You are on page 1of 5

PROPOSAL

KEMPEN
KITAR
SEMULA
ANJURAN JAWATANKUASA
ECO-SCHOOL
SEKOLAH SRI BESTARI






1.0 PENGENALAN KEMPEN KITAR SEMULA

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan
yang baharu. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
bahan mentah baharu, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran
udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (tapak pelupusan) dan mengurangkan gas
rumah hijau berbanding penghasilan barang baharu dari bahan mentah. Kitar semula
adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan.

Bahan yang boleh dikitar semula seperti kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan
elektronik. Bahan yang akan dikitar semula sama ada dibawa ke tapak pengumpulan atau
dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baharu
untuk pengilangan.

Kempen kitar semula di Sekolah Sri Bestari dijalankan pada bulan Februari. Kempen ini
sebagai usaha dan sokongan terhadap Program Eco-School. Kempen ini melibatkan
penyediaan ruangan untuk kotak kitar semula di sudut kelas yang dibahagikan kepada tin,
botol plastik, dan kertas.

2.0 OBJEKTIF KEMPEN KITAR SEMULA

Kempen kitar semula ini dijalankan adalah bertujuan untuk :
(i) Menerapkan sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar dan guru.
(ii) Menjimatkan penggunaan sumber-sumber baharu.
(iii) Mengurangkan pencemaran udara, pencemaran air, dan penghasilan gas rumah
hijau.
(iv) Mengurangkan belanjawan kewangan dengan menghasilkan produk daripada
bahan kitar semula.
(v) Memelihara sumber alam semulajadi.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Pelaksanaan kempen kitar semula ini menumpukan kepada beberapa golongan kumpulan
sasaran. Antaranya adalah:
(i) pelajar dalam lingkungan umur (7-17 tahun) kerana melibatkan Sekolah
Menengah dan Rendah.
(ii) guru.
(iii) pekerja-pekerja sekolah.
(iv) ibu bapa.

4.0 PELAKSANAAN KEMPEN KITAR SEMULA DI SEKOLAH (PELAN TINDAKAN)
(i) Mengumpul maklumat
Maklumat tentang Program Eco-School diperoleh menerusi laman web, Badan-
badan Bukan Kerajaan (NGO) juga yang terlibat dalam program ini dikenal pasti.

(ii) Pendaftaran
Selepas semua maklumat diteliti dan pemilihan bidang pengkhususan dibuat,
barulah nama sekolah didaftarkan.

(iii) Pelantikan Jawatankuasa
Beberapa orang guru dan pelajar telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa
program yang akan melaksanakan segala projek di bawah Program Eco-School.

(iv) Taklimat/ pemberitahuan
Maklumat dan pemberitahuan tentang Program Eco-School dalam kalangan guru
dibuat ketika sesi mesyuarat staf. Manakala pelajar pula diberitahu semasa sesi
perhimpunan pada bulan Februari.

(v) Pengumpulan hasil
Barang-barang kitar semula akan dikumpul mengikut kelas masing-masing
mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
(vi) Kutipan hasil
Hasil-hasil pengumpulan barang kitar semula akan dikumpul di Makmal Biologi
sebelum dipindahkan ke tempat pengumpulan. Urusan timbang dan rekod
dijalankan. Kutipan pertama dibuat pada bulan Mac, manakala kutipan kedua
dibuat pada bulan September. Seterusnya pada bulan Oktober.

(vii) Jualan
Barang-banrang kitar semula dijual untuk mendapatkan dana bagi digunakan
untuk tujuan Program Eco-School.

(viii) Kemas kini data
Rekod jualan yang dibuat akan dimasukkan dalam borang khas sebagai data untuk
tujuan rujukan. Data ini akan direkodkan mengikut bulan yang telah dibuat
kutipan.

5.0 PENUTUP
Kempen kitar semula diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mewujudkan
persekitaran sekolah yang harmoni selain membentuk disiplin pelajar. Kempen ini tidak
akan berjalan dengan lancar tanpa usaha dan sokongan daripada semua pihak. Oleh itu,
pelaksanaan kempen ini haruslah dipantau dari semasa ke semasa supaya budaya kitar
semula dapat dijalankan secara berterusan.










REKOD PENGUMPULAN BARANG-BARANG KITAR SEMULA

KELAS J F M A M J J O S O N D
1 CP 50.2 18.2
1 CS 0.6 -
1 CG 62.8 70.5
1 CK 2.0 8.8
1 CL 21.8 -
2 CP - -
2 CS - -
2 CG - -
2 CL 6.1 -
3 CP - -
3 CS 4.1 -
3 CG - -
3 CK - -
3 CL 7.5 -
4 SC 20.6 -
4 BIZ 6.5 3.8
4 TECH - -
4 VOC - 3.0
5 SC1 33.6 -
5 SC2 3.3 -
5 A1 - -
5 A2 - -
Jumlah
Jualan (RM)
126.70
Tarikh 4/3/13 27/9/13