You are on page 1of 27

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

PELAJARAN 6
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Objektif:
✔ Mendedahkan kepada para pelajar konsep ibadah
dalam Islam supaya mereka memahami makna ibadah
dan bagaimana ia dapat dilaksanakan dalam kehidupan
mereka.
✔ Mendedahkan mereka keindahan ibadah dalam Islam
dan bagaimana konsep ini mampu mencipta sebuah
tamadun yang cemerlang.
✔ Mendedahkan beberapa faedah ibadah yang diperoleh
oleh hamba apabila beribadat kepada Allah S.W.T.
✔ Mendedahkan beberapa salah faham terhadap ibadah
Islam agar para pelajar menghindarinya.

149

PENGAJIAN ISLAM

150

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM KANDUNGAN • Pendahuluan 153 • Matlamat Kejadian Manusia 154 • Hakikat Ibadah dalam Islam 155 • Salah Faham Terhadap Konsep ‘Ibadah 156 • Ruang Lingkup Ibadah dalam Islam 158 • Matlamat Ibadah dalam Islam 159 • Keistimewaan Ibadah dalam Islam 165 • Hikmah Ibadah-ibadah Islam 165 – Puasa 166 – Zakat 174 – Haji 175 • Penutup 175 151 .

PENGAJIAN ISLAM 152 .

adalah risalah utama penciptaan manusia di alam mayaini.T. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM PENDAHULUAN Ibadah adalah suatu tuntutan ke atas seorang Mukmin. dan jauhilah Thaghut.T. Firman Allah S.W.” (Surah al-Nahl: 36) Firman-Nya: 153 . Beribadah hanya kepada Allah S.” Firman-Nya lagi: Ertinya: “Bahaw a sembahlah Allah S.W.W. Ertinya: “Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manu- sia kecuali supaya mereka memperhambakan dirikepada- Ku.” (Surah al-Dhariyat :56) Firman-Nya lagi yang bermaksud: Er tinya: “ Wahai manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan menciptakan orang- orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu ber- taqwa.T.

W.T.T. Sebaliknya kegagalannya menjawab persoalan ini akan mengakibatkannya gagal men- jalani kehidupan ini dengan baik dan penuh berert i .T.” Seseorang manusia sepatutnya bertanyakan dirinya sendiri: Kenapa aku diwujudkan? Apakah tugasku di alam maya ini? Apakah pula visiku dalam kehidupan ini? Ia adalah soalan yang wajib atas seorang manusia agar dia bertanya- kan dirinya dan berfikir sejenak untuk mencarijawapannya (al-Qardhawi 1985:11).Hal ini dinyatakan dalam surah al-Zariyaat. Matlamat itu ialah beribadah kepada Allah S.ayat 56 yang berert i : “Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka memperhambakan dirikepada-Ku.” (Surah al-A‘raf: 9) M ATLAMA AT T KEJ AT ADIAN KEJADIAN MANUSIA Manusia diciptakan oleh Allah S. maka seseorang manusia akan mampu menjalani ke- hidupan ini dengan baik dan jaya.Tidak ada bagi kamu tuhan selain-Nya. siapakah yang menciptakan aku? Soalan Kedua: Apakah kesudahanku selepas kewujudan- ku ini? Dan ke manakah aku akan pergi selepas maut? Soalan Ketiga: Kenapakah aku diwujudkan? Untuk apa? Atau apakah visi kehidupanku ini? Apabila ketiga-tiga soalan ini dapat dijawab dengan baik. dengan matlamat yang tertentu. Seseorang manusia harus mengetahui dengan jelas ja- wapan soalan-soalan berikut: Soalan Pertama: Siapakah aku? Dari manakah aku datang? Atau dalam ungkapan lain.W. yang telah ditetapkan oleh penciptanya. 154 .PENGAJIAN ISLAM Ertinya: “Sembahlah kamu akan Allah S.W.

T. Ibadah dalam Islam mengandungi makna kemuncak ketundukan. Menurut kamus al-Shihah: Asal-usul ‘Ubudiyyah ialah ketundukan dan kehinaan. dia tidak menjadi hambanya. : Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika ibu bapa (nenek moyang) kamu. harta-harta yang kamu kumpulkan.T. perniagaan yang kamu takut kerugiannya 155 . ia juga bukan ibadah. Firman Allah S. (Tafsir al-Manar: al-Fatihah) Ibn Taimiyyah menyatakan ibadah dalam Islam itu me- ngandungi unsur ketundukan/ ketaatan yang digabungkan dengan unsur kecintaan. Seorang hamba mestilah mencintai Allah S. saudara-saudara kamu (adik beradik). Begitu juga jika dia mencintai se- suatu tanpa ketundukan kepadanya. Beliau berkata lagi: Sesiapa yang tun- duk kepada seseorang manusia dengan keadaan benci. isteri-isteri kamu. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM HAKIKAT IB AT IBAAD AH DALAM ISLAM DAH Makna Ibadah Ibadah dari segi bahasa: Menurut al-Qamus (‘abada): Ke- taatan. Oleh itu salah satu dari dua unsur tersebut (tunduk dan cinta) tidak cukup untuk dipanggil ibadah kepada Allah S. anak-anak kamu. mengatasi segala kecintaan yang lain. Ibadah dari segi istilah syara’: Menurut Syeikh Mu- hammad Abduh ibadah ialah: Ketaatan dengan kemuncak ketundukan.W.W. seumpama cinta seseorang kepada anaknya dan kawan-ka- wannya. Asal Ibadah: al-tazlil (penghinaan).T. kemuncak ketaatan dan kemuncak kecintaan.W.

” (Surah al-Taubah: 24) SALAH FAHAM TERHADAP KONSEP ‘IBADAH Terdapat dua golongan yang salah faham atau salah tanggap tentang konsep ibadah Islam yang sebenar. 156 . dan memasukkan manusia dalam lingkungan Rububiyyah (ketuhanan) yang tidak layak bagi manusia.W. maka tunggulah sehingga Allah S. Golongan Pertama: Melampaui had dalam mendakwa mencintai Allah S. manakala golongan lain menganggap ia tercapai hanya dengan unsur ketundukan dan ketakutan semata-mata tanpa sebarang cinta.W. (2) Dakwaan mempunyai kemampuan atau kewibawaan untuk menghalang (menyelamatkan) semua pengikut- nya daripada memasuki neraka.W. sehingga mendorongnya melaku- kan sesuatu yang terkeluar daripada garisan makna ibadah. Ada golongan yang hanya menganggap ibadah dan ubudiyyah itu tercapai dengan hanya unsur kecintaan. atau menghilangkan hak Allah S..T.. mendatangkan titah perintah-Nya. Ada yang men- dakwa melebihi batasan anbiya dan para Rasul. (3) Dakwaan mendapat kelonggaran melaksanakan ke- wajipan syara’ kerana ia dianggap hanya untuk go- longan awam.T.T.W.T. Contoh yang boleh diketengahkan ialah sepert i : (1) Dakwaan mempunyai kemampuan atau kewibawaan untuk mengeluarkan semua pengikutnya daripada neraka memasuki syurga. seperti men- dakwa sesuatu yang tidak layak bagi hak ketuhanan Allah S. atau men- dakwa dakwaan-dakwaan yang batil.PENGAJIAN ISLAM dan tempat kediaman yang kamu redhai terlebih kasih kepada kamu berbanding Allah dan Rasul-Nya dan juga jihad Fi Sabillah..

” (Surah al-Maidah: 54) Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman terlebih hebat ke- cintaan mereka kepada Allah S.dianggapnya ber- ada bersamanya sepanjang masa dan di dalam poketnya.W.T.W.W. Mereka mengata- kan bahawa umat Islam tidak mengenali unsur kecintaan dalam ibadah.W. dianggap berada di dalam poketnya atau dalam jubah- nya. dalam banyak tempat.sehingga Allah S.” (Surah al-Baqarah: 165) Dalam hadis pula.a.T.T. di antaranya ialah firman Allah S. Rasulullah s.sehinggakan Allah S.W.W.W. kecuali hanya apabila golongan Tasawwuf mengimportnya daripada sumber asing (agama Kristian dan agama-agama budaya). bersabda: †‰«ÍƒÂʆšÕœ„Â†Õ È†Í„Ëʆ«‰‰Á†Ë—”ˉÁ†šÕ»†³‰ÍÁ†Â«†”Ë«Á« 157 .T.W.T.T.T.: Ertinya: “Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka men- cintai Allah S. Dalam al-Quran dijelaskan unsur kecintaan antara muslim dan Allah S. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM (4) Dakwaan mencintai Allah S.w. Ini lantaran kemesraan yang keterlaluan dengan Allah S. Golongan kedua: Golongan orientalis cuba menggam- barkan ibadah dalam Islam sebagai ibadah yang berdiri atas dasar ketundukan dan ketaatan semata-mata tanpa digan- dingkan dengan perasaan cinta dan rela.T. Pandangan ini juga menyimpang daripada hakikat ibadah Islam.

Oleh kerana manusia dicipta supaya beribadah kepada Allah S. yang zahir dan batin. orang fakir miskin dan musafir juga hamba-hamba abdi dan binatang. dan bahawa segala cinta itu hanya bagi Allah S. anak yatim. maka sudah tentu dalam Islam.T.PENGAJIAN ISLAM Ertinya: “Tidak beriman (iaitu tidak sempurna iman) salah seorang kamu sehinggalah Allah dan Rasul-Nya terlebih kasih kepadanya lebih daripada segala sesuatu selain kedua- duanya ” [Hadis Muttafaq ‘alaihi] Menguatkan hal ini.W. .. Ibn Taimiyyah ( al- ‘Ubudiyyah: 38) berkata: Ibadah ialah kata-nama yang me- rangkumi segala sesuatu yang disukai oleh Allah S. haji. Justeru itu. menunaikan janji. perbuatan.). puasa. jujur dalam kata-kata. doa. sembahyang. amar maaruf. menunaikan amanah. maka janganlah dia (mukmin) mencintai orang lain selain-Nya. RUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAM 1.W. zakat.” 158 .. Ibn al-Qayyim (Madarij al-Sali- kin: 99) berkata: Asal-usul ibadah itu ialah kecintaan kepada Allah S. berjihad menentang orang-orang kafir dan munafiqin.W. melakukan ehsan kepada jiran te- tangga.T. Sesungguh- nya dia hanya boleh mencintai (orang lain) kerana-Nya dan pada-Nya (pada perkara yang diredhai Allah S.T.T. semuanya adalah ibadah.dan yang diredhai-Nya sama ada perkataan. bahkan mentauhidkan-Nya dengan kecintaan. zikir dan bacaan al- Quran.W.W. melakukan kebajikan kepada dua ibubapa.T. Syumul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhn Syumul ya Seluruhny Ruang lingkup ibadah dalam Islam amat luas. seluruh kegiatan manusia adalah ibadat kepada Allah S. nahi mungkar.W.T.

