You are on page 1of 6

Definisi Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye)

Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak
pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini
sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina.

Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini merupakan
satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudian
dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa cara
mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara
jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan.
Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak
yang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut.
Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat
terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya
yang akan terhasil adalah kecil.

Sejarah corak ikatan dan celupan

Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive
diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain
bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh dan ke-lapan lagi. Di Tanah
Melayu, kain bercorak sebegini mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada
zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah
diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad
ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu.
Dalam tahun 1911, Haji Che Su B. Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di
Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik
hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”. Pada
masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementara itu warna dibuat
sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah
biru dan hitam sahaja.
Tokoh

Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan
dalm tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung
Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula
dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok
kayu.

Teknik corak ikatan dan celupan

Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi.
Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kain
mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang
dihasilakan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih
banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti
pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi.

Contoh Corak ikatan dan Celupan


Jenis ikatan

1. Jahitan

2. Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek

3. Lipatan dan ikatan

4. Simpulan

Jenis Ikatan yang digunakan

Bahan dan alatan

Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan celupan
ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas

2. Tali, benang, gelang getah

3. Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya

4. Warna, dye

5. Garam,

6. Sudu, kayu pengacau


7. Apron

8. Sarung tangan

9. Lain lap

10. Bekas untuk pewarnaan

11. Sodium silikat

Kepelbagian teknik ikatan dan celupan

Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan. Maksudnya teknik ini
telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang menarik dan dijual dengan harga
yang berpatutan.

Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah :


Contoh-contoh baju yang menggunakan teknik ikatan dan celupan

Proses perkembangan idea dan lakaran yang merangkumi komposisi, kreativiti


dam artistik

Untuk menghasilkan sebuah “lampu tidur” bukanlah semudah yang disangkakan.


Penerapan teknik ikatan dan celupan juga boleh dikatakan agak rumit dan cerewet
untuk disudahkan kerana ia banyak melibatkan koordinasi tangan, mata, ketekunan dan
perasaan individu yang menghasilkannya.

Tema bagi tugasan yang perlu disiapkan adalah ‘Hiasan Dalaman. Pada mulanya, saya
agak kurang jelas mengenai tema tersebut. Tetapi setelah berbincang dalam kelas
bersama pensyarah, saya telah dapat gambaran mengenai tugasan ini. Saya juga
memilih “Lampu Tidur” sebagai tema hiasan dalaman untuk dihasilkan melalui teknik
ikatan dan celupan.

You might also like