SIRATAN MAKANAN.

PENGELUAR – PENGGUNA – PENGURAI.

1. Pengeluar ialah semua tumbuhan hijau yang dapat membuat
makanan sendiri dengan menjalankan proses fotosintesis.
2. Pengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan
yang lain.
 Haiwan herbivor adalah haiwan yang memakan tumbuhan
sahaja. Contohnya lembu, kambing dan belalang.
 Haiwan Karnivor adalah haiwan yang memakan haiwan lain
sahaja contohnya singa, harimau dan ular.
 Haiwan Omnivor adalah haiwan yang memakan tumbuhan dan
haiwan lain. Contohnya beruang, ayam dan itik.

3. Pengurai ialah organisma yang mengurai organisma mati (haiwan
atau tumbuhan) menjadi bahan-bahan yang ringkas. Contoh pengurai
ialah bakteria dan kulat.
4. Matahari ialah sumber tenaga bagi semua hidupan dalam rantai
makanan.

Rantai Makanan

1. Rantai makanan adalah suatu aliran tenaga dalam bentuk
makanan yang disalurkan daripada tumbuhan kepada haiwan.
2. Satu rantai makanan mempunyai beberapa organisma yang saling
bersandaran antara satu sama lain.
3. Semua organisma dalam rantai makanan yang mati akan diurai
oleh pengurai seperti bakteria dan kulat kepada bahan mineral yang
ringkas.

Siratan makanan
1. Satu siratan (jaringan) makanan terdiri daripada gabungan
beberapa rantai makanan.
2. Organisma-organisma dalam siratan makanan saling bersandaran
antara satu sama lain.
3. Seperti dalam rantai makanan, pengurai mengurai semua
organisma yang mati dalam siratan makanan.





PIRAMID NOMBOR

1. Merupakan satu susunan organisma yang menunjukkan bilangan relative
organisma pada setiap peringkat rantai makanan.

2. Sekiranya diperhatikan dalam ekosistem yang tidak terganggu,kita akan dapati
bilangan hidupan yang paling banyak ialah tumbuhan. Tumbuhan membekalkan
makanan kepada pelbagai jenis haiwan. Oleh itu, bilangannya harus melebihi
haiwan untuk menampung keperluan setiap makanan.

3. Bilangan pengguna primer seharusnya melebihi bilangan pengguna sekunder
dan bilangan pengguna sekunder mesti melebihi bilangan pengguna tertier.

4. Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap peringkat disusun mengikut
tertib dalam rantai makanan, satu model pyramid nombor akan terbentuk.

5. Pada rantai makanan yang melibatkan parasit, keadaan sebaliknya akan dapat
dilihat.

6. Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah perumah. Misalnya sepohon
pokok didiami oleh beberapa ekor burung herbivor yang memakan buah. Pada
seekor itu pula akan terdapat perpuluh-puluh atau beratus-ratus kutu pijat.




ALIRAN TENAGA

1. Dalam setiap rantai makanan, tenaga berpunca daripada matahari. Tenaga
daripada tumbuhan dipindahkan kepada organisma lain melalui rantai makanan
dan siratan makanan.

2. Dalam setiap peringkat, tenaga akan digunakan untuk respirasi dan aktiviti
organisma seperti tumbuhan dan pergerakan.

3. Untuk mendapatkan semula tenaga, organisma tersebut mestilah membina
makanan sendiri atau mencari makanan lain.

4. Aliran tenaga dalam pyramid nombor bermula daripada pengeluar.
Walaubagaimanapun, terdapat kehilangan tenaga apabila tenaga dipindahkan
dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

5. Tenaga dalam setiap peringkat akan hilang melalui aktiviti organisma seperti
respirasi, pencernaan, perkumuhan dan pergerakan.

6. Oleh itu, bilangan organisma pada dasar pyramid mestilah jauh lebih baik dari
bilangan organisma di atasnya supaya jumlah tenaga yang ada padanya
mencukupi untuk menyokong organisma di atasnya.


KEPENTINGAN SIRATAN MAKANAN

1. Memastikan kemandirian spesies – jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis
makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu
akan mati kebuluran.

2. Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.

3. Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan akan berubah dan
menyebabkan keseimbangan alam terganggu.

4. Contohnya pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi
bilangan ular.

5. Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan
makanan.