AKAUNTIBILITI KEGURUAN

Contributed by Administrator
Tuesday, 01 May 2012
 Konsep Akauntabiliti   Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,konsep
akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai
displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu
keputusanyang telah diambil.    Akauntabiliti keguruan.   Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus
difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan
negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap:-   1 Pelajar   Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik
darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan dan keselamatan murid-
murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya
tanpa mengira bangsa,agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah
membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka,
sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperoleh model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.   2
Diri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan
kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal
menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap
proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka
terhadap peristiwa disekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna
terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang
boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.   3 Sekolah   Sekolah ialah tempat seseorang guru
bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai
seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan
sekolah.Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai
guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di
lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.   4 Masyarakat dan Negara   Sebagai seorang guru , beliau hendaklah
menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip
Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa
dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian
secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan
kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam
segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaranyang boleh merosakkkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk
sikap dan nilaidalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang
setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping
itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai
ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta
mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .     5 Profesion Keguruan   Guru haruslah meluaskan
ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami
selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini dilakukan dengan merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapaiobjektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar
dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.  Penutup   Dengan dapat memahami prinsip
akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapatmeningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan
tersebutmembolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri ,
murid-murid dan profesion keguruan akandapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebutmelambangkan
tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf  profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat
SMK Bukit Jambul Pulau Pinang
http://smkbj.edu.my/main Powered by Joomla! Generated: 15 July, 2014, 21:44
melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya
terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru.
Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-
citakannegara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak  bertanggungjawab
terhadap amanah yang di berikan. Artikel Sumbangan:Pn Shazela Seman  
SMK Bukit Jambul Pulau Pinang
http://smkbj.edu.my/main Powered by Joomla! Generated: 15 July, 2014, 21:44

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful