You are on page 1of 1

Kejayaan Nabi Muhammad di Madinah

Huraikan kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang tempoh baginda memerintah negara
Islam Madinah.
Pengenalan
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya telah menyerlah ketika baginda berada di Makkah
lagi. Peristiwa perebutan peletakan semula Hajar al-Aswad ke tempat asalnya oleh para pemimpin
Makkah membuktikan kebijaksanaan baginda sebagai seorang pemimpin. Penghijrahan ke Madinah
turut memperlihatkan kejayaan baginda meraih banyak kejayaan.
Isi
Antara kejayaan baginda di Madinah ialah telah membina sebuah negara Islam pertama di dunia.
Bagi melicinkan urusan pentadbiran negara, baginda menggubal Piagam Madinah yang menjadi lambang
negara Islam yang berdaulat. Piagam ini ternyata amat membantu baginda dalam mentadbir negara
dengan berkesan selain menyatupadukan masyarakat Madinah yang berbilang kaum.
Sikap toleransi yang baginda pamerkan menyebabkan baginda senang memperoleh kerjasama
daripada warga Madinah. Misalnya, penggubalan Piagam Madinah telah mengambil kira hak orang Islam
dan bukan Islam yang diwakili kaum Yahudi. Dalam membuat keputusan, baginda akan mengambil kira
pendapat para sahabat.
Seterusnya baginda telah menghapuskan semangat assabiyah iaitu semangat kesukuan yang
melampau dalam kalangan orang Arab. Selaras dengan agama Islam, baginda menggantikannya dengan
semangat persaudaraan. Contohnya, baginda mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj atas dasar
akidah.
Dalam aspek ekonomi, baginda telah memperkenalkan sistem ekonomi Islam. Segala amalan riba
dan penindasan yang dilakukan para peniaga sebelum ini telah dihapuskan. Eksploitasi ekonomi oleh
orang Yahudi telah dihapuskan. Baginda memperkenalkan sistem ekonomi Islam yang adil.
Baginda juga telah membentuk angkatan tentera Islam yang kuat walaupun bilangannya kecil
tetapi mampu mengalahkan musuh yang dua kali ganda lebih besar jumlahnya. Baginda
bertanggungjawab meniup semangat jihad bagi mempertahan kesucian agama Islam, negara dan
maruah diri.
Penutup
Jelaslah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telab melakar banyak kejayaan sepanjang mentadbir
Madinah. Kejayaan ini membuktikan baginda seorang pemimpin yang berkebolehan.

You might also like