PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 308 – 318

ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),
Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,
Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011
Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor Pembuatan di
Malaysia

High Skilled Workers and Productivity in Manufacturing Sector in Malaysia

Mohd Shalemy Long Ahmad
E-mail: mshalemy@yahoo.com

Ishak Yussof
Noorasiah Sulaiman
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia


ABSTRAK

Peningkatan dan pengukuhan produktiviti pekerja merupakan antara pendekatan yang boleh diambil
bagi memesatkan pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia. Ini kerana peningkatan produktiviti
pekerja membolehkan lebih banyak output dapat dihasilkan dengan menggunakan jumlah input buruh
yang sama. Teori modal manusia menjelaskan bahawa modal manusia seperti tahap pendidikan dan
kemahiran mempunyai hubungan langsung dengan produktiviti pekerja. Sehubungan itu, kertas kerja
ini melihat kepada pengaruh guna tenaga berkemahiran tinggi terhadap produktiviti buruh sektor
pembuatan serta tiga sub industri iaitu elektrik dan eletronik, berasaskan petroleum dan berasaskan
minyak kelapa sawit. Sub industri yang dikaji ini dijangka mendapat impak positif daripada pengenalan
Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Dalam konteks
kajian, guna tenaga berkemahiran tinggi adalah merujuk kepada pekerja kategori pengurusan dan
profesional serta teknikal dan penyeliaan. Dengan menggunakan fungsi pengeluaran Cobb-Douglas,
dapatan kajian membuktikan bahawa modal manusia menyumbang kepada produktiviti sektor
pembuatan namun terhad kepada kategori pekerjaan pengurusan dan profesional sahaja. Manakala
kategori pekerjaan teknikal dan penyeliaan tidak signifikan dan mempunyai pengaruh negatif terhadap
produktiviti sektor pembuatan dan sub industri yang dikaji. Selain itu, intensiti modal juga berperanan
penting dalam mempengaruhi produktiviti sektor pembuatan dan tiga industri yang dikaji.
Katakunci: Pembangunan, modal manusia, pembuatan, produktiviti buruh


ABSTRACT

The manufacturing sector in Malaysia can experience exponential growth if they are able to increase
and strengthen its labour productivity. Improvement in labour productivity would allow more output to
be generated with the same amount of input. Human capital theory noted direct relationship between
level of education and skills with labour productivity. Therefore, this working paper will focus on the
impact of highly skilled labour towards labour productivity of the manufacturing sector particularly in
three sub-industries, namely electrical and electronics, petroleum based and palm oil based industries.
These sub-industries are expected to gain positive impact from the introduction of Economic
Transformation Program (ETP) and National Key Result Area (NKEA). In this research context, high
skilled labour refers to workers in the categories of management and professional ,and technical and
supervisory level. Cobb-Douglas production function was used in this study, and the findings show
that human capital contributed to productivity of the manufacturing sector. However, this is only
evident in employees in the management and professional category. On the other hand, employees in
the technical and supervisory level have insignificant and negative relationship with the productivity of
the manufacturing sector and the sub-industries studied. The study also found that capital intensity is
crucial in increasing the productivity of the manufacturing sector and the three sub-industries.
Keywords: Development, human capital, manufacturing, productivity





Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 309

PENGENALAN

Pertumbuhan sektor pembuatan yang pesat dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi sesebuah
negara memandangkan sektor ini penting sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK), peluang pekerjaan dan tukaran asing. Sehubungan itu, membangun dan memastikan
pertumbuhan berterusan sektor pembuatan merupakan antara agenda utama kepada Malaysia. Salah
satu pendekatan yang boleh diambil bagi memesatkan pertumbuhan sektor ini adalah melalui
peningkatan produktiviti pekerja. Ini kerana peningkatan produktiviti pekerja membolehkan lebih
banyak output dapat dihasilkan dengan menggunakan jumlah input buruh yang sama. Sahar (2002),
menjelaskan bahawa produktiviti buruh yang tinggi dalam sektor pembuatan dapat membantu
pertumbuhan dan pembangunan berterusan ekonomi sesebuah negara. Selain itu, negara yang telah
mencapai tahap kemajuan yang tinggi turut mempunyai produktiviti pekerja yang juga tinggi seperti
Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman. Tahap produktiviti di Amerika Syarikat pada 2009 ialah
USD77,828, Jepun USD77,640 dan Jerman USD49,517 berbanding hanya USD12,793 bagi Malaysia
dan USD4,596 di Thailand (MPC 2010).
Sebagaimana yang dicadangkan oleh Becker (1964) dan Mincer (1974) yang dipetik daripada
Corvers (1997) modal manusia iaitu tahap pendidikan mempunyai hubungan langsung dengan
produktiviti pekerja dan seterusnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Lantas, strategi
Malaysia untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi adalah dengan melahirkan lebih ramai tenaga
kerja berpendidikan dan berkemahiran tinggi terutama dalam bidang sains dan teknologi melalui
pembangunan sumber manusia. Keadaan ini dapat dilihat melalui peningkatan enrolmen pelajar di
insitut pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini pada setiap tahun. Pada 2005, enrolmen pelajar
diperingkat pengajian tinggi adalah seramai 731,698 orang dan jumlah enrolmen ini meningkat kepada
1,026,553 orang pada 2009. Selain itu, Malaysia turut menghantar pelajar ke luar negara bagi
meningkatkan bilangan pekerja berpendidikan tinggi dalam negara terutamanya dalam bidang-bidang
kritikal. Rahmah (2010), telah merumuskan bahawa buruh efektif memainkan peranan positif dalam
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun sumbangannya lebih kecil daripada
faktor jumlah buruh. Bilangan pekerja berpendidikan tinggi yang ramai juga memudahkan pengenalan
dan adaptasi teknologi moden dalam kegiatan ekonomi. Keadaan ini dapat mempercepatkan
pembangunan yang dipacu oleh ekonomi berasaskan pengetahuan. Ark et al. (2008) yang membuat
perbandingan produktiviti antara Amerika Syarikat dan Eropah mendapati bahawa pertumbuhan
produktiviti yang perlahan di Eropah berbanding di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh
transformasi yang perlahan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
Proses transformasi sektor pembuatan di Malaysia daripada sektor yang berintensifkan buruh
kepada penggunaan teknologi moden dan berasaskan pengetahuan turut berlaku. Keadaan ini dapat
dilihat melalui peningkatan bilangan industri berteknologi tinggi dalam negara serta usaha bagi
meningkatkan penggunaan teknologi moden dan pengetahuan oleh firma-firma tempatan. Perubahan
daripada industri berintensif buruh kepada profail industri yang lebih moden memerlukan sokongan
modal manusia berpendidikan tinggi yang mencukupi. Ini kerana pekerja yang berpendidikan tinggi
mempunyai tingkat kemahiran yang juga tinggi. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan adalah didapati bahawa bilangan pekerja berkemahiran tinggi iaitu dalam kategori
pekerjaan pengurusan dan profesional serta teknikal dan penyeliaan dalam sektor pembuatan di
Malaysia meningkat setiap tahun. Pekerja dalam kedua-dua kategori pekerjaan ini secara umumnya
mempunyai tahap kelulusan daripada peringkat sijil hingga di peringkat doktor falsafah. Seramai
347,556 pekerja dengan kemahiran tinggi berkhidmat dalam sektor pembuatan pada 2008 berbanding
hanya 63,790 pekerja pada 1985.
Walaupun terdapat peningkatan bilangan pekerja berkemahiran tinggi dalam sektor
pembuatan, peratusan tenaga kerja kategori ini masih rendah berbanding jumlah keseluruhan tenaga
kerja sektor pembuatan. Sebagai contoh, pada tahun 2008 hanya 19.62 peratus daripada keseluruhan
gunatenaga sektor pembuatan terdiri daripada pekerja berkemahiran tinggi. Peratusan pekerja
berkemahiran tinggi berbanding jumlah gunatenaga sektor pembuatan pada 1985 ialah 13.39 peratus
dan 13.91 peratus pada 1995. Sehubungan itu, objektif utama kertas kerja ini adalah mengkaji
sejauhmanakah bilangan pekerja berkemahiran tinggi dapat mempengaruhi produktiviti buruh sektor
pembuatan di Malaysia. Kajian ini juga akan meliputi tiga sub industri iaitu elektrik dan elektronik,
petroleum dan minyak kelapa sawit iaitu industri yang dijangka mendapat impak positif kesan
pengenalan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).




310 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

TINJAUAN SEKTOR PEMBUATAN DI MALAYSIA

Pembangunan sektor pembuatan secara terancang di Malaysia bermula selepas kemerdekaan negara
dengan tumpuan strategi kepada perindustrian penggantian import. Sektor ini ditekankan bagi
mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara yang ketika itu masih kuat bergantung kepada sektor
pertanian dan pelombongan khususnya kepada tanaman getah dan bijih timah. Pengenalan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 iaitu dengan matlamat bagi mengurangkan jurang pendapatan antara
kaum dan kemiskinan, telah mengenalpasti sektor pembuatan antara pemangkin utama dalam
menjayakan dasar ini. Tumpuan strategi adalah difokuskan kepada aktiviti pembuatan berorientasikan
eksport bagi menjana pendapatan negara. Namun sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK negara
masih kecil iaitu disekitar 18 peratus pada penghujung 1970an. Fasa pembangunan industri berat dan
berteknologi tinggi di negara ini bermula dengan penubuhan HICOM pada 1980 dan pengenalan dasar
perindustrian negara. Dalam menjayakan matlamat ini, Kerajaan telah memainkan peranan secara
langsung dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri berat memandangkan
kekangan yang dihadapi oleh sektor swasta dalam menampung pelaburan modal yang tinggi. Strategi
yang dilaksanakan ini juga bersifat penggantian import tetapi lebih ditumpukan kepada keluaran
bernilai tinggi seperti kereta, keluli dan simen.
Walaupun pada keseluruhannya sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara
semakin meningkat kesan namun kelemahan struktur masih wujud di dalam sektor ini. Asas sektor
pembuatan masih lagi sempit dengan sebahagian besar kegiatan pembuatan tertumpu kepada
pengeluaran barangan-barangan elektrik dan elektronik, tekstil, jentera asas dan peralatan
perhubungan. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia juga terlalu bergantung kepada
industri tertentu seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Kebanyakkan industri juga mempunyai
nilai ditambah yang rendah kerana kebanyakkannya menumpukan kepada aktiviti pemasangan. Untuk
memperbaiki keadaan ini Pelan Induk Perindustrian (PPI I) telah dilancarkan pada 1986. Antara
strategi yang ditekankan bagi menjayakan PIP I ialah melalui pembangunan industri kecil dan
sederhana, peralihan kepada penggunaan teknologi tinggi dan pembangunan modal manusia
berkemahiran. Kesan daripada pelaksanaan PIP ini membolehkan sektor pembuatan berkembang
dengan pesat dengan Malaysia tersenarai antara salah sebuah negara perindustrian baru dan tergolong
dalam negara-negara East Asian Miracle (World Bank 1993).
Perancangan pembangunan perindustrian di Malaysia bersifat dinamik dan penambahbaikan
terhadap dasar perindustrian dilakukan sesuai dengan perubahan semasa. Ini dijelaskan dengan dasar
dan startegi baru seperti PIP 2 yang dilancarkan pada 1996 dengan objektif utama bagi meningkatkan
produktiviti, mewujudkan rantaian antara industri, penggunaan teknologi maklumat, penyelidikan dan
pembangunan dan melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan. Namun demikian, krisis kewangan
Asia Tenggara pada 1997-1998 telah menjejaskan pertumbuhan sektor perindustrian negara.
Pertumbuhan sektor pembuatan pada tahun 1997 dan 1998 merosot kesan daripada krisis kewangan ini
dimana pada tahun 1998, output sektor telah menurun sebanyak 13.4 peratus (Malaysia 2001).
Kerajaan seterusnya mengetengahkan PIP 3 yang merupakan strategi jangka panjang sektor pembuatan
untuk tempoh 2006 sehingga 2020 khususnya dalam mengharungi cabaran globalisasi dan liberalisasi
ekonomi.
Pengaruh sektor pembuatan terhadap ekonomi negara semakin meningkat kesan daripada
perancangan yang telah dilaksanakan. Keadaan ini dapat dilihat melalui peningkatan sumbangan
sektor pembuatan kepada KDNK negara. Pada 1970, sektor pembuatan menyumbang sebanyak 12
peratus kepada KDNK negara iaitu sektor ketiga terbesar selepas sektor perkhidmatan (38 peratus) dan
sektor pertanian (27 peratus). Pada 1990, kesan daripada strategi yang dilaksanakan di bawah PIP 1,
sektor pembuatan mencatatkan nilai keluaran RM28.847 bilion. Pertumbuhan pesat sektor pembuatan
membolehkan sektor ini meningkatkan sumbangannya kepada KDNK negara iaitu dengan kadar 26
peratus pada tahun tersebut. Kepentingan sektor pembuatan kepada ekonomi dapat dilihat melalui
peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian. Nilai
pengeluaran sektor pembuatan pada tahun 2009 ialah RM138.809 bilion dengan sumbangan kepada
KDNK dicatatkan pada kadar 27 peratus berbanding hanya 8 peratus sumbangan sektor pertanian.
Kebergantungan negara terhadap industri elektrik dan elektronik dalam menjana pendapatan
eksport adalah begitu ketara jika dilihat kepada bahagian industri ini kepada jumlah eksport sektor
pembuatan. Nilai eksport barangan elektrik dan elektronik adalah mewakili 53 peratus daripada
keseluruhan eksport bagi tahun 2009. Eksport barangan berasaskan petroleum menyumbang 5.8 peratus
kepada jumlah eksport manakala eksport barangan makanan,minuman dan tembakau mewakili 4
peratus. Kumpulan barangan kimia,produk kimia dan plastik merupakan eksport barangan pembuatan
kedua terpenting dengan sumbangan eksport 22 peratus. Sektor pembuatan juga penting dalam
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 311

menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Pada tahun 2009 seramai 3.209 juta guna tenaga
bekerja dalam sektor ini iaitu mewakili 28 peratus daripada keseluruhan guna tenaga.
Merujuk kepada Jadual 1, produktiviti pekerja sektor pembuatan secara keseluruhannya
meningkat dalam tempoh masa kajian daripada tahun 1985 hingga 2008. Pada 1985, jumlah pekerja
dalam sektor pembuatan adalah seramai 476,260 orang dengan nilai produktiviti pekerja pada tahap
RM25,439. Tahap produktiviti ini meningkat kepada RM88,730 pada tahun 2008. Peningkatan
produktiviti didapati adalah selari dengan peningkatan dalam nilai ditambah dan bilangan pekerja
sektor pembuatan. Kadar pertumbuhan purata tahunan produktiviti sektor pembuatan daripada tahun
1985 hingga 2008 ialah 5.21 peratus. Laporan Produktiviti, 2010 menunjukkan produktiviti sektor
pembuatan di Malaysia tumbuh 6.3 peratus pada 2008 dan kadar pertumbuhan ini adalah lebih tinggi
berbanding pertumbuhan produktiviti bagi 18 buah negara maju. Korea Selatan, Amerika Syarikat,
Norway,Belgium dan United Kingdom hanya mencatatkan pertumbuhan produktiviti diantara 0.3
peratus hingga 1.2 peratus. Manakala 12 lain negara mencatatkan pertumbuhan produktiviti yang
negatif. Dalam laporan ini, produktiviti sektor pembuatan Malaysia diukur dengan menggunakan nilai
ditambah per pekerja manakala bagi negara-negara lain produktiviti merujuk kepada output sektor
pembuatan per jam bekerja.


SEKTOR PEMBUATAN DAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP)

Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan initiatif Kerajaan bagi memacu pertumbuhan
ekonomi negara dengan sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi dan mampan menjelang 2020.
Untuk merealisasikan program ini, ETP memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan utama atau
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi memastikan pendapatan negara kasar (PNK) meningkat
pada kadar pertumbuhan benar tahunan sebanyak 6 peratus di antara 2011 dan 2020 . ETP berfokus
kepada 12 NKEA yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan NKEA ini dijangka
akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi Malaysia. 12 NKEA tersebut adalah:
Greater Kuala Lumpur; Minyak, Gas dan Tenaga; Perkhidmatan Kewangan; Pemborongan dan
Peruncitan; Minyak Kelapa Sawit; Pelancongan; Elektrik dan Elektronik; Perkhidmatan Perniagaan;
Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pendidikan; Pertanian; dan Penjagaan Kesihatan. Daripada
12 NKEA di atas, 11 bidang adalah terdiri daripada sektor industri manakala satu bidang iaitu Greater
Kuala Lumpur merupakan sektor geografi.
Berdasarkan jangkaan ETP sektor minyak, gas dan tenaga akan terus kekal sebagai sektor
terbesar dalam ekonomi sehingga 2020, tetapi saiz sumbangan sektor ini kepada ekonomi dijangka
mengecil kesan pertumbuhan pesat dalam sektor lain seperti perkhidmatan kewangan dan minyak
kelapa sawit. Sektor pemborongan dan peruncitan juga akan berkembang dengan ketara untuk menjadi
sektor keempat terbesar dalam ekonomi. Industri elektrik dan elektronik dijangka akan terus
menyumbangkan dengan signifikan dengan sasaran sumbangan sebanyak tujuh peratus kepada
pendapatan negara pada 2020. Tiga sub industri dalam sektor pembuatan yang dijangka mendapat
manfaat langsung kesan daripada pelaksanaan program NKEA ini ialah industri elektrik dan
elektronik, petroleum dan minyak kelapa sawit.


SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kepentingan modal manusia dalam pembangunan ekonomi mula diketengahkan oleh Shultz (1961)
melalui artikel bertajuk Investment in Human Capital yang membawa kepada pengenalan kepada
Teori Modal Manusia. Teori ini seterusnya dikembangkan oleh Beker (1964) menerusi penerbitan
Human Capital: A Theoratical and Empirical Analaysis to Special Reference to Education. Selain
daripada itu ahli ekonomi lain seperti Mincer (1976) turut memperluaskan lagi teori ini. Teori modal
manusia pada prinsipnya mencadangkan bahawa pelaburan dalam modal manusia terutamanya
pendidikan dan latihan dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja dan seterusnya
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Secara umumnya, modal manusia juga boleh ditakrifkan
sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh pekerja yang menyebabkan mereka lebih produktif. Berbeza dengan
modal fizikal, modal manusia tidak mudah dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain.
Walau bagimanapun, modal manusia ini dapat dibentuk atau dibangunkan melalui pelaburan terhadap
pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, penjagaan kesihatan, penghijrahan dan
usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Pelaburan terhadap
pendidikan dan latihan merupakan salah satu pelaburan modal manusia yang terpenting sepertimana
312 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

yang dibuktikan oleh Benhabib dan Spiegel (1994), Almedia dan Carneiro (2008) dan Baldacci et al.
(2008).
Memandangkan produktiviti merupakan salah satu ukuran indikator daya saing bagi sesebuah ekonomi,
sektor dan organisasi, banyak kajian yang bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
produktiviti pekerja telah dilakukan termasuk pengaruh dan hubungan modal manusia terhadap
produktiviti. Aggrey et al. (2010) telah menjalankan kajian bagi mengetahui hubungan dan
kepentingan modal manusia dalam menerangkan produktiviti pekerja di tiga buah negara iaitu Kenya,
Uganda dan Tanzania. Kajian ini dijalankan menggunakan panel data diperingkat firma dan melalui
kaedah Generalized Least Squares (GLS). Pemboleh ubah modal manusia iaitu nisbah pekerja mahir,
purata tahun pendidikan pekerja, latihan dan tingkat pendidikan pengurus digunakan dalam kajian ini.
Penemuan kajian menunjukan dapatan yang berbeza antara negara di mana nisbah pekerja mahir dan
purata tahun pendidikan berhubung secara positif terhadap produktiviti pekerja di Uganda. Di Tanzania
latihan, nisbah pekerja mahir dan tingkat pendidikan pengurus manakala di Kenya purata tahun
pendidikan dan latihan merupakan faktor yang penting mempengaruhi produktiviti pekerja.
Mahmood (2009) melalui kajiannya cuba melihat hubungan antara produktiviti pekerja
dengan guna tenaga firma pembuatan besaiz kecil dan sederhana (SMEs) di Australia. Secara
umumnya Mahmood mendapati bahawa tingkat produktiviti SMEs di Australia telah meningkat pada
tahun 1999-2000 berbanding 1994-1995 meliputi kesemua klasifikasi industri. Terdapat pelbagai faktor
yang menjelaskan peningkatan produktiviti ini antaranya disebabkan oleh peningkatan tekanan
persaingan akibat ekonomi terbuka, pengenalan teknologi baru dan perubahan dalam pengurusan.
Tingkat guna tenaga dalam sektor pembuatan turut meningkat pada tempoh masa yang sama namun
peningkatan tingkat guna tenaga adalah berbeza diantara jenis industri. Ujian kolrelasi diantara
pertumbuhan produktiviti dengan tingkat guna tenaga gagal menunjukan hubungan yang signifikan
antara kedua-dua faktor ini walaupun mempunyai hubungan yang positif.
Minetaki dan Takemura (2010) mengkaji produktiviti bagi industri perisian Jepun dengan melihat
kepada kesan modal manusia iaitu peratusan bilangan pekerja yang mempunyai kelulusan Information
Technology Engineers Examination terhadap prestasi firma. Kajian ini berasaskan kepada
permasalahan bahawa industri perisian di Jepun tidak begitu kompetitif berbanding negara pengeluar
lain seperti India. Secara umumnya struktur industri perisian Jepun terdiri daripada beberapa syarikat
kotraktor yang besar seperti Fujitsu, NEC dan Hitachi dan banyak syarikat sub kontraktor yang
membekalkan pekakasan perkomputeran dan perisian dengan produktiviti buruh syarikat kontraktor
(6.415) mengatasi produktiviti buruh syarikat sub kontraktor hampir dua kali ganda (3.722). Fungsi
pengeluaran Cobb-Douglas dan data daripada Survey of Information Service Companies 2008
digunakan dalam kajian ini dengan tumpuan kepada mengkaji kesan peratusan bilangan pekerja yang
mempunyai kelulusan dalam pengetahuan pembangunan perisian terhadap nilai ditambah industri.
Kajian menunjukan modal manusia yang berpengetahuan dalam bidang pembangunan perisian
mempunyai hubungan signifikan terhadap nilai ditambah firma sub kontraktor manakala keadaan
sebaliknya kepada firma kontraktor. Berdasarkan bukti imprikal ini, tingkat produktiviti firma sub
kontraktor dapat ditingkatkan melalui pengumpulan lebih ramai pekerja berpengetahuan dalam bidang
pembangunan perisian.
Ballot et al. (2001) mengkaji kesan modal manusia dan modal teknologi ke atas sample
firma-firma besar di Perancis dan Sweden. Modal teknologi diukur oleh perbelanjaan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) manakala modal manusia oleh pembiayaan latihan oleh firma. Kajian juga cuba
untuk melihat samada terdapat hubungan positif antara latihan dengan R&D. Dapatan kajian
membuktikan bahawa latihan dan R&D adalah signifikan dalam mempengaruhi produktiviti firma di
kedua-dua negara walaupun pengaruhnya adalah berbeza. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak dapat
mengesahkan terdapat hubungan antara latihan dengan R&D kecuali bagi latihan kepada pengurus dan
jurutera di Perancis.
Afarooz et al. (2010) telah mengenalpasti bahawa modal manusia merupakan faktor terpenting
yang mempengaruhi produktiviti pekerja industri pembuatan berasaskan makan di Iran. Industri
berasaskan makanan merupakan antara industri penting di Iran. Kajian ini menggunakan nisbah guna
tenaga berpendidikan dan nisbah guna tenaga mahir kepada jumlah guna tenaga sebagai proksi modal
manusia. Fungsi pengeluaran Cobb-Douglas digunakan dalam menerangkan hubungan diantara
pemboleh ubahbebas dengan pembolehubah bersandar. Selain modal manusia, nisbah modal-pekerja
juga menunjukan hubungan positif dan signifikan dengan produktiviti pekerja.




Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 313

METODOLOGI KAJIAN

Data yang digunakan dalam kajian ini merupakan data tahunan sektor pembuatan dan industri terpilih
iaitu elektrik dan elektronik, petroleum dan minyak kelapa sawit meliputi tahun 1985 hingga 2008.
Sumber utama data-data ini dikumpul daripada Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan oleh
Jabatan Statistik (pelbagai tahun). Produktiviti pekerja adalah merujuk kepada nilai ditambah per
jumlah pekerja sektor pembuatan dan industri terpilih. Data pekerja peringkat pengurusan dan
profesional serta teknikal dan penyeliaan digunakan bagi mewakili pekerja berkemahiran tinggi. Ini
memandangkan pekerja kategori pengurusan dan profesional serta teknikal dan penyeliaan ini
mempunyai tahap pendidikan diperingkat tertiari iaitu memiliki kelulusan diperingkat sijil kemahiran
sehingga doktor falsafah. Kaedah Ordinary Least Square (OLS) digunakan bagi melihat hubungan di
antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas. Penganggaran model adalah
menggunakan perisian E-View 7.
Untuk mengkaji pengaruh modal manusia kepada produktiviti sektor pembuatan, kajian ini
menggunakan fungsi pengeluaran Cobb-Douglas yang mana pembolehubah modal manusia yang
berkaitan akan digunakan dalam persamaan tersebut. Kaedah yang digunakan ini adalah sebagaimana
diterangkan oleh Afrooz et al. (2010) seperti berikut:

Y=AK
α
L
β
e
ε
(1)

Dimana, nilai ditambah sektor pembuatan (Y), stok modal (K), jumlah pekerja (L), A ialah
Produktiviti Faktor Menyeluruh (TFP) dan sebutan ralat (e). Apabila persamaan di atas di bahagikan
dengan jumlah buruh persamaan berikut akan terbentuk dengan y ialah produktiviti buruh (Y/L) dan k
mewakil nisbah modal pekerja (K/L).

y=Ak
α
L
(α+β-1)
e
ε
(2)

Jika diadaikan pulangan malar mengikut skala (α+β=1), maka persamaan (2) di atas boleh ditulis
semula seperti berikut:
y= A k
α
e
ε
(3)

Simbol A dalam persamaan di atas adalah merujuk kepada Produktiviti Faktor Menyeluruh (TFP),
dengan itu A juga boleh ditulis sebagai:

A=A
0
e
θ+λ(χi)
(4)

Di mana θ merupakan kesan masa (time effect) dan xi merupakan faktor yang mempengaruhi
produktiviti. Dengan menggantikan persamaan (4) ke dalam persamaan (3) persamaan berikut akan
perolehi:

y= A
0
e
θ+λ(χi)
k
α
e
ε
(5)

Persamaan (5) seterusnya juga boleh ditulis semula dalam bentuk logaritma sebagai:

ln y=ln A
0
+

α ln

k + θ + λ(xi) + ε (6)

Persamaan (6) juga boleh dikembangkan seperti berikut:

ln y = α
0
+

α
1
lnk + θ + λ
1
x
1
+ λ
2
x
2
+...+ λ
m
x
m
+ ε (7)

Berdasarkan persamaan (7) di atas, x
1
+ x
2
+...+ x
m
adalah merupakan pelbagai faktor yang boleh
mempengaruhi produktiviti termasuklah pembolehubah modal manusia seperti tahap pendidikan dan
tahap kemahiran pekerja. Berpandukan persamaan di atas, model yang asas dibentuk bagi mengkaji
pengaruh modal manusia terhadap produktiviti buruh sektor pembuatan adalah seperti berikut:

Ln Y = β
0
+lnβ
1
K/L+ lnβ
2
PROF+lnβ
3
TEKNIK+lnβ
4
LAIN-LAIN+ε

di mana:

Y :produktiviti pekerja (Y/L)
314 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

K/L :nisbah modal pekerja sektor pembuatan
PROF :pekerja kategori pengurusan dan profesional
TEKNIK :pekerja kategori teknikal dan penyelian
LAIN-LAIN :lain-lain kategori pekerjaan
ε : sebutan ralat


KEPUTUSAN PENGANGGARAN

Keputusan ujian penganggaran bagi model sektor pembuatan adalah seperti Jadual 2. Pembolehubah
nisbah modal-buruh dan pekerja professional dan pengurusan mempunyai hubungan yang signifikan
dengan tingkat produktiviti sektor pembuatan. Dapatan ujian ini menunjukkan bahawa apabila belaku
kenaikan satu peratus bilangan pekerja profesional akan meningkatkan produktiviti pekerja sektor
pembuatan sebanyak 0.64 peratus manakala kenaikan satu peratus dalam nisbah modal-buruh dijangka
meningkatkan produktiviti sebanyak 0.46 peratus. Pembolehubah pekerja teknikal dan penyeliaan dan
katogeri lain menunjukkan hubungan yang tidak signifikan terhadap pembolehubah bersandar kajian.
Nilai Durbin-Watson adalah 1.289, dan nilai ini tidak dapat menentukan samaada wujudnya pengaruh
autokorelasi (indecision). Namun demikian prosedur Breusch-Godfrey yang dilakukan mengesahkan
tidak wujudnya pengaruh autokorelasi
Jadual 3 menunjukkan keputusan ujian regresi bagi model tiga industri yang dijangka
mendapat manfaat secara langsung kesan daripada pengenalan NKEA iaitu industri elektrik dan
elektronik, petroleum dan minyak kelapa sawit. Ujian regresi yang dijalankan mendapati nisbah modal-
buruh mempunyai pengaruh positif terhadap produktiviti ketiga-tiga sektor yang diuji. Pekerja
profesional pula yang dijangka mempunyai hubungan positif terhadap produktiviti buruh bagi ketiga-
tiga model didapati hanya mempunyai hubungan positif dengan produktiviti bagi industri elektrik dan
elektonik serta petroleum manakala hubungan yang negatif terhadap produktiviti buruh bagi industri
berkaitan minyak kelapa sawit. Bagi pekerjaan kategori teknikal dan penyeliaan pula, ianya
mempunyai pengaruh yang negatif terhadap produktiviti bagi ketiga-tiga industri yang terpilih, sama
seperti dapatan daripada ujian bagi model sektor pembuatan.
Terdapat dua pembolehubah tidak bersandar yang mempunyai hubungan signifikan dengan
produktiviti bagi industri elektrik dan elektronik iaitu pembolehubah nisbah modal-buruh dan pekerja
professional. Namun, nisbah modal-buruh memberikan nilai koefisyen yang lebih anjal iaitu 1.142
berbanding 0.365 bagi pembolehubah pekerja profesional. Ini bermaksud, kenaikan satu peratus dalam
nisbah modal-buruh dalam industri elektrik dan elektronik dijangka meningkatkan produktiviti buruh
sebanyak 1.142 peratus berbanding 0.365 peratus oleh pekerja profesional. Kategori pekerjaan
teknikal dan penyeliaan mempunyai hubungan signifikan yang negatif dengan produktiviti, maka
apabila belaku kenaikan satu peratus bilangan pekerja bidang pekerjaan ini, produktiviti buruh bagi
industri elektrik dan elektronik dijangka akan menurun sebanyak 0.896 peratus.
Bagi industri petroleum, nisbah modal-buruh dan pekerja profesional mempunyai hubungan
signifikan yang positif dengan produktiviti sektor tersebut. Walaupun lain-lain kategori pekerjaan
menunjukkan hubungan yang signifikan, namun pengaruhnya adalah negatif. Keadaan sebaliknya
belaku bagi nisbah modal-buruh dan pekerja professional dimana peningkatan kedua-dua
pembolehubah ini dijangka akan meningkatkan produktiviti buruh. Nisbah modal-buruh akan
meningkatkan produktiviti buruh sebanyak 0.902 peratus jika belaku kenaikan dalam satu peratus
nisbah modal buruh. Manakala kenaikan satu peratus bilangan pekerja profesional turut menyumbang
kenaikan produktiviti sebanyak 2.080 peratus. Dapat diperhatikan disini bahawa, pengaruh modal
manusia berkemahiran tinggi khususnya bagi kategori pengurusan dan profesional mempunyai
pengaruh yang besar terhadap produktiviti industri berasaskan petroleum. Keputusan penganggaran
model petroleum ini mempunyai nilai pekali penentuan diselaraskan (R
2
) yang lebih rendah
berbanding sektor pembuatan dan industri elektrik dan elektronik iaitu 0.781. Ini bermakna hanya 78.1
peratus daripada variasi dalam pembolehubah bersandar dapat diterangkan oleh pembolehubah tidak
bersandar yang telah ditentukan.
Industri minyak sawit adalah berbeza berbanding industri elektrik dan elektronik dan
petroleum memandangkan industri ini tergolong dalam industri berasaskan pertanian (agro based
industri) berdasarkan Malaysia 2006. Hasil penganggaran menunjukkan hanya nisbah modal-buruh
yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkat produktiviti bagi industri minyak kelapa
sawit dimana nilai koefisyen adalah 1.054. Pekerja professional dan teknikal tidak signifikan dan
mempunyai pengaruh negatif manakala lain-lain kategori berhubungaan secara positif.
Dapatan semua model menunjukkan bahawa pekerjaan kategori profesional merupakan faktor
penting dalam mempengaruhi produktiviti sektor pembuatan dan industri yang berkaitan, kecuali
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 315

terhadap industri minyak kelapa sawit. Industri pembuatan berasaskan sumber bahan mentah pertanian
mahupun berasaskan bahan mentah lain seperti berasaskan kayu adalah cenderung untuk mempunyai
ramai pekerja dengan kemahiran yang rendah. Peratusan pekerja profesional kepada jumlah
keseluruhan tenaga kerja industri minyak kelapa sawit adalah lebih kecil berbanding dua industri lain.
Pada 2000, hanya 4.25 peratus daripada keseluruhan pekerja dalam industri minyak kelapa sawit terdiri
dari kalangan profesional berbanding 5.65 peratus dalam industri elektrik dan elektronik manakala
industri petroleum seramai 15.29 peratus. Jumlah pekerja pengurusan dan profesional meningkat
dengan ketara bagi industri elektrik dan elektronik dan petroleum pada tahun 2008 yang mana
golongan ini mewakili 15.29 peratus dan 23.18 daripada jumlah tenaga kerja. Industri minyak kelapa
sawit pula hanya mempunyai 4.45 peratus tenaga kerja profesional dalam tahun yang sama. Peratusan
pekerja pengurusan dan profesional yang kecil ini mungkin merupakan faktor yang menjejaskan
pengaruh kategori pekerjaan ini terhadap produktiviti industri ini. Peratusan pekerja profesional
berbanding jumlah pekerja bagi ketiga-tiga industri ditunjukkan oleh Carta 1.
Kategori pekerjaan teknikal dan penyeliaan mempunyai pengaruh negatif terhadap
produktiviti buruh bagi sektor pembuatan dan industri yang dikaji serta mempunyai hubungan tidak
signifikan dengan pembolehubah bersandar bagi kesemua model penganggaran kecuali bagi industri
elektrik dan eletronik. Penemuan ini adalah tidak selari dengan teori modal manusia dimana pekerja
berkemahiran mampu menyumbang kepada tahap produktiviti yang lebih tinggi. Secara umumnya
pekerja bagi kategori teknikal dan penyeliaan merupakan pekerja yang mempunyai sijil kemahiran
diperingkat sijil sehingga diploma. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merupakan antara indikator yang
boleh digunakan bagi mengukur tahap kemahiran seseorang pekerja. Sijil kemahiran Tahap 1 adalah
tahap kemahiran paling asas dengan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia adalah tahap kemahiran
yang tertinggi yang diselia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Berdasarkan Laporan Tahun
2009, JPK telah telah menganugerahkan sebanyak 91,526 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Daripada
jumlah ini sebanyak 42,262 sijil yang dianugerahkan adalah bagi SKM Tahap 1 iaitu manakala 35,098
sijil kepada SKM Tahap 2. Kedua-dua tahap SKM ini mewakili 84 peratus daripada keseluruhan sijil
kemahiran yang telah dianugerahkan. Berdasarkan angka ini, adalah jelas bahawa tenaga kerja mahir
yang dilahirkan majoritinya berada pada tahap kemahiran yang paling asas iaitu pada tahap SKM
Tahap 1 dan Tahap 2. Tingkat kemahiran yang dimiliki ini lebih berorientasikan operasi dan
pengeluaran dan ini mungkin mengurangkan pengaruh mereka terhadap produktiviti organisasi yang
diwakili.


KESIMPULAN
Sektor pembuatan merupakan sektor penting bagi pembangunan ekonomi Malaysia. Program
Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirancang juga jelas menunjukkan bahawa beberapa sub industri
sektor pembuatan berperanan penting sebagai penjana utama pendapatan negara selaras dengan hasrat
menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selain itu, proses globalisasi dan
liberalisasi perdagangan yang belaku memerlukan firma pembuatan tempatan meningkatkan lagi daya
saing bagi menghadapai persaingan dengan firma asing di pasaran luar mahupun dalam negara. Salah
satu langkah yang dapat ambil bagi meningkatkan daya saing adalah dengan meningkatkan bilangan
pekerja berkemahiran tinggi dalam sektor pembuatan. Kajian ini membuktikan bahawa modal
manusia dalam konteks pekerja berkemahiran tinggi menyumbang secara positif kepada produktiviti
sektor pembuatan namun hanya terhad kepada kategori pekerjaan pengurusan dan profesional sahaja.
Manakala kategori pekerjaan teknikal dan penyeliaan tidak signifikan dan mempunyai pengaruh negatif
terhadap tahap produktiviti buruh bagi sektor pembuatan dan sub industri yang dikaji. Sehubungan itu
tindakan perlu diambil bagi memperbaiki sumbangan pekerja kategori teknikal dan penyeliaan seperti
melalui progaram latihan dan latih semula serta galakan kepada pemengang sijil kemahiran tahap 1 dan
2 untuk meningkatkan tahap pensijilan mereka kepada tahap yang lebih tinggi. Dapatan kajian juga
menunjukkan intensiti modal berperanan penting dalam mempengaruhi produktiviti sektor pembuatan
dan industri yang berkaitan.


RUJUKAN

Afrooz, A.,Khalid, A.R., Zaleha, M.N. & Chin, L. (2010). Human capital and labor productivity in
Food. Industries of Iran, International Journal of Economics and Finance, 2 (4).
Aggrey, N. Eliab, L. & Joseph, S. (2010). Human capital and labor productivity in East African
manufacturing. Current Research Journal of Economic Theory, 2(2), 48-54
316 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

Ark,B. O’Mahony,M., & Timmer, M (2008) The productivity gap between Europe and the United
States: Trends and causes, Journal of Economic Perspectives, 22(1), 25–44
Ballot, G. Fathi,F. & Taymaz, E. (2001) Firms’ human capital, R&D and performance: a study on
French and Swedish firms. Labour Economics, 8, 443-462
Benhabib, Jess. & Spiegel, M. (1994) The role of human capital in economic development evidence
from aggregate cross-country data. Journal of Monetary Economics, 34, 143-173
Chi, W. (2007). The role of human capital in China,s economic development: Review and new
evidence. China Economic Review,19,421-436
Corvers, F. (1997). The Impact of human capital on labor productivity in manufacturing sectors of the
European Union. Applied Economics, 29, 975-987
Idris, J .(2007). Determinants of total factor productivity growth in Malaysia. Journal of Economic
Cooperation, 28 (3), 41-48
Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan, pelbagai tahun.
Kuala Lumpur. Pencetakan Nasional Malaysia Bhd
Mahaderan, R. (2002). New Currents in Productivity Analysis: Where To Now?: Asian Productivity
Organization
Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur.: Pencetakan Nasional
Malaysia Bhd.
Minetaki, K. & Takemura, T. (2010). The Productivity and human capital in the Japanese software
industry: The view of service innovation. American Journal of Economics and Business
Administration 2(1), 73-77
MITI. 1996: Pelan Induk Perindustrian Ke Dua. Kuala Lumpur: Pencetakan Nasional Malaysia Bhd.
Muhammad, M. (2008). Labour productivity and employment in Australian manufacturing SMEs.
International Entrepneuer Management Journal, 4,51-62
Perbadanan Produktiviti Malaysia .(1997). Produktiviti: Prinsip Asas. Kuala Lumpur. Perbadanan
Produktiviti Malaysia
Perbadanan Produktiviti Malaysia.(2009). Laporan Produktiviti, 2009. Kuala Lumpur. Perbadanan
Produktiviti Malaysia
Rahmah, I. & Idris, J. (2000) Sources of labour productivity growth in large scale industries in
Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 34, 59-75
Rahmah, I. (1996). Modal Manusia dan perolehan buruh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sahar,M .(2002). Labor productivity: An important business strategy in manufacturing. Integrated
Manufacturing Systems, 13(6),435-438
Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).2011.www.pemandu.gov.my

JADUAL 1: Produktiviti Pekerja Sektor Pembuatan, 1985-2008

Tahun Nilai Ditambah (RM’000)
(Harga Semasa)
Jumlah
Pekerja
Produktiviti Buruh
(RM)

1985
1990
1995
2000
2005
2008

12,115,431
24,529,564
59,629,113
88,240,321
118,210,257
157,170,339

476,260
844,733
1,389,418
1,574,797
1,675,163
1,771,331

25,439
29,038
42,917
56,032
70,566
88,730

Sumber: Dihitung daripada Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan, Jabatan Perangkaan (pelbagai tahun)

JADUAL 2: Keputusan Penganggaran Produktiviti Buruh Sektor Pembuatan Di Malaysia

Pembolehubah Pembuatan

Pemalar


Modal-Buruh (K/L)


Profesional
-1.712
(-1.843)
*

0.464
(2.523)
**


0.641
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 317



Teknikal


Lain Kategori


Adj R
2
F-Statistik
(6.308)
***


-0.464
(-1.382)


0.138
(0.498)

0.977
254.435
Nota: Angka dalam kurungan adalah t-statistik

***
signifikan pada aras keertian 1 peratus,

**
signifikan pada aras keertian 5 peratus

*
signifikan pada aras keertian 10 peratus

JADUAL 3: Keputusan Penganggaran Produktiviti Industri Bidang Ekonomi Utama Negara ( NKEA)

Pembolehubah Elektrik & Elektronik Petroleum

Minyak Kelapa Sawit
Pemalar


Modal-Buruh (K/L)


Profesional


Teknikal


Lain Kategori



Adj R
2
F-Statistik

1.454
(2.173)
**


1.142
(4.010)
***


0.365
(3.310)
***


-0.896
(-2.544)
**

0.310
(1.448)


0.974
217.641
-0.429
(-0.125)



0.902
(2.823)
**


2.080
(2.251)
**


-1.115
(-1.293)

-0.772
(-3.016)
***



0.781
21.601
-2.871
(-1.654)



1.054
(3.058)
***


-0.0732
(-0.098)

-0.289
(-0.843)

0.520
(0.765)


0.737
17.146
Nota: Angka dalam kurungan adalah t-statistik

***
signifikan pada aras keertian 1 peratus

**
signifikan pada aras keertian 5 peratus

*
signifikan pada aras keertian 10 peratus
318 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman


CARTA 1: Peratusan Pekerja Profesional Bagi Industri Minyak Kelapa Sawit, Elektrik & Elektronik
dan Petroleum
0.00
5.00
10.00
15.00
20.00
25.00
30.00
2000 2005 2008
4.25
4.83
4.45
5.66
8.63
10.05
15.29
28.03
23.18
P
e
r
a
t
u
s

Tahun
Sawit
E&E
Petroleum

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful