1

1.0 Pengenalan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada
Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar
tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang
kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di
dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan
guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan
sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.
Pelaksanaan PBS juga adalah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks
pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih
memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus
sekolah mentadbir sekolah.
Syukur alhamdulillah dengan limpah kurniaNya saya dapat menjalani PBS di Sekolah
Kebangsaan Jelawat Dua. Ini merupakan pengalaman pertama bagi seorang guru sebelum
melangkah ke alam pengajaran di sekolah. Saya telah diberikan taklimat terlebih dahulu oleh
Unit Praktikum sebelum menjalani PBS. Mereka membenarkan saya untuk memilih sekolah
sendiri dan akhirnya saya telah memilih sekolah yang berhampiran dengan rumah saya iaitu
Sekolah Kebangsaan Jelawat Dua untuk melakukan PBS pada 18 Ogos sehingga 22 Ogos
2012. Soalan tugasan saya pada semester kedua ialah berdasarkan Major yang saya ambil
iaitu Bahasa Melayu. Tugasan tersebut ialah melaksanakan pemerhatian terhadap
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah yang
dipilih.








2

2.0 Laporan Pemerhatian Pengajaran Guru
Sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Jelawat dua, saya telah ditugaskan untuk
membuat pemerhatian terhadap guru Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran
tersebut. Saya telah mengumpul maklumat dan saya juga telah memerhatikan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP). Antara elemen-elemen laporan saya adalah merangkumi:


2.1 Proses Pdp Guru Bahasa Melayu
Saya telah melakukan pemerhatian terhadap salah seorang guru bahasa melayu
yang berpengalaman di sekolah ini iaitu Puan Siti Khadijah Binti Ramli. Kelas yang diajar
oleh beliau ialah kelas pertama bagi tahun dua iaitu kelas dua Murabbi (KSSR). Kelas ini
mempunyai seramai 25 orang murid sahaja yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan
13 orang murid perempuan. Tajuk yang diajar olehnya pada masa tersebut ialah “Hidup
Sihat”. Masa pembelajaran ini berlaku ialah pada jam 9.45 pagi sehingga jam 10.45 pagi
iaitu pada hari Selasa 5 Mac 2014.
Sebelum memulakan proses pdp, puan siti sebelum itu bertanyakan masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan bertanyakan pelbagai soalan-soalan yang
berada di luar topik pengajaran. Ini mungkin merupakan salah satu daripada set induksi yang
dilakukan sebelum memulakan aktiviti pembelajaran. seterusnya, beliau juga menganmbil
sedikit masa untuk menyemak semula kerja-kerja yang telah diberikan pada hari yang
Proses Pdp Guru
Bahasa Melayu
Pendekatan,
Kaedah, Dan Teknik
Yang Digunakan
Pengaplikasian
Bahan Bantu
Mengajar (BBM)
Cadangan-cadangan
Penambahbaikkan
3

sebelumnya kepada murid-muridnya. Setelelah berpuas hati dengan hasil kerja murid-
muridnya, beliau telah meneruskan sesi pembelajaran.
Sepanjang saya pemerhatian saya, murid-murid ini mengikuti pengajaran yang
disampaikan oleh Puan Siti dengan tumpuan yang sepenuhnya walaupun terdapat
sesetengah murid membuat bising iaitu dengan berbual-bual dan bergurau senda. Namun
begitu, puan siti bijak mengatasi keadaan tersebut. Selain itu, saya juga mendapati bahawa
mereka amat patuh terhadap arahan guru bahasa melayu mereka dengan menjalankan
latihan-latihan yang diberikan. Saya juga melihat mereka sangat seronok mengikuti setiap
apa yang disampaikan oleh Puan Siti kerana beliau banyak menggunakan strategi
pengajaran yang berkesan.

2.2 Pendekatan, Kaedah, Dan Teknik Yang Digunakan
2.2.1 pendekatan
Antara pendekatan yang digunakan oleh puan siti bagi menyempurnakan proses Pengajaran
dan Pembelajarannya ialah:

a. Pendekatan Cerakinan
Dalam mengajar ayat-ayat yang panjang iaitu seperti petikan teks, puan siti telah
menggunakan pendekatan cerakinan iaitu dengan memecahkan ayat-ayat yang panjang
kepada ayat-ayat yang pendek. Hal ini dilakukan bagi memastikan murid-muridnya mampu
untuk mengeja dan membaca huruf suku kata, perkataan dan ayat dengan baik.
b. Pendekatan Komunikatif
Selain daripada pendekatan cerakinan, Puan Siti juga turut menggunakan pendekatan
komunkaitif bagi menggalakkan penglibatan murid sewaktu berada di dalam kelas. Murid-
murid dikehendaki untuk menjalankan aktiviti bercerita dengan berpandukan teks yang
diberikan. Ini secara tidak langsung mewujudkan komunikasi dua hala diantara dua pihak
iaitu guru dan murid.
Pendekatan
Cerakinan
Pendekatan
Komunikatif
4

2.2.2 Kaedah
Antara kaedah yang digunakan oleh puan siti bagi menyempurnakan proses Pengajaran dan
Pembelajarannya ialah:

a. Kaedah Pandang dan sebut
Bagi menyempurnakan lagi proses pengajaran beliau, Puan Siti telah menggunakan kaedah
pandang dan sebut. Belia telah menampal beberapa kad gambar yang bersesuaian dengan
tajuk yang dibawanya. Seterusnya, beliau memanggil beberapa orang murid untuk tampil ke
hadapan dan kemudiannya menyebut apa yang dilihat. Ternyata dengan kaedah seperti ini,
saya mendapati bahawa murid-murid amat tertarik dan memberikan perhatian yang
sepenuhnya terhadap proses pembelajaran yang berlaku.

2.2.4 Teknik
Antara teknik yang digunakan oleh puan siti bagi menyempurnakan proses Pengajaran dan
Pembelajarannya ialah:

a. Teknik Tatacerita
selain itu, puan siti telah menggunakan teknik tatacerita bagi memantapkan proses
pengajarannya. Menerusi teknik ini, Puan Siti telah menggunakan pengalaman sedia ada
murid untuk menjalankan aktiviti bercerita. Sebelum memulakan aktiviti bercerita ini, puan siti
telah memanggil beberapa orang murid untuk menyatakan pengalaman-pengalaman yang
diperolehi. Seterusnya, di akhir pembelajaran, Puan Siti telah mengarahkan murid untuk
membina cerita berdasarkan pengalaman mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Kaedah Pandang dan
Sebut
Teknik Tatacerita
5

2.3 Pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Antara alat-alat bahan bantu mengajar yang digunakan oleh Puan Siti semasa proses
pembelajarnya ialah terdiri daripada:

Kad-kad gambar


Buku teks


Lembaran kerja
6

2.4 Cadangan-cadangan Penambahbaikkan
Saya mencadangkan penggunaan BBM yang lebih menarik seperti ICT kerana
melalui pemerhatian saya ketika kelas-kelas lain berlangsung seperti kelas muzik, murid-
murid sangat menumpukan perhatian ketika guru mengajar dengan menggunakan tayangan
video. Murid-murid juga tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan sebarang maklumat
berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa
BBM yang baik amat membantu proses pengajaran terutamanya untuk tujuan kefahaman
murid-murid. Pada pandangan saya, murid-murid akan lebih faham jika di dedahkan dengan
grafik-grafik yang menarik.
Saya juga menyarankan agar pembelajaran bukanlah hanya tertumpu di dalam kelas sahaja.
persekitaran yang berbeza serta berlainan juga mampu untuk membuatkan minat murid-
murid bertambah. Antara tempat-tempat yang sesuai untuk melaksanakan proses PdP selain
daripada kelas ialah seperti di bawah pokok, taman-taman yang terdapat di sekolah dan
sebagainya. Dengan cara ini, tumpuan murid terhadap pembelajaran mampu untuk
ditingkatkan.

3.0 Rumusan
Sebagai kesimpulan terhadap pemerhatian saya sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran Puan Siti, saya mendapati bahawa puan siti merupakan seorang guru Bahasa
Melayu yang bagus serta amat berpengalaman dalam tugasnya. Selain itu, beliau juga
seorang yang cakna terhadap tugasnya disamping peka terhadap tingkah laku muridnya.
Bagi saya, Puan Siti merupakn contoh yang terbaik sebagai seorang guru untuk diikuti. Ingin
saya memetik kata-kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jelawat Dua; “Menjadi guru
merupakan tugas yang murni dan terpuji serta sangat diredhai oleh Allah S.W.T. Ramai yang
dapat menjadi guru tetapi tidak mampu untuk menjadi seorang guru yang berwibawa”. Oleh
itu, saya amat berbangga jika saya mampu menjadi guru sedemikian.





7

Refleksi diri
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga saya
menyiapkan tugasan bagi subjek Pengajaran (BMM 31) pada masa yang tetapkan. Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. ( ) yang merupakan
pensyarah pembimbing dalam matapelajaran ini. Penerangan serta pengolahan idea
daripadanya banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini. Sebelum diberikan
tanggungjawab melaksanakan tugasan ini, saya rakan-rakan yang lain telah diberikan
penjelasan serta penerangan yang jelas tentang kaedah-kaedah pelaksanaan tugasan ini.
Melalui penerangan serta tunjuk ajar yang jelas oleh pensyarah pembimbing kami, saya dan
rakan-rakan yang lain berupaya untuk melaksanakan tugasan kami yang mana berfokuskan
kepada laporan pemerhatian pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah yang dipilih.
Melalui tugasan ini, saya melihat bahawa ianya banyak memberikan ilmu
pengetahuan baru kepada diri saya yang bakal bergelar sebagai seorang guru. Dengan
pendedahan terhadap proses pengajaran yang sebenar, saya sedikit sebanyak mampu
untuk mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari di dalam kehidupan saya sebagai seorang
bakal guru. Tambahan itu, tugasan ini juga membantu saya menjadi seorang yang lebih
peka serta cakna terhadap perkara yang berlaku di sekitar. Sebagai seorang guru, sikap
cakna terhadap murid-murid amat penting agar hubungan di antara guru dengan murid
mampu terjalin dengan utuh. Hal ini kerana, hubungan yang baik memungkinkan kepada
minat serta tumpuan murid dapat ditingkatkan.
Tambahan itu, menerusi tugas ini juga, ia telah menjadikan saya seorang yang
berperwatakan profesional dalam melakukan tugas. Walaupun tugasan ini dikira sebagai
tugasan sampingan, namun begitu, saya menganggap bahawa tugasan ini amat penting
agar nilai-nilai keguruan dapat disemaikan di dalam diri. Sepanjang melaksanakan tugasan
ini di sekolah, terdapat beberapa kelemahan yang telah saya kenal pasti. Antaranya ialah
saya tidak melakukan persiapan rapi dalam menjalankan tugasan ini. Namun begitu, saya
telah membuat sedikit catatan dan ia dilihat amat membantu saya dalam melaksanakan
tugasan ini. Oleh itu, sebagai penambahbaikkan di masa-masa hadapan, saya akan lebih
bersedia serta akan membuat persiapan yang rapi sebelum melakukan tugasan-tugasan
seperti ini.
Akhir kata, tugasan yang diamanahkan melalui tugasan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104)
ini banyak memberikan manfaat serta ilmu yang baharu kepada diri saya. Melalui tugasan ini
8

juga, saya telah mampu mengenal potensi diri saya serta kelebihan yang terdapat dalam diri
saya walaupun bukan sepenuhnya. Oleh itu, saya akan cuba untuk mencungkil semua
bakat-bakat yang terpendam dalam diri saya pada suatu masa kelak demi merialisasikan
impian saya sebagai seorang pendidik yang terbilang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan yang terdapat sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, ia sedikit sebanyak
membantu saya untuk mengubah cara kerja saya supaya lebih berkesan disamping
memberikan pengajaran yang berguna kepada diri saya. Di kesempatan ini juga, saya
dengan rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kerana tidak jemu
dalam mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya serta rakan-rakan yang
lain. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi seorang guru yang
berguna apabila saya ditempatkan di sekolah kelak. Segala yang baik itu datangnya dari
Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Terima kasih.














Rujukan
9

Azizul Rahman & Mohamad Saleeh. (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang.
Cheras:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nik. Safiah Karim et al. (2008). Kamus Tatabahasa Dewan. (Edisi Ke-3). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noresah bt. Baharom et al. (2010). Kamus Dewan. (Edisi Ke-4). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn.


















10







LAMPIRAN

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful