You are on page 1of 6

Sabah Forestry Department Official Website - Profail

Strategi untuk Pengurusan Hutan Mampan di Sabah

Selaras dengan visi dan objektif Jabatan Perhutanan Sabah, pelbagai strategi telah dikenalpasti
untuk menangani isu-isu semasa perhutanan, terutamanya yang berkaitan dengan Pengurusan
Hutan Mampan. Strategi tersebut adalah seperti berikut:

1. Hutan Simpan Kekal


• Mengistiharkan kawasan yang mencukupi untuk dimasukkan ke dalam Hutan Simpan
Kekal.
• Memastikan tiada bahagian Hutan Simpan Kekal dikeluarkan daripada pewartaan kecuali
dalam keadaan yang mendesak, yang mana kawasan tersebut harus digantikan;
• Mengenalpasti kawasan tanah kerajaan yang bersesuaian untuk dimasukkan sebagai
Hutan Simpan Kekal.

2. Pengurusan Hutan Mampan

• Memastikan perancangan hutan selaras dengan 3 peringkat pengurusan seperti jadul di


bawah :

Jangkamasa
Peringkat Pengurusan Komponen Utama
Pengurusan
1. Pelan Sektor Perhutanan
Sektor Perhutanan 10 - 20 tahun 2. Dasar Perhutanan
3. Perundangan
1. Penzonan Kawasan Hutan
Unit Pengurusan Hutan 5 - 10 tahun 2. Inventori Sumber
3. Kawalan Output
1. Penuaian & Silvikultur
Kompartmen Tahunan 2. Produk hutan bukan kayu
3. Perakaunan sumber

• Meletakkan kawasan hutan kekal di bawah pengurusan hutan mampan supaya


keuntungan sosio-ekonomi dan alam-sekitar dari hutan diurus secara berkekalan;
• Menyebarkan model perancangan pengurusan Hutan Deramakot kepada semua Hutan
Simpan Komersial di Sabah.;
• Melaksanakan Pengurusan Hutan Mampan kepada semua Unit Pengurusan Hutan, yang
mana setiap Unit mempunyai lebih kurang 100,000 ha Hutan Komersial;
• Memastikan perancangan hutan kepada ke semua Unit Pengurusan Hutan telah
disiapkan mengikut preskripsi yang bersesuaian untuk perlaksanaan di lapangan.

3. Perlesenan

• Hutan Simpan Kekal

Dalam perlaksanaan Pengurusan Hutan Mampan, Kerajaan telah mengeluarkan lesen perjanjian
jangka panjang selaras dengan Seksyen 15(1), Enakmen Hutan 1968. Perjanjian ini memerlukan

Page 1 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail

pelesen mengurus Unit Pengurusan Hutan dalam tempoh 100 tahun berdasarkan beberapa
syarat :
o Unit Pengurusan Hutan diurus berdasarkan perjanjian lesen;
o Pelesen mengemukakan bon kemajuan bernilai RM 5 juta;
o Pelan pengurusan telah disediakan dan diluluskan;
o Keperluan penyertaan sekurang-kurangnya 30% Bumiputra Sabah dalam syarikat;
o Menggunakan kaedah mesra alam penuaian seperti Pembalakkan Impak Rendah
(Reduced Impact Logging : RIL) dan Skyline;
o Melaksanakan silvikultur dan penanaman mengaya;
o Menggunakan tenaga perhutanan yang profesional dan berpengalaman;
o Pelesen harus menanggung segala kos perancangan pengurusan hutan dan
perlaksanaan.

• Tanah Kerajaan dan Tanah Bergeran


o Mengeluarkan lesen untuk Tanah Kerajaan dan Tanah Bergeran berdasarkan
Enakmen Hutan 1968 dan Dasar Kerajaan yang lain;
o Memastikan penggunaan optima sumber hutan pada Tanah Kerajaan dan Tanah
Bergeran.

• Lesen sedia ada


o Memperbaharui lesen hutan hanya untuk Tanah Kerajaan dan Tanah Bergeran
sahaja;
o Pembaharuan lesen untuk pembalakan dalam Hutan Simpan akan dihentikan secara
berperingkat-peringkat;
o Lesen konsesi jangka panjang akan dikaji semula dan diselaraskan dengan
perlaksanaan Pengurusan Hutan Mampan.

4. Pengeluaran Hutan & Hasil


• Mempromosikan pengeluaran yang efisien melalui pengurusan perancangan yang
sistematik dan pembangunan sumber untuk mengurangkan kemusnahan persekitaran
hutan;
• Memastikan penggunaan optima sumber hutan dengan menggalakkan penuaian dan
pengeluaran balak yang teratur dan sistematik;
• Memastikan pendapatan hutan berasaskan kapasiti pengeluaran sumber hutan agar
dapat menyumbangkan ke arah pembangunan sosio-ekonomik mampan, dan
• Memastikan pungutan royalti yang efisien dan sistematik dan juga caj-caj lain pada
pengeluaran hutan.

5. Penguatkuasaan dan perundangan

Memastikan Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan Hutan 1969 dikemaskini selalu dan
dikuatkuasakan sepenuhnya untuk menyokong keberkesanan perlaksanaan Pengurusan Hutan
Mampan berdasarkan :

Page 2 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail

• Membentuk komitee yang diketuai oleh Pejabat Peguam Negeri untuk mengkaji
perundangan hutan setiap 6 bulan;
• Mencadangkan kepada Jawatankuasa Menteri mengenai Dasar Perhutanan jika ada
keperluan tambahan kepada peraturan;
• Mengujudkan dan menguatkan pasukan penguatkuasaan dalam semua daerah
Perhutanan;
• Meningkatkan operasi khusus ke atas aktiviti kesalahan hutan dengan bantuan pihak
polis dan tentera;
• Mengambil tindakan disiplin ke atas kakitangan Jabatan Perhutanan yang didapati terlibat
dengan kesalahan hutan; dan
• Memohon bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah yang melibatkan
pekerja asing yang terlibat dalam kesalahan hutan agar penyelesaian secara diplomatik
dapat dicapai.

6. Perlindungan
Mengambil langkah yang proaktif dalam perlindungan Hutan Simpan Kekal, seperti :-
• Menandakan sempadan hutan simpan di lapangan;
• Mengambil langkah segera untuk meningkatkan kapasiti kepentingan langkah-langkah
pencegahan;
• Menangani aktiviti pertanian pindah haram dalam hutan simpan dan memindahkan
mereka ke penempatan yang disediakan dalam program perhutani masyarakat, dan
• Mempromosikan kerja sukarela mengenai perlindungan hutan dan pemeliharaan oleh
pemilik tanah persendirian.

7. Pembangunan Sumber Hutan


• Menggalakkan pelesen untuk melaksanakan rehabilitasi hutan dalam kawasan yang telah
dibalak seperti yang diperlukan dalam perjanjian lesen Pengurusan Hutan Mampan.
• Meningkatkan langkah-langkah rehabilitasi dalam hutan simpan berproduktiviti rendah
melalui tanaman mengaya dan rawatan silvikultur yang bersesuaian. Bagi kawasan hutan
miskin dan “degraded”, perladangan hutan diperkenalkan.
• Mempromosikan pembangunan perladangan hutan melalui penyertaan yang aktif di
kalangan sektor swasta; dan
• Menyediakan insentif yang bersesuaian dalam usaha untuk menggalakkan pelabur untuk
melabur dalam ladang hutan.

8. Pembangunan Industri Perkayuan


Disebabkan berkurangnya sumber balak, industri perkayuan tidak boleh bergantung kepada
bekalan tinggi balak yang tetap dari hutan seperti masa dahulu. Pembangunan industri harus
menumpukan kepada langkah-langkah penyesuaian termasuk yang berikut:-
• Mengubah kapasiti industri berdasarkan sumber hutan yang sedia ada;
• Meningkatkan pemprosesan yang efisien untuk mengurangkan bahan buangan;

Page 3 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail

• Penstrukturan semula industri berdasarkan pemprosesan kayu integrasi ke arah


pengeluaran tambah-nilai yang berkualiti eksport;
• Meningkatkan kebolehan kompetitif dalam industri berkaitan kos dan penggunaan
sumber; dan
• Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan operator kilang kayu dengan
memperkenalkan sijil hijau dalam pembaharuan lesen kilang.

9. Perdagangan dan Pemasaran


Walaupun berkurangnya sumber hutan, Jabatan akan berusaha untuk meningkatkan
pendapatan, dengan memberi tumpuan seperti berikut:
• Membenarkan eksport balak dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan dan
meningkatkan harga kayu dalam pasaran tempatan;
• Memastikan pentadbiran eksport balak dan lain-lain hasil hutan berada dalam bidang
kuasa Kerajaan Negeri;
• Menggalakkan impot balak agar memenuhi keperluan industri kayu tempatan; dan
• Menyediakan system maklumat pasaran untuk menyelaraskan bekalan dan permintaan di
Negeri ini untuk mencerminkan harga pasaran semasa.

10. Peranan Agensi-Agensi Berkaitan


Jabatan Perhutanan perlu bekerjasama erat dengan agensi tempatan dan agensi kerajaan
persekutuan yang berkaitan agar pelan pembangunan bagi ke semua hutan dapat dilaksanakan
secara efektif, terutamanya dalam aspek-aspek berikut:
• Konservasi Alam Sekitar;
• Program Rehabilitasi Hutan;
• Konservasi dan Pengurusan Hidupan Liar;
• Penyelidikan dan Konservasi Biodiversiti, dan
• Penguatkuasaan Undang-Undang.

11. Penyertaan Sektor Swasta

• Mempromosikan penyertaan sektor swasta dalam perlaksanaan Pengurusan Hutan


Mampan dengan menyediakan insentif-insentif yang bersesuaian;
• Membantu dan memberi panduan kepada sektor swasta, terutamanya pemegang Lesen
Perjanjian Pengurusan Hutan Mampan agar mereka memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan sektor perhutanan; dan
• Membantu sektor swasta dalam menyediakan diri mereka sendiri duntuk perlaksanaan
pengurusan hutan mampan.

12. Penyertaan Perusahaan Bumiputera


• Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam industri perkayuan, selaras dengan dasar
kerajaan;
• Membantu peniaga Bumiputera dalam perkara berkaitan pengurusan industri perkayuan;

Page 4 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail

• Menggalak penyertaan Pengusaha Bumiputera dalam Industri Perkayuan dengan


memberikan insentif dan mekanisma lain yang bersesuaian. Ianya juga melibatkan
Pemgusaha kurang upaya untuk membentuk konsortium.

13. Tenaga Kerja dan Pembangunan Latihan


• Meningkatkan peringkat latihan perhutanan pekerja perhutanan dalam kedua-dua sektor
swasta dan kerajaan;
• Meningkatkan Institut Latihan Perhutanan sebagai pusat kecemerlangan latihan
Perhutanan;
• Memastikan daya kerja sektor swasta mempunyai latihan yang mencukupi dalam
melaksanakan pengurusan hutan mampan;
• Membantu dan menyegerakan proses latihan kepada sektor swasta dan kerajaan dengan
membangunkan pelatih teras, yang mana mereka ini akan menjadi pelatih utama hutan;
• Menyediakan program latihan untuk perlaksanaan dan pemantauan oleh sektor swasta
dan kerajaan; dan
• Mengenalpasti keperluan latihan dan menyediakan program latihan yang dikemaskini
secara konsultansi berkala bersama sektor swasta.

14. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO)


• Meningkatkan kredibiliti program dan aktiviti Jabatan menerusi penyertaan NGO.
• Menggalakkan penyertaan NGO dalam perlaksanaan pengurusan Hutan Mampan
menerusi perundingan dan jawatankuasa.
• Menganjurkan forum untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu semasa.

15. Kerjasama Perhutanan Antarabangsa.


• Meneruskan sumbangan ke arah pengurusan hutan mampan dengan memohon nasihat
teknikal dan panduan daripada agensi antarabangsa yang berkaitan;
• Mengenalpasti kerjasama di masa hadapan, selaras dengan matlamat dan objektif
Jabatan; dan
• Mencari bantuan kewangan dari sumber asing untuk penyelidikan dan pembangunan
hutan.

16. Perhutanan Masyarakat


• Mengkaji program projek Perhutani Masyarakat untuk memastikan ianya selaras dengan
konsep tradisi perhutanan masyarakat;
• Mengenalpasti komuniti kampung yang berada di hutan simpan, melalui kajian sosio-
ekonomi untuk memastikan komuniti tempatan perlu diketengahkan dalam penyediaan
pelan pengurusan hutan;
• Memastikan peruntukkan dari Pembiayaan Pembangunan Komuniti Hutan digunakan
untuk melaksanakan aktiviti yang direkomendasi dalam pelan pengurusan hutan; dan
• Mengeratkan antara agensi kerajaan yang lain dalam menyediakan ameniti asas kepada
komuniti kampung.

Page 5 of 6
Sabah Forestry Department Official Website - Profail

17. Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan

• Mengkaji program penyelidikan yang sedia ada untuk memastikan sumbangan ke arah
pengurusan hutan mampan.
• Meningkatkan penyelidikan berdasarkan aktiviti kepada konservasi alam sekitar,
biodiversiti dan sumber hutan bukan kayu; dan
• Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penyelidikan perhutanan.

18. Eko-Pelancungan

• Mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk rekreasi luar dan perlancongan alam
semulajadi.
• Menyediakan ameniti rekreasi dan kemudahan eko-lancong di seluruh Sabah;
• Menyediakan dasar yang bersesuaian untuk menyokong pembangunan eko-lancong
dalam hutan simpan; dan
• Memastikan pembangunan eko-lancong dalam hutan simpan selaras dengan prinsip
kegunaan hutan mampan.

19. Pentadbiran
Tugas Jabatan Perhutanan adalah sebagai penjaga kepada sumber hutan Sabah dan penjana
pendapatan yang seharusnya dikekalkan. Dalam pandangan ini, pentadbiran Jabatan harus
dikuatkan dan dimodenkan agar selaras dengan pembangunan semasa seperti berikut;
• Jabatan Perhutanan
o Mengurangkan red tape dan birokrasi dalam pentadbiran.
o Membentuk pasukan tugas khas dalam membendung masalah birokrasi dan “red
tape”;
o Menambah keupayaan Jabatan Perhutanan;
o Meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dalam pentadbiran dan pengurusan
hutan, dengan mengujudkan rangkaian komputer di antara semua pejabat perhutanan di
Sabah.
o Memastikan pembiayaan yang mencukupi untuk pengurusan hutan; dan
o Penstrukturan Jabatan Perhutanan dan memperkenalkan konsep korporat dalam
pentadbiran dan pengurusan.

• Jawatankuasa Menteri Dasar Perhutanan – Menyokong perlaksanaan Dasar dan Strategi


Hutan negeri

Page 6 of 6