SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG PAKU

06150 AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN

Tel .: 04-7946798
Fax : 04-7942144
Ruj. Kami: SKMP 100-16/5/1 ( 2 )
Tarikh : 10 Julai 2014

Encik Mohd Faudzi bin Abd. Hamid
Encik Shamsudin bin Aroff,
Encik Abd Malek bin Abd Razak,
Encik Rosli bin Yaakup,
Puan Rozita binti Hassan.

Melalui dan salinan

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu
Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra,Kedah.
Tuan,

JEMPUTAN TAKLIMAT PROGRAM PENATARAN MAKLUMAT PENGURUSAN PERUBAHAN PPPM 2013-2025
SK MATANG PAKU DAN SK AYER HITAM TAHUN 2014.
Suka cita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan ini, pihak Sk Matang Paku dan Sk Ayer Hitam akan mengadakan satu program kerjasama Latihan
Dalam Perkhidmatan penyebaran maklumat PPPM kepada guru-guru seperti butiran berikut :
Nama program : Penataran Maklumat Pengurusan Perubahan PPPM 2013-2025
Tarikh : 12 Julai 2014 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Guru Sk Ayer Hitam
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan untuk memberikan taklimat dalam program tersebut kepada
peserta. Bersama-sama dengan ini, disertakan tentatif program untuk tindakan pihak tuan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

” PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

....................................................................
( ABD. RAZAK BIN ABD. AZIZ )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Matang Paku.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful