You are on page 1of 1

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran yang penting dalamkurikulum pendidikan
formal sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran ini tidak ditaksirkan dalam bentuk
peperiksaan tetapi ia ternyatarelevan dan bersesuaian dengan mata pelajaran yang digubal oleh
KementerianPelajaran Malaysia. Ini kerana mata pelajaran ini merupakan satu-satunyabidang
pendidikan yang menekankan aspek fizikal yang tidak disentuh olehmana-mana mata pelajaran lain
dalam hal berkaitan dengan empat aspekterpenting dalam pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Tambahanlagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, ia juga
menyumbangkepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan
amalanbersenam bukan sekadar untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuksepanjang hayat
setiap individu.Pendidikan Jasmani dilaksanakan tidak mengira usia, jantina, bangsamahupun agama
kerana setiap individu mempunyai jasadnya yang tersendiri.Oleh itu, setiap individu perlu sedar akan
kepentingan penjagaan diri daripadasegi mental. Emosi, jasmani, sosial dan rohani. Kesemua aspek
tersebutdirangkumkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Walaupun konseputamanya adalah
jasmani, ianya tidak mengabaikan aspek-aspek lain. Sewaktukita mempelajari atau mengembangkan
kemahiran psikomotor, ia turutmerangsang minda dan kognitif dengan membuatkan kita
memikirkan banyak
perkara, menganalisis setiap perlakuan dan pergerakan serta mengenalpastikebaikan yang
diperolehi daripada aktiviti fizikal.Selain itu, melalui Pendidikan Jasmani juga dapat memupuk
pergaulanyang sihat antara individu dengan masyarakat sekeliling melalui aktiviti fizikalyang
dilakukan secara bersama di samping dapat berkongsi pengalaman dankeseronokan. Secara tidak
langsung, ia dapat meningkat tahap pergaulan sosialdengan masyarakat sekeliling. Pendidikan
Jasmani juga tidak mengabaikanaspek rohani dengan penerapan pelbagai nilai murini dalam setiap
aktiviti fizikalyang dilakukan. Nilai murini seperti menghargai tubuh badan dapat diterapkandalam
diri individu.Pendidikan Jasmani merupakan pendidikan yang berkonsepkansepanjang hayat.
Malaysia, sebuah negara yang ingin membina dan melahirkanindividu yang sihat dan cerdas. Maka
pendidikan Jasmani adalah salah satu alatyang menjadi tonggak untuk mencapai sasaran itu.
Sekiranya semua rakyatsihat, penyakit dapat dikurangkan dan produktiviti dapat
dipertingkatkan.Seterusnya secara tidak langsung ia akan dapat membantu kepadaperkembangan
dan kemajuan negara.