You are on page 1of 41

TINGKAH LAKU

BERMASALAH
KONSEP TINGKAH LAKU BERMASALAH
Definisi:
Merupakan tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari
nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah.
Sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru mengganggu
kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Juga merujuk kepada sebarang tindakan yang menjurus
kepada tingkah laku agresif.

Mohd. Nazar Mohamad (1990)
Mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu
sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan
kehidupannya.

Tingkah laku bermasalah merangkumi:
(a) percakapan yang terlalu banyak
(b) percakapan yang tidak perlu
(c) bermain-main
(d) meninggalkan tempat duduk
(e) tidak membawa buku
(f) berkhayal
(g) percakapan kasar
(h) menangis dan berlawan
(i) mencuri dan menipu
(j) penggunaan dadah, alkohol dan senjata


Jenis-Jenis Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah Laku
Bermasalah Negatif
Tingkah Laku
Bermasalah Positif
Tingkah Laku

Bergantung Disruptif Distruktif

Tingkah Laku

ingin cepat pintar proaktif
tahu belajar cerdas



Tingkah laku murid yang sentiasa mengemukakan soalan dan
tidak berasa jemu untuk mencuba.

Tingkah laku ini menjadi masalah apabila mereka mengganggu
aktiviti pengajaran ataupun mencuba sesuatu yang membawa
kerosakan serta boleh membahayakan diri dan orang lain.

Murid-murid yang mempunyai bakat cepat belajar dapat
menguasai maklumat, kemahiran dan ilmu pengetahuan lebih
cepat daripada murid normal.

Tingkah laku ini menjadi masalah apabila mereka
mengganggu murid-murid yang lain semasa mengajar.


Murid pintar cerdas biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Darjah kecerdasan IQ yang tinggi
ii. Bakat membaca dan mencipta
iii. Pemikiran kreatif dan bertindak pantas
iv. Berbakat dalam satu atau beberapa jenis keseniaan
v. Sifat ingin tahu dan persepsi yang kuat
vi. Motivasi yang tinggi dan suka mengambil tindakan sendiri
vii. Mempunyai perasaan afektif dan sensitiviti yang tinggi

Murid-murid pintar cerdas menjadi masalah apabila mereka
mencuba sesuatu yang berbahaya, merasa bosan dan
mengganggu pelajaran dalam bilik darjah, sombong dan
memandang rendah pada murid lain, mencabar kewibawaan
guru atau melakukan sesuatu di luar jangkaan



Murid-murid yang proaktif mempunyai sifat yakin diri, asertif
dan suka bertindak atau mengambil inisiatif sendiri.

Murid-murid proaktif menjadi masalah apabila mereka terlalu
yakin diri sehingga melakukan sesuatu yang berbahaya, tidak
dengar nasihat guru atau bertindak dahulu tanpa mengikuti
arahan atau tunjuk ajar guru.


Boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
(i) Tingkah Laku Disruptif (mengganggu)
(ii) Tingkah Laku Bergantung (menghalang)
(iii) Tingkah Laku Distruktif (anti sosial)


(i) Tingkah Laku Disruptif

Definisi:
Sebarang tingkah laku yang dapat menjejaskan kelicinan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku disruptif bukan sahaja membahayakan diri tetapi
juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang
hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan akibatnya.

Jenis-jenis tingkah laku disruptif ialah:
(a) hiperaktif
(b) suka membuat bising
(c) pergerakan yang tidak perlu
(d) mengganggu orang lain
(e) tumbuk menumbuk
(f) ketawa dengan kuat

Punca tingkah laku bermasalah hiperaktif ialah kecederaan
otak, makanan awet dan salisilat. (Feingold, 1976)

Kesan-kesan masalah hiperaktif kepada murid-murid ialah:
(a) konsep kendiri yang rendah
(b) tidak dapat belajar secara optima
(c) penerimaan soaial yang rendah
(d) tahap kesabaran yang rendah
(e) selalu berasa keseorangan

(ii) Tingkah Laku Bergantung
Definisi:
Merujuk kepada keadaan seseorang itu bergantung kepada
orang lain, sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan
sesuatu tugasan atau membuat satu-satu keputusan.
Merujuk kepada murid-murid yang mempunyai masalah untuk
berdikari, selalu bimbang dan yang selalu menarik diri
daripada sebarang aktiviti akademik dan ko-kurikulum.



Tingkah laku bergantung merupakan kelakuan yang
membahayakan diri sahaja dan tidak mengganggu pelajar
yang lain.
Jenis-jenis tingkah laku bergantung ialah:
(a) Pengunduran Diri
(b) Kebimbangan
(c) Pergantungan Berlebihan

(a) Pengunduran Diri
Di mana seseorang individu selalu menarik diri daripada
situasi-situasi yang kurang selamat / mengancam.
Murid-murid akan menunjukkan ciri-ciri seperti:
Tidak mahu menjawab soalan guru
Tidak mahu melibatkan diri dalam permainan atau aktiviti
ko-kurikulum.
Akibatnya, murid-murid menjadi tidak yakin dan tidak dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.


Pengunduran Diri (samb.)
Pelajar yang menghadapi masalah penyesuaian emosi
dan sosial dalam situasi baru hingga membina tingkah
laku helah bela demi mengelakkan diri.
Tingkah laku jenis ini juga dikenali sebagai pengasingan
diri.

(b) Kebimbangan
Wujud kerana murid-murid mempunyai perasaan kurang
senang atau takut sebab berimaginasi bahawa sesuatu
yang tidak diingini akan berlaku.
Mereka kurang berkeyakinan diri hingga rasa takut
menyertai aktiviti pembelajaran.





Mereka biasanya menunjukkan perasaan bimbang
semasa menghadapi sesuatu situasi yang baru atau
sukar diramal.
Misalnya masalah baru, pelajar dan guru baru atau
kemasukan bilik darjah yang baru.

(c) Pergantungan Berlebihan
Merujuk kepada seseorang individu yang berharap
kepada orang lain untuk membuat kerjanya serta
menyelesaikan semua masalah yang dia hadapi.
Individu seperti ini mudah mengikut percakapan orang
lain dan dengan itu mudah dipengaruhi.



(iii) Tingkah Laku Distruktif

Juga dikenali sebagai tingkah laku merosakkan, biasa berlaku
di kalangan murid-murid yang berumur 10 hingga 14 tahun.
Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang amat
membahaya kerana ia bukan sahaja melakukan aktiviti
jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang dan
kemudahan-kemudahan sekolah.

Tingkah laku distruktif terdiri daripada masalah-masalah
berikut:
(a) permusuhan nyata
(b) vandalisme (merosakkan harta benda)
(c) kumpulan liar / geng
(d) mengugut guru
(e) menconteng dan mencakar kereta / motosikal

CARA-CARA MENGENALPASTI MURID-MURID
YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU
1. Jenis Ujian - (Ujian Psikologi, Ujian Diagnostik)
2. Jenis Bukan Ujian (Pemerhatian, Temubual)
3. Kajian (Kajian Rentasan, Membujur, Kes, Dokumen)

1. Jenis Ujian
Ujian Psikologi
Digunakan untuk menganalisis semua tingkah laku
bermasalah yang berlaku di dalam bilik darjah dengan
lebih terperinci.

Perlu mendefinisikan tingkah laku bermasalah yang
mengakibatkan masalah kelakuan atau akademik.


Ujian ini boleh diadakan dalam bentuk soal-selidik, skala
motivasi atau senarai semak untuk membuat penilaian serta
penganalisisan tingkah laku bermasalah murid secara
sistematik.
Ahli psikologi atau kaunselor sekolah yang akan menjalankan
ujian psikologi ini.

Ujian Diagnostik
Digunakan untuk mengesan punca kelemahan atau
masalah penguasaan kemahiran pembelajaran pelajar.
Ujian ini boleh ditadbir dalam bentuk soal-selidik, skala
motivasi atau senarai semak.
Keputusan ujian ini adalah penting bagi guru merancang
aktiviti pemulihan.

2. Jenis Bukan Ujian
Pemerhatian
Ditakrifkan sebagai satu kaedah mengumpul data tanpa
melibatkan komunikasi secara langsung dengan responden.

Boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri perkembangan
pelajar dalam bidang afektif dan psikomotor terutama dalam
mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik dan
Pendidikan Jasmani.
Tingkah laku pelajar diperhatikan semasa di dalam dan di luar
bilik darjah.
Guru boleh membuat pemerhatian terus ke atas murid yang
menunjukkan tingkah laku bermasalah dan mengumpul data
secara sistematik mengenai salah laku tersebut.
Jenis alat pemerhatian yang biasa digunakan untuk merekod
prestasi pelajar melalui aktiviti pemerhatian ialah senarai
semak dan skala kadar.

Senarai semak dadah digunakan untuk mengenal pasti ciri-
ciri tingkah laku pelajar yang ada atau tidak ada.
Dalam senarai ini, ciri-ciri tingkah laku pelajar hendaklah
dinyatakan dengan mudah dan jelas serta disusun mengikut
tertib.
Skala kadar - merekodkan tingkah laku pelajar yang telah
diperhatikan dan menunjukkan darjah pencapaian tingkah
laku yang ditunjukkan oleh pelajar yang berkenaan.


Misalnya, darjah pencapaian dinyatakan dengan 5-mata, iaitu:
(1) amat buruk
(2) buruk
(3) sederhana
(4) baik
(5) terbaik

Alat skala kadar hendaklah mengandungi ciri-ciri tingkah laku
yang utama serta disusun mengikut tertib.
Darjah pencapaian 5-mata dicatatkan di sebelah setiap ciri
tingkah laku yang hendak dinilai.


Temubual
Temubual ialah satu situasi yang mana penemubual akan
bertanya soalan pada seorang atau lebih responden secara
bersemuka.
Biasanya, satu siri penyoalan dan perbincangan dijalankan
antara guru bimbingan /guru biasa dengan murid bermasalah,
ibu bapa/penjaga, rakan sebaya dan pihak lain untuk
mendapatkan pelbagai maklumat.

Misalnya, soal-selidik melalui teknik temu bual untuk
mendapat maklumat pelajar seperti butir-butir diri, keluarga,
kediaman,kesihatan, masa belajar, minat, hobi, rancangan
masa depan, aktiviti kokurikulum, aktiviti luar sekolah,
pencapaian istimewa dan cara menggunakan masa lapang.

Teknik menjalankan temu bual:
1. Tentukan tujuan dan objektif temu bual
2. Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi
3. Tentukan soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam
masa temu bual, dan sediakannya secara bertulis serta
bersistematik
4. Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual
5. Menjalinkan hubungan mesra dan rasa keyakinan dengan
bermula soalan-soalan sosial sebelum mengemukakan
soalan-soalan mencungkil maklumat-maklumat pelajar
6. Merekod isi penting daripada jawapan-jawapan responden
8. Menganalisis dan mentafsir data yang diperoleh selepas
temu bual
9. Menyediakan laporan atau rekod berdasarkan tafsiran data
10. Menyimpan maklumat dalam fail untuk digunakan sebagai
kajian dokumen pada masa kelak

3. Kajian
Kajian Kes
Merupakan sejenis kajian untuk mengkaji satu kelompok yang
kecil secara mendalam.
Maklumat yang dikumpulkan mungkin mengenai seseorang
individu, organisasi, situasi di mana tingkah laku yang tidak
dijangka atau tidak jelas dijadikan sebagai fokus kajian.


Seseorang yang mempunyai tingkah laku bermasalah yang
serius akan diperhatikan untuk satu tempoh masa yang lama
supaya guru dapat satu gambaran yang tepat dan
menyeluruh mengenai murid tersebut.
Kelemahan: mengambil masa yang panjang.
Biasanya dilakukan oleh guru bimbingan atau ahli psikologi
sekolah perlu menjalankannya.

Kajian Dokumen
Analisis yang dibuat oleh guru terhadap sesuatu tingkah laku
bermasalah murid berdasarkan dokumen-dokumen yang
telah dikumpulkan mengenai murid-murid yang biasa
menunjukkan salah laku di sekolah.
Bailey (1978) membahagikan dokumen kajian kepada
dokumen utama dan dokumen sekunder.
Dokumen utama autobiografi pelajar, anekdot dan kad
kumulatif.
Dokumen sekunder ialah biografi pelajar, laporan guru dan
senarai semak.

Kajian Rentasan
Kajian adalah berdasarkan kepada sekali pemerhatian sahaja
pada ketika itu pengumpulan data tidak diulang pada masa
yang lain untuk responden yang sama.
Guru akan mengkaji murid-murid bermasalah untuk mendapat
maklumat terperinci mengenai perubahan pada peringkat-
peringkat umur yang tertentu.

Contohnya, guru mengambil sampel kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku bermasalah daripada peringkat umur
yang berlainan untuk dikaji.
Perubahan-perubahan dalam tingkah laku bermasalah diukur
dengan membandingkan perlakuan murid-murid dari satu
peringkat umur ke peringkat umur yang lain.
Kajian rentasan adalah ringkas, menjimatkan dan dilakukan
sekali sahaja tanpa diulangkan pada yang masa yang lain.

Kajian Membujur
Murid yang bermasalah diperhatikan untuk jangka masa
yang panjang oleh guru untuk menilai semua perubahan
tingkah lakunya.
Kajian ini memakan masa yang panjang dan memerlukan
perbelanjaan yang banyak.

Contohnya, objektif kajian untuk mengenal pasti
keberkesanan program pemulihan dadah di pusat serenti.

Pada fasa pertama, sekumpulan 50 orang penagih dadah
sebagai respoden yang baru masuk ke pusat serenti itu.
Mereka diberikan soal selidik yang berkaitan dengan
personaliti dan kawalan diri.

Pada fasa kedua, 50 orang responden penagih yang sama itu
diberikan soal-selidik selepas 4 bulan berada di pusat serenti.

Pada fasa ketiga, kumpulan responden penagih yang sama
akan sekali diberikan soal selidik selepas 3 bulan
meninggalkan pusat serenti.

Daripada maklumat yang dikumpul, penyelidik akan dapat
merumuskan tentang perubahan pada personaliti dan aspek
kawalan kendiri semasa responden berada di pusat
berkenaan.

Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah
Pengertian:
Satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat
yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik / kaedah-kaedah
yang sesuai.

Proses:
Pertama sekali :
guru harus mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang
ditunjukkan oleh seseorang murid.

Selepas itu ;
guru harus menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang
harus ditunjukkan oleh murid tersebut.

Proses selepas itu :
guru akan menggunakan
pelbagai teknik modifikasi tingkah laku
sehingga tingkah laku yang salah itu
diperbaiki atau dibetulkan.

Akhir sekali :
guru mesti terus memodifikasikan tingkah laku sehingga murid
tidak mengharapkan lagi ganjaran ekstrinsik (luaran)
dan menunjukkan tingkah laku yang betul
kerana motivasi intrinsiknya (dalaman).

Objektif:
(i) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini
(ii) Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak
diingini

(i) Pengekalan dan peningkatan tingkah laku
yang diingini
Guru harus memikirkan strategi-strategi dengan menawarkan
contoh-contoh seperti ganjaran berikut:
(a) pemenang pingat mingguan
(b) memberikan pingat
(c) membuat carta bintang
(d) memberikan pujian

Guru yang berkemahiran selalu menggunakan ganjaran yang
berkesan dan tepat untuk memotivasikan murid-murid
mereka.

Ganjaran ini boeh diberikan dalam bentuk hadiah materialistik
atau dalam bentuk penerimaan sosial di dalam bilik darjah.

Guru boleh memberikan kata-kata pujian seperti:
(a) Saya sukakan cara anda berkerja
dalam aktiviti kumpulan
(b) Sangat bagus, itu adalah satu soalan
yang baik

Jika kata pujian tidak berkesan, guru boleh menggunakan
ganjaran berbentuk hadiah.

Hadiah yang ditawarkan oleh guru boleh dirunding bersama-
sama dengan murid

Guru mesti selalu memberi pujian bersama dengan sesuatu
hadiah sehingga murid hanya ingin menerima pujian sahaja.

Jika modifikasi tingkah laku berjaya, murid dapat
menyesuaikan diri dan berfungsi dalam bilik darjah tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran esktrinsik.

Pengurusan Tingkah Laku (samb.)
(ii) Pengurangan dan Pelupusan
Tingkah Laku Yang Tidak Diingini
Jika guru gagal mengawal tingkah laku murid dengan
menggunakan peneguhan positif, dia perlu menggunakan
peneguhan negatif dalam bentuk denda atau hukuman untuk
mengurangkan dan melupuskan tingkah laku yang tidak
diingini.

Denda ialah satu pengalaman negatif yang diberikan kepada
murid-murid yang bermasalah dengan tujuan untuk
mengurangkan kadar sesuatu salah laku.
Ia boleh diberikan dalam bentuk berikut:
(a) kritikan
(b) amaran
(c) kerja tambahan
Jika salah laku murid sangat merbahaya,
hukuman merotan adalah perlu untuk mengikis
tingkah laku ini secepat mungkin.

Walaupun demikian, kesan peneguhan negatif
akan menyebabkan murid-murid membencikan
sekolah dan mungkin menyebabkan mereka
menarik diri daripada memberikan kerjasama
kepada pihak sekolah.


Teknik modifikasi tingkah laku
suatu pendekatan sistematik untuk mengubah tingkah laku.

Terdapat 12 teknik yang sesuai untuk pelaksanaan program
modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah.

1. Peneguhan (reinforcement)
Apa yang dimaksudkan peneguhan?
Stimuli (melalui Skinner)
Peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif
Rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian
sesuatu tingkah laku itu akan berlaku.

Berfungsi sebagai ganjaran atau pujian yang mendorongkan
individu berulang-ulang gerak balas responden tersebut.
Peneguhan negatif
Rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan
tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu
tingkah laku itu akan berlaku.

Organisme kemungkinan mengulang tingkah laku yang dapat
mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.

Contoh 1:
Guru menghalau seorang murid yang membuat bising dari
kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain
supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa
gangguan.

Contoh 2:
GURU : Apakah pecahan separa, Ali?
Ali : (Tidak menjawab)
GURU : Ali mungkin sudah lupa bercakap.

2. Denda (punishment)
Rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu
gerak balas atau tingkah laku yang terhasil berkurangkan
atau langsung dihapuskan.

Contoh 1:
Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain
bola
(iaitu, menghentikan keseronokkan).

Contoh 2:
Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-
setengah kemahiran matematik.
(mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap
pembelajaran matematik)

3. Reverse psychology
Menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku
negatif kepada positif.

Tujuan: menginsafkan murid melepaskan sikap negatif dan
memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang
diingini.

Contoh:
Guru boleh merangsangkan dengan menyatakan

Cikgu rasa kamu tidak boleh menyiapkan tugasan ini dalam
masa 30 saat.
bagi murid yang suka bertanding, mereka akan berusaha
untuk membuktikan bahawa guru itu yang salah.

4. Shaping
Merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini
melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur
dekat kepada tindak balas yang diharapkan.

Teknik ini digunakan apabila murid yang berkenaan tidak
melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini.

