You are on page 1of 16

1

DETIK-DETIK TERAKHIR SEBELUM RASULULLAH SAW WAFAT


Ramadhan tahun ke-10 Hijrah, telah genap 20 hari Rasulullah saw beritikaf di masjid. Pada
kebiasaannya Nabi tidak akan beritikaf selama itu. Tempoh yang paling lama untuk baginda beritikaf di
masjid hanyalah selama 10 hari. Apakah yang akan berlaku? Perkara yang tidak menjadi kelaziman ini
dilakukan oleh Nabi saw buat kali pertama, Rasulullah saw diuji dengan hafalan al-Quran baginda oleh
malaikat Jibril sebanyak 2 kali. Peristiwa ini menjadikan para sahabat tertanya-tanya. Mereka juga
teringat akan pesanan Rasulullah saw ketika melakukan Haji Wada, Aku tidak pasti, sekiranya aku tidak
akan bertemu lagi kalian lagi setelah tahun ini dengan keadaan seperti ini , kata Rasulullah saw.
Ketika melontar di Jamrah Aqabah baginda berpesan selagi lagi, Pelajarilah manasik kalian dariku,
kerana kemungkinan aku tidak akan berhaji lagi sesudah ini.
Ketika Haji Wada dan ketika memasuki Hari Tasyrik, Allah swt telah menurunkan surah an-Nashr.
Adakah ini tanda-tanda perpisahan dengan Rasulullah?
Pada awal bulan Safar tahun ke-11 Hijrah, tanda-tanda tersebut kembali kelihatan. Rasulullah saw pergi
ke Uhud untuk menunaikan solat bagi orang-orang yang sahid di sana seperti orang yang hendak
berpisah. Lalu baginda menuju ke mimbar dan berpidato, Sesungguhnya aku terlebih dahulu
meningalkan kalian, aku menjadi saksi ke atas kalian dan demi Allah, aku benar-benar melihat tempat
aku akan dikembalikan pada ketika ini. Aku telah diberi kunci-kunci gudang dunia atau kunci-kunci
dunia, demi Allah aku tidak takut engkau menjadi musyrik setelah kewafatanku. Namun, aku takut kalian
akan bersaing dalam permasalahan itu. (HR. Muttafaq Alaih, HR. Bukhari, bersama Fathul Bari).
Pada suatu malam di pertengahan bulan yang sama, Rasulullah saw telah pergi ke Baqi. Di sana baginda
berdoa meminta keampunan bagi orang-orang yang dikuburkan. Salam sejahtera ke atas kalian, wahai
para penghuni kubur, apa yang kalian hadapi di sana akan menjadi ringan, sama seperti yang dihadapi
oleh manusia. Fitnah dating seperti malam yang gelap-gelita, dan akhirnay akan muncul siang
selepasnya. Hari Akhirat akan lebih dahsyat pembalasannya daripada di dunia.
Sebaris kalimah terakhir yang baginda ucapkan semakin menguatkan lagi andaian bahawa Rasulullah
saw akan segera meninggalkan umatnya. Sesungguhnya kami kami bersama kalian. Para sahabat
gelisah mendengarnya. Sesungguhnya apa yang akan terjadi pada diri Rasulullah saw? Mungkinkah
baginda akan meninggal dunia? Baginda akan wafat? Rasa gelisah terus terasa tanpa henti di dalam
fikiran kaum Musliman dan para sahabat.
2


Permulaan Sakit
Isnin, 29 Safar tahun ke-11 Hijrah, pada hari tersebut, Rasulullah saw menghadiri perarakan jenazah di
Baqi. Tidak sesiapa pun yang menyangka bahawa Baqi akan menjadi tempat terakhir yang dikunjungi
Rasululllah saw.

Perkuburan Baqi

Dalam perjalanan pulang menuju ke Madinah, dengan tiba-tiba Rasulullah saw terasa sakit di kepala.
Suhu tubuhnya meningkat jauh melibihi suhu manusia yang sihat. Para sahabat dapat melihat dengan
jelas urat-urat nadi di kepala baginda yang Nampak menenjol, sebagai tanda kepanasan tubuh
Rasulullah saw yang sangat tinggi. Para sahabat membawa Rasulullah saw menuju ke rumahnya dan
dibawa ke bilik Maimunah, isteri baginda yang ketika itu mendapat giliran. (al-Fushul fi Sirah ar-Rasul).
3

Tanda-tanda bahawa Rasulullah saw sedang sakit teruk semakin kelihatan pada hari Khamis. Baginda
mengalami demam dan mengeliat di tempat tidurnya kerana suhu tubuhnya meningkat dan peluhnya
semakin banyak, sambil beberapa kali mulutnya mengucap kalimah, La ilaha illa Allah.
Ketika Ibnu Masud menjenguk Rasulullah saw dia berasa hiba melihat keadaan Nabi saw. Wahai
Rasulullah, engkau kelihatan amat menderita, kata Ibnu Masud. Penderitaan yang aku rasakan ketika
ini dua kai ganda penderitaan yang dirasakan oleh seseorang di antara kalian, jawab Rasulullah saw
dengan sura yang tersekat. Benar. Setiap orang akan diuji berdasarkan kesungguhannya dalam
beragama. Jika dia teguh, ujian itu akan dilipatgandakan, jawab Rasulullah saw.

Minggu Terakhir
Tidak terdapat tanda bahawa Rasulullah saw akan sembuh. Semakin hari, sakit yang dialami oleh
baginda bertambah parah. Suhu panasnya di tubuhnya tidak menurun sehingga membuatkan baginda
diserang demam sepanjang hari. Oleh kerana suhu tubuhRasulullah saw sangat tinggi, baginda tidak lagi
mengingati di rumah siapa baginda harus menginap. Dimanakah aku akan menginap esok? Dimanakah
giliranku esok? Tanya Rasulullah saw kepada para isterinya yang setia menemani. Isteri-isteri
Rasulullah saw memahami pertanyaan tersebut. Setelah itu, mereka sepakat untuk memberikan
kebebasan kepada Rasulullah saw untuk memilih. Akhirnya, Rasulullah saw memutuskan untuk
menginap di rumah Aisyah. Keputusan itu diterima dengan redha oleh isteri-isteri baginda. Bagi mereka,
kesembuhan suami tercinta adalah segalanya. Meraka tidak sanggup melihat Rasulullah saw menderita.
Rasulullah saw bangun dari tidurnya dengan perlahan dan isteri-isterinya berusaha membantu. Lalu,
Rasulullah saw berjalan menuju ke bilik Aisyah dengan bantuan Fadhl bin Abbas dan Ali bin Abi Talib.
Kedua-dua sahabat tersebut memegang tubuh Nabi saw agar tidak terjatuh. Di bilik Aisyah lah,
Rasulullah saw tinggal untuk minggu terakhir kehidupannya.
Asiyah terus mendampingi suaminya yang tercinta sambil membacakan Muawwidzat yang terdiri
daripada tiga surah: al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Ketika surah tersebut dibaca oleh Rasulullah saw
ketika merawat dirinya sendiri. Aisyah membaca Muawwidzat sambil mulutnya meniup udara ke tubuh
baginda. Dia mengusap tangan baginda dengan penuh kelembutan, berharap berkah dan kesembuhan.

4

Lima Hari Menjelang Wafat
Rasulullah saw telah berada dalam jagaan Aisyah selama dua hari dan ia merupakan hari kelima
sebelum kewafatan baginda. Suhu tubuhnya terus meningkat, wajahnya kelihatan pucat lesu dan
tubuhnya mengigil. Aisyah dan isteri Nabi saw yang lain tidak sanggup memandang wajah suami mereka
dan dengan tiba-tiba mereka dikejutkan dengan permintaan baginda. Ambilkam aku 7 gayung air dari
telaga yang berlainan agar aku dapat keluar menemui orang ramai, kerana aku ingin berpesan kepada
mereka, pinta Nabi saw kepada isteri-isterinya.
Tanpa menunggu lama, mereka meletakkan Rasulullah saw dalam keadaan duduk di atas tempat
mencuci pakaian milik Habshah binti Umar dengan berhati-hati. Setelah kedudukan Rasulullah saw
stabil, mereka segera membasahkan air ke tubuh baginda, sedikit demi sedikit dan membasuhnya.
Cukup, cukup! kata Rasulullah saw perlahan setelah beberapa gayung air membasahi sekujur
tubuhnya. (as-Sirah an-Nabawiyyah).
Rasulullah saw berasa segar tetapi rasa sakit di kepalanya masih terasa. Baginda segera melangkah
keluar dari bilik dan menuju ke masjid dengan dipapah oleh dua orang sahabat. Kaum Muslimin yang
sedang berkumpul di dalam masjid terkejut melihat kedatangan Nabi saw. Mata mereka terus menatap
Nabi saw yang baru masuk ke dalam masjid dengan kepala baginda diikat dan langkah kakinya yang
lemah. Baginda terus berjalan melewati kaum muslimin sehingga tiba di hadapan mimbar. Setelah itu,
Rasulullah saw duduk di hadapan kaum muslimin yang masih menatapnya.
Sausana hening, kaum muslimin menanti apa yang bakal diucapkan oleh manusia agung tersebut.
Kemudian, sebaris kalimah terlontar keluar dari mulut baginda. Kutukan Allah atas orang-orang Yahudi
dan Nasrani kerana mereka telah menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid. Dalam riwayat
alin disebutkan. Allah memerangi orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kuburan
para nabi sebagai masjid. (HR Bukhari, Muwatha Imam Malik). Janganlah kalian menjadikan kuburku
sebagai berhala yang disembah! Nabi saw meneruskan lagi. (Muwatha Imam Malik).
Kaum Muslimin meneliti nasihat Rasulullah saw. Setelah itu, mereka dikejutkan dengan sesuatu yang
tidak diduga. Rasulullah saw menawarkan dirinya untuk diqishash. Para sahabat terkejut dan mereka
semakin terperanjat apabila menawarkan belakangnya untuk dipukul. Sesiapa yang belakangnya
pernah kupukul, ini belakangku dan balaslah. Sesiapa yang kehormatannya pernah kuperlecehkan, inilah
kehormatanku dan balaslah.
5

Tiada sahabat yang menjawab, semuanya diam membisu. Mereka membayangkan ketika sakit kuat
sedang menimpa Rasulullah saw, baginda masih lagi mempersilakan orang lain untuk membalas
perbuatan yang mungkin pernah dilakukannya.
Lalu Rasulullah saw turun dari mimbar untuk mendirikan solat zohor, baginda kembali berkata-kata di
atas mimbar. Baginda mengulangi perkataannya. Pada ketika itulah, seseorang berkata kepada baginda.
Sesungguhnya engkau mempunyai tanggungan tiga dirham kepadaku. Berikan kepadanya, wahai
Fadhl! kata Rasulullah saw setelah mendengar permintaan orang tersebut.
Tidak lama kemudian, baginda menyampaikan nasihat berkaitan dengan orang-orang Ansar.
kuwasiatkan kepada kalian orang-orang Ansar. Mereka adalah keluargaku dan aibku. Mereka telah
melaksanakan kewajipan mereka dan apa yang berbaki adalah mereka. Maka terimalah yang baik dari
mereka dan ampunkanlah yang buruk dari mereka!. Dalam sebuah riwayat lain disebutkan,
Sesungguhnya manusia semakin banyak dan kaum Ansar semakin sedikit laksana garam di dalam
makanan. Maka sesiapa di Antara kalian yang mempunyai kekuasaan dan membahayakan seseorang
dan memberikan manafaat kepada mereka, hendaklah dia menerima yang baik dan memberi maaf yang
buruk dari mereka. (HR. Bukhari).
Rasulullah saw meneruskan lagi kata-katanya, Sesungguhnya ada seorang hamba yang diberi pilihan
oleh Alalh swt, Antara kemewahan dunia atau memilih apa yang ada di sisiNya, dan dia memilih apa
yang ada di sisiNya. Mendengar perkara itu, Abu Bakar menangis sambil berkata, Demi ayah dan ibu
kami sebagai tebusannya. Para sahabat merasa aneh dengan sikap Abu Bakar. Mengapa Abu Bakar
bersikap demikian? Ia kerana Abu Bakar adalah orang yang paling arif tentang Rasulullah saw. Ketika
Rasulullah saw menyebut ada seorang hamba dalam sabdanya, Abu Bakar mengetahui bahawa apa
yang dimaksudkan hamba itu adalah Rasulullah saw sendiri. (HR. Bukhari dan Muslim, dalam
Misykatul Mashabih).
Beberapa ketika kemudian, Rasulullah saw meneruskan nasihatnya. Sesungguhnya orang yang paling
banyak memberi perlindungan kepadaku dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar. Sekiranya
aku boleh memberikan perlindungan kepadaku adalah Abu Bakar. Sekiranya aku boleh mengambil
seorang kekasih selain Rabb-ku, pastilah Abu Bakar kujadikan kekasihku. Namun ini, adalah
persahabatan islam dan kecintaannya. Semuanya pintu yang menuju ke Masjidil Haram hendaklah
ditutup kecuali pintu Abu Bakar, (HR. Bukhari).

6

Empat Hari Menjelang Wafat
Hari keempat sebelum kewafatan Rasulullah saw, sakit yang dirasakan oleh baginda berada
dipuncaknya. Tubuhnya mengigil menahan demam, suhu tubuhnya semakin meningkat, peluh menitik
dengan banyak melalui tubuhnya. Ketika baginda dalam keadaan parah, baginda masih lagi memikirkan
umatnya. Dengan suaranya yang parau, Rasulullah saw memanggil para sahabat.
Datanglah kalian, aku akan menulis sebuah tulisan yang mana kalian tidak akan tersesat setelah itu.
Ketika itu Umar bin Khaththab berada di bilik Rasulullah saw. Umar yang tidak sanggup melihat
keadaan Nabi saw, berkata kepada para sahabat, Baginda terpengaruh oleh rasa sakitnya. Pada diri
kamu telah ada al-Quran, kerana itu cukuplah Kitab Allah bagi kamu.

Para sahabat tidak sependapat. Mereka berselisih pendapat dan berdebat dengan sengit. Dekatlah
dengan Rasulullah saw agar baginda dapat menulis untuk kalian, kata sebahagian sahabat. Namun
demikian, sebahagian yang lain setuju dengan apa yang dikatakan oleh Umar. Keadaan menjadi tidak
terkawal sehinnga akhirnya Rasulullah saw berkata, Jauhlah kalian dairku! (HR. Bukhari).
Pada hari tersebut, Rasulullah saw memberikan tiga wasiat. Pertama, untuk mengeluarkan orang-orang
yahudi, nasrani dan orang-orang musyrik dari Jazirah Arab. Kedua, menghantar delegasi sebagaimana
yang pernah dilakukannya dan ketiga, para perawi terlupa. Ada kemungkinan wasiat ketiga adalah
pesanan Rasulullah saw untuk berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah atau menghantar
pasukan Usamah atau wasiat tentang solat dan hamba-hamba. Setelah itu, Rasulullah saw bertolak ke
masjid untuk mengimani solat dengan langkahnya yang lemah. Beberapa sahabat memapah tubuh
baginda dan setelah itu, Rasulullah saw mendirikan solat Maghrib bersama sahabat-sahabatnya pada
hari itu dengan membaca surah al-Mursalat. (HR. Bukhari dan Ummul FAdhl, Bab Sakitnya Rasulullah).
Menjelang Isya, sakit baginda semakin parah sehingga baginda tidak mampu pergi ke masjid. Nabi saw
bertanya kepada para sahabat yang ada di biliknya. Apakah orang-orang sudah solat? Belum, wahai
Rasulullah saw. Mereka menunggumu.Letakkan air di bekas tempat cucian untukku! Rasulullah saw
meminta dengan suara perlahan.
Lalu para sahabat melakukan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah saw. Setelah mandi, baginda berasa
segar dan bangkit berdiri. Seketika tubuhnya berada dalam keadaan tegak tetapi hanya dalam masa
yang singkat. Baginda tidak mampu menampung dirinya dan jatuh pengsan.
7

