You are on page 1of 4

1

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA


WILAYAH PERSEKUTUAN KL (MSSWP)

PERANAN PENGURUS PASUKAN

Bil. Perkara
1
Sebelum
Kejohanan
1. Bekerjasama dengan jurulatih untuk menyenaraikan nama-nama pemain
untuk pertandingan.
2. Pastikan kemudahan serta alatan untuk latihan/pertandingan mencukupi.
3. Sentiasa membuat penilaian tentang prestasi pemain selepas setiap kali
pertandingan.
4. Pemilihan pemain yang terbaik untuk pasukan telah dibuat dengan betul.
5. Perkara-perkara yang perlu disemak sebelum bertolak:
a) Pakaian pasukan (termasuk bib)
b) Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga
c) Maklumkan kepada guru kelas tentang kehadiran murid pada hari
pertandingan
d) Elaun pasukan
e) Surat GLdicap dan siap ditandatangan oleh GB/GKKK
f) Kemudahana pengangkutan
g) Peti pertolongan cemas
h) Beri taklimat penting tentang:
Jadual pertandingan
Dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa
Peraturan Pertandingan (tegaskan tentang kuku panjang)

2
Semasa
Kejohanan
1. Semak pendaftaran masuk pasukan serta program sepanjang kejohanan.
2. Pastikan keselamatan pemain sepanjang kejohanan juga pergi dan balik.
3. Sentiasa berurusan dengan penganjur kejohanan untuk mengetahui segala
perkara atau menghadapi masalah.
4. Tegaskan tentang disiplin pasukan sepanjang kejohanan tentang perkara-
perkara di bawah:
a) Permainan kasar
b) Melatih dari garis tepi
c) Mengganggu atau mencaci pemain lain
d) Memburuk-burukkan atau mencaci pengadil
5. Kebajikan pasukan perlu diberi perhatian serius.
6. Pastikan moral dan semangat berpasukan adalah tinggi serta ingatkan
pemain mestilah menunjukkan prestasi yang baik.

3
Selepas
Kejohanan
1. Semak semula keputusan pertandingan.
2. Berpakaian kemas semasa Upacara Perasmian Penutupan Kejohanan.
a) Berpakaian lengkap sukan (track suit/track bottom, dan berjersi)
b) Berkasut sukan (tidak dibenarkan sama sekali berselipar)
c) Tidak dibenarkan memakai topi semasa menerima hadiah
3. Beri taklimt kepada pasukan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan
sebelum meninggalkan tempat kejohanan seperti kebersihan serta segala
barang pemain/peribadi seupaya tidak tertinggal.
4. Pastikan setiap pamain pasukan berada di dalam pasukan masing-masing
sebelum menerima hadiah.


2


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KL (MSSWP)

PERANAN JURULATIH


Bil. Perkara
1 Pengajar
Mengajar dan melatih permainan yang bersih :
a) Kemahiran asas
b) Posisi pemain
c) Taktik
2 Pendidik Menyampaikan pengetahuan sedia ada dan terkini secara kreatif.
3 Penggerak Memberi rangsangan, galakan dan ganjaran.
4
Membentuk
disiplin
Membimbing dan melatih serta menerapakan disiplin dan nilai murni.
5 Pembimbing
Membimbing dan membantu pemain kea rah pencapaian prestasi yang
baik.
6 Penasihat
Berinteraksi dengan ibubapa atau penjaga pemain, pegawai, persatuan
sukan dan pasukan yang terlibat.
7 Kaunselor/Sahabat Kawan tempat mengadu dan membantu pemain yang bermasalah.
8
Pengetahuan dan
kebolehan dalam
Sains Sukan
Pencegahan dan rawatan kecedraaan sukan.
Fisiologi.
Melatih secera sistematik dan saintifik.
























3



MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KL (MSSWP)

ETIKA SEORANG PEGAWAI

Bil. Perkara Tindakan
1
Seorang pegawai dikehendaki patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang
MSSM.

2
Seorang pegawai hendaklah menghormati dan patuh kepada keputusan-keputusan
yang dibuat oleh pihak pengelola.

3
Seseorang pegawai dikehndaki patuh kepada keputusan pengadil/hakim dalam tempoh
kejohanan.

4
Seseorang pegawai yang tidak berpuashati dengan keputusan juri atau pihak lain yang
berkenaan hendaklah tunggu sehingga tamat kejohanan sebelum membawa bantahan
ke peringkat MSSMKL melalui Pengerusi Zon masing-masing.

5
Seseorang pegawai ditegah bertengkar atau menentang pengadil/hakim/peserta atau
pegawai dari pasukan lain.

6
Pengurus atau Jurulatih Pasukan adalah bertanggungjawab menjaga tatatertib pasukan
masing-masing dan dikehendaki menunjukkan contoh yang baik.

7
Seseorang pegawai adalah bertanggungjawab memastikan langkah keselamatan
diambil untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian harta benda masing-masing.

8
Sebarang bantahan dalam tempoh kejohanan hendaklah dikemukakan melalui tatacara
yang betul kepda Jawatankusa Pengelola.

9 Penggunaan bahasa kasar/kesat/lucah dalam tempoh kejohanan adalah dilarang.
10
Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap seseorang pegawai yang melanggar
peraturan MSSM.



ETIKA SEORANG PEMAIN/PESERTA

Bil. Perkara Tindakan
1
Seseorang pemain dikehendaki patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang
MSSM.

2
Seseorang pemain hendaklah menghormati dan patuh kepada keputusan-keputusan
yang dibuat oleh pihak pengelola.

3
Seseorang pemain dikehendaki patuh kepada keputusan pengadil/hakim dalam tempoh
kejohanan.

4
Seseorang pemain ditegah bertengkar atau menentang pengadil/hakim/pemain atau
pegawai dari pasukan lain.

5
Seseorang peserta dikehendaki patuh kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan
mengenai pakaian yang telah ditetapkan mengkiut jenis permainan tertentu.

6
Seseorang pemain ditegah merosakkan sebarang kemudahan dan alatan yang telah
disediakan dalam sesuatu kejohanan.

7
Seseorang pemain adalah bertanggungjawab menjaga dan memulangkan semua
barangan dan alatan yang disediakan oleh pihak pengelola dalam keadan baik.

8
Sebarang bantahan dalam tempoh kejohanan hendaklah dikemukakan melalui tatacara
yang betul kepada Jawatankuasa Pengelola.

9 Penggunaan bahasa kasar/kesat/lucah dalam tempoh kejohanan adalah dilarang.
4



MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KL (MSSWP)

SENARAI SEMAK KESELURUHAN


Bil. Perkara Tindakan
1
Penyediaan pasukan. Latihan fizikal, kemahiran, dan teknik permainan.

2
Dapatkan Borang Pendaftaran Pasukan.

3
Lengkapkan Borang Pendaftaran Pasukan sebelum tarikh tutup.
Tandatangan Guru Besar.

4
Hantar Borang Pendaftaran Pasukan dan salinan Surat Beranak yang telah disahkan.

5
Sedia dan edar Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga pemain-pemain.

6
Uruskan pengangkutan pemain sepanjang latihan dan kejohanan.

7
Sediakan bola pertandingan.

8
Pakaian dan peralatan pemain seperti kasut, stoking, dan shin guard serta bib.

9
Bawa bersama GL kosong tapi siap cap dan tandatangan GB /PKKK. (kecemasan)

10
Ubat-ubatan/ keperluan dan peti pertolongan cemas.

11
Taklimat pemain oleh Jurulatih, Pengurus, Guru Besar, atau Penolong Kanan Kokurikulum.

12
Pungut Surat Kebenaran Ibubapa/Penjaga daripada pemain.

13
Semak tarikh dan jadual pertandingan.

14
Dapatkan peruntukan kewangan daripada pihak sekolah.

15
Hadiri mesyuarat/taklimat pengurus.

16
Daftarkan pemain-pemain.

17
Uruskan pasukan semasa perlawanan.

18
Semak pemain dan peralatan sebelum pulang.

19
Pastikan pemain selamt sampai ke rumah masing-masing.

20
Kemukakan laporan perlawanan kepada pihak sekolah.

You might also like