You are on page 1of 5

Saidatina Khadijah yang unggul mempunyai peribadi yang cukup menghayat hati.

Saidatina Khadijah
dikurniakan peribadi serta sifat-sifat yang sangat mulia tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman.
Saidatina Khadijah menjadi isteri yang pertama dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. dan
peribadinya telah membuat hati dan hidup Nabi Muhammad S. A. W. cukup bahagia. Saidatina
Khadijah amat bermakna dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah telah dikurniakan
dengan berbagai gelaran antaranya ialah Ummul Muminin, Thahirah, penghulu wanita serta
penghulu syurga. Beliau juga orang pertama yang beriman dan mengatakan Tuhan itu satu dan Nabi
Muhammad S. A. W. itu utusan-Nya. Saidatina dilahirkan dari kalangan keluarga yang mulia. Oleh itu
juga Saidatina Khadijah mempunyai peribadi yang mulia dan disanjung tinggi. Saidatina Khadijah suka
menolong orang-orang yang berada dalam kesusahan. Beliau tidak sanggup melihat penderitaan
orang lain. Beliau sanggup menderita demi menolong dan melihat orang sekelilingnya hidup senang.
Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan apabila beliau menguruskan dagangan keluarganya setelah
ibu dan bapanya meninggal dunia. Di samping itu, sumbangan Saidatina Khadijah kepada Islam pada
zaman awal Islam telah memberi banyak perubahan. Hartanya telah banyak dihabiskan untuk
menolong Nabi Muhammad S. A. W. , keluarganya serta orang-orang Muslim. Tetapi beliau tidak
pernah merungut tentang hartanya yang semakin berkurangan itu. Kisah Saidatina Khadijah ini telah
memberi impak yang sungguh bagus dan positif kepada setiap umat Islam. Sifat semulajadinya yang
sungguh agung dan tiada cacat celanya membuatkan dirinya lebih cepat mempengaruhi masyarakat
Islam. Peribadinya itu memang patut kita jadikan contoh terbaik bagi menjalani kehidupan seharian
kita. Saidatina Khadijah iaitu salah seorang tokoh Islam pada zaman dulu yang telah memberi banyak
sumbangan terhadap Islam. Sumbangannya yang diberi kepada setiap orang Muslim tidak kira
pangkat atau darjat itu memberi satu peringatan yang tidak akan lupus dari hati atau hidup
seseorang Muslim itu.

PENDAHULUAN
Pengupasan tentang peribadi Saidatina Khadijah yang unggul, yang selama hidupnya menguatkan
Nabi Muhammad S. A. W. pada permulaan dakwah Islam. Saidatina Khadijah merupakan isteri
pertama Nabi Muhammad S. A. W. dan juga wanita pertama yang beriman serta menyatakan
bahawa Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S. A. W. adalah utusan dari Allah S. W. T. Di sini akan
menceritakan mengenai riwayat hidup Saidatina Khadijah sejak beliau dilahirkan sehinggalah beliau
wafat. Saidatina Khadijah memiliki peribadi yang luar biasa. Peribadinya yang cukup luar biasa ini
memberi implikasi yang positif kepada masyarakat Islam pada zaman awal Islam. Masyarakat pada
zaman itu amat kagum dengan keperibadian Saidatina Khadijah yang cukup mulia itu. Saidatina
Khadijah adalah salah seorang tokoh yang paling penting dalam sejarah Islam. Wanita yang agung
bernama Saidatina Khadijah ini telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam dari pelbagai
aspek dan juga telah menyumbang ke arah kemenangan kerajaan Islam. Beliau memainkan peranan
yang sangat cemerlang. Bersama Abu Talib, Saidatina Khadijah merupakan salah seorang dari
pendukung Islam dan kaum Muslim. Pada masa Islam mengalami tekanan peperangan yang tidak
henti-hentinya dan selam tiga tahun mendapat serangan yang bertubi-tubi, Saidatina Khadijah
membantu kaum Muslim dengan segala bentuk pengorbanan yang luar biasa. Saidatina Khadijah
mempunyai sifat-sifat yang amat indah sekali yang mana sifat-sifat beliau ini belum tentu wujud pada
setiap wanita pada zaman kini. Saidatina Khadijah mempunyai hati dan jiwa yang suci, bersih dan
terpelihara dari kejahatan. Perasaan Saidatina Khadijah yang halus dan akhlaknya yang mulia
membuatkan dirinya lebih dihormati dan istimewa. Di samping itu, ketakwaan dan keimanan beliau
terhadap Allah S. W. T. amat teguh sekali dan tidak perlu diragukan lagi. Walaupun Saidatina
Khadijah ini seorang yang kaya, beliau tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab beliau
sebagai umat Islam. Selain itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah Islam yang berani.
Keperibadiaan dan sumbangan beliau ini amat dikagumi dan sukar dilupakan. Sifat-sifat
semulajadinya yang mulia itu akan menjadi satu contoh yang amat besar dalam hidup setiap
manusia.

RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH
Saidatina Khadijah dilahirkan di Makkah pada tahun 68 sebelum Hijrah dan kurang lebih 15 tahun
sebelum tahun Gajah. Saidatina Khadijah merupakan puteri kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul
Uzza bin Qushai Al-Qurasyiyyah Al-Asayidah. Ayahnya seorang pedagang. Ibunya pula bernama
Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. Saidatina Khadijah lahir dari kalangan keluarga yang mulia, jujur
dan keluarga pemimpin. Saidatina Khadijah berketurunan Bani Hasyim. (Muhammad Ali Quthub,
1986: mukasurat 2)

Saidatina Khadijah dibesarkan di kalangan keluarga yang mulia, terdidik dengan akhlak yang terpuji,
bersifat teguh dan cerdik sehingga kaumnya memanggil Thahirah kerana beliau sangat loba terhadap
akhlak dan kesopanan yang mulia. Ayahnya, Khuwailid wafat kira-kira pada tahun 585 Masihi iaitu
sebelum perang Fijar. Manakala ibu Saidatina Khadijah wafat sekitar tahun 575 Masihi. (Muhammad
Ali Quthub, 1986: mukasurat 4) dan ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Setelah ibu dan ayah Saidatina Khadijah wafat, kekayaan dan harta diagihkan kepada Saidatina
Khadijah dan adik-beradiknya. Antara adik-beradiknya, hanya Saidatina Khadijah yang mewarisi
kebolehan ayahnya untuk menjadi kaya. Oleh kerana Saidatina Khadijah dikurniakan kecerdasan yang
luar biasa, beliau mengambil alih tanggungjawab bisnes keluarganya dan segera
mengembangkannya. Beliau ingin memperoleh kekayaan dari titik peluh sendiri. Salah seorang bapa
saudaranya bertindak sebagai penasihat beliau dalam masalah bisnes. Anggota keluarga yang lain
juga turut membantunya apabila beliau memerlukan pertolongan. Walaupun begitu, dalam
membuat keputusan, beliau tidak akan bergantung pada sesiapapun malah akan membuat
keputusannya sendiri. ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah diperisteri oleh Abu Halah
bin Zurarah bin Usaid bin Amr bin Tamim At-Tamimi. Mereka telah memperoleh dua cahaya mata
yang bernama Halah dan Hanad. Setelah Abu Halah meninggal dunia, Saidatina Khadijah diperisteri
oleh Atiq bin Aidz bin Abdillah bin Umar bin Makhzum Al-Makhzumi. Namun begitu perkahwinannya
hanya berlangsung beberapa saat kemudian bercerai. Selepas itu ramailah orang-orang terkenal di
kalangan Quraisy ingin memperisterikan Saidatina Khadijah, tetapi beliau menolaknya kerana beliau
ingin meluangkan masa beliau dengan mendidik putera-puteranya dan menguruskan dagangannya.
(Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5)

Setelah dagangannya meluas ke negeri Syam, Saidatina Khadijah mengambil Nabi Muhammad S. A.
W. sebagai pekerjanya bagi mengedarkan dan menguruskan dagangannya dari Makkah ke Syam. Di
samping itu juga, beliau mengutus pembantunya yang bernama Maisarah untuk memperhatikan
gerak-geri Nabi Muhammad. Setelah sekian lama mengenali diri dan sifat-sifat Nabi Muhammad S. A.
W. , Saidatina Khadijah mula jatuh cinta pada Nabi Muhammad S. A. W. Dan dari situlah terjalinnya
perkahwinan Saidatina Khadijah dengan Nabi Muhammad S. A. W. dimana umur Saidatina Khadijah
ketika itu ialah 40 tahun manakala umur Nabi Muhammad S. A. W. ialah 25 tahun. (Muhammad Ali
Quthub, 1986: mukasurat 6-10)

Keistimewaan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang cerdas, pandai menjaga diri, suci
perilakunya, bermurah hati serta dermawan. Nabi Muhammad S. A. W. telah memberi gelaran
penghulu wanita pada zamannya dan juga menjadi penghulu syurga. Saidatina Khadijah juga wanita
yang sempurna, seorang teguh hati, agung, suci hatinya, bersih jiwanya, cantik rupa parasnya, halus
perasaannya, sentiasa adil dan mulia akhlaknya. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 5-6)

Keimanan, kebaikan, kemurahan hati Saidatina Khadijah diketahui oleh setiap orang. Beliau penuh
dengan kesabaran dalam penderitaannya dan bersemangat untuk berjuang. Saidatina Khadijah selalu
mengagungkan rahmat dan kurnia dari Allah S. W. T. Beliau selalu mendapat rahmat yang berlimpah.
Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, Saidatina Khadijah tetap tegar dalam
keimanannya dan hal itu selalu menjadi sumber kekuatan yang tidak pernah goyah baginya dan bagi
orang-orang di sekelilingnya. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 64-67)

Dari hasil perkahwinan yang sungguh harmoni ini, mereka berdua telah dikurniakan enam cahaya
mata iaitu empat puteri dan dua putera. Anak pertama mereka ialah Al-Qasim. Al-Qasim wafat ketika
berusia satu tahun. Selepas kelahiran Al-Qasim, diikuti dengan kelahiran Zainab, Ruqayyah, Ummu
Kaltsum, Siti Fatimah Az-Zahra dan Abdullah. Abdullah wafat ketika masih bayi lagi. Semua puteri
Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad S. A. W. wafat ketika Nabi Muhammad S. A. W. masih hidup
kecuali Siti Fatimah Az-Zahra wafat enam bulan selepas wafatnya bapanya, Nabi Muhammad S. A. W.
(Muhammad Al-Ghazaliy, 1996: mukasurat 135)

Saidatina Khadijah tidak pernah meminta apa-apa pun dari suaminya. Jangankan minta berikan
sesuatu, bahkan beliau banyak menggunakan wangnya untuk keperluan orang-orang Muslim. Selain
itu, beliau seorang wanita sempurna. Saidatina Khadijah tidak pernah berasa cemburu. Beliau selalu
bersyukur, gembira dan mempunyai perasaan puas dalam memberikan sesuatu. Beliau juga tidak
pernah menyakiti orang, tidak pernah marah, berdendam, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata
kesat terhadap orang lain. Saidatina Khadijah dilahirkan dengan hati yang bersih. (Syed A. A. Razwy,
1993: mukasurat 76-80)

Selepas bapa saudara Nabi Muhammad S. A. W iaitu Abu Talib wafat, Saidatina Khadijah yang ketika
itu berusia 65 tahun telah jatuh sakit. Tak lama kemudian Saidatina Khadijah pun wafat. Ini semua
adalah kesan dari beratnya penderitaan yang ditanggung Saidatina Khadijah selama dipulau oleh
kaum Musyrikin Quraisy selama tiga tahun di Syiib Abu Talib. Saidatina Khadijah telah wafat pada
sepuluh Ramadhan pada tahun 619 Masihi. Pada saat kewafatannya, jubah Nabi Muhammad S. A. W.
dijadikan sebagai kain kapan untuk Saidatina Khadijah dan beliau dikebumikan di Hujun, Makkah.
(Maulana Syed Abul Hasan Ali an Nadwi, 2009: mukasurat 311)