Para sahabat cemasdan segera membawa Rasulullah saw ke tempat tidurnyayang sederhana yang
hanya beralaskan pelepah daun kurma. Tidak berapa lama, Rasulullah saw sedarkan diri kemudian
baginda mengulangi pertanyaannya. Apakah orang-orang sudah solat?.
Nabi saw kembali berusaha berdiri, namun usahanya tidak Berjaya, baginda terjatuh sekali lagi dan
pengsan. Sebanyak tiga kali Rasulullah saw pengsan sehingga akhirnya baginda mengutus seseorang
untuk meminta Abu Bakar menjadi imam solat. Abu Bakar pun akhirnya sebanyak 17 kali solat pada
ketika Rasulullah saw masih hidup. (HR. Bukhari dan Muslim, Misykatul Mashabih).
Solat yang diimami Abu Bakar adalah solat Isya dari hari khamis dan solat Subuh sejak hari Isnin dan
lima solat setelah itu. (HR. Bukhari dalam Fathul Bari, HR. Muslim, Kitab ash-Solat dan Musnad Ahmad).
Aisyah tidak setuju dengan pemilihan Abu Bakar sebagai imam. Sebanyak 3 atau 4 kali dia menyarankan
kepada Rasulullah saw untuk tidak menjadikan Abu Bakar sebagai imam solat. (HR. Bukhari dalam Fathul
Bari, dan HR. Muslim, Kitab ash-Solat). Namun, Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Sesungguhnya
kalian ini sama dengan saudara-saudara Yusuf. Suruhlah Abu Bakar untuk menjadi imam solat! (HR.
Bukhari).

Dua Hari Menjelang Wafat
Pada hari sabtu dan ahad Rasulullah saw merasakan sakit yang dialaminya sedikit berkurangan dan
panas badanya menurun. Azan Bilal berkumandang memanggil solat Zohor. Allahu Akbar Allahu
Akbar Rasulullah saw segera bangun dari tempat tidurnya untuk menunaikan solat. Dua orang sahabat
segera menghampiri dan membantunya berjalan sehingga sampai ke masjid. Pada ketika itu, Abu Bakar
telah bersedia mengimami solat. Abu Bakar terkejut melihat kedatangan Rasulullah saw dan bersedia
untuk ke belakang tetapi Rasulullah saw mencegahnya dengan isyarat. Dudukkan aku di samping kiri
Abu Bakar, kata Nabi saw kepada sahabat yang membantunya berjalan. Kedua-dua sahabat tadi segera
meletakkan Rasulullah saw di sisi kiri Abu Bakar. Abu Bakar solat berdiri mengikuti solat Rasulullah saw
dan menguatkan takbir supaya didengari oleh jamaah, sedangkan Rasulullah saw sendiri solat dalam
kedaan duduk (HR. Bukhari dalam Fathul Bari).


8

Sehari Sebelum Wafat
Saat-saat kewafatan Rasulullah saw semakin dekat. Rasa sakit terus menyerang tubuh baginda sehingga
tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukannya. Di hari-hari terakhir sebelum malaikat maut datang
menjemputnya, Rasulullah saw membebaskan kesemua pembantu lelakinya dan menyedekahkan 7
dinar hartanya yang masih berbaki (Thabagat Ibnu Saad). Selain itu Baginda juga memberikan senjata-
senjatanya kepada kaum Muslimin.
Pada waktu malam, Aisyah meminta kepada salah seorang perempuan untuk menuangkan minyak ke
lampu milik Rasulullah saw. (Thabagat Ibnu Saad). Sementara itu, sebuah baju besi milik Rasulullah saw
digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 sha gandum. (HR. Bukhari). Dalam bahagian akhir
Maghazi disebutkan: Rasulullah telah wafat sedangkan baju besinya sedang digadaikan. Dalam riwayat
Ahmad tidak didapatkan orang yang menebuskannya. (Fathul Barl).

Hari Terakhir
Waktu terus berlalu dan Rasulullah saw semakin menghampiri penghujung jalan kehidupannya. Pada
hari Isnin, azan yang dikumandangkan oleh Bilai bergema dan terdengar di kehiningan Subuh.
Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Allahu Akbar
Kaum Muslimin bergegas menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh. Setelah barisan tersusun
rapi, Abu Bakar maju dan berdiri di hadapan menjadi imam. Tanpa pengetahuan mereka, Rasulullah saw
menyingkap tirai bilik Aisyah dan melihat umatnya yang bersedia menunaikan solat Subuh. Bilik Aisyah
yang berdekatan dengan masjid membuatkan Rasulullah saw dengan mudah melihat aktiviti kaum
Muslimin di sana.
Rasulullah saw tiba-tiba tersenyum menyaksikan pemandangann dihadapannya. Rasa bahagia jelas
kelihtan di wajahnya. Abu Bakar yang melihat Rasulullah saw segera bergerak ke belakang bersama-
sama barisan Jemaah. Dia menganggap Rasulullah saw akan turut serta menunaikan solat bersama
mereka, tetapi ternayata tidak.
9

Anas berkata, Kaum Musilimin hendak menghentikan solat kerana demikian gembira melihat Rasulullah
saw. Namun, Rasulullah saw memberi isyarat supaya mereka menyelesaikan solat mereka. Baginda
masuk ke bilik dan menutup tirai bilik. (HR. Bukhari dalam Fathul Bari).
Setelah kejadian itu, tidak ada lagi waktu solat yang ditunaikan oleh Rasulullah saw. Ketika waktu Dhuha
tiba, Rasulullah saw memanggil Fathimah dan membisikkan sesuatu di telinganya. Fathimah menangis.
Lalu baginda memanggilnya kembali dan membisikan sesuatu di telinganya. Fathimah tersenyum
gembira. Tidak ada sesiapa yang mengetahui apa yang terjadi.
Setelah itu, Fathimah kembali sedih. Dia tidak sanggup melihat penderitaan berat yang dialami
ayahandanya. Betapa menderitanya engkau, wahai ayahanda!. Tidak aka nada lagi penderitaan bagi
ayahandamu setelah hari ini, jawab Rasulullah saw. (HR. Bukhari).
Lalu Rasulullah saw memanggil Hasan dan Husain, 2 cucunya yang baginda sayangi. Hasan dan Husain
segera mendekatinya dan duduk di tepi tempat tidur baginda. Sebuah ciuman penuh kasih saying
dikecupkan kepada mereka. Cukup lama Rasulullah saw mencium kedua-dua cucunya secara bergantian
sambil tangannya mengusap-usap kepada mereka. Hasan dan Husain memeluk erat tubuh datuknya
seolah-olah tidak mahu berpisah. Setelah episode mengharukan itu, Rasulullah saw memberikan nasihat
dengan suara yang serak. Hasan dan Husain menganggukkan kepala mereka setiap kali mendengar
datuk mereka memberikan nasihat.
Selain kepada anak dan cucunya, Rasulullah saw tidak lupa memberikan nasihat kepada para isterinya.
Seolah-olah tahu akan pergi selamanya, baginda memanggil isteri-isterinya yang sedang berada di bilik
Aisyah. Suara panggilannya perlahan, seperti tersekat tetapi terdengar penuh dengan kelembutan.
Mereka bergerak mendekati dan mengelilingi Rasulullah saw yang masih lagi terbaring lemah di tempat
tidur. Rasulullah saw menatap wajah isterinya satu persatu. Tatapan baginda dibalas denganesak tangis
oleh para isterinya. Tidak lama kemudian, Rasulullah saw memberikan nasihat kepada isteri-isterinya.
Setiap kali nasihat terucap dari mulut Rasulullah saw, mereka mengangukkan kepala diringi esak tangis
yang semakin kuat.
Sakit Rasulullah saw semakin tenat dan tubuhnya terus mengigil menahan deman yang menyerang
hebat. Kesan makanan beracun yang dimaksudkan seorang perempuan Yahudi ketika Perang Khaibar
mula menjalari tubuhnya, sehingga baginda berkata kepada Aisyah. Wahai Aisyah, aku masih
merasakan sakitnya kerana makanan yang aku kumakan di Khaibar. Inilah saatnya bagiku untuk
merasakan terputusnya nadiku kerana racun tersebut.
10

Suaranya terdengar semakin perlahan, wajah duka kelihatan dari wajah setiap orang yang hadir. Hening
dan semuanya terdiam. Di tengah suasana duka yang semakin terasa itulah Rasulullah saw kembali
bersuara. Solat, solat dan hamba sahaya yang kalian miliki. Rasulullah saw mengulangi beberapa kali,
meminta umatnya memerhatikan 2 perkara tersebut: solat dan hamba.

Detik-Detik Terakhir
Detik-detik kewafatan Rasulullah saw akhirnya tiba dan sakit Rasulullah saw semakin parah. Aisyah
menyandarkan tubuh baginda ke pangkuannya. Ketika itu datanglah Abdurrahman bin Abu Bakar
dengan membawa siwak di tangannya. Rasulullah saw mengetahui kedatangan Abdurrahman dan
melihat siwak yang dibawanya. Aisyah segera bertanya kepada suaminya yang terkulai lemas di
pangkuannya.
Adakah aku harus mengambilnya untukmu? Rasulullah saw mengangukkan kepalanya sebagai tanda
setuju. Aisyah segera meminta siwak tersebut daripada Abdurrahman dan memberikan kepada
Rasulullah saw. Ketika Rasulullah saw hendak menggunakannya, kelihatan dengan jelas baginda
menahan kesakitan kerana kekerasan siwak tersebut. Aisyah bertindak dengan cepat. Adakah aku
harus melembutkannya untukmu? Rasulullah saw kembali menggangukkan kepalanya. Asiyah
kemudiannya mengambil siwak tersebut dan mula menggosok siwak yang diambilnya dengan sangat
perlahan. Rasulullah saw mencelupkan kedua tangannya ke dalam air yang ada di dalam bekas di
hadapannya. Setelah itu, baginda mengusapkan ke wajahnya dan berkata. Tidak ada Tuhan selain Allah.
Sesungguhnya kematian itu ada deritanya (HR Bukhari).
Setelah selesai bersiwak, Rasulullah saw mengangkat tangannya dan mengarahkan pandangannya kea
rah langit-langitnya. Kedua-dua bibir bergerak perlahan. Aisyah yang berada berhampiran dengannya
mendengar kalimah-kalimah yang baginda katakana, Bersama-sama dengan para nabi, shiddiqin,
orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah aku dan pertemukan aku dengan Kekasih Yang Maha Tinggi, Ya
Allah Kekasih Yang Maha Tinggi ujar Rasulullah saw lirih. (HR. Bukhari).
Rasulullah saw mengulangi kata terakhirnya sebanyak tiga kali, lalu tangannya terkulai lemas. Mulutnya
tidak lagi bergerak. Tubuhnya jatuh ke pangkuan Asiyah. Tidak lagi bernyawa. Baginda kembali ke
pangkuan Yang Maha Tinggi. Inna Lil-lahi wa inna ilaihi rajiun.
11

Aisyah tersentak ketika tanganya memegang tubuh suaminya yang tercinta. Nafas Rasulullah saw tidak
lagi berhembus, matanya tertutup rapat seperti orang tertidur dengan lena dan bibirnya mengukirkan
senyuman. Dia memegang seluruh tubuh Rasulullah saw yang sudah tidak bernyawa lagi. Aisyah tidak
dapat menahan tangisan menghadapi kenyataan di hadapannya. Di pangkuannya kini terdapat sosok
manusia agung yang tidak lagi berdaya, tidak lagi bernafas dan tidak lagi berdenyut jantungnya. Dan itu
adalah jasad suaminya tercinta yang mengasihinya selama ini serta tidak pernah memarahinya, tidak
pernah memukulnya dan tidak pernah mencacinya. Hanya kelembutan yang diberikannya, hanya tutur
kata halus yang terucap dari mulutnya, hanya senyuman yang terukir dari kedua bibirnya, hanya tatapan
teduh yang menyejukkan yang kelihatan dari sorot matanya, dan hanya belaian serta usapan lembut
penuh kasih saying yang diberikan tangannya. Kini semuanya telah berakhir. Lelaki agung pembawa
risalah kebenaran itu terbaring di pangkuannya.
Aisyah menangis teresak-esak dan dengan sekuat tenaga dia berkata, Inna Lil-lahi wa inna ilaihi rajiun
ke semua orang yang berada dirumah tersebut secara serentak mengucapkan kalimah yang sama. Ketika
itu juga, tangisan pecah menyelimuti bilik Asiyah yang sempit. Aisyah meletakkan jasad Rasulullah saw
di atas tempat tidurnya yang hanya berlapiskan pelepah daun kurma.
Peristiwa tersebut terjadi pada waktu Dhuha, Isnin 12 Rabiul Awal Tahunk ke-11 Hijrah. Usia Rasulullah
saw ketika itu adalah 63 tahun 4 Hari.
Aisyah amat terkesan dengan peristiwa tersebut dan suatu hari dia berkata, Sesungguhnya di antara
nikmat Allah yang diberikan Allah kepadaku adalah Rasulullah saw meninggal di bilikku, pada giliranku
dan dipangkuanku. Ludahku dan ludahnya bersatu ketika baginda wafat.

Duka Para Sahabat
Berita sedih itu terus tersebar ke seluruh pelosok Madinah. Anas bin Malik mengatakan, Aku tidak lihat
melihat terdapat hari yang paling bersinar dan lebih baik daripada hari Rasulullah saw masuk ke
Madinah dan aku tidak melihat hari yang lebih buruk dan gelap daripada ketika Rasulullah saw
meninggal. (HR. Darimi, Misykatul Mashabih dan Jamil Tirmidzi). Ketika Rasulullah saw wafat, Fathimah
berkata, Wahai Ayahanda, Allah telah menjawab doamu, syurga Firdaus tempat kembalimu. Ayahanda,
kukhabarkan kepada Jibril tentang kematianmu. (Ibnu Hisyam).

12

Sikap Umar
Khabar duka itu diketahui Umar bin Khaththab. Dengan lantang dia berkata, Sesungguhnya beberapa
orang munafik mengatakan Rasulullah saw telah meninggal, Rasulullah saw telah mati. Tidak! Baginda
sedang pergi menemui Tuhannya sebagaimana Musa bin Imran. Dia tidak berada di tengah kaumnya
selama 40 hari, kemudian dia kembali kepada kaumnya setelah dikhabarkan bahawa dia telah
meningeal. Demi Allah! Rasulullah akan kembali dan akan memotong tangan dan kaki orang-orang yang
mengatakan bahawa dirinya telah meningeal. (Ibnu Hisyam).

Reaksi Abu Bakar
Di saat Umar berkata-kata, terdengar derap langkah kuda dari kejauhan. Semakin lama semakin hampir.
Di atas belakang kuda tersebut Nampak Abu Bakar dengan wajah penuh kecemasan. Kuda tunggangan
Abu Bakar Nampak penat sambil nafasnya mendengus-dengus tidak teratur. Abu Bakar memacu kuda
tersebut dengan cepat dari dataran tinggi Madinah, iaitu tempat tinggalnya. Dia melakukan perkara itu
ketika mendengar berita kematian Rasulullah saw.
Kaum Muslimin termasuk Umar memandang Abu Bakar turun dari kudanya. Tangannya menggamit
tongkat dan memasuki bilik Aisyah dengan melewati orang yang memenuhi kawasan tersebut. Langkah
kakinya cepat dan semua mata tertumpu kepadanya.
Pintu bilik dibuka, dan kesedihan segera menghampiri dirinya. Di dalam bilik, dia melihat Aisyah yang
mengangis. Di sudut bilik, Abu Bakar melihat tubuh terbaring berselimutkan kain. Jantungnya berdegup
cepat. Abu Bakar berusaha kuat menahan perasaannya. Perlahan-lahan, dia mendekati Aisyah, lalu
melangkah ke sudut bilik. Suara tangisan saling bersahutan, air mata tidak terbendung.
Abu Bakar berjalan menghampiri jenazah Rasulullah saw yang terbaring di tempat tidur, lalu membuka
kain yang menutupi wajah Rasulullah saw dengan perlahan. Wajah itu lebih indah daripada bulan
purnama, lebih bersinar daripada matahari, dan lebih harum daripada bau kasturi. Abu Bakar
mendekatkan mukanya dan mencium pipi Rasulullah saw. Air matanya mengalir membasahi kedua
pipinya. Sifat ketegasana Abu Bakar menghilang seketika, terasa perasaan duka yang mendalam. Orang-
orang yang menyaksikan keadaan tersebut terharu dan tidak mampu menahan tangisan. Dia berbisik
dengan suara yang dalam hamper tidak kedengaran, Demi ayah dan ibuku,betapa baik hidupmu dan
betapa baik pula matimu, Wahai Rasulullah saw.
13

Abu Bakar meneruskan bisikannya dengan suara berat. Sesungguhnya, engkau telah merasakan
kematian yang telah ditetapkan ajal ke atas dirimu. Namun setelah itu, engkau akan hidup dan tidak
pernah mati selamanya.
Suara tangisan semakin kedengaran dari ruang bilik Asiyah. Apa yang dilakukan Abu Bakar membuatkan
keadaan semakin terharu. Namun Abu Bakar berusaha untuk tegas dan tabah. Dia membelakangkan
badaannya dan berjalan keluar menuju ke masjid. Wajah sedihnya tidak boleh disembunyikan. Setelah
itu, orang yang membanjiri kawasan tersebut semakin ramai dan Umar masih kelihatan di sana. Abu
Bakar segera menghampiri Umar. Tenanglah, Umar. Tetapi Umar tak menghiraukannya dan terus
berkata dengan emosi. Lalu Abu Bakar mula berkata kepada orang yang mengerumuninya.
Wahai manusia, Siapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati.
Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak akan mati, kata Abu
Bakar.
Umar terduduk lemas mendengar apa yang disampaikan Abu Bakar. Rasulullah saw telah wafat. Ketika
Umar dilanda kekalutan, Abu Bakar membacakan firman swt. Muhammad hanyalah seorang rasul,
Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke
belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit
pun. Allah akan memberi balasa kepada orang-orang yang bersyukor. (QS. Ali Imran *3+: 144)
Umar bin Khaththab bertambah lemas, tubuhnya menggelatar dan tanah tempat duduknya seakan
bergoyang. Kemudian, dia seperti orang yang bingung dan segera keluar dari masjid, menjauhi orang
yang membanjiri kawasan tersebut. Umar ingin menyendiri di satu sudut Madinah tanpa ada orang di
sekelilingnya.
Umar mengangis sendirian dan air matanya mengalir deras seperti sungai di pipinya. Kini dia sedar,
Muhammad saw telah wafat. (HR. Bukhari).

Rasululllah saw Dimandikan
Jasad Rasulullah saw terbujur kaku di sudut bilik berselimut kain. Aisyah masih lgi duduk di sudut
rumah. Aisyah masih lagi duduk di sudut rumah. Dia tertunduk lemah dan tidak berdaya. Sementara,
14

para isteri Rasulullah saw menangis kesedihan. Mereka telah kehilangan suami yang begitu lembut dan
penuh kasih saying. Hati mereka remuk redam dan kedukaan penuh menyengat.
Matahari telah tergelincir dan kegelapan menyelimuti Madinah. Malam menjelma, langit duka
memayungi seluruh pelosok Bandar. Tidak terasa pagi telah menjelang tiba. Pada hari tersebut, jasad
Nabi saw harus dimandikan. Para sahabat bergegas menuju ke jasad baginda dibaringkan dan jenazah
mula dimandikan.
Mereka yang bertuah memandikan jasad Nabi saw adalah Abbas, Ali, FAdhl dan Qatsam (kedua anak
Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah saw), Usamah bin Zaid dan Aus bin Khali. Abbas, Fadhl dan
Qatsam bertugas membalik-balikkan jasad Rasulullah saw, Syaqran mengalirkan air, Ali
membersihkannya dan Aus mendakap jasad Rasulullah saw di dadanya. (Ibnu Majah).
Kain yang membungkus jasad Rasulullah saw tidak dibuka. Air mula membasahi tubuh Nabi saw.
Kulitnya kelihatan bersih, giginya tersusun rapi, putih berseri dan bauan yang harum keluar dari
mulutnya.
Ali kelihatan sibuk mengurut perut Rasulullah saw. Perut Nabi saw terus diurut dengan kedua tangan Ali
untuk mengeluarkan segala kekotoran. Namun sehingga urutan terakhir, Ali tidak mampu menjumpai
satu pon kotoran keluar dari dalam perut Nabi saw. Yang tercium hanyalah bauan yang harum.
Jasad Nabi saw terus dibersihkan sambil air tidak berhenti mengali ke tubuhnya. Fahdl juga sibuk
bertugas membalik-balikkan jasad Rasulullah saw. Ketika itu, belakang Nabi saw dipenuhi bekas pelepah
pohon kurma yang menjadi alas tidurnya. Sementara Ali pula menggosok badan Nabi saw, selepas dia
mengurut baginda. Dan air terus disiram ke tubuh yang sudah tidak bernyawa itu.
3 kali Rasulullah saw dimandikan dengan menggunakan daun bidara yang mana airnya berasal dari
telaga yang disebut al-Gharas milik Saad bin Khaitsamah di Quba. Semasa hidupnya, Rasulullah saw
minum air telaga ini. (Thabaqat Ibnu Saad).
Jasad Nabi saw selesai dimandikan danair yang membasahi jasad Rasulullah saw dikeringkan. Para
sahabat mengambil 3 lembar kain putih dan setiap kain itu diperbuat dari kapas yang halus terasa di
kulit. Mereka mengkafankan NAbi saw dengan kain tersebut. Gerakan mereka kelihatan hati-hati, seolah
khuatir tubuh Nabi saw terluka. Satu per satu kain tersebut menyelubungi jasad Rasulullah saw sehingga
sampai pada kain terakhir.
15

Tertutup sudah tubuh yang terbujur kaku itu. Tak terlibat lagi tangannya yang kuat, matanya yang jernih
dengan dengan pandangan yang redup, mulutnya yang selalu mengeluarkan kata-kata lembut, bibirnya
yang tidak pernah penat melemparkan senyuman, dadanya yang bidang yang ditumbuhi bulu-bulu halus
dan kakinya yang selalu melangkah untuk menegakkan kalimah Allah. Semuanya tinggal hanya
kenangan.
Jasad Rasulullah saw yang kini telah terbungkus dengan kain putih kemudian diangkat oleh para sahabat
untuk disolatkan. Nabi saw diletakkan di atas tempat tidur. Bilik Aisyah sesak kaum Muslimin yang ingin
turut serta dalam mensolatkan Rasulullah saw. Bilik kecil itu bertambah sesak ketika beberapa
rombongan Muhajirin dan Anshar datang.
Solat jenazah dilakukan secara berganti-ganti. Masing-masing dengan 10 orang tanpa seorang pun yang
menjadi imam. Giliran kali pertama yang mensolatkan adalah keluarga Nabi saw, diikuti orang-orang
Muhajirin lalu Anshar. Setelah kaum lelaki, giliran kaum perempuan yang mensolatkan ,kemudian
disusuli oleh kanak-kanak. (Muwaththa Malik, kitab al-Janaiz). Menjelang malam, jenazah Rasulullah
saw segera dikebumikan. Atas saranan Abu Bakar, Rasulullah aaw dimakamkan di tempat baginda
meninggal. Keputusan Abu Bakar itu berdasarkan kata-kata Rasulullah saw. Tidaklah seorang Nabi
diambil nyawanya kecuali di tempat itu pula dia dimakamkan. (HR Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Yala dan
Baihaqi).
Tempat tidur Nabi saw diangkat. Tanah di bawahnya digali untuk liang lahat dan ia adalah tempat
persemadian terakhir Rasulullah saw. Jasad Nabi saw diangkat menuju liang lahat dan antara mereka
yang memasukkan jenazah ke liang lahat adalah Ali bin Abi Thalib, Fadhl bin Abbas dan Qatsam bin
Abbas.
Air mata mengalir tanda duka dari orang-orang yang menyaksikan saat-saat terakhir Rasulullah saw di
dunia. Kaum Muslimin menangis sambil mata tidak lepas menatap jasad menatap jasad Rasulullah saw
diturunkan ke lubang kubur.
Kesedihan mereka semakin tidak tertahankan ketika lubang kubur tersebut sedikit demi sedikit ditutupi
tanah. Semakin lama tanah itu semakin banyak tubuh manusia mulia itu tidak lagi kelihatan. Tangisan
kaum Muslimin semakin tidak dapat ditahan. Kesedihan menambahkan lagi gelap langit malam di bumi
Madinah.
16

Berakhirlah kisah agung seorang manusia yang tidak kenal penat dalam memperjuangkan Islam. Seorang
manusia pilihan yang menghabiskan setiap detik kehidupannya untuk menyebarkan risalah Islam.
Para pelawat pulang ke rumah diringi dengan kesedihan. Malam terasa panjang bagi mereka kerana
mata mereka tidak mampu terpejam. Seakan-akan terasa singkat masa-masa indah yang mereka lalui
bersama Rasulullah saw.
Kami tidak dapat melupakan Rasulullah saw. Kami akan terus mengenangmu. Kami akan selalu
mengingatimu. Selamat jalan wahai Rasulullah saw. Selamat jalan wahai kekasih Allah. Kami rindu
kepadamu.

Rujukan
SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD SAW, Rujukan Lengkap Hidup Rasulullah saw dari sebelum kelahiran
hingga Detik-Detik Terakhir, Tterbitan Maghfirah Pustaka (M) Sdn Bhd. Februari 2013.

Doa agar Dapat Bermimpi Bertemu Rasulullah saw