a.W.?” Sesungguhnya.T. langsung tidak meng- ambil faedah daripada hamba-Nya.W. h. memfardhukan ke atas manusia supaya beribadah kepada- Nya? Sedangkah Dia adalah Tuhan terkaya daripada ibadah itu. Ibadah Pendengaran (Telinga). buang air. f Ibadah Deria Hidu. Allah S. 3. Dia juga tidak akan 159 . berm ula dengan cara atau adab makan minum. Ibadah Merangkumi Seluruh Anggota Man Anggota usia Manusia Di antara keistimewaan ibadah Islam ialah bahawa ia me- rangkumi seluruh anggota manusia. c. Ibadah Penglihatan (Mata). urusan muamalat dan undang-undang. Ibadah Deria Rasa (Lidah/ Tangan). hinggalah kepada cara membina negara.W. g.? Kenapakah Allah S. politik pemerintahan. M ATLAMA AT T IB AT IBAAD AH DAH DALAM ISLAM Mungkin ada orang akan bertanya: “Kenapakah kita harus beribadah kepada Allah S. serta dasar perhubungan antarabangsa sama ada semasa aman mahupun zaman peperangan. . d.T. dan Dia tidak memerlukan khidmat manusia terhadap- Nya? Apakah faedahnya kita beribadah kepada Allah S.W. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM 2. Ibadah Tangan dan Kaki. e. polisi kewa- ngan dan ekonomi. Ibadah Merangkumi Seluruh Aspek Kehidupan Kehidupan Ibadah Islam memenuhi seluruh ruang hidup Muslim dan mengatur kehidupan mereka seluruhnya.T. Ibadah Lidah.T. b. Ibadah Kemaluan. Ibadah Hati.

Dan barang- siapa yang kufur.W.: Ertinya: “Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesung- guhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Dia adalah Tuhan yang Maha Kaya. dilobai dan dituntut. Faedah tersebut dapat disingkapi daripada beberapa bentuk: Pertama: Bahawa al-kamal iaitu sifat kesempurnaan dicintai.T. zikir dan tahmid mereka kepada-Nya. Keagungan kerajaan-Nya tidak bertambah dengan sebab ibadah manusia.T. Hal keadaan manusia yang paling sempurna ialah apabila dia sibuk dengan beribadah 160 . tabi‘at tugasnya di muka bumi dan matlamat yang jadikan tujuan di sebalik kehidupan dunia ini. maka mengapakah Dia mentaklifkan hamba-Nya supaya menyembahNya? Sesungguhnya jawapan kepada persoalan ini tersembunyi dalam tabi‘at diri manusia itu sendiri. adalah Tuhan yang Kaya secara mutlak.” (Surah al-Naml: 40) Apabila Allah S. nescaya lazatlah dia beribadah. Al-Imam Fakhruddin al-Razi pernah berkata: Ketahuilah bahawa barangsiapa yang mengetahui faedah- faedah ibadah. Firman Allah S. dan beratlah hatinya mahu melakukan perkara-perkara lain selain ibadah.W.PENGAJIAN ISLAM term udharat akibat keengganan hamba-Nya daripada me- nyembah-Nya. maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya dan Pemurah.T. Berikut dinukilkan sedikit faedah yang mungkin kita dapati di sebalik ibadat kepada Allah S. dan kita adalah hamba-hamba-Nya yang fakir.W.

iaitu bacaan al-Qur’an. Menunaikan ibadah kepada Allah S.. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM kepada Allah S. dan ia akan menjadi sebab kepada penunaian separuh kedua lagi. Anggota-anggotanya akan kelihatan indah dengan keindahan berkhidmat akan Allah S. bumi dan gunung-ganang.kerana hatinya akan bersinaran dan bergemerlapan dengan cahaya Ilahiyyah.W. Apabila kemuncak kebahagiaan di dunia ini sudah diperolehi.W.T.T. Maka keadaan-keadaan begini adalah merupakan semulia- m ulia martabat insaniyyah dan darjat kemanusiaan. adalah penunaian separuh dari - pada amanah. lalu mereka tidak sanggup memikulnya. lalu manusia memikulnya.W.W. Terca- painya martabat dan darjat ini adalah ke muncak kebahagia- an manusia di dunia ini.yang bermaksud: Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah bentangkan amanah ke atas langit. barangsiapa yang telah mengecapi mar- tabat dan darjat ini.T. Firman Allah S. maka sudah tentu ia juga akan memperolehi kebahagiaan yang paling sempurna di akhi- rat. hilanglah segala kepenatan dan keberat- an beribadah.T. bahawa seorang sahabat berkata: Saya melihat seorang Arab kampung datang ke 161 . Lidahnya akan mendapat kemuliaan dengan kemuliaan zikir dan bacaan. Kedua: Ibadah adalah suatu amanah. dan nescaya dia akan memperolehi halawah atau kemanisan ibadah yang amat lazat di dalam hatinya.” Menunaikan ibadah adalah suatu sifat daripada sifat- sifat kesempurnaan yang disukai oleh jiwa. Oleh demikian. Diceritakan. dan mereka takut menerimanya.

(iaitu beribadah kepa- danya dengan sempurna). nescaya Dia akan menjagamu (memeliharamu). lantas dia berkata: Aku telah menunaikan amanah-Mu maka di mana- kah amanahku? Perawi cerita ini berkata: Kami bertambah hairan. ialah apabila dia telah menjaga amanah Allah S.h.T.h.T.. Diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah r.. baha- wa seekor ular telah terjatuh dari siling dan orang ramai lari bertempiaran. Hal ini sudah tentulah membawa kepada kelazatan dan kegembiraan yang sempurna.a. didapati untanya telah hilang. Perkara ini bukanlah suatu perkara ganjil. berdoa dengan segala apa yang dikehendakinya sehingga kami merasa takjub.” Ketiga: Kesibukan beribadah atau keasyikan beribadat adalah suatu perpindahan daripada alam al-ghurur kepada alam al-surur.w.W. lalu turun daripada untanya. Ia juga merupakan perpindahan dari - pada kesibukan bersama makhluk kepada kesibukan ber- sama Allah S. lalu ditinggalkan untanya dan memasuki masjid dan terus sembahyang de- ngan penuh ketenangan dan khusyu’. dan beliau tidak tersedar apa yang terjadi. ialah perpindahan daripada alam tipu-daya kepada alam suka-ria.PENGAJIAN ISLAM pintu masjid. ketika itu di dalam sem- bahyang.T. sehingga datanglah se- orang lelaki menunggang untanya dan menyerahkan unta itu kepadanya.W. maka hendaklah dia merujuk ayat al-Qur’an yang menceritakan kisah Nabi Yusuf: 162 .W. Allah S.W. menjaga amanah- nya. Sesiapa yang meraguinya. dalam hadith yang dituturkan kepada Ibn Abbas: †«Õ·ÿ†«‰‰Á†ÍÕ·ÿ„ Ertinya: “Jagalah (peliharalah) Allah S. Apabila dia keluar.T. Tidak lama dia duduk di situ. Abu Hanifah r. Al-Imam al-Razi berkata: Iktibarnya. Inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah s.

dia tidak akan memandang ibadah sebagai ketundukan. Apabila hal ini (iaitu keterpegunan dan keasyikan sampai tidak sedar diri) boleh berlaku pada hak seorang makhluk. atau dalam timbunan harta benda. (iaitu keasyikan yang amat mendalam dalam hati hamba) boleh berlaku terhadap Allah S.W. sebenarnya hati mereka telah dikuasai oleh perasaan asyik dengan kekacakan Nabi Yusuf.T. 163 .W. Keba- hagiaan orang yang beribadah jauh lebih istimewa dan unik.T. bahkan dia akan dapati pada ibadah itu kelazatan. Lazat dengan munajat kepada Allah S. lantaran kekacakan dan ketampanan baginda.” (Surah Yusuf: 31) Perempuan-perempuan yang terpegun melihat Nabi Yusuf. sampai mereka terpotong jari - jari tangan mereka. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM Ertinya: “Apabila perempuan-perempuan itu melihatnya (iaitu Yusuf)..W. dan emas perak.T. mereka hairan terpegun. Seseorang yang merasai kelazatan iman yang sebenar.yang mana membaw a kepada hal tidak sedar diri. di mana dia pasti akan merasai suatu kebahagiaan yang tidak dapat ditolok-bandingkan dengan kebahagiaan orang yang hidup mewah di istana mewah. sehingga mereka me- motong tangan-tangan mereka. dan lazat dengan usaha merebut keredhaan Allah S. Demikianlah kupasan Imam al-Razi dalam percubaan beliau untuk menerangkan faedah ibadah bagi seorang hamba Allah S.W. atau kepatuhan kepada titah perintah semata-mata.T. maka tentulah lebih aula hal yang sama. dan hatinya diselubungi cahaya keyakinan.

w. dalam keadaan yang rindu dan meng- harap. baginda seolah-olahnya tidak me- ngenali kami lagi. Maka tidak hairanlah jika baginda s.w. bersabda: †ÃŸ‰ †‚—…†ŸÍÊ͆·Í†«‰’‰«… Ertinya: “Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sem- bahyang. Baginda seringkali berkata kepada Bilal apabila tiba waktu sembahyang.w. di mana kata be- liau: ‘Telah adalah Rasulullah s. Baginda menerpa berlari meluru ke arah solat.menanti saat-saat ketibaan waktu sem- bahyang bagaikan penantian seorang yang haus dahaga akan setitis air yang sejuk. kami tidak mengenali baginda.a. dengan sabda baginda s.” [Hadis riwayat Ahmad.w.kita dapati ba- hawa baginda s.a.Dr.a. seumpama melurunya seorang yang ber- musafir di padang pasir ke arah lembah wadi yang kehijau- an.” Selain apa yang dibentangkan di atas.a. di sana masih banyak matlamat ibadah Islam yang ingin dicapai. Di an- taranya sebagaimana yang digariskan oleh Prof. Apabila tiba waktu sembahyang. Hakim dan Baihaqi] ‘Aisyah juga pernah menceritakan.PENGAJIAN ISLAM Jika kita toleh kepada Rasulullah s.w. Nasaai. : †š—ÕÊ«†»Á«†Í«†»‰«‰ Ertinya: “Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal. bercakap-cakap dengan kami dan kami bercakap-cakap dengan baginda.Yusuf al-Qardhawi ialah (1985: 95–129): • Ibadah sebagai makanan ruh • Ibadah dan ‘Ubudiyyah jalan pembebasan manusia 164 .a..

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM • Ibadah sebagai ujian • Ibadah adalah hak Allah S. serta amat berbeza daripada ibadah dalam agama lain. Ia bersifat Rabbani. berseimbangan dan lain-lain ciri yang agung. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah S.ke atas hamba-Nya • Ibadah sebagai cara mendapat pahala • Ibadah adalah matlamat bukan hanya cara(W asail) • Ibadah sebagai cara pembersihan jiwa (bukan ‘Illah kepada ibadah) • Ibadah sebagai akhlak dan akhlak sebagai ibadah KEISTIMEWAAN IB WAAN IBAAD AH DALAM ISLAM DAH Ibadah Islam adalah ibadah yang istimewa dan unik. Mudah dan menghapuskan kepayahan HIKMAH IBADAH-IBADAH ISLAM 1. dipaparkan secara ringkas beberapa rahsia sembah- yang. Di antaranya ialah: • Sembahyang sebagai penyuci dosa • Sembahyang sebagai cara menjaga kebersihan dan ke- cantikan 165 . Ibadah hanya dengan kaifiyyat yang disyara‘kan 5.T.T. Ikhlas hati asas makbul ibadah 4.W. 2. Perimbangan antararuh dan jasad 6. Berikut dinukilkan beberapa keistimewaan terse- but: 1.W. Sembahyang Di sini. Pembebasan ibadah daripada perhambaan kepada tokoh agama 3. syumul.

kerangka. 166 . tulang-belulang. Tuan ru mah yang sebenarnya ialah roh. atau jiwa. Masjid sebagai universiti awam b. Tubuh-badan adalah ru- mah kediaman roh. Manusia tidak dinamakan manusia kerana tulang-belulang- nya. Manusia hanya dipanggil manusia oleh kerana rohnya dan jiwanya. daging. urat dan lendir- nya semata-mata. Masjid sebagai dewan parlimen tetap c. Apabila nyaw anya sudah ter- cabut keluar daripada tubuh-badannya. da- rah. daging. maka dia tidak di- panggil manusia lagi. Manusia dinamakan manusia lantaran dia mempunyai roh. Persamaan Puasa Antara hikmah puasa ialah: (1) Meninggikan roh Roh adalah hakikat sebenar kejadian manusia. Kebebasan . Masjid sebagai medan latihan amali e. f Persaudaraan g. darah. atau anggota zahirnya.PENGAJIAN ISLAM • S e mbahyang sebagai Riadah Badaniyyah (senaman badan) • Sembahyang sebagai sumber kekuatan roh • Sembahyang kekuatan akhlak Peranan Sembahyang berjemaah • Sembahyang jemaah sebagai kelab masyarakat • Sembahyang jemaah sebagai latihan askar Masjid dan peranannya dalam kehidupan a. Tubuh-badan. Masjid sebagai dewan muktamar d. urat dan lendir hanya merupakan sarang tempat roh bertenggek buat sementara waktu.

atau jiwanya yang bakal hidup kekal abadi? Sedangkan hakikat kejadiannya. Mereka sanggup bersenam dan bersukan. Mereka menjaga kebersihan tubuh-badan mereka dengan mandi-manda. ialah agar roh mereka yang lesu kem- bali ceria. berbau busuk dan hanyir dan terlantar kelesuan atau terbaring kesakitan. Roh orang yang berpuasa akan dekat dan hampir kepada Allah S. bersyampu dan dikenakan pula dengan segala macam bau-bauan. sedangkan tuan rumah- nya kurus kering.T. pil vitamin dan ubat kuat. bulan Sya‘aban untuk mem- 167 . lesu tidak berm aya serta tidak terurus. segar dan bugar. sedangkan jasad ini akhirnya akan hancur luluh ditelan bumi. se- lekeh. Mereka sanggup berhabis wang lantaran membeli ubat. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM Alangkah hairan apabila didapati rumah dihiasi dan diperindahkan dengan segala perhiasan dan dilengkapi de- ngan perabut yang beraneka rupa. Puasa mampu me- ringankan roh seseorang manusia. antara hikmat besar diwajibkan umat Islam berpuasa. demi mem- pastikan agar jasad yang fana ini kelihatan segar bugar dan sihat sentiasa. Dia tidak sudi memberikan rohnya makanan yang lazat. atau membelikannya ubat-ubatan roh yang boleh menguatkan tenaga rohnya yang tidak berm aya. Tetapi. kusut masai. Puasa adalah sebahagian daripada makanan roh yang amat lazat. kusut-masai. Manusia sering melupakan rohnya. Mereka hiasi tubuh-badan mereka dengan pakaian yang cantik dan mahal. ‘ulama berkata: “Bulan Rejab untuk membersihkan tubuh-badan. Oleh yang demikian.W. berapa ramai di kalangan manusia yang meng- ambil berat soal rohnya. Oleh demikian. bersabun. hakikat ke- manusiaannya hanya bergantung kepada roh dan jiwanya? Mereka biarkan roh mereka kurus kering. Begitulah perbandingan yang jelas tentang sikap ma- nusia yang hanya menjaga tubuhbadan lahirnya dengan segala makan minum yang lazat lagi berzat. sihat.

