You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TAMPARULI,

PETI SURAT 46,


89257 TAMPARULI, SABAH




KERTAS KERJA PROJEK MEMBUAT MURAL DEWAN
TERBUKA
SK PEKAN TAMPARULI






DISEDIAKAN OLEH:
ABDUL HAFIZ BIN MOHAMAD
GURU PELATIH IPG KAMPUS KENT, TUARAN


KERTAS KERJA
1.0 PENGENALAN

Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan adalah balai atau ruang
tempat diadakan majlis-majlis forum (tari-menari, perbahasan dll). Dewan di
sekolah pula dijadikan tempat melaksanakan perhimpunan mingguan
sekolah, aktiviti luaran dan menjalankan kegiatan amali Pendidikan Jasmani.
Kerajaan telah menjalankan inisiatif untuk menjalankan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia. Inisiatif ini bermula dengan perkara yang mudah, contohnya di SK
Presint 14 (1) Putrajaya, PIBG mengorak langkah untuk menjaga trafik di
sana. Di sekolah tersebut ibu bapa juga membantu melukis mural dan
keceriaan kelas. (MHI TV3 ada video di sekolah tersebut yang boleh
ditayangkan). Manakalan, di SMK Tuanku Jaafar Senawang juga, kelas
semakin cantik dengan kemas berkat sokongan ibu bapa, dan apabila murid
mula menjaga kebersihan kelas, lama kelamaan ia menjadi satu budaya
kepada murid tersebut dan sekolah menjadi tempat yang sangat kondusif
kepada proses pembelajaran.
Bagi mewujudkan suasana yang ceria dan kondusif, sebuah dewan
terbuka sekolah juga patut dihiasi dengan mural dan dilengkapi dengan info-
info berkaitan dengan sekolah. Dewan terbuka sekolah juga merupakan
prasarana yang sering digunakan untuk majlis-majlis ilmu yang berlansung di
sekolah.

2.0 RASIONAL

Program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua murid dan
guru serta seluruh warga SK Pekan Tamparuli, Tamparuli. Dewan bukan
sahaja dijadikan sebagai tempat untuk mengadakakan majlis malah diguna
pakai sebagai tempat aktiviti riadah sekolah dijalankan. Oleh itu, projek
membuat mural dewan terbuka ini adalah perlu agar dapat mewujudkan
suasana yang ceria dan menarik minat murid untuk beriadah dan
melaksanakan kegiatan yang berkaitan dengan sekolah dan sebagainya.


3.0 OBJEKTIF
Menceriakan dewan terbuka
Menghias dewan terbuka
Mewujudkan suasana ceria untuk guru dan murid semasa menggunakan
dewan terbuka


4.0 TARIKH & TEMPAT
Tarikh : 31 Mac 2014 25 April 2014
Tempat : Dewan Terbuka SK. Pekan Tamparuli

5.0 CADANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
I. Melukis mural
II. Sudut info
III. Menceriakan dewan dengan hiasan yang bersesuaian

6.0 JAWATANKUASA PROJEK

PENGERUSI : Pui Chaw Min
TIMBALAN PENGERUSI : Nur Farhana Sairin
SETIAUSAHA : Abdul Hafiz bin Mohamad
TIMBALAN SETIAUSAHA: Matthew Wong Ling Kang
BENDAHARI : Khalid Naim
TIMBALAN BENDAHARI : Zaionell Zaium
AJK KECERIAAN : Zulkifli Omar
AJK KEBERSIHAN : Nur Suziela Jamalin





7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Alat dan Bahan Kuantiti Harga
Seunit
(RM)
Jumlah
Harga
(RM)
1 Polysterine board 4 buah 4 16
2 Riben Kain 4 gulung 4 16
3 Double tape tebal 3 gulung 6 18
4 Selofan tape 3 gulung 3 9
5 Marker pen warna warni 1 buah 15 15
6 Mini whiteboard 1 buah 30 30
7 Pelaka
- Merah
- Biru
- Kuning
- Hijau
4 botol 16 64
8 Berus cat 8 3 24
9 Paku simen 8 biji 1 1
10 Tukul 1 bilah 10 10
JUMLAH KESELURUHAN RM203



8.0 PENUTUP
Sebagai harapannya, kami berharap cadangan projek membuat mural dewan
terbuka di SK Pekan Tamparuli, Tamparuli ini diluluskan kerana ia
merupakan langkah ke arah menyediakan dewan yang kondusif bagi
kegunaan guru dan murid di SK. Pekan Tamparuli. Semoga usaha kita
mendapat rahmat dan diberkati Allah SWT.





DISEDIAKAN OLEH:
TARIKH :
(Abdul Hafiz bin Mohamad)
Setiausaha Projek Mural Dewan Terbuka,
SK Pekan Tamparuli, Tamparuli

DISEMAK OLEH:
TARIKH :
(Nuratiqah Abdullah)
Ketua Bidang Bahasa Inggeris,
SK. Pekan Tamparuli, Tamparuli

DISAHKAN OLEH:
TARIKH :
(En. James Joseph)
Guru Besar,
SK. Pekan Tamparuli, Tamparuli

You might also like