Contoh 1:
Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi
pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya (peer approval)
memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila
pelajar-pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau
melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas.
Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika
tiada siapa dalam kelas ketawa apabila dia berjenaka
5. Token Economy
Satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh
simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh
yang sebenar diidamkan.

Contohnya, gunakan sistem merit dalam pengajaran. Poin
merit (token) digunakan dan dikumpulkan boleh ditukar
kepada benda yang diingini.


6. Kontak (lisan dan bertulis)
Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani
kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk
memodifikasikan tingkah laku negaif kepada positif.

Contohnya, kontrak boleh dibuat secara formal di hadapan
orang sanjungannya.

7. Time-out
Dalam time-out ini, jika murid-murid tidak mengawal diri,
mereka akan dikeluarkan dari bilik darjah dan dibiarkan dalam
bilik kecil yang berdekatan atau di mana-mana sudut bilik
darjah.

Contohnya, Jika murid tidak menyiapkan kerja rumahnya, dia
boleh didenda dengan teknik time out.

8. Modeling
Modifikasi tingkah laku yang melalui permodelan ini merujuk
kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang
model yang disanjungi dan secara tidak langsung megubah
tingkah lakunya.


9. Kawalan Kendiri
Langkah-langkah memodifikasikan tingkah laku melalui
kawalan kendiri adalah dihuraikan secara ringkas seperti
berikut:

1. Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan.
2. Mengumpulkan data:
- Mengenal pasti teknik kawalan
- Menentukan respons peringkat awal
- Mengenal pasti akibat kawalan
3. Merancang program tindakan
- Memilih strategi untuk menambah (atau mengurangkan)
kekuatan respons
4. Implement dan menilai program.
5. Penutup: menamatkan program.
10. Pengurusan Kendiri
Dalam mengaplikasi teknik ini, guru mesti memodelkan sesuatu
jenis tingkah laku positif dan menerangkan secara eksplisit
langkah-langkah yang harus ditunjukkan oleh murid-murid dalam
mengikuti tingkah laku tersebut.

11. Peneguhan Kendiri
Selepas itu, semua arahan yang diberikan oleh guru mesti
disebutkan semula oleh murid-murid supaya mereka betul-betul
memahami arahan guru.

Fokusnya ialah supaya murid boleh mengikut dan memodelkan
sesuatu tingkah laku dengan baik tanpa bantuan guru.
12. Pengasingan
Satu teknik di mana murid-murid disuruh keluar daripada bilik
darjah atau dimasukkan dalam kelas detensi untuk menjalani
hukuman yang ditetapkan oleh guru.

Teknik ini sesuai apabila murid tidak menunjukkan tingkah laku
yang positif walaupun diingati oleh cikgu beberapa kali.


IMPLIKASI PENGURUSAN TINGKAH LAKU KE ATAS
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Implikasi daripada mengimplementasikan program
memodifikasikan tingkah laku ialah program ini dapat
membawa peningkatan dalam pencapaian akademik,
kompetensi (kuasa) sosial dan iklim sekolah yang lebih
kondusif.

Selain itu, motivasi intrinsik murid-murid juga dapat
dipertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi
ganjaran kebendaan untuk menunjukkan tingkah laku yang
positif.

Tindakan guru yang munasabah bukan sahaja akan
mengurangkan tingkah laku negatif malahan keberkesanan
pengajarn guru dan pembelajaran murid akan terus
meningkat.

Murid yang dibantu mengendalikan kebimbangan dan
kemurungan akan dapat menikmati hidup yang lebih bahagia
dan dengan itu dapat meningkatkan prestasi akademik
mereka.

Pelajar yang mengalami pengunduran diri dan pengasingan
diri akan mula membina kemahiran sosialisasi serta
kemahiran berkomunikasi dengan adanya bantuan guru.

Ini dapat membantu pelajar berkenan menjalin hubungan
dengan lebih ramai rakan dan seterusnya meningkatkan
harga diri dan keyakinan diri mereka.

Mereka juga akan bertambah sihat dari segi sosioemosi dan
daya usaha mereka juga akan meningkat.