” Dalam hadith yang lain. baginda s. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan lafaz yang hampir sama. (2) Memulihkan Kesihatan Hikmah puasa yang seterusnya ialah memulihkan kesihatan tubuh badan zahir. serta ibadat pada malam lailatul-qadr mampu mengem- balikan kekuatan roh. 168 . bacaan ayat suci al-Qur’an.w. umat Islam lupa dan lalai. semenjak 14 kurun yang lampau telah bersabda: †’ËÂË«† ’ÕË« Ertinya: “Berpuasalah kamu. sembahyang terawih dan witir.w. Rasulullah s. bersabda: «†Â‰š†«»Ê†¬œÂ†ËŸ«¡†‘—«†Âʆ»•ÊÁ¨†»Õ”»†«Íʆ¬œÂ†š„͉«†Í‚ÂÊ ’‰»Á¨†·³Ê†„«Ê†‰«ÂÕ«‰…¨†·À‰À†‰•Ÿ«ÂÁ¨†ËÀ‰À†«‘—«»Á¨†ËÀ‰À ‰Ê·”ÁƱ Ertinya: “Tidak ada sesuatu bekas yang diisikan oleh anak Adam yang terlebih buruk daripada mengisi uncang perut- 1 Hadith riwayat at-Tirmizi. juga oleh Ibn Hibban dalam sohihnya.a. nescaya kamu akan sihat. dan beliau mengkategorikannya sebagai hadith hasan.PENGAJIAN ISLAM bersihkan hati. qiyaamullail dan I‘tikaf di masjid pada 10 malam terakhir. Sesungguhnya. gabungan ibadat puasa di siang hari. jika kita benar-benar menjadikan Ramadhan pesta ibadat yang beraneka ragam. Malangnya. Mereka hanya tahu menjadikan Ramadhan sebagai pesta kuih-muih dan beraneka sajian makanan.a. sementara bulan Ramadhan pula untuk membersihkan roh.

(3) Mengawal Perasaan Menahan Kemahuan Hawa Nafsu Suatu hikmat puasa yang tidak kurang pentingnya. Sebuah majalah perubatan barat pernah menyiarkan berita tentang 300 kes pesakit kencing manis telah dapat disembuhkan menerusi program berpuasa. ialah sebagai latihan diri dengan tarbiyyah mengawal perasaan dan menundukkan desakan kemahuan nafsu. Atau atau istilah yang lain. kegemukan. Jika dia tidak mampu.walaupun makanan itu adalah makanan kegemaran- nya yang paling lazat. Seorang Muslim tidak sanggup meminum air.W. Dia sanggup menahan kehausannya semata-mata kerana ketaatannya kepada Allah S. namun ilmu perubatan moden telah tampil di akhir zaman untuk membuktikan kebenaran kata-kata baginda itu. 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk na- fas. dan lain-lain.” Kata-kata Rasulullah s. Pakar perubatan telah mengiyakan kenyataan bahawa berpuasa adalah suatu cara terbaik untuk menjaga kesihatan. demi kerana taatkan Allah S.W. 169 . SubhaanalLah! Maha suci Engkau Ya Allah! Sebenarnya.w. puasa mampu me- nyembutkan berbagai-bagai jenis penyakit yang berpunca daripada makanan.a.T.ini adalah wahyu. maka hendaklah 1/3 untuk makanan. Mereka juga meng- iyakan bahawa makanan yang beraneka ragam adalah punca kebanyakan penyakit manusia. keta- gihan rokok. seperti darah tinggi. tidak ada orang yang melihat- nya.T. Seseorang Muslim yang berpuasa. dia sanggup tidak menjamah ma- kanan yang ada di hadapannya. berpantang. Baginda tidak menuturkannya mengikut selera hawa nafsu. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM nya. walau- pun ketika dia keseorangan. W alau- pun baginda tidak mempelajari ilmu perubatan dan kesi- hatan..

berfirman dalam hadith qudsi yang ber- bunyi: †„‰†ŸÂ‰†«»Ê†¬œÂ†‰Á†³‰«†«‰’ˆ·³ÊÁ†‰Í†ËšÊ«†šÃ“͆»Á Ertinya: “Semua amalan anak Adam adalah baginya. dan Akulah yang akan membalas- nya. walaupun dalam keadaan yang meng- giurkan. puasa adalah suatu latihan agung untuk menundukkan kemahuan hati.T.T.W. sedangkan dia mampu memuaskan nafsunya yang sedang meronta-ronta itu. Allah S.T. sanggup mengenepi- kan kemahuan syahwatnya dan menundukkan desakan nafsu seksnya. Allah S. Sesungguhnya menundukkan hawa nafsu adalah suatu perkara yang amat sukar. Oleh itu.PENGAJIAN ISLAM Demikian pula seorang Muslim. minum dan nafsu seks manusia.W.ber- f i rman Allah S. diketepi- kan dan ditundukkan semata-mata kerana taatkan Allah S. walaupun isterinya yang cantik jelita terba- ring di sebelahnya.W.W. menyediakan pahala yang amat besar kepada orang yang berpuasa. Ia adalah bagi-Ku. Semuanya ditinggalkan.kecuali oleh orang-orang yang beriman kepada Allah S. Seorang ahli psikologi Jerman telah menjalankan suatu kajian berhubung dengan kekuatan manusia untuk me- nahan diri daripada runtunan hawa nafsu dan menewaskan 170 . Kekuatan untuk menahan dan menunduk- kan runtunan haw a nafsu.W.” Apakah di sana ada suatu kuasa yang lebih besar yang mampu menundukkan nafsu makan.T. dalam keadaan yang dia mampu melakukan se- muanya itu dengan mudah? Sesungguhnya puasa adalah suatu kekuatan.T. Sebab itulah. mematahkan runtunan diri dan memaksa hawa nafsu agar tunduk menyerah kalah kepada undang-undang dan peraturan puasa. kecuali puasa.

Oleh itu.T. Kita umat Islam seringkali merasa seronok apabila orang bukan Islam yang membuat kajian tentang Islam dan memuji Islam. walaupun tanpa apa-apa pembuktian saintifik. Sepatutnya. Beliau akhirnya membuat keputusan ilmiah- nya dengan menyatakan. ma- nusia tidak akan mengingati nikmat makan minum kecuali 171 . Se- sungguhnya. bahawa puasa adalah satu-satunya cara terbaik dan paling mampu melatih manusia menun- dukkan nafsu dan kemahuan diri. kerana ia adalah garapan wahyu daripada Allah S. adalah yang terbaik dan paling cemerlang. Semua orang makan dan minum. melain- kan apabila ada kajian orang barat yang membuktikan kehe- batan Islam. Kita tidak tahu nikmat sihat yang kita nikmati sepanjang tahun. Manusia seringkali tidak dapat menilai sesuatu nikmat. tidak merasakan kehebatan Islam. (4) Mengingatkan Nikmat Makanan Dan Minuman Hikmah puasa yang seterusnya ialah mengingatkan nikmat makanan dan minuman serta nikmat kenyang. Kita kadang-kadang terlupa untuk bersyukur.terutamanya apabila nikmat itu datang selalu mencurah-curah pagi dan petang. Demikian juga nikmat makan minum. pagi petang. kitalah orang yang paling alpa dan lalai dalam melaksanakan ke- baikan Islam yang telah dibuktikan secara ilmiah itu. Dia hanya tahu akan nilai nikmat itu apabila nikmat itu sudah hilang. kita menganggap makan minum itu perkara biasa. Kita kadang-kadang. Namun dalam masa yang sama. tahu apa yang baik untuk manusia dan apa yang buruk untuk hamba-Nya. Sesungguhnya Allah S. Oleh kerana kita selalu makan.W. kita merasa yakin akan kehebatan Islam. kecuali apabila malam menjelma. Kita tidak menilai nikmat siang. walaupun sehari dua. semua ajaran dan anjuran yang dibawa oleh Islam.W.T. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM pujuk-rayunya. siang dan malam. dan lupa pula untuk bersyukur. kecuali semasa sakit.

Oleh kerana itu. Sebab itulah.w. walaupun seketul kuih.W. Suara perutnya yang sayu. (5) Mengingati Kesengsaraan Orang Miskin Seterusnya puasa mempunyai hikmah agar dengan kela- paran sepanjang hariyang dilalui oleh orang yang ber- puasa itu.W. nyanyian un- cang perutnya yang mendayu. membentangkan kepada baginda supaya lem- bah Makkah dijadikan emas. Allah S. Setengah orang tidak bersyukur jika makan minum ala kadar.a. manusia yang dibesarkan dalam sua- sana senang dan mewah. Nabi kita Muhammad s. walaupun sedikit. atau seteguk air. Apabila aku lapar.T.ini.T. apabila Allah S. aku akan merengek kepada-Mu dan mengingati-Mu.Agar dia akan terpanggil untuk sama-sama me- ngasihi orang fakir miskin yang masih melata di bumi Allah S. mensyari‘at puasa. dia akan mengingati kebesaran Tu- han yang menciptakan makanan dan minuman. Mereka terpanggil sedemikian. diharapkan menjadi daya panggilan untuk dia segera insaf tentang bagaimana orang- orang miskin hidup sepanjang tahun. bukan kerana khutbah yang berapi. semasa berpuasa. dia akan terasa betapa besarnya nikmat makanan. Kadang-kadang. atau ceramah agama. tanpa makanan yang cukup. atau pidato. dia dapat mengingati kesengsaraan orang-orang yang lapar. tetapi dia tersedar dari lamunan hidup mewahnya dengan berkat suara perutnya yang ‘bercerut dan menyanyi’ tatkala dia lapar berpuasa.W. dan apabila aku kenyang. dan lapar se- hari . Tetapi. aku akan men- syukuri-Mu dan memuji-muji-Mu. mereka menyangka semua manusia 172 .PENGAJIAN ISLAM apabila nikmat itu hilang. Dengan itu.T. agar kita dapat mensyukuri nikmat makanan dan minuman. Dia hanya mengucap al-hamdulillah dan bersyukur jika makan besar sahaja. baginda menjaw ab: “Tidak wahai Tuhanku! Biarlah aku kenyang sehari.

dia juga wajib berpuasa. dinukilkan di sini hadis yang meriwayatkan bahawa baginda s. Ketahuilah. sedangkan baginda memegang ja- watan Menteri Kewangan kerajaan Mesir purba. Lembutkanlah hati kita untuk sama-sama kita berkongsi kesusahan dan kepedihan mereka. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM macam dirinya. Ia adalah proses pembaikan sosial. seumpama angin yang lain.s. Sabda Rasulullah s. Apabila ditanya tentang hal itu. yang diberi pinjam sahaja. bahaw a harta kita adalah harta Allah S.W.adalah seorang manusia yang amat pemurah. kelaparan orang yang lapar. lupakan golongan fakir miskin.T.: «‰—«ÕÂËʆ͗ÕÂÁ†«‰—ÕÂʨ†«—ÕÂË«†·Í†«‰š—÷†Í—Õ„†Âʆ·Í «‰”¡ « Ertinya: “Orang-orang yang membelas-kasihan.W.di bulan puasa. Gunakanlah untuk membantu fakir miskin. akan 173 . yang tidak ada apa- apapun untuk dimakan.w.T. baginda menjawab: Aku takut jika aku kenyang.kesejukan orang yang tidak berpakaian tebal di negara berm usim sejuk.w. Orang kaya dan memiliki harta berbillion ringgit atau dollar wajib berpuasa. agar jangan ada orang kaya yang lupa daratan. diriwayatkan bahawa Nabi Yusuf a. yang kaya raya. tidak kira kaya atau miskin.Ia hanya milik sementara jua. terutamanya di bulan puasa ini. Marilah kita mengenang kesusahan orang yang susah. menjadikan puasa ini sebagai suatu cukai hidup kemasyarakatan yang adil.a. Oleh kerana itu.a. semuanya mesti membayar cukai ini. aku akan lupakan kelaparan orang-orang yang fakir dan miskin!. dan ke- m urahan baginda di bulan Ramadhan bertambah-tambah lagi. terlalu banyak berpuasa.w. Makan minum senang dan hidup senang. Jadi tepatlah Allah S. Orang miskin merempat. Untuk mengetahui bagai- manakah pemurahnya Rasulullah s.a.

5. • Penyuburan jiwa dan keperibadian fakir miskin. Kesianilah orang yang berada di muka bumi. Nabi bersabda: †Õ’ÊË«†šÂË«‰„†»«‰“„«… Ertinya: “Pertahankanlah (Bentengilah) harta-harta kamu dengan mengeluarkan zakat. 3. 174 .PENGAJIAN ISLAM dibelas kasihan oleh Tuhan yang bernama al-Rahman. Rahsia pembersihan. 2. • Perbersihan jiwa orang kaya daripada sifat kede- kut. Zakat sebagai cara mendekatkan jurang kekayaan dan kemiskinan. • Penyuburan jiwa oranga kaya. Pemeliharaan terhadap harta. • Zakat hak wajib orang kaya bukan sukarela • Hak fakir miskin • Hak masyarakat • Hak Allah S. Menyuburkan harta. Rahsia Zakat: 1. • Pembersihan harta itu sendiri . nescaya kamu akan dibelas-kesiani oleh orang yang berada di langit. perpecahan dan pertembungan.” Zakat • Zakat sebagai sistem inovatif Allah S.T. • Penyuburan harta itu sendiri .” 4. • Pembersihan jiwa fakir miskin daripada hasad dengki terhadap orang kaya. • Pembersihan masyarakat daripada faktor-faktor ke- hancuran.W. Mewujudkan masyarakat penyayang.T.W.

T. Hubungan muslim dengan Baitullah al-Haram dan pengasasnya b. Haji sebagai penjaga kekuatan ruh d. Kaabah lambang perpaduan umat c. Penyatuan Umat: • Penyatuan perasaan. Haji muktamar sedunia umat h. KONSEP IBADAH DALAM ISLAM Haji a. adalah amat benar sekali bahawa Islam adalah way of life atau cara hidup kerana kemampuan Islam menukarkan seluruh bentuk kegiatan kehidupan manusia menjadi ibadah atau kegiatan keagamaan. Dia hanya memerlukan niat dan pelaksanaannya yang tidak bertentangan dengan syarak untuk melayakkan setiap kegiatannya dianggap setiap ibadah. 175 . Haji sebagai latihan e. • Penyatuan syiar/lambang. • Penyatuan amal. • Penyatuan matlamat. Haji dan perniagaan . perpaduan Dan keamanan f g. • Haji muktamar sedunia umat PENUTUP Ibadah dalam kehidupan seorang Mukmin adalah kehidup- an keseluruhannya. Oleh kerana itu.W. kerana setiap kegiatan hariannya adalah dikira ibadah kepada Allah S. Persamaan. • Penyatuan perkataan.