You are on page 1of 7

PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID

KONSEP PENILAIAN:

proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan
dan pencapaian.
proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program
pengajaran, polisi dan prosedur.
(Arthur et.al.; 1996)
Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid
dengan menggunakan pelbagai kaedah. sebahagian daripada proses p & p dijalankan secara
berterusan & tidak formal bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk
dipertingkatkan dan diberi pengukuhan
TUJUAN PENILAIAN
i. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
ii. mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh;
iii. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa;
iv. mengesan keberkesanan pengajarannya;
v. merancang dan mengubah suai aktiviti pengajarannya;
vi. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN
MERANCANG
Sebelum menilai murid, guru hendaklah merancang:
i. Murid yang hendak dinilai
ii. Domain yang hendak diberi tumpuan
iii. Kaedah pemerhatian yang sesuai
iv. Cara merekod
v. tempoh masa dan bila hendak dijalankan


MEMBINA INDIKATOR

Guru hendaklah mengambil kira hasil pembelajaran seperti dalam komponen-komponen Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan
MELAKSANAKAN PENILAIAN
Penilaian Secara Pemerhatian :
Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik untuk mengumpul data atau
maklumat dan merekodnya dengan tepat.
Kaedah Penilaian Melalui Pemerhatian :-
Pemerhatian tingkah laku
Pemerhatian perbualan atau interaksi
Hasil Kerja

PEMERHATIAN TINGKAH LAKU
Untuk menilai aspek berikut :-
Sikap
Amalan
Kemahiran sosial
Kemahiran manipulatif
Kemahiran kinestetik
PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN
PERBUALAN / INTERAKSI MURID
TUJUAN: untuk mendapatkan maklumat semasa berlakunya interaksi antara murid dengan guru;
murid dengan murid; dan murid dengan bahan pembelajaran.
Contoh:
Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru
Perbualan atau interaksi antara murid dengan murid
Interaksi murid dengan bahan
Main peranan
Bersoal jawab
Bercerita
Bacaan
Nyanyian
PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID
Contoh Hasil Kerja yang boleh diperhati dan dinilai:
Lukisan
Tulisan
Buku skrap
Kraf tangan
Buku kecil
Model
MEREKOD
Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secata bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan
guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.
Kaedah mengumpul dan merekod maklumat melalui:
Senarai Semak;
Catatan Anekdot;
Rekod Berterusan
Penyediaan Senarai Semak
Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat
Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
Digunakan untuk melihat/menilai t/laku mudah dalam konteks semula jadi
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang ingin diperhati
Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu atau dua
pemerhatian
Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian
Dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali supaya lebih tepat & tekal.
Rekod Anekdot
Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting,
unik dan signifikan untuk direkodkan.
Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.
Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.
Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.
Langkah Penyediaan Rekod Anekdot
- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid.
- Menuliskan selepas peristiwa itu.
- Tulis apa yang dilihat secara objektif.
- Perkara-perkara yang direkod dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang
perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah, dan
kejayaan-kejayaan.
Panduan Merekod Secara Anekdot
Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir.
Pastikan nama, tarikh. Masa dan suasana dicatat dalam buku nota.
Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian.
Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.
Masukkan respon orang lain sekiranya berkaitan.
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-
kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh
pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 5 minit.
Panduan Menyediakan Rekod Berterusan
Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid yang difokus satu persatu.
Rekod hendaklah tepat dan padat.Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku. Rekod hanya
perkara-perkara yang sebenar berlaku dan gunakan satu ayat untuk menerangkan setiap
aksi.
Guna bahasa yang boleh difahami.
Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.
Tentukan masa.
Mesti tulus dan iklas
Guna singkatan semasa merekod
Panduan Menulis Rekod Berterusan
Buat pemerhatian selama 10 minit atau kurang.
Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgmental.
Fokus terhad kepada murid yang ingin diperhati.
Tulis dengan lebih terperinci selepas pemerhatian.
Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan
sulit.
MENYIMPAN MAKLUMAT
Segala Maklumat Yang Diperolehi Daripada Pemerhatian Yang Sistematik Direkod Dalam
Portfolio
Portfolio bukannya kaedah penilaian tetapi satu cara mengumpul dan menyusun maklumat
daripada pelbagai sumber.
Satu himpunan bukti atau keterangan yang terkumpul berkenaan perkembangan dan
kemajuan murid dalam masa ditetapkan.
Menyediakan asas untuk penilaian dan panduan untuk pembelajaran dan perkembangan
selanjutnya.
Secara fizikal, ia merupakan satu fail, kotak atau disket yang menyimpan bukti dan maklumat
murid.
Maklumat yang disimpan dalam portfolio :-
Rekod Peribadi Kanak-kanak
Rekod Kemajuan dan Perkembangan Kanak-kanak
1. Rekod Peribadi Murid
Rekod Peribadi diserahkan kepada guru Tahun 1 apabila kanak-kanak masuk ke sekolah
formal. Rekod Peribadai mengandungi perkara berikut :-
a) Maklumat diri kanak-kanak
b) Maklumat keluarga kanak-kanak
c) Maklumat kesihatan kanak-kanak
d) Maklumat fizikal kanak-kanak

2. Rekod Perkembangan dan Kemajuan Kanak-kanak.
Ia merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri kanak-kanak dari segi :-
Kemahiran
Komunikasi
Sikap
Kreativiti
Merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid dari segi:
a) Pengetahuan
b) Kemahiran
c) Komunikasi
d) Sikap
Contoh Hasil Kerja Kanak-kanak
Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan ke dalam portfolio. Pemilihan dibuat bersama guru
dan murid. Hasil kerja itu termasuklah:
a) lukisan;
b) sample tulisan;
c) gambar foto;
d) binaan yang sudah disempurnakan;
e) cerita yang ditulis;
f) buku skrap.
MENGANALISIS MAKLUMAT
Segala maklumat yang direkodkan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat inferen dan
rumusan mengenai murid berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang dilakukan.
Analisis dibuat dengan cara :-
Membaca dengan teliti maklumat yang diperolehi dalam senarai semak/ rekod berterusam/
rekod anekdot.
Membuat inferen iaitu kenyataan yang benar hasil dari tingkah laku dan perbualan/ interaksi
yang diperhatikan serta penilaian hasil kerja.
Pemerhatian, merekod dan mentafsir dengan teliti dan dibuat secara objektif akan
membantu guru mengenai dan memahami murid.
Cara Menganalisis Maklumat
Contoh :-
Salmah menangis keranan lukisannya tidak siap. Cikgu Rohani memujuk dan memberikan kertas
lukisan dan beberapa batang pensel warna. Salmah melukis sekuntuk bunga dan mewarnakan bunga
tersebut. Latifah datang.
Latifah : Nak pinjam warna merah sekejap!
Salmah : Tak boleh (dia memegang pensel warna kuat-kuat).
Latifah : Sekejap saja.
Salmah : Tak boleh! Tak boleh ! (dia meneruskan kerjanya)
Inferen yang boleh dibuat :-
Inferen 1 : Salmah seorang kanak-kanak yang tidak pandai berkongsi.

Inferen 2 : Salmah tidak mahu meminjamkan pensel warna sebab
kerejanya belum selesai.
Secara objektif, inferen ke 2 lebih sah dan diterima. Seterusnya, guru membat rumusan daripada
beberapa bukti yang telah diperhatikan.
MELAPOR
Pelaporan ialah proses menyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang
perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapian murid.
Maklumat untuk pelaporan diperolehi dari rekod penilaian.
Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan
murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
TINDAKAN SUSULAN
Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan setelah dikenal
pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid.
Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar
kelemahan murid tidak terus terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula.
Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang
telah dikuasai.
Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang
lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah
dikuasai atau disiapkan.
Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta merta atau dirancang.

You might also like