SUMBANGAN SAIDATINA KHADIJAH KEPADA ISLAM

Saidatina Khadijah sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah banyak
menolong masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira keturunan atau pangkat. Antaranya beliau
telah membantu orang-orang miskin, janda, anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan
keuntungan yang diperolehnya daripada hasil dagangannya. Apabila ada gadis miskin, Saidatina
Khadijah mengahwinkannya dan memberikan mas kahwin kepada mereka.
(Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16)

Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang melimpah itu
habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air bagi menyelamatkan Nabi
Muhammad S. A. W. dan keluarganya. Saidatina Khadijah mengorbankan kesenangan, kekayaan,
rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua
harta kekayaanya untuk keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga
suaminya. Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan. (Syed A. A.
Razwy, 1993: mukasurat 66-69)

Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah mahupun senang.
Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad S. A. W. ketika baginda kebingungan
apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda. Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah
payah membawa Nabi Muhammad S. A. W. berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan
Injil iaitu Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada suaminya
di dalam Gua Hira itu. (Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi, 2009: 311-314)


Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang miskin
sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau memberikan tempat
tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya untuk orang-orang Muslim Makkah
yang miskin dan dengan begitu beliau telah mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera
orang-orang Muslim itu. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 75)

Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah bercakap dan
indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang berani dalam berdakwah
dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah selalu mendampingi suaminya yang
tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian.
Beliau akan selalu menolong dan membantu Nabi Muhammad S. A. W. dengan seberapa banyak
kemampuan yang ada. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 18-19)

KESIMPULAN

Dari kisah Saidatina Khadijah ini, kita dapat lihat bahawa Saidatina Khadijah mempunyai keperibadian
yang sungguh indah dan unggul. Beliau seorang anak yang bertanggungjawab dan pandai berdikari
dalam menguruskan dan meneruskan perdagangan keluarganya. Beliau seorang isteri yang setia,
ikhlas terhadap suaminya. Beliau berada di sisi suaminya yang tercinta di kala suka dan duka. Beliau
juga seorang ibu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu terhadap anak-
anaknya. Seterusnya, beliau telah memberi banyak pengorbanan dari segi harta, waktu, kepandaian,
tenaga, dorongan dan hatinya yang tiada bandingannya untuk Islam yang dicintai. Pengorbanan-
pengorbanan beliau cukup berhasil bagi menguatkan dan mengukuhkan kerajaan Islam ketika itu.
Pengorabanan Saidatina Khadijah untuk Islam ini sangat diagungkan dalam sejarah kita. Dorongan
yang diberikan kepada suaminya iaitu Nabi Muhammad S. A. W. telah membuat politik Islam semakin
maju. Tidak ada seorang pun yang dapat memainkan peranan seperti yang dilakukan oleh Saidatina
Khadijah. Hasil dari pengorbanannya, Islam ketika itu mampu menang dalam melawan penyembahan
berhala. Musuh-musuh Islam dapat dikalahkan, keangkuhan Bani Hasyim dapat dirobohkan, dan
ideologi keberhalaan dimusnahkan. Saidatina Khadijah ialah salah seorang tokoh utama yang
membangunkan kemenangan Islam. Di sini juga, kita dapat lihat Saidatina Khadijah tidak pernah rasa
jemu dalam memberikan bantuan kepada orang-orang sekelilingnya. Beliau memberikan sumbangan
kepada Nabi Muhammad S. A. W. , keluarganya dan orang-orang Muslim kerana Allah S. W. T.
Saidatina Khadijah juga tidak pernah rasa gentar untuk menghadapi musuh kerana beliau berani
kerana benar. Setelah Saidatina Khadijah, orang-orang di sekelilingnya tidak pernah melupakan
pengorbanan yang telah beliau sumbangkan. Pengorbanan dan peribadi Saidatina Khadijah yang
mulia ini akan sentiasa dikenang dan perlu diterapkan dalam setiap jiwa dan pemikiran manusia pada
zaman sekarang ini terutama pada kaum wanita. Saidatina Khadijah perlu dijadikan contoh yang baik
buat semua masyarakat sekarang.

You might also like