You are on page 1of 4

PENGURUSAN DAN PENAMPILAN DIRI

MASA : 2 JAM

PENGENALAN : Penampilan diri yang cemerlang mencerminkan keperibadian


seseorang . Sejauh manapun kehebatan penampilan diri kita
tapi masih ada ruang yang perlu diperbaiki. Gunakan ruang
yang ada untuk memperbaiki pengurusan dan penampilan diri
kita kearah yang lebih cemerlang.

OBJEKTIF : Setelah menjalankan aktiviti ini murid-murid akan dapat:

1. Memahami konsep penampilan dan pengurusan diri


2. Murid sedar bahawa matlamat menjadi individu yang
berktrampilan adalah kewajipan diri sendiri

BAHAN : KENALI DIRI SENDIRI – Lampiran 1


PERBEZAAN LUKISAN WAJAH – Lampiran 2
Disket – CERAMAH/RUMUSAN DAN PENGURUSAN DAN
PENAMPILAN DIRI.

AKTIVITI : Mengandungi TIGA aktiviti seperti berikut:

1. Kenali Diri Sendiri


2. Lukisan Diri
3. Rumusan / Ceramah Pengurusan Dan Penampilan Diri
PENGURUSAN DAN PENAMPILAN DIRI

Aktiviti 1: KENALI DIRI SENDIRI

OBJEKTIF: Murid tahu tanggungjawab tentang kebersihan diri sendiri

MASA : 45 Minit

BAHAN: Bahan bercetak – Lampiran 1

LANGKAH-LANGKAH:

1. Guru bersoal- jawab dengan murid tentang:


1.1 Persiapan awal sebelum ke sekolah.
1.2 Apakah akan berlaku sekiranya murid mengabaikan soal kebersihan
diri.

2. Edarkan bahan bercetak kepada setiap kumpulan dan memberi arahan


(Rujuk Lampiran 1)

2.1 Murid menjalankan aktiviti yang diedarkan oleh fasilitator

3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka

Rumusan :
Murid dapat menceritakan kembali aspek-aspek kebersihan

Contoh:

- Pakaian - Kuku
- Rambut - Kasut
AKTIVITI 2: LUKISAN DIRI

OBJEKTIF :
1) Murid dapat menerangkan bagaimana mereka berbeza dari
aspek penampilan diri.
2) Murid-murid dapat mengenalpasti kemahiran asas tentang
penampilan diri yang cemerlang.

BAHAN : Gambar - Lampiran 2

MASA: 45 Minit

LANGKAH-LANGKAH:

1. Fasilitator mengedarkan gambar dan meminta setiap kumpulan


mencari perbezaan yang terdapat pada dua gambar berkenaan.

2. Fasilitator menyelia setiap kumpulan semasa aktiviti dijalankan serta


memerhati tingkahlaku murid

3. Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan menerangkan hasil


perbincangan yang telah dijalankan

RUMUSAN:

Fasilitator menerangkan kepentingan gaya penampilan yang kemas


mencerminkan keperibadian yang cemerlang.
AKTIVITI 3:

CERAMAH : “PENGURUSAN DAN PENAMPILAN DIRI”

MASA: 30 MINIT

ALATAN : POWERPOINT – “PENGURUSAN DAN PENAMPILAN DIRI”

OBJEKTIF : Di akhir ceramah ini di harap murid-murid dapat :

1. Memupuk sifat murid bertanggungjawab terhadap kebersihan


diri sendiri.

2. Murid dapat menerangkan perbezaan diri sendiri dari segi


penampilan dirinya dengan rakan sebaya.

LANGKAH-LANGKAH :

1. Fasilitator memberi ceramah tentang Pengurusan dan Penampilan


Diri.
2. Fasilitator meminta pandangan peserta tentang aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan.
3. Fasilitator memilih secara rawak untuk murid memberi pandangan
tentang aktiviti yang telah dijalankan.
4. Fasilitator membuat rumusan tentang Pengurusan dan Penampilan
Diri.

You might also like