You are on page 1of 2

Kek chesse

Bahan-bahan ( loyang bulat 7" ketinggian minima 3" @ 8" ketinggian


ketinggian 2" (saya guna 7 1/2") )
Inti:
250g cream cheese, suhu bilik
4sb @ 60g gula kastor - boleh dikurangkan kalau guna fresh cream atau mangganya
manis
1/2sb + 1/2st @ 6g tepung kastad
2sb @ 15g tepung jagung
*Tepung jagung dan tepung kastad diayak bersama

1/2C + 4sb @ 180g isi mangga, diblend halus, dari sebiji mangga besar
2 biji telur Gred A
100ml @ 100g UHT dairy whipping cream - sy guna 100g fresh cream yang sudah
dipukul kental tapi dibiarkan pada suhu bilik hingga ia cair dan lembut. Boleh ganti
dengan yoghurt asli atau yoghurt perisa mangga tapi adjust gula ikut kesesuaian. Guna
yoghurt

Hiasan:
1 biji mangga, dihiris
40g gilis apricot (apricot gel)
40ml air
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 150C.
2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama gula kastor hingga sebati. Masukkan
tepung jagung, tepung kastad dan kacau sebati. Masukkan isi mangga yang diblend halus
dan pukul lagi.
3. Masukkan telur satu per satu, sambil dipukul rata. Masukkan whipping cream@fresh
cream dan pukul hingga adunan menjadi pekat.
4. Tuangkan adunan ke dalam base biskut tadi. Balut loyang springform@loose pan dengan
aluminium foil 2-3x untuk elak air meresap ke dalam loyang kek.
5. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake (loyang kek diletakkan dalam loyang
lebih besar, isikan air panas dalam loyang besar hingga mencecah separuh ketinggian
loyang kek tersebut. Tak perlu banyak sangat, asalkan loyang kek tu boleh bergoyang
sikit oklah). Bakar selama 1 jam 10 minit, dengan 10 minit terakhir loyang di'rotate'kan
untuk dapat permukaan dibakar rata.
6.
Tutup suis oven dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Keluarkan bekas berisi air
dari oven. Biarkan kek betul-betul sejuk di dalam oven dengan pintunya direnggangkan
sedikit. *** (Permukaan kek akan kelihatan sedikit kering tapi jangan sampai merekah,
dan tengah-tengah kek akan bergoyang/jiggle sedikit apabila loyangnya digoyangkan).
7. Sesudah kek sejuk, keluarkan dari oven dan hiaskan dengan hirisan mangga. Untuk
tujuan mengilatkan dan mengelakkan mangga teroksida menjadi hitam, cairkan glis
apricot dan air dalam periuk kecil di atas api yang kecil. Kacau hingga glis larut dan sapu
atas hirisan mangga tadi. Biarkan kek sejuk dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum
dikeluarkan dari loyang spring form/loose pan dan dihidangkan.
8.
Kek keju manga yang sudah dipotong: