You are on page 1of 30

BAB 1

PENDAHULUAN



1.1 Pengenalan

Semenjak Malaysia telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, salah
satu usaha dalam membangunkan ekonomi dan sosial negara adalah melalui bidang
pendidikan. Pendidikan, ilmu serta pembacaan pula adalah tiga serangkai yang
saling berkaitan di antara satu dengan lain. Mata pelajaran Bahasa Melayu (BM)
merupakan mata pelajaran teras yang perlu dipelajari sama ada di Sekolah
Kebangsaan (SK) mahupun di Sekolah J enis Kebangsaan (SJ K). Saranan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mewajibkan para pelajar lulus mata
pelajaran BM di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) untuk memperoleh sijil adalah amat baik bagi memartabatkan
kedudukan BM di negara kita. Ini kerana BM bukan sahaja merupakan bahasa
ibunda kita malahan ia merupakan bahasa utama yang sering diguna selain daripada
bahasa Inggeris. Sehubungan itu, asas utama dalam memartabatkan BM ini ialah
dengan mewajibkan pengajaran BM bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan
pelajar dengan perkataan-perkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai
dengan umur dan tahap keupayaan mereka.

Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) BM, terdapatnya tiga kemahiran
yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar iaitu kemahiran membaca, kemahiran
menulis dan juga kemahiran lisan. Kemahiran-kemahiran ini juga digunakan dalam


P&P mata pelajaran lain (Zainora Mohd, 2005). Membaca merupakan kunci
segala ilmu pengetahuan. Ia merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam
semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran BM. Bacaan yang luas dapat
membantu pengembangan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar.

Stotsky (1983) telah membuktikan bahawa wujudnya perkaitan yang amat
rapat antara tahap pembacaan dan penulisan dan beliau telah merumuskan bahawa

mereka yang membaca dengan baik juga akan menulis dengan baik
dan mereka yang lemah dalam pembacaan juga akan lemah dalam
penulisan.

Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran
membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu
dikuasai oleh setiap orang pelajar bermula dari tahun satu lagi. Penguasaan
kemahiran membaca adalah penting untuk seseorang khasnya dalam aspek sosial dan
ekonomi (Hamilton, 1995). Menurut US Department of Education (2002), pelajar
yang gagal menguasai kemahiran membaca di Gred Empat akan berhenti sekolah dan
kurang berjaya semasa peringkat dewasa. Akibat daripada krisis literasi ini, Presiden
George W. Bush telah menandatangani satu akta yang berbunyi No Child Left
Behind pada 8 J anuari 2002. Sebanyak lima bilion dolar telah diperuntukkan untuk
memastikan setiap kanak-kanak di Amerika dapat menguasai kemahiran membaca
pada akhir Gred Tiga (US Department of Education, 2002).

Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan pelajar tidak dapat
membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan
yang akan dikemukakan (Roziah Abd Hamid, 2005). Ekorannya, usaha galakan
membaca adalah penting dalam meningkatkan taraf pendidikan di negara ini. Dari
semasa ke semasa, KPM telah mengadakan program galakan membaca seperti
berikut (Fatimah J usoh, 2003):

i. Program Galakan Membaca Kanak-kanak Dengan Pembacaan (1979
1985) sempena Tahun Kanak-kanak Antarabangsa 1979;
2


ii. Kempen Gerakan Membaca (1988 1992) sempena Pengisytiharan Tahun
Membaca 1988 oleh YAB Perdana Menteri;
iii. Program Bina Minda (1993 1997);
iv. Program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM (1998 kini).

Tujuan Program Galakan Membaca diadakan adalah untuk menggalakkan
pelajar agar banyak membaca, menggalakkan sekolah-sekolah menjana idea kreatif
dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar, melahirkan
pelajar yang dapat menguasai kemahiran membaca, kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis dan kemahiran maklumat serta menyediakan pelajar-pelajar yang
mempunyai tabiat gemar membaca dan cintakan ilmu sepanjang hayat (Fatimah
J usoh, 2003).

Selain itu, pelbagai kaedah dijalankan untuk mengatasi masalah ini.
Antaranya termasuklah pelajar dilatih semula kepada asas mengenal huruf,
membunyikan huruf, mengenali dua suku kata (kv+kv), mengenali suku kata terbuka
dan tertutup (kv+kvk), latih tubi mengeja, latih tubi membaca dan lain-lain (Faizah
J amaluddin dan Mazni Mohd Khaironi, 2005). Walau bagaimanapun, segala usaha
ini masih tidak berjaya sepenuhnya dalam membanteras masalah tersebut. Masih
terdapat pelajar yang menjejakkan kaki ke sekolah menengah tanpa boleh membaca
atau dikenali sebagai buta baca (Faizah J amaluddin dan Mazni Mohd Khaironi,
2005).

Penyelesaian segera untuk memperbaiki kemahiran membaca adalah perlu
dan ramai penyelidik telah menyimpulkan bahawa motivasi pembelajaran boleh
ditingkatkan melalui Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) (Tang Keow
Ngang et al., 2006; Norjihan Abdul Ghani et al., 2005; Norliah Saman, 2004).
Menurut Rost (2002), teknologi dalam bidang pendidikan mempunyai empat
matlamat berikut iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara lebih
efektif, meningkatkan keseronokan dalam pembelajaran bahasa, memperbaiki
penguasaan bahasa dan menjadikan proses pengajaran lebih seronok dan
mendatangkan lebih kepuasan.

3


Menurut U.S. National Reading Panel Report (2002) pula, hasil dapatan 21
kajian menunjukkan bahawa penggunaan komputer berjaya dalam menyampaikan
pelbagai jenis bahan pengajaran membaca. Hasil kajian menyokong bahawa PBK
dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara berkesan pada semua peringkat iaitu
peringkat sekolah rendah (Kulik et al., 1985), peringkat sekolah menengah (Kulik et
al., 1983) dan pelajar dewasa (Kulik et al., 1986).

Ramai cendekiawan dalam bidang penyelidikan bahasa menyetujui bahawa
adalah perlu mengintegrasikan elemen multimedia dalam pengajaran kemahiran
membaca. Pengajaran kemahiran membaca haruslah dibantu oleh gambar, rajah,
video dan audio (Brown, 2007). Menurut Brandl (2002), pelajar perlu dibekalkan
bahan yang mencukupi demi mencapai kemahiran membaca yang lebih berkesan.



1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia
menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% daripada kesemua kanak-
kanak yang berumur sembilan tahun di Amerika Syarikat berada di bawah purata
tahap kebolehan membaca (US Department of Education, 1998). Seramai lapan
hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun satu menghadapi
masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan membaca
di Amerika Syarikat dan Kanada (J amieson, 2007). Kelemahan dalam penguasaan
bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berterusan dari
peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts et al., 2002;
Leito dan Fletcher; 2004; Lewis dan Freebairn, 1992; Roth et al., 2002; Snowling
et al., 2000; Law et al., 2000).

