b) APA YANG TELAH DILALUI DAN DILAKSANAKAN SEPANJANG

PRAKTIKUM
MINGGU 1: 31 MAC 2014 – 4 APRIL 2014
Sepanjang minggu pertama, saya dapati telah banyak ilmu yang telah saya
perolehi dan saya pelajari. Antara perkara yang tekandung dalam minggu pertama
praktikum ialah pengenalan diri, penyesuaian diri, pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dan tidak dilupa juga terdapat beberapa aktiviti luar yang dijalankan
oleh guru-guru.
Semasa sesi pengenalan diri, saya dan rakan-rakan telah diperkenalkan
dengan sistem pengurusan Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan di mana
terajunya merupakan seorang guru wanita. Kami juga turut berkenalan dengan
sistem pentadbiran di bawahnya antaranya penolong kanan, guru-guru dan staff
sokongan yang terlibat. Saya juga turut mengenali dengan lebih dekat lagi guru
pembimbing yang akan membimbing saya sepanjang saya menjalani praktikum
iatu Puan Norhashimah. Sepanjang minggu pertama juga, saya turut melakukan
proses penyesuaian diri dengan keadaan dan suasana di prasekolah.
Sepertimana yang telah sedia maklum, Sk Tanjong Rambutan mempunyai tiga
buah prasekolah. Saya dan juga rakan telah ditempatkan di prasekolah Ixora iatu
dibawah tadbir guru pembimbing kami.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bermula pada
hari selasa. Bagi pengkhususan kami iatu Prasekolah, kami di arahkan untuk
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dua hari penuh iatu bersamaan
dengan lapan waktu seminggu bagi setiap individu. Perbincangan telah dilakukan
bersama dengan rakan, dan kata putus telah dibuat telah dibuat bahawa saya
yang akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu.
Hari selasa bersamaan dengan 1 April 2014 adalah merupakan hari
pertama di mana cabaran sebenar bermula. Sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan seperti biasa dimulai dengan rutin dan juga perbualan pagi bersama
dengan kanak-kanak. Sesi memperkenalkan diri telah saya lakukan semasa sesi
perbualan pagi tersebut. Kanak-kanak kelihatan teruja tatkala melihat kelibat saya
memasuki perkarangan kelas. Debaran untuk memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran kian terasa terutama semasa melihat bilangan kanak-kanak yang
ramai. Namun, semua berjalan dengan lancar ekoran perancangan yang rapi telah
dibuat sebelum memasuki kelas.
Rancangan aktiviti harian dan juga rancangan pengajaran slot telah saya
sediakan terlebih dahulu bagi memastikan kelangsungan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Saya dan juga rakan amat beruntung kerana
mendapat Puan Norhashima sebagai guru pembimbing. Terdapat banyak input
yang telah diberikan terutamanya dari sudut perancangan aktiviti yang
bersesuaian dengan kanak-kanak. Beliau juga turut memberi kebenaran kepada
kami untuk menggunakan segala peralatan yang ada di dalam kelas sebagai
bahan untuk mengajar.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan juga penampilan
yang kemas ternyata dapat menggamit perhatian kanak-kanak ke arah proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan aktiviti membancuh milo ternyata
dapat menarik minat kanak-kanak ini untuk belajar dengan gigih di samping
memupuk semangat berdikari dalam diri mereka. Walaubagaimanapun, masih lagi
terdapat kekangan dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah ekoran terdapat beberapa murid yang menunjukkan permasalahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dari sudut penerimaan
isi pengajaran.
Hari berikutnya iatu hari rabu disusuli dengan pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran oleh rakan praktikum saya yakni saudara Nur Arif
Shah Bin Ramli. Masa yang ada digunakan untuk membuat rancangan
pengajaran harian bagi hari yang berkutnya.


MINGGU 2: 7 APRIL 2014 – 11 APRIL 2014
Minggu kedua bermula dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran oleh guru pada hari pertama iatu hari isnin bersamaan dengan 7
April 2014. Masa yang ada digunakan untuk merancang aktiviti yang bakal
dijalankan pada keesokan harinya memandangkan pensyarah pembimbing kami
iatu Encik Jalalulail Abd Manab ingin melakukan penilaian pertama bagi praktikum
fasa 1 ini.
Proses pembikinan portfolio turut dijalankan bagi memastikan segala
butiran senantiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Kami juga turut melakukan
tinjauan terhadap kawasan sekolah dan cuba mencari isu-isu yang berkaitan
untuk proses penulisan jurnal. Untuk makluman, jurnal ini memerlukan kami untuk
mengupas sesuatu isu yang membawa permasalahan terhadap kelangsungan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, masalah
kehadiran lewat murid ke sekolah. Hal ini sedikit sebanyak menggangu sidang
atau sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah.
Penilaian pertama berlangsung pada hari selasa bersamaan dengan 8 April
2014. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang
permasalahan. Meskipun terdapat serba serbi kekurangan terhadap sesi
pengajaran yang dianjurkan namun saya tetap berasa bangga dengan pencapaian
diri ekoran berjaya mengharungi penilaian pertama ini dengan jayanya. Banyak
nasihat dan juga tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami.
Salah satu daripada isu yang dibicarakan adalah dari sudut pengurusan masa.
Pengurusan masa dalam P&P adalah merupakan aspek yang paling penting
dalam proses memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini bagi memastikan segala apa yang diajar dapat disampaikan dalam suatu
jangka masa yang telah ditetapkan semasa proses merancang.
Minggu kedua ini adalah merupakan minggu yang paling seronok dirasakan
ekoran kami ditugaskan untuk menjadi jurulatih pasukan futsal prasekolah.
Sesungguhnya kami berasa sangat gembira atas tanggungjawab yang diberikan.
Sukan futsal ini adalah merupakan sukan yang menjadi kegemaran kami semasa
berada di maktab dan hamper tiap-tiap petang kami akan turut untuk bermain
permainan ini di gelanggang yang sedia ada.
Kami merasakan bahawa, dengan cara ini kami dapat mengenali kanak-
kanak ini dengan lebih dekat dan mendalam. Dalam konteks ini, dekat bermaksud
dengan lebih rapat seterusnya membentuk satu ikatan yang positif antara guru
dan juga murid. Maka dengan ini, ianya secara tidak langsung dapat membantu
terutamanya dalam proses pengawalan kelas kelak.
.