You are on page 1of 7

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM



Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit.
Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi,
pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957,
tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting
untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk
menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja
Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di
Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun
1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh
Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang
perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat
Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk
semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira
bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah
bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan
fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand,
Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah
dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai
ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan
bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya
bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat
negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para
pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana,
mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut
tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-
negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke
tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan
bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong
asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak
berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat
Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan
bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum
dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan
bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat
memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak
terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita.
Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13
Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah
berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini
harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan
perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat
yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar
luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin
keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai
contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak
dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi
rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan
dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada
keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga
haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan
dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu
padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang
dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif
pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi
persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat
Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia
seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini
berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata
pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam
sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk
tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat
negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara
kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang
enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana
pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang
berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku
kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja
yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya,
sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar
negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada
kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada
musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan
kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak
daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-
sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-
negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang
semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut?
Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan memekakkan
telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan negara agar
nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua
persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat
ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan
menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan
kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha
Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi
dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan
bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada
masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal
berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita
perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan
cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah
terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur
dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara
pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan
semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan
negara impian.




KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

Kita percaya rakyat negara ini sudah faham dan terima kepentingan perpaduan kaum untuk
keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan negara.
Namun begitu, kadangkala kita menganggap perpaduan kaum merupakan suatu keadaan
yang wujud dengan sendiri tanpa usaha hingga lupa adanya ancaman terhadapnya.
Sebab itu kita perlu mengambil perhatian terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan
sentimen perkauman dan seterusnya mampu menjadi ancaman kepada semangat muhibah
serta keharmonian di negara ini.
Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh mengutarakan isu-isu penting yang
memerlukan pembetulan dan langkah-langkah bagi mengatasinya. Tetapi apa yang penting
adalah cara dan sikap dalam menangani sesuatu isu supaya ia tidak berbau perkauman.
Dalam hal ini, kerjasama semua pihak dari pelbagai kaum perlu menjurus kepada
memelihara perpaduan dan mengelak diri daripada memburukkan lagi hubungan antara kaum.
Umpamanya dalam isu pengasingan pelajar mengikut kaum baru-baru ini. Sememangnya kita
kesal sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Tetapi kita lebih kesal jika pendekatan yang
dibuat dalam menangani masalah ini adalah cara mengeksploit sentimen perkauman.
Ia harus dilihat dari sudut pendidikan dan bukannya perkauman. Elemen kebetulan juga
harus diambil kira. Tetapi di atas segalanya ialah sikap jujur kita dalam memelihara perpaduan
kaum. Janganlah hendaknya kita mempunyai sikap buruk sangka yang begitu menebal hingga
apa yang kebetulan dilihat pula sebagai tindakan perkauman.
Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jika perkara itu
tidak ditangani dengan jujur, ia boleh menjadi satu lagi sentuhan emosi perkauman. Apa yang
kebetulan juga menjadi isu perkauman.
Justeru, kita dapat lihat bahawa perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagai keadaan
semula jadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia harus bersama memelihara dan memupuk perpaduan
kaum.
Maka dalam hal ini, acara seperti Rumah Terbuka Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri
merupakan peristiwa positif yang dapat turut memupuk perpaduan kaum.
Melihat 100,000 orang pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Malaysia, kita merasa
optimis bahawa masa depan perpaduan kaum di negara ini adalah cerah dan
memberangsangkan.

RUMAH TERBUKA MALAYSIA SEMPENA TAHUN BARU CINA
Maka adalah wajar bagi kerajaan untuk meneruskan tradisi rumah terbuka kebangsaan ini
bukan saja untuk Hari Raya tetapi juga untuk lima perayaan utama lain iaitu Krismas, Tahun
Baru Cina, Deepavali, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.
Tradisi ini akan membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup dalam penuh
muhibah dan harmoni dengan semangat toleran dan saling hormat-menghormati di antara
kaum-kaum yang berbeza.
Namun begitu, acara ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memelihara dan
memupuk perpaduan kaum secara menyeluruh.
Di peringkat masyarakat, ia harus diperluaskan melalui acara-acara peringkat setempat
supaya perpaduan kaum benar-benar wujud dan bukan semata-mata dalam acara-acara formal
saja.
Tetapi di atas segalanya ialah kesedaran dan sikap setiap individu warganegara Malaysia yang
insaf bahawa kemakmuran negara amat bergantung kepada keutuhan hubungan antara kaum.
Dalam tindakan seharian, semangat perpaduan ini hendaklah diambil kira kerana ia
menentukan survival negara.

You might also like