Sekumpulan penyelidik (August dan Shanahan, 2006) dari Amerika Syarikat
telah menjalankan penyelidikan literasi dalam kalangan pelajar minoriti di negara
tersebut. Mereka mendapati bahawa kebolehan membaca dan menulis dengan baik
adalah satu keperluan untuk mencapai kejayaan dalam kesemua mata pelajaran di
4


sekolah dan juga peluang untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, ekonomi mereka
juga dapat ditingkatkan selepas tamat persekolahan.

Hasil kajian Ambigapathy (2002) menunjukkan 76.2% daripada golongan
belia enggan membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris manakala 61.4% daripada
mereka tidak mengemari bahan bacaan yang berbahasa Melayu. Menurut statistik
yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur (1996), kanak-kanak
berumur lima hingga sembilan tahun mempunyai kebolehan membaca dalam bahasa
Melayu (57%), bahasa Mandarin (11%), bahasa Inggeris (5%), bahasa Tamil (3%)
dan bahasa J awi (3%).

J umlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di negara ini semakin
membimbangkan (Rahmalizah, 2009). Selain itu, masalah kanak-kanak yang belum
menguasai kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah juga begitu serius. Pada
tahun 2006, seramai 138,271 orang pelajar atau 35.52% pelajar tahun satu di
Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-kawasan
luar bandar di Sabah dan Sarawak (Rahmalizah, 2009).

Banyak masalah yang akan timbul akibat pelajar-pelajar yang tidak tahu
membaca. Mereka akan ketinggalan dalam pelajaran, keputusan peperiksaan
menjadi lemah kerana tidak memahami soalan, tiada keyakinan diri serta mudah
berputus asa (Rahmalizah, 2009). Pelajar-pelajar tersebut tidak menunjukkan
sebarang minat untuk belajar, mempunyai daya saing yang sangat rendah. Pelajar-
pelajar ini mempunyai potensi untuk belajar dan mendapat manfaat dari sistem
pendidikan tetapi potensi tersebut tidak dapat dikembangkan sekiranya pihak sekolah
tidak mengenal pasti masalah mereka dari awal lagi.

Sebilangan besar kanak-kanak memerlukan bantuan intensif untuk
memperkembangkan kemahiran membaca di peringkat awal. J usteru, kanak-kanak
yang menghadapi masalah pemerolehan bahasa mesti dikenal pasti semasa peringkat
bayi ke peringkat prasekolah. Terdapatnya beberapa cara intervensi yang berkesan
dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran bahasa di peringkat awal
agar masalah ini tidak berlanjutan. Salah satu cara terutama ialah menerusi teknologi
komputer. Teknologi komputer telah digunakan dalam bidang pendidikan selama
5


beberapa abad. 42 buah negeri di Amerika Syarikat menghendaki guru
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran mereka berdasarkan tinjauan pegawai
teknologi peringkat negeri Amerika Syarikat (Trotter, 1997).

KPM telah berusaha untuk memastikan semua pelajar menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada
sistem pendidikan akibat kemiskinan walaupun berada di kawasan luar bandar dan
pedalaman melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Bidang Keberhasilan Utama National (NKRA).
Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk
kembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan 3M
dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Pada tahun 2010 pula, KPM juga
telah melancarkan program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) yang
merupakan satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid
menguasai kemahiran asas literasi (BM) dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

Melalui pengajaran pemulihan pada tahap satu (tahun satu tahun tiga) ini,
keperluan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dikenal pasti dan mereka
diberi bantuan pemulihan demi meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Program pemulihan adalah untuk mereka yang berada dalam tahun satu hingga tahun
tiga sahaja. Setelah naik ke tahun empat, pelajar tersebut tidak akan masuk ke kelas
pemulihan lagi. J usteru, mereka yang masih tidak menguasai kemahiran membaca
dan menulis akan ketinggalan dalam kurikulum biasa dan seterusnya tercicir dalam
pelajaran.

Keadaan ini akan berterusan sehingga ke sekolah menengah dan seterusnya.
Dengan erti kata yang lain, pelajar tersebut akan naik ke peringkat sekolah menengah
tanpa menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di sekolah rendah. Tanpa
bantuan, mereka akan merasa rendah diri, malu dan motivasi belajar akan menjadi
rendah. Pelbagai masalah akan wujud di sekolah rendah dan berterusan sehingga ke
sekolah menengah jika perkara ini tidak ditangani segera (Shamsudin Mohamad,
J amil Ahmad dan Siti Rahayah Ariffin, 2010).
6


Untuk mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan yang lebih
awal terhadap bentuk pendidikan pemulihan yang berkesan amat diperlukan untuk
membantu pelajar yang lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu
menjadi warganegara yang berguna pada masa hadapan. Data bilangan pelajar
pemulihan khas di sekolah yang dipulihkan selepas mengikuti program intervensi
3M menunjukkan bahawa program ini masih belum berjaya memulihkan semua
pelajar yang mengikutinya. Daripada 53,544 orang pelajar sekolah rendah yang
mengikuti program intervensi 3M, hanya 28,801 pelajar atau 53.8% telah berjaya
dipulihkan dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM, 2001).
Data terkini menunjukkan bahawa seramai 105,255 (23%) daripada jumlah 463,990
orang pelajar belum menguasai kemahiran membaca pada bulan J ulai, 2008 (BPPDP,
KPM, 2008).

Dunia sekarang telah masuk ke era digital ekoran daripada perkembangan
sains dan teknologi yang pesat. Teknologi baru telah mencapai ke setiap pelusok
dunia dan kuat mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pendidikan,
kewujudan perkakasan dan perisian yang mendadak telah meningkatkan hasil P&P,
misalnya program Fun Language Learning with Multimedia (Tantri Agustiningsih,
2007). Istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan kemajuan teknologi
maklumat dalam bidang pendidikan hari ini ialah teknologi maklumat merentasi
kurikulum (Norjihan Abdul Ghani et al., 2005). J usteru, masalah penguasaan
kemahiran membaca diharap dapat diselesaikan melalui pengintegrasian teknologi
khususnya komputer dalam proses P&P.

Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer dalam
bahasa Inggeris iaitu Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based
Instruction/Education, Computer Augmented Instruction, Computer Administered
Instruction, Computer Managed Instruction, Computer Based Learning, Computer
Enriched Instruction dan sebagainya. Perbezaan istilah ini mungkin mengelirukan
terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer, akan tetapi ia
menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah
et al., 1996).

7


Menurut Gagne dan Briggs (1974), komputer dapat digunakan sebagai media
pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh
media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan
tersebut adalah seperti berikut:

i. Hubungan Interaktif

Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan
jawapan. Bahkan, komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.

ii. Pengulangan

Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk
memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan
amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements dan
Swaminathan, 1995).

iii. Maklum Balas dan Peneguhan

Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap
pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar
memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.

Selain itu, banyak kajian telah menunjukkan bahawa komputer berpotensi
dalam membantu pelajar memperbetulkan kerangka alternatif dan seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains (Lazaroqitz
dan Huppert, 1993; Rogers dan Wild, 1996; Cracolice dan Abraham, 1996; Friedler
et al., 1989). Begitu juga hasil kajian Okolo et al. (1993) juga telah mendapati
bahawa PBK merupakan satu alat yang berkesan untuk mengajar mata pelajaran
Matematik.

Kajian dari Universiti J ohn Hopkins juga menunjukkan pelajar berminat
dalam kelas yang menggunakan komputer secara intensif dan jarang ponteng kelas,
malah mereka sudi memperuntukkan lebih masa untuk belajar menggunakan
8


komputer (Collins et al., 1991). Banyak kajian juga menunjukkan keberkesanan
komputer dalam meningkatkan produktiviti dan pencapaian dalam pendidikan (Roa
et al., 1991). Di samping itu, pelajar juga lebih bersosial, lebih berdikari dan saling
bekerjasama dalam menyelesaikan masalah serta sudi berkongsi informasi dan
pengetahuan (Azman Kanil, 2000).

Hasil kajian Fuchs dan Alider (1993) menunjukkan PBK memberi manfaat
kepada pelajar. Pelajar akan menjadi lebih aktif, lebih menumpukan perhatian
kepada tugasan dan kemahiran menyelesaikan masalah semakin meningkat. Kajian
yang dijalankan oleh Phua, K. K. et al. (1998) juga telah mendapati wujudnya
perbezaan pencapaian markah antara pelajar yang diajar dengan kaedah PBK dengan
kaedah pengajaran tradisional.

Kanak-kanak prasekolah dan pelajar tahun satu mempunyai kecekapan dalam
pembelajaran berkomputer kerana sikap semula jadi kanak-kanak yang belajar secara
meneroka (Papert, 2000). Kesemua elemen multimedia seperti teks, animasi, video,
audio dan sifat interaktif dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk
berinteraksi (J uliette dan Geraldine, 2002). Multimedia merupakan satu bentuk
pembelajaran yang aktif berbanding dengan teknologi lain seperti projektor, radio
dan televisyen yang menyediakan pembelajaran yang pasif (Biggs, 1999; Torrisi dan
Davis, 2000).

PBK adalah di antara kaedah P&P yang telah digunakan untuk memperbaiki
pencapaian membaca di sekolah. Program PBK di luar negara telah lama
dipraktikkan dalam P&P membaca (Kyaw Soe et al., 2000). Selain itu, komputer
juga didapati berkesan terhadap kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kajian
Faridah Serajul Haq (2001) telah membuktikan bahawa komputer mempercepatkan
proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan prestasi pencapaian
akademik pelajar-pelajar khas.

Menurut Blair et al. (1991), pelajar yang lembam memerlukan bantuan untuk
mencari bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca
bertambah pada kadar yang biasa baginya. Hasil kajian Stevens et al. (1991)
mendapati bahawa komputer dapat memperbaiki pencapaian ejaan pelajar yang
9


bermasalah pembelajaran atau terencat akal. Hasil kajian J imenez et al. (2003) juga
menunjukkan bahawa komputer memberi manfaat kepada kanak-kanak disleksia.

Ramai penyelidik telah menggunakan komputer untuk mengajar pelajar
pemulihan yang bermasalah pembelajaran (J ones et al., 1987; Olofsson, 1992; Olson
dan Wise, 1992; Torgesen dan Barker, 1995; Van Daal dan Reitsma, 1993; Van der
Leij, 1994). Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa komputer mampu
memperbaiki aspek fonologi dan pengenalan perkataan dalam kalangan kanak-kanak
tersebut.

Hasil kajian Paul dan Alyson (2009) mendapati bahawa PBK memberi
manfaat kepada pelajar yang menghadiri kelas pemulihan khasnya menguatkan lagi
kemahiran mengenali perkataan foniks. Menurut Paul dan Adelaide (2008), PBK
telah membantu meningkatkan kemahiran kesedaran fonologikal khasnya terhadap
kanak-kanak yang mencapai skor rendah dalam ujian pra secara signifikan. Suatu
kajian telah dilakukan terhadap 45 orang kanak-kanak pra sekolah dan hasil kajian
mendapati bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada PBK mencapai lebih baik
serta signifikan dalam aspek rima dan kemahiran elisi (Lonigan et al., 2003).

Teori pembelajaran berasaskan minda menyarankan bahawa pembelajaran
berlaku melalui pembentukan sinaps atau perhubungan di antara sel neuron dalam
otak (Aminah Ayob, 2005). Terdapat lebih kurang 100 bilion neuron dalam otak
manusia dan setiap neuron boleh membina lebih daripada 10,000 sinaps. Dengan
menggunakan alat pengimbas PET atau fMRI, ahli neurosains telah dapat mengesan
lokasi pada bahagian-bahagian otak manusia yang terlibat dalam proses
pembelajaran dan pemikiran, misalnya bahagian korteks pada otak kiri terlibat
dengan bahasa, matematik, pemikiran logik, analitik, linear dan hafalan, manakala
otak sebelah kanan pula terlibat dengan aktiviti kreatif, irama, rima, muzik, visual,
warna, gambar serta pemikiran metaforikal.

Kajian neurosains juga dapat mengesan peranan emosi yang dikawal oleh
otak bawah (sistem limbik) dalam proses pembelajaran. Ia membuktikan bahawa
dalam proses pembelajaran, aspek emosi dan persekitaran yang kondusif amat
penting untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan kekal. Teori ini juga
10


membuktikan bahawa pembelajaran tidak lengkap jika hanya bertumpu kepada satu
elemen sahaja, misalnya elemen akademik (Aminah Ayob, 2005). Untuk
menghasilkan pembelajaran yang maksimum, aktiviti pembelajaran yang dirancang
hendaklah melibatkan kedua-dua bahagian otak, iaitu otak kiri dan kanan supaya
keupayaan potensi pelajar yang menyeluruh dapat dikembangkan.

Misalannya dalam sebuah bilik darjah, otak kiri seseorang pelajar akan
menumpukan perhatian kepada maklumat atau fakta yang diperkatakan oleh guru
mana kala otak kanan pula meneliti bagaimana maklumat itu diperkatakan. Begitu
juga apabila kita mendengar lagu, otak kiri akan meneliti seni kata lagu mana kala
otak kanan akan memproses melodinya. J usteru, apabila perkataan digabungkan
dengan muzik atau gambar atau apabila perkataan dikeluarkan dengan emosi, ia akan
lebih mudah diingati atau dipelajari.

Pembelajaran secara tradisional kerap kali menghalang pemerolehan
pemahaman yang baik dan mendalam, tidak menggalakkan perkembangan dan
pembinaan konsep-konsep secara bermakna, malah mengabaikan atau menghukum
minda yang mahu berfikir secara kreatif (Aminah Ayob, 2005). Teknik syarahan
bukan cara terbaik untuk pembelajaran maksimum. Sebaliknya, penyertaan dan
penglibatan dalam persekitaran sebenar akan membolehkan pelajar mencuba perkara
baru dengan selesa dan penuh minat.

Terdapat empat jenis persekitaran yang dapat membantu pembelajaran
optimum (Aminah Ayob, 2005).

i. persekitaran visual;
ii. multimedia dan hipermedia;
iii. kesan persekitaran periferal;
iv. muzik atau bising.

Menurut Khoo Cheng Keat (2006), muzik sememangnya menjadi kegemaran
bagi kebanyakan orang, tidak kira golongan kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun
golongan tua. Rangsangan muzik mampu memberi kesan mendalam kepada pelajar
memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan.
11


J usteru, penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai alternatif
kepada kaedah pengajaran (Noraini Idris, 2001). Kebanyakan pelajar mempunyai
kecenderungan terhadap muzik biar pun pelajar itu lebih berbakat dalam aspek
verbal, logik, visual dan lain-lain (Saniah Sayuti, 2000). Menurut Esah Sulaiman
(2003), kecerdasan boleh dipelajari dan ditingkatkan. J usteru, guru harus
menggunakan pelbagai strategi dalam proses pengajaran mereka. Pelajar akan
dimotivasikan melalui kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan kecerdasan
mereka.

Hasil dapatan kajian Alice-Ann et al. (2009) mendapati bahawa muzik dapat
digunakan secara tersendiri untuk mengajar kemahiran membaca di mana ia mampu
meningkatkan rasa keseronokan dalam kalangan kanak-kanak. Banyak kajian lepas
telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan muzik terhadap perkembangan
mental kanak-kanak. Menurut ahli sains, kanak-kanak yang terdedah kepada muzik
atau bermain instrumen muzik mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik.
Hasil kajian baru-baru ini mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik
mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental (Droscher, 2006).
Menurut hasil kajian Paquette dan Rieg (2008), pengintegrasian muzik dalam aktiviti
P&P seperti membaca, menulis dan menyanyi membantu memperkembangkan
kemahiran literasi dalam kalangan pelajar.

Hasil kajian lepas telah menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis. Register et al. (2007) mendapati penggunaan
muzik dalam pengajaran membaca membantu kanak-kanak dalam pemerolehan
bahasa. Selain itu, hasil kajian Heather dan Hlne (2008) juga menunjukkan
bahawa aktiviti muzikal seperti menyanyi dapat memperbaiki aspek mendekod
perkataan, pengetahuan tentang perkataan, pemahaman dan sebutan.

Hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar
meningkat dengan menggunakan muzik dalam program membaca (Hansen dan
Bernstrof, 2002). Selain itu, kejadian latihan mental dengan tidak sengaja
(involuntary mental rehearsal / din ) juga meningkat dengan wujudnya muzik.
Butzlaff (2002) dan Lamb dan Gregory (1993) mendapati wujudnya hubungan antara
pencapaian membaca dan muzik. Muzik memberi peluang kepada pelajar yang
12


menghadapi kesukaran membaca dan menulis dengan sifatnya yang dapat dimain
berulangan kali, merdu dan penuh menyentuh perasaan (Gipe, 2002). J usteru, muzik
mungkin merupakan cara yang berkesan untuk perolehan bahasa (Salceda, 2002).

Menurut Goodger (2003), semua kanak-kanak suka lagu. Lagu dikatakan
dapat membantu dalam memperkembangkan kemahiran bahasa khasnya dalam aspek
mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Lo, R dan Fai Li, H.C., 1998). Menurut
Eppink (2009), aspek kesusasteraan dan muzik membantu meningkatkan rasa cinta
akan muzik dan membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Schon et al. (2007), lagu didapati
memudahkan pembelajaran berbanding dengan pertuturan khasnya dalam
pembelajaran sesuatu bahasa baru. Lagu mendatangkan fungsi emosi (keterbukaan
dan kesenangan) dan juga memudahkan proses pembelajaran bahasa atas sebab
strukturnya yang mudah dan berulang. Menurut Krashen (1982), lagu membekalkan
input bahasa di mana ia merupakan elemen penting dalam perolehan bahasa.
Tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan pelajar untuk menghadiri dan
menumpu perhatian di dalam bilik darjah (Tan Siew dan Fah Shi Soi, 2005). Selain
itu, hasil kajian tersebut juga mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah
bahasa asing mungkin membantu mengingati sesuatu teks.

Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Elisabeth Marsaulina Matondang
(2005), keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan
seorang guru dalam melaksanakan proses P&P yang menarik dan menyenangkan
kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak.
J usteru, lagu dan aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam
pembelajaran bahasa.

Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Bruner (1966) dalam Mok Soon
Sang (2004) dalam Mok Soon Sang (2004), kanak-kanak perlu dibekalkan dengan
bahan, aktiviti dan alat yang bersesuaian dengan keupayaan kognitif mereka.
Menurut beliau, prinsip P&P merupakan gabungan antara aktiviti bersifat konkrit,
gambar dan Simbolik. P&P harus bermula dari bahan konkrit, diikuti dengan bahan
yang bergambar dan kemudian penyampaian secara Simbolik. Ketiga-tiga mod
13


tersebut juga dikenali sebagai mod Enaktik, Ikonik dan Simbolik dan ianya tidak
dapat dipisah antara satu sama lain, tetapi harus terus berkembang dalam kehidupan
seseorang itu (Mok Soon Sang, 1995).

Perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut Bruner (1966) dalam Mok
Soon Sang (2004) adalah berkait rapat dengan teori pembelajaran konstruktivisme
yang menyatakan bahawa proses pembelajaran adalah melibatkan proses
penyusunan pengetahuan dalam minda manusia. Ia juga berpegang kepada konsep
bahawa pelajar akan membina kefahaman masing-masing tentang perkara yang
berlaku dalam kehidupan melalui pengalaman sedia ada (Bruner, 1985). Dalam
persekitaran P&P konstruktivisme, guru berperanan membantu membina kefahaman
pelajar melalui kaedah yang sesuai mengikut tahap kemajuan pelajar masing-masing.

Selain itu, pelajar pula memainkan peranan yang aktif dalam proses P&P
(Neo dan Neo, 2002; Hirumi, 2002). J usteru, pelajar harus bertanggungjawab
terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan
menyelesaikan masalah, di mana mereka tidak menganggap guru sebagai pembekal
maklumat tetapi hanya sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu
mencari maklumat dan menggalakkan berfikir serta berkomunikasi (Rakes, 1996;
Cifuentes, 1997; Hirumi, 2002).

Amalan pendekatan konstruktivisme dalam proses P&P akan membolehkan
pelajar melibatkan diri mereka di dalam aktiviti bilik darjah agar mereka dapat
mempelajari sesuatu pelajaran dengan melakukan sendiri aktiviti tersebut. Menurut
Wallace (1985), pelajar yang melakukan aktiviti di dalam kelompok / kumpulan itu
mempunyai latar belakang yang berbeza. Mereka diberikan peluang untuk membuat
keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari dan seterusnya
mencapai objektif pembelajaran mereka. Akhirnya, mereka belajar cara menyerap
dan memperoleh informasi baru yang dikehendaki untuk membina pengetahuan baru
berasaskan pengetahuan yang sedia ada (Wong Su Luan et al., 2003). Melalui
proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran mereka.

14


Menurut Saunders (1992), ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan
daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Ini bermakna
pelajar perlu membina pengetahuan baru mengikut pengalaman masing-masing.
Proses P&P berorientasikan konstruktivisme akan memastikan pelajar menganalisis
pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar menjadi lebih bertanggungjawab
pada pembelajaran (Saunders, 1992). Pembelajaran adalah hasil usaha pelajar itu
sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk mereka. Memandangkan amalan
pendekatan pembelajaran konstruktivisme dalam bilik darjah dapat melahirkan
pelajar yang produktif dan berpengetahuan luas, maka mewujudkan persekitaran
pembelajaran konstruktivisme merupakan suatu usaha yang patut dilaksanakan
dalam proses P&P.



1.3 Pernyataan Masalah

Keciciran pelajar menguasai kemahiran asas membaca dan menulis semakin
membimbangkan. Menurut Roslan Yahya (2006), KPM telah menjalankan kajian
dan mendapati 138,271 daripada jumlah 392,029 pelajar tahun satu di Semenanjung
Malaysia dengan 35.52% keseluruhannya telah gagal dalam ujian saringan awal yang
dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia pada 2 hingga 7 April 2006. Instrumen
penilaian tersebut adalah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
KPM.

Teori-teori pembelajaran amat penting bagi seseorang pendidik atau pengajar
dalam merancang proses P&P yang berkesan kerana ia memberi implikasi yang
positif serta mempermudahkan pencapaian objektif P&P. Bruner (1966) dalam Mok
Soon Sang (2004) dalam Mok Soon Sang (2004) dalam teori pembelajarannya
menyarankan agar sebarang idea atau masalah atau bidang ilmu harus
dipersembahkan dalam bentuk yang cukup mudah supaya pelajar boleh
memahaminya (Nor Anisah Mohd Sidek, 2007). Teori Neurosains juga menekankan
bahawa keseluruhan otak adalah terlibat secara aktif dalam pembelajaran (Whole
Brain Thinking/Learning).

15


Pendidikan pada zaman teknologi kini sudah banyak berubah dari segi
kaedah P&P. Banyak dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan
perisian multimedia mendatangkan kesan yang menggalakkan dan positif dalam
mengajar bahasa serta kemahiran membaca (Ellis dan Blashki, 2007; Wenli Tsou et
al., 2006; Cobb dan Stevens, 1996). Selain itu, hasil kajian lepas juga telah
menunjukkan bahawa muzik dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.
Lagu didapati membantu kanak-kanak dalam mengenali teks secara lebih berkesan
berbanding dengan pertuturan (Colwell, 1994; Register, 2001; Standley dan
Hughes, 1997).

Terdapat pelbagai perisian pendidikan untuk membantu guru dalam mengajar
sesuatu subjek (Rujuk J adual 1.1). Walau bagaimanapun, tiada perisian komputer
yang berasaskan lagu untuk pelajar yang belum menguasai empat jenis kemahiran
membaca telah dihasilkan. Ekoran daripada itu, sebagai warga pendidik alaf baru,
pengkaji ingin mengambil inisiatif dengan membangunkan satu perisian P&P
kemahiran membaca berasaskan komputer menerusi lagu dan muzik untuk
membantu guru dalam mengajar kemahiran membaca secara berkesan. Skop
kandungan perisian adalah berdasarkan kemahiran membaca yang masih belum
dikuasai oleh pelajar KIA2M. Skop ini dipilih kerana menurut buku panduan
pelaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KPM, 2006), pelajar
KIA2M merupakan pelajar yang masih belum menguasai kemahiran membaca teras
yang merangkumi kemahiran jenis abjad, suku kata, perkataan dan ayat.

Jadual 1.1: Perbandingan antara Perisian-perisian Kemahiran Membaca Sedia Ada
Perisian Membaca
Sedia Ada
Nama Pengkaji Ciri-Ciri
Perisian
Kumpulan Sasaran
Perisian Membaca-
Faham (M-F)
Dayang Tiawa
Awang Haji
Hamid (2006)
Penggunaan
Gambaran Visual
Pelajar Pra sekolah
Perisian Kaedah
Cepat Membaca
(KACEMM)
Bahagian
Teknologi
Pendidikan,
KPM (2003)
Latihan dan
Permainan
Pelajar Pemulihan
Tahun Satu hingga
Enam
Pakej Pembelajaran
Kemahiran
Membaca (PPKM)
Shaliza Hayati A
Wahab et al.
(2001)
Penggunaan
Grafik dan
Animasi
Pelajar Pra Sekolah

Assistive Reading
Software
Hecker et al.
(2002)
Penggunaan
visual, audio dan
teks.
Pelajar Sekolah
Menengah atas yang
Bermasalah Membaca
16


Kajian ini juga cuba melihat kesan yang diberikan oleh perisian terhadap
pencapaian dalam kemahiran membaca serta empat jenis kemahiran membaca yang
perlu dikuasai oleh pelajar. Selain daripada itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti
aras kognitif pelajar-pelajar tahun dua kelas pemulihan BM berdasarkan Aras
Perkembangan kognitif Bruner serta melihat tingkah laku dan corak perayauan
pelajar ketika menggunakan perisian.

Perisian ini juga mengambil kira Teori Perkembangan Kognitif Bruner dan
Teori Neurosains serta persekitaran pembelajaran konstruktivisme. Melaluinya,
adalah diharapkan tahap penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak tahun satu
dapat ditingkatkan. Ini selaras dengan hasrat KPM untuk memastikan 100% pelajar
tahun satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam BM sebelum
melangkah ke Tahun Dua. Adalah diharapkan matlamat KPM untuk meminimakan
keciciran dalam menguasai kemahiran membaca dapat dicapai sepenuhnya
menjelang tahun 2010.



1.4 Objektif Kajian

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran membaca (mengikut bidang
kemahiran) dalam kalangan pelajar-pelajar tahun satu Kelas Intervensi Awal
Kemahiran Membaca dan Menulis (KIA2M) di 10 buah sekolah di bahagian
Sarikei.

ii. Mereka bentuk dan membangunkan sebuah perisian P&P kemahiran
membaca menerusi komputer berasaskan lagu dan muzik untuk pelajar-
pelajar tahun dua kelas pemulihan BM.

iii. Mengenal pasti keberkesanan perisian kemahiran membaca ke atas aspek-
aspek seperti berikut:

17


a. Pencapaian dalam kemahiran membaca (secara keseluruhan).
b. Empat jenis kemahiran membaca (mengikut bidang kemahiran).

iv. Mengenal pasti aras kognitif pelajar-pelajar tahun dua kelas pemulihan BM
(kumpulan rawatan) berdasarkan Aras Pekembangan Kognitif Bruner.

v. Mengenal pasti tingkah laku dan corak perayauan pelajar-pelajar tahun dua
kelas pemulihan BM (kumpulan rawatan) terhadap penggunaan perisian
dalam P&P kemahiran membaca.



1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah tertumpu kepada beberapa aspek penting yang
berdasarkan kepada objektif kajian. Antaranya termasuklah:

i. Apakah tahap penguasaan kemahiran membaca (mengikut bidang kemahiran)
yang ada pada pelajar-pelajar tahun satu kelas KIA2M di 10 buah sekolah di
bahagian Sarikei?

ii. Apakah tahap penguasaan kemahiran membaca (secara keseluruhan dan
mengikut bidang kemahiran) dan adakah terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap pencapaian pelajar selepas penggunaan perisian dalam ujian
membaca dan empat jenis kemahiran membaca?

iii. Apakah aras kognitif pelajar-pelajar tahun dua kelas pemulihan BM
(kumpulan rawatan) berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Bruner ketika
menggunakan perisian?

iv. Apakah tingkah laku dan corak perayauan pelajar-pelajar tahun dua kelas
pemulihan BM (kumpulan rawatan) terhadap penggunaan perisian dalam sesi
P&P kemahiran membaca?

18


1.6 Kerangka Teori

Teori Neurosains dipilih untuk menjadi tunggak utama dalam kajian ini.
Teori ini memberi satu gambaran yang lebih jelas dan tepat tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak serta cara pembelajaran yang sesuai untuk setiap kanak-kanak
mengikut sifat peribadi mereka (Brown dan Bjorklund, 1998). Menurut dePorter dan
Hernacki (1992) dalam Aminah Ayob (2005), otak manusia dibahagi kepada otak
kiri dan otak kanan. Otak kiri mengawal proses pembelajaran bahasa, matematik,
pemikiran logik, analitik, linear dan hafalan. Otak kanan pula mengawal aktiviti
kreatif, irama, rima, muzik, visual, warna, gambar serta pemikiran metaforikal yang
boleh menggambarkan analogi dan metafora, corak dan pola. Secara langsung atau
tidak langsung, keseluruhan otak (kiri dan kanan) terlibat secara aktif dalam
pembelajaran. Oleh itu, apabila perkataan digabungkan dengan muzik atau gambar,
ia akan lebih mudah diingati atau dipelajari. Cara pembelajaran dengan muzik lebih
baik dalam menghasilkan ingatan jangka panjang daripada pembelajaran pasif. Teori
Neurosains dipilih dalam perisian sebab lagu telah digunakan sebagai corak
persembahan dalam perisian.

Persekitaran pembelajaran secara konstruktivisme telah diambil kira dalam
penghasilan perisian multimedia interaktif. Ini disebabkan PBK dalam persekitaran
pembelajaran konstruktivisme menyokong pembelajaran secara aktif, menyokong
pembinaan pengetahuan dan menyokong kaedah pembelajaran melalui pengetahuan
(J onassen, 1994). Model pembelajaran konstruktivisme yang dibina akan mengambil
kira ciri-ciri seperti berikut iaitu penerokaan, pembelajaran secara bermakna,
penilaian kendiri dan peneguhan (maklum balas) (Stein et al., 1994; J onassen, 1994;
PPK, 2001).

Model sistem reka bentuk pengajaran ADDIE (Gordon dan Zemke, 2000)
dipilih sebagai panduan dalam membangunkan perisian kemahiran membaca ini.
ADDIE adalah singkatan daripada perkataan Analysis (Analisis), Design (Reka
Bentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Perlaksanaan) dan
Evaluation (Penilaian).

19


Perisian kemahiran membaca yang mengambil kira Teori Neurosains dan
Teori Perkembangan Kognitif Bruner serta persekitaran pembelajaran
konstruktivisme ini digunakan untuk mengukur pencapaian kemahiran membaca
dalam kalangan pelajar tahun dua secara umum dan juga empat bidang kemahiran
membaca iaitu kemahiran membaca abjad, suku kata, perkataan dan ayat secara
khasnya. Selain itu, perisian ini juga digunakan untuk mengenal pasti aras kognitif
pelajar berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Bruner.

Teori Perkembangan Kognitif Bruner (1966) dalam Mok Soon Sang (2004)
memberi satu gambaran jelas tentang mod-mod pembelajaran kanak-kanak. Bruner
yang merupakan seorang ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
Beliau telah membahagikan perkembangan mental manusia kepada tiga mod iaitu
mod Enaktif, mod Ikonik dan mod Simbolik. Pada mod Enaktif, kanak-kanak
dikatakan mempelajari sesuatu melalui tindakan. Pada mod Ikonik pula, kanak-
kanak lebih bergantung kepada gambar /imej untuk mempelajari sesuatu konsep.
Pada mod Simbolik, kanak-kanak dikatakan dapat menghuraikan pengalamannya
melalui simbol seperti perkataan dan bahasa. Mereka akan mencapai kemampuan
Simbolik semasa tahun satu jika didedahkan dengan proses P&P yang berkesan.

Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mengambil kira tiga mod
perwakilan pembelajaran iaitu mod Enaktif, mod Ikonik dan mod Simbolik telah
diaplikasi di bahagian latihan dalam perisian kemahiran membaca. Ianya bertujuan
untuk mengetahui aras kognitif pelajar ketika menggunakan perisian. Selain itu,
teori konstruktivisme pula diaplikasi dalam persekitaran pembelajaran perisian
kemahiran membaca seperti penerokaan bebas, pembelajaran bermakna, penilaian
kendiri dan peneguhan (maklum balas). Rajah 1.1 memaparkan Kerangka Teori
kajian ini.







20




















Rajah 1.1 : Kerangka Teori
*P = Penerokaan; PE = Peneguhan (Maklum Balas);
PK = Penilaian Kendiri; PB = Pembelajaran Bermakna
Teori
Perkembangan
Kognitif
Bruner
(Latihan)
Pencapaian
Ujian
Kemahiran
Membaca (4
J enis
Kemahiran
Membaca)

Abjad
Suku Kata
Perkataan
Ayat
Aras Kognitif
Pelajar
Berdasarkan
Teori
Perkembagan
Kognitif Bruner

Mod Enaktif
Mod Ikonik
Mod
Simbolik
Otak Kiri (4
J enis
Kemahiran
Membaca)
Abjad
Suku Kata
Perkataan
Ayat
Otak Kanan
Muzik
Irama
Visual
Lagu
P
PB PE
PK
Persekitaran Pembelajaran Konstruktivisme (Stein et al., 1994; Jonassen, 1994; PPK, 2001)

Simbolik Ikonik
Enaktif
Teori Neurosains (De Porter
dan Hernacki, 1992) (Lagu)
M
o
d
e
l

A
D
D
I
E
21


1.7 Rasional Kajian

Kaedah P&P perlu dipelbagaikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar
yang mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Menurut Song (2002),
kebanyakan pelajar tidak dapat membangunkan kemahiran pembelajaran dengan
semula jadi. Pada lazimnya, pembelajaran berkesan akan berlaku jika kaedah
pengajaran adalah sesuai dengan cara pembelajaran seseorang (Trindade et al.,
2002). Salah satu kaedah alternatif yang amat sesuai dalam aktiviti P&P adalah
penggunaan komputer. Hipermedia dalam perisian multimedia didapati boleh
menyesuaikan perbezaan individu untuk pembelajaran yang berkesan (Song Chiann
Ru, 2002).

