga
wangi.Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.Masukkan air rebusan
ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.Pindah ke periuk
nasi letrik dan masak macam biasa.
Resepi Kek Coklat Mint
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung kek naik sendiri
230gm mentega
220gm gula kastor
4 biji telur (gred B)
1 sudu teh esen vanila
50gm susu pekat
Bahan A:
1 sudu makan penuh serbuk koko Van Houtan
2 sudu makan pes coklat Emulco
Bahan B:
1/2 sudu teh pewarna hijau
Setitik esen pepermint
CARA MEMASAK:
1. Kacau tepung bersama mentega sehingga rata. Ketepikan.
2. Dalam bekas berasingan, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
3. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
4. Masukkan susu pekat dan gaulkan rata.
5. Bahagikan kepada dua adunan, satu adunan dicampurkan dengan bahan A dan satu adunan
lagi dicampurkan dengan bahan B.
6. Lapikkan kertas minyak pada loyang bulat dan tuangkan 2 sudu makan lapisan hijau.
7. Tompokkan dengan 2 sudu makan lapisan coklat dan ulangi proses ini sehingga habis
adunan.
8. Bakar pada suhu 180 sehingga masak
Kuih Bom Inti Kacang
Bahan Doh
240gm tepung pulut di ayak
40gm tepung gandum
160gm keledek dikukus dan dilecek
70gm gula kastor
1/4 sdt garam
200ml air suam
Minyak untuk mengoreng
Bijan secukupnya
Bahan Inti
1200ml air
600gm kacang merah
150gm gula melaka
150gm gula pasir
2 sudu makan tepung ubi
2 helai daun pandan di potong kecil
Cara-cara
1. Inti : Rebus kacang merah yang telah dicuci dengan air hingga kembang.
2. Masukkan gula melaka dan gula pasir, gaul rata dan masaklah hingga hampir kering.
3. Taburkan dengan tepung ubi supaya intinya menjadi kental. Angkat dan gentelkan apabila
sejuk.
4. Doh : Gaul bahan doh hingga lembut dan tidak melekat dijari. Bentukkan bulat dan tekan
bahagian tengahnya untuk dimasukkan inti. Bentuk bulat sebesar bola golf.
5. Golekkan diatas bijan, sambil ditekan sedikit supaya bijan melekat.
6. Goreng dalam api perlahan hingga kekuningan.
Ayam Lemon
Share : Resepi Ummi
Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
2 dada ayam-bersihkan n keringkan
bahan perap:-
3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak bijan
sedikit pepper
1 biji telur
bahan salut:-campurkan
5 sudu besar tepung
5 sudu besar breadcrumbs
bahan sos:-
1 sudu besar sos plum
3 1/2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
2 sudu teh tepung jagung
# minyak secukupnya
Cara-cara
perap ayam ngan bahan perap selama 2 jam atau semalaman. salut ngan bahan salut n goreng
hingga garing n kekuningan.
potong2 ayam n letak atas pinggan hidangan.
campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat. curah atas ayam tadi dan hidangkan.
Selamat mencuba !!
Bahan2 Roti Jala
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
1 sudu kecil rata garam
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara2nya
Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala
.
Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas
pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali
sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih
dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
Hidangkan samada bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah
kegemaran anda.
Bahan2 Kari Ayam
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
3 biji kentang ~ didadu kasar
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(tumbuk halus bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
2 sudu kecil serbuk cili#
sikit saja air asam jawa#
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera/secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
sikit minyak
garam & perasa secukupnya
Cara2
Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga
wangi.
Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2
lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan
kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.
Karipap putar inti sardin
Bahan2 pastri:
A
450g tepung gandum
1/2 tsp garam
3 sudu besar shortening
230 - 240ml air sejuk
B
250g tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
150g margerin
Cara2 membuat pastri:
1. Satukan bahan2 A kecuali air sejuk. Gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, gaul hingga menjadi doh.
3. Bulatkan doh menjadi beberapa biji bebola. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang lain, satukan pula bahan2 B hingga menjadi doh.
5. Bulatkan juga menjadi bebola, sama banyak seperti doh bahan A tadi.
6. Leperkan satu bebola bahan A secara membulat, letakkan sebiji bebola bahan A di
tengah2nya, bungkus kemas.
7. Canaikan satu doh memanjang, gulung kemas secara menyiring. Canaikan lagi
memanjang. Gulung semula dari atas.
8. Kemudian, potong doh kepada dua bahagian, canaikan membulat. Terbalikkan & letak doh
yang di canai atas acuan karipap.
9. Isikan inti & kelim tepi2nya. Letakkan dalam bekas & sejukkan dalam peti sejuk beku
selama 1 jam.
10. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, goreng karipap hingga kuning keemasan.
Angkat & toskan minyak.
Inti sardin:
1 tin sardin, asingkan sosnya & hancurkan isinya
2 sb sos ikan sardin (dari tin)
2 biji bawang besar, di cincang
1 biji bawang merah, dicincang
4 biji bawang putih, dicincang
2 sb cili boh
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Cara2 membuat inti:
1. Tumis semua bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan sardin & sosnya. Gaul rata. Masukkan garam & gula. Gaul lagi hingga
masak & sebati.
4. Angkat & sejukkan hingga sedia untuk di gunakan.
Selamat mencuba...
PUDING ROTI MARBLE
Bahan-bahan
10 gm agar2 serbuk - plain
8 keping roti gardenia/sandwich
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
5 gelas air
2 sm serbuk coklat/milo - bancuh dgn air
5 sm gula - jumlah ikut suka
1 biji telur
2 sm marjerin
Sedikit esen vanila
Cara-cara
1. Blend roti bersama 1 tin susu cair & 1 gelas air hingga hancur
2. Dalam kuali masak serbuk agar2 bersama lebihan air.
3. Masukkan bhn yg diblend kedlm kuali agar2 yg sdg dimasak td.
4. Masukkan sekali susu pekat,gula,marjerin,telur & esen vanila
5. Masak hingga mendidih.
6. Adunan dibahagi 2.Bhgn 1 biarkan warna asal & bhgn 2 campurkan bancuhan coklat 7.
Tuang sesenduk besar adunan plain kat tengah2 acuan.Buat perkara yg sama utk
adunan coklat.
8. Ulang proses yg sama sehingga semua adunan habis.
Selamat mencuba....
LikeLike
Ringkas Tapi Sedap
AYAM MASAK MADU KURMA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
15 biji buah kurma
1 biji bawang besar - dipotong membulat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar cili kering yg dikisar
6 sudu besar sos tomato - blh tambah
6 sudu besar sos cili - boleh tambah
2 sudu besar madu - boleh tambah
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup/bawang yang telah diracik halus
BAHAN-BAHAN DIKISAR:
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
1 1/2 inci halia
*Boleh ditambah lagi bahan-bahan mengikut citarasa sendiri .
CARA MEMASAK :
-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Buah kurma dibuang biji dan dibelah
2 . Potong bawang besar nipis -nipis .
- Ayam dibersihkan kemudian dipotong menjadi 12 bahagian kecil dan digaul dengan garam
serta kunyit . Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan agak garing .
-Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar , cili kisar , bawang besar serta serai . Kacau
semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili , sos tomato dan
kacau lagi . Masukkan buah kurma , air secukupnya , buah tomato dan madu secukupnya .
Kacau semua bahan sehingga kuah menjadi mendidih dan buah kurma menjadi agak lembik .
Masukkan semua ayam goreng serta garam secukupnya , rasa kuah jika kurang manis boleh
la ditambah sedikit gula . Gaulkan semua bahan-bahan dan taburkan daun sup/bawang yang
telah diracik kecil . Terus kacau dan boleh la dimatikan api dapur.
SELAMAT MENCUBA.

You might also like