Malahan, komputer untuk pembelajaran didapati masih belum digunakan
dengan sepenuhnya dalam kurikulum sekolah (Papert, 2000). Impak komputer ke
atas perubahan dalam pendidikan didapati masih berada pada tahap yang minima
(Terell et al., 1995), khasnya perisian komputer yang menggunakan pendekatan P&P
kemahiran membaca. Penggunaan komputer dalam P&P didapati mendatangkan
kesan yang positif melalui banyak hasil dapatan kajian lepas (Tang Keow Ngang et
al., 2006; Abd. Hamid Abd. Rahman, 1995).

Begitu juga penggunaan komputer juga didapati mendatangkan kesan yang
menggalakkan dalam P&P kemahiran membaca (J eong-Bae Son, 2006; Zainora
Mohd @ Man, 2005; Lee Lay Wah dan Zabedah Aziz, 2005; Azmi Abu Bakar dan
Lee Lay Wah, 2004; Saad Al Kahtani, 1999). Selain itu, penggunaan lagu dan
muzik juga didapati berkesan dalam P&P kemahiran membaca di luar negara
(Colwell, 1994; Register, 2001; Standley dan Hughes, 1997; Butzlaff, 2000;
Hansen dan Bernstrof, 2002; Lamb dan Gregory, 1993; Gipe, 2002; Schon et al.,
2007).

Teori Neurosains menekankan bahawa emosi adalah amat penting dalam
mempengaruhi proses pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang menggunakan
muzik dapat merangsang pembelajaran kerana muzik boleh melahirkan rasa suka,
selesa dan ceria dan ini membantu maklumat diserap oleh otak.
22


Selain itu, Teori Perkembangan Kognitif Bruner juga menyatakan bahawa
kanak-kanak perlu dibekalkan dengan bahan, aktiviti dan alat yang berpadanan
dengan keupayaan kognitif mereka. Bruner menekankan bahawa prinsip P&P
merupakan gabungan antara aktiviti bersifat konkrit, gambar dengan Simbolik.
J usteru, P&P harus mengikut prinsip ini iaitu bermula dari bahan konkrit, diikuti
dengan gambar dan kemudian penyampaian secara Simbolik (Lim Chong Sing,
2008).

J usteru, adalah rasionalnya untuk membangunkan satu perisian P&P
kemahiran membaca berasaskan komputer menerusi lagu dan muzik ke arah tersebut.
Ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada para pendidik dalam perancangan
aktivti P&P. Ia juga penting bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi alaf baru
dalam era teknologi informasi sekaligus merealisasikan Wawasan 2020 selaras
dengan identiti masyarakat Malaysia sebagai masyarakat bermaklumat tinggi di
samping memenuhi pengisian agenda Koridor Raya Multimedia (Lee Tan Luch @
Lee Thian Lock, 1998).



1.8 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini akan memberi sumbangan kepada pelbagai pihak
secara langsung dan tidak langsung dalam P&P kemahiran membaca. Ini
termasuklah pihak KPM, pendidik, pembangun perisian, ibu bapa dan para pelajar.

Bagi pihak KPM, kajian ini diharapkan dapat meminimakan peratusan
keciciran dalam menguasai kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun satu
sekolah rendah seluruh Malaysia menjelang tahun 2010.

Selain itu, kajian ini dapat memberi informasi kepada pihak pendidik tentang
pendekatan P&P kemahiran membaca yang baru iaitu pendekatan P&P berasaskan
komputer menerusi lagu dan muzik. Para pendidik dapat mempelbagai pendekatan
dalam proses P&P.
23


Di samping itu, kajian ini juga memberi maklumat kepada para ibu bapa
tentang strategi pembelajaran menerusi lagu dan muzik agar mereka dapat memberi
galakan, bimbingan dan bantuan kepada anak-anak mereka ke arah ini sepanjang
proses pembelajaran.

Bagi pelajar-pelajar tahun dua kelas pemulihan BM pula, mereka juga diberi
peluang untuk belajar kemahiran membaca menerusi pendekatan baru ini berbanding
dengan cara tradisional selama ini. Pendekatan ini dapat meningkatkan motivasi dan
minat pelajar dalam proses pembelajaran. Kesemua pelajar dikatakan mempunyai
kecerdasan muzik tetapi pada tahap yang berbeza berdasarkan pandangan Teori
Kecerdasan Pelbagai Gardner. Mereka juga bebas meneroka secara aktif sepanjang
proses pembelajaran.

Hasil dapatan kajian ini juga dapat memberi insight baru kepada para
pembangun perisian agar menghasilkan lebih banyak perisian P&P kemahiran
membaca menerusi lagu dan muzik dalam BM memandangkan bilangannya adalah
amat terhad di pasaran. Ini membantu para pendidik agar tidak menghadapi masalah
dalam mencari dan menggunakan perisian-perisian multimedia secara berkesan
dalam mengajar kemahiran tersebut.



1.9 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di enam buah sekolah rendah di Bahagian
Sarikei, Sarawak. Responden-responden yang dipilih terdiri daripada 70 orang
pelajar-pelajar tahun dua kelas pemulihan BM. Faktor-faktor seperti tingkah laku
dan corak perayauan serta pencapaian kemahiran membaca mereka sebelum dan
selepas penggunaan perisian komputer menerusi pendekatan lagu dan muzik telah
diambil kira.



24


Selain itu, kajian ini juga mengambil kira empat jenis kemahiran membaca
sahaja serta persekitaran pembelajaran konstruktivisme, Teori Perkembangan
Kognitif Bruner dan Teori Neurosains. Faktor-faktor seperti jantina, kaum, status
sosial ekonomi keluarga, persekitaran dan lain-lain tidak diambil kira.

Pengkaji juga tidak berhasrat untuk memperbaiki perisian yang dibangunkan
tetapi hasil kajian akan digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan perisian lain
pada masa hadapan.



1.10 Definisi Istilah

Berikut merupakan beberapa definisi yang berkaitan dengan perbincangan
bab-bab berikut dalam kajian ini.

i. Membaca

Menurut Yahya Othman (2007), proses membaca adalah usaha berterusan
yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna
teks yang dibaca. Menurut Atan Long (1978) pula, membaca ialah kebolehan
mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada
bunyi suara (bahasa) serta memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh
tulisan itu. Menurut Kim Myonghee (2002) pula, reading is a very complicated
process involving a variety of factors that interact with one another. Dalam konteks
kajian ini, membaca bermaksud kebolehan membaca abjad, suku kata, perkataan dan
ayat.

ii. Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca ialah suatu proses mental yang aktif dan melibatkan
pengajaran untuk mendapatkan makna daripada teks (Pearson dan Tierney, 1984).

25


Menurut PPK (2003) dan PPK (2008), kemahiran membaca merupakan
kebolehan pelajar membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan
diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis.
Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada pelajar untuk memastikan keefisienan
membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat,
memahami maklumat, menaakul dan menghayati teks.

Dalam konteks pelaksanaan KIA2M (PPK, 2006), kemahiran asas membaca
terbahagi kepada dua, iaitu kemahiran teras dan kemahiran lanjutan. Kajian ini
menumpu kepada kemahiran teras sahaja. Kemahiran teras merupakan kemahiran
wajib dan terpenting yang perlu diajar kepada pelajar. Kemahiran teras merangkumi
kemahiran membaca abjad, kemahiran membaca suku kata, kemahiran membaca
perkataan serta kemahiran membaca ayat. Kemahiran membaca perkataan terdiri
daripada kemahiran V+KV, KV+KV, KV+KV+KV, KV+KVK, KVK+KVK, KVK,
KVK+KV, KVKK dan V+KVK.

Kemahiran lanjutan pula bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan
kemahiran asas tambahan yang diperlukan bagi membolehkan pelajar membaca
dengan baik dan berkesan. Kemahiran lanjutan terdiri daripada kemahiran membaca
perkataan jenis KVK+KVKK, V+KVKK, KVKK+KVKK, VK+KVKK, VK+KVK,
KVKK+KVK, KV+KVKK, perkataan mengandungi diftong, perkataan
mengandungi digraf dan perkataan mengandungi vokal berganding.

iii. Perisian

Menurut Mohd Nuqman (2002), perisian ialah ciptaan cerdas yang terdiri
daripada atur cara, prosedur, peraturan dan sebarang dokumentasi berkenaan tentang
operasi sesuatu sistem pemprosesan data.





26


iv. Multimedia

Menurut Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik,
animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan
komputer. Menurut Mohd Nuqman (2002), multimedia ditakrifkan sebagai
komunikasi yang menggunakan sebarang gabungan media yang berlainan, sama ada
melibatkan komputer atau tidak. Ia mungkin termasuk teks, audio, muzik, imej,
animasi dan video.

Menurut Ismail Zain (2002), multimedia ialah gabungan daripada elemen
teks, grafik, audio, video dan animasi. J adi, secara amnya, multimedia ditakrifkan
sebagai proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi
penggunaan teks, grafik, audio, video dan animasi (J amaluddin Harun, et. al, 2001).

v. Lagu

Menurut Kamus Dewan (1996), lagu bermaksud

i. irama suara (dalam bacaan, nyanyian, percakapan, dan lain-lain.
ii. Gubahan muzik biasanya dengan seni kata, nyanyian.

vi. Muzik

Menurut Miller (2005), muzik merupakan nada suara yang berturut-turut dan
disusun secara berirama. Menurut PPK (2002), asas muzik iaitu irama dan pic
memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini
menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam
melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan
baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.
Selain itu, penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.



27


vii. Neurosains

Neuroscience, precisely defined, deals with the functional
organization and the resulting behavioral specifications of the brain.
It describes the brain in terms of its basic functional principles, that
is, the structure and reactions of those elements of which it is formed,
namely the neurons.
(Shepherd, 1998)

Neurosains merupakan satu bidang kajian mengenai sistem saraf yang ada di
dalam otak manusia. Ia juga mengkaji mengenai kesedaran dan kepekaan otak dari
segi asas biologi, persepsi, ingatan dan kaitannya dengan pembelajaran (J amaluddin
Harun dan Zaidatun Tasir, 2003).

viii. Teori Perkembangan Kognitif Bruner

Menurut Bruner (1966) dalam Mok Soon Sang (2004), kanak-kanak
mempunyai keupayaan semula jadi untuk membantu mereka melaksanakan sesuatu
tugas yang diberikan. Kebolehan kognitif tersebut akan berkembang melalui
penglibatan secara aktif. Selain itu, Bruner (1966) dalam Mok Soon Sang (2004)
juga menegaskan bahawa faktor sosial khususnya bahasa adalah penting untuk
perkembangan kognitif kanak-kanak.

Bruner (1966) dalam Mok Soon Sang (2004) juga mengambil berat tentang
cara sesuatu pengetahuan diwakili atau diorganisasikan melalui mod-mod perwakilan
(mode of representation) yang berbeza. Menurut beliau, perwakilan (representation)
yang berbeza adalah penting pada tahap umur yang berbeza di mana mod enaktif
lebih ketara pada 18 bulan yang pertama. Mod ikonik bermula dari 18 bulan dan
mod simbolik bermula pada umur enam tahun dan ke atas.





28


a. Mod Enaktif

Menurut Bruner (1966) dalam Mok Soon Sang (2004), kanak-kanak akan
bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya pada mod ini. Oleh itu, kanak-
kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana
kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik
menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna
atau tafsiran bagi dirinya.

b. Mod Ikonik

Menurut Bruner (1966) dalam Mok Soon Sang (2004), kanak-kanak telah
berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya pada mod ini. Dia mampu
menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang
tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk imej mental.

c. Mod Simbolik

Menurut Bruner (1966) dalam Mok Soon Sang (2004), kanak-kanak telah
boleh menggunakan simbol seperti perkataan dan bahasa pada mod ini. Mereka
menggunakan simbol untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya
penaakulan Simbolik.

ix. Program Pemulihan Khas

Menurut J abatan Pendidikan Khas, KPM (2008), program pemulihan khas
ialah Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.





29


x. KIA2M

Menurut buku panduan pelaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca dan
Menulis (KPM, 2006), KIA2M merupakan satu program yang dirancang khusus
untuk membantu murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis dalam Bahasa Melayu.



1.11 Penutup

Keupayaan dalam membaca harus dipupuk di peringkat awal kanak-kanak
khasnya tahun satu. Dalam era Sains dan teknologi ini, pendekatan/strategi P&P
perlu dibantu dengan produk teknologi seperti perisian-perisian multimedia. J usteru,
perisian multimedia perlu dibangunkan memandangkan bilangannya adalah amat
terhad dalam bidang /aspek kemahiran membaca dalam BM. Ini adalah penting demi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru.
Adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk terus berusaha
menghasilkan sesuatu yang terbaik dan bersesuaian untuk disumbangkan dalam
dunia pendidikan.












